PENEROKAAN APLIKASI (TB) TERHADAP KITAB SAHIH AL...
-
Upload
hoangxuyen -
Category
Documents
-
view
243 -
download
0
Transcript of PENEROKAAN APLIKASI (TB) TERHADAP KITAB SAHIH AL...
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
1
PENEROKAAN APLIKASI TALAQQI BERSANAD (TB) TERHADAP KITAB SAHIH AL-BUKHARI SECARA KAEDAH
AL-HALL WA AL-BAHTH DI MALAYSIA
Farhah Zaidar Mohamed Ramli (Corresponding Author)
Latifah Abdul Majid
Mohd. Arif Nazri
Phayilah Yama
ABSTRAK
Talaqqi Bersanad (TB) adalah pendekatan
berkonsepkan pengajian ilmu yang dibuat secara
langsung di hadapan guru al-musnid. Ia dipraktikkan
menerusi kombinasi metode al-samac, al-qira’ah serta
al-ijazah. Ketiga-tiga metode masih diadaptasikan
sehingga kini bagi meriwayatkan hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. yang sudah dibukukan tidak
terkecuali Sahih al-Bukhari Implikasi utama aplikasi
TB ialah mengekalkan tanpa putus silsilah sanad yang
nokhtah awalnya bukan sahaja bermula tetapi berakhir
kepada sandaran mutlak sumber hadis iaitu Rasulullah
s.a.w. Terdapat dua model pelaksanaan TB terhadap
kitab Sahih al-Bukhari iaitu kaedah al-sard dan kaedah
al-hall wa al-bahth. Penerokaan lapangan di Malaysia
menemui dua sampel kes yang masing-masing
dikenalpasti melaksanakan kedua-dua kaedah tersebut
tetapi artikel ini hanya memaparkan sampel kes bagi
kaedah al-hall wa al-bahth. Sampel kes bagi kaedah
al-hall wa al-bahth yang menjadi sumber temubual dan
analisa dokumen ditemui mengaplikasikan TB menurut
metode yang sah dan boleh dipertanggungjawabkan
sebagaimana dalam disiplin pengajian hadis.
Interpretasi proses aplikasi TB tersebut menunjukkan
partisipan selaku guru al-musnid telah menggunakan
mekanisme al-samac, al-qira’ah serta al-ijazah yang
merupakan tiga metode yang standard bagi
penyambungan silsilah sanad kepada penyusun
sesebuah kitab hadis.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
2
Kata kunci: Talaqqi Bersanad (TB), Sahih al-Bukhari,
al-hall wa al-bahth, Malaysia.
ABSTRACT
Talaqqi with Sanad (TB) is a conceptual approach to
the knowledge studies that is made directly in front of of
the al-musnid teacher. It is practiced through a
combination of al-sama', al-qira'ah and al-ijazah
methods. These three methods are adapted until now in
order to narrate the hadiths of the Prophet s.a.w. which
have been booked with no exception to the book of
master hadith like Sahih al-Bukhari. The main
application of the TB is to continuously maintain the
genealogical of the sanad whereas the full stop of
beginning of it not just begin but end with the main
source of the hadith, that is Rasulullah PBUH. There
are two models of implementation for the TB which are
al-sarad method and al-hall wa al-bahth method.
Exploration in Malaysia found two samples of case
which each of them to identify the implementation of
both methods. However, this article will only show the
sample of case for al-hall wa al-bahth method. The
sample of case for al-hall wa al-bahth method which
become the target source for interviews, observasion
ang document analysis found out to apply TB using the
legal method and as reliable as in the discipline of
hadith studies. The process for interpretation of the TB
showed that the respondent have used al-sama,
al-qira’ah and al-ijazah mechanism which are the three
standard methods for genealogical connection of the
sanad.
Keywords: Talaqqi Bersanad (TB), Sahih al-Bukhari,
al-hall wa al-bahth, Malaysia.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
3
PENDAHULUAN
Talaqqi Bersanad (TB) merupakan pendekatan berkonsepkan pengajian
ilmu secara langsung di hadapan guru al-musnid1 iaitu ahli sanad
dengan mempraktikkan kaedah al-talaqqi2 iaitu al-samac3 atau al-
qira’ah4 serta al-ijazah5. Manakala guru tersebut berpengalaman
mempelajari kitab melalui proses yang sama dengan guru-gurunya
sehingga sampai sanad6 kepada penyusun kitab. Dalam konteks kitab
hadis, kemuncak silsilah bertaut sehingga kepada sumber dan
penyampai mutlak ilmu iaitu Rasulullah s.a.w.. Kemampuan
mengekalkan persambungan silsilah sanad sepanjang 15 kurun
sehingga kepada Rasulullah s.a.w. seperti ini adalah menepati
kenyataan kebanyakan ilmuan hadis antaranya Ibn al-Salah
(m.643H/1245M) yang menyifatkan fenomena ini merupakan
keistimewaan ekslusif bagi umat Muhammad s.a.w. (Ibn al-Salah
1986).
Manakala persambungan sanad kepada penyusun kitab hadis
merupakan tujuan di sebalik aplikasi TB. Ianya didapati telah diadaptasi
mekanisme pelaksanaannya menerusi penerapan tatacara al-tahammul7
1 Seseorang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya sama ada ia mempunyai ilmu
atau sekadar meriwayatkannya sahaja. Al-Musnid juga turut dikenali sebagai perawi
yang menerima dan menyampaikan hadis menerusi salah satu daripada metode-
metode al-tahammul. Dalam konteks pandangan ulama mutakhir, al-musnid adalah
seseorang yang melakukan penambahan periwayatan menerusi pengetahuan terhadap
al-macajim, al-athbat dan al-faharis serta prihatin dalam menerima al-musalsalat dan
memiliki banyak periwayatan daripada para guru. 2 Mengambil atau belajar ilmu secara langsung di hadapan guru. ia juga disebut
sebagai mushafahah (lisan). 3 Cara penerimaan hadis yang paling tinggi darjatnya dengan guru membacakan hadis
kepada murid. 4 Cara penyampaian hadis dengan murid membaca di hadapan guru untuk
diriwayatkannya. 5Kebenaran bagi seseorang meriwayatkan sesuatu hadis atau kitab hadis dengan izin
atau autoriti daripada seseorang guru tanpa pembacaan di hadapannya. 6 Sanad pada asalnya merupakan senarai perawi hadis yang juga dikenali dengan rijal
hadis. Sanad yang dimaksudkan dalam pendefinisian TB dalam kajian ini ialah senarai
rijal yang merangkap perawi atau juga disebut guru (syeikh) yang boleh ditemui
nama-nama mereka yang ‘tersimpan’ dalam karya-karya al-thabat. Pra-kemuncak
silsilah ini bersambungan sehingga kepada pengarang kitab-kitab turath muktabar
dunia Islam termasuk al-kutub al-sittah. 7 Proses penerimaan dan pengambilan periwayatan ilmu secara umum atau hadis
secara khusus. Ianya diaplikasikan menerusi salah satu daripada lapan metode iaitu al-
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
4
wa al-ada’8. Ini adalah kerana metode al-sama
c, al-qira’ah dan al-
ijazah yang diaplikasikan bagi tujuan penyambungan sanad tersebut
merupakan tiga metode al-tahammul hadis Rasulullah s.a.w. yang asal.
Ketiga-tiga metode masih diadaptasikan sehingga kini bagi
meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang sudah dibukukan.
