PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah...
-
Upload
vuongxuyen -
Category
Documents
-
view
245 -
download
0
Transcript of PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM … · FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan FPG Falsafah...
PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM
TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU
BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA
KHAIRILL HELME BIN RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM
TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU
BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya KHAIRILL HELME BIN RAMLI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Tn. Hj. MEOR IBRAHIM KAMARUDDIN
Nama Penyelia
No. 5206 Kg Pdg Tembusu,
13100 Penaga,
Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tarikh: _____18/1/12________ Tarikh: __18/1/12______
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ……………………………………………………
Penyelia : TN. HJ MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Tarikh : 18/1/12
ii
PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM
TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU
BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA
KHAIRILL HELME BIN RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………..............................
Nama Penulis : KHAIRILL HELME B. RAMLI
Tarikh : 18/1/12
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Bismillahirahmanirrahim,
Khas buat insan yang tersayang,
Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,
Ramli Bin Ismail dan Che Manes Binti Saad,
Terima kasih tidak terhingga anakanda ucapkan,
Di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan,
Kakanda dan Adinda yang disayangi,
Mohd Khairulrizal, Muhammad Khairiri, Muhammad Zulfaqar dan Muhammad
Syafiq,
Segala galakan dan sokongan yang diberikan,
Suka-duka kalian menjadi pendorong kejayaan dalam kehidupanku.
Kepada pensyarah pembimbing,
Tuan Haji Meor Ibrahim Bin Kamaruddin
Terima kasih di atas segala dorongan, sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikan selama ini,
Semoga segala jasa yang dicurahkan akan diberkati Allah hendakNya.
Buat sahabat-sahabat SPC seperjuangan,
Ribuan terima kasih diucapkan,
Sedia berkongsi idea dan suka-duka bersamaku,
Segala kenangan kita bersama akan kusemat di dalam sanubariku.
Semoga Allah merberkati kalian semua,
Wassalam.
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya, saya dapat
menyiapkan kajian yang dijalankan ini dengan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin selaku penyelia projek, di
atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta bantuan yang telah diberikan
sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu dan dorongan yang
diberikan amat berharga dan berguna malah akan dikenang sehingga akhir hayat.
Saya juga ingin merakamkan sekalung budi buat pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu
dalam penyiapan penyelidikan ini.
Sekalung terima kasih yang tidak terhingga buat ayahanda dan bonda Ramli
Bin Ismail serta bonda tercinta Che Manes Binti Saad dan adik-beradik yang
disayangi di atas bantuan dan sokongan sepanjang tempoh pengajian saya sehingga
tamatnya kajian ini. Semoga rezeki semakin bertambah dan mendapat kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Akhir sekali ribuan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan (SPC) yang
sentiasa menyokong dalam apa jua perkara dan keadaan. Terima kasih juga ditujukan
kepada semua staf akademik dan bukan akademik Fakulti Pendidikan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh untuk menyiapkan kajian ini.
Semoga Allah s.w.t. memberkati dan merahmati segala usaha dan pertolongan yang
diberikan. Amin…
vi
ABSTRAK
Standard Guru Malaysia (SGM) ialah pernyataan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta
dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan tanggungjawab guru
berdasarkan Standard 1, Standard 2 dan Standard 3 yang terdapat dalam SGM.
Kajian ini dilakukan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Responden kajian ini terdiri daripada 103 orang mahasiswa tahun akhir. Instrumen
kajian yang terdiri daripada 60 soalan berkaitan Standard dan bukan Standard dan
soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat data yang
diperlukan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 19.0 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan
peratus. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan
tanggungjawab guru berdasarkan Standard 1, Standard 2 dan Standard 3 yang
terdapat dalam SGM berada pada tahap tinggi (purata skor = 73.5%). Ini
menunjukkan mahasiswa Fakulti Pendidikan mengetahui tentang peranan dan
tanggungjawab guru yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia. Cadangan telah
dikemukakan pada akhir laporan ini.
vii
ABSTRACT
Standard Guru Malaysia (SGM) is a statement of professional competence
that should be achieved by teacher and the aspect of statement that should be
prepared and implemented by the agencies and institutions of teacher training. This
research aims to identify the student’s knowledge with regard to roles and
responsibilities of teachers based on Standard 1, Standard 2 and Standard 3 in then
Standard Guru Malaysia among UTM students. This research was conducted at the
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The respondents consisted of
103 final year students. Research instruments was a questionnaire consist of 60
questions. Questionnaires were distributed to respondents to obtain the required data.
