Pengenalan Bk

download Pengenalan Bk

of 27

description

kaunseling

Transcript of Pengenalan Bk

1.0 PENGENALANPerkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang berbentuk pendidikan kepada murid untuk mengenali diri dan potensinya supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, membina keyakinan diri, supaya menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga agama, bangsa dan negara. Bimbingan merupakan satu proses memberi pertolongan kepada individu atau sekumpulan individu melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ceramah, sesi dialog atau demonstrasi. Perkhidmatan atau proses bimbingan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang yang tertentu. Manakala kaunseling pula adalah proses interaksi bersemuka antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan klien sama ada individu atau berkelompok. Proses Kaunseling dikendalikan oleh mereka yang terlatih dalam bidang kaunseling yang mempunyai kemahiran serta mementingkan etika etika tertentu. Proses kaunseling adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dirinya supaya dapat berinteraksi dengan persekitaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan diri yang lebih positif.Bimbingan dan kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi membantu mereka memahami diri sendiri dan orang lain dengan mendalam serta memperkembangkan potensi mereka secara optimum mengikut tahap perkembangan diri masing-masing. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Semua guru, pihak sekolah, ibu bapa dan rakan sebaya patut berkerjasama dalam menjayakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap individu. Jadi, seseorang yang bergelar kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu secara menyeluruh.

2.0 TEORI KAUNSELINGTeori kaunseling merupakan salah satu aspek yang amat dititikberatkan bagi seorang guru bimbingan dan kaunseling kerana teori kaunseling dapat membantu mereka dalam memahami tingkah laku klien sekaligus dapat merancang pelan tindakan yang bersesuaian dengan klien. Teori yang kami pilih untuk dijadikan sebagai panduan semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid di sekolah ialah teori pemusatan perorangan.

2.1 Teori Pemusatan PeroranganTeori ini juga dikenali sebagai teori humanis yang dipelopori oleh Carls Rogers. Menurut Amir Awang (1987), bagi Carls Rogers manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Beliau menolak anggapan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan hidupnya oleh orang lain. Menurut Ee Ah Meng (1997), Carls Rogers juga membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab iaitu mereka boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Berdasarkan teori ini, salah satu peranan guru bimbingan dan kaunseling ialah mempunyai sifat empati terhadap masalah yang dihadapi oleh klien. Guru bimbingan dan kaunseling menerima klien sebagai seorang yang berpotensi menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi. Sifat empati adalah kebolehan untuk merasa dan mengenalpasti perasaan orang lain dan kemampuan memberitahu kepada klien daripada sudut pandangannya, iaitu cuba menyelami dunia klien untuk mengalami situasi yang sedang dilalui serta menghayati perasaan klien. Semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap klien yang dipilih, kami cuba menyelami pemikiran dan perasaan klien ketika beliau menghadapi masalah iaitu menjadi mangsa buli di sekolah. Melalui kemahiran melayan secara lisan dan bukan lisan, guru akan berjaya masuk ke dalam dunia klien iaitu murid dan lebih mudah memahami masalah yang sedang dihadapi.Selain itu, guru perlu memberi ruang dan masa kepada klien untuk memproses maklumat serta perasaan dengan lebih berkesan semasa bercerita tentang masalah yang dihadapi. Hal ini secara tidak langsung menerapkan teknik kesenyapan dalam pelaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling. Guru bimbingan dan kaunseling perlu menyediakan satu persekitaran yang kondusif dan mesra agar kanak-kanak mampu membuat penerokaan terhadap emosi masing-masing dan berpeluang untuk meluahkan perasaan dan masalah mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid membina semangat dan keyakinan diri untuk menangani masalah yang dialami pada masa akan datang.Jadi teori pemusatan perorangan ini amat bergantung kepada hubungan antara guru bimbingan dan kaunseling dengan klien iaitu murid. Teori ini dapat membantu klien untuk meningkatkan keyakinan diri serta sifat autonomi dan spontan.

