Pengajaran KBAT Sains-1
-
Upload
asnida-ismail -
Category
Documents
-
view
86 -
download
2
description
Transcript of Pengajaran KBAT Sains-1
1.0 PENGENALAN
Lesson study ini secara ringkasnya merupakan suatu program yang bertapak di
Jepun pada tahun 1960an dan dikembangkan ke seluruh dunia, dengan Malaysia mula
mengetengahkan Lesson Study pada tahun 2004. Lesson study berasal dari bahasa
Jepun, “jugyokenkyu” yang merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jugyo’ bermaksud
pelajaran dan ‘kenkyu’ yang bererti pengkajian. Oleh itu, lesson study boleh didefinisikan
sebagai penelitian atau pengkajian terhadap pelajaran.
Dalam amalan lesson study, guru-guru perlu mengenalpasti masalah yang wujud
dalam amalan pengajaran dan membuat penambahbaikan dalam sesi pengajaran tersebut
(Lewis & Fischman, 2013). Lesson study adalah kaedah dalam memperbaiki pengajaran
secara berterusan bagi semua guru. Ia juga merupakan merupakan satu program
pembangunan professional guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara
konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri
individu guru dan anggota kumpulan.
Dalam aktiviti lesson study, guru-guru mengkaji sesi pengajaran dan pembelajaran
melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif dengan tujuan
memperkembangkan kualiti pengajaran sesama guru. Ini dilakukan dengan tujuan supaya
ia dapat memberikan impak yang positif terhadap aspek pembelajaran murid. Lesson
study perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang terlibat
mendapat impak yang sewajarnya. Keberkesanan lesson study bergantung kepada
penglibatan guru secara sepenuhnya dan dengan kerelaan hati.
Perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif dapat dijelaskan dengan amalan guru-
guru dalam:
Merancang dan menyedia rancangan mengajar
Membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru
Membuat refleksi terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya
Mengubahsuai untuk menambaik rancangan mengajar
1
2.0 CIRI-CIRI UTAMA LESSON STUDY
Terdapat lima ciri utama lesson study iaitu;
(i) Lesson Study ialah model peningkatan pengajaran guru berterusan jangka
panjang,
(ii) Lesson Study berfokus kepada pembelajaran murid,
(iii) Lesson Study secara langsung bertumpu kepada peningkatan pengajaran
berdasarkan kesesuaian
(iv) Lesson Study memerlukan usaha yang kolaboratif dalam kalangan guru.
(v) Guru yang terlibat dalam lesson study melihat diri mereka menyumbang
kepada perkembangan pengetahuan mengenai pengajaran dan juga
perkembangan professional diri sendiri.
3.0 OBJEKTIF LESSON STUDY
Meningkatkan kulaiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru
Menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan
bekerjasama dalam kalangan guru
Mewujudkan semangat kerja berpasukan
Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam
Membudayakan lesson study sebagai salah satu strategi perlaksanaan kursus
dalam meningkatkan profesionalisme guru
Meningkatkan keupayaan guru sama ada dalam pengetahuan dan kemahiran
Meningkatkan kerjasama dikalangan guru-guru
Meningkatkan keupayaan guru dalam mengurus, menyusun sesi pembelajaran
Meningkatkan sensitiviti dalam pembangunan pendidikan guru terutamanya
mengambil kira dinamik pelajar
2
4.0 KITARAN LESSON STUDY
Di dalam jadual di bawah menunjukkan kitaran lesson study
Lesson Study terdiri daripada kitaran yang terdiri daripada 5 fasa atau peringkat, iaitu
Fasa 1 : Menentukan Gol Pengajaran
Fasa 2 : Merancang Pengajaran
Fasa 3 : Ajar / Perhati Pengajaran
Fasa 4 : Nilai / Reflek Pengajaran
Fasa 5 : Ubahsuai Pengajaran
Berikut merupakan kitaran daripada 5 fasa lesson study yang diaplikasikan dalam
pengajaran KBAT bagi mata pelajaran Sains tahun empat.
Fasa 1 : Menentukan Gol Pengajaran
Cikgu Asnida, Cikgu Normashita , Cikgu Marlina, Cikgu Suhana dan Cikgu Nurul Aini
berbincang bagi menentukan gol pengajaran atau pun objektif pembelajaran yang ingin
dicapai oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sains tahun empat bagi tajuk
pengukuran.