Data obtained were then analyzed using Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 19.0 and were presented in frequency and percentage. Results
showed that the levels of knowledge among UTM students with regard to the roles
and responsibility based on Standard 1, Standard 2 and Standard 3 in the Standard
Guru Malaysia were high (average score = 73.5%). Some suggestion were show at
the end of this report.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN PENGESAHAN
PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN
PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI RAJAH xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Matlamat Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
ix
1.6 Persoalan Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Skop Kajian 7
1.9 Batasan Kajian 8
1.10 Takrifan Istilah 8
1.10.1 Peranan 8
1.10.2 Tanggungjawab 9
1.10.3 Guru 9
1.10.4 Standard 9
1.11 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Standard Guru Malaysia 11
2.3 Asas Penentuan Standard 12
2.3.1 Misi Nasional 12
2.3.2 Falsafah Pendidikan
Kebangsaan 13
2.3.3 Falsafah Pendidikan Guru 14
2.3.4 Tatatusila Profesion
Keguruan 15
2.3.5 Etika Kerja KPM 17
2.4 Perincian Standard 17
2.4.1 Standard 1 17
2.4.2 Standard 2 18
2.4.3 Standard 3 19
x
2.5 Keperluan 20
2.6 Model SGM 21
2.7 Kesimpulan 22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 23
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3,3 Tempat Kajian 25
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 26
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Analisis Kajian 30
3.8 Kajian Rintis 31
3.9 Jangkamasa Kajian 31
3.10 Kesimpulan 32
BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 33
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Data Mengenai SGM 33
4.3 Standard 1 34
4.4 Standard 2 39
4.5 Standard 3 45
xi
4.6 Pengetahuan Mahasiswa Secara
Keseluruhan 52
4.7 Kesimpulan 53
BAB 5 RUMUSAN 54
5.1 Pengenalan 54
5.2 Rumusan 54
5.3 Cadangan 55
5.4 Cadangan Lanjutan 56
5.5 Kesimpulan 57
RUJUKAN 58
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Klasifikasi soalan 27
3.2 Tahap pengetahuan peranan dan 30
tanggungjawab guru
4.1 Taburan kekerapan mahasiswa
Memberikan jawapan betul pada
Standard 1 34
4.2 Taburan kekerapan mahasiswa
Memberikan jawapan betul pada
Standard 2 40
4.3 Taburan kekerapan mahasiswa
Memberikan jawapan betul pada
Standard 3 45
4.4 Purata skor pencapaian mahasiswa 51
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
FP Fakulti Pendidikan
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPG Falsafah Pendidikan Guru
IPG Institut Pendidikan Guru
IPT Institut Pengajian Tinggi
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS Institut Pengajian Tinggi Swasta
KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
KPT Kementerian Pengajian Tinggi
SGM Standard Guru Malaysia
SPSS Statistical Package For Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
P&P Pengajaran Dan Pembelajaran
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model SGM 21
3.1 Rekabentuk kajian 25
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini profesion perguruan merupakan pilihan kerjaya yang begitu
popular di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun 2010, statistik menunjukkan jumlah
guru yang berkhidmat di sekolah–sekolah menengah dan rendah adalah berjumlah
405,716 orang guru (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011)a. Di samping itu
pelajar-pelajar yang memohon untuk ke program perguruan adalah begitu banyaknya
walaupun jumlah kekosongan untuk memasuki program ini adalah terhad.
