PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf ·...
Transcript of PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH …eprints.uthm.edu.my/9205/1/Nurhafiza_Hamzah.pdf ·...
PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM
DAKWAH DALAM KALANGAN PELAJAR DAN
PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
NURHAFIZA BINTI HAMZAH
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PENERIMAAN E-BUKU AGAMA SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DALAM
KALANGAN PELAJAR DAN PENSYARAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN
ONN MALAYSIA
NURHAFIZA BINTI HAMZAH
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Sains (Penyelidikan)
Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
OGOS 2016
iii
Untuk semua yang sentiasa memberi
semangat dan kekuatan, yang
mendoakan dan membantu dalam
setiap langkah perjalanan ilmu seorang
musafir…
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kepada Allah SWT atas nikmat ilmu, kesihatan dan kebahagiaan,
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kajian
ini dapat disempurnakan sebagai sebuah penyelidikan yang boleh memberikan
manfaat kepada orang lain. Semoga ilmu bermanfaat yang dikongsi ini merupakan
salah satu amalan yang akan mendapat pahala berterusan.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia yang dihormati
iaitu Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Hussain Othman kerana banyak memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan kajian ini. Begitu juga dengan mantan penyelia iaitu
Dr. Halimi Mohd. Khalid dan mantan pensyarah iaitu Dr. Zulkifli Aini yang turut
menabur ilmu sepanjang di bawah penyeliaannya. Tidak dilupakan juga titisan ilmu
yang dicurahkan oleh Dr. Noor Asyikin dan Dr. Saifullah yang membantu dalam
membuat analisis kajian. Buat Ketua Penerbit yang memahami iaitu Profesor Madya
Dr. Rozilah Kasim dan Dr. Sapiee Jamel, terima kasih sentiasa menyokong untuk
terus menuntut ilmu walau dalam keadaan yang sibuk dengan urusan seharian
pejabat. Tidak lupa juga teman-teman UTHM khususnya staf Pejabat Penerbit yang
memahami dan menyokong diri ini.
Buat kekasih, teman dan sahabat seperjuangan dalam pengajian sarjana iaitu
suami tercinta, Anuar Mustafha telah banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan
bersama-sama membantu penulis menjalankan kajian ini. Tidak lupa mak iaitu
Faridah Samsudin yang selalu memberi kekuatan, semangat dan tidak henti-henti
mendoakan anakanda ini. Buat anak-anak bonda yang tersayang, Alfateh Azuar,
Annur Azzahra dan Annur Azzyenab maafkan bonda andai ada ketika bonda
terpaksa meninggalkan kalian untuk memastikan kajian dapat diselesaikan.
Akhir sekali, buat teman-teman seperjuangan yang membantu agar
penyelidikan ini berjaya dilakukan, terima kasih diucapkan. Jasa dan budi orang-
orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu sentiasa dikenang
dalam memori indah penulis.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan terhadap pelajar dan pensyarah untuk mengenal pasti faktor-
faktor penerimaan e-buku sebagai medium dakwah dalam kalangan pensyarah dan
pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Antara objektif utama
kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep wasilah dakwah bil kitabah sebagai
salah satu medium dakwah yang berkesan, tahap penerimaan terhadap penerbitan e-
buku agama, hubungan antara faktor yang mempengaruhi penerimaan penerbitan e-
buku agama dan faktor-faktor dominan yang mempengaruhinya. Kajian ini
berbentuk kuantitatif jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal
selidik. Teknik pensampelan yang digunakan adalah teknik persampelan bukan
rawak iaitu teknik persampelan mudah dan teknik persampelan bertujuan (Purposive
Sampling). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan
keputusan analisis berbentuk deskriptif peratusan, korelasi dan regresi berganda.
Daripada 492 responden dalam kalangan pelajar dan 143 responden dalam kalangan
pensyarah, dapatan kajian menunjukkan bahawa 75 peratus pelajar menerima e-buku
agama sebagai salah satu medium dakwah. Manakala peratusan dalam kalangan
pensyarah mencatatkan 73 peratus. Faktor penerimaan yang dikaji adalah kemudahan
infrastruktur dalam kampus, kemudahan pelbagai penggunaan alat komunikasi atau
gajet, koleksi sumber portal e-buku agama luar kampus, kelebihan e-buku dalam
menarik minat membaca bidang agama serta penerbitan elektronik dan
perkembangan dakwah. Analisis korelasi menunjukkan kesemua faktor yang dikaji
mempunyai hubungan sederhana dan terdapat faktor yang dominan mempengaruhi
penerimaan e-buku sebagai medium dakwah dalam kalangan pelajar dan pensyarah
di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
vi
ABSTRACT
The rapidly growing e-books would provide more effective and interactive way of
learning tools and offer an answer to some of the challenges currently being faced by
higher and further education. For that reason, the key research question of this study
is to identify the concept of da‘wah bil kitabah (Islamic propagation through
writings) as an effective and appropriate means of medium of Islamic propagation
(da‘wah), the level of acceptance of Islamic e-books, factors affecting the
acceptability of Islamic e-books and dominant factors affecting da‘wah using Islamic
e-books. The objective of this study is to identify the acceptance factors of e-books
as a da‘wah medium among academics and students at Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). A quantitative approach was adopted in this study by using
questionnaires as the main instrument. The sampling technique used is non-random
sampling technique, i.e convenience sampling and purposive sampling techniques. In
addition, correlation and regression methods are employed by using SPSS
application to analys the sampling data. Moreover, further studies to improve the
utilization of e-books as a medium of da‘wah among society at large were
propounded in this study. The findings show that 75 per cent of the students agree
that Islamic e-books should be used as a medium of da‘wah, whereas for academics
the data recorded only at 73 percent. Some of the factors studied are the facilities and
infrastructure in the campus, the utilization of various communication tools or
gadgets, the collection of e-books from outside campus, the advantages of e-books in
increasing interest to learn Islam and the electronic publishing and its contribution
towards the development of da‘wah. Correlation analysis showed that all factors
studied have a strong connection and, in fact there is a dominant factor affecting the
acceptance of e-books as a medium of da‘wah among students and academics in the
public university. In relation to this finding, a number of suggestions were proposed
in order to improve the effectiveness of the delivery of da‘wah through e-books,
especially to da‘wah group members, publishers of Islamic books and government
institutions.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI RUMUS xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 5
1.7 Justifikasi Kajian 6
1.8 Kerangka Konsepsual 6
1.9 Kepentingan Kajian 10
1.10 Limitasi Kajian 11
1.11 Definisi Operasi Kajian 12
1.12 Kesimpulan 13
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Asas Pembukuan dan Penerbitan Dalam Sejarah Islam 15
2.2.1 Dalil Penulisan dan Pembukuan menurut Al-Quran 15
2.2.2 Usaha Penulisan dan Pembukuan Al-Quran 18
2.2.3 Sejarah Pengumpulan dan Pembukuan Hadis 19
2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui Surat-Surat Kepada
Pembesar 20
2.2.5 Pembinaan Baitul Hikmah Sebagai Lambang
Kemajuan Intelektual dan Perkembangan Ilmu
Pada Zaman Abbasiyah 23
2.2.6 Dakwah Melalui Penerbitan 25
2.3 Definisi dan Konsep Dakwah 28
2.3.1 Bentuk-Bentuk Dakwah 29