3.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELINGGuru bimbingan atau kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling. Antara kemahiran yang asas dalam kaunseling yang diaplikasikan dalam sesi bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah:

3.1 Membina hubungan Kemahiran ini merupakan kemahiran paling penting yang perlu dikuasi oleh seorang kaunselor bertujuan untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang dan berkongsi masalah. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan.Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Semasa sesi temubual, kami cuba membina hubungan repo bersama murid supaya murid berasa selamat dan selesa untuk berkongsi cerita dan masalah bersama.

3.2 Mendengar dengan aktifKemahiran ini merupakan kemahiran asas dalam sesi kaunseling yang mana kaunselor perlu lebih banyak mendengar percakapan klien dengan memberi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat kerana segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna tentang sesuatu dalam pengucapannya itu. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling yang lebih banyak mendengar daripada bercakap akan memberikan kesan yang baik dalam sesi tersebut. Maklumat dikumpul terlebih dahulu sebelum guru bimbingan membekalkan maklumat yang diingini oleh kanak-kanak tersebut.

3.3 Kemahiran meminta penjelasanKemahiran ini merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri kaunselor semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan kenyataan yang jelas tentang perkara yang dibincangkan. Apabila guru bimbingan dan kaunseling tidak mendengar atau memahami apa yang diperkatakan oleh klien, guru akan meminta penjelasan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan suara klien yang perlahan atau bahasa yang digunakan olehnya sukar difahami. Seperti yang berlaku pada kami semasa sesi temubual bersama murid, kami meminta penjelasan daripada murid berkenaan beberapa maklumat disebabkan percakapan murid yang laju dan suara yang perlahan.

4.0 TEKNIK INTERVENSITerdapat pelbagai intervensi kaunseling yang boleh dilaksanakan kepada klien semasa menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling. Antara intervensi yang kami gunakan dalam sesi bimbingan dan kaunseling bersama murid di sekolah ialah terapi bercerita, terapi muzik dan terapi seni. Tetapi, fokus utama kami dalam teknik intervensi ialah terapi seni. 4.1 Terapi SeniTerapi seni merupakan salah satu saluran untuk kanak-kanak membuah luahan pemikiran positif atau negatif tentang diri sendiri, kelaurga atau dunia yang mana dapat melahirkan keunikan dan kreativiti masing-masing. Dalam terapi ini media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas digunakan oleh klien untuk menghasilkan karya sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Menurut Judith Peck, melalui ekspresi seni murid dapat memahami cara untuk meluahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta dapat memberi bantuan untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut Eve C. Jarboe, terapi seni di sekolah secara amnya adalah untuk pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku, gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus. Sama seperti klien kami yang mana klien tersebut menghadapi masalah gangguan emosi. Bagi melaksanakan terapi seni dalam sesi bimbingan dan kaunseling, bahan dan alatan asas perlu disediakan terlebih dahulu. Terapi seni dapat meningkatkan kesedaran dan semangat diri murid melalui luahan perasaan dan pemikiran secara visual atau grafik. Sealin itu, terapi ini dapat membantu guru bimbingan dalam mencari atau membina penyelesaian bagi masalah yang dihadapi oleh murid. Kami menggunakan terapi ini semasa sesi bimbingan dan kaunseling bersama murid bertujuan untuk meneroka pemikiran dan perasaan murid secara bukan lisan. Murid dapat memperkembangkan potensi diri melalui media seni yang berkesan. 5.0 LAPORAN SESI BIMBINGAN DAN KAUNSELING TERHADAP KLIEN

