PENGGUNAAN EJAAN DAN TANDA BACA DALAM KARANGAN ...
Transcript of PENGGUNAAN EJAAN DAN TANDA BACA DALAM KARANGAN ...
PENGGUNAAN EJAAN DAN TANDA BACA DALAM KARANGAN BAHASA ARAB
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA -SATU TINJAUAN-
ZARIMA BINTIMOHD ZAKARIA
KOD PENYELIDIKAN: 01 - 01 - 02 - 07 DAPENA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2008
ii
iii
PENGHARGAAN
Maksudnya: "Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan keizinan dari-Nya penyelidikan
ini dapat disiapkan hingga akhirnya. Walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang
menggalang, namun berkat usaha dan kegigihan serta keazaman yang tinggi
penyelidikan ini dapat disempurnakan.
Dalam ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada
Pusat Pengurusan Penyelidikan UPSI selaku penaja geran penyelidikan ini. Juga
jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Bahasa yang menyokong kajian
ini dilaksanakan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelajar, guru dan
warga sekolah JAIS yang terlibat secara langsung mahupun tidak sebagai responden
dalam kajian ini. Keijasama dari kalian amat dihargai dan semoga Allah S.W.T
membalas jasa-jasa kalian.
Sekalung penghargaan khas buat suami tercinta Khairul Shafarizal Mustafa
yang tidak pernah jemu memberikan dorongan dan sokongan padu serta pengorbanan
yang tinggi dalam membantu menjayakan penyelidikan ini. Tidak dilupakan ayahanda
dan bonda tercinta juga ibu dan bapa mertua yang seringkali mendoakan kejayaan
anakanda dunia dan akhirat.
Akhirnya, jutaan terima kasih buat semua pendidik bahasa Arab, moga usaha
yang tidak seberapa ini akan membantu memartabatkan bahasa Al-Quran di seluruh
persada dunia. Wallahu 'alam.
iv
ABSTRACT
The Usage of Spellings and Punctuations in Arabic Essays among Form 2 Students
-A Survey-
The research aims to identify students1 problems in mastering the spelling and
punctuation of writing an Arabic Language essay at few JAIS religious secondary
schools. The researcher uses questionnaire and writing test as the methodologies of
collecting information in order to recognize the level of students' performance in
utilizing the usage of hamzah letter, aliflztter, letters with similar sound and standard
punctuation. The qualitative method is also used by the researcher as it is important to
identify the causes and effects of students' problems and weakness. Therefore, by
using the questionnaire method, it will achieve the purpose. The population and
sample chosen for this research is 80 form two students from four JAIS religious
secondary schools around Klang, Kuala Selangor and Hulu Selangor. Findings of the
research shows that, students need to do sample writing and reading exercises to
improve their weaknesses in spelling skill and using punctuation. Based on the
finding, the researcher is able to propose several suggestions to enhance the level and
quality of Arabic Language education at JAIS schools.
vi
KANDUNGAN
HALAMAN
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
BAB 1: PENDAHULUAN
1.3 ObjektifKajian 4 1.4 Metodologi Kajian 6 1.5 Hasil Kajian 7
BAB 2: KAJIAN LITERATUR
BAB 3: PENGGUNAAN EJAAN DAN TANDA BACA DALAM
PENULISAN ARAB
3.1: Pengertian Ejaan atau Imla' 18
3.1.1 Imlaf dalam Penvdisan Arab 20
3.1.2 Kepentingan Mempelajari Ejaan 22
3.1.3 Jenis-jenis Imla' 25
3.2: Konsep ejaan (Imlar) dalam penulisan Arab 28
3.2.1 Alif Lam Shamsiah dan Alif Lam Qamariah 33
3.2.2 Taf'Marbutoh dan Ta' Maftuhah 35
3.2.3 Tanwin 36
3.2.4 Konsep Hamzah 40
3.2.5 Alif Layyinah 60
3.2.6 Mad 63 3.2.7 Huruf (Ziyadah) dan {Hazaf) 65
3.3: Fungsi Tanda Bacaan dan Jenis-jenisnya 72
BAB 4: ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN EJAAN DAN
TANDA BACAAN DALAM KARANGAN
4.1: Anaiisis soal selidik pelajar 78
4.1.1: Anaiisis soal selidik (bahagian A) 80 4.2: Anaiisis karangan pelajar (bahagian B) 104
4.2.1: Kesalahan meletakkan huruf hamzah 105 4.2.2: Kesalahan meletakkan huruf Al-Aswat As-Sowamit 107
4.2.3: Kesalahan meletakkan huruf Al-Aswat As-Sowait 111 4.2.4: Kesimpulan 112
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
SENARAI JADUAL 120
BIBLIOGRAFI 123
LAMPIRAN A 127
BAB 1:
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan:
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang terpenting diantara bahasa-bahasa
yang terdapat di serantau dunia. Tidak terkecuali di negara kita yang tercinta ini
bahasa Arab menjadi bahasa asing yang terpenting sebagai alat komunikasi Bahasa
Arab semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia amnya, lebib-lebih lagi
kepada umat Islam kerana bahasa ini lebih sinonim dengan agama Islam sebagai
agama sejagat Oleh kerana itu bahasa Arab lebih dikenali sebagai bahasa Al-Quran
atau bahasa Syurga dan ianya adalah bahasa yang sinonim dengan nmat Islam.
