PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v...
Transcript of PENGESAHAN PENYELIA - fp.utm.my · PENGESAHAN PENYELIA ii JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v...
PENGESAHAN PENYELIA
" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ……………………………
Nama penyelia : PROF DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
Tarikh : ……………………………
ii
PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU
PELATIH UTM YANG MENGAJAR MATAPELAJARAN
MATEMATIK
NURDALINA BINTI DAUD
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai
Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :………………………………
Nama Penulis : NURDALINA BINTI DAUD
Tarikh :…………………………………
iv
DEDIKASI
Diabadikan khas buat
Ayahanda dan bonda yang dikasihi
Daud bin Kasa,
Mahani binti Abd. Hamid
Serta adik-beradikku tersayang
diatas berkat dan semangat
yang selalu dihulurkan
Buat insan teristimewa suamiku
Mohd Faizal bin Mohd Adni,
terima kasih diatas dorongan,
kesabaran dan kasih sayang yang diberikan
Tidak dilupakan kepada rakan-rakan
dan teman seperjuangan yang
banyak membantu sepanjang
kajian ini dijalankan.
Semoga Allah jua yang
membalas jasa kalian
Amin
v
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah dapat menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
penganugerahan Ijazah sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus
ikhlas ingin merakamkan penghargaan kepada penyelia saya, Prof Dr. Noor Azlan bin
Ahmad Zanzali diatas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan
sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Kepada Allah SWT jua saya doakan agar kalian diberi pembalasan yang setimpal
dengan kerjasama yang diberikan kepada saya, InsyaAllah ianya akan tetap dikenang
hingga akhir hayat.
Wasalam.
Nurdalina binti Daud.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis bahan bantu mengajar yang digunakan
oleh guru pelatih UTM semasa mengajar matapelajaran matematik. Kajian ini juga
untuk mengetahui tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar serta masalah
yang dihadapi oleh guru pelatih dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Responden
yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada sekolah
disekitar Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan
kaedah temu bual dan cerapan semasa sesi pengajaran Matematik. Analisis data dibuat
secara kualitatif berdasarkan jawapan yang diberikan oleh responden dan cerapan yang
dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih UTM mempunyai tahap
penggunaan bahan bantu mengajar yang tinggi. Terdapat beberapa cadangan untuk
meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar.
vii
ABSTRACT
The research was aimed to identify types of teaching aids that the University
Technology Malaysia (UTM) trainee teacher used during their teaching Mathematics.
This research seek to know the level of using skills the teaching aids and to know the
problem faced by trainee teacher in using the teaching aids. Respondent consists of five
practical teachers that major in Mathematics Education and did teaching practical in
areas of Johor Bahru. The instruments of research were used an interviews and
observations in Mathematics instruction. Data collected were analyzed by qualitative
based on the answer that trainee teacher are given by interview and observation. Result
showed that the trainee teachers have a high level in using the teaching aids. From the
research, some suggestions had been given to improve the research finding.
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Kerangka Konsep 7
1.9 Model Glaser 8
1.10 Definisi Istilah 9
1.10.1 Bahan bantu mengajar 10
1.10.2 Penggunaan 11
1.10.3 Pengajaran 11
SENARAI KANDUNGAN
ix
1.11 Kesimpulan
12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Jenis Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
14
2.3 Kemahiran Guru Pelatih Menggunakan Bahan
Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
17
2.4 Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran
19
2.5 Masalah Yang Dihadapi Dalam Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
20
2.6 Kesimpulan 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi Kajian 27
3.3.1 Tempat Kajian 27
3.3.2 Sampel Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 28
3.4.1 Temu bual 29
3.4.2 Pemerhatian 30
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 30
3.5.1 Temubual 31
x
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 32
3.7 Analisis Data 33
3.8 Jangka masa Kajian 33
3.9 Kesimpulan 34
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 35
4.2 Hasil dapatan kajian 36
4.2.1 Sampel A 36
4.2.1.1 Pengenalan 36
4.2.1.2 Hasil Temu Bual 36
4.2.1.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru pelatih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
37
4.2.1.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan
bantu mengajar di kalangan guru pelatih
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
37
4.2.1.2.3 Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih
dalam penggunaan bahan bantu mengajar
38
4.2.1.3 Hasil cerapan 39
4.2.1.4 Rumusan 40
4.2.2 Sampel B 41
4.2.2.1 Pengenalan 41
4.2.2.2 Hasil Temu Bual 41
4.2.2.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru pelatih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
42
4.2.2.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru pelatih dalam
42
xi
proses pengajaran dan pembelajaran
4.2.2.2.3 Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih
dalam penggunaan bahan bantu mengajar
43
4.2.2.3 Hasil cerapan 44
4.2.2.4 Rumusan
4.2.3 Sampel C
45
46
4.2.3.1 Pengenalan 46
4.2.3.2 Hasil Temu Bual 46
4.2.3.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru pelatih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
46
4.2.3.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru pelatih dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
47
4.2.3.2.3 Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih
dalam penggunaan bahan bantu mengajar
48
4.2.3.3 Hasil cerapan 49
4.2.2.4 Rumusan 50
4.2.4 Sampel D 50
4.2.4.1 Pengenalan 50
4.2.4.2 Hasil Temu Bual 51
4.2.4.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru pelatih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
51
4.2.4.2.2Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru pelatih dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
51
4.2.4.2.3Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih
dalam penggunaan bahan bantu mengajar
52
xii
4.2.4.3 Hasil cerapan 53
4.2.4.4 Rumusan 54
4.2.5 Sampel E 55
4.2.5.1 Pengenalan 55
4.2.5.2 Hasil Temu Bual 55
4.2.5.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang
digunakan oleh guru pelatih dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
55
4.2.5.2.2Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar di kalangan guru pelatih dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
56
4.2.5.2.3Masalah yang dihadapi oleh guru pelatih
dalam penggunaan bahan bantu mengajar
57
4.2.5.3 Hasil cerapan 58
4.2.5.4 Rumusan 59
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan dan Rumusan 61
5.2.1 Jenis bahan bantu mengajar yang
digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
61
5.2.2 Tahap kemahiran penggunaan bahan bantu
mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran.