2.3.2 Dakwah dan Komunikasi 32
2.3.3 Penulisan Sebagai Wasilah Dakwah 35
2.4 E-Buku Sebagai Medium Dakwah 37
2.4.1 Perkembangan Penerimaan E-Buku Di Malaysia 37
2.4.2 Industri E-Buku Di Malaysia Sebagai Salah Satu
Medium Dakwah Terkini 38
2.4.3 Perbandingan Ciri-Ciri E-Buku dan Buku Fizikal 42
2.5 Faktor Penerimaan E-Buku Agama 44
2.5.1 E-Buku Keperluan Koleksi Dakwah 44
2.5.2 Pemasaran Internet Peluang Penyebaran Dakwah 44
2.5.3 Perkembangan Dakwah Melalui Transformasi dan
Inovasi 43
2.5.4 Penggunaan Alat Komunikasi dan Gajet 49
2.5.5 Kemudahan ICT dalam Kampus 49
2.6 Kesimpulan 49
ix
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 50
3.2 Pembinaan Reka Bentuk Kajian 50
3.2.1 Bentuk Kajian Kuantitatif 51
3.2.2 Pemilihan Populasi dan Penentuan Persampelan 51
3.3 Pembinaan Instrumentasi 54
3.3.1 Pembinaan Borang Soal Selidik Sebagai Instrumen
Kajian 54
3.3.2 Memilih Jenis Pengukuran 54
3.4 Pengesahan Pakar 55
3.5 Kebolehpercayaan 57
3.6 Uji Rintis 57
3.7 Prosedur Kajian 58
3.8 Alat Pengukuran Analisis Data 59
3.9 Dapatan Kebolehpercayaan Pemboleh Ubah dalam
Uji Rintis dan Sebenar 62
3.9.1 Pelajar 63
3.9.2 Pensyarah 64
3.10 Kesimpulan 65
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 66
4.2 Demografi 66
4.2.1 Pelajar 67
4.2.2 Pensyarah 72
4.3 Analisis Data Kajian 77
4.3.1 Konsep Wasilah Dakwah Bil Kitabah Sebagai Salah
Satu Kaedah Penyampaian Dakwah yang Sesuai
Kepada Pelajar dan Pensyarah Universiti 77
4.3.2 Tahap Penerimaan Penerbitan E-Buku Agama
Dalam Kalangan Pensyarah dan Pelajar 80
x
4.3.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penerimaan
Penerbitan E-Buku Agama Sebagai Medium
Dakwah dan Hubungan Antara Faktor 83
4.3.4 Hubungan Antara Faktor-Faktor dan Kesan yang
Mempengaruhi Penerimaan E-Buku
Sebagai Medium Dakwah 93
4.3.5 Faktor-Faktor Dominan yang Mempengaruhi
Penerimaan Dakwah Melalui E-Buku Agama Dalam
Kalangan Pensyarah dan Pelajar 95
4.3.6 Taburan Data Kajian 100
4.4 Kesimpulan 102
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 103
5.2 Perbincangan 103
5.2.1 Mengkaji Konsep Wasilah Dakwah Bil Kitabah
Sebagai Salah Satu Kaedah Penyampaian Dakwah
yang Sesuai Kepada Golongan Akademik 104
5.2.2 Menentukan Tahap Penerimaan Pelajar dan
Pensyarah UTHM Terhadap Penerbitan
E-Buku Agama 105
5.2.3 Menganalisis Hubungan Antara Faktor-Faktor
yang Mempengaruhi Penerimaan Penerbitan
E-Buku Agama 106
5.2.4 Menganalisis Faktor-Faktor Dominan Yang
Mempengaruhi Penerimaan Dakwah Melalui
E-Buku Agama Dalam Kalangan
Pensyarah dan Pelajar UTHM 107
5.3 Keputusan Kajian 108
5.4 Cadangan
5.4.1 Dai’e 110
5.4.2 Golongan Pelajar dan Pensyarah 110
5.4.3 Penerbit Buku Agama 110
xi
5.4.4 Institusi Agama dan Kerajaan 111
5.5 Kesimpulan 111
RUJUKAN 112
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
2.1 Senarai Bidang Ilmu, Tokoh yang Melakukan Penulisan dan
Penyusunan Buku 24
2.2 Persamaan Dakwah dan Komunikasi 34
2.3 Ringkasan kronologi peringkat permulaan e-buku di Malaysia 40
2.4 Perbandingan Antara Buku dan E-Buku 41
2.5 Perbandingan Buku dan E-buku 42
3.1 Penentuan Saiz Sampel Krejcie & Morgan (1970) 53
3.2 Komentar Pengesahan Pakar 56
3.3 Kekuatan Nilai Korelasi (Fauzi, 2014) 60
3.4 Kekuatan Nilai Korelasi (Piaw C.Y., 2006) 61
3.5 Metodologi Analisis Data 62
3.6 Perbandingan Dapatan Kebolehpercayaan Antara
Uji Rintis dan Sebenar Mengikut Bahagian
dalam Borang Kaji Selidik bagi Pelajar UTHM 63
3.7 Perbandingan Dapatan Kebolehpercayaan antara
Uji Rintis dan Sebenar Mengikut Bahagian dalam
Borang Kaji Selidik bagi Pensyarah UTHM 64
4.1 Demografi Responden Pelajar UTHM 67
4.2 Jantina Pelajar UTHM 68
4.3 Umur Pelajar UTHM 68
4.4 Demografi Responden Pensyarah UTHM 71
4.5 Jantina Pensyarah UTHM 73
4.6 Umur Pensyarah UTHM 74
4.7 Item bagi Penerbitan Elektronik dan Perkembangan Dakwah 78
4.8 Pernyataan Pengukuran 80
4.9 Interpretasi Tahap Julat 83
4.10 Item bagi Kemudahan Infrastruktur dalam Kampus (Pelajar dan
Pensyarah) 84
xiii
4.11 Item bagi Kemudahan Pelbagai Penggunaan
Alat Komunikasi atau Gajet 85
4.12 Item bagi Koleksi Sumber Portal
E-Buku Agama Luar Kampus 87
4.13 Item bagi Kelebihan E-Buku Menarik Minat Membaca Bidang
Agama 89
4.14 Item bagi Penerbitan Elektronik dan Perkembangan Dakwah 91
4.15 Nilai Min Konstruk Pemboleh Ubah 93
4.16 Korelasi Antara Pemboleh Ubah (Pelajar) 94
4.17 Korelasi Antara Pemboleh Ubah (Pensyarah) 94
4.18 Keterangan Faktor Pengaruh 95
4.19 Keputusan Analisis Pelajar 96
4.20 Keputusan Regresi Berganda Pelajar 97
4.21 Keputusan Analisis Pensyarah 98
4.22 Keputusan Regresi Berganda Pensyarah 99
xiv
SENARAI RAJAH
3.1 Carta Alir Proses Tadbir Borang Soal Selidik 59
4.1 Bilangan Responden Ikut Fakulti Pelajar UTHM 69
4.2 Peratusan Responden Ikut Fakulti Pelajar UTHM 70
4.3 Bilangan Responden Mengikut Tahap
Pengajian Pelajar UTHM 71
4.4 Tahap Pengajian Agama Pelajar UTHM 72
4.5 Bilangan Responden Ikut Fakulti Pensyarah UTHM 75
4.6 Bilangan Responden Mengikut Tahap
Pengajian Pensyarah UTHM 76
4.7 Bilangan Responden Mengikut Tahap
Pengajian Agama Pensyarah UTHM 77
4.8 Tahap Penerimaan E-Buku Agama Pelajar UTHM 81
4.9 Tahap Penerimaan E-Buku Agama Pensyarah UTHM 82
4.10 Taburan data pelajar UTHM 101
4.11 Taburan data pensyarah UTHM 102
xv
SENARAI RUMUS
1 y = ᵝo + ᵝ1 x1+ ᵝ2 x2+ ᵝ3 x3+ ᵝ4 x4 +ᵝ5 x5 95
2 y= 1.815 - 0.028 x1 - 0.039 x2 + 0.005 x3 - 0.133 x4 + 0.031 x5 95
3 y = ᵝo + ᵝ1 x1+ ᵝ2 x2+ ᵝ3 x3+ ᵝ4 x4 + ᵝ5 x5 97
4 y = 1.794 - 0.021 x1 + 0.002 x2 - 0.107 x3 - 0.087 x4+ 0.038 x5 97
xvi
SENARAI LAMPIRAN
1 Borang Soal Selidik
2 Borang Semakan Soal Selidik
3 Dapatan Kajian
4 Senarai e-buku Agama di Malaysia
5 Statistik Penggunaan E-Buku Langganan Perpustakaan
Tunku Tun Aminah
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penulisan dan penerbitan bahan berunsur Islam diperlukan untuk dibaca oleh
masyarakat Islam. Bahan bacaan yang ditulis sesuai dengan sasaran pembaca dapat
memberi impak kepada perkembangan pemikiran dan perubahan gaya hidup
seseorang. Keperluan dari sudut pengisian minda dapat dibekalkan dengan baik
melalui penulisan bahan berunsur Islam. Sasaran pembaca perlu ditentukan awal agar
penulisan bahan berunsur Islam dapat diedarkan melalui bahan terbitan sesuai
dengan laras kognitif dan gaya hidup golongan akademik dalam kalangan pelajar dan
pensyarah di institusi pengajian tinggi. Kandungan dakwah perlu didedahkan melalui
cara yang sesuai dengan laras pemikiran dan komunikasi yang tepat untuk golongan
ini.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dalam Utusan Malaysia (Khamis 19 Jun 2014), isu lambakan pendakwah
dibincangkan dan menjadi persoalan kualiti pendakwah segera yang dihasilkan
melalui program realiti televisyen yang bersifat terbuka kaedah penyampaiannya.
Bahkan program ini membuka seluas-luasnya peluang kepada orang ramai untuk
menyertainya dan menjadi pendakwah yang popular. Perkembangan ini dilihat
sebagai suatu yang positif dan menjadi alternatif kepada masyarakat Malaysia selain
program realiti yang bersifat hiburan semata-mata. Namun, sasaran dakwah melalui
kaedah penyampaian dakwah adalah khusus kepada golongan yang meminati
program realiti televisyen dan tidak juga menumpukan kepada keseluruhan lapisan
2
masyarakat termasuk golongan akademik di institusi pengajian tinggi. Cabang lain
yang boleh ditekankan bagi memastikan Islam tersebar dengan komunikasi yang
berlaku sehala iaitu pembaca dan penulis melalui tulisannya. Bahkan ilmu yang
terkandung dalam penulisan yang dihasilkan lebih lama untuk dicapai oleh pembaca
walaupun sehingga penulisnya sudah lama meninggal dunia. Selain itu, lambakan
pendakwah yang bersifat umum ini hanyalah bersifat umum dan tidak ada sasaran
khusus yang menjadi modul dakwah. Pendakwah bukan sahaja perlu berilmu tetapi
juga mempunyai kemahiran menyampaikan ilmu kepada masyarakat dengan cara
yang berkesan.
