Pengenalan Titas

3
Pengenalan Merunut Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka. Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada kelakuan-kelakuan dan

description

kk

Transcript of Pengenalan Titas

Pengenalan

Merunut Kamus Dewan (2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosialmanusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds pula menyatakan budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun demikian, Taylor dan Buddsturut bersependapat mengatakan agama termasuk budaya dan budaya lebih luas dari agama, agama merupakan hasil kebudayaan dan budaya merupakan ciptaan manusia.

Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia. Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekanganbudaya antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia.Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang dapatmemperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua lapisan masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum sempurna sekiranya rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demimewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.Rentetan daripada itu, Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan