Pengenalan kepada puisi
description
Transcript of Pengenalan kepada puisi
Pengenalan kepada puisi
Definisi • Puisi berasal daripada bahasa Latin dari
kata poeta, yang artinya membangun, menyebabkan, menimbulkan, menyair
• Bentuk karangan yang terikat atau tidak terikat oleh rima, ritma dan jumlah baris
• Ditandai oleh bahasa yang padat
“puisi mengajarkan sebanyak mungkin dengan kata-kata sesedikit mungkin.”
- Ralph Waldo Emerson
“The best words in the best order”
“Kata-kata terbaik dalam susunan terbaik“
- S.T. Coleridge
“Karangan yang digunakan untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa.”
Pendita Za’ba:
Menghuraikan puisi
Menghuraikan pusi• Dalam menghuraikan sebuah puisi, perkara-perkara
yang diteliti ialah:
Tema• persoalan pokok atau idea utama yang ingin disampaikan oleh penyajak.
• pengalaman hidup yang ditempuhi atau dilihat oleh penyajak dalam kehidupan sehariannya.
Contoh:
•cinta atau kasih sayang
•keluarga
•agama
•masyarakat
•alam sekitaran, dan sebagainya
Nada• Nada ialah perasaan yang timbul dalam sajak.
• Ia berkait rapat dengan tujuan sajak itu ditulis.
Contoh:
• Nada protes: marah dan ingin memberontak
• Sinis: tidak senang akan sesuatu/ seseorang
• Melankolik: sedih
• Nostalgis: rindu
• Romantis: tenang atau ada rasa cinta
Pengajaran
• Nilai positif yang dapat dapat diraih oleh pembaca
Contoh:• Hormat-menghormati• Berjimat-cermat• Rajin berusaha• Berterima kasih kepada manusia, bersyukur kepada Tuhan• Insaf dan sebagainya.
Kupasan sajak dari aspek tema, nada dan pengajaran
Sajak: ‘Seorang Guru Tua’
Seorang Guru Tua
Guruku yang baikMasih lagi mengajar
Sedang aku kini sudah besarDulu wajahnya muda
Kini rambut memutih kepalaAda anak-anak muridnyaSudah menjadi menteri
Ada anak-anak muridnya Kini memegang jawatan tinggi
Tidak kurang pula bergelar usahawan berjaya
Tema• Tema: Kegigihan seorang guru
• penyajak menaikkan darjat seorang guru kerana dia telah mendidik anak muridnya sehingga mereka berjaya
• guru yang masih gigih mengajar walaupun sudah bertahun-tahun menjalankan tanggungjawab itu
• guru banyak berbakti pada masyarakat supaya masa depan anak bangsa terjamin
• mengingatkan pembaca kepada peranan penting seorang guru dalam masyarakat
Persoalan• Tanggungjawab seorang guru
• mendidik anak bangsa ialah sebuah tanggungjawab yang berat
• seorang guru harus tetap menjalankan tugasnya dengan gigih kerana mendidik merupakan satu amanah
• Pentingnya ilmu pengetahuan
• ilmu pengetahuan penting untuk menjamin masa depan yang cerah
• orang yang berpendidikan tinggi boleh mencapai apa sahaja yang dia cita-citakan.
Nada• Nada: Romantis
• melahirkan rasa kasih sayang dan hutang budi kepada manusia yang bergelar guru
• memperlihatkan keperibadian seorang guru yang seperti lilin memberi cahaya; berkorban demi anak didik yang tercinta
• penyajak menyeru kepada semua untuk mengingati jasa guru
Pengajaran• Berterima kasih
• kita harus berterima kasih atas segala pengorbanan guru-guru kita
• tunjukkan rasa kasih dan hormat pada mereka.
• kita harus menyedari dan menginsafi kepayahan guru yang bersusah-payah mendidik kita
• Guru sanggup memenuhi segala keperluan anak murid walaupun terpaksa bersusah payah
• Guru yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mendidik
Deklamasi sajakSesi 3
Apakah itu deklamasi?
• membaca puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu
• gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan
• mendeklamasikan puisi dengan menggunakan ketinggian suara dan irama yang sesuai
Mengenalpasti nada puisi
• Nada berkaitan dengan perasaan yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam sajaknya.
• Deklamator harus menilai apakah nada sajak yang dipilih.
• Kalau sajak yang dipilih itu mengandung kepahlawanan, keberanian dan kegagahan, maka kita harus mendeklamasikan puisi tersebut dengan perasaan dan perbuatan, yang menunjukkan seorang pahlawan, seorang yang gagah berani.
Cara-cara lain mendeklamasi sajak
Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan
seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.• Murid lebih mudah mengingati sajak• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair,
gurindam, dan seloka.
Cara-cara lain mendeklamasi sajak
Dekon
• Seorang murid mendeklamasikan sajak• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang
sesuai dengan maksud sajak • Murid lebih mudah mengingati sajak
Terima kasih