PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas...
Transcript of PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN · PDF file4.3.1 Objektif 1: ... Ujian dan kertas...
PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS
PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA
BERASASKAN CD-ROM
NUR FARHANA BINTI MOHD HAMA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGAPLIKASIAN KAEDAH PENILAIAN RAKAN SEBAYA KE ATAS
PELAJAR TAHUN EMPAT BAGI KURSUS PEMBANGUNAN MULTIMEDIA
BERASASKAN CD-ROM
NUR FARHANA BINTI MOHD HAMA
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
iii
TERISTIMEWA BUAT :
AYAHANDA HAJI MOHD HAMA B SIUON
DAN
BONDA TERSAYANG HAJAH ASIAH MD DAUD
ABANG DAN ADIK YANG DIKASIHI :
MOHD FIRDAUS MOHD HAMA
DAN
MOHD FAISAL MOHD HAMA
PENYELIA YANG BANYAK MEMBANTU :
PUAN NORASYKIN MOHD ZAID
DAN SAHABAT-SAHABAT YANG DIINGATI SELALU:
WAN NOR SYAHIDA WAN HUSSIN
AYUNI FARHANA AB.KADIR
NURUL SHIMAA OTHAMAN
NURULSYAHIDA AMDAM
NOOR LIZA ISMAIL
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya
memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan keseluruhan Projek Sarjana
Muda ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah S.A.W.
keluarga baginda, para sahabat, para syuhadah, para ambia serta para pejuang Islam
keseluruhannya.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada penyelia pembimbing tesis Puan Norasykin Mohd Zaid kerana memberi
bimbingan serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan sahabat-sahabat yang banyak memberi
sokongan dan kerjasama sepanjang kajian ini dilaksanakan. Semoga Allah S.W.T
akan memberi sebaik-baik ganjaran dan balasan atas sumbangan yang tidak ternilai.
Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada
secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana
Muda ini. Jasa kalian semua amat saya hargai.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan pengaplikasian kaedah penilaian
rakan sebaya kepada pelajar tahun empat semester satu yang mengambil kursus
Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM 2007/2008, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini merangkumi tiga objektif iaitu
mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap penilaian rakan sebaya,
mengenalpasti ketelusan pelajar dalam membuat penilaian melalui penilaian rakan
sebaya dan juga mengenalpasti peningkatan motivasi pelajar terhadap penilaian
rakan sebaya. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada
responden. Seramai 53 orang responden terlibat dalam kajian ini di mana kaedah
persampelan rawak bertujuan digunakan. Bilangan responden tersebut adalah
merujuk kepada Jadual Krejcie dan Morgan berdasarkan populasi yang terdiri
daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam)-SPI, Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)-SPL dan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)-SPS, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
versi 10.0 dengan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.89. Secara
keseluruhannya, kajian mendapati bahawa nilai min objektif pertama sebanyak 3.60
berada pada tahap sederhana. Diikuti dengan nilai min objektif kedua iaitu 3.43 juga
berada pada tahap sederhana dan akhir sekali nilai min objektif ketiga iaitu 4.00 yang
berada pada tahap tinggi. Berdasarkan hasil kajian yang telah diperolehi beberapa
cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki aspek-aspek tertentu.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to look at the fourth year students of Faculty
of Education Universiti Teknologi Malaysia who take the Development Software for
CD-ROM course 2007/2008 first semester towards peer assessment application.