5.1 Sebelum TemubualKami telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling serta berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling iaitu Cik Asmah Laili. Kami telah meminta keizinan untuk mengambil beberapa borang yang digunakan oleh unit bimbingan dan kaunseling. Saya dan rakan juga telah meminta keizinan untuk menggunakan bilik bimbingan dan kaunseling bagi sesi temubuaal yang akan dijalankan bersama murid nanti. Terlebih dahulu,saya dan rakan berjumpa dengan guru penolong kanan hal ehwal murid untuk mendapatkan maklumat tentang murid yang mempunyai masalah. Guru penolong kanan hal ehwal murid sekolah kebangsaan Melayu Raya iaitu Puan Azize telah memaklumkan kepada kami bahawa terdapat seorang murid yang mengalami masalah dibuli oleh rakan sekelasnya. Saya dan rakan tertarik dengan kes ini. Tambahan pula, kami mendapat tahu bahawa ibu kepada murid tersebut adalah pembantu pengurusan murid di unit pendidikan khas. Kami telah mengatur pertemuan bersama murid mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan meminta keizinan daripada guru kelas. Sebelum temubual diadakan kami juga telah menemui murid tersebut. Pertama kali bertemu dengan murid ini dapat dilihat dari segi penampilan Hazim merupakan seorang murid yang agak gemuk. Mungkin ini merupakan salah satu penyebab dia selalu dibuli. Namun begitu Hazim agak aktif dan peramah. Walaupun kami tidak mengajarnya, kami boleh berkomunikasi dengan baik. Kami juga ada bertanyakan ibunya tentang masalah buli yang menimpa murid tersebut. Ibunya menegaskan bahawa anaknya selalu menjadi mangsa buli. Kami semakin tertarik dengan kes yang akan diselongkar nanti sama ada apa yang telah dinyatakaan tentang murid ini betul atau salah.

5.2 Semasa TemubualSemasa sesi temubual berlaku banyak perkara yang baharu kami telah ketahui tentang murid ini. Nama penuh murid ini ialah Muhammad Hazim Bin Jamalulail. Nama samaran yang selalu digunakan ialah Hazim. Hazim merupakan anak kedua daripaada empat orang adik beradik. Setiap soalan yang diajukan oleh penemubual dapat dijawab dengan baik oleh Hazim. Apabila saya bertanyakan tentang masalah yang menimpa dirinya iaitu selalu menjadi mangsa buli. Dia tersenyum dan menjawab dengan yakin. Jika dilihat pada luaran Hazim merupakan murid yang tidak bermasalah. Siapa sangka murid ini merupakan mangsa buli oleh raakan-rakannya. Sepanjang sesi temubual, kami menerapkan penggunaan teori Humanis oleh Carl Rogers. Hal ini kerana kami ingin membina repo bersama murid dan mahu murid berasa selesa sepanjang sesi temubual. Seperti yang kita ketahui, murid yang manjadi mangsa buli akan berasa rendah diri dan malu untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Walaupun pada luaran Hazim selalu tersenyum, kami akan cuba menyelami perasaan sebenar yang terbuku di hatinya. Teori Humanis menegaskan tentang sifat empati iaitu memikirkan diri kita di tempat klien serta penerimaan tanpa syarat. Kami telah menerapkan segala yang dinyatakan di dalam Teori Humanis dengan mengikut kesesuaian pada klien kami. Kemahiran melayan dan mendengar juga sangat penting dalam sesi temubual yang dijalankan. Kami telah mengaplikasikan kemahiran ini agar Hazim tidak ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan. Walaupun Hazim kelihatan agak takut dan kurang yakin kami memberikannya masa untuk berfikir dan memberikan jawapan. Sepanjang sesi temubual dijalalankan, segala soalan yang dilemparkan kepada Hazim dapat dijawab dengan baik. Kami telah menerapkan terapi bercerita pada sesi ini. Murid bercerita kepada guru dengan bantuan soalan-soalan yang telah diajukan. Guru juga memberikan bimbingan dan nasihat kepada Hazim jika berlaku lagi kejadian buli ke atas dirinya.Selepas itu, kami telah menyatakan kepada Hazim bahawa kami akan memberikan masa kepadanyaa untuk melakarakan apa sahaja yang ingin diluahkan pada kertas yang diberikan guru. Kami memberikannya masa selama hampir 12 minit untuk meluahkan apa yang telah terbuku di hatinya. Semua peralatan yang diperlukan telah kami sediakan seperti pensel, kertas dan pensel warna. Semasa sesi intervensi ini dijalankan, kami juga menerapkan terapi muzik dengan memainkan muzik instrumental yang memberi ketenangan kepda pendengar sambil meluahkan apa yang terbuku di hati pada kertas yang diberikan. Semasa sesi terapi ini dijalankan pada mulanya Hazim teragak-agak untuk melukis. Namun begitu apabila dia mula menconteng sesuatu pada kertas ideanya mula keluar. Kami hanya memerhatikannya melukis sambil memainkan muzik yang dapat memberikan ketenangan pada dirinya.Seterusnya, apabila Hazim menyatakan bahawa lukisan yang disediakannya sudah siap. Kami kembali menemubual Hazim tentang lukisan yang telah dihasilkan. Hazim menyatakan sebab-sebab tertentu telah lukisan yang dihasilkan. Antara objek yang dilukis oleh Hazim ialah abang, adik serta dirinya beserta nama mereka. Terdapat juga sebuah gasing dan matahari serta awan. Hazim juga menulis sesuatu pada lukisan tersebut iaitu saya tidak suka pada Saipul dan Udin. Nama ini merupakan dua orang murid yang selalu mengganggu Hazim. Tambahan pula, Haziq iaitu abanga Hazim dan Alia adiknya juga selalu mengusik Hazim. Tetapi perkara ini hanya didiamakan oleh Hazim keranan bimbang jika diketahui oleh ibubapanya mereka akan memarahi dirinya. Selain itu, neneknya juga selalu menyebelahi Haziq jika mereka bergaduh.Pada akhir sesi temubual, guru telah memberikan bimbingan kepada Hazim tentang masalah yang dihadapinya. Guru memberitahu Hazim supaya menjadi seorang yang berani dan tegas dalam memepertahankan haknya. Hazim perlu tahu apa yang perlu dilakukan dan meminta bantuan daripada guru jika terdapat sebarang masalah. Temubual diakhiri dengan guru mengucapkan terima kasih kepada Hazim kerana memberikan kerjasama.