Dengan erti kata lain, pengambilan sanad yang bersambungan kepada
kitab-kitab hadis induk seperti Sahih al-Bukhari mengaplikasikan
mekanisme yang sama sebagaimana penyambungan sanad hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. pada zaman riwayat. Justeru frasa aplikasi yang
menunjukkan proses seperti al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah ketara
direkodkan antara rijal demi rijal yang terdapat pada silsilah sanad
kitab hadis seperti yang ditemui dalam karya al-thabat yang merupakan
sejenis kitab yang merekodkan sanad-sanad bagi kitab-kitab yang
dibacakan atau didengari oleh pengarang di hadapan para gurunya. Al-
Thabat juga pada asalnya merupakan kumpulan al-ijazat yang
diperolehi oleh seseorang penuntut ilmu daripada para guru bagi
meriwayatkan kitab-kitab hadis. Al-Thabat juga dinamakan dengan
beberapa istilah lain iaitu al-mashyakhah9, al-ma
cajim10, al-fahrasah11,
al-barnamaj12, al-musalsalat13 dan al-awa’il14.
sama
c, al-qira’ah, al-ijazah, al-munawalah, al-i
clam, al-wasiyyah dan al-wijadah
sebagaimana dalam disiplin pengajian hadis. 8 Penyampaian dalam proses periwayatan bersanad bagi sesuatu ilmu, hadis, atau
kitab selari dengan metode al-tahammul yang diaplikasikan. 9 Kitab yang mendaftarkan nama para guru yang merangkumi kitab-kitab atau hadis-
hadis yang ditalaqqikan yang bersambungan sanad mereka hingga kepada para
pengarang kitab atau hadis tersebut. 10
Karya yang menyusun nama para guru berdasarkan tertib huruf mucjam.
11 Istilah ilmuan di sebelah barat bagi kitab al-mashyakhah.
12 Istilah ilmuan Andalus bagi kitab al-mashyakhah.
13 Himpunan hadis al-musalsal iaitu membawa atau memperturunkan sesuatu keadaan
atau sifat yang sama daripada seorang perawi kepada seorang perawi, sama ada sifat
tersebut pada perawi atau sanad, sama ada ia berbentuk cara penyampaian hadis atau
berkaitan dengan waktu atau tempat penyampaiannya. Begitu juga sama ada sifat dan
keadaan perawi itu berbentuk kata-kata atau perbuatan. 14
Kitab yang menyusun hadis-hadis awalan daripada kitab-kitab hadis yang muktabar
seperti hadis pertama Sahih al-Bukhari dan lain-lain. Ia merupakan kitab perantara
bagi memudahkan pembacaan murid di hadapan guru bertujuan untuk memohon
pengijazahan daripadanya. Menerusi kitab al-awa’il, murid hanya membaca hadis
terawal bagi setiap kitab-kitab tersebut dan bakinya diijazahkan oleh guru.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
5
Aplikasi Talaqqi Bersanad (TB) Sahih al-Bukhari dalam Karya
al-Thabat Ibn Hajar al-cAsqalani
Tokoh hadis terkemuka iaitu Ibn Hajar al-cAsqalani (m.852H/1448M)
telah bertanggungjawab mendokumentasikan aplikasi TB beliau
terhadap kitab hadis Sahih al-Bukhari dalam karya thabatnya iaitu al-
Majmac al-Mu’assis li al-Mu
cjam al-Mufahras. Aplikasi TB beliau
kemudiannya membentuk rangkaian perawi yang menjadi titik
pertemuan utama bagi kebanyakan saluran silsilah sanad kepada kitab
Sahih al-Bukhari. Dengan erti kata lain, kebanyakan saluran sanad
kepada kitab Sahih al-Bukhari ditemui bersambung menerusi Ibn Hajar
al-cAsqalani (m.852H/1448M) dan silsilah rijalnya sehingga sampai
kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M). Berikut dipaparkan petikan
silsilah sanad kepada kitab Sahih al-Bukhari Ibn Hajar al-cAsqalani
(m.852H/1448M) tersebut bagi mewakili contoh-contoh aplikasi TB
al-kutub al-sittah dalam karya al-thabat. Ibn Hajar al-cAsqalani
(m.852H/1448M) menerusi guru riwayatnya Ibrahim bin Ahmad ibn cAbd al-Wahid bin
cAbd al-Mu’min bin Kamil bin Sa
cid bin
cUlwan
al-Tanukhi (m.800H/1398M).15 menyatakan bahawa (Ibn Hajar
al-cAsqalani 1992):
”Saya telah mendengar (مسعت) di hadapan syeikh tersebut
keseluruhan Sahih al-Bukhari menerusi pendengaran
beliau ke atas (بسماعه له) Abu al-cAbbas Ahmad bin
cAbu
Talib bin Abu al-Nicam al-Hajjar
16 (m.730H/1330M),
telah berkata bahawa telah mengkhabarkan kepada kami
Abu (أخربان)cAbd Allah al-Hussayn bin al-Mubarak
al-Zabidi (m.631H/1234M)17 secara pendengaran (مساعا)
15
Beliau merupakan al-musnid al-hafiz al-kabir. Terdapat empat kitab sanad yang
dihubungkan dengan beliau antaranya al-Mucjam al-kabir li al-hafiz al-shami yang
disusun oleh muridnya Ibn Hajar al-cAsqalani. Kitab ini mengandungi lebih daripada
500 orang guru al-samac dan al-ijazah bagi tokoh ini (al-Mar
cashli 2002).
16 Beliau digelar musnid al-dunya dan pernah melakukan pembacaan bagi periwayatan
hadis Sahih al-Bukhari sebanyak 70 kali. Terdapat dua kitab sanad yang dihubungkan
dengan beliau. Salah satunya ialah al-Intisar Li samac al-Hajjar yang disusun oleh
Shams al-Din Muhammad bin cAbd Allah bin Muhammad Ibn Nasir al-Din
al-Dimashqi (m.842H/1438M) yang menjadi sumber kesahihan pendengaran al-Hajjar
(m.730H/1330M) bagi kitab Sahih al-Bukhari (al-Marcashli 2002).
17 Beliau ialah Siraj al-Din Abu
cAbd Allah al-Husayn bin Abu Bakr al-Mubarak bin
Muhammad bin Yahya al-Rabaci al-Zabidi (m.631H/1234M). Merupakan shaykh
al-imam dan musnid Sham (al-Marcashli 2002 al-Fasi, 1990).
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
6
dan Abu al-Munajja ibn al-Latti (m.635H1238M)18
secara ijazah mushafah dan Abu al-Hasan Muhammad
bin Ahmad bin cUmar al-Qutay
ci (m.634H/1237M)19 dan
Abu al-Hasan cAli bin Abu Bakr bin Ruzabah al-Qalanisi
(m.633H/1236M)20 secara ijazah mukatabah daripada
keduanya, telah berkata keempat-empat guru tersebut
telah mengkhabarkan kepada kami (أخربان) Abu al-Waqt cAbd al-Awwal bin
cIsa (m.553H/1139)21 secara
pendengaran di hadapannnya (مساعا عليه) bagi kesemuanya
kecuali Ibn al-Latti (m.635H1238M) di mana beliau
berkata bahawa daripada bab ghayr al-nisa’ sehingga
akhir kitab secara pendengaran (مساعا) dan bakinya secara
ijazah, telah berkata bahawa telah mengkhabarkan
kepada kami (أخربان) Abu al-Hasan cAbd al-Rahman bin
Muhammad bin al-Muzaffar al-Dawudi
(m.467H/1075M),22 telah berkata bahawa telah
mengkhabarkan (أخربان) Abu Muhammad cAbd Allah bin
Ahmad bin Hammawayh al-Sarakhsi (m.381H/991M)23
telah berkata bahawa telah mengkhabarkan kepada kami
Abu (أخربان)cAbd Allah Muhammad bin Yusuf bin Matar
bin Salih al-Firabri (m.320H/932M)24 telah berkata
18
Beliau adalah al-Waqt Abu al-Munajja cAbd Allah bin
cUmar bin
cAli bin
cUmar bin
Zayd ibn al-Latti (m.635H/1238M) dan merupakan musnid yang berumur panjang
pada zamannya (al-Marcashli 2002 al-Fasi, 1990).
19 Beliau ialah Abu al-Hasan Muhammad bin Ahmad bin
cUmar bin Khalaf bin
Husayn al-Qutayci al-Bagdadi ( al-Fasi 1990).
20 Beliau ialah Abu al-Hasan
cAli bin Abu Bakr bin Ruzabah al-Bagdadi al-Qalanisi
(m.633H/1236M) ( al-Fasi1990) 21
Beliau ialah Abu al-Waqt cAbd al-Awwal bin
cIsa bin Shu
cayb al-Sajazi (Ibn Hajar
al-cAsqalani1992).
