PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)....
Transcript of PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) · PDF fileatau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)....
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH PETANI-
PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK
MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH PETANI-PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 80, TAMAN HAMIMAS JAYA, PROF. DR. MUHD RASHID RAJUDDIN LORONG SIMPOR 2A. 93050 KUCHING, SARAWAK Tarikh :______________________ Tarikh:_________________________
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Tandatangan : ................................................................
Nama Penyelia : PROF. DR. MUHD RASHID RAJUDDIN
Tarikh : ………………………………………….
i
TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH
PETANI-PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK
MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
Tarikh : ……………………………….
iii
DEDIKASI
Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat
Ayahanda dan Bonda…..
Abu Bakar Bin Mohd Suhai
Saloma Binti Salleh
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik langkah
hidup anakandamu ini.
Segala dorongan, pengorbanan serta keikhlasan dalam membesarkanku tidak
mampuku ungkapkan dengan kata-kata.
Walau ku berikan harta seluas tujuh lautan masih masih tidak terbalas jasa-jasamu
itu.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Buat kakak dan adik-adik tersayang…..
Nasihat, sokongan dan dorongan daripada kalian adalah merupakan suatu suntikan
semangat buatku untuk meneruskan perjuanganku hingga ku terus berjaya sampai ke
peringkat ini.
Terima kasih ku ucapkan
Guru-guru dan pensyarah-pensyarah…..
Segala jasa baktimu akan tetapku kenang.
Segala ilmu yang telah kau curahkan akan ku manfaatkan.
Buatmu teman seperjuangan…..
Sepanjang tempoh perkenalan ini banyak suka duka pahit manis telah kita harungi
bersama.
Segalanya akan tersemat didalam ingatanku selamanya
Setiap pertolongan dan bantuan yang kalian hulurkan.
Jutaan terima kasihku ucapkan
iv
PENGHARGAAN
``Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemberi Rahmat sekelian alam,
selawat serta salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
baginda, para sahabat juga sesiapa yang mengikuti ajaran mereka dengan ikhlas
sehingga ke akhirnya.
Sekalung budi saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Profesor Dr. Muhd
Rashid Rajuddin. Beliau telah banyak mencurahkan ilmu, nasihat, dorongan dan
bantuan. Tanpa bantuan beliau, Projek Sarjana Muda ini mungkin mempunyai
banyak masalah dan tidak berjalan dengan lancar. Beliau juga turut sama membantu
saya tentang cara untuk mendapatkan maklumat, membuat dan menyusun tajuk di
setiap bab sepanjang pertemuan saya bersama dengan beliau.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ibu saya
iaitu Saloma Binti Salleh dan bapa saya Abu Bakar Bin Mohd Suhai kerana telah
banyak memberikan sokongan dan bantuan terutamanya sekali bantuan dari segi
kewangan serta buah fikiran. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, projek ini akan
menjadi sesuatu yang sukar bagi diri saya. Terima kasih juga diucapkan kepada
kakak serta adik-adik saya. Kerana memberikan teguran serta memotivasikan saya
disaat saya untuk meneruskan perjuangan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan lama di
Kuching, Sarawak kerana sanggup meluangkan masa serta buah fikiran didalam misi
untuk mencari responden dan berjumpa responden. Tidak lupa juga kepada Jabatan
Pertanian Cawangan Siburan, Sarawak. Tanpa bantuan daripada mereka, usaha untuk
mencari petani-petani di kawasan tersebut akan menjadi lebih sukar daripada
sekarang.
Akhir kata, saya berharap agar kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada
saya dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa hadapan.
Segala yang baik itu daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari saya
sendiri.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkenaan tahap penggunaan teknologi mekanikal atau
jentera yang di gunakan oleh petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak.