5.3 Selepas Temubual Selepas sesi temubual bersama Hazim kami mengumpulkan semua maklumat yang diperoleh. kami juga cuba mengintepretasi hasil karya seni yang dibuat oleh Hazim. Antara aspek yang dapat dikenal pasti dalan hasil karya seni yang dihasilkan ialah kandungan lukisan tersebut iaitu contengan perkataan yang berbunyi saya tak suka Saipul dan Udin. Melalui ayat yang ditulis oleh Hazim, kami dapat membuat kesimpulan bahawa Hazim menyimpan perasaan tidak puas hati dan membenci Saipul dan Udin. Seperti yang telah dinyatakan dalam temubual, Hazim menyatakan bahawa rakan yang selalu membulinya ialah Saipul dan Udin. Antara objek lain yang terdapat dalam lukisan ialah gasing. Apabila ditanya tentang gasing tersebut Hazim mentayakan bahawa abangnya, Haziq sangat menyukai gasing dan bermain gasing. Hazim juga telah melukis gambar abangnya daan adiknya serta dirinya sendiri. Kesemua gambar ini berada dalam kotak masing-masing. Apabila disoal, Hazim menyatakan bahawa abang dan adiknya juga selalu mengusik dirinya. Tetapi Hazim tidak pernah memberitahu ibu dan bapanya kerana bimbang dia akan dimarahi. Berdasarkan warna yang digunakan, dapat dilihat bahawa Hazim merukan seorang yang mempunyai personaliti yang ceria. Seperti yang telah dinyatakan di atas dia merupakan murid yang peramah dan selaalu tersenyum sepanjang temubual dijalankan. Secara keseluruhannya, kami dapati bahawa Hazim merupakan mangsa buli kepada rakan dan dia juga menjadi bahan usikan oleh abang dan adiknya. Melalui temubual yang dijalankan kami memberikan Hazim peluang untuk meluahkan apa yang telah disimpan dan terpendam di hatinya. Semoga apa yang telah kami laksanakan dalam sesi bimbingan bersama Hazim dapat memberi kesan kepada dirinya dan dimanfaatkan untuk mempertahankan diri. InsyaAllah.