Kajian berkaitan dakwah melalui penulisan juga berkaitan dengan
perkembangan industri pembukuan di Malaysia. Kini industri penerbitan semakin
maju di Malaysia. Semakin banyak penerbit swasta tempatan menghasilkan bahan
terbitan berunsur Islam seperti PTS Publication, Telaga Biru, Galeri Ilmu dan
beberapa penerbitan lain. Begitu juga dengan penerbit universiti yang semakin
rancak menghasilkan bahan bacaan berunsur Islam.
Dalam masa yang sama, genre buku kategori agama Islam juga semakin
mendapat tempat di hati pembaca dengan peningkatan jualan buku bidang agama
yang menyaingi penerbitan buku yang lain. Pada tahun 2013, laporan akhbar Utusan
Malaysia bertarikh 14 Mei 2013 yang bertajuk "Potensi E-buku agama Genre
Agama" menunjukkan berlaku peningkatan terhadap minat pembacaan e-buku
agama. Menurut Pengurus Urusan Xentral Kaedah Sdn. Bhd, sejak mula kedai buku
elektroniknya beroperasi pada tahun 2011, pasaran e-buku agama mendapat
sambutan yang memberangsangkan. Peningkatan jualan buku agama ketara apabila
jualan e-buku agama yang menyaingi penjualan e-novel melalui kaedah buku
elektronik. Transformasi ini dilihat sebagai peluang bagi kedai buku online
meningkatkan hasil jualan dan dalam masa yang sama buku agama mudah dicapai
dan dibaca oleh peminatnya (Mohd. Shah Che Ahmad, 2013).
Untuk menjadi sebuah negara yang maju, Malaysia masih ketinggalan dalam
menghasilkan bahan terbitan mengikut kapasiti penduduknya. Mengikut laporan
dalam Seminar dan Forum Buku Perdana 12 Februari 2014, UNESCO mentakrifkan
sebuah negara maju perlu mencapai penerbitan buku satu peratus daripada jumlah
keseluruhan rakyatnya. Kini Malaysia mempunyai rakyat seramai 28 juta dan ini
bermakna penerbitan perlu berada di pasaran sebanyak 28 ribu judul buku. Namun
hal ini masih belum dapat dicapai dan Malaysia dijangkakan mencapai kadar
3
penerbitan 0.01 peratus pada tahun 2018 iaitu sebanyak 30 ribu judul buku.
Kelembapan ini dibuktikan dengan laporan akhbar yang bertajuk "Industri Penerbitan
Masih Lemah" dalam Utusan Malaysia (Segmen Dalam Negeri) yang disiarkan pada
Jumaat, 27 September 2013. Dalam kenyataan akhbar tersebut dinyatakan bahawa
hasil penerbitan buku pada 2012 adalah sebanyak 17,923 judul dan meletakkan
kedudukan Malaysia di tangga ke-23 dalam bidang pendidikan (Susan Albert
Kassim, 2013).
Berdasarkan kepada tinjauan awal pengkaji terhadap kekerapan penggunaan
e-buku di Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, penggunaan e-buku
semakin meningkat dari tahun 2013 sehingga 2015. Menurut rekod tersebut didapati
bahawa pengguna pada tahun 2013 ialah 47,154, tahun 2014 ialah 72,445 dan tahun
2015 iaitu 80,150 pengguna (Rujuk Lampiran 5). Peningkatan ini dilihat sebagai
sesuatu aktiviti yang boleh dikaji untuk mengetahui faktor penerimaan terhadap e-
buku dalam kalangan pelajar dan pensyarah UTHM.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini juga dilihat relevan dilaksanakan kerana sesuai dengan perkembangan
semasa dan fenomena yang berlaku dalam negara. Kekurangan bahan terbitan buku
agama dalam pasaran menyebabkan capaian bahan bacaan ini tidak serancak bahan
terbitan genre selain agama. Peningkatan kos penerbitan bercetak menyebabkan buku
elektronik perlu disediakan kepada pembaca yang meminati buku agama. Selain
harga buku yang semakin tinggi dan kos pengeluaran buku yang meningkat,
penerbitan buku secara elektronik membantu penyampaian dakwah kepada golongan
akademik dalam masyarakat dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, faktor buku
fizikal yang memerlukan kos tinggi, buku bercetak juga bersifat berat untuk dibawa
ke mana-mana oleh para pelajar dan pensyarah.
Berdasarkan kepada temu bual ringkas pengkaji bersama Pengurus Urusan
Xentral Methods, Tuan Faiz Al-Shahab pada 2 Mei 2014 (Jumaat 4.00 petang) di
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, mengatakan ada dua perkara yang
menyebabkan keperluan buku itu di “digital” kan. Pertama; buku itu memerlukan
penerangan secara visual dan kedua; buku itu tidak perlu dicetak untuk dibaca.
Perkembangan buku elektronik ini tidak mengetepikan keperluan bahan bacaan
dalam bidang agama kerana menurut rekod jualan e-buku agama sedia ada di portal
4
e-sentral.com, kategori agama Islam merupakan tempat ketiga daripada bahan-bahan
picisan seperti novel cinta remaja. Bahkan beliau turut berpendapat, sekiranya
penerbit yang memfokuskan kepada dakwah dan memahami konsep buku elektronik
ini, nescaya mereka akan menggunakan kaedah ini untuk menyampaikan dakwah.
Malah ulama besar di luar negara sudah ramai yang mewujudkan laman web sendiri
dan memberikan keizinan kepada mana-mana pihak untuk mendapatkan karya yang
dihasilkan.
Selain media seperti televisyen dan radio, buku-buku agama juga menjadi
pilihan masyarakat untuk mengenali Islam. Buku agama sangat berpengaruh dalam
gerakan dakwah. Ramai dalam kalangan remaja dan penjawat awam mengenali Islam
melalui pembacaan buku agama. Malangnya buku ini berkurangan di pasaran
sehinggakan merujuk kepada buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa asing atau
yang diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia (Ab. Aziz Mohd. Zin, 1997).
Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji berkaitan penerimaan golongan pelajar dan
pensyarah beragama Islam di institusi pengajian tinggi perlu dikaji agar penerbitan
elektronik bidang agama dapat digunakan sebagai wasilah dalam penyampaian isi
dakwah kepada sasaran dalam kalangan pelajar dan pensyarah.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif dibentuk bagi mendapatkan hasil kajian yang baik dengan
menjawab semua persoalan kajian. Antara objektif kajian adalah:
i. Mengenal pasti konsep wasilah dakwah bil kitabah sebagai salah satu kaedah
penyampaian dakwah kepada golongan pelajar dan pensyarah.
ii. Menentukan tahap penerimaan pelajar dan pensyarah UTHM terhadap
penerbitan e-buku agama.
iii. Menganalisis hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan
penerbitan e-buku agama.
iv. Menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi penerimaan dakwah
melalui e-buku agama dalam kalangan pelajar dan pensyarah.
5
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dibentuk untuk memastikan pelaksanaan kajian ini lebih terancang
dan lebih jelas. Daripada situasi yang dinyatakan, berikut adalah persoalan yang
perlu dikaji dalam kajian ini:
i. Adakah konsep wasilah dakwah melalui penerbitan yang sesuai kepada
golongan pelajar dan pensyarah?
ii. Bagaimanakah tahap penerimaan pensyarah dan pelajar terhadap dakwah
melalui penerbitan e-buku agama?
iii. Apakah hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan
penerbitan e-buku agama?
iv. Apakah faktor dominan yang mempengaruhi penerimaan dakwah melalui e-
buku agama?
1.6 Hipotesis Kajian
Pengkaji membuat jangkaan hasil kajian dengan pernyataan hipotesis adalah seperti
berikut:
Hipotesis pertama:
HO : Konsep dakwah melalui penerbitan tidak berbeza dengan konsep wasilah
dakwah yang lain.
H1 : Konsep dakwah melalui penerbitan berbeza dengan konsep wasilah
dakwah yang lain.
Hipotesis kedua:
HO : Penerimaan e-buku agama dalam kalangan pelajar tidak berbeza dengan
penggunaan e-buku agama dalam kalangan pensyarah di UTHM.
H1 : Penerimaan e-buku agama dalam kalangan pelajar berbeza dengan
penggunaan e-buku agama dalam kalangan pensyarah di UTHM.