Beberapa perkara yang difokuskan di dalam kajian ini adalah jenis jentera pertanian
yang digunakan, kemahiran dalam mengendalikan jentera pertanian, kesan
penggunaan jentera pertanian dan masalah-masalah yang dihadapi berkaitan dengan
jentera pertanian. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk diskriptif dimana data
yang diperolehi dikumpul melalui proses menemubual subjek untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan. Oleh itu, di dalam kajian ini instrumen yang digunakan
adalah temubual berstruktur. Pemilihan penggunaan instrumen jenis ini adalah untuk
memudahkan responden memahami soalan serta istilah yang digunakan. Data-data
yang diperolehi hasil daripada temubual akan dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Science Social version 12.0). Hasil
daripada dapatan kajian, di dapati bahawa tahap penggunaan teknologi mekanikal
(jentera) oleh petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak berada pada
tahap yang rendah. Akan tetapi mereka tahu bahawa kesan penggunaan teknologi ini
dapat memberikan kebaikan kepada mereka. Beberapa cadangan untuk
meningkatkan tahap penggunaan teknologi mekanikal oleh petani-petani di kawasan
ini turut diberikan untuk menggalakkan penggunaannya di kawasan ini. Model kajian
turut disertakan untuk memudahkan usahawan tani serta mereka yang baru hendak
menceburkan diri didalam sektor ini. Penyelidik berharap, hasil dapatan kajian serta
model kajian ini akan dapat membantu kajian-kajian lanjutan dan dapat memberi
manfaat kepada pembaca atau usahawan tani negara.
vi
ABSTRACT
This research is to identify the level of machinery technology usage among
the ethnic farmers in Siburan, Sarawak. Several things that were focused on this
research were the types of farming machinery that they used, the skills in handling
the machinery, the effects of using the machinery and the problems faced regarding
the farming machinery. The research done was descriptive in nature, which the data
were collected via interviews in order to obtain the needed information. The research
instrument used was structured interview. This instrument was chosen because it
could facilitate the comprehension among the respondents on the items posed and
terminology used. The data gathered was analyzed using SPSS (Statistical Package
for Science Social) version 12.0 software. From this research, it is found that the
level of machinery technology usage among the ethnic farmers in Siburan, Sarawak
is low. However, they know that the effects of using the machinery which is
beneficial to them. Some suggestions to improve the level of the machinery
technology usage among those farmers are given to encourage its usage in this
particular area. The research model is also provided to facilitate the farming
entrepreneurs as well as those who are new in this sector. It is hoped that the research
findings and model could help future research and benefits the readers and nation’s
farming entrepreneurs.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
viii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam Pertanian 15
2.3 Kesan Penggunaan Teknologi Mekanikal Dalam
Pertanian 17
2.4 Jenis-jenis Jentera Pertanian 19
2.5 Penutup 21
3 METODOLOGI KAJIAN 22
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Kerangka Operasi 24
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 25
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Bahagian A 27
3.5.2 Bahagian B 27
ix
3.6 Pengesahan Data 28
3.7 Analisis Data 28
3.8 Andaian Kajian 29
3.9 Batasan Kajian 29
4 ANALISIS DATA 31
4.1 Pengenalan 31
4.1.1 Penganalisaan Temubual Berstruktur 32
4.2 Bahagian A 32
4.2.1 Jantina 33
4.2.2 Umur 33
4.2.3 Keluasan Kawasan Pertanian 34
4.2.4 Taraf Pendidikan 35
4.2.5 Pengalaman Sebagai Petani 36
4.2.6 Kaum 37
4.2.7 Jenis Pertanian 38
4.2.8 Kawasan Pertanian 38
4.3 Bahagian B 39
4.3.1 Jenis jentera pertanian yang di gunakan 39
4.3.2 Kemahiran mengendalikan jentera moden 41
4.3.3 Kesan penggunaan jentera moden 44
4.3.3.1 Kesan penggunaan teknologi mekanikal 44
bagi petani yang menggunakan
teknologi mekanikal (jentera) di
kawasan pertanian mereka.
x
4.3.3.2 Kesan bagi petani yang tidak 46
menggunakan kaedah teknologi jentera
di kawasan pertanian mereka.
4.3.4 Masalah-masalah berkaitan dengan jentera 48
Pertanian
4.4 Kesimpulan 50
5 PERBINCANGAN, DAPATAN DAN CADANGAN 54
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan 54
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Latarbelakang responden 56
5.3.2 Jenis jentera pertanian yang digunakan 58
5.3.3 Kemahiran dalam mengendalikan jentera moden 59
5.3.4 Kesan penggunaan teknologi jentera moden 61
5.3.5 Masalah-masalah berkaitan jentera moden 62
5.4 Cadangan 63
5.4.1 Memberikan kesedaran kepada para petani 64
tentang kepentingan penggunaan teknologi
jentera di kawasan pertanian mereka
5.4.2 Kesedaran bahawa perlunya kajian serta 66
penyelidikan didalam proses petani-petani
tempatan untuk menyesuaikan diri dengan
teknologi pertanian
5.4.3 Peranan kerajaan dalam merealisasikan 68
penggunaan teknologi jentera pertanian
5.4.4 Peranan petani dalam merealisasikan 72
penggunaan teknologi jentera pertanian
xi
5.5 Model Kajian 74
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.7 Penutup 77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN 80
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Kriteria penilaian skor
29
4.1 Taburan responden mengikut jantina
33
4.2 Taburan responden mengikut umur
33
4.3 Taburan responden mengikut keluasan kawasan
pertanian
34
4.4 Taburan responden mengikut taraf pendidikan
35
4.5 Taburan responden mengikut pengalaman petani di
dalam bidang pertanian
36
4.6 Taburan responden mengikut kaum
37
4.7 Taburan responden mengikut jenis pertanian yang
dikerjakan
38
4.8 Taburan responden mengikut kawasan pertanian
yang dikerjakan
38
4.9 Taburan jenis jentera pertanian yang digunakan 40
xiii
4.10 Taburan mengenai kemahiran untuk
mengendalikan jentera pertanian oleh petani
42
4.11 Taburan mengenai kesan penggunaan teknologi
bagi petani yang menggunakan jentera pertanian
moden
44
4.12 Taburan bagi petani yang tidak menggunkan
jentera pertanian moden di kawasan pertanian
mereka
46
4.13 Taburan mengenai masalah-masalah yang sering
dihadapi oleh petani-petani berkaitan dengan
jentera pertanian
48
4.14 Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian
50
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Kerangka operasi kajian yang di lakukan
24
5.1 Model Kajian Bestari hasil dapatan kajian 74
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik Temubual
80
xvi
SENARAI SINGKATAN
DPN Dasar Pertanian Negara
FFTC Food and Fertilizer Technology Center
KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar
PMR Penilaian Menengah Rendah
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
SPSS Statistical Package for Science Social
UPSR Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
UTM
Dr.
Universiti Teknologi Malaysia
Doktor
Prof. Professor
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sektor pertanian adalah merupakan kegiatan ekonomi tradisional masyarakat
Malaysia. Sektor ini telah memberikan banyak sumbangan kepada negara. Sebagai
contoh, setelah negara kita mencapai kemerdekaan, sektor pertanian telah
memberikan sumbangan yang besar dari segi pertumbuhan ekonomi negara.
Menurut Abi Musa (2004), sektor pertanian telah menyumbang kepada asas
pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka dengan sumbangan
kepada negara sebanyak 46 peratus pada tahun 1957. Menurutnya lagi, dari segi
bilangan pekerja sektor pertanian, pada tahun 1966 ia telah menjadi rezeki kepada
kira-kira 80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan jumlah tenaga kerja dalam
negara. Sungguhpun demikian, perubahan ekonomi dunia dan kemunculan pelbagai
peluang ekonomi yang lain dalam negara, seperti kemunculan sektor perindustrian
dan pembuatan sedikit sebanyak telah mengubah situasi tersebut.
Penurunan kadar pengeluaran daripada sektor pertanian adalah berpunca
daripada penurunan pengeluaran hasil tanaman. Manakala penurunan pengeluaran
hasil tanaman pula adalah berpunca daripada kesan perindustrian, dimana ia telah
menyebabkan pemindahan tenaga kerja, tanah dan modal keluar daripada sektor
pertanian kepada sektor perindustrian. Pengembangan sektor perindustrian yang
berterusan sedikit sebanyak telah mengakibatkan pengurangan tenaga kerja didalam
sektor pertanian. (Wan Ishak Wan Ismail, 2007)
2
Walaupun kadar pengeluaran hasil tanaman bagi sektor pertanian mengalami
penurunan, kedudukannya sebagai sektor primer yang menjadi punca atau nadi
kepada industri yang berasaskan pertanian seperti sektor pemprosesan telah
menyebabkannya perlu terus dibangunkan untuk keseimbangan ekonomi negara.
Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia perlu mencapai keseimbangan
perkembangan dalam sektor pertanian dan sektor pembuatan.
Bagi sektor pembuatan, pengunaan mesin atau jentera dianggap sebagai
faktor penting didalam proses setiap industri. Oleh yang demikian, penggunaan
mesin dan jentera juga boleh di anggap penting bagi proses pengindustrian dalam
sektor pertanian. Penggunaan mesin dan jentera di dalam pertanian boleh
meringankan beban pekerja-pekerja di dalam sektor pertanian dan seterusnya boleh
meningkatkan pendapatan petani. Selain daripada itu, matlamat utama penggunaan
jentera pertanian adalah untuk memperbaiki penggunaan masa dengan teratur
disamping dapat meningkatkan lagi kadar pengeluaran hasil tanaman petani dan
meninggikan kadar kecekapan pengeluaran ladang. (Zohadie Bardaie, Wan Ishak
Wan Ismail & Desa Ahmad,1988)
Seiring dengan matlamat kerajaan Malaysia untuk memperbaiki taraf hidup
petani-petani di negara ini, penggunaan teknologi moden untuk pertanian negara
sangatlah membantu dalam mencapai matlamat tersebut. Selain daripada
memainkan peranan penting didalam usaha meningkatkan kadar pengeluaran
tanaman, penggunaan masa yang lebih teratur boleh memberikan kesempatan kepada
petani-petani untuk mencuba benih-benih yang baru. Penanaman yang lebih intensif
dapat ditingkatkan lagi dengan adanya teknologi-teknologi ini. Kerja-kerja seperti
penyediaan tanah, menuai dan menanam semula tidak akan mengambil masa dan
tenaga berlebihan berbanding dengan penggunaan kaedah tradisional.
Secara kesimpulannya, sektor pertanian di Malaysia merupakan perusahaan
penting dan semakin berkembang maju yang menjadi penyumbang utama kepada
ekonomi negara. Kerajaan dan sektor swasta telah mengambil pelbagai pendekatan
dalam usaha untuk mempertingkatkan hasil pengeluaran sektor ini. Salah satu
daripadanya adalah usaha untuk memodenkan sektor ini. Penggunaan jentera dan
mesin pertanian telah mula disedari akan kepentingannya. Oleh itu, kerajaan telah
3
memperkenalkan penggunaan teknologi moden ini bagi meningkatkan hasil
pengeluaran kawasan pertanian di negara ini. Usaha dan penglibatan para petani
juga penting sekiranya ingin melihat sektor pertanian ini dimajukan dan tidak lagi
dipandang sebagai sektor yang tidak menguntungkan oleh masyarakat kita.
1.2 Latarbelakang Masalah
Jika kita melihat kepada sejarah pertanian tempatan, sektor pertanian di
Malaysia bermula sejak lebih 100 tahun lalu atau lebih tepatnya 1905 iaitu ketika
negara masih dijajah. Ketika itu, tumpuan pertanian lebih kepada tanam-tanaman
penting seperti buah-buahan, beras, ibu kayu dan rempah yang menjadi minat
penjajah Inggeris. Pada masa itu, pendidikan pertanian pula dimulakan dengan
penubuhan Sekolah Pertanian Serdang oleh John Scott iaitu pegawai yang mentadbir
Negeri-negeri Selat pada 21 Mei 1931 sehingga dinaik taraf kepada Kolej Pertanian
Malaya oleh Gabenor Malayan Union, Edward Ghent pada 23 Jun 1942. Akhirnya,
tertubuhlah Fakulti Pertanian Universiti Malaya pada 1960 sebelum penubuhan
Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada Oktober 1971. Dekad tersebut juga
menyaksikan penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
(LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang
menunjukkan bahawa adanya kesungguhan kerajaan untuk memajukan sektor
pertanian ketika itu. Menjelang 1980-an, sektor pertanian menerima suntikan baru
dengan kewujudan Dasar Pertanian Negara, yang mempunyai strategi dan matlamat
tertentu mengikut keperluan.