3
Fasa 2 : Merancang Pengajaran
Kemudian guru-guru terlibat berbincang bagi menentukan langkah-langkah dan aktiviti-
aktiviti yang sesuai atau difikirkan memberikan impak maksimum kepada pengajaran dan
pembelajaran dan murid. Kaedah yang sesuai juga dimasukkan dalam perancangan
pengajaran hasil daripada perbincangan guru-guru ini.
Fasa 3 : Ajar / Perhati Pengajaran
Cikgu Marlina dipilih untuk mengajar rancangan mengajar yang telah dibincangkan tadi.
Manakala Cikgu Asnida, Cikgu Normashita, Cikgu Suhana dan Cikgu Nurul Aini berada di
kelas bagi memerhatikan pengajaran tersebut bersama-sama Guru Besar SK St Theresa,
Cikgu Hai Kiang a/l Din Deng dan Guru Penolong Kanan HEM SK St Theresa iaitu Cikgu
Manjeet Kaur a/p Mela Singh. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hem ini merupakan
guru yang berpengalaman sekurang-kurangnya 20 tahun dalam mengajar. Mereka juga
telah mendapat pendedahan KBAT melalui kursus dan taklimat yang dihadiri sebelum ini.
Fasa 4 : Nilai / Refleksi Pengajaran
Sesi perbincangan antara guru pengajar dan rakan-rakan guru dijalankan selepas
berakhirnya sesi pengajaran bagi menilai atau memberi refleksi kepada pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dengan diperhatikan oleh Cikgu Hai Kiang a/l Din Deng dan
Cikgu Manjeet Kaur. Perkara yang difokuskan adalah dari aspek pengajaran guru,
pembelajaran murid, bahan bantu mengajar/lembaran kerja dan strategi pengajaran.
Fasa 5 : Ubahsuai Pengajaran
Jika didapati rancangan mengajar tadi tidak sesuai dan tidak mencapai objektif, maka
rancangan mengajar tadi perlu diubahsuai supaya dapat digunakan oleh guru lain atau
pun digunakan pada masa akan datang.
4
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KBAT) SAINS TAHUN EMPAT
Mata Pelajaran : Sains (sekolah rendah)
Kelas : 4 Rajin
Tema/Tajuk : Sains Fizikal/Pengukuran
Masa : 12.10 tengah hari - 1.10 petang (60 minit)
Bilangan Murid : 20 orang
Standard Kandungan : 6.1 Memahami ukuran panjang
Standard Pembelajaran : 6.1.1 Menyatakan panjang ialah ukuran antara dua titik.6.1.2 Mengukur panjang dengan menggunakan alat yang tidak piawai.
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
i) Menyatakan panjang ialah ukuran antara dua titikii) Menggunakan alat tidak piawai untuk mengukur panjang seperti :
Jengkal, hasta dan tapak kaki Klip kertas, kapur tulis dan anak mancis
KPS : Memerhati, membuat inferens, mengukur dan menggunakan nombor, dan berkomunikasi
EMK : Konstruktivisme, kreativiti, bahasa dan nilai
Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, skrin tayangan, anggota badan (jengkal, hasta, tapak kaki), klip kertas, kapur
5
tulis, anak mancis dan penyedut minuman, meja murid, pen marker, kertas sebak dan kotak kasut
Penilaian PdP : Lembaran kerja
Refleksi :
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan PembelajaranAktiviti Guru Aktiviti Murid
Fasa Persediaan
(5 minit)
Definisi panjang 1) Guru menunjukkan dua objek iaitu sebatang pensel dan penyedut minuman dan mengemukakan soalan kepada murid.
Pensel
Penyedut minuman
Cth. Soalan : a) Antara kedua-dua objek ini, yang
1) Murid memerhati dengan teliti dua objek yang ditunjukkan oleh guru. Cth. jawapan :
a) Penyedut minumanb) Panjang ialah ukuran antara dua
titikc) Dengan mengukur panjang
objek tersebut.d) Dengan mengukur bermula dari
hujung hadapan hingga hujung belakang objek tersebut.
6
manakah lebih panjang?b) Apakah yang dimaksudkan dengan
panjang?c) Bagaimanakah kamu menentukan
panjang kedua-dua objek ini objek?
d) Bagaimanakah cara kamu mengukur panjang kedua-dua objek ini?
2) Guru mengaitkan aktiviti soal jawab ini dengan tajuk yang akan dipelajari.
Fasa Imaginasi
(10 minit)
Alat pengukuran tidak Piawai
1) Guru menunjukkan video tentang ukuran panjang.
SID THE SCIENCE KID | Exploring Measurement | PBS KIDS. Dimuat turun dari
www.youtube.com/watch?v=3hlkRcTFxY
2) Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan dengan video yang ditayangkan.