6
1.7 Justifikasi Kajian
Medium e-buku agama boleh dijadikan salah satu medium penyampaian dakwah
kepada golongan ilmuwan di institusi pengajian tinggi kerana golongan ini sinonim
dengan bahan bacaan yang mudah dicapai, menjimatkan masa dan mudah dibaca di
mana-mana. Peluang ini dilihat dapat dijadikan salah satu medium penyampaian ilmu
agama kepada sasaran yang lebih tepat dan sesuai dengan penerimaan golongan
pelajar dan pensyarah. Kajian ini lebih menumpukan kepada penerimaan e-buku
agama dalam kalangan pensyarah dan pelajar kerana penggunaan e-buku agama
adalah lebih popular dalam kalangan ahli akademik (Prema, 2014). Kriteria e-buku
yang melalui proses penerbitan seperti buku bercetak meyakinkan penerimaan
golongan pelajar dan pensyarah untuk merujuk bahan bacaan berbentuk elektronik
berkaitan agama sebagai sumber rujukan agama yang sahih berbanding medium lain
yang lebih popular.
1.8 Kerangka Konsepsual
Asas yang mendasari konsep dakwah dapat dilihat melalui al-Quran seperti berikut:
Maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua
yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan
Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah An-Nahl: 125)
7
Ayat ini menjadi asas perbahasan kepada metodologi dakwah yang
berhubung dengan cara, kaedah atau pendekatan dalam menyampaikan dakwah.
Ketiga-tiga metodologi seperti hikmah (kebijaksanaan), mau'izah hasanah (nasihat
yang baik) dan al-mujadalah al-husna (berbincang dengan cara yang baik)
merupakan kerangka utama metodologi pendakwahan yang sesuai diaplikasikan
sepanjang zaman dan pelbagai tempat (Zulkifli Abdul Ghani, 2010).
Dakwah juga menitikberatkan aspek keberkesanan penyampaian mesej yang
diberikan. Oleh itu, semua perkara yang boleh menjadi faktor impak kepada
penerimaan dakwah perlulah dipergunakan dan digunakan. Sehubungan itu,
penggunaan wasilah penyampaian yang sesuai dan tepat dalam dakwah menjadi satu
perintah di dalam al-Quran. Ayat yang dimaksudkan adalah dalam surah al-Maidah
ayat 35 yang berbunyi:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-
Nya dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh
kejayaan."
(Surah al-Maidah: 35)
Ayat ini menerangkan tentang ikatan antara sebab musabab untuk mencapai
sesuatu perkara dan suruhan menggunakan saluran (wasilah) yang boleh membawa
kepada pencapaian tujuan.
Penerbitan adalah salah satu wasilah yang digunakan dalam penyebaran
dakwah sejak zaman Rasulullah SAW dan sahabat lagi. Selain kaedah hafalan
dijadikan medium untuk merekodkan maklumat tentang Islam, Rasulullah SAW juga
menggunakan cara penulisan agar Islam dipelihara dan disampaikan kepada generasi
seterusnya.
8
Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang
menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam),
dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang
bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
(Surah al-Imran : 104)
Tugas dan tanggungjawab menyampaikan dakwah dan menegakkan amar
maaruf dan nahi mungkar merupakan tanggungjawab masyarakat Islam. Oleh itu,
pengkaji melihat penerbitan boleh menjadi saluran penyampaian dakwah yang
berkesan bagi menerangkan mesej Islam dengan mengetengahkan beberapa inovasi
yang lebih praktikal dengan perkembangan zaman.
Pandangan Sayid Abdullah Alwi Al-Hadad (2001) juga diambil perhatian
apabila beliau menyatakan bahawa terdapat lapan golongan yang perlu disampaikan
dakwah iaitu termasuk golongan ulama’ ataupun yang bermaksud berpengetahuan
tinggi dalam sesuatu disiplin ilmu. Golongan ini terbahagi kepada dua iaitu golongan
yang mempunyai ilmu untuk tujuan mencapai keduniaan semata-mata dan golongan
yang memiliki ilmu untuk tujuan kebajikan kepada orang lain.
Perkembangan tamadun Islam sejak zaman awal lagi menunjukkan penulisan
dan penerbitan merupakan alat dan wasilah dalam perkembangan dakwah Islam.
Dakwah secara tulisan memberi impak kepada perkembangan dakwah tanpa mengira
jurang jarak dan masa. Pendekatan ini diambil oleh para sarjana terdahulu dengan
menulis kitab yang masih menjadi rujukan serta digunakan oleh pendakwah masa
kini untuk menyampaikan mesej dakwah.
Islam tidak menafikan bahawa aktiviti penerbitan sebagai wasilah
penyampaian dakwah terpenting sejak zaman Rasulullah SAW, sahabat dan
pemerintahan Islam selepasnya. Aktiviti penulisan menggunakan mata pena juga
disebut dalam al-Quran dan tanggungjawab yang dipikul oleh penulis terhadap apa
yang mereka tulis. Begitulah firman Allah SWT dalam surah al-Qalam ayat 1
berbunyi:
9
Maksudnya: "Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis."
(Surah al-Qalam: 1)
Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan pena yang digunakan untuk
mencatat di Luh Mahfuz dan juga pena yang digunakan oleh manusia untuk mencatat
ilmu pengetahuan. Sumpahan ini membayangkan keagungan nikmat Allah yang
paling berguna kepada manusia selepas nikmat bertutur dan berkata-kata. Melalui
pena manusia boleh belajar dan mendapat pendidikan serta menyebarkan ilmu
pengetahuan. Ibnu Jarir dan Ibn Abi Hatim meriwayatkan hadis Rasulullah SAW
daripada Ibnu Abbas iaitu benda pertama yang dijadikan oleh Allah adalah pena.
Begitu juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir daripada Abu Hurairah iaitu perkara
pertama yang dijadikan adalah pena kemudian Allah menciptakan Nuun iaitu bekas
tinta. Kemudian Allah bertitah: “Tulislah apa saja yang berlaku sama ada
perbuatan, hasil usaha, rezeki atau ajal.” Al-Tabarani turut merekodkan riwayat Ibn
Abbas dengan menyebut perkara yang sama dan tulisan yang ditulis oleh pena itu
adalah semua yang berlaku sehingga hari kiamat (Wahbah al-Zuhaily, 2004).
Begitulah pesanan yang disampaikan melalui al-Quran dengan menyuruh
manusia untuk membaca, menulis dan seterusnya menyelidik terlebih dahulu apa
yang ditulis dan bahan yang dibaca. Penerbitan buku ataupun aktiviti pembukuan
merupakan keperluan kepada kegiatan penyebaran Islam dan penguasaan pendakwah
melalui tulisan yang menyumbang kepada perkembangan dan penyampaian dakwah
Islamiyyah.
Menurut Nor Raudah Siren (2006), penulis yang menggunakan bahasa yang
tepat pada masa dan tempat sesuai boleh menghasilkan penulisan yang berkesan.
Menurut beliau, penulisan mempengaruhi peningkatan dan perkembangan kebolehan
mental dan intelektual seseorang. Bahkan penulis juga perlu mengenal pasti dan
menilai keadaan manusia di sekeliling seterusnya menginterpretasikannya ke dalam
karya yang dihasilkan. Penulisan dakwah mementingkan kesan penulisan kepada
pembaca. Oleh itu, penulisan memerlukan keteguhan iman dan ketakwaan kepada
Allah.
10
Selain itu, Pengurus Urusan Xentral Methods, Tuan Faiz Al-Shahab turut
mencadangkan agar lebih ramai pendakwah mempelajari kaedah penerbitan digital
ini bagi memastikan masyarakat dapat merujuk perkara berkaitan agama dengan
lebih mudah dan cepat. Soal penerbit berlatarbelakangkan agama bukan penentu bagi
kegiatan penerbitan sebagai saluran dakwah. Bahkan kebanyakan penerbit agama di
Malaysia masih belum ramai yang terlibat dengan penerbitan elektronik kerana tidak
mengetahui faedah sebenar penerbitan era moden ini. Perkara ini tidak boleh
disalahkan kepada mana-mana pihak kerana sejak kecil masyarakat Malaysia sudah
diajar untuk membaca buku fizikal dan jika masih belum berfikiran terbuka tentang
transformasi ini. Apa yang dilakukan hari ini adalah sebagai persediaan bagi generasi
seterusnya dalam budaya membaca secara elektronik yang mana pembaca akan
datang adalah ‘generasi gajet' hari ini.
1.9 Kepentingan Kajian
Institusi pengajian tinggi
Berikutan isu transformasi buku di Malaysia menjadi isu dalam Forum Buku Perdana
pada awal tahun 2014, pengkaji berpendapat kajian ini penting agar para pendakwah
mampu menyampaikan dakwah kepada golongan akademik dengan cara dan kaedah
yang sesuai dan tepat. Kepentingan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memberi
sumbangan kepada perkembangan ilmu pengetahuan dalam disiplin ilmu penerbitan
elektronik dan dakwah. Hasil kajian ini akan memberi pendedahan kepada institusi
pengajian tinggi tentang penerimaan berkaitan perkembangan e-buku agama yang
boleh dibaca dengan mudah. Inovasi dakwah melalui e-penerbitan membantu
pendakwah dalam menyampaikan mesej Islam kepada khalayak pembaca dengan
lebih cepat dan mudah.