Seterusnya, pertumbuhan positif sektor pertanian di Malaysia dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah mendorong kerajaan memperhebatkan
lagi bidang ini dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk
menjadikan bidang pertanian satu jentera pertumbuhan ekonomi negara yang ketiga
melalui kegiatan pertanian berskala besar, penggunaan teknologi moden,
pengeluaran produk yang berkualiti dan sebagainya.
4
Daripada RMK-9 ini, kementerian pertanian telah dipertanggungjawabkan
untuk mencergaskan semula sektor pengeluaran makanan pertanian. Dimana
potensinya sebagai penjana pertumbuhan ekonomi belum direalisasikan sepenuhnya.
Strategi untuk mencergaskan semula dan memajukan pengeluaran makanan
pertanian yang dapat menjana nilai tambah yang tinggi memerlukan pemodenan
sektor ini. Di dalam sektor pengeluaran makanan pertanian termasuk bukan
makanan, faktor utama yang menentukan kejayaan sesuatu aktiviti pertanian adalah
produktiviti, keberkesanan kos dan keupayaan mendapat pasaran. Oleh itu,
perancangan jangka panjang bagi merealisasikan potensinya adalah untuk
memodenkan sektor pengeluaran makanan sebagai suatu entiti yang dinamik dan
berdaya saing.
(Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Ogos 2004)
Pada Jun tahun 2000, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bidang
bioteknologi kepada sektor pertanian. Walaupun bidang ini masih lagi di peringkat
awal, akan tetapi jika kita melihat kepada sejarah pemakanan orang Melayu,
bioteknologi sebenarnya telah lama wujud di dalam kehidupan kita seharian.
Antaranya ialah pembuatan tapai, tempe dan jeruk. Makanan ini adalah berasaskan
proses bioteknologi di peringkat awal dan maksud kerajaan untuk memperkenalkan
bioteknologi ke dalam pertanian adalah seperti benih kacukan (hybrid), biopharming
iaitu memperkenalkan ubat-ubatan di dalam sayur-sayuran dan makanan. Menurut
Terry Medley daripada Animal & Plant Health Inspection Service US Department of
Agriculture, mereka percaya bahawa peningkatan populasi dunia akan berlaku pada
40 tahun akan datang. Oleh itu, permintaan pada penghasilan makanan akan
meningkat kepada 250%. Pada masa yang sama mereka telah melihat berlaku
pengurangan sumber pada penghasilan makanan di masa ini. Oleh yang demikian,
bioteknologi dengan kebolehan untuk mempertingkatkan penghasilan makanan dari
segi kualiti dan nilai nutrisi akan membantu dunia dalam membekalkan makanan
pada hari ini dan populasi akan datang.
Penggunaan biji benih kacukan serta baja hasil daripada kajian bioteknologi
sahaja tidak mencukupi untuk mempertingkatkan penghasilan tanaman. Penggunaan
5
teknologi mekanikal sebagai input di dalam sektor pertanian juga turut memainkan
peranan yang penting. Kekurangan tenaga buruh yang mendesak di dalam sektor
pertanian telah menjadikan penggunaan teknologi mekanikal sama pentingnya
dengan penggunaan bioteknologi. Tambahan pula, salah satu masalah yang dihadapi
oleh sektor pertanian negara sekarang adalah petani atau pekebun yang semakin tua.
Penggunaan teknologi mekanikal dijangka dapat membantu golongan ini dalam
melakukan kerja pertanian mereka. Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil
keputusan supaya sektor pertanian dan industri asas tani perlu mengalami
transformasi.
Antara usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan
mengurangkan penggunaan tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi, otomasi
dan teknologi. Negara perlu meningkatkan tahap dan proses pengeluaran yang
bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan
berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman
yang baru bagi meningkatkan produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program
inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigrasi tanaman
pertanian dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system). Di dalam
pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi
dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage
culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest.