1) Murid memerhatikan video yang ditayangkan.2) Murid diberi masa berfikir untuk mencari jawapan. Cth. Jawapan:
a) Cara untuk mengukur panjang objek yang besar seperti panjang kelas.
b) Anggota badan.c) Sesuai. Ini kerana dia
menggunakan anggota badan yang sama untuk mengukur panjang kelas.
d) Jengkal, hasta dan tapak kaki.e) Klip kertas, pensel, anak mancis
dan penyedut minuman.
* Guru menerima mana-mana jawapan murid yang sesuai
3) Murid dibimbing oleh guru untuk
7
Cth. Soalan :a) Apakah yang dibincangkan oleh
guru bersama murid di dalam video ini?
b) Apakah yang digunakan oleh seorang murid lelaki dalam video itu untuk mengukur panjang kelasnya?
c) Pada pendapat kamu, adakah cara yang digunakan oleh murid lelaki itu sesuai untuk mengukur panjang kelasnya? Mengapa?
d) Apakah bahagian-bahagian anggota badan yang lain yang boleh digunakan untuk mengukur panjang ?
e) Apakah alat-alat lain yang boleh digunakan untuk mengukur panjang selain daripada pembaris dan pita ukur?
3. Guru membimbing murid menjelaskan bahawa apabila kita menggunakan alat selain pembaris dan pita ukur untuk mengukur penjang maka alat tersebut dipanggil alat pengukuran tidak piawai.
menjelaskan bahawa alat yang digunakan untuk mengukur panjang selain daripada pembaris dan pita ukur dinamakan alat pengukuran tidak piawai.
Fasa Perkembangan
Aktiviti penyiasatan :
Mengukur panjang objek
1) Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 – 5 orang murid setiap kumpulan,
1) Murid berada dalam kumpulan seperti yang diarahkan oleh guru.2) Ketua kumpulan mengambil satu
8
(25 minit) menggunakan alat pengukuran tidak piawai-jengkal dan hasta-klip kertas, kapur tulis, dan anak mancis
2) Guru menyediakan 4 buah kotak yang setiap satunya mengandungi klip kertas, kapur tulis dan anak mancis 3) Guru mengedarkan kotak tersebut, pen marker dan kertas sebak kepada setiap kumpulan.4) Guru meminta murid mengukur panjang meja murid menggunakan alat pengukuran tidak piawai seperti :
- Jengkal dan hasta- Klip kertas, kapur tulis dan anak
mancis 5) Guru meminta murid merekodkan hasil siasatan dalam jadual seperti yang disediakan dalam lembaran aktiviti dan menjawab soalan yang diberikan. 6) Guru meminta murid memindahkan maklumat tentang keputusan penyiasatan dalam bentuk jadual di kertas sebak.7) Guru memantau aktiviti murid dengan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain.8) Guru membimbing murid mengukur dengan menggunakan teknik yang betul.
Lembaran Aktiviti 1:
Tajuk : Mengukur Panjang
kotak (mengandungi klip kertas, kapur tulis, anak mancis), pen marker dan kertas sebak yang diedarkan oleh guru.3) Murid berbincang dan bekerjasama dalam kumpulan semasa menjalankan aktiviti mengukur panjang meja murid menggunakan alat pengukuran tidak piawai yang terdapat dalam kotak. 4) Murid merekodkan hasil siasatan kumpulan dalam jadual yang terdapat dalam lembaran aktiviti dan di kertas sebak.5) Murid dibimbing oleh guru semasa melakukan aktiviti.6) Murid mengukur objek dengan menggunakan teknik yang betul dengan bimbingan guru
9
Menggunakan Alat Tidak PiawaiObjek yang : Meja muriddiukur Arahan : Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan penyiasatan yang telah dijalankan.