22 Beliau ialah jamal al-Islam shaykh Khurasan Abu al-Hasan
cAbd al-Rahman bin
Muhammad bin Muhammad bin al-Mazfar al-Dawudi al-Bushanji (al-Hanbali t.th.) 23
Beliau merupakan musnid Khurasan Abu Muhammad cAbd Allah bin Ahmad bin
Hammawayh al-Sarakhsi, merupakan perawi Sahih al-Bukhari (Ibn Hajar al-cAsqalani
1992). 24
Beliau ialah al-Imam Abu cAbd Allah Muhammad bin Yusuf bin Matar bin Salih
al-Firabri, merupakan perawi Sahih al-Bukhari ( Ibn Hajar al-cAsqalani 1992).
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
7
bahawa telah mengkhabarkan kepada kami (أخربان) Imam
al-Bukhari (m.256H-870M).”25
Frasa-frasa yang digariskan dalam rangkaian silsilah sanad
Sahih al-Bukhari sebagaimana petikan di atas telah menterjemahkan
aplikasi al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah. Ini menunjukkan ketiga-tiga
metode ini merupakan metode utama bagi konsep TB dalam pengajian
hadis Sahih al-Bukhari khususnya dan al-kutub al-sittah umumnya.
Namun dalam perspektif perlaksanaan terdapat dua model aplikasi TB
terhadap kitab Sahih al-Bukhari iaitu kaedah al-sard 26 dan kaedah
al-hall wa al-bahth.
Kaedah al-Hall wa al-Bahth (ulas dan kaji)
Al-Hall daripada sudut bahasa merupakan kata terbitan daripada kata
dasar halla. Ia boleh diertikan dengan beberapa maksud iaitu
menerangkan masalah, keterangan atau huraian (Kamus Idris
al-Marbawi 1990), jawapan atau menyediakan jawapan (Al-Mawrid
1999) dan fakka iaitu melepaskan (Munjid al-Tullab 1986). Manakala
al-bahth pula daripada sudut bahasa adalah merupakan kata terbitan
daripada kata dasar bahatha. Ia boleh diertikan dengan beberapa
maksud iaitu memeriksa atau menyelidik sesuatu (Kamus Idris
al-Marbawi 1990), darasa iaitu mengkaji atau diskusi sesuatu
(al-Mawrid 1999) dan mencurahkan sesuatu usaha yang bersungguh-
sungguh untuk memahami sesuatu perkara serta mengumpul kesemua
masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan perkara tersebut
(al-Mucjam al-wasit t.th). Seterusnya kaedah al-hall wa al-bahth
daripada sudut istilah ilmu hadis merupakan kaedah pembacaan hadis
demi hadis yang disusuli dengan kupasan secara sederhana berkaitan
beberapa aspek seperti huraian lafaz hadis yang gharib, kefahaman teks
dan pengenalan nama-nama rijal sanad yang terdapat dalam teks
bacaan.
25
Imam al-Bukhari (194H-256H/810M-870M) atau nama lengkapnya Abu cAbd Allah
Muhammad bin Ismacil bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju
cfi. Beliau
merupakan penyusun Sahih al-Bukhari. Beliau digelar shaykh al-Islam dan imam
al-huffaz (al-Dhahabi 1998). 26
Pembacaan hadis daripada sesuatu kitab hadis secara terus menerus oleh guru atau
murid yang ditugaskan memperdengarkan bacaan tersebut. Hadis-hadis tersebut
dibaca satu persatu tanpa diselangi kupasan daripada aspek bahasa, kefahaman teks
atau pengenalan nama-nama rijal yang terkandung dalam teks bacaan tersebut.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
8
Kaedah al-hall wa al-bahth kebiasaannya diaplikasi dalam
kalangan penuntut ilmu peringkat awalan dan pertengahan. Ini adalah
kerana ia membantu membawa kefahaman dan menjelaskan
kemusykilan terhadap hadis yang dibacakan. Bagi tujuan tersebut,
pembacaan biasanya disertai dengan perbahasan dengan merujuk
kepada buku-buku syarah hadis tertentu (al-Qannawji 1985, Glosari
hadith 1996). Misalnya al-Fullani (m.1218H/1803M) menjelaskan
dalam karya thabatnya bahawa beliau membaca Sahih al-Bukhari
bersama gurunya menerusi kaedah al-hall wa al-bahth hadis-hadisnya
berdasarkan enam kitab rujukan antaranya Irshad al-Sari oleh
al-Qastallani (m.923H/1517M) dan Fath al-Bari Sharh Sahih
al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-cAsqalani (m.852H/1448M) (al-Fullani
1984).
Penerokaan lapangan di Malaysia mendapati sampel kes yang
menepati kaedah al-hall wa al-bahth ialah Pengajian Sahih al-Bukhari
Miftahul Ulum27
yang melibatkan dua partisipan iaitu Maulana Hamid
(MH) dan Maulana Mansor (MM). Kedua-dua partisipan dikenal pasti
mengaplikasikan al-samac dan al-qiraah terhadap hadis-hadis Sahih
al-Bukhari secara al-hall wa al-bahth dan menerima pengijazahan
sanad kitab tersebut daripada guru masing-masing sebelum kedua-
duanya berkelayakan merealisasikan kaedah yang sama dengan para
murid Miftahul Ulum. Kebolehpercayaan kedua-dua proses tersebut
direalisasikan berdasarkan pendetailan maklumat yang disokong dengan
dokumen sanad madrasah, sijil syahadah madrasah dan transkrip
peperiksaan madrasah.
27
Miftahul Ulum , Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur merupakan salah sebuah
institusi pengajian Islam yang telah beroperasi hampir lapan belas tahun bermula
tahun 1995 sehingga kini. Madrasah ini terletak dalam kawasan Masjid Jamek Bandar
Baru Seri Petaling dan telah berjaya mengeluarkan lebih daripada 200 orang graduan
hafiz al-Quran, ulama dan pendakwah yang berkhidmat untuk agama, negara dan umat
Islam seluruhnya. Visi madrasah ialah untuk melahirkan ulama pendakwah yang
berketrampilan, berwibawa dan bertakwa yang mampu menyumbang ke arah
pembangunan seluruh umat. Antara matlamat madrasah ialah menerapkan ilmu serta
bimbingan dan tarbiah mengikut kefahaman Ahli sunnah wa al-Jamaah yang
berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Terdapat empat jurusan pengajian yang
ditawarkan oleh madrasah iaitu Pengajian Tahfiz al-Quran, Pengajian Syahadah al-
Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Alim) dan Pengajian Tajwid wal al-Qira’at.
Lihat juga Mohd. Army b. Yusup. 2011. Pengajian hadis di Madrasah Miftahul Ulum,
Sri Petaling, KL. Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya. Hlm. 33-81.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
9
Berikutan itu, kedua-dua partisipan terbabit dapat dibuktikan
sebagai guru al-musnid yang berpengalaman mengaplikasi TB terhadap
Sahih al-Bukhari secara al-hall wa al-bahth pada peringkat tahammul
iaitu dengan guru masing-masing sebelum berkelayakan
mengaplikasikannya semula di peringkat al-ada’ iaitu dengan para
murid Miftahul Ulum. Kelayakan ini dilihat penting bagi menentukan
implikasi persambungan silsilah sanad kepada penyusun Sahih al-
Bukhari yang merupakan tujuan umum aplikasi TB adalah menepati
proses yang sepatutnya seperti yang dikehendaki dalam disiplin riwayat
dan sanad. Ini adalah kerana seseorang hanya berkelayakan
mengijazahkan silsilah sanad kitab hadis bertepatan dengan kaedah
yang diterima daripada guru bagi mengekalkan silsilah tersebut agar
tidak putus.
