PENGENALAN REKA CIPTA

13
REKA CIPTA PENGENALAN REKA CIPTA Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab. 1.1 Definisi Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses reka cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model. Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.

Transcript of PENGENALAN REKA CIPTA

Page 1: PENGENALAN REKA CIPTA

REKA CIPTA

PENGENALAN REKA CIPTA

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.

1.1 Definisi

Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses reka cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.

Rajah 1.1 Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu menjadi bentuk yang selesa dipegang atau dibaling

Page 2: PENGENALAN REKA CIPTA

1.2 Sejarah Perkembangan Reka Cipta

Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah manusia.Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Pernahkah anda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artefak – artefak yang telah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan mengapa rekabentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud. Persoalan ini ada kaitan dengan rekaan masa kini, ada rekaan yang diinovasi untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran masa kini.

Rajah 1.2(a): Rekaan Telefon Awal Rajah 1.2(b): Rekaan Telefon Hari Ini

.1TI 1.1Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman Prarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata seperti kapak batu dan lembing.

Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18 dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula mencipta radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya.

Page 3: PENGENALAN REKA CIPTA

Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi, antara rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes” ciptaan Archimedes pada tahun 212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick membina keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Belldengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.

Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasa melihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian, alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh orang-orang tertentu. barangan ini dapat memberi maklumat berkaitanrekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti.

INVENSI DAN INOVASI

Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan sesuatu penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktiviti eksperimen memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yang tinggi dan mendapat kepuasan pereka walaupun kadang-kadang ia tidak mendapat nilai komersial.

Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta. Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitik beratkan nilai praktikal berbanding inovatif.

Page 4: PENGENALAN REKA CIPTA

Rajah 1.3: Reka Cipta Mesin Taip Yang Mengalami Inovasi

1.4. Evolusi Reka Cipta

Keperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting kerana memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks. Bagi memenuhi permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih profesional, malahan reka cipta telah mula menjadi sebagai kerjaya yang tersendiri. Sebagai contoh kereta zaman ini merupakan suatu perkembangan daripada rekaan yang lebih awal. Teknologi motor telah menjadi semakin maju yang membawa kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan yang lebih baik. Reka ciptadan reka bentuk kereta yang menggunakan plastik dan aloi aluminium telah mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam reka bentuk enjin telah menghasilkan prestasi yang lebih baik. Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat dalam penemuan-penemuan dan perkembangan-perkembangan dalam sains dan teknologi. Perubahan dalam reka cipta dapat dilihat, contohnya persekitaran tempat tinggal yang semakin baik dan berkualiti, perubahan dalam dunia fesyen, gaya berpakaian dan evolusi dalam industri muzik. Sekiranya anda menghayati perubahan dalam reka cipta kita akan lebih memahami keadaan-keadaan yang merangsang para pereka cipta. Ia termasuklah bahan-bahan yang digunakan dalam rekaan mereka , teknik-teknikdalam rekaan, kos yang terlibat, masa dan keinginan pereka memenuhi permintaan masyarakat.

Rajah 1.4 (a): Daimler dengan kereta pertama menggunakan empat roda yang kini mengalami evolusi dalam reka cipta

Page 5: PENGENALAN REKA CIPTA

Rajah 1.4 (b): Barangan/Peralatan Yang Mengalami Evolusi

PEREKA DAN HASIL CIPTA

Ciptaan-ciptaan baru dapat memberikan cabaran kepada para pereka cipta. Jika kita lihat kereta yang pertama dicipta kelihatan seperti kereta kuda. Para pereka cipta dan orang-orang yang membeli kereta awal mungkin rasa selamat dengan rekaan yang biasa dilihat. Pereka cipta terkemuka sama ada dari dunia barat atau timur telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia sejagat. Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerja yang dihasilkan.Tingkah laku, sikap, keyakinan diri dan sifatnya antara ciri-ciri yang boleh menggambarkan minat seseorang dan potensi yang ada dalamdirinya. Manusia dijadikan dengan pelbagai kecerdasan, minat yang berbeza dankebolehan yang tersendiri, itulah fitrah kejadian manusia. Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:

(a) Berminat kepada sesuatu yang baru, sama ada barangan atau peralatan kegunaan harian, perindustrian dan juga barangan yang ada kaitan dengan teknologi.

(b) Melihat sesuatu perkara atau permasalahan daripada pelbagai persepsi.(c) Sentiasa berminat untuk menghasilkan sesuatu produk.

(d) Seorang yang kreatif dalam menyuarakan idea dan pendapat. (e) Sukakan cabaran dan tidak akan berpuas hati terhadap apa yang diangggap normal atau kebiasaan. (f) Seorang yang sukakan kegiatan-kegiatan yang kompleks dan mencabar minda. (g) Memiliki sikap yang positif dan tidak takut mengambil risiko. (h) Berkebolehan membuat perkaitan dan perbandingan di antara apa yang telah diketahui dengan apa yang baru dipelajari.