6.0 TRANSKRIPSI TEMUBUALGURUAsssalamualaikum

MURIDWaalaikumussalam

GURU DAN MURIDBersalaman

GURUOkadakah awak tahu kenapa cikgu berjumpa dengan awak?

MURIDMengangguk

GURUTujuannya ialah cikgu dapat maklumat daripada guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid bahawa hazim telah dibuli.

MURIDBetul (mengangguk)

GURUApakah nama penuh awak?

MURIDMohd Hazim Bin Jamalulail

GURUBoelhkah saya panggil nama awak dengan panggilan Hazim?

MURIDBoleh(mengangguk)

GURUNama cikgu ialah cikgu Amalina

GURUHazim belajar di tahun berapa?

MURID2 Bestari

GURUAwak tinggal di mana?

MURIDIsnin hingga jumaat di kampong Sawah..Sabtu dan ahad di Pekan Nenas

GURUBaiklahjadi awak mempunyai dua tempat tinggal yang berbeza?

MURIDYa..

GURUJika di kampung Sawah..awak tinggal bersama siapa?

MURIDTinggal bersama keluarga dan nenek.

GURUApakah nama ibu?

MURIDAlizah Binti Abdullah

GURUNama ayah

MURIDJamalulail Bin Hanafi

GURUIbu bekerja di mana?

MURIDDi sekolah ini.

GURUBagaimana pula dengan ayah awak?

MURIDUTM

GURUAwak mempunyai berapa orang adik-beradik?

MURID4 orang

GURUBagaimana cara awak datang ke sekolah?

MURIDDengan menaiki kereta

GURUApakah hobi awak?

MURIDMembaca buku

GURUHazim seorang murid yang bagusBuku apa yang selalu dibaca?

MURIDBahasa Malaysia, Pendidikan Kesihatan dan membuat latihan matematik

GURUGuru yang menjadi kesukaan Hazim?

MURIDCikgu Baizura

GURUAdakah awak mempunyai ramai kawan?

MURIDRamai..(mengangguk)

GURUAdakah semua ahli kelas adalah kawan Hazim?

MURID(Diam)ada yang jahat, ada yang baik

GURUApakah maksud awak yang jahat? Adakah mereka telah melakukan sesuatu pada kamu?

MURIDSaipul dan Udin

GURUApa yang telah mereka lakukan pada awak?

MURIDTepuk.(diam)eemmmcubit, tumbuk, tendang(diikuti perlakuan)

GURUApa yang awak lakukan?

MURIDSaya akan balas balik

GURUBagaimana caranya awak membalas balik?

MURIDTendang, sepak

GURUBiasanya hal ini berlaku di mana?

MURIDWaktu rehat.eh,..di dalam kelas

GURUAdakah guru berada di dalam kelas?

MURIDTiada

GURUAdakah awak akan menangis setelah diusik rakan?

MURIDTidak

GURUAwak seorang yang kuatbagus. Bagaimana pula dengan rakan yang baik? Apa yang mereka lakukan pada awak?

MURIDBaca buku

GURUAdakah mereka pukul awak?

MURIDTidak

GURUJika berada di dalam kelas,awak duduk bersebelahan dengan murid yang baik ataupun sebaliknya?

MURIDDengan yang baik

GURUAdakah awak berkawan dengan rakan yang selalu mengusik awak?

MURIDTidak(menggeleng kepala)

GURUAdakah awak pernah memaklumkan ibubapa tentang hal ini?