Menyedari akan kepentingan mempelajari bahasa ini dan skop penggunaannya yang
begitu meluas dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan kemasyarakatan, bidang
pendidikan juga memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Jannah
ini.
8) Kesilapan meletakkan tanda baca di tempat yang betul seperti koma, noktah,
tanda soal, tanda seruan, dua noktah bertindih, pembuka kata dan penutup kata
dan sebagainya.
13 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk meninjau dan mengenalpasti sejauhmana penguasaan
pelajar di dalam kemahiran menulis, terutamanya:
1) Penguasaan aspek ejaan yang betul dalam setiap gerak keija bertulis.
2) Penggunaan tanda baca semasa menulis.
Dalam sukatan pelajaran bahasa Arab, telah dimasukkan penggunaan tanda-tanda
baca di antara kemahiran yang diajarkan kepada pelajar dan aspek ejaan pula telahpun
didedahkan sejak di peringkat awal iaitu setelah mengenal huruf abjad. Dengan
adanya kajian ini dapat meninjau secara objektif sejauhmana pelajar tingkatan dua
yang berada di peringkat kurikulum pertengahaa, iaitu pelajar yang telah melepasi
peringkat sekolah rendah dan peringkat persediaan sebelum menduduki peperiksaan
PMR dalam menguasai kedua-dua aspek tersebut
Tempat Kajian:
Kajian ini dijalankan di empat buah sekolah di bawah kelofaan Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) iaitu dua buah sekolah Agama Menengah daerah Klang, dua buah
6
1.4 Metodologi Kajian
7
BAB 2 :
KAJIAN LITERATUR
2.1: Pengenalan
Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang amat tinggi dan mulia dalam Islam*
Ketinggian dan kemnliaan bahasa Arab dapat dilihat melalui ayat-ayat al-Quran,
hadis-hadis dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkait oleh para sahabat r.a dan
ulama-ulama. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyentuh tentang keunikan
bahasa Arab, antaranya sebagaimana fkman Allah s.w.t dalam surah Yusuf ayat 2
berbunyi:
Maksudnya: Sesungguhnya kami turunkan al-Quran itu dalam bahasa Arab, mudah-
mudahan kamu memikirkannya.
9
Kemudian Rasuiullah saw pula menegaskaxi:
(Sayangilah orang-orang Arab kerana tiga sebab, kercrna aku orang Arab, al-Quran
al-karim dengan bahasa Arab dan percakapan ahli syurga adalah dengan bahasa
Arab.)1
Saidina Umar ai-Khatab pemah berkata:
"Belajarlah bahasa Arab, kerana ia adalah sebahagian daripada agama kamu".
Ibn Taimiah pula berpendapat mempelajari bahasa Arab adalah wajib. Kaianya:
"Sesungguhnya bahasa Arab adalah sebahagian daripada agama dan
mempelajarinya adalah wajib. Sesungguhnya memahami al-Quran dan hadis adalah
wajib dan ia tidak dapat difahami kecuali dengan bahasa Arab, Sesuatu perkarayang
menyebabkan sesuatu wajib tidak sempurna maka ia turut menjadi wajib n.
Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa
yang tersusun yang terdiri daripada rangkaian kata dan ayat-ayat Seseorang individu
akan dapat menikmati hasil fikiran dan perasaan orang lain melalui butiran-butiran
tulisannya. Oleh itu, pengajaran kemahiran menulis sangatlah penting kerana ia
bertindak sebagai alat bagi menyampaikan isi pelajaran dan mempamerkan buah
fikiran seseorang ituu
Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Azib (1997), dalam
susunan kemahiran bahasa, kemahiran menulis merupakan kemahiran yang tertinggi
1 Diriwayatkan oleh al-Tabarani, al-Hakim dan al-Baihaqi serta Iain-lain melalui Ibn Abbas. Al-Hafiz al-Silafi mengatakan: Ini adalah Hadis hasan. Al-suyuti mengatakannya Hadis Sahih. Ada pendapat yang mengatakannya DaTifdan Maudu1, tetapi maknanya adalah benar. Lihat: Mat Taib Pa: Komponen Al-Quran dan Hadis dalam Pengajaran Bahasa Arab di Peringkat Ijazah TinggL m/s: 112.
10
14
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Nuruddin Ahmad (1991)3, raasalah
pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah Agama menengah kementerian boleh
dirumuskan seperti berikut:
1) Masalah bertutur dan menulis
2) Kekurangan tenaga pengajar mata pelaj aran bahasa Arab
3) Kurang cenderung menggunakan alat bantu pengajaran yang terkini
4) Ketidakselarasan.jadual pengajaran guru
5) Ketidakseimbangan antara pembahagian jumlah matapelajaran bahasa Arab
dan akademik
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar perlu mendapat latihan dan
bimbingan yang lebih dari sudut menguasai kemahiran - kemahiran berbahasa
khususnya kemahiran menulis.
Manakala Abdul Jamil Adnan (1998)4 membuat kajian tentang kesan
menggunakan kaedah pengajaran secara teijemahan dan latih tubi dalam
pengajaran kemahiran menulis terhadap pelajar-pelajar di jabatan Bahasa Arab,
Universiti Islam Ar-Raniri Banda Aceh, Indonesia. Hasil kajian mendapati teknik
pengajaran melalui kaedah latih tubi amat memberangsangkan dalam membantu
pelajar meningkatkan tahap penguasaan menulis mereka berbanding kaedah
terjemahan.
3 Tesis Sarjana, 1991. Mushkilat Ta'lim al-Lughatul 'Arabiyyah Fi al-Madaris as-Thanawiyyah Ad-Diniyyah Al-Hukumah Bi Maliziya, Ma'ahad Khartoum Ad-Dauli, 4 Tesis Saijana (1998). Athar Toriqatain at-Tarjamab wa at-Tadrib Fi Ta'lim Maharat al-Kitabah Li Tullab Qismu al-lughatul 'Arabiyyah Fi al-jamiah al-Islamiyyah al-Hukumah ar-Raniri Bi Banda Aceh Indonesia, Fakulti Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
15
Beliau menjelaskan kaedah latih tubi memerlukan pelajar memahami cara
penulisan gaya bahasa Arab dan secara tidak langsung membantu mereka
menambahkan perbendaharaan kata Arab. Selain itu, latihan yang berterusan amat
membantu pelajar meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis sekaligus dapat
menguasai kemahiran mengeja perkataan-perkataan Arab dan menulisnya
mengikut sistem ejaan huruf Arab yang betul. Dengan ini, pelajar dapat
menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa yang dipertuturkan dan juga dalam
penulisan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Che' Radhiah Misah (1995)5 berkisar
tentang kesilapan-kesilapan bahasa yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar
tingkatan enam atas di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang dalam karangan
bahasa Arab, hasil analisa menunjukkan kesalahan tersebut merangkumi:
1) Penggunaan huruf jar atau kata depan preposisi dan kata keija samada kata
keija masakini, masadepan atau kata keija menunjukkan perintah
2) Penggunan gender dalam ayat Muzakkar (lelaki) atau Muannas (perempuan)
3) Penggunaan ejaan atau Imla'
4) Penggunaan gaya bahasa Arab
Berdasarkan kajian tersebut pengkaji melihat bahawa kesalahan ejaan juga
merupakan salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar. Ia
menjadi satu kebimbangan apabila pelajar di tingkatan enam atas masih
melakukan kesalahan tersebut, dan pihak-pihak tertentu khususnya gum dan
sekolah perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi kelemahan pelajar.
5 Tesis Saijana Bahasa Arab, Pusat bahasa Universiti Malaya-Kuala Lumpur.