Pendakwah
Selain itu, dunia pendakwahan akan menjadi lebih menarik dalam hal inovasi
wasilah dan pendekatan dakwah. Pendekatan dakwah melalui e-buku agama ini
adalah satu perkembangan baru yang semakin menarik minat pembaca yang suka
kepada kemudahan teknologi. Kemahiran teknologi e-penerbitan perlu dibangunkan
11
dan dipertingkatkan dalam kalangan penerbit yang memainkan peranan sebagai
pendakwah.
Kajian mengenai medium dakwah melalui e-buku agama juga dapat memberi
impak kepada industri buku agama di Malaysia. Peranan pendakwah diterjemahkan
sebagai penulis, penyunting, penerbit, pemasar mahupun pembaca. Kajian ini boleh
dijadikan sebagai rujukan dan sorotan awal untuk melanjutkan lagi kajian penerbitan
e-buku agama kepada pelbagai aspek demi pembangunan industri buku.
Perkembangan teknologi e-buku agama yang kurang dimonopoli oleh masyarakat
Islam memerlukan kajian-kajian baru yang menyentuh pelbagai aspek penerbitan
Islam.
Bidang penerbitan agama menjadi tumpuan kerana buku agama sering
menjadi rujukan dalam kalangan masyarakat Islam. Oleh itu, alternatif e-buku agama
dalam pelbagai cabang ilmu perlu diketengahkan bertujuan membudayakan agama
Islam yang benar selain mempercepatkan capaian para pendakwah dalam
melaksanakan dakwah mereka.
1.10 Limitasi Kajian
Kajian ini tertumpu kepada dakwah melalui penulisan, alat komunikasi dan teknologi
penerbitan yang fokus kepada kaedah penyampaian mesej dakwah melalui penulisan
(dakwah bil kitabah) dan diterbitkan dalam bentuk elektronik iaitu e-buku agama.
Selain itu, pengkaji memfokuskan kepada inovasi dalam penerbitan bahan dakwah
dalam bentuk buku yang bersifat konvensional kepada transformasi penerbitan
elektronik yang khusus dalam genre agama. Kajian ini juga akan tertumpu pada
faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dakwah melalui e-buku agama dalam
kalangan pensyarah dan pelajar.
Kajian ini dijalankan terhadap sekumpulan responden yang merupakan
sasaran dakwah yang beragama Islam. Sasaran dakwah kepada warga universiti
beragama Islam melibatkan golongan dalam kalangan pensyarah beragama Islam
yang berstatus aktifbertugas di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta golongan
pelajar beragama Islam yang mengambil subjek Pengajian Islam sesi 2014/2015 di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Subjek ini hanya ditawarkan pada setiap
semester satu. Tempoh masa penyelidikan ini mengambil masa selama dua (2) tahun
iaitu bermula 2014 sehingga 2015 yang melibatkan staf dan pelajar beragama Islam.
12
1.11 Definisi Operasi Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, huraian istilah yang menjadi subjek kajian perlu
diketahui terlebih dahulu.
Penerimaan
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, penerimaan iaitu perihal (perbuatan)
menerima, penyambutan, sambutan, nilaian, penghargaan, keizinan kebenaran, sikap
terhadap, anggapan terhadap, tanggapan. Dalam kajian ini penerimaan yang
dimaksudkan ialah sambutan dalam kalangan pensyarah dan pelajar berkaitan e-buku
agama dalam kehidupan seharian mereka.
E-Buku Agama
E-buku atau buku elektronik agama adalah sejenis medium penyampaian maklumat
yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi
pelbagai maklumat. E-buku agama yang berbentuk berbayar dan juga dalam bentuk
percuma. Kebanyakan e-buku agama ini berbentuk fail Print Document File (PDF)
atau e-Pub atau seumpamanya bagi kemudahan setiap individu untuk membacanya di
komputer atau peranti khas. Definisi yang diberikan oleh Adobe Systems (2001) e-
buku ialah sebagai bahan bacaan digital yang dilihat pada komputer meja atau
komputer riba atau peranti mudah alih dengan kapasiti penyimpanan yang besar dan
berkemampuan untuk memuat turun judul baharu melalui hubungan rangkaian
(Mustafa, 2013). Manakala buku ialah helaian kertas berjilid yang berisi tulisan
untuk dibaca dalam bidang agama. Buku ini adalah manuskrip yang telah disunting
oleh editor dengan baik dan disusun atur oleh pengatur seterusnya dicetak untuk
tujuan pembacaan orang ramai. Selain buku agama dijadikan bahan bacaan bagi
khalayak yang mempunyai kesedaran agama, buku agama juga menjadi rujukan
golongan akademik dalam menjalankan sesuatu kajian.
13
Medium
Medium menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah bahan atau sesuatu yang
menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan. Medium yang dimaksudkan
oleh pengkaji dalam kajian ini ialah e-buku sebagai perantara penyampaian dakwah
kepada golongan pelajar dan pensyarah.
Dakwah
Perkataan Dakwah diambil daripada perkataan bahasa Arab iaitu dari kata da’a,
yad’u, da’watan, da’wan du’aan. Istilah dakwah yang dikenali dalam bahasa Melayu
diterjemahkan sebagai ajakan panggilan dengan menyeru dan meyakinkan orang lain
supaya menerima sesuatu kepercayaan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dakwah
biasanya bererti mengajak kepada Islam. Dari segi bahasa dakwah bermaksud
menyeru atau mengajak, memanggil, menjemput. Dari segi istilah dakwah adalah
satu ilmu yang membicarakan tentang keseluruhan kemahiran yang pelbagai dalam
usaha menyampaikan Islam kepada umat manusia meliputi aspek akidah, syariah dan
akhlak.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merupakan salah satu Institusi
Pengajian Tinggi Awam Malaysia yang memberi tumpuan terhadap bidang
kejuruteraan di samping bidang ilmu yang lain. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) adalah latar kajian ini dijalankan.
1.12 Kesimpulan
Kesimpulannya kajian ini dijalankan bagi mengkaji penerimaan dalam kalangan
pelajar dan pensyarah berkaitan e-buku agama sebagai medium dakwah.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Dakwah perlu disampaikan dalam pelbagai kaedah dan cara agar kandungan dakwah
diterima oleh golongan sasaran dakwah dengan baik. Penyampaian dakwah yang
baik adalah penggunaan wasilah dakwah yang sesuai dengan golongan yang ingin
didakwahkan. Selagi mana alat atau kaedah yang ingin digunakan oleh pendakwah
tidak melanggar syarak, ia haruslah diguna pakai agar kandungan dakwah lebih
tersebar luar.
2.2 Asas Pembukuan dan Penerbitan Dalam Sejarah Islam
Asas kepada penerbitan dalam Islam adalah berpandukan kepada pembukuan Al-
Quran dan al-Hadis. Selain itu, surat-surat yang dihantar kepada pembesar negara
pada suatu ketika dahulu merupakan rujukan kajian dakwah hari ini .
2.2.1 Dalil Penulisan dan Pembukuan menurut Al-Quran
Islam menggalakkan penggunaan penerbitan sebagai wasilah dakwah. Ini kerana
apa-apa kaedah atau cara yang mampu untuk menyebarluaskan dakwah tidak
dilarang malah digalakkan kepada masyarakat Islam untuk menguasainya. Ini
termasuklah perkembangan teknologi dan media hari ini.
Walaupun begitu, etika dan syarat dalam menghasilkan bahan terbitan perlu
mengikut syariat. Penyebaran maklumat dan ilmu perlu memberi kebaikan kepada
15
pembaca dengan memastikan semua maklumat yang disebarkan adalah benar.
(Mohd. Muhiden Abd. Rahman, 2004).
Hal ini selari dengan ayat Al-Quran yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat
ayat 6:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang
kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini -
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Surah Al-Hujurat : 6)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa penilaian perlu dilakukan kepada bahan
atau maklumat yang diterima agar maklumat itu benar dan tidak menyebabkan
kemudaratan akibat mempercayai maklumat tersebut.
Tuntutan penghasilan bahan bacaan ini dapat kita hayati melalui suruhan
Allah SWT dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam
surah Al-Alaq seperti berikut:
Maksudnya: “Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang
menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal
darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Maha Pemurah. Yang
16
mengajar (manusia) dengan perantaran qolam (pena). Dia
mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah Al-Alaq: 1-5)
Aktiviti pembacaan berkait rapat dengan aktiviti penulisan menggunakan
mata pena juga turut disebut dalam Al-Quran. Kata Syaikh As-Sa’di rahimahullah,
“Manusia dikeluarkan dari perut ibunya ketika lahir tidak mengetahui apa-apa. Lalu
Allah menjadikan baginya penglihatan dan pendengaran serta hati sebagai jalan
untuk mendapatkan ilmu”, (Taisiri Al-Karimir Rahman (1423H). Selain itu, Allah
mengajarkan pada manusia Al-Qur’an dan mengajarkan padanya hikmah, iaitu ilmu.