Azizi et al. (2009), menyatakan mengajar terdiri daripada cara membantu
murid-murid untuk belajar manakala mendidik pula terdiri daripada cara menolong
mereka membentuk dan memperbaiki personaliti. Menjadi seorang guru amat
memerlukan kesabaran yang tinggi. Guru memainkan peranan dan tanggungjawab
yang penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Menurut Dreher dan Singer (1989),
seorang guru perlu membuat beberapa keputusan mengenai sesuatu isu dan perlu
memberi arahan kepada pelajar. Ini menunjukkan guru sebagai penggerak kepada
tindakan pelajar. Maksud penggerak adalah, guru itu merupakan seorang yang boleh
mendorong atau menggalakkan pelajarnya membuat sesuatu perkara. Justeru guru
perlu memberikan arahan yang betul kepada pelajar-pelajar untuk mengelakkan
mereka daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
2
Tanggungjawab yang dipikul seorang guru juga amat berat dan banyak sekali.
Rosmaliana Aida(2011), menerangkan impak daripada tugas yang dilaksanakan
ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan
masa hadapan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan.
Menyedari tugas yang dipikul guru adalah berat maka guru perlulah melaksanakan
peranan dan tanggungjawab dengan ikhlas dalam mendidik anak bangsa.
Guru perlu mengawasi setiap gerak geri pelajar–pelajar di dalam sekolah
supaya mereka tidak melanggar peraturan–peraturan sekolah. Menurut Haspaizi dan
Anand (2010), guru melakukan atau melaksanakan 30 tugas berkaitan sekolah serta
negeri mahupun negara. Antara tugas–tugas guru yang terpasa dilaksanakan adalah
seperti kekerapan menghadiri kursus, kokurikulum atau sukan, peperiksaan, tugasan
di hujung minggu dan lain–lain lagi.
Aminuddin (2010), menyatakan guru berperanan mewujudkan pelajar yang
berilmu dan berkemahiran tinggi. Hanya dalam bidang pendidikan, sesorang guru
dapat membentuk atau melahiran modal insan yang berkualiti kepada negara. Pelajar
yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi adalah aset penting kepada negara
untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
Justeru guru perlu memastikan tanggungjawab yang dipikulnya, dilakukan dengan
sebaik dan seikhlas mungkin dalam mendidik anak bangsa.
Pembabitan guru dalam sekolah juga memainkan peranan dalam mewujudkan
sekolah yang efektif. Menurut Schaffer, Scherer dan Stringfield (1997), untuk
profesionalisme mengajar terjadi, guru perlu menjadi sebahagian daripada pembuat
keputusan bagi sesebuah sekolah. Sekolah efektif memerlukan guru yang berwiba
dan berketerampilan tinggi bagi memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan
yang berkualiti. Setiap guru perlu mempunyai semangat dan azam yang tinggi dalam
melakukan kerja dan melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik yang berwibawa.
Menurut Muhammad Hamid dan Nabi (1992), guru perlu mempunyai kebijaksanaan
yang perlu untuk merangsang keyakinan dan kepercayaan dan untuk memberikan
kepuasan intelek dan moral kepada pelajar. Guru berperanan dalam melonjakkan
frekuensi pelajar dan tiada mahu melihat kegagalan (Harian Metro, 2011). Tiada
3
seorang guru pun di dunia ini mahu pelajarnya gagal dalam kehidupan, dalam diri
seorang guru kejayaan pelajar-pelajar adalah suatu harapan yang diharapkan oleh
mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Profesion perguruan merupakan salah satu kerjaya yang sangat diminati oleh
para–para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2011)a. Kursus perguruan banyak
ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) di mana kebanyakkannya menawarkan
program di tahap diploma. Sekarang ini ada juga IPG yang menawarkan program di
tahap ijazah pertama untuk menampung kekurangan tempat di Institut Pengajian
Tinggi (IPT). Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) juga ditawarkan kepada
mereka yang telah memegang ijazah pertama bukan dari program pendidikan.
Sebagai contoh statistik kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) untuk mengikuti program pendidikan di peringkat sarjana muda
semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002 sejumlah 3890 orang
pelajar telah diterima untuk mengikuti kursus ini dan pada tahun 2007 ianya
meningkat sebanyak dua kali ganda di mana berjumlah 6445 orang berjaya
menempatkan diri mereka ke program ini (Kementerian Pengajian Tinggi, 2011)b.