Dengan erti kata lain, penemuan turut menjurus kepada
pengesahan kelayakan al-tahammul kedua-dua partisipan sebagai
seseorang yang memperolehi sanad kitab Sahih al-Bukhari menerusi
aplikasi TB iaitu al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah terhadap kitab
tersebut secara al-hall wa al-bahth daripada guru yang berstatus
al-musnid atau bersilsilah. Manakala kegiatan para partisipan
meriwayatkan hadis-hadis Sahih al-Bukhari kepada murid menerusi
pendekatan yang sama iaitu metode al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah
secara al-hall wa al-bahth dengan menyebut dan mengemukakan
senarai sanad melalui guru sehingga sampai kepada penyusun kitab
tersebut menjadikan partisipan juga sebagai al-musnid. Manifestasi
aplikasi TB secara al-hall wa al-bahth terhadap Sahih al-Bukhari
tersebut dikukuhkan lagi menerusi penemuan dokumen sijil sanad kitab
tersebut yang dikeluarkan dengan berperantarakan nama-nama
kedua-dua partisipan terbabit sehingga sampai kepada Imam al-Bukhari
(m.256H/870M).
Aplikasi TB Sahih al-Bukhari Secara Kaedah al-Hall wa al-Bahth
Miftahul Ulum, Malaysia
Miftahul Ulum merupakan institusi pendidikan di Malaysia yang
bertaraf madrasah. Madrasah ini mengeluarkan sijil syahadah dalam
bidang pengajian Islam dan bahasa Arab bagi para murid yang berjaya
menamatkan pengajian tersebut selama lapan tahun. Jurusan pengajian
Islam dan bahasa Arab atau juga dikenali dengan kelas ‘alim’ yang
ditawarkan tersebut adalah mengikuti manhaj pengajian Deoband iaitu
khususnya dalam memperkenalkan pengajian yang dikenali dengan
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
10
dawrah hadis al-kutub al-sittah dan lain-lain lagi kitab hadis terpilih.
Pengajian kitab-kitab hadis dalam dawrah tersebut berteraskan
pembelajaran secara bersanad. Dawrah hadis ini layak diikuti oleh
murid tahun akhir madrasah iaitu tahun ke tujuh dan ke lapan pengajian.
Ianya buat pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2002. Sehingga
2010, pihak madrasah telah berjaya mengeluarkan 124 orang graduan
dawrah hadis (Maulana Hamid 2012).
Menurut MH, semua al-kutub al-sittah adalah dipelajari
sehingga khatam keseluruhannya kecuali Sunan Ibn Majah dan Sunan
al-Nasa’i. Kitab Sahih al-Bukhari yang digunakan oleh madrasah ialah
yang diterbitkan oleh Qadimi Kutub Khanah, Karachi, Pakistan. Kitab
ini dicetak bersama hawashi oleh al-shaykh al-muhaddith Ahmad cAli
Saharanfuri (m.1297H/1879M), Hashiyyah oleh Imam Abu al-Hasan al-
Sindi (m.1138H/1725M) dan al-Abwab wa al-Tarajim oleh al-Shah
Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H/1762M). Kandungan Sahih
al-Bukhari terbitan ini merupakan himpunan atau susunan khusus oleh
para guru Universiti al-Rashid Karachi, Pakistan. Cetakan ini
merupakan kitab Sahih al-Bukhari yang digunakan di merata-rata
madrasah di benua India-Pakistan seperti Darul Ulum Deoband, Darul
Ulum Faisal Abad dan Jamicah Ahsanul Ulum. Cetakan Sahih
al-Bukhari ini terbahagi kepada dua jilid. Berikutan faktor tersebut
Miftahul Ulum menetapkan MH sebagai tenaga pengajar Sahih
al-Bukhari jilid satu dan MM sebagai tenaga pengajar Sahih al-Bukhari
jilid dua (Maulana Hamid 2012).
Penjadualan dan Pengkhataman Sahih al-Bukhari Maulana
Hamid dan Maulana Mansor dengan Murid Miftahul Ulum
Kelas-kelas Sahih al-Bukhari (jilid satu) MH untuk murid tahun ketujuh
telah dijadualkan sebanyak enam kali pertemuan seminggu yang
mengambil masa empat jam setengah minit. Manakala kelas-kelas
Sahih al-Bukhari (jilid satu) MH untuk murid tahun kelapan telah
dijadualkan sebanyak tujuh kali pertemuan seminggu yang mengambil
masa lima jam setengah minit. Penjadualan MH dalam tempoh
seminggu tersebut adalah sama dengan penjadualan MM untuk kelas-
kelas Sahih al-Bukhari (jilid dua) bagi murid yang sama iaitu tahun
ketujuh dan tahun kelapan.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
11
Menerusi penjadualan tersebut, aplikasi al-samac dan al-qira’ah
terhadap kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari tersebut mampu dikhatamkan
sekalipun kebanyakan daripada hadis-hadis tersebut turut dikupas dan
disyarahkan secara sederhana. Menurut MH, secara keseluruhannya
tempoh pengkhataman kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari ini telah
dijadualkan selama dua tahun atau lebih tepat lagi 20 bulan. Majlis
pengkhataman dan pengijazahan sanad kitab ini lazimnya diadakan
pada bulan Rejab setiap tahun. Sehingga kajian ini dilakukan, sebanyak
sembilan kali majlis pengkhataman berjaya diadakan bermula tahun
2003.
Jadual 1.1 Ringkasan jadual mingguan Sahih al-Bukhari jilid satu dan
Sahih al-Bukhari jilid dua Miftahul Ulum
Murid Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Durasi
Sahih al-Bukhari Jilid Satu MH
Tahun 7 7.00-7.45pg 7.00-7.45pg 7.00-
7.45pg
11.00-11.45 pg 11.00-11.45 pg
11.00- 11.45 pg
4 jam
0.5
minit
5 jam
0.5
minit
Tahun 8
11.00-
11.45 pg
10.00-
10.45pg
& 11-
11.45pg
11.00-
11.45 pg
2.30-3.15 ptg 2.30-3.15 ptg
2.30-3.15 ptg
Sahih al-Bukhari Jilid Dua MM
Tahun 7
11.00-11.45pg11.00-11.45pg 11.00-
11.45 pg
10-10.45pg 10-10.45pg
10-10.45pg
4 jam
0.5
minit
5 jam
0.5
minit
Tahun 8
2.30-3.15ptg 2.30-
3.15ptg
10.00-
10.45pg
& 2.30-
3.15ptg
4.30-5.15ptg 4.30-5.15ptg
4.30-5.15ptg
Kaedah al-Hall wa al-Bahth Sahih al-Bukhari Maulana Hamid dan
Maulana Mansor dengan Murid Miftahul Ulum
Menurut MH kaedah beliau mengajar Sahih al-Bukhari jilid satu
dengan muridnya adalah sama dengan kaedah gurunya kecuali
penerangan yang diberikan oleh gurunya sudah tentu lebih detail
berbanding penerangan beliau. Hal ini berdasarkan faktor gurunya;
Muhammad Zarif disifatkan oleh MH sebagai lebih berpengalaman.
Antara tema-tema penerangan yang lazim dikupas atau disyarah oleh
MH ialah perbezaan fiqah dan kefahaman makna hadis selaras dengan
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
12
kehendak sesuatu hadis. Dalam konteks kitab rujukan, MH menjelaskan
beliau menggunakan kitab-kitab syarah Sahih al-Bukhari antaranya
Fath al-Bari, Lamic al-Darari dan Kashf al-Bari (Maulana Hamid
2012). Menurut MM kaedah pengajian Sahih al-Bukhari jilid dua beliau
lebih kurang sama dengan MH (Maulana Mansor 2012). Setakat
informasi yang diberikan, aplikasi al-samac dan al-qira’ah terhadap
Sahih al-Bukhari oleh MH dan MM adalah menepati kaedah al-hall wa
al-bahth iaitu dalam aspek kupasan dan syarahan hadis dengan
penggunaan kitab-kitab syarah sebagai sandaran rujukan. Ianya
sebagaimana yang diutarakan oleh Siddiq Hasan al-Qannawji (1985).