This research involves three objective whereby first objective is to identify students’
acceptance in peer assessment, secondly, to identify the students’ reliability on the
peer assessment and lastly to identify students’ motivation through the peer
assessment. Questionnaire was used as the research instrument to know the
responden feedback. A sample of 53 students which was selected through random
purposely sampling based on Krejcie and Morgan timetable to different courses of
fourth year students from the programme Bachelor of Science with Education
(Islamic)-SPI, Bachelor of Science with Education (TESL)-SPL and Bachelor of
Science with Education (Sports Science)-SPS Faculty of Education, Universiti
Teknologi Malaysia. Data collected were analyzed by SPSS software version 10.0
with the realibility for this study is a 0.89. For overall, result shows that the min
value for first objective is 3.60 at moderate level. Followed by second objective with
min value is 3.43 also in moderate level and lastly 4.00 for third objective at high
level. From this research, some suggestions had been given to improve the research
findings.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN THESIS
PENGAKUAN PENSYARAH
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Skop Kajian 9
viii
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Pelajar 10
1.7.2 Pensyarah 10
1.7.3 Universiti Teknologi Malaysia 10
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Penilaian 11
1.9.2 Rakan Sebaya 12
1.9.3 Penilaian Rakan Sebaya 12
1.9.4 Telus 12
1.9.5 Motivasi 13
1.9.6 Kursus Pembangunan Multimedia 13
Berasakan CD-ROM
1.10 Penutup 14
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Penilaian 15
2.3 Jenis-Jenis Penilaian 16
2.4 Tujuan Penilaian 18
2.5 Ciri-Ciri Kumpulan
2.5.1 Latar Belakang Ahli Kumpulan 19
2.5.2 Bentuk Penyertaan Ahli Kumpulan 19
2.5.3 Kecenderungan Bertaut 20
2.5.4 Persekitaran 20
2.5.5 Gaya Sosiometrik 21
2.5.6 Prosedur 21
2.5.7 Struktur dan Organisasi 21
2.5.8 Matlamat 22
2.6 Kemahiran Pembelajaran dalam Kumpulan 21
2.7 Penilaian Rakan Sebaya 22
2.8 Kelebihan Penilaian Rakan Sebaya 24
ix
2.9 Kajian-Kajian Lepas 24
2.10Peranan Pengredan dalam Memotivasikan Pelajar 27
2.9 Penutup 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.4 Instrumen Kajian 32
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 34
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Penganalisaan Data 36
3.8 Penutup 37
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Data Mengenai Latar 39
Belakang Responden
4.2.1 Analisis Responden Mengikut Jantina 39
4.2.2 Analisis Responden Mengikut Bangsa 40
4.2.3 Analisis Responden Mengikut Program 40
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Objektif 1:Tahap Penerimaan Pelajar 41
terhadap Penilaian Rakan Sebaya
(Peer Assessment)
4.3.2 Objektif 2:Ketelusan Penilaian 43
Rakan Sebaya (Peer Assessment)
Sewaktu Menilai Ahli Kumpulan
4.3.3 Objektif 3: Meningkatkan Motivasi Pelajar 46
melalui Penilaian Rakan
x
Sebaya (Peer Assessment)
4.4 Penutup 48
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 50
5.2.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap 51
Penilaian Rakan Sebaya
5.2.3 Ketelusan Penilaian Rakan Sebaya 54
(Peer Assessment) Sewaktu Menilai
Ahli Kumpulan
5.2.4 Meningkatkan Motivasi Pelajar melalui 56
Penilaian Rakan Sebaya
(Peer Assessment)
5.3 Rumusan Kajian 58
5.4 Implikasi Dan Cadangan Kajian 60
pada Masa Hadapan
5.5 Penutup 60
RUJUKAN 62
LAMPIRAN 65
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan sampel mengikut program 32
3.2 Jadual Ringkasa Skala Likert 33
3.3 Jadual Aras Persetujuan Kajian 34
3.4 Perkaitan Objektif Kajian dengan 37
Statistik Deskriptif
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan 39
Responden Mengikut Jantina
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan 40
Responden Mengikut Bangsa
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan 41
Responden Mengikut Program
4.4 Peratus dan Min Mengikut Item Dalam 42
Tahap Penerimaan Pelajar
4.5 Peratus dan Min Mengikut Item Dalam 44
Ketelusan Penilaian Rakan Sebaya
4.6 Peratus dan Min Mengikut Item Dalam 47
Motivasi Pelajar Melalui Penilaian Rakan Sebaya
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Developing and Using Classroom Assessment 17
3.1 Prosedur Kajian yang Dijalankan 36
xiii
SENARAI SINGKATAN
CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory
IPT - Institut Pengajian Tinggi
KPT - Kementerian Pengajian Tinggi
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPI - Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam)
SPL - Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (TESL)
SPS - Program Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS - Statistical Package for The Social Sciences
Version 10.0 for Windows.
TESL - Teaching English as a Second Language
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 65
B Keputusan Analisis Kebolehpercayaan 69
Alpha Cronbach bagi Kajian Rintis
C Jadual Krejcie dan Morgan 70
D Contoh Borang Penilaian Rakan Sebaya 71
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Penilaian merupakan perkara yang penting dalam kehidupan. Ia melibatkan
pengukuran sejauhmana mutu dan kualiti dalam sesuatu perkara. Menurut Abdul
Hadi (1985), penilaian ialah suatu penyiasatan yang sistematik mengenai mutu
ataupun merit sesuatu benda seperti program, projek dan bahan-bahan.
Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu pembelajaran dan pengajaran
diukur melalui objektif pengajaran yang pelajar dapat capai sewaktu sesi
pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Abdul Hadi (1985) menyatakan bahawa
dalam bidang pendidikan, kaedah penilaian merupakan cara untuk menentukan
sejauhmana keberkesanan pembelajaran dan pengajaran iaitu sama ada tercapai atau
tidak objektif yang tenaga pengajar itu inginkan. Dengan kata lain, penilaian
membantu guru dan pensyarah untuk mengukur objektif pengajaran sama ada jelas
atau tidak kepada pelajar.
2
Menurut Abdul Hadi juga, penilaian dapat membantu pensyarah-pensyarah
atau guru-guru dalam memberikan maklumat tentang latar belakang pelajaran
pelajar. Selain dari menentukan dan menjalankan objektif-objektif pembelajaran
kepada pelajar, penilaian juga dapat menilai pencapaian objektif pendidikan. Maka
tidak hairanlah, pelajar akan diwajibkan mengambil ujian dan peperiksaan bagi
mengukuhkan lagi pengetahuan yang diberikan oleh guru atau pensyarah.
Ujian dan kertas peperiksaan merupakan salah satu bentuk penilaian formatif.
Terdapat dua jenis penilaian iaitu yang pertama penilaian formatif dan kedua adalah
penilaian sumatif. Penilaian sumatif dikendalikan bagi proses jangka masa yang
panjang berbanding dengan penilaian secara formatif. Menurut Khiong, Wan Chwee
Seng dan Ismail (1985), penilaian formatif digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran sepanjang persekolahan, atau kursus murid-murid bagi membimbing
mereka ke arah kemajuan. Ia lebih bertujuan untuk mengesan perkembangan
pembelajaran dengan serta merta untuk mengenal kekuatan dan kelemahan murid-
murid. Sekolah yang berasaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mengutamakan penilaian
formatif ini.
Menurut mereka lagi, bagi penilaian sumatif pula, penilaian yang dilakukan
lebih menyeluruh dan luas yang mana ia merangkumi semua aras kemahiran.
Kebiasaannya penilaian dijalankan pada akhir penggal dan akhir tahun. Tujuan
penilaian ini dijalankan bukan hanya ingin mengesan taraf pencapaian pada akhir
sesuatu pembelajaran tetapi ianya lebih bersifat kuantitatif dan dapat membantu
pihak sekolah, universiti atau pihak atasan untuk membuat keputusan sama ada
sesuatu program perlu diteruskan, diubahsuai atau dibatalkan sahaja. Program ini
boleh jadi seperti suatu seminar kelas tambahan dan apa jua kursus atau aktiviti
perkhemahan yang dijalankan di sekolah. Di sini dapat kita lihat setiap penilaian
mempunyai kepentingan masing-masing bagi mengetahui maklum balas bagi sesuatu
pengajaran dan pembelajaran.
3
Di sekolah, perkara-perkara yang dinilai melibatkan kerja kursus, kerja-kerja
amali, kuiz, ujian bulanan dan juga peperiksaan. Bagi pelajar di Institut Pengajian
Tinggi (IPT) satu sistem penilaian yang baru telah diwujudkan bagi aktiviti
berkumpulan selain dari penilaian kertas peperiksaan dan juga ujian seperti di
peringkat sekolah. Penilaian yang dilakukan adalah untuk mengukur sejauhmana
aktiviti berkumpulan yang melibatkan aspek kerjasama dapat diterapkan dalam diri
setiap pelajar bagi persediaan untuk menempuh bidang pekerjaan yang akan datang
setelah tamat pengajian. Dengan lain perkataan, ia menyiapkan salah satu kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat yang ada dalam diri pelajar.
Maka tidak dinafikan, bahawa penilaian merupakan aspek yang penting bagi
mengukur kualiti sesuatu perkara. Pendek kata, sama ada penilaian yang dilakukan
secara formal atau tidak formal, ianya adalah untuk menentukan penguasaan pelajar
terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya. Malah, penilaian dilakukan
untuk mengesan perkembangan pelajar dari segi nilai dan sikap serta membantu guru
dalam mempertingkatkan pengajaran mereka agar lebih berkesan.