Allah mengajarkannya dengan qolam (pena) yang membuat ilmunya semakin lekat.
Allah pun mengutus Rasul supaya boleh menjelaskan pada mereka. Ibnu Katsir
Rahimahullah juga berkata, “Seseorang itu akan semakin mulia dengan ilmu agama
yang ia miliki. Ilmu itulah yang membezakan manusia, iaitu Adam dengan para
malaikat. Ilmu ini berada di fikiran dan juga di lisan. Ilmu juga terkadang di dalam
tulisan tangan untuk menyalurkan apa yang dalam fikiran, lisan, mahupun yang
tergambarkan di fikiran.” Dalam atsar disebutkan ,
قيدوا العلم بالكتابة
“Ikatlah ilmu dengan tulisan.”
(HR. Al Hakim Al Mustadrok 1: 106)
Pena begitu murah harganya, ia boleh dibuat daripada ranting kayu, bahkan
barang-barang buangan, tetapi aneh melaluinya ilmu dan makrifat boleh disebar
luaskan, dengannya pintu ilmu dan pengetahuan boleh dibuka. Inilah pena yang telah
meninggalkan hasilnya yang mencelikkan mata generasi demi generasi. Inilah pena
yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya, lalu dipelajari dikaji dan diteliti
oleh generasi umat yang datang silih berganti.
Pembelajaran manusia dengan qalam (pena) membawa dua erti: Pertama,
melatih kemahiran menulis dan keupayaan mencatat sejarah manusia, pengetahuan,
budaya dan tamadun mereka. Kedua, mengajar semua pengetahuan melalui qalam
17
(pena) dan tulisan. Apa pun erti pengajaran dengan qalam di sini dianggap besar
signifikannya dalam pembentukan tamadun dan budaya hidup manusia.
Surah ini berkait rapat dengan surah Al-Qalam. Begitulah firman Allah SWT
dalam surah Al-Qalam ayat 1 berbunyi:
Maksudnya: “Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis”.
(Surah Al-Qalam: 1)
Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan pena yang digunakan untuk
mencatat di Luh Mahfuz dan juga pena yang digunakan oleh manusia untuk mencatat
ilmu pengetahuan. Melalui pena manusia boleh belajar dan mendapat pendidikan
serta menyebarkan ilmu pengetahuan. Ibnu Jarir dan Ibn Abi Hatim meriwayatkan
hadis Rasulullah SAW daripada Ibnu Abbas iaitu benda pertama yang dijadikan oleh
Allah adalah pena. Begitu juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir daripada Abu Hurairah
iaitu perkara pertama yang dijadikan adalah pena kemudian Allah menciptakan Nuun
iaitu bekas tinta. Kemudian Allah bertitah: “Tulislah apa saja yang berlaku sama
ada perbuatan, hasil usaha, rezeki atau ajal.” Al-Tabarani turut merekodkan riwayat
Ibn Abbas dengan menyebut perkara yang sama dan tulisan yang ditulis oleh pena itu
adalah semua yang berlaku sehingga hari kiamat (Wahbah al-Zuhaily, 2004).
2.2.2 Usaha Penulisan dan Pembukuan Al-Quran
Tujuan penulisan Al-Quran adalah untuk memelihara ketulenan Al-Quran selain
daripada kaedah penghafalan dalam kalangan sahabat. Tidak dinafikan penekanan
dan tumpuan pada zaman Rasulullah SAW adalah kaedah penghafalan. Namun,
penulisan dan catatan Al-Quran tidak diabaikan dan tiada larangan keras pada ketika
itu. Walaupun begitu, catatan Al-Quran mempunyai had keizinan daripada
Rasulullah SAW yang sesuai dengan peralatan tulisan dan cara pada zaman itu.
Penulisan ayat-ayat Al-Quran dicatatkan di atas pelepah tamar, tulang belulang dan
batu (Rosmawati Ali Mat Zin,1997).
18
Pada zaman Rasulullah SAW, Al-Quran belum dikumpulkan dalam satu
mashaf khusus. Ini kerana pada zaman itu, Al-Quran masih diturunkan dan berlaku
ayat nasakh dan mansukh. Penekanan juga tertumpu kepada arahan Rasulullah SAW,
iaitu dengan cara penyusunan salinan catatan para sahabat supaya kedudukan surah
di tempat yang tepat. Ketika Rasulullah SAW wafat, Al-Quran sudah dipelihara
dengan rapi melalui hafalan dan tulisan. Walaupun begitu, pembukuan belum
berlaku kerana lembaran-lembaran Al-Quran masih berbentuk pelepah tamar, tulang
dan kulit (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2001).
Ketika peperangan memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan
yang enggan membayar zakat pada tahun 12 Hijrah, ramai dalam kalangan sahabat
yang menghafal Al-Quran mati syahid dalam peperangan Al-Yamamah. Kira-kira 70
orang sahabat mati syahid ketika itu. Peristiwa ini membimbangkan Abu Bakar dan
sahabat yang lain. Rentetan itu, Saidina Umar RA meyakinkan Khalifah Abu Bakar
RA untuk melakukan usaha pembukuan dalam mashaf bagi memelihara Al-Quran.
(Rosmawati Ali Mat Zin,1997).
Zaid bin Thabit RA telah dipilih dalam kalangan sahabat untuk mengetuai
projek besar ini dan dibantu oleh sekumpulan sahabat yang lain. Zaid bin Thabit RA
dilihat sebagai individu yang tepat kerana beliau merupakan seorang yang bijak dan
salah salah seorang penulis wahyu, penghafal Al-Quran dan pernah menyertai
tadarus antara Rasulullah SAW dan Jibril AS.
Kaedah yang digunakan oleh Zaid bin Thabit RA ketika itu adalah menyalin
semula ayat-ayat Al-Quran yang ditulis di pelepah, batu dan tulang satu persatu
seterusnya membandingkan dengan hafalan Al-Quran para sahabat dan dirinya
sendiri. Antara langkah yang dilakukan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan ini
adalah:
i. Mengiklankan kepada masyarakat di Madinah untuk mengemukakan salinan
lembaran ayat Al-Quran yang ada dalam simpanan mereka kepada
jawatankuasa ini.
ii. Mengesahkan salinan tulisan tersebut dengan mengemukakan dua orang saksi
yang mengakui bahawa salinan tersebut pernah diimlak dan ditulis ketika
Rasulullah SAW masih hidup. Pengesahan ini merupakan syarat utama dalam
penerimaan manuskrip tulisan Al-Quran.
19
iii. Manuskrip yang diterima ini ditulis seperti mana ketika Rasulullah SAW
masih hidup. Tulisan ini tidak diletakkan sebarang titik dan baris yang
bertujuan untuk mengekalkan cara tulisan zaman Rasulullah SAW dan
sesiapa yang ingin membaca mashaf ini memerlukan guru yang membimbing
pembacaannya.
Zaid bin Thabit RA juga akan memastikan dua orang saksi yang adil bagi
mengesahkan penyaksian ke atas ayat-ayat yang diterima daripada Nabi Muhammad
SAW. Tempoh masa bagi melaksanakan tugas ini mengambil masa selama setahun.
Akhirnya usaha pengumpulan mashaf yang dihasilkan itu dikenali sebagai Mashaf
Abu Bakar.
2.2.3 Sejarah Pengumpulan dan Pembukuan Hadis
Catatan hadis nabi sudah direkodkan pada zaman Nabi Muhammad SAW hidup lagi.
Dokumen rasmi yang ada pada ketika itu sudah semakin banyak. Antara dokumen
yang rasmi yang wujud ketika itu adalah surat rasmi yang diutuskan kepada ketua
negara Semenanjung Arab dan luar Arab. Selain itu, penulisan Perlembagaan
Madinah yang merupakan Perlembagaan yang pertama dalam sejarah ditulis ketika
penghijrahan orang Islam ke Madinah. Begitu juga pengumuman pembukaan Kota
Mekah turut dicatat dalam satu naskhah dan diserahkan kepada Abu Shah di Yaman.
Sahabat yang ingin mencatat hadis yang diperoleh daripada Nabi Muhammad
SAW tidak dilarang tetapi diberi kebenaran bagi yang pandai menulis sahaja. Ini
bertujuan untuk memelihara hadis agar ia tidak hilang dan lupa.