Seterusnya kriteria al-hall wa al-bahth semakin jelas apabila MH dan
MM menyatakan bahawa para murid akan mengikuti peperiksaan
terhadap hadis-hadis daripada kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari
tersebut iaitu sebanyak dua kali setahun. Peperiksaan ini menunjukkan
aplikasi al-samac dan al-qira’ah adalah bertujuan untuk memahami
hadis-hadis tersebut. Menurut Siddiq Hasan al-Qannawji (1985),
penekanan kefahaman terhadap hadis-hadis yang dibacakan merupakan
kriteria kaedah al-hall wa al-bahth.
Jadual 1.2 Contoh soalan al-Hall wa al-Bahth MH dan MM
Soalan Peperiksaan Sahih al-Bukhari
.1 اذكر عشرة من أتويالت العلماء يف عدم ذكر اإلمام اخلطبة املسنونة كعادة املصنفني
.2 اكتب حبث معلق صحيح البخاري وقول ابن حجر يف زايدة اإلميان ونقصانه.
.3 هذا احلديث حتت ترمجة ابب من تكفل عن ميت دينا فليس له أن يرجع بني وجه دخول
.4 اذكر مذاهب العلماء يف إجناز العدة على النيب صلى هللا عليه وسلم
قد استشكل قي قوله "غزوة حمارب خصفة من بين ثعلبة من غطفان" ادفع اشكال ابألجوبة اليت عندك كما درست.
5.
Kaedah al-hall wa al-bahth turut membawa implikasi
persambungan sanad jika ianya diaplikasikan oleh seseorang murid di
hadapan seseorang al-musnid. Persambungan ini diiktiraf kerana ia
secara umumnya menepati aturan dua metode al-tahammul iaitu
al-samac dan al-qira’ah. Kenyataan ini semakin relevan apabila MH
dan MM menjelaskan bahawa para murid bersama rakan-rakan sekelas
telah diberi giliran bagi membacakan hadis-hadis kedua-dua jilid Sahih
al-Bukhari tersebut. Penggiliran tugasan antara al-samac dan al-qira’ah
terhadap hadis-hadis tersebut berlaku hampir sama rata. Dalam konteks
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
13
al-ada’, para murid MH dan MM dapat menjelaskan proses ini dengan
frasa qara’tu calayh apabila salah seorang daripada kalangan mereka
membaca sendiri hadis atau quria calayh wa ana asma
c apabila rakan
yang membaca hadis sambil mereka mendengar. MH dan MM juga
adakalanya membacakan hadis-hadis tersebut yang mana proses ini
boleh disampaikan kembali oleh para murid dengan frasa samct atau
lebih tepat haddathana atau akhbarana. Frasa-frasa ini pada dasarnya
tidak berhak digunapakai oleh seseorang yang tidak mengikuti proses
tersebut secara langsung dengan guru dan rakan-rakan sama ada dengan
kaedah al-sard atau al-hall wa al-bahth.
Pengijazahan Sanad Sahih al-Bukhari Maulana Hamid dan
Maulana Mansor dengan Murid Miftahul Ulum
Menurut MH pengijazahan sanad Sahih al-Bukhari secara lisan iaitu
dengan membaca sanad-sanad beliau sehingga kepada Imam
al-Bukhari (m.256H/870M) dilakukan secara mutlak dalam kelas
terawal kitab tersebut. Aplikasi pengijazahan sanad Sahih al-Bukhari
pada permulaan kelas bertujuan supaya sesi al-samac dan al-qira’ah
dapat dilakukan secara bersambungan sanadnya hingga kepada Imam
al-Bukhari (m.256H/870M) daripada awal langkah lagi. Lazimnya
praktis ini diterjemahkan menerusi lafaz berikut (Maulana Hamid
2012):
بسندك املتصل إىل البخاري قال ابب كيف كان بدء الوحيMaksudnya:
“Dengan sanad engkau (MH) yang bersambung kepada
Imam al-Bukhari, beliau berkata: Bab bagaimana
bermulanya permulaan (turunnya) wahyu…”
Lafaz ini diungkapkan oleh murid pertama yang ditugaskan
memulakan metode al-qira’ah terhadap hadis dalam Sahih al-Bukhari
bagi setiap kali sesi kelas dimulakan. Kemudian diikuti dengan lafaz
qal bih yang diungkapkan secara bergilir-gilir oleh setiap murid yang
seterusnya sebelum menyambung sesuatu bacaan hadis. MM juga
mempraktikkan hal yang sama dalam kelas Sahih al-Bukhari (jilid dua).
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
14
Menurut MH, dokumen sanad kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari
tersebut diserahkan kepada para murid dalam sesi majlis pengkhataman
kitab yang diadakan secara tahunan. Dokumen ini dikenali dengan
ijazah sanad al-Bukhari yang tertera silsilah lengkap kedua-dua jilid
Sahih al-Bukhari. Silsilah tersebut bermula dengan nama murid, diikuti
nama MH dan MM serta kedua-dua guru mereka bertalian sehingga
sampai kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M) yang kemuncaknya
bertaut kepada Rasulullah s.a.w. (Maulana Hamid). Dokumen ini turut
merekodkan proses aplikasi al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah terhadap
Sahih al-Bukhari sebagaimana frasa-frasa berikut.
قد قرأ علينا وقرأان عليه وتعلم منا صحيح البخاري بسند متصل منا . فأجزانه أن s.a.wإىل اإلمام البخاري ومنه إىل احلبيب املصطفى
يقرأ ويقرئ Maksudnya:
“Beliau (murid) telah membaca di hadapan kami dan
kami juga telah membaca di hadapannya dan beliau telah
mempelajari daripada kami Sahih al-Bukhari dengan
sanad yang bersambung daripada kami hingga kepada
Imam al-Bukhari dan daripada beliau pula bersambung
hingga kepada kekasih yang terpilih s.a.w. lalu kami
mengijazahkan kepadanya agar membaca dan dibaca di
hadapannya…”
Kedua-dua langkah pengijazahan iaitu lisan dan tulisan
sebagaimana penjelasan di atas adalah menepati dua kaedah yang lazim
dipraktiskan dalam metode al-ijazah. Manakala nama murid selaku al-
mujaz lah, nama beserta tanda tangan MH dan MM selaku al-mujiz,
nama kitab Sahih al-Bukhari sebagai al-mujaz bih serta lafaz
pengijazahan yang kesemuanya ditentukan serta direkodkan secara
spesifik pada ijazah sanad al-Bukhari tersebut. Faktor ini menjadikan
kualiti al-ijazah yang diberikan bertaraf ijazah mucayyan li mu
cayyan
Dengan erti kata lain, al-ijazah ini merupakan ijazah khusus yang
hanya diberikan kepada murid yang berjaya menamatkan pengajian
kedua-dua jilid Sahih al-Bukhari tersebut secara al-samac dan al-
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
15
qira’ah di hadapan MH dan MM serta melepasi peperiksaan akhir
dawrah hadis.
Ijazah sanad al-Bukhari ini berfungsi sebagai penyaksian
terhadap kebolehpercayaan aplikasi TB terhadap kitab tersebut oleh
para murid Miftahul Ulum dan serentak menyambung sanad dengan
kedua-dua guru tersebut. Aplikasi sebegini adalah selaras dengan
pandangan al-Suyuti (2000) tentang fungsi al-ijazah daripada seseorang
al-mujiz. Ia merupakan penyaksian seseorang al-mujiz ke atas
kelayakan seseorang al-mujaz lah terhadap perkara yang diijazahkan
tersebut.
Pematuhan Etika Riwayat: Adaptasi al-Tahammul wa al-Ada’
Seterusnya penemuan menunjukkan aplikasi TB terhadap Sahih
al-Bukhari secara al-hall wa al-bahth oleh MH dan MM dengan murid
adalah selaras dengan aplikasi TB terhadap Sahih al-Bukhari oleh
kedua-duanya dengan guru masing-masing. Terdapat aplikasi TB iaitu
al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah dalam kedua-dua peringkat aplikasi
tersebut sepertimana perbincangan sebelum ini. Oleh yang demikian
nama murid, nama MH dan nama MM berkelayakan diletakkan sebaris
dengan rangkaian silsilah sanad yang diijazahkan tersebut secara
bersambung menerusi metode yang diiktiraf bagi tujuan tersebut iaitu
ketiga-tiga metode tadi. Dengan erti kata lain, kebolehpercayaan
persambungan silsilah di antara kedua-dua peringkat tersebut adalah
boleh dipertanggungjawabkan kerana aplikasi TB berdasarkan ketiga-
tiga metode tersebut adalah mematuhi etika riwayat yang diadaptasikan
daripada disiplin al-tahammul wa al-ada'.