MURIDCakapdengan ayah

GURUApa yang ayah awak cakap

MURIDSaya selalu kena buli

GURUAdakah ayah pernah memberi nasihat atau kata semangat

MURIDAyah beri semangat supaya jangan takut dan kena kuat

GURUPernah tak awak laporkan pada guru tentang hal ini?

MURIDPernah, pada cikgu Baizura

GURUApa yang guru telah lakukan?

MURIDCikgu cakap saya kena buli..

GURUAdakah guru awak telah memanggil rakan yang selalu mengganggu awak?

MURIDYemereka telah dirotan

GURUJadi, mereka telah dihukum oleh guru

MURID(teragak-agak).Ya

GURUBuat masa sekarang kita dah habis berbualsaya ingin meminta Hazim untuk melakukan sesuatu

MURIDBoleh

GURUSekarang ini,,saya akan berikan awak kertas dan alat tulisHazim hanya perlu melukis atau melakarkan apa yang Hazim sukaok?

MURIDMengangguk

Sesi intervensi terapi seni sambil mendengar muzik instrumental yang dimainkan

GURUMurid menyerahkan lukisan kepada guruBaiklahini adalah hasil lukisan yang dibuat oleh Hazim(sambil menunjukkan lukisan)Boleh tak Hazim beritahu cikgu apa yang Hazim lukis?

MURIDGasing, Haziq, Hazim dan Alia

GURUKenapa awak melukis gambar gasing?

MURIDAbang saya Haziq gemar bermain gasing

GURUAdakah awak gemar bermain gasing?

MURIDTidak

GURUAlia?

MURIDSuka tengok ibu memasak

GURUApa yang hazim tulis di sini? (sambil menunjukkan ayat pada lukisan)

MURIDSaya tak suka pada Saipul dan Udin

GURUKenapa tak suka?

MURIDSebab dia tumbuk dan sepak saya

GURUAdakah Hazim menyukai warna jingga?

MURIDYa..

GURUBagaimana dengan abang?

MURIDKoko

GURUApakah sebab Hazim lukis gambar abang dan adik?

MURIDSebab mereka suka sepak dan tumbuk saya

GURUPernah mengadu pada ibu atau bapa?

MURIDTidak. Haziq tumbuk saya tapi saya balas balik. Selepas itu nenek cakap saya macam kerbau.

GURUNenek yang cakap begitu?

MURIDYe..

GURUAdakah nenek selalu marahkan Hazim

MURIDYe

GURUKenapa

MURIDNenek selalu sebelahkan abang

GURUBagaimana pula jika Hazim bergaduh dengan adik? Adakah Hazim beritahu pada ibu?

MURIDYa

GURUSelepas itu, apa yang ibu lakukan?

MURIDMarahkan saya

GURUApakah harapan Hazim pada masa akan datangapa yang Hazim inginkan?

MURIDTerdiam.

GURUApakah yang Hazim inginkanadakah Hazim mahu semua orang baik dengan Hazim?sayang Hazim?

MURIDYa

GURUSelain itu?

MURIDEmmm(diam)

GURUBaiklah. Jika berlaku sesuatu pada Hazim adakah Hazim akan beritahu pada ayah atau ibu?

MURIDAyah marahkan saya

GURUKenapa

MURIDAyah cakap saya yang mulakan

GURUHazim perlu beritahu ayah bukan Hazim yang lakukan tetapi kawan-kawan HazimSelepas ini Hazim perlu kuat dan berani mempertahankan hak Hazim. Hazim perlu berani menyatakan apa yang Hazim mahu.