Terdapat ramai sahabat Nabi Muhammad SAW yang pandai menulis. Antara
mereka adalah Abu Bakar, Muaz bin Jabal, Umar al-Khatab, Muawiyah Abu Sufyan,
Abdullah al-Zubir dan Jabir bin Samurah. Pada zaman sahabat, perkembangan
pembukuan tidak banyak perbezaannya dengan sebelum itu. Keadaan catatan hadis
sewaktu Nabi masih lagi berselerak dan belum dibukukan dengan baik dan kemas.
Perubahan zaman ketika kebangkitan zaman tabien menyebabkan ramai
ulama hadis bangkit untuk menyelidiki hadis yang sampai kepada mereka bagi
menapis hadis palsu yang direka-reka untuk mendokong sesuatu aliran fahaman
akidah yang berkembang pada masa itu.
20
Usaha Khalifah Umar Abdul Aziz untuk membukukan hadis dalam bentuk
kitab dilaksanakan oleh ulama ketika itu iaitu Ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhri yang
seterusnya telah menghantar beberapa hasil buku yang menghimpunkan hadis
tersebut kepada seluruh pelusuk dunia Islam.
Usaha ini berterusan sehingga ke pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah
Jaafar bin Mansur dengan mengarahkan Imam Malik untuk membuat penulisan dan
pembukuan hadis berdasarkan hukum fiqh iaitu al-Muwatta’ yang kekal sehingga
hari ini (Mohd. Muhiden Abd. Rahman, 2004).
2.2.4 Dakwah Rasulullah Melalui Surat-Surat Kepada Pembesar
Rasulullah SAW menyampaikan mesej Islam melalui surat-surat yang dihantar
kepada pembesar negara. Beberapa utusan dihantar bersama surat rasmi bagi
memastikan Islam diterima oleh golongan yang mempunyai kuasa besar pada ketika
itu.
Pada akhir tahun ke-6, setelah pulang dari perjanjian Hudaibiah, Rasulullah
SAW memperluas dakwah dengan mengirim surat kepada raja-raja yang berisi
dakwah kepada Islam.
Di antara raja-raja yang dikirimi surat oleh Rasulullah SAW adalah:
a) Raja Najasyi; Raja Habasyah (Ethiopia).
Rasulullah SAW mengutus sahabatnya ’Amr bin Umayyah ad-Dhomri kepada raja
ini. Rasulullah SAW mengirim surat yang berisi ajaran Tauhid kepada Allah dan
keimanan terhadap Nabi Isa Alaihissalam sebagai seorang Nabi dan Rasul yang
merupakan putera Maryam. Raja Najasyi menerima surat tersebut dengan positif dan
menyatakan masuk Islam. Pada tahun ke-9 Hijriah, Raja Najasyi meninggal dunia.
Rasulullah SAW menyatakan dukanya dan melakukan solat ghaib untuknya.
21
b) Raja Muqauqis, penguasa Mesir.
Untuk membawa surat ini Rasulullah SAW memilih Hathib bin Abi Baltha’ah.
Dalam surat tersebut Rasulullah SAW mendakwahkan Islam kepada beliau dengan
firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Imran ayat 64.
Raja Muqauqis menerima utusan Rasulullah SAW dengan baik, bahkan
terjadi dialog di antara keduanya. Akhirnya beliau membalas surat Rasulullah SAW
dan mengirim hadiah berupa keledai dan dua budak wanita; Mariah dan Siirin.
Namun demikian beliau tidak menyatakan masuk Islam. Mariah diambil Rasulullah
SAW sebagai budak (dan digaulinya), darinya lahir seorang anak bernama Ibrahim.
c) Raja Kisra, penguasa Persia.
Untuk menunaikan tugas ini, Rasulullah SAW mengutus Abdullah bin Huzafah as-
Sahmi. Setibanya surat tersebut di tangan Raja Kisra dan dibacanya, dengan penuh
kesombongan dan membuat penolakan terhadap seruan Rasulullah SAW. Ketika hal
tersebut disampaikan kepada Rasulullah SAW beliau berdoa :
"Semoga Allah robek (hancurkan) kerajaannya”.
Benar saja, tidak berapa lama kemudian terjadi kudeta yang dilakukan oleh
anaknya sendiri; Syirowaih bin Kisra yang membunuh bapanya dan kemudian dia
duduk di singgah sana raja.
d) Raja Herkulis, penguasa Romawi.
Untuk membawa surat ini, Rasulullah SAW mengutus Dihyah bin Kholifah al-
Kalby. Ketika itu Herkulis memanggil Abu Sufyan yang saat itu sedang membawa
kafilah dagangnya di Syam dan terjadilah dialog panjang antara keduanya tentang
jati diri Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawa.
Dari dialog tersebut tampak bahawa Rasulullah dan ajarannya adalah
sebagaimana yang telah diketahui orang-orang Ahli Kitab lewat ramalan-ramalan
yang termaktub dalam kitab-kitab mereka.
22
Bahkan dari dialog tersebut pengaruhnya dirasakan oleh Abu Sufyan,
sehingga mengantarkannya untuk masuk Islam suatu sa’at. Akibat dari surat
Rasulullah SAW, raja Herkulis memberikan kepada Dihyah sejumlah wang dan kain
sebagai hadiah kepada Rasulullah SAW.
Demikian seterusnya Rasulullah SAW mengirim utusannya untuk membawa
suratnya kepada raja-raja lainnya, sebagai bentuk dakwah Rasulullah SAW kepada
mereka. Di antara mereka ada yang masuk Islam dan ada yang tetap kafir. Tetapi
yang terpenting adalah bahawa orang-orang kafir telah mengenal Rasulullah SAW
dan dakwah beliau telah sampai kepada mereka.
2.2.5 Pembinaan Baitul Hikmah Sebagai Lambang Kemajuan Intelektual Dan
Perkembangan Ilmu Pada Zaman Abbasiyah
Baitul Hikmah telah dibangunkan oleh seorang khalifah terkenal di zaman kerajaan
Abbasiyah. Umum mengetahui bahawa Baitul Hikmah merupakan satu institusi yang
menjalankan aktiviti keilmuwan terbesar di Baghdad pada seketika dahulu. Pada
ketika itu, terdapat banyak buku yang sedia terkumpul dan memerlukan tempat khas
untuk menyimpannya. Selain dijadikan sebagai tempat penyimpanan buku-buku
ilmiah, institusi ini juga dijadikan sebagai tempat pusat pengajian tinggi dan balai
penterjemahan. Dikatakan bahawa di dalam Baitul Hikmah terdapat setengah juta
buku yang berjilid.
Galakan dan usaha pemerintahan Khalifah Harun Al- Rasyid ini turut
memberi sumbangan besar dalam perkembangan penterjemahan buku (Wahyu Ilaihi,
2007), Khalifah Harun Al-Rasyid telah menyediakan tempat khas bagi penterjemah.
Aktiviti penterjemahan buku-buku ilmuwan Islam dalam pelbagai bahasa telah
menyebabkan dakwah Islam tersebar luas ke negara lain. Antara penterjemah
terkenal lahir ketika itu adalah Abu Sahl Al Fadl, Yuhanna Masawaih, Ibn Al Bitriq,
Hunain bin Ishak, Umar bin Altarrakhan, Isha bin Hussain dan Thabit bin Qurrah
serta Keluarga Bakhtishu. Kegemilangan pentadbiran dan kemajuan intelektual di
zaman pemerintahan Khalifah Harun Al- Rasyid telah digelar sebagai zaman
kegemilangan Islam (The Golden Age Of Islam) (Samsu Adabi Mamat, 2002).
Pengumpulan, pembukuan, penulisan dan penterjemahan merupakan
komponen penting dalam penerbitan dan memberi kesan kepada proses
23
perkembangan dakwah. Pada zaman kerajaan Abbasiyah telah lahir ramai ulama
terkenal dan penulisan bukunya dirujuk oleh umat Islam sehingga hari ini. Daripada
kajian perpustakaan yang dijalankan oleh pengkaji, Jadual 2.1 menunjukkan buku
yang diterbitkan mengikut bidang disiplin ilmu yang muncul ketika itu di bawah
pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
24
Jadual 2.1 : Senarai Bidang Ilmu, Tokoh yang Melakukan Penulisan dan Penyusunan
Buku
Bidang Ilmu Tokoh Tahun lahir Buku/kitab
Bidang fiqh
Imam Abu Hanifah
80 Hijrah Kitab Fiqhul Akbar. Al Alim Wa
Mutakalim, Al- Ra’ad Ala Qadariah.
Imam Malik
93 Hijrah
Al-Muwatta’, Kitab Sunah Risalah Fi
Al-Aqidah dan Risalah Fi Fatwa.
Imam Syafie
150 Hijrah
Kitab Risalah, Kitab Al-Umm, Kitab
Usul Al Fiqh, Kitab Fiqh, Kitab
Ikhtilaf Al-Hadis dan Kitab Musnad
Imam Ahmad Hanbal
160 Hijrah
Kitab Musnad Ahmad - susunan
mengikut kategori nama sahabat.