Justeru itu, sijil sanad Sahih al-Bukhari yang dikeluarkan oleh
MH dan MM adalah selaras dengan realiti proses TB yang
diaplikasikan menerusi pengajian kedua-dua jilid kitab tersebut dalam
dawrah hadis Miftahul Ulum. Kedudukan MH dan MM selaku
al-musnid dengan erti kata kedua-duanya dikenal pasti meriwayatkan
kitab Sahih al-Bukhari secara al-sama,c al-qira’ah dan al-ijazah
berdasarkan kaedah al-hall wa al-bahth telah membawa implikasi
persambungan silsilah sanad menerusi kedua-duanya. Silsilah sanad
MH dan MM ini adalah bertalian hingga kepada Imam al-Bukhari yang
secara kemuncaknya turut bertaut kepada Rasulullah s.a.w.. Silsilah
sanad ini yang diijazahkan kepada murid Miftahul Ulum yang berjaya
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
16
menamatkan serta mengikuti peperiksaan pengajian kedua-dua jilid
Sahih al-Bukhari di bawah bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung
oleh MH dan MM.
Kebolehpercayaan Kewujudan Silsilah Sanad Kitab Sahih
al-Bukhari Maulana Hamid dan Maulana Mansor dengan Murid
Miftahul Ulum
Secara umum, sumber asal silsilah sanad yang bersambungan sehingga
sampai kepada penyusun kitab Sahih al-Bukhari yang dikeluarkan oleh
MH dan MM ialah berdasarkan silsilah sanad madrasah yang menjadi
tempat kedua-duanya mengikuti pengajian masing-masing. Terdapat 24
rijal sanad di antara MH dan MM dengan Imam al-Bukhari
(m.256H/870M) yang boleh diklasifikasikan kepada tiga peringkat
berdasarkan tiga tokoh yang menjadi titik pertemuan persambungan
silsilah tersebut. Pada peringkat pertama, silsilah MH dan MM bertemu
dengan rijal yang ketiga iaitu al-Shaykh Anwar Shah al-Kashmiri
(m.1352H/1933M) sebagaimana rajah 1.1. Pada peringkat ini sumber
pengeluaran silsilah adalah berteraskan kepada dokumen sanad yang
dikeluarkan oleh kedua-dua madrasah yang menjadi tempat pengajian
Sahih al-Bukhari MH dan MM.
Sumber
Dokumen
silsilah sanad
Sahih al-
Bukhari Darul
Ulum
Faisalabad,
Pakistan.
Dokumen
silsilah sanad
Sahih al-
Bukhari
Jamicah
cArabiyyah
Ahsanul Ulum,
Karachi,
Pakistan
Kurun
15H
14H
Silsilah MH
1.1 Al-Shaykh
Muhammad
Zarif
2.1 Al-Shaykh cAbd al-Khaliq
Silsilah MM
1.2 Al-Shaykh
Muhammad
Zarwali Khan
2.2 Al-Shaykh
Yusuf
al-Binnuri
(m.1397/1977M)
Frasa
aplikasi TB
al-samac &
al-qira’ah
14H
3. Al-Shaykh Anwar Shah al-Kashmiri
(m.1352H/1933M)
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
17
Rajah 1.1 Silsilah MM dan MH kepada al-Shaykh Anwar Shah
al-Kashmiri
Peringkat kedua iaitu silsilah yang bertitik tolak daripada rijal
yang ketiga iaitu Anwar Shah al-Kashmiri sehingga rijal yang
kesepuluh iaitu al-Shaykh Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H/1762M)
sebagaimana rajah 1.2 Silsilah peringkat ini turut ditemui direkodkan
dalam karya al-thabat al-cAnaqid al-Ghaliyyah min al-Asanid al-
cAliyyah
yang disusun oleh
cAshiq al-Ilahi al-Barni (1988).
Sumber Kurun
Silsilah Rijal 3-10 Frasa aplikasi TB
Dokumen silsilah
sanad Sahih al-
Bukhari Darul Ulum
Faisalabad, Pakistan.
Dokumen silsilah
sanad Sahih al-
Bukhari Jamicah cArabiyyah Ahsanul
Ulum, Karachi,
Pakistan
Karya Thabat:
al-cAnaqid al-
Ghaliyyah min al-
Asanid al-cAliyyah
14H
13H
12H
3. Al-Shaykh Anwar Shah
al-Kashmiri (m.1352H/1933M)
4.Al-Shaykh Mahmud Hasan
al-Deobandi (m.1339H/1921M)
5. Al-Shaykh Muhammad
Qasim al-Nanutuwi
(m.1297/1880M) & 6. Al-
Shaykh Rashid Ahmad al-
Kankuhi (m.1323H/1905M)
7.Al-Shaykh cAbd al-Ghaniyy
al-Mujaddidi (m.1296H/1879M)
8. Al-Shaykh Abu Sulayman
Muhammad Ishaq al-Dihlawi
(m.1271H/1855M)
9.Al-Shaykh al-Shah cAbd
al-cAziz al-Dihlawi
(m.1239H/1824M)
10 .Al-Shaykh Waliyy Allah
al-Dihlawi (m.1174H/1762M)
al-samac & al-
qira’ah
Rajah 1.2 Silsilah rijal ketiga, Anwar Shah al-Kashmiri hingga
kepada rijal kesepuluh, al-Shaykh Waliyy Allah al-
Dihlawi
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
18
Peringkat ketiga pula iaitu silsilah rijal kesepuluh yang dimulai
dengan Shah Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H/1762M) hingga
sampai kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M) sebagaimana rajah
1.3 Silsilah peringkat ini turut ditemui dalam karya al-thabat al-cAnaqid
al-Ghaliyyah min al-Asanid al-cAliyyah
yang disusun oleh
cAshiq
al-Ilahi al-Barni (1988).