Keputusan:
Alat Pengukuran Bilangan Kali Alat Pengukuran
1. Jengkal2. Hasta3. Klip kertas4. Kapur tulis5. Anak mancis
(a) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat tentang bilangan kali alat pengukuran berdasarkan keputusan penyiasatan di atas? ________________________________ ________________________________
(b) Berikan inferens kamu berdasarkan jawapan kamu di (a) ________________________________
10
________________________________
(c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan di atas? _______________________________ _______________________________
Fasa Tindakan
(20 minit)
1. Pembentangan hasil dapatan kumpulan
2. Kuiz:
Rujuk Lembaran Aktiviti 2
1) Guru meminta wakil setiap kumpulan membuat pembentangan hasil dapatan setiap kumpulan.2) Guru membuat ulasan bagi setiap pembentangan.3) Guru meminta setiap kumpulan membuat pembetulan sekiranya ada. 4) Setelah selesai pembentangan kumpulan, guru menyerahkan sepucuk sampul surat yang mengandungi dua soalan kuiz kepada ketua setiap kumpulan.5) Ketua kumpulan diminta membacakan soalan-soalan kuiz tersebut dan membincangkan jawapan bersama ahli kumpulannya yang lain.6) Guru menilai jawapan setiap kumpulan dan menjelaskan jawapan yang betul bagi soalan-soalan kuiz tersebut7) Guru memberi hadiah kepada kumpulan yang dapat menjawab
1) Ketua kumpulan membentangkan hasil dapatan kumpulan.2) Murid mendengar dengan teliti ulasan guru tentang hasil pembentangan kumpulan.3) Murid membuat pembetulan sekiranya ada.4) Ketua kumpulan mengambil sepucuk surat dan membacakan dua soalan kuiz yang terdapat dalam sampul surat tersebut.5) Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan untuk mencari jawapan.6) Kumpulan yang telah siap, dikehendaki mengangkat tangan dan diminta memberikan jawapan mereka. 7) Kumpulan yang dapat menjawab dengan paling cepat dan betul dikira pemenang dan diberi hadiah.8) Murid dibimbing oleh guru membuat
11
dengan paling cepat dan betul.8) Guru membimbing murid membuat rumusan tentang topik yang dipelajari hari ini
rumusan tentang topik yang telah dipelajari hari ini.
12
6.0 LEMBARAN AKTIVITI
Lembaran Aktiviti 1
Tajuk : PengukuranAktiviti : Mengukur Panjang Menggunakan Alat Pengukuran tidak PiawaiObjek yang : Meja muriddiukur Arahan : Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan penyiasatan yang telah dijalankan
Keputusan :
Alat Pengukuran Bilangan Kali Alat Pengukuran1. Jengkal
2. Hasta
3. Klip kertas
4. Kapur tulis
5. Anak mancis
(aras aplikasi)
(a) Apakah pemerhatian yang dapat dibuat tentang bilangan kali alat pengukuran berdasarkan keputusan penyiasatan di atas ? (aras analisis) ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ (b) Berikan inferens kamu berdasarkan jawapan kamu di (a) (aras analisis) ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________
(c) Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan keputusan penyiasatan ini ? (aras analisis) ____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________
13
Lembaran Aktiviti 2 :
Soalan Kuiz
Bincangkan dalam kumpulan dan jawab soalan-soalan berikut :
1) Andaikan kamu seorang tukang rumah. Kamu ingin mengukur panjang lantai
sebuah bilik untuk dipasang jubin. Walaubagaimanapun kamu terlupa membawa
pita pengukur untuk mengukur panjang lantai tersebut.
a) Apakah cara lain yang boleh kamu gunakan untuk mengukur panjang lantai bilik
tersebut selain daripada menggunakan pita pengukur? (aras aplikasi)
b) Terangkan secara ringkas bagaimana kamu mengukur panjang lantai bilik tersebut
dengan cara yang telah kamu nyatakan tadi. (aras analisis)
14
2) Ibu anda meminta anda membeli kain alas meja untuk digunakan bagi mengalas
meja kopi di ruang tamu rumah anda. Ibu anda menyuruh anda mengukur panjang
dan lebar meja tersebut untuk membolehkan anda membeli alas meja yang sesuai
dengan saiz meja tersebut. Walaubagaimanapun,anda tiada pembaris atau pita
pengukur untuk mengukur panjang dan lebar meja tersebut pada masa itu.
a) Bagaimanakah anda hendak menyelesaikan masalah tersebut? (aras analisis)
b) Terangkan mengapa anda menggunakan kaedah mengukur yang dipilih.
(aras aplikasi)
c) Tunjukkan cara bagaimana anda menggunakan kaedah mengukur yang dipilih untuk
mengukur panjang dan lebar meja tersebut dengan menggunakan lakaran
(aras aplikasi)
15
7.0 REFLEKSI PENGAJARAN KBAT DALAM MATA PELAJARAN SAINS TAHUN
EMPAT
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap pengajaran dan
pembelajaran KBAT dalam mata pelajaran Sains bagi tajuk pengukuran, sesi
perbincangan untuk membuat refleksi terhadap pengajaran telah dilaksanakan oleh guru
pengajar dan guru-guru pemerhati selepas sesi pengajaran tersebut selesai. Dalam
perbincangan tersebut, perkara yang disentuh atau difokuskan ialah pengajaran guru,
pembelajaran murid, bahan bantu mengajar/lembaran kerja dan strategi pengajaran.
Kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran bagi setiap aspek yang disebutkan tadi turut dibincangkan supaya tindakan
susulan boleh diambil untuk memperbaiki dan memantapkan lagi pengajaran dan
pembelajaran KBAT dalam mata pelajaran Sains pada masa akan datang.
i) Pengajaran Guru
Kekuatan
1) Guru sering mengutarakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid.
2) Semasa membincangkan aktiviti pembelajaran guru bertanyakan soalan-soalan yang
menarik minat pelajar untuk terus berfikir sehingga ke tahap pemikiran kritis dengan
adanya soalan-soalan tertentu di akhir pengajaran.
3) Kaedah pengajaran yang seuai telah digunakan untuk mewujudkan pembelajaran
secara konstruktivisme dan inkuiri terbimbing.
4) Guru menggunakan domain kognitif aplikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
melalui satu situasi yang diberikan kepada murid. Murid menggunakan pengetahuan yang
sedia ada untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. Murid menggunakan
kefahaman tentang pengukuran panjang dalam menyelesaikan masalah yang diberikan.
Selain itu, murid dapat memberikan justifikasi pada setiap permasalahan yang diberikan.
16
5) Guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik. Suara guru yang jelas dan
intonasi suara guru yang berbeza-beza dapat memperlihatkan isi kandungan mana yang
perlu ditekankan oleh murid.
Kelemahan
1) Kerjasama antara guru dengan murid perlu ditekankan di dalam kelas terutamanya
penggunaan arahan. Oleh kerana murid terdiri daripada pelbagai bangsa maka bahasa
mungkin menjadi halangan untuk murid faham arahan guru dengan baik.
2) Tahap soalan KBAT yang dikemukakan kepada murid masih perlu diperbaiki dan
ditambahbaik.
3) Banyak masa digunakan oleh murid semasa melakukan tugasan kumpulan. Ini
menyebabkan masa untuk fasa pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya kurang
mencukupi.
4) Bimbingan guru amat diperlukan bagi murid dalam mengenalpasti pendekatan yang
perlu digunakan dalam mengukur panjang menggunakan anggota badan.
5) Guru tidak “menghiglightkan” isi kandungan pembelajaran di papan putih. Papan putih
hanya digunakan untuk ditampal dengan kertas mahjong aktiviti kumpulan pelajar.
Cadangan penambahbaikan
1) Arahan guru yang lebih jelas dan tegas perlu diberikan agar murid benar-benar faham
arahan guru.
2) Soalan KBAT yang dikemukakan kepada murid perlu mengikut tahap kebolehan murid
(terutama murid pelbagai tahap kebolehan dalam kelas yang sama).
3) Aktiviti untuk tugasan kumpulan perlu diperbaiki dan ditambahbaik. Aktiviti tidak perlu
banyak tetapi fokus kepada proses murid kepada kefahaman dan kemahiran mengukur
menggunakan alat tidak piawai.
17
4) Guru perlu mendemontrasi atau melabelkan dahulu ukuran menggunakan anggota
badan dengan lebih jelas agar murid lebih mudah memahami.
5) Guru perlu menulis isi-isi penting yang berkaitan dengan isi kandungan pembelajaran di
papan tulis. Ini dapat membantu murid mengesan maklumat-maklumat penting berkaitan
konsep yang dipelajari
ii) Pembelajaran Murid
Kekuatan
1) Wakil murid berani datang ke depan kelas dan membuat pembentangan hasil daripada
penyiasatan yang dilakukan. Murid menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.
2) Murid melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan dengan baik. Penglibatan murid dalam
aktiviti yang disediakan adalah sangat aktif.
3) Dapat dilihat murid bekerjasama dalam kumpulan semasa berbincang bagi
menyelesaikan tugasan kumpulan. Perbincangan sesama rakan dapat memupuk
kemahiran berfikir aras tinggi bila mana idea dapat dikongsi bersama, ditokok tambah atau
diolah menjadi idea atau pendapat baru yang lebih bermakna.
4) Murid melakukan aktiviti dengan baik apabila mendapat bimbingan guru. Guru juga
turut menjalankan aktiviti berpusatkan pelajar seperti kuiz dan aktiviti kumpulan di mana
murid dapat membina pengetahuan mereka sendiri melalui kolaboratif bersama-sama
rakan rakan yang lain
5) Aktiviti yang dijalankan sangat sesuai dengan masa dan ruang kelas.