Akhir sekali, dapat dilihat bahawa setiap penilaian yang dilakukan akan
melahirkan satu generasi yang unggul serba serbi atas sebab pemantauan yang
dilakukan oleh setiap tenaga pengajar yang berusaha untuk melahirkan insan yang
baik sekaligus menjadi warganegara Malaysia yang baik. Ini adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang menyatakan:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
4
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dalam negara.
(Khiong, Wan Chwee Seng dan Ismail, 1985)
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat pelbagai perkara yang biasanya dinilai oleh guru dalam sistem
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Antaranya adalah perkara-perkara yang
melibatkan kerja kursus, ujian, peperiksaan, kerja amali dan yang terbaru adalah
hasil dari kerja berkumpulan. Kerja berkumpulan seperti yang terdapat dalam salah
satu aspek yang diterapkan dalam hasil pembelajaran semakin kerap dinilai terutama
di peringkat pengajian tinggi. Malah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga
mengalakkan pembelajaran secara berkumpulan yang lebih tertumpu kepada
penggunaan minda pelajar sepenuhnya. Dengan kata lain, pelajar akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu pengetahuan yang mana pada masa kini
lebih sinonim dipanggil pembelajaran berpusatkan pelajar.
Menurut Mok Soon Sang (2002), konsep pengajaran dan pembelajaran
berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan
guru kepada strategi yang berpusatkan pelajar. Ianya bertujuan untuk membolehkan
pelajar belajar mengikut kadar kebolehan dan usaha mereka sendiri.
Selain itu, menurut Mok Soon Sang (2002) juga, melalui aktiviti
berkumpulan ini, setiap murid akan berpeluang untuk mengembangkan potensi
masing-masing, khasnya potensi intelek, rohani dan sosial secara menyeluruh. Sesi
5
perbincangan yang dilakukan oleh para pelajar di sini bermaksud pelajar akan duduk
bersama-sama ahli kumpulan yang lain dan berkerjasama dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah.
Merujuk artikel yang bertajuk Buletin P&P, UTM, edisi Jun 2007
menyatakan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan sebuah
dokumen mengenai pembangunan atribut di kalangan graduan IPT yang dinamakan
sebagai Modul Kemahiran Insaniah (Soft Skills). Salah satu daripada isi kandungan
di dalam atribut tersebut adalah kemahiran kerja berpasukan. Malah pihak Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) sendiri telah lebih awal mengenalkan beberapa insiatif
bagi melengkapkan bakal graduan di mana pada 21 Jun 2004, senat Universiti
Teknologi Malaysia telah meluluskan 7 atribut graduan yang harus diterapkan di
kalangan pelajar. 7 atribut tersebut adalah kemahiran berkomunikasi, kerja
berpasukan, penyelesaian masalah, penyesuaian diri, pembelajaran sepanjang hayat,
harga diri serta etika dan integriti.
Artikel itu juga menyatakan bahawa pihak KPT telah mengiktiraf model
pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM dengan meminda
beberapa perkara daripada 7 atribut tersebut. UTM telah menggunakan model
terapan (embedded) untuk menerapkan kemahiran generik melalui pelbagai
pendekatan antaranya pembentangan, kerja berpasukan, pencarian maklumat,
pembelajaran aktif, pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah dan
lain–lain kemahiran yang dikenalpasti.
Kebiasaannya sebanyak 10% daripada pemarkahan akhir pelajar adalah
mengambil kira penglibatan secara berkumpulan. Sistem penilaian begini telah
dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar IPT contohnya di UTM untuk menerapkan
semangat kerjasama semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Walau
bagaimanapun, penilaian yang dilakukan tidak dapat dilihat sepenuhnya oleh
pensyarah berbanding penilaian yang melibatkan kertas peperiksaan. Maka dengan
6
itu, satu sistem penilaian rakan sebaya (peer assessment) telah diwujudkan untuk
menilai komitmen pelajar sewaktu aktiviti berkumpulan dijalankan.
Menurut Brown (1999), penilaian rakan sebaya sangat membantu dalam
memperlengkapkan maklum balas formatif pelajar, terutamanya apabila pelajar
mendapat tugasan tanpa melibatkan pengiraan markah. Kaedah ini juga sangat
berguna bagi penilaian sumatif. Tambahan pula, melalui kaedah penilaian rakan
sebaya juga dapat mengukur interpeer dan intrapeer yang mana interpeer merupakan
cara pelajar menilai rakan lain berdasarkan kepada hasil dan pertunjukan setiap orang
contohnya apabila mereka mendengar sesuatu persembahan, melihat pameran atau
poster dan apabila membaca nota edaran pelajar lain. Penilaian intrapeer pula adalah
penilaian di mana pelajar menilai dengan siapa dia berkerja khususnya bagi penilaian
dalam suatu kumpulan. Ini penting bagi pensyarah yang tidak dapat menilai
beberapa aspek contohnya sewaktu proses pembelajaran dijalankan.
