Pengenalan - UPM EduTrain Interactive Learningvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BBM 3206 Unit 5 Kuliah...
Transcript of Pengenalan - UPM EduTrain Interactive Learningvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BBM 3206 Unit 5 Kuliah...
2/28/2017
1
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah
Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
1Zazh/UPM
Pengenalan
Kepelbagaian makna :
• Sinonim
• Antonim
• Homonim
• Polisemi
• Hiponim
• Homofon
Zazh/UPM 2
Sinonim kata
• Mempunyai makna yang sama bagi kebanyakan himpunanperkataan. Contoh sedih,pilu,luluh.
• Tetapi tidak sama seratus peratus. Contoh :
• kecewa, kecundang, gagal, hampa,tumpas, kalah dsb.
• Kata-kata sama makna selalunya terdiri daripada pasangankata yang dipinjam dengan perkataan yang asalnya. Contohjemput-undang, warung-gerai dsb.
• Makna yang tidak sama seratus peratus- Contoh kereta-motokar, ekonomi-iktisad, politik dan siasah.
Zazh/UPM 3
Terdapat pula sebilangan perkataanmempunyai makna yang hampir sama dan kelihatan bersinonim tetapi mempunyai nilairasa yang berbeza. Contoh , perkataan`hangat’ dan `panas’ membawa makna yang sama jika merujuk kepada air.
Dalam semantik ada beberapa jenis sinonimiaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.
4Zazh/UPM
2/28/2017
2
Jenis Sinonim
PINJAMAN KONTEKS LARAS SOSIAL KOLOKASI
Dialek Melayu :Belalang
Dialek Perak :Cakcibau
Batas –j alan raya
ibu-emak-encikumi. Mama dsb.
Ayah – bapak –abah–papa
‘jemput‘ dan undang‘digunakan dalam konteksprotokal.
• Sebenarnya, jemputdigunakan dlm kontekslisan, manakal ‘undang’dalam konteks tulisan/rasmi.
•Mengubah maknamengikut konteks dankawasan geografi. Contohmangkat, wafat, mati,kojol, mampus, kejang,kerpus.
• Perkataan-perkataanyang digunakanberdasarkan status.• Contoh :
•penyanyi-biduan,•pelakon-seniman.
• Wujud dalamkontekspenggunaan yangtersendiri.
• Contoh :•perkataan banyakdan ramaimempunyai maknayang sama.
5Zazh/UPM
Sinonim-kesamaan makna
• 1 Kesamaan makna /sinonim
Contoh: tiba – sampai
• Bila dia tiba?
• Bila dia sampai
• Sampai bila keadaannya begitu?
• Tiba bila keadaannya begitu?
Zazh/UPM 6
Kata –kata sama makna itu selalunya terdiridaripada pasangan kata yang dipinjam denganperkataan asal yang ada dalam bahasatersebut.
Contoh: • Fenomena - peristiwa• Kereta - motokar• Gerai – warung• Kepiting –ketam• Budjet - belanjawan
Zazh/UPM 7
Antonim- pertentangan makna
• Kata adjektifsejuk – panas tinggi – rendahhitam - putih
• Kata kerjamenolak – menerima menangis – ketawabangun – tidur membeli – menjualkerat - sambung
• Kata namalangit – bumi kakak - abang
• Pertentangan yang sukar* berjalan - berlari - berdiamduduk - berdiri - berbaringmemasak –mandi, parang, bakul, tali dsb.
Zazh/UPM 8
2/28/2017
3
Antonim daripada awalan
• Progresif - regresif
• Prolog - epilog
• Prefiks - sifiks
• Ekspresi - impresi
• Induktif - deduktif
Zazh/UPM 9
Antonim daripada akhiran
• Seniman – Seniwati
• Olahragawan – Olahragawati
• Pemuda- Pemudi
• Siswa – Siswi
Zazh/UPM 10
Ragam antonim
Antonim komplementar (saling melengkapi)
jahat - baik miskin – kaya hidup - mati
Antonim berperingkat (pasangan yang berperingkat)
lebih besar - lebih kecil
lebih tinggi – lebih rendah
Antonim Relasional (makna simetrikal)
guru - murid penyuruh - pesuruh
pengajar – pelajar employer - employee
Antonim resiprokal ( pasangan yang bertentangan)
memberi - menerima membina - meruntuh
Zazh/UPM 11
Taringan, 1985:37
• Kajian tentang antonim ini adalah satu carayang efektif juga untuk meningkatkanperbendaharaan kata sertamemperkembangkan atau meluaskan kosakata kita.
• Dengan menggolongkan antonim-antonim,membantu kita berfikir dalam istilah-istilahyang memperbezakan atau konsep-konsepserta pernyataan yang bertentangan.
Zazh/UPM 12
2/28/2017
4
1. Hiponim (Kekeluargaan)- perkataan yang mempunyai hubungan inklusif atau pengelompokan di dalam satu jenis atau himpunan golongan perkataan.
a. Kenderaan – kereta, lori, bas, basikal, kereta api dll.
b. Serangga - lalat, lipas, semut dll.
Zazh/UPM13
Hipernim Kenderaan
hiponim Kereta lori bas teksi komuter
Polisemi
2. Mempunyai dua atau lebih makna. Bunyi dan ejaannya sama tetapi berbeza
makna mengikut konteks tetapi mempunyai pertalian).
a. badan - tubuh, lembaga
b. luka - cedera, tersinggung
c. telur - benda dihasilkan oleh haiwan, kosong, bengkak
Ahli semantik tradisional mengatakan kaki manusia, kaki langit, kaki judi, kakiwayang adalah tidak sama, sebaliknya mempunyai makna yang berkaitan. Contohdalam bahasa Inggeris :
flash – pancaran cahaya, sekilas, berita kilat (newsflash) jalur warna.
bright – shining , intelligent
Zazh/UPM 14
3.Homonim – (dua kata yang ejaannya dan sebutannya sama/ entri yang
maknanya tidak ada sangkut pautnya, daripada dua kata yang berlainan)
– daki, kaki,
* Dalam kamus, polisemi, segala makna akan disenaraikan sebagaisatu kata masukan sahaja, sedangkan kata-kata yang homonimdiletakkan sebagai kata-kata masukan yang berlainan.
4. Homograf – perang – perang semak – semak
sepak - sepak selak - selak
rendang-rendang perak -perak
Zazh/UPM 15
5. Homofon - massa - masa, wat –wad,
blue – blew,
6. Mironim (hubungan sebahagian daripada)-
atap, bumbung, dinding, lantai - rumah
Zazh/UPM 16
2/28/2017
5
Latihan
1. Senaraikan ragam antonim dan berikan 5 contoh setiap satu.
2. Terangkan maksud istilah dan berikan 5 contoh bagi setiap satu:
a. Homonim
b. Homofon
c. Homograf
d. Hiponim
e. Polisemi
3. Nyatakan jenis sinonim dan berikan dua
contoh setiap jenis sinonim.
Zazh/UPM 17
Sekian, terima kasih…
Zazh/UPM 18