6) Daripada aktiviti yang dijalankan dapat diperhatikan murid menjana idea baru selain
dapat memperbetulkan miskonsepsi atau salah faham yang sedia ada tentang konsep
pengukuran.
18
Kelemahan
1) Murid mengambil masa yang agak lama untuk menyalin balik jadual eksperimen ke
dalam kertas sebak.
2) Murid kurang jelas akan arahan yang diberikan oleh guru.
3) Murid masih lemah dan lewat untuk menjawab soalan-soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) seperti aras aplikasi dan analisis. Ini mungkin disebabkan murid kelas ini
merupakan murid kumpulan sederhana yang mempunyai tahap kebolehan akademik yang
sederhana.
Cadangan penambahbaikan
1) Guru perlu menjelaskan kepada murid agar menggunakan masa yang diberi semasa
melakukan aktiviti dengan sebaik mungkin.
2) Guru perlu pastikan semua murid beri perhatian semasa arahan diberikan dan faham bagaimana melaksanakan aktiviti yang diberi.
2) Guru perlu sesuaikan aras soalan KBAT mengikut tahap murid. Ini membolehkan murid
kumpulan sederhana berpeluang menjawab soalan KBAT yang sesuai dengan tahap
kebolehan mereka.
3) Murid perlu diberi masa yang mencukupi untuk berfikir dan mencari jawapan bagi
soalan yang dikemukakan.
iii) Bahan Bantu Mengajar/Lembaran Kerja
Kekuatan
1) Guru banyak menggunakan benda maujud dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ini dapat memberi peluang kepada murid memanipulasi benda-benda maujud tersebut
dan memberikan pengalaman secara langsung kepada mereka dalam proses menjana
pengetahuan baru tentang konsep yang diperolehi.
19
2) Demonstrasi pengukuran menggunakan video animasi dapat menarik minat murid
untuk terus memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru.
3) Lembaran aktiviti mengandungi aktiviti yang sesuai dengan objektif pembelajaran yang
hendak dicapai.
4) Guru menggunakan pelbagai alat bantu mengajar seperti cd rom mata pelajaran sains
untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran. Melalui penggunaan cd rom, pelajar dapat
belajar dengan lebih menarik dan sesuai dengan peringkat umur mereka iaitu 10 tahun.
Animasi “cartoon” yang menunjukkan bagaimana mereka melihat pengukuran boleh
dijalankan melalui pelbagai cara seperti menggunakan seluruh anggota badan dapat
mengajak murid untuk berfikir.
Kelemahan
1) Penggunaan kertas sebak (kertas mahjong) kurang efisien kerana jadual boleh
disediakan di papan putih sahaja. Murid menggunakan banyak masa untuk menyalin
jadual daripada lembaran kerja ke kertas sebak.
2) Murid kekurangan masa untuk melengkapkan lembaran aktiviti. Ini mungkin disebabkan
soalan agak sukar dengan tahap kebolehan murid.
Cadangan penambahbaikan
1) Untuk menjimatkan masa, penggunaan kertas mahjong boleh digantikan dengan
penggunaan marker dan papan putih.
2) Pembentangan murid perlu diperhalusi dengan cara guru menyediakan jadual di papan
putih dan murid hanya perlu mengisi jadual tentang hasil penyiasatan agar dapat dilihat
dengan lebih jelas oleh semua murid.
3) Lembaran aktiviti perlu dikaji semula bagi memastikan aras soalan sesuai dengan
keupayaan murid.
20
iv) Strategi Pengajaran
Kekuatan
1) Set induksi berupaya menarik minat murid untuk memberi perhatian tentang tajuk yang
dipelajari hari ini.
2) Objektif pembelajaran jelas dan dapat dicapai oleh murid.
3) Sepanjang menjalankan pengajaran guru dapat melaksanakan pengurusan bilik darjah,
mengendalikan kelas dengan suasana persekitaran yang tersusun serta berjaya
mengalakkan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, dengan menggunakan cara-cara
seperti tayangan video dan aktiviti-aktiviti hands on yang menarik, keadaan murid-murid
lebih terkawal dan dapat menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang telah diajar.
4) Guru juga berjaya mewujudkan komunikasi yang berkesan dan interaksi dua hala
dengan murid dengan baik serta mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan
murid-murid akan lebih aktif dalam proses P&P .
5) Selepas menayangkan video, guru membuat pertanyaan soalan yang dapat
menggalakkan murid berfikir. Aktiviti kuiz di akhir PdP dapat merangsang pelajar berfikir
kerana soalan yang diberikan adalah soalan yang memerlukan murid mengaplikasikan
semula pengetahuan aatau idea mereka tentang pengukuran dalam situasi baru.