Menurut Keneddy (2006) pula, penilaian rakan sebaya adalah penilaian yang
memerlukan rakan sekumpulan untuk menilai ahli kumpulan yang lain tentang
komitmen mereka dalam kumpulan. Komitmen di sini melibatkan beberapa perkara
antaranya sumbangan idea dan pendapat kepada kumpulan, sikap kerjasama dalam
aktiviti berkumpulan, hubungan berkomunikasi sesama ahli kumpulan dan sifat
tanggungjawab setiap individu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Berdasarkan kajian Heathfield dalam Jaques (2000), antara kriteria yang
dinilai dalam aktiviti berkumpulan adalah kedatangan ahli kumpulan dalam setiap
kali perjumpaan, sumbangan idea dalam tugasan, penganalisaan dan persediaan
bahan untuk tugasan, sumbangan dalam aspek kerjasama sewaktu proses
berkumpulan, sifat semangat dan galakan kepada ahli kumpulan dan sumbangan
praktikal sehingga ke akhir tugasan.
7
Melalui sistem penilaian rakan sebaya ini secara tidak langsung ia dapat
meningkatkan motivasi setiap pelajar dalam kumpulan untuk berusaha memberi
komitmen sepenuhnya dalam aktiviti berkumpulan. Ini disokong dengan kenyataan
daripada Elliot dan Higgins (2005), dalam kajiannya bahawa penilaian melalui rakan
sebaya dapat mengembangkan motivasi pelajar sewaktu berkerja di dalam kumpulan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keraguan dalam penilaian rakan
sebaya memandangkan penilaian yang dibuat melibatkan sekumpulan pelajar yang
sentiasa berubah–ubah pendiriannya. Dengan kata lain, markah yang diberikan
kepada pelajar belum pasti kesahihan dan keadilannya. Berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Kennedy (2006) beberapa masalah dalam pengunaan penilaian rakan
sebaya dikenalpasti antaranya adalah penilaian pelajar yang tidak konsisten.
Penilaian rakan sebaya juga boleh memberi impak yang buruk kepada pelajar yang
lemah kerana berkemungkinan mereka diberikan peluang yang terbatas bagi
mengurangkan kesalahan dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, penilaian rakan
sebaya juga boleh menimbulkan konflik antara ahli kumpulan yang mana seterusnya
boleh mengurangkan sifat semangat kerja berpasukan antara ahli kumpulan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kewujudan kaedah penilaian rakan sebaya di dalam sistem penilaian
mempunyai beberapa kebaikan dan kelemahannya. Antaranya adalah peningkatan
semangat dalam diri pelajar. Menurut Galton dan Williamson (1992) dalam Hallam,
Ireson dan Davis (2002) motivasi pelajar juga boleh berkembang di dalam aktiviti
berkumpulan terutamanya bagi tugasan yang spesifik. Walau bagaimanapun, banyak
kajian mengatakan bahawa kaedah penilaian rakan sebaya adalah salah satu penilaian
yang tidak konsisten di mana pelajar yang menilai merupakan mereka yang sentiasa
berubah-ubah pendirian. Malah, ianya juga boleh menimbulkan konflik dalam suatu
kumpulan.
8
Maka atas sebab itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap
penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian penilaian rakan sebaya dalam sistem
pemarkahan. Selain itu, dari kajian ini juga penyelidik ingin mengenalpasti
sejauhmanakah pelajar menilai ahli kumpulan secara telus dengan menggunakan
kaedah penilaian rakan sebaya. Akhir sekali, penyelidik ingin mengenalpasti
sejauhmanakah penilaian rakan sebaya dapat meningkatkan motivasi pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti:
i. Tahap penerimaan pelajar terhadap pengaplikasian penilaian rakan
sebaya dalam sistem pemarkahan.
ii. Sejauhmanakah pelajar menilai ahli kumpulan secara telus dengan
menggunakan penilaian rakan sebaya.
iii. Sejauhmanakah penilaian rakan sebaya dapat meningkatkan motivasi
pelajar.