62
5.2.3 Masalah yang dihadapi dalam penggunaan
bahan bantu mengajar.
64
5.2.4 Penggunaan bahan bantu mengajar di
dalam kelas
64
xiii
5.3 Implikasi kajian 66
5.4 Cadangan kajian 67
5.5 Cadangan kajian lanjutan 67
5.6 Penutup
68
RUJUKAN
LAMPIRAN (A – F)
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Model Glaser yang telah diubahsuai oleh
pengkaji
8
1.2 Model Pengajaran Robert Glaser 9
xv
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BBM - Bahan bantu mengajar
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KPK - Kursus Penguruan Khas
OHP - projector overhead
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
B Soalan Temu bual
C Borang Temu bual
D Borang Cerapan
E Hasil temu bual
F Hasil Cerapan
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam era teknologi masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran bukan
sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui
penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah
penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi memupuk
minat pelajar.
Sebahagian daripada kaedah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kepada pelajar ialah menggunakan bahan bantu mengajar. Guru – guru
menggunakannya hampir setiap kali mereka menyajikan pengajaran mereka.
Penggunaan alat bantu mengajar telah tersebar luas sejajar dengan arus kemajuan yang
berlaku dalam dunia pendidikan hari ini.
2
Oleh yang demikian, melalui teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
dari guru sahaja belum dapat menjamin berlakunya proses pembelajaran yang berkesan
tanpa melalui bahan bantu mengajar. Dalam matapelajaran matematik, bahan bantu
mengajar memainkan peranan penting ke arah memahamkan konsep di dalam proses
pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kementerian Pelajaran Malaysia mengubal Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan
penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta mengutamakan penggunaan bahan bantu
mengajar untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan.
Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang
berteraskan teknologi di sekolah-sekolah di negara ini untuk memudahkan guru-guru
terutamanya guru pelatih menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abu Zahari (1987), guru pelatih kurang
berketrampilan dengan tugasnya. Ramai di kalangan mereka yang kurang mahir dan
kreatif untuk menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi
pengajaran tersebut.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, guru pelatih mengajar
matematik memberi tumpuan pada pengajaran satu hala dengan bercakap menggunakan
alat bantu mengajar yang minima seperti papan hitam, buku teks. Ini akan menyebabkan
pelajar menjadi pasif di dalam kelas. Sepatutnya guru mempelbagaikan teknik
pengajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai kepada pelajar.
3
Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang
berbentuk 3B iaitu membosankan, membingungkan, dan memberatkan pelajar.
Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru (Lim
Chap Sam, 2003). Bahan bantu mengajar bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Alatan
Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa’ Noraziah Abdul Hamid (1981), menerangkan
bahawa ‘bahan bantu’ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam
proses tersebut. Bahan bantu mengajar bertujuan menambahkan kelancaran
perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid dengan murid serta
membantu, atau mempercepatkan proses permahaman mereka (Kamaruddin Hj.Husin,
1986)
1.3 Penyataan Masalah
Dalam era permodenan dan berteknologi ini masih terdapat sebilangan guru
pelatih yang mengajar menggunakan kaedah “chalk and talk” (kaedah tradisional).
Sepatutnya pengajaran menjadi lebih baik dan menarik dengan persediaan awal dari segi
perancangan kaedah penyampaian pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar
yang cukup. Ini secara tidak langsung boleh membantu pemahaman pelajar.
Peralatan yang dihasilkan berasaskan teknologi moden dapat digunakan secara
praktik dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh itu, bidang teknologi juga
memainkan peranan penting yang menjadi tapak asas yang kukuh dalam bidang
pendidikan masa kini. Perkembangan teknologi mencipta peralatan pengajaran memberi
kesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru
dan juga bagi mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan pelajar
4
Guru pelatih (matematik) telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang
memusatkan pelajar, sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana
menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan. Seseorang guru pelatih juga
harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar
yang paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran
yang dirancang. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung
kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar yang
sesuai. Sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber atau perpustakaan yang
dilengkapi bahan bantu mengajar tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya
jika gurunya tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :
i. Mengenal pasti jenis bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru-
guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
matematik semasa latihan mengajar.
ii. Mengetahui tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar di
kalangan guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
matematik.
iii. Mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam penggunaan
bahan bantu mengajar.
5
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang ingin dijawab. Persoalan
tersebut adalah :
i. Apakah bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru pelatih dalam
proses pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar?
ii. Apakah tahap kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar?
iii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dalam menggunakan
bahan bantu mengajar?