6) Terdapat elemen KBAT dalam penyoalan guru dan lembaran aktiviti murid cuma perlu
diperluaskan dan dipertingkatkan lagi penggunaannya dalam pengajaran Sains
Kelemahan
1) Murid terlalu fokus untuk menyiapkan tugasan kumpulan agar dapat disiapkan dengan
cepat. Ini menyebabkan mereka tergesa-gesa mencari jawapan dan tidak menggunakan
masa untuk berfikir dengan baik.
2) Apabila soalan dilontarkan kepada murid, hanya sesetengah murid yang aktif
mengambil bahagian manakala murid-murid yang lain kelihatan pasif. Ini mungkin kerana
kurangnya ganjaran atau peneguhan diberikan oleh guru.
21
3) Semasa rakan murid membentangkan hasil kerja kumpulan, dilihat murid lain membuat
aktiviti lain seperti bermain, bersembang dan sebagainya. Selain itu, masih kurang
penggunaan elemen KBAT dalam penyoalan dan lembaran aktiviti. Perlu diperluaskan dan
ditingkatkan lagi.
Cadangan penambahbaikan
1) Cadangan atau peneguhan tidak semestinya bersifat kebendaan namun boleh wujud
dengan pujian daripada guru atau tepukan daripada kawan-kawan. Menurut teori
pembelajaran social oleh Albert Bandura, murid akan belajar melalui pemerhatian. Jika
mereka mendapat peneguhan daripada guru berupa pujian, maka murid-murid lain akan
cuba untuk mengambil bahagian dalam menjawab soalan yang diberikan guru demi
mendapat pujian yang sama seperti rakan-rakan yang lain.
2) Guru perlu mengasingkan murid mengikut aras masing-masing iaitu lemah, sederhana
dan tinggi serta bertanya dan menyediakan soalan KBAT mengikut aras kefahaman
pelajar.
3) Aktiviti perlu dikurangkan sedikit kerana untuk mencapai keseluruhan penyoalan KBAT
murid perlu ditekankan dari segi proses dari aktiviti sehinggalah mereka dapat
menyelesaikan masalah tersebut. Aktiviti yang banyak akan membuatkan murid terbatas
untuk berfikir secara kreatif dan kritis kerana mereka lebih fokus untuk menyiapkan
tugasan berbanding berfikir dengan lebih mendalam.
4) Memastikan semua murid diam dan beri perhatian semasa rakan mereka membuat
pembentangan agar mereka dapat memahami apa yang disampaikan oleh rakan mereka.
Selain itu, guru boleh mengecilkan bilangan murid dalam kumpulan iaitu 3-4 borang satu
kumpulan bagi memastikan murid dapat belajar secara efektif
5) Menambahbaik penggunaan elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
tajuk pengukuran agar murid dapat menguasai KBAT yang diterapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran dengan sebaik mungkin. Keutamaan perlu dberikan pada soalan dan
aktiviti murid yang mempunyai elemen KBAT sesuai dengan tahap murid
22
Berdasarkan huraian di atas, didapati terdapat kekuatan dan kelemahan yang
dikenal pasti dalam pengajaran KBAT yang perlu diberi perhatian oleh guru. Refleksi
tentang pengajaran KBAT dalam mata pelajaran Sains telah membincangkan tentang
kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan bagi pengajaran yang telah
dijalankan. Dalam refleksi ini perkara-perkara yang disentuh ialah, pengajaran guru,
pembelajaran murid, bahan bantu mengajar/lembaran kerja dan strategi pengajaran.
Segala kekuatan perlu dimantapkan lagi manakala segala kelemahan perlu diperbaiki dan
ditambahbaik supaya hasil pembelajaran yang lebih baik dapat dicapai. Cadangan
penambahbaikan perlu dilaksanakan supaya segala kelemahan dapat diperbaiki ke arah
proses pengajaran dan pembelajaran KBAT yang lebih baik. Oleh itu, rancangan
pengajaran KBAT perlu diperbaiki, diubah suai dan ditambahbaik berdasarkan kekurangan
yang telah dikenal pasti dan demonstrasi pengajaran dilakukan semula untuk melihat
kesan penambahbaikan yang dilakukan.
8.0 RUMUSAN
Hasil daripada demonstrasi pengajaran KBAT melalui program lesson tudy ini
telah menunjukkan bahawa Program lesson study yang dijalankan telah berjaya
mendedahkan guru-guru yang terlibat kepada satu dimensi dan perspektif yang baharu
dalam konteks pedagogi di sekolah terutama dari aspek pelaksanaan pengajaran
menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains.