Sekiranya ingin menjadi seorang pendidik, seseorang itu perlu tahu peranan
dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Menurut Arsac, Balacheff dan Mante
(1992), guru membuat keputusan dan pilihan di mana ianya oleh memberi impak
yang penting kepada pembelajaran pelajar. Guru mempunyai kuasa autonomi di
sekolah, di mana guru boleh membuat keputusan kepada masalah yang dihadapi dan
mencari cara penyelesaiannya. Segala keputusan yang dinyatakan oleh guru secara
tidak langsung dapat memberi impak kepada prestasi pembelajaran pelajar. Oleh itu,
guru seharusnya memahami dan mengatahui peranan yang dimainkannya di mana
ianya amat penting dalam megubah sesuatu perkara. Justeru, pengetahuan bakal
4
seorang guru itu terhadap tugasnya sebagai pendidik perlu dititikberatkan bagi
melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.
Menurut Aminuddin (2007), guru yang menjadi tenaga penting ke arah
menyediakan modal insan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan
negara. Guru adalah pendidik, merekalah yang dapat membentuk dan melahirkan
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Di dalam Islam guru adalah
suatu perkerjaan yang amat mulia. Sebagai seorang guru adalah lumrah untuk berasa
bangga akan kejayaan anak didiknya, kerana sebelum pelajar–pelajar mereka berjaya
guru telah banyak menabur bakti dengan mendidik dan mengajar mereka dengan hati
yang ikhlas. Peranan guru kalau dikira tidak terhitung banyaknya. Guru bukan
sahaja mendidik tetapi guru juga adalah seorang pembimbing dan pendorong serta
pemberi nasihat yang berguna kepada anak didiknya.
Guru perlu berfikir secara kritis iaitu boleh mengatasi masalah yang rencam
dan membuat keputusan tepat (Idris, 2011). Sesorang guru perlu berfikir secara
kritis dan kreatif. Keperluan berfikir secara kritis dan kreatif membolehkan guru
menyelesaikan suatu masalah dengan sempurna dan tepat. Oleh itu sesorang guru itu
perlu tahu mereka perlu memikul tugas yang berat dan tanggungjawab yang
mencabar dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru. Tidak dapat dinafikan
lagi setiap daripada masyarakat pernah melalui pendidikan yang diberikan oleh guru.
Sebagai seorang guru ilmu yang dikurniakan Allah kepada kita seharusnya diajarkan
kepada orang lain.
Guru mempunyai tugas yang sangat berat untuk dipikul, merupakan suatu
amanah yang harus dilaksanakan dalam mendidik anak bangsa untuk mereka
menjadi warganegara yang mulia, berpandangan jauh serta berilmu pengetahuan
tinggi. Guru juga boleh diibaratkan seperti lilin yang sanggup membakar dirinya
untuk menerangi orang di sekeliling. Perumpamaan ini sangat sesuai diberikan
kepada warga pendidik terutama kepada guru-guru kerana jasa dan sumbangan yang
diberikan mereka sangat tidak terhitung banyaknya dalam mencurahkan segala
keringat dan bakti serta meluangkan masa yang banyak untuk melahirkan pelajar
5
yang berakhlak mulia, berdaya saing, berketrampilan selaras dengan aspirasi negara
Malaysia dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi.
Justeru, tugas yang dipikul oleh guru merangkumi tanggungjawab serta
peranannya dalam mendidik tidak boleh dipandang enteng oleh mahasiswa yang
sedang mengikuti kursus pendidikan. Seharusnya mahasiswa perlu mengetahui
peranan dan tanggungjawab guru yang harus dipikul dan dilaksanakan ketika
mendidik pelajar-pelajarnya.
