Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia_2
description
Transcript of Pengendalian Selamat Bahan Saintifik Dan Bahan Kimia_2
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
5
TAJUK 1 Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
1.0 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan pengendalian secara selamat bahan saintifik dan
bahan kimia. Aspek yang diberi perhatian termasuk cara pengendalian bahan
kimia, bahan radioaktif dan bahan biologi, penyimpanan bahan kimia,
pengendalian peralatan elektrik, dan penyimpanan peralatan sains dengan betul
dan selamat.
1.1 HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat
1. mengendalikan bahan kimia, bahan radioaktif, bahan biologi, dan peralatan
elektrik di makmal sains dengan betul dan selamat.
2. menyimpan bahan kimia dan peralatan sains di makmal sains dengan betul
dan selamat.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
6
1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.3 PENGENALAN
Bahan saintifik dan bahan kimia dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan
betul dan selamat supaya tidak mengakibatkan risiko yang berikut:
Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif.
Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.
Alahan kepada bahan sains.
Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia.
Pencemaran kepada alam sekitar.
Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.
Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)
Pengendalian Selamat Bahan Saintifik dan Bahan Kimia
Bahan Kimia
Bahan Radioaktif
Bahan Biologi
Penyimpanan Peralatan Elektrik
Peralatan Sains
Bahan Kimia
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
7
1.4 PENGENDALIAN BAHAN KIMIA
Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Beberapa bahan
kimia mempunyai cirri-ciri tertentu seperti mudah terbakar dan meletup,
mengkakis, beracun dan merengsa. Beberapa perkara yang perlu
dipertimbangkan semasa mengendalikan bahan kimia adalah seperti berikut:
Guna kukus air untuk memanaskan bahan kimia dan elakkannya
daripada terdedah secara terus dengan api.
Mengendalikan pelarut mudah terbakar dalam hud ekzos atau
kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik.
Pelarut yang tidak kehendaki haruslah dikembalikan kepada stor
pelarut atau segera dilupuskan dengan betul.
Bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar tidak perlu diisi lebih
daripada satu setengah kapasitinya.
Apabila membuat ekstrak pelarut atau mengoncang cecair meruap,
tekanan dalam bekas harus kerap dilepaskan/dikurangkan.
Jangan tuangkan cecair mudah terbakar ke dalam singki.
Elakkan tumpahan dan serta-merta membasuh tangan dengan sabun
dan air jika tersentuh tumpahan tersebut.
Sentiasa menuangkan asid ke dalam air.
Jangan sekali-kali menggunakan spatula yang sama untuk
mengeluarkan bahan kimia daripada dua bekas yang berbeza.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
8
Berikut adalah symbol bahan kimia berbahaya:
Mudah terbakar Bahan beracun
Agen pengoksida Bahan mudah meletup
X Bahan mengkakis Bahan merbahaya
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
9
Teknik menuang bahan kimia
Menuang bahan kimia dari botol reagen.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
10
Bolehkah anda meninggalkan penutup botol reagen di atas meja
semasa menuang larutan daripadanya?
Memindahkan cecair kimia menggunakan penitis
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
11
Menggunakan kaca rod untuk menuang cecair kimia
Terangkan bagaimana anda boleh mengelakkan tumpahan semasa memindahkan bahan kimia.
1.5 PENGENDALIAN BAHAN RADIOAKTIF
Elakkan bahan-bahan radioaktif daripada menyentuh kulit.
Barangan kaca yang khas digunakan bersama bahan radioaktif perlu
disimpan secara berasingan.
Tangan dan bahagian lain badan yang telah tercemar dengan bahan-
bahan radioaktif mestilah dibasuh sabun dan air dengan teliti.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
12
Semua bahan radioaktif hendaklah dilupuskan pada akhir kelas amali.
1.6 PENGENDALIAN BAHAN BIOLOGI
Elakkan menyentuh mulut dengan tangan ketika mengendalikan
bahan-bahan biologi.
Kultur bakteria dan kulat hendaklah direndam dalam disinfektan
sebelum pelupusan.
Visor keselamatan harus dipakai apabila menggunakan picagari untuk
menyuntik metanol kerana kemungkinan terpisahnya jarum daripada
picagari tersebut.
Segala luka mestilah dibalut sebelum melakukan kerja yang
melibatkan haiwan.
Haiwan liar perlu diperkenalkan ke sekolah dengan berhati-hati dan
mengikut budi bicara kerana ia boleh membawa parasit serta risiko
kepada jangkitan
Elak mengendalikan kulit haiwan yang telah diawet kerana ia mungkin
telah diproses dengan sebatian arsenical dan merkurik klorida.
1.7 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA
a. Bahan kimia tak organik
Biasanya disimpan berasingan daripada bahan kimia organik.
Botol-botol bahan kimia disusun mengikut abjad dan disimpan dalam
almari yang bertutup.
Bahan kimia yang boleh menyerap wap air dari udara mesti disimpan
berasingan dengan bahan kimia yang bersifat peroi (menghilangkan
air habluran kepada udara).
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
13
Beri contoh beberapa bahan kimia yang boleh menyerap wap air
dari udara, dan bahan kimia yang boleh menghilangkan habluran
ke udara.
b. Bahan kimia organik
Kebanyakannya adalah cecair yang meruap dan beracun.