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
19
Sumber
Dokumen silsilah
sanad Sahih al-
Bukhari Jamicah cArabiyyah Ahsanul
Ulum, Karachi, Pakistan
Karya Thabat:
al-cAnaqid al-
Ghaliyyah min al-Asanid al-cAliyyah
al-Majmac al-
Mu’assis li Mucjam
al-Mufahris
Kurun
12H
11H
10H
9H
8H
7H
6H
5H
4H
3H
Silsilah Rijal 10-25
10. Shah Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1174H/1762M)
11. Abu Tahir Muhammad bin Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.1145H/1732M)
12. Ibrahim al-Kurdi al-Madani (m.1111H/1699M)
13. Ahmad bin Muhammad al-Qushashi (m.1071H/1661M)
14. Ahmad bin cAli bin cAbd al-Qudus al-
Shinnawi (m.1028H/1619M)
15. Shams al-Din Muhammad bin Ahmad bin
Hamzah al-Ramli (m.1004H/1596M)
16. Abu Yahya Zakariyya bin Muhammad al-
Ansari (m.926H/1520M)
17.Al-Hafiz Ibn Hajar al-cAsqalani(m.852H/1448M)
18. Al-Burhan Ibrahim al-Tanukhi
(m.800H/1398M)
19. Abu al-cAbbas Ahmad bin Abu Talib al-
Hajjar (m.730H/1330M)
20. Al-Siraj al-Hussayn bin al-Mubarak al-
Zabidi (m.631H/1234M)
21. Abu al-Waqt cAbd al-Awwal bin cIsa al-
Sajazi (m.553H/1158M)
22. Abu al-Hasan cAbd al-Rahman bin
Muhammad bin al-Muzaffar al-Dawudi
(m.467H/1075M)
23. Abu Muhammad cAbd Allah bin Ahmad al-
Sarakhsi (m.381H/991M)
24..Abu cAbd Allah Muhammad bin Yusuf al-
Firabri (m.320H/932M)
25. Muhammad bin Ismacil al-Bukhari
(m.256H/870M)
Frasa aplikasi
TB
Akhbarana,
qara’tu,can=
al-samac &
al-qira’ah
can= sama
cih
lah
(al-samac)
akhbarana=
samacan
calayh/ijazata
n
mushafahatan
(al-samac)&
(al-ijazah)
can=
akhbarana
(al-samac)
& (al-qira’ah)
akhbarana =
akhbarana
(al-samac)
& (al-qira’ah)
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
20
Rajah 1.3 Silsilah rijal kesepuluh, Shah Waliyy Allah kepada Imam al-
Bukhari
Seterusnya dalam konteks kajian, silsilah yang direkodkan oleh cAshiq al-Ilahi al-Barni (m.1424H/2004M) iaitu daripada rijal ke 17
hingga Imam al-Bukhari (m.256H/870M) sepertimana rajah 1.3 adalah
ditemui serupa dengan rekod silsilah yang tercatat dalam karya
al-thabat al-Majmac al-Mu’assis li Mu
cjam al-Mufahris oleh Ibn Hajar
al-cAsqalani (m.852H/1448M), karya al-thabat
cAbd Allah bin Salim
al-Basri (m.1134H/1712M) iaitu al-Imdad bi Macrifah
cUluyy al-Isnad
(al-Basri 2006). Penemuan ini menunjukkan bahawa silsilah pada
peringkat tersebut merupakan titik pertemuan utama bagi setiap saluran
sanad Sahih al-Bukhari tersebut. Silsilah ini didapati berlegar-legar
daripada kebanyakan sumber sehingga ditemui dalam rujukan asalnya
iaitu al-Majmacal-Mu’assis li Mu
cjam al-Mufahris. Karya ini dianggap
sebagai rujukan asal kerana ianya dikarang oleh rijal ke 17 tersebut
sendiri iaitu Ibn Hajar al-cAsqalani (m.852H/1448M).
Manakala secara keseluruhan silsilah sanad Sahih al-Bukhari
yang dikeluarkan oleh MH dan MM mempunyai sandaran lain yang
menyokong kewujudannya. Contohnya sumber karya al-thabat seperti
perbincangan di atas di samping dokumen sanad yang dikeluarkan oleh
pihak madrasah masing-masing kecuali silsilah peringkat pertama.
Justeru kebolehpercayaan terhadap silsilah dilihat semakin tinggi kerana
mempunyai asas perbandingan pengeluaran daripada sumber tertentu
berbanding hanya bergantung kepada dokumen sanad madrasah.
Seterusnya faktor kewibawaan dan ketokohan penyusun karya-
karya al-thabat terbabit turut tidak kurang berperanan melonjakkan
kebolehpercayaan terhadap kewujudan silsilah sanad yang
bersambungan di antara rijal-rijal ini. cAshiq al-Ilahi al-Barni
(m.1424H/2004M) dan tokoh sumber rujukan al-thabat beliau,
al-Shaykh al-Shah cAbd al-
cAziz al-Dihlawi (m.1239H/1824M)
merupakan al-musnid yang amat dikenali dalam bidang riwayat dan
sanad (al-Marcashli 2002). Dalam konteks kajian ini, karya al-thabat
cAshiq al-Ilahi al-Barni (m.1424H/2004M) berfungsi sebagai sumber
perbandingan silsilah sanad MH dan MM yang boleh disusurgalurkan
sehingga sampai kepada Imam al-Bukhari (m.256H/870M) secara
bersambungan. Ini juga bermakna silsilah sanad Sahih al-Bukhari asal
yang dikeluarkan oleh kedua-dua madrasah pengajian MH dan MM
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
21
didapati bukan disenaraikan tanpa sandaran apatah lagi hendak
dianggap sebagai rekaan.
Kebolehpercayaan Persambungan Silsilah Sanad Kepada Penyusun
Sahih al-Bukhari antara Maulana Hamid dan Maulana Mansor
dengan Murid Miftahul Ulum
Silsilah sanad sehingga sampai kepada penyusun kitab Sahih
al-Bukhari yang dikeluarkan oleh Miftahul Ulum adalah diterima secara
umumnya sebagai sanad yang bersambungan secara al-samac dan
al-qira’ah. Ini adalah kerana menurut MH dan MM, benua India-
Pakistan sedia terkenal dengan dawrah hadis al-kutub al-sittah di
merata-rata madrasah di sana. Guru-guru yang merangkap rijal silsilah
ini sedia dikenali secara masyhur mengajar dan belajar di antara satu
sama lain secara bersambungan. Biodata mereka juga dibukukan dan
tersebar di seluruh pelusuk India-Pakistan (Maulana Hamid 2012,
Maulana Mansor 2012).
Kenyataan sebelum ini semakin berasas apabila karya al-thabat
iaitu al-cAnaqid al-Ghaliyyah min al-Asanid al-
cAliyyah
yang menjadi
sumber perbandingan silsilah sanad tersebut, berkemampuan disusun
oleh cAshiq al-Ilahi al-Barni (m.1424H/2004M). Beliau berjaya
menyaring sanad al-kutub al-sittah para ilmuan India-Pakistan
khususnya yang berkhidmat di Darul Ulum Deoband dengan
bersandarkan sejumlah karya-karya al-thabat seperti al-cUjalah al-
Naficah karangan al-Shaykh al-Shah
cAbd al-
cAziz al-Dihlawi
(m.1239H/1824M) dan al-Yanic al-Jani fi Asanid al-Shaykh al-Shah
cAbd al-Ghaniyy karangan Muhammad bin Yahya al-Tarhuti
(m.1300H/1882M). c
Ashiq al-Ilahi al-Barni (m.1424H/2004M) juga
menukilkan bahawa al-Shaykh al-Shah cAbd al-
cAziz al-Dihlawi
(m.1239H/1824M) sebagaimana dalam al-cUjalah al-Nafi
cah
menyatakan bahawa silsilah sanad antara bapanya Shah Waliyy Allah
(m.1174H/1762M) sehingga Imam al-Bukhari (m.256H/870M) adalah
bersambungan secara al-samac dan al-qira’ah. Kenyataan beliau adalah
selaras dengan frasa-frasa yang dicatat di antara rijal tersebut seperti
yang diringkaskan dalam rajah 1.3 (al-Barni 1988).
Manakala biodata silsilah sanad peringkat kedua iaitu
sebagaimana rajah 1.2, turut memberi informasi aplikasi al-samac dan
al-qira’ah di antara para rijal tersebut adalah berlokasikan dawrah
hadis al-kutub al-sittah di Darul Ulum Deoband sebagaimana yang
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
22
dikemukakan oleh cAshiq al-Ilahi al-Barni (1988) dan al-Mar
cashli
(2002). Justeru kebolehpercayaan penyambungan silsilah sanad
peringkat ke dua ini iaitu secara aplikasi al-samac dan al-qira’ah juga
dilihat berasas. Namun paling kurang perbandingan tahun kewafatan di
antara rijal silsilah tersebut juga dapat menunjukkan persambungan
sanad di antara mereka. Ini adalah kerana ia dapat menentukan
kebolehpercayaan pertemuan adalah logik berdasarkan faktor hidup
sezaman. Selain itu, elemen seperti faktor kenegerian yang serupa atau
hubungan guru-murid berdasarkan rekod al-thabat, merupakan
pensabitan umum yang dapat menunjukkan kesahihan pertemuan di
antara rijal silsilah MH dan MM.
Secara teknikal, kegagalan MH menyatakan kelahiran dan
kewafatan Muhammad Zarif (rijal 1.1 dalam rajah I.I) serta guru
kepada gurunya tersebut iaitu al-Shaykh cAbd al-Khaliq (rijal 2.1 dalam
rajah I.I) menampakkan secara sepintas lalu penangguhan kesahan
terhadap aplikasi al-samac dan al-qira’ah di antara rijal tersebut.