Page 6: PENGENALAN REKA CIPTA

Rajah 1.5 (a): Benz Bapa Kereta Rajah 1.5 (b): Enjin Kereta Benz

John McAdam (1756-1836) Pencipta Penurapan Jalan Cara Moden Rajah 1.5 (c): Pereka Cipta dan Hasil Cipta

1.6 Contoh Reka Cipta dan Inovasi

Reka cipta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Kriteria reka cipta yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut; mudah digunakan, mudah dikawal, mudah disenggara, selamat digunakan, tahan lasak, saiz dan bahan yang bersesuaian dan harga yang berpatutan. Di samping dapat membantu menyelesai dan memudahkan sesuatu masalah, reka cipta dapat membuka peluang pekerjaan bagi membantu manusia mencapai taraf hidup yang tinggi.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pendidikan:

(a) Satu ketika dulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan menarik menggunakan papan kapur, kemudian berubah menggunakan white board dan pen marker, tidak lama selepas itu para pendidik beralih menggunakan perisian tertentu dengan bantuan komputer dan projector liquid-crystal display (LCD) pula.

(b) Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan perisian reka bentuk

Page 7: PENGENALAN REKA CIPTA

berbantu komputer (CAD). Pelajar dapat mempelajari teknologi di samping mendapat pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk.

(c) Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui persidangan terus-menerus di seluruh dunia. Pendidikan jarak jauh diperkenalkan di samping meningkatkan kaedah serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(a) (b) Rajah 1.6 (a) & (b): Komputer adalah antara hasil reka cipta yang membantu dalam bidang pendidikan

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pengangkutan:

(a) Kenderaan moden masa kini menjadi semakin efisien berbanding di peringkat awak kenderaan dicipta. Hasil inovasi ini tidak mencemarkan alam sekitar serta tidak mengeluarkan bunyi bising.

(b) Terciptanya kereta api elektrik bukan sahaja lebih laju dan memendekkan tempoh perjalanan malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.

(c) Pengangkutan yang semakin digemari ramai ialah pengangkutan udara, membolehkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang komunikasi:

(a) Manusia boleh berhubung hampir ke semua tempat di seluruh dunia ini menggunakan telefon. Terciptanya telefon tanpa wayar (mobile phone) memudahkan lagi manusia berhubung di antara satu sama lain.

(b) Pada masa kini walaupun hanya berada di dalam rumah kita boleh mendapat maklumat dari seluruh dunia menggunakan internet.

(c) Terciptanya alat komunikasi yang canggih, kita boleh berhubung dengan beberapa

Page 8: PENGENALAN REKA CIPTA

orang secara serentak. Inovasi di dalam bidang komunikasi ini memberikan kemudahan kepada ahli perniagaan, ahli politik, pasukan angkatan tentera dan para pendidik serta kepada semua ahli masyarakat umumnya.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pembinaan:

(a) Lebuh raya yang dibina bertujuan memudah dan mempercepatkan tempoh perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

(b) Pembinaan dan rekaan bangunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang unik bertujuan menampung keperluan masa kini. Inovasi membentuk atau mengubah melalui perubahan yang mendadak, radikal atau perubahan pada keseluruhan produk; membuat yang baru.

Perubahan yang berlaku melalui inovasi sangat sedikit, ini adalah kerana:

(a) Inovasi memerlukan orang yang mempunyai keupayaan yang istimewa, iaitu dapat melihat masalah lalu dan menghasilkan satu penyelesaian.

(b) Inovasi melibatkan risiko yang tinggi dari segi kewangan jika berlaku kegagalan.

(c) Inovasi melibatkan ancaman keselamatan terhadap pereka atau hasil kerja dari penentang perubahan.

(d) Inovasi memerlukan keyakinan sepenuhnya terhadap idea yang dilahirkan. (e) Inovasi memerlukan pemantapan beberapa bentuk sistem paten yang menawarkan insentif dan perlindungan kepada pencipta.

Penemuan dan penggunaan sains dan teknologi umumnya dianggap sebagai punca utama berlakunya perubahan. Perubahan yang berlaku dalam hidup kita ditentukan sebahagian besarnya oleh keadaan ekonomi, badan korporat, karajaan dan institusi sosial. Mereka ini menentukan bagaimana dan di mana sejumlah besar wang orang ramai dan syarikat dibelanjakan.

Rajah 1.6 (c): Inovasi Dalam Reka Cipta Mesin Taip

Perubahan adalah sesuatu yang berterusan. Idea dan barang baru menggantikanyang lama. Perubahan dalam satu bidang pastinya akan membawa kepada

Page 9: PENGENALAN REKA CIPTA

bidang yang lain. Apabila bangun sahaja daripada tidur keesokkan paginya, kitadapati dunia ini tidak sama seperti yang ada pada hari sebelumnya.Semenjak bermulanya tamadun, manusia telah berusaha untuk memperbaikikehidupan mereka dengan mencipta (inovasi) dan sentiasa memperelok (evolusi)peralatan, bahan dan cara mereka membuat sesuatu.

Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna.

Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif. Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan

manusia. Bidang reka cipta member peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif,

produktif, dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan. Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang ke

arah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan komunikasi,meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupuk masyarakat berpengetahuan dan bertamadun.

Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebih mesra alam dan mesra pengguna.

Idea · Alternatif pelbagai idea yang dihasilkan bagi sesuatu penyelesaian masalah.

Teknologi · Aktiviti yang melibatkan sains dan seni mekanik bagi menghasilkan sesuatu

produk.

Invensi · Proses mereka, memikir dan menghasilkan sesuatu penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan eksperimen, memikir dan menjalankan penyelidikan.

Inovasi · Proses pengubahsuaian dengan menambah fungsi sesuatu produk supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna.

Evolusi · Membentuk, membesar atau berubah melalui sedikit perubahan yang berlaku

selama beberapa generasi.

Page 10: PENGENALAN REKA CIPTA