Aspek pembelajaran dan pengajaran kini bukan lagi merupakan sesuatu yang
bersifat peribadi dan program ini telah membuka ruang kepada guru-guru untuk
berbincang tentang pengajaran KBAT dalam mata pelajaran Sains. Perbincangan dalam
kalangan guru tentang rancangan pengajaran juga telah berjaya memfokuskan
pengajaran guru kepada amalan pengajaran terbaik (the best teaching practice) untuk
menerapkan KBAT kepada murid.
Sementara itu, amalan pemerhatian dan sesi refleksi yang dijalankan telah berjaya
meningkatkan profesionalisme keguruan yang mana program lesson study ini telah
membantu guru untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,
malah hubungan antara guru-guru dapat dipertingkatkan dalam satu pasukan. Program ini
23
juga telah membentuk nilai profesionalisme guru melalui percambahan dan perkongsian
idea dalam menghasilkan rancangan pengajaran KBAT sesama rakan sejawat.
Demonstarsi pengajaran KBAT melalui lesson study ini menyediakan peluang
untuk guru berkongsi ilmu, kepakaran, dan kerjasama dalam kalangan guru supaya hasil
pembelajaran berlaku kepada semua murid. Pada masa yang sama, program Lesson
Study ini juga berjaya meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran
di dalam kelas. Murid mendapat lebih banyak peluang untuk berinteraksi sesama sendiri
dan juga dengan guru.
Lesson study merupakan program yang sangat baik bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Program ini harus diteruskan dan
diperluaskan di peringkat sekolah dalam semua mata pelajaran mahupun di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Lesson study sangat wajar diamalkan oleh guru-guru
sebagai satu cara perkongsian ilmu yang mana kita dapat mengkaji dengan lebih khusus
tentang realiti yang berlaku di dalam bilik darjah yang kita tidak sedari selama ini. Di
samping itu guru dapat berkongsi ilmu sesama sendiri hasil daripada sumbang saran
tentang BBM yang berkesan dan harus digunakan bagi meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran contohnya dalam proses menerapkan KBAT dalam
kalangan murid.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan lesson study ini adalah sesuatu yang baik
untuk memperbaiki atau pun menambahkan profesionalisme guru ke arah yang lebih baik.
Kerjasama dan kolaborasi guru yang sebegini mampu menambah pengetahuan guru ke
tahap yang lebih baik. Lain guru, lain caranya. Maka kita boleh kongsikan cara-cara
terbaik ini bagi memberikan hasil yang lebih baik
Walaubagaimanapun, beberapa kekangan lain mungkin perlu juga diberi perhatian.
Kekangan seperti masa, waktu mengajar, dasar MMI (Melindungi Masa Instruksional),
bebanan tugas guru dan faktor lain mungkin menyebabkan perkara baik seperti ini tidak
dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Walaupun begitu, dedikasi dan komitmen
yang tinggi daripada warga sekolah khususnya guru sedikit sebanyak mungkin dapat
membantu menangani kekangan yang ada. Justeru, adalah diharapkan agar program ini
benar-benar menjadi budaya dalam proses pembangunan dan peningkatan
profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah di Malaysia.
24
RUJUKAN
Lewis, J., & Fischman, D. (2013). Teacher Learning in Lesson Study. Montana Mathematics …, 10(3), 583–620. Retrieved from http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&profile=ehost&scope=site&authtype=crawler&jrnl=15513440&AN=90653441&h=KtVhQM8qLtBBdqD6z5Fzkfo4sOo8THPcn%2FLPxkijqnQRLy6Vaeavq9fbwLcJIyHuopRs2crWuSgdD%2B3w973VCw%3D%3D&crl=c
Lim Chap Sam. (2006). In search of good practice and innovation in mathematics teaching and learning : A Malaysia perspective. Paper presented at the APEC- Tsukuba Conference : Innovative Teaching Mathematics through Lesson Study 16- 20 January 2006, Tokyo, Japan.
Muzirah Ab Mokhti. (2013). Persepsi guru sains yang mengamalkan lesson study sebagai program pembangunan profesionalisme guru terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Proceeding of the Global Summit on Education 2013, Kuala Lumpur, Malaysia, March 11-March 12, 2013.
Tatang, S. & Sofyan, I. (2010). Teacher reflection in Indonesia : Lesson learnt from lesson study program. US-China Education Review, 7, 12(73).
25