MURID Mengangguk

GURUSetakat ini sahaja perbualan kita, cikgu harap nanti kita akan berjumpa lagi..terima kasih(sambil bersalaman bersama murid)

7.0 RAKAMAN TEMUBUAL

8.0 PENUTUPSecara kesimpulannya, pelaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid di sekolah mengikut prosedur yang betul akan memberi kesan yang positif kepada murid tersebut dan juga guru bimbingan. Pelaksanaan bimbingan dan kaunseling yang berpandukan teori-teori kaunseling akan membantu guru memahami, mendalami jiwa murid sekaligus dapat menyelesaikan masalah murid dengan mudah. Teori yang telah kami gunakan dalam sesi bimbingan dan kaunseling di sekolah iaitu teori pemusatan perorangan telah berjaya diterapkan mengikut kesesuaian keadaan murid yang ditemubual. Selain itu, dalam melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling pelbagai teknik intervensi boleh diaplikasikan untuk tujuan memperoleh maklumat dan membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Antara teknik intervensi yang boleh digunakan ialah terapi bermain dan terapi seni kreatif. Dalam terapi seni kreatif, terapi yang kami laksanakan kepada murid ialah terapi bercerita, terapi muzik dan terapi seni. Penggunaan terapi-terapi tersebut dapat membantu kami mengumpul maklumat berkaitan masalah yang dihadapi murid sekaligus mencari menyelesaian kepada masalah tersebut. Selain itu, murid dapat meluahkan perasaan dan kehendak diri melalui saluran yang betul seperti lukisan. Jadi, pelaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling yang berkesan perlu dilaksanakan dengan betul mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan sesi tersebut dapat memberi kesan positif kepada semua pihak terutamanya klien.

BIBLIOGRAFI

A.J Michael (2008). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur: Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (2010). Siri Pendidikan Guru: Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow (2008). Siri Pendidikan Guru:Murid dan Alam Belajar. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samual (2009). Siri Pendidikan Guru:Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992). Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-kaunseling.html

http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html

http://belognurna.blogspot.com/2011/05/terapi-seni-visual.html

http://wanmohdariffin.blogspot.com/2010/11/bimbingan-dan-kaunseling-sekolah-rendah.html

http://www.kaunselingskbt2.com/modul-kaunseling/13-bahan-kaunseling-modul.html

BORANG KOLABORATIFNAMA GURU PELATIH: i. NUR AMALINA BINTI YUSOF ii. NUR ERAHAZLEEN SHAFICCA RUSLI

KUMPULAN: 7 PISMP PK /PJ/BM SUBJEK: BiMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK NAMA PENSYARAH: EN. TAUHIT BIN SUDARTarikhPerkaraCatatanTandatangan

REFLEKSI KENDIRINUR AMALINA BINTI YUSOF 900627115068Pada semester ini saya telah belajar tentang subjek Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-Kanak yang telah dibimbing oleh Encik Tauhit bin Sudar. Subjek ini banyak memberikan pengetahuan dan ilmu baharu kepada saya tentang selok belok bimbingan dan kaunseling. Bertepatan dengan apa yang telah dipelajari saya telah ditugaskan untuk melaksanakan satu temubual bersama murid yang mempunyai masalah dan merakam temubual tersebut. Kerja kursus ini dilaksanakan di sekolah semasa menjalani praktikum. Dengan itu, saya boleh mendapatkan maklumat tentang murid yang bermasalah dengan guru di sekolah. semasa melaksanakan temubual, saya mestilah membantu murid tersebut dengan memberikan bimbingan serta melaksanakan teknik intervensi yang bersesuaian.Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini terdapat banyak kekuatan yang saya peroleh. Saya dapat mengendalikan satu sesi temubual bersama murid dengan menerapkan kemahiran asas kaunseling yang dinyatakan serta menggunakan Teori Humanis (Pemusatan Perorangan) oleh Carl Rogers. Pengendalian teknik intervensi terapi seni yang digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang murid juga dapat dijalankan dengan lancar. Terapi seni yang digunakan ternyata dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu, kerjasama anatara ahli kumpulan sangat penting kerana kerja kursus ini perlu dilakukan dengan pasangan praktikum masing-masing. Saya daan rakan dapat bekerjasama dengan baik. Guru-guru sekolah dan murid juga memberikan kerjasama yang baik.Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang didapati sepanjang melaksanakan kerja kursus ini. Oleh sebab saya sedang menjalani praktikum dan tinggal di luar saya kurang mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing. Tambahan pula dengan kekangan masa dan rujukan kerana saya dan rakan tidak dapat melakukan carian buku di perpustakaan IPG. Namun begitu, masalah ini dapat ditangani dengan baik. Jika terdapat sebarang kemusykilan teantang kerja kursus kami mendapatkan bantuan daripada rakan dan bahan rujukan menggunakan buku-buku berkaitan dan carian internet. Saya dan rakan bernasib baik kerana kami dapat memperoleh rujukan ilmiah daripada buku-buku yang kami gunakan pada semester yang lepas.dengan itu, saya boleh menggunakan buku-buku ini sebagai rujukan untuk kerja kursus ini.Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak memberikan pengatahuan yaang baharu kepada saya dan pengalaman yang tidak dapat dibeli. Melalui kerja kursus yang dijalankan saya dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam subjek ini. Saya berasa sangat berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik serta berharap agar tugasan yang dihasilkan dapat memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pensyarah pembimbing, guru sekolah yang membantu saya dan murid yang telah ditemubual serta rakan saya di atas kerjasama yang diberikan.