(Kementerian Pertanian Malaysia, Ogos 2004)
Oleh yang demikian, di dalam kajian yang akan dijalankan ini penyelidik
ingin mengetahui bagaimanakah perkembangan penggunaan jentera pertanian di
Sarawak. Penyelidik telah memilih kawasan Siburan sebagai kawasan kajian. Ini
kerana kawasan Siburan, Sarawak adalah antara kawasan pengeluar produk pertanian
berasaskan makanan. Antaranya adalah tanaman jenis sayur-sayuran dan buah-
buahan. Di dalam kajian yang akan dijalankan penyelidik akan mengkaji berkaitan
jenis jentera yang digunakan, kemahiran mengendalikan jentera pertanian, kesan
serta masalah-masalah yang dihadapi oleh petani-petani di kawasan ini berkaitan
dengan jentera pertanian.
6
1.3 Penyataan Masalah
Sektor pertanian adalah diantara salah satu sektor ekonomi yang semakin
berkembang pesat di negara kita, Malaysia. Didalam rombakan kabinet yang
dilaksanakan, tugas Kementerian Pertanian telah ditambah dengan memasukkan
aktiviti hiliran iaitu industri asas tani. Penumpuan baru diberikan untuk memajukan
industri asas tani untuk membantu masyarakat tani menjana pendapatan tambahan.
(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Ogos 2004)
Apabila kita berbicara mengenai sektor pertanian luar negara, akan terbayang
di fikiran kita kawasan tanah pertanian yang luas, penggunaan jentera, infrastruktur
ladang yang teratur serta rangkaian dari pengeluaran sehinggalah penjualan hasil
ladang yang tersusun rapi. Keadaan seperti inilah yang ingin diwujudkan di negara
kita ini. Yang kemudiannya akan mengubah persepsi kita terhadap sektor pertanian
yang selama ini disifatkan tidak berdaya maju dan kurang menguntungkan. Menurut
Wan Ishak Wan Ismail (2007), negara-negara yang sedang membangun bersama
dengan sektor pertanian sebagai ekonomi utama mereka patut mencontohi negara
lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun didalam kejayaan mereka memodenkan
sektor pertanian mereka. Sebelum ini, lebih kurang 95 peratus daripada populasi
penduduk Amerika Syarikat terlibat didalam sektor pertanian. Tetapi hari ini, lebih
kurang 5 peratus sahaja daripada jumlah penduduk mereka yang terlibat didalam
sektor pertanian. Walaupun begitu, negara mereka masih lagi boleh menghasilkan
lebihan makanan untuk di eksport ke luar negara. Negara-negara ini mampu untuk
mencapai status yang tinggi didalam pengeluaran pertanian hanya kerana mereka
mengaplikasikan kejuruteraan dan teknologi didalam sektor pertanian mereka.
Kebanyakan bahagian di Malaysia, iaitu kebun-kebun kecil masih lagi
mengalami masalah produktiviti yang rendah. Produktiviti yang rendah ini mungkin
disebabkan oleh kurangnya penggunaan mesin-mesin yang bersesuaian dengan
keperluan kebun-kebun yang berskala kecil. Oleh sebab itu kebanyakan kebun-
kebun kecil dinegara ini masih lagi tidak dianggap produktif dan effisien.
7
Oleh yang demikian, di dalam kajian ini penyelidik ingin mengkaji apakah
tahap penggunaan teknologi mekanikal (atau jentera) yang digunakan oleh kaum
etnik di kawasan Siburan, Sarawak.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan:
i. Mengenalpasti jenis jentera pertanian yang digunakan oleh petani-petani
kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak di kawasan pertanian mereka.
ii. Mengenalpasti samada petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan,
Sarawak mahir dalam mengendalikan jentera moden.
iii. Mengetahui kesan penggunaan teknologi kejenteraan kepada petani-petani
kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak.
iv. Mengenalpasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani-petani
kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak berkaitan dengan jentera pertanian.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah jenis jentera pertanian yang digunakan oleh petani-petani kaum etnik
di kawasan Siburan, Sarawak?
ii. Adakah petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak mahir
mengendalikan jentera moden?
iii. Apakah kesan penggunaan teknologi kejenteraan kepada petani-petani di
kawasan Siburan, Sarawak?
iv. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani-petani kaum etnik
di kawasan Siburan, Sarawak?