Disusun mengikut abjad dan disimpan di tempat yang berasingan dari
bahan-bahan lain.
Bilik stor/tempat penyimpanan dilarangkan penggunaan api dan
mempunyai pengaliran udara yang baik.
Beberapa contoh bahan kimia organik yang amat mudah terbakar ialah
aseton, benzene, karbon disulfide, etanol, toluene, propanol dan
kloroform.
Bagaimanakah bahan kimia berikut disimpan?
a. bahan kimia cecair yang menghakis
b. logam alkali
1.8 PENGENDALIAN PERALATAN ELEKTRIK
Kemalangan mungkin berlaku jika alat elektrik tidak diguna dengan betul atau
tidak disenggarakan dengan baik. Langkah-langkah berikut perlu diambil untuk
mencegah kemalangan yang disebabkan oleh pengendalian alat elektrik yang
tidak betul:
pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah.
Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas lantai yang
lembap apabila menggunakan peralatan elektrik.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
14
Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat
sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan.
Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan baik serta
menggunakan wayar yang bertebat.
Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih daripada satu
peralatan pada setiap satu punca kuasa.
Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah d iganti dengan
segera.
Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang betul.
Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik.
Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin.
Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh juru
elektrik yang bertauliah.
Sebarang peraturan keselamatan penggunaan elektrik hendaklah
dipatuhi.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)
Mengendalikan Voltmeter
Keupayaan di antara dua titik di dalam satu litar diukur dengan voltmeter.
Terminal +5V digunakan jika julat voltmeter ialah antara 0-5V, manakala
terminal +10V diguna untuk julat antara 0-15V.
Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul
Simbol-simbol bersesuaian juga digunakan untuk menunjukkan jenis
voltmeter (A atau mA) dan jenis arus -
])
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
15
Mengendalikan Ammeter
Terminal +1A digunakan jika julat ammeter ialah antara 0-1A, manakala
terminal +5A diguna untuk julat antara 0-5A.
Terminal mesti disambung dengan polariti yang betul
Ammeter mempunyai dua terminal; terminal berwarna merah adalah
positif dan terminal berwarna hitam negative.
Ammeter disambung secara siri dalam litar elektrik. Terminal positif
ammeter disambung kepada terminal positif bateri, manakala terminal
negative ammeter disambung kepada terminal negative bekalan kuasa.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
16
Tutorial
1. Kumpul maklumat tentang bagaimana bahan-bahan kimia dan peralatan
sains disimpan dalam bilik/makmal sains sekolah anda. Cadangkan
penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk menyempurnakan lagi
penyimpanan bahan dan peralatan tersebut.
1.9 PENYIMPANAN PERALATAN SAINS
Peralatan sains perlu disimpan dengan cara yang teratur dan selamat supaya ia
mudah dikesan serta mengelakkan kemalangan. Bahan dan peralatan sains
yang perlu disimpan dengan cermat termasuk radas kaca, radas optik, radas
elektrik, dan bahan kimia.
Radas kaca
Semua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan dalam almari
tertutup.
Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan atau mengeluar radas
dari almari, elak simpan radas kaca tersebut pada tempat yang terlalu
tinggi.
Radas yang sama saiz hendaklah disusun di tempat yang sama.
Radas yang tinggi hendaklah ditempatkan di bahagian belakang
manakala yang rendah di bahagian hadapan.
Radas-radas yang kecil seperti tabung, tiub specimen, piring petri, dan
slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau laci yang
tertutup dan dilabel.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
17
Tiub dan rod kaca panjang hendaklah diletakkan secara mengufuk bagi
mengelakkannya daripada melentur. Tiub kaca berlubang hendaklah
ditutup di kedua-dua hujung bagi mengelakkan habuk masuk.
Biuret dan pipet hendaklah disimpan dalam keadaan menegak di rak
khas.
Radas optik
Radas optik pada amnya perlu disimpan dengan baik supaya tidak
senang tergores.
Radas-radas optik yang kecil seperti prisma, kanta optik dan kanta
pembesar elok disimpan dalam kepingan stirofoam yang mempunyai
ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindah.
Mikroskop dan binocular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang
kering supaya mencegah pertumbuhan kulat pada permukaan optik.
Teleskop perlu disimpan dalam kotak yang kering untuk mengelakkan
kantanya daripada berkulat.
Radas elektrik
Alat elektrik mesti disimpan di tempat yang kering.
Sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah sentiasa
kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan
daripada litar pintas berlaku.
Bahan kimia
Penyimpanan bahan kimia hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
Bahan kimia stok mestilah disimpan dalam stor bahan kimia yang
mempunyai edaran udara yang baik.
-
SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber
18
Rak penyimpanan bahan ini mestilah bertubir untuk menahan botol
daripada jatuh.
Cecair meruap dan cecair yang berbahaya hendaklah disimpan dalam
kebuk wasap.
Bahan beracun hendaklah disimpan dalam almari yang berkunci dan
d b B h B c .
Penggunaan bahan beracun mesti direkodkan.
Bahan kimia yang tidak boleh digunakan lagi mestilah dilupuskan dengan
cara yang betul.
Label pada botol reagen bagi bahan kimia yang pekat atau mengkakis
mestilah dicetak dengan warna merah.
Semua botol reagen bahan kimia mestilah dilabel dengan jelas.
Apakah butiran yang sepatutnya ada dalam label tersebut?