REFLEKSI KENDIRINUR ERAHAZLEEN SHAFICCA BINTI RUSLI900327035672Pada semester ini, tugasan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan teori, kemahiran asas kaunseling, intervensi dalam kaunseling dan sebagainya di bawah bimbingan Encik Tauhit Bin Sudar. Bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid meningkat, pelaksanaan bimbingan dan kaunseling perlu dijalankan kepada mereka yang menghadapi masalah. Kekuatan yang dapat dikenal pasti semasa menghasilkan tugasan ini ialah sikap kerjasama dan ukhwah dengan pasangan kumpulan semakin erat dan memberangsangkan yang mana ahli kumpulan dapat berkongsi idea dan pendapat secara masing-masing secara terbuka. Proses pengumpulan bahan dan maklumat membantu dalam meningkatkan pengetahuan tentang topik yang berkaitan iaitu bimbingan dan kaunseling. Penulisan maklumat dan laporan berkenaan projek yang dilaksanakan dapat meningkatkan lagi pemahaman saya dalam bidang ini supaya dapat menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling dengan berkesan. Melalui penghasilan tugasan ini, saya dapat memperoleh ilmu dalam bidang bimbingan dan kaunseling kanak-kanak dengan lebih mendalam dan berstruktur. Penggunaan teori iaitu teori pemusatan perorangan dapat membantu saya dan rakan dalam memahami dan meneroka jiwa dan perasaan murid sekaligus dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu, penggunaan teknik intervensi iaitu terapi bercerita, terapi muzik dan terapi seni memberi pengalaman sebenar kepada saya dalam mencakna pemikiran murid. Fokus kami adalah dalam penggunaan terapi seni yang mana dapat membantu murid meluahkan perasaan dan pemikirannya melalui media seni.Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti. Antaranya ialah kurangnya kolaborasi dengan pensyarah penasihat dalam mendapatkan bimbingan disebabkan masalah kekangan masa. Selain itu, kurangnya rujukan daripada buku-buku ilmiah menyebabkan maklumat yang diperoleh agak kabur dan memerlukan pembacaan yang teliti. Kebanyakannya sumber maklumat yang diperoleh daripada internet. Jadi, saya dan rakan perlu bijak dalam menguruskan masa supaya dapat membina kolaborasi dengan pensyarah penasihat dan juga guru lain di sekolah. Rujukan daripada buku-buku ilmiah dapat memastikan maklumat yang diperoleh tepat dan sahih.Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak membantu saya dalam merancang dan melaksanakan sesi bimbingan dan kaunseling yang bersesuaian dengan masalah klien. Saya berasa gembira kerana dapat menyiapkan tugasan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Bantuan daripada guru-guru sekolah dan rakan membantu saya menghasilkan tugasan mengikut arahan yang ditetapkan.

LAMPIRAN