Walaupun begitu dokumen sanad Sahih al-Bukhari Muhammad Zarif
yang dikeluarkan oleh Darul cUlum Faisalabad masih boleh menjadi
sumber persandaran persambungan sanad di antara mereka. Ini adalah
kerana menurut MH (2012), unsur seperti tadlis (pemalsuan guru)
seperti zaman dahulu tidak lagi timbul kerana tiada sebarang faedah pun
yang dapat diperolehi daripada perkara tersebut. Manakala pensabitan
berlakunya aplikasi TB dalam kalangan rijal tersebut ditentukan
menerusi frasa khusus yang digunakan di dalam merekodkan silsilah
sanad tersebut. Ianya sama ada menunjukkan al-samac, al-qira’ah atau
al-ijazah. Terdapat juga informasi tambahan seperti tahun dan lokasi
pertemuan, jumlah majlis, tarikh yang berperanan mengukuhkan
kebolehpercayaan persambungan sanad secara aplikasi TB di antara
guru dengan murid.
Penemuan menunjukkan secara keseluruhan terdapat 27 sesi
pertemuan sepanjang 15 kurun tersebut. Kesemuanya adalah disabitkan
sebagai benar berdasarkan elemen-elemen yang dinyatakan sebelum ini.
Menerusi catatan frasa aplikasi TB, terdapat dua sesi pertemuan
daripada keseluruhan 27 sesi tersebut yang telah mengaplikasikan TB
terhadap Sahih al-Bukhari secara al-qira’ah dan empat sesi pertemuan
lagi secara al-samac. Sementara bakinya iaitu 21 sesi pertemuan telah
mengaplikasikan TB terhadap kitab Sahih al-Bukhari secara kombinasi
iaitu sama ada antara al-sama
c dan al-qira’ah atau al-ijazah.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
23
Kesimpulan
Justeru metode al-samac, al-qira’ah dan al-ijazah merupakan
mekanisme persambungan sanad kepada penyusun kitab hadis yang
mematuhi etika riwayat dan sanad yang didisiplinkan dalam pengajian
hadis dalam konteks al-tahammul wa al-ada'. Persambungan sanad
berteraskanketiga-tiga metode merupakan mekanisme standard yang
tidak terjejas dengan faktor peredaran zaman tetapi disesuaikan
aplikasinya berdasarkan faktor tersebut. Contohnya sama ada
persambungan sanad kepada penyusun kitab hadis menerusi al-samac
dan al-qira’ah diaplikasikan secara al-sard atau al-hall wa al-bahth.
Manakala al-ijazah boleh diaplikaskan berdasarkan jenis-jenisnya yang
pelbagai seperti al-mucayyan li mu
cayyan iaitu jenis yang terbaik.
Malah dalam konteks al-tahammul, pengijazahan sanad Sahih
al-Bukhari secara pengkhataman al-samac, al-qira’ah dan disertai al-
ijazah sebagaimana yang dipraktiskan oleh partisipan meletakkan
teknik periwayatan sanad kitab ini adalah yang terbaik berbanding
periwayatan secara al-ijazah semata-mata.
Fakta di atas menjurus kepada implikasi ketidaksahan
perletakan nama sebaris dalam senarai sesuatu silsilah sanad kecuali
menerusi salah satu di antara tiga metode ini atau kombinasi
kesemuanya. Malah fakta ini juga selaras dengan pendirian Shah
Waliyy Allah al-Dihlawi (m.1176H/1762M) yang menegaskan bahawa
menyatakan kaedah tahammul yang menyambungkan hubungan antara
kita dengan hadis Rasulullah s.a.w. merupakan satu keperluan kerana
kita sememangnya tidak mendengar langsung daripada baginda s.a.w..
Oleh itu, pasti ada perantara yang menyambungkan kita dengan hadis
baginda s.a.w.. Justeru aplikasi TB telah mengadaptasi metode
tahammul bagi tujuan penyampaian dan penyebaran hadis secara
bersambungan antara kita sehingga kepada Rasulullah s.a.w. tersebut.
Dapatan kajian pada masa yang sama turut dapat mengukuhkan fakta
bahawa masih terdapat kepakaran dalam kalangan ilmuan tempatan
dalam mengaplikasikan pengajian hadis dalam metodnya yang asal iaitu
TB secara kaedah al-hall wa al-bahth di Malaysia.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
Farhah Zaidar Mohamed Ramli, Latifah Abdul Majid,
Mohd. Arif Nazri, Phayilah Yama
24
RUJUKAN
al-Barni, cAshiq al-Ilahi. 1988. Al-
cAnaqid al-ghaliyyah min al-asanid
al-caliyyah. Deoband: Maktabah Deoband.
Ibn Hajar al-cAsqalani, Ahmad bin
cAli. 1992. Al-Majma
c al-mu’assis li
al-mucjam al-mufahris. Tahqiq: Yusuf
cAbd al-Rahman al-
Marcashli. Jil. 1. Beirut: Dar al-Ma
crifah.
Ibn al-Solah, Abu cAmr
cUthman bin
cAbd al-Rahman al-Shaharzuri.
1986. cUlum al-hadith. Tahqiq: Nur al-Din
cItr. Damshiq: Dar
al-Fikr.
al-Dhahabi, Muhammad bin Ahmad. 1998. Kitab tadhkirat al-huffaz.
Jil. 2. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Fasi, Taqiyy al-Din Abu al-Tayyib Muhammad bin Ahmad. 1990.
Dhayl al-taqyid fi ruwat al-sunan wa al-masanid. Jil.1. Beirut:
Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Fullani, Imam Salih bin Muhammad. 1984. Qatf al-thamar fi rafc
asanid al-musannafat fi al-funun wa al-athar. Tahqiq: cAmir
Hasan Sabri. Jeddah: Dar al-Shuruq.
Glosari Hadith. 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Hanbali, Abu al-Falah cAbd al-Hayy bin al-
cImad. t.th. Shadharat al-
dhahab fi akhbar man dhahab. Jil.3. Beirut: al-Maktab al-Tijari.
Kamus Idris al-Marbawi. 1990. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
al-Marcashli, Yusuf
cAbd al-Rahman. 2002. Mu
cjam al-ma
cajim wa al-
mashyakhat wa al-faharis wa al-baramij wa al-athbat. 4 Jil.
Riyad: Maktabat al-Rushd.
Mawrid. 1999. Beirut: Dar al-cIlm li al-Malayiin.
Maulana Hamid. 2012. Sahih al-Bukhari dalam pengajian Miftahul
Ulum. Temu bual, 15 Februari.
Maulana Hamid. 2012. Interpretasi aplikasi TB. Temu bual, 21
Februari.
Maulana Mansor. 2012. Interpretasi aplikasi TB. Temu bual, 10 Mac.
Maulana Mansor. 2012. Faktor dorongan aplikasi TB. Temu bual, 10
Mac.
Mohd. Army b. Yusup. 2011. Pengajian hadis di madrasah Miftahul
Ulum, Sri Petaling, Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana, Jabatan al-
Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya.
al-Mucjam al-wasit. t.th. t.tp: t.pt.
Munjid al-tullab.1986. Beirut: Dar al-Mashriq.
JURNAL PENGAJIAN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN PERADABAN ISLAM
ISSN 1823-7126 BIL 9, ISU 1: 2016
25
al-Qannawji, Siddiq Hasan. 1985. Al-Hittah fi dhikr al-sihah al-sittah.
Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
al-Suyuti, Jalal al-Din bin cAbd al-Rahman bin Abi Bakr. 2000. Al-
Itqan fi culum al-Quran. Tahqiq: Muhammad Salim Hashim.
Jil.1. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah.
Penulis Utama:
Farhah Zaidar Mohamed Ramli
Pensyarah
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
No. Tel: 010-5148069 ([email protected])
Penulis Kedua:
Latifah Abdul Majid
Prof. Madya
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel: 012-2056702 ([email protected])
Penulis Ketiga:
Mohd Arif Nazri
Pensyarah Kanan
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Universiti Kebangsaan Malaysia
No. Tel: 0389213512
Penulis Keempat:
Phayilah Yama
Pensyarah
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
No. Tel: 016-2775776 ([email protected])