Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

22
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Membaca) Definisi Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks. Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.

Transcript of Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Membaca)

Definisi

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh kanak-

kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai punca utama

kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga bahawa kegagalan

membaca akan membawa kepada perlakuan salah laku, cemas, kurang

motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992). Membaca adalah

kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan

maksud bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas,

iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan

pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan

perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu,

kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang

ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan

seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan

mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud

bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai

proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang

bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan

sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-

lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan

bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya

berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya

(Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang diberikan ini sudah cukup untuk

menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang

kompleks.

Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini

Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak

dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang

dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran

mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa

yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman

selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan.

Maksudnya,

untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu

dapat

menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu

makna

perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan

membayangkan apa yang dibaca.

Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan

pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam

sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan

apa yang sedia ada di kepala.

mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga

menjadi sebuah idea yang kengkap.

mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah

dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran

yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan

dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa membaca adalah

kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa kemahiran lain.

Proses Membaca

Daripada definisi-definisi yang telah dibincangkan, ternyata bahawa

membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada gabungan

beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori (kederiaan), proses

pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif. Setiap proses

memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan.

1. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke

otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses

membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini

berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.

Deria penglihatan

Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan ke

otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang

bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan

deria sentuhan.

Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya

membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang

diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan jelas dan

tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami masalah

pendengatan

2. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-

tugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini

berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan

membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan

mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam

bacaan adalah seperti:

mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan

“figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak

ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar,

turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.

3. Membaca sebagai satu proses bahasa

Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts)

iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya

menulis. Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung

sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.

4. Membaca adalah satu proses kognitif

Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga

melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca

seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan

seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.

Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak

menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus

berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan

seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia

akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan

barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca, seseorang kanak-kanak

harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu

sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu

memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-

perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan

memahami konsep iaitu;

semua “benda” mempunyai nama,

nama benda boleh ditulis dalam perkataan,

kedua-duanya saling bertukar,

simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam

persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan seperti

buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang kaya dengan

pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau ke pusat-

pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk

berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak

adalah:

keadaan fizikal

pengalaman dan persekitaran

emosi, motivasi, dan sahsiah

kecerdasan

pengamatan

penguasaan bahasa

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ

pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang memberi

pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan

menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan ke

perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak

mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang

diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat

mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas

akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding

dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat,

iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa

membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi

bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar

kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana

bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak ,dan

sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru untuk

memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca yang

mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada kanak-

kanak.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Oleh

itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga adalah rumit

dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor yang

mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran

bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff (1999) faktor yang

mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca

ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu

kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan

bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca kuat

lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca

(membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan kemahiran

membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu

bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat

secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran

membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan

pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan murid

ii. peringkat mendirikan asas

iii. peringkat melatih membaca dan memaham

iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat

v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu

menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan

bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan

membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu

guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran

kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu

menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang

sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan

bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku

kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan

dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada

peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik.

Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula

menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh

dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan

guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina

kemahiran memahami.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan

seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan

kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan

juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan

mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga

internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap

suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati

dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan

pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan

sebagainya.

Pemulihan Bacaan

1. Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting dikuasai

oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan dalam pelajaran

dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya seorang murid

gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan kegagalan

pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan. Sebab itu guru

perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji kemahiran bacaan

terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian diagnostik bacaan akan

dapat membantu guru mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat

mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid

dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang

aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah dalam

bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah membacanya

kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam pelajaran secara

keseluruhan.

Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya maklumat

yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan murid.

Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai semula

rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru menentukan objektif

pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik mengajar membaca perlu

dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

2. Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan

guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring merupakan

langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran secara khusus

dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian lepas, Abdul Aziz

Talib (1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran dalam kawasan-

kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian bacaan:

A. Peringkat huruf (abjad)

Huruf kecil (a-z)

- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf

Huruf besar (A-Z)

- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf

- memadan huruf besar-huruf kecil

Diskriminasi penglihatan

- huruf-huruf yang berdekatan bentuk

- huruf besar dalam perkataan

- huruf-huruf kecil dalam perkataan

Diskriminasi pendengaran huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

Pembalikan huruf (reversals)

- huruf besar

- huruf kecil

B. Peringkat Perkataan

membatang suku kata terbuka

membatang suku kata tertutup

membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

C.Peringkat Perkataan

pembalikan perkataan

membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan

membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam

perkataan

Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam

perkataan

Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang

mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan

Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris dalam perkataan

Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

D. Peringkat Frasa

Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

E. Peringkat Ayat

Membaca ayat-ayat pendek

membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji

melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara

berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah

kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi

kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan

kuat dan guru merekod kesalahan –kesalahan yang dilakukan murid. Abdul

Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti

berikut:

membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan

/imbuhan yang ditinggalkan

Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata

Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan

Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah

Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara

terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau

ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya.

Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-masalah atau tingkah laku

yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu:

membatang suku kata terlebih dahulu

bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan

membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda

bacaan

membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak

tidak boleh membaca langsung

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid

mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap,

sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.

Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan Bacaan

Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang

rancangan pengajaran pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al.,

1989) telah menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan

yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya

membaca.

Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai.

Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti

daerah kelemahan dan tahap bacaan murid.

Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid

akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat secara

langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian.

Gunakan setiap jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap

sangat berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka

sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk meningkatkan

kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.

Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut langkah-

langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan berikut:

Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan

bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan

menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di bawah

bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan juga

membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.

Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan murid.

Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk membantiu murid

tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek tertentu dalam

bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada aspek bacaan

yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid

untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa yang

diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna perkataan

dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.

Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal,

iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan

menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan bacaan

mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat membaca sendiri

tanpa bimbingan guru.

Kesimpulan

Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak kerana

melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam

pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan mengumpul maklumat-

maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru memainkan peranan

penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran membaca. Oleh itu guru

perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan supaya

kemahiran membaca dapat dikuasai dengan baik. Ujian-ujian pemahaman

bacaan perlu dijalankan secara berterusan bagi mengetahui dan mamantau

pencapaian murid dalam bacaan.

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Menulis)

Definisi

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan

dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis

adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan

teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat

komunikasi.

Peranan Tulisan

Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat

melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi

sukukata,perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok

masyarakat.

Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen

bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta

bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana

membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama

keperluan hidup masa kini).

Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair,

sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa

dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan

juga seluruh insan umumnya.

Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis

Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-

kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi

khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas

permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan

menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas

permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas

hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi

kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata

tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti

seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli

tepung dan lain-lain.

Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk

dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan

selesa.

Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari

atas ke bawah dan lain-lain.

Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka

telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan

selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan

kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam

penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada

permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati

memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan

ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil

/sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di

peringkat

ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di

peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

Membina ayat.

Mengarang cerita.

Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.

Menulis surat kiriman.

Lain-lain yang berkaitan.

Masalah Tulisan dalam kanangan Kanak-kanak

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.

Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan

dengan perkataan

Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,

Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.

Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.

Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.

Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.

Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.

Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.

Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

Cara-cara mengatasi masalah tulisan

Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-

peringkat permulaan dan mendirikan asas.

Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan

betul, sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat

diikuti dengan mudah.

Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan

dan cara- cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid

hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.

Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan

dengan sempurna.

Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.

Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-

kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.