1.3 Pernyataan Masalah
Sebagai seorang bakal pendidik, mereka perlu tahu peranan dan
tanggungjawab seorang guru yang perlu ada di dalam diri pendidik sebelum
menempuh ke alam pekerjaan. Nik Salida (2011), menerangkan kualiti seorang guru
sangat penting dalam membina sahsiah pelajar, sebab itu mereka harus ikhlas,
berdedikasi, jujur dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul. Menyedari
masalah ini satu kajian ingin dijalankan bagi mengetahui tahap kefahaman dan
pengetahuan bakal–bakal guru terhadap peranan dan tanggungjawab seorang guru di
kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang perlu
ada di dalam diri selaras dengan perlaksanaan Standard Guru Malaysia. Oleh yang
demikian, kajian ini dilaksanakan bagi menentukan sejauh mana tahap pengetahuan
mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap tugas,
peranan dan tanggungjawab sebenar guru di sekolah.
1.4 Matlamat Kajian
Guru seharusnya mengetahui setiap peranan dan tanggungjawab yang perlu
dimainkan ketika melaksanakan tugas. Guru atau pendidik juga berperanan sebagai
ejen membangunkan ummah, menjadikan kita bangsa yang dihormati dan disegani
serta membentuk sebuah negara maju (Rahisam, 2008). Oleh yang demikian kajian
6
ini akan dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kefahaman peranan dan
tanggungjawab seorang guru di kalangan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia dalam konteks Standard Guru Malaysia.
Sebagai mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
seharusnya para mahasiswa mengetahui dan memahami peranan dan tanggungjawab
guru sebelum mereka menempuh ke alam pekerjaan sebagai seorang guru.
1.5 Objektif Kajian
Tujuan kajian ialah untuk menentukan pengetahuan Standard Guru Malaysia.
Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pengetahuan
mahasiswa berdasarkan Standard 1: kompetensi amalan nilai profesionalisme
keguruan, Standard 2: pengetahuan dan kefahaman dan Standard 3: kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia.
1.6 Persoalan Kajian
Dalam melakukan kajian ini, persoalan kajian ialah apakah tahap
pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan tanggungjawab guru yang terdapat
pada Standard Guru Malaysia berdasarkan 3 standard utama iaitu kompetensi amalan
nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini akan menunjukkan tahap pengetahuan sebenar tentang peranan dan
tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Dalam kajian ini nilai–nilai yang ada
7
dalam diri seorang guru akan digunakan dalam mendapatkan maklumat yang dikaji.
Daripada kajian ini kita dapat mengetahui sejauh mana pengetahuan dan yang ada
dalam diri mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap
peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh guru ketika berada di alam
pekerjaan.
Kajian ini boleh memberi maklumat dan manfaat kepada bakal–bakal guru
mahu pun pelajar–pelajar yang ingin memohon ke program pendidikan terhadap
peranan dan tanggungjawab yang pelu dilaksanakan oleh setiap guru dalam mendidik
pelajar–pelajarnya. Selain itu, kajian ini juga dapat memberikan maklumat mengenai
pengetahuan mahasiswa Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap
peranan dan tanggungjawab guru yang perlu dilaksanakan ketika melaksanakan tugas
supaya bertetapan dengan ciri-ciri yang terdapat dan terkandung di dalam Standard
Guru Malaysia.
Kajian ini juga dapat memberikan input kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, universiti-universiti tempatan yang menawarkan program pendidikan
terhadap pengetahuan mahasiswa terhadap tanggungjawab dan peranan serta tugas
guru sebelum mereka menempuh alam pekerjaan.
1.8 Skop Kajian
Kajian ini akan dijalankan ke atas sebahagian mahasiswa Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia yang terdiri daripada pelajar tahun akhir iaitu tahun
empat kerana mahasiswa ini sedang mengikuti kursus perguruan, di samping itu
mahasiswa ini juga telah menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah kerajaan
selama empat bulan. Oleh itu kajian ini dijalankan ke atas mereka adalah untuk
mengetahui pengetahuan mereka terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai
seorang guru. Dengan adanya pengalaman menjadi guru pelatih, diharapkan
mahasiswa mempunyai pengetahuan terhadap tugas-tugas, peranan dan
tanggungjawab sebagai seorang guru.