Bidang hadis
Imam Muhammad ibn
Ismail Al-Bukhari
194 Hijrah Kitab Sahih Bukhari–susunan hadis
mengikut bab dan topik.
Imam Muslim ibn al-
Hujjaj al-Qusyairi
206 Hijrah Kitab Sahih Muslim- susunan hadis
mengikut bab dan topik
Imam Abu Daud
Sulayman al-Ash’ath al-
Sijistani
202 Hijrah Sunan Abu Daud –susunan hadis
pengikut
hukum fiqh
Imam Muhammad Ibn
Saurah al-Tirmizi
209 Hijrah Sunan al-Tirmizi- susunan hadis
pengikut hukum fiqh
Imam Ahmad Ibn
Shuayb al-Nasa’i
215 Hijrah Sunan al-Nasa’i- susunan hadis
pengikut hukum fiqh
Imam Abd Allah ibn
Muhammad ibn Yazid
ibn Majah al-Qazwini
207 Hijrah Sunan Ibn Majah- susunan hadis
pengikut hukum fiqh
112
RUJUKAN
Ab Aziz Mohd. Zin. (1997). Pengantar Dakwah Islamiyah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Ab Aziz Mohd. Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Abdul Hayei Abdul Sukor. (September 1, 2015),
http://www.drhayei.com/2010/07/tafsir-surah-al-alaq. Retrieved from
http://www.drhayei.com/2010/07/tafsir-surah-al-alaq
Abdul Karim Zaidan. (2001). Dasar-dasar Ilmu Dakwah. (H. A. Lc, Trans.) Shah
Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Abdul Manaf Bohari & Shukry Aboulgasem Amer. (2010). Perpustakaan Elektronik
Sebagai Sumber Maklumat Global: Satu Kajian Penerokaan. Seminar
Kebangsaan Teknologi Maklumat Di Perpustakaan (hlm. 1-15). Pulau
Pinang: Universiti Utara Malaysia.
Abdul Munir Ismail (2014). Dakwah suatu tuntutan dalam Islam. Tanjong Malim:
Penerbit UPSI.
Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat & Ideris Endot. (1997). Prinsip
dan kaedah dakwah dalam arus pembangunan. Bangi: Penerbit UKM.
Ahmad Mahdzan Ayob. (1997). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi Edisi Kedua .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2001). Sejarah Dakwah. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Ahmad Sunawari Long. (2011). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian
Islam. Bangi: UKM.
Ainon Mohd. (2012, November 2). Situasi Lambakan Buku Agama. Retrieved 3 Mac
Jumaat, 2014, from Universiti Terbuka PTS: http://universitipts.com
113
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 1987). Didapati Mac 2014
http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/MY/Akta_
301.pdf
Amin Ahsan Islahi. (1986). Metode Dakwah Menuju Jalan Allah. Singapura: Pustaka
Nasional.
Astin Nikmah. (2012). Dampak Penggunaan Hand Phone Terhadap Prestasi Siswa .
Jurnal Dinas Pendidikan Surabaya , 1-8.
Azhar Harun, Nawi Abdullah. (2004). Metodologi Penyelidikan Ekonomi Dan Sains
Sosial. Kuala Lumpur: Thomson Learning.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan, Kaedah Dan Statistik Penyelidikan.
Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
Faiz Al-Shahab (2014, Mei Jumaat). Keperluan e-buku. (N. Hamzah, penemubual).
Fariza Mohd Sham. (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributions Sdn. Bhd.
Fauzi Hussin, Jamal Ali & Mohd Saifoul Zamzuri Noor. (2014). Kaedah
Penyelidikan dan Analisis Data SPSS. Sintok: Penerbit UUM.
H. Asep Muhiddin. (2002). Dakwah Dalam Perspektif Al-Quran, Studi Kritis Atas
Visi, Misi, Dan Wawasan, Dakwah dalam perspektif al-Qur'an. Bandung: CV
Pustaka Setia.
Hamedi Mohd Adnan & Ana Nadhya Abrar (2006). Tanggungjawab Memastikan
Kesahihan Fakta Berkaitan Agama Dalam Penerbitan Bercetak. In H. M.
Adnan, Penerbitan Malaysia-Indonesia: mengukuhkan jaringan penerbitan
serantau (p. 165). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Hamedi Mohd. Adnan & Ana Nadhya Abrar. (2006). Penerbitan Malaysia-
Indonesia: mengukuhkan jaringan penerbitan serantau. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Ibnu Katsir. (1431H). Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Mesir: Dar Ibnul Jauzi.
Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan Suatu Sorotan. Petaling Jaya: Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya.
JAKIM. (2011). Inovasi Dan Transformasi Dakwah Melalui Media Baru Oleh Jakim.
Seminar IslamGRID Kedua (hlm. 1-49). Kuala Lumpur: JAKIM.
Jonathan Anderson dan Milicent Poole. (2011). Penulisan Tugasan dan Tesis Edisi-
4. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
114
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Magdalini Vasileiou, R. H. (2009). An overview of the e-book marketplace. Online
Information Review , vol. 33, 173-192.
Melvin L. De Fleur & Sandra Ball-Rokeach. (1992). Teori Komunikasi Massa.(Noor
Bathi Badarudin, trans.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1982).
Mohd Faisol Ibrahim, Mohd Zulkifli Muhammad & Suhaina Musani. (2008). Konsep
Pemasaran Islam Dalam Perniagaan Berasaskan Ekonomi Islam Bagi
Usahawan Muslim. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia
Ke III 2008 (hlm. 110 - 117). Port Dickson: Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia ke III (PERKEM III).
Mohd. Hajiman Jusak. (2002). Penggunaan Internet Dan Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Pengguna/Pelanggan Internet Di Kalangan Guru Pelatih
Kursus Diploma Perguruan Malaysia (Kdpm) Maktab Perguruan Batu
Lintang (MPBL) Ambilan JanuariOleh. Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pendidikan (hlm. 80-90). MPBL.
Mohd. Muhiden Abd. Rahman. (2004). Sejarah Penulisan dan Pembukuan Hadis:
Satu Sorotan. Jurnal Usuluddin, 115.
Mohd. Najib Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:
Penerbit UTM.
Mohd. Shah Che Ahmad. (2013). Potensi e-book genre agama. Kuala Lumpur:
Utusan Malaysia.
Muhammad Abu Al-Fatah Al-Bayanuniy. (2010). Ilmu Dakwah Prinsip Dan Kode
Etik Berdakwah Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah. (terj. Dedi Junaedi),
Jakarta: Penerbit Akademika Pressindo.
Nor Hazidah Awang. (2010). Buku vs e-buku. Jurnal PPM, 49-56.
Nor Raudah Siren, Y. M. (2006). Dakwah Islam semasa : konsep dan pelaksanaan.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noresah Baharom (2010). Kamus Dewan edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
115
Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Serdang :
Penerbit UPM.
Othman Talib. (2013). Tulis Tesis Cepat Teknik Efektif Dan Efisyen. Bandar Baru
Bangi : MPWS Rich Resources .
Parmjit Singh, C. Y. (2010). Panduan Komprehensif Penulisan Cadangan
Penyelidikan . Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti UPENA.
Prema Krishnan (2014). Perkembangan Buku Elektronik Di Malaysia. Universiti
Malaya: Tesis Sarjana.
Rosmawati Ali Mat Zin (1997). Pengantar Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam
Rosmawati Ali Mat Zin (1997). Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam Sdn.
Rubiyanah MA dan Ade Masturi, M. (2010). Pengantar Ilmu Dakwah. Ciputat:
Lembaga Penelitian UIN.
Ruziah Ali, Ahmad Yusairi Bani Hashim, Ahmad Zainal Abidin Razak & Abdul
Raheem Mohamad Yusof. (2011). Strategi E-Pemasaran di dalam
Transformasi Pemasaran Penerbitan Buku. Journal of Human Capital
Development, 79-89.
Samsu Adabi Mamat, W. R. (2002). Cendiakawan Islam: Prinsip Peradaban
Manusia. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
Samsul Munir Amin, M. (2009). Ilmu Dakwah. Jakarta: Amzah.
Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd. Yusof Hussain. (2004). Teori-teori
Komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sayid Abdullah Alwi Al- Hadad. (2001). Kesempurnaan dan Kemuliaan Dakwah
Islamiah (KH Abdullah Zakiy Al-Kaaf). Bandung: CV Pustaka Setia
Shahril, N.Z, Muhammad, F.M.F, Suliaman, I. (2011). Pembelajaran capaian teks
Hadith berautoriti di internet: kajian terhadap laman sesawang Islamweb.
Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa
(MUSNAD), (233-251), University Malaya.
Sidek Mohd Noah. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang: Penerbit UPM.
Siti Ezaleila Mustafa. (2006). Pemasaran di Internet: Kewujudan kedai buku dalam
talian di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 87-97.
116
Siti Ezaleila Mustafa. (2013). Buku Elektronik: Ulasan Persuratan Terhadap
Kesedaran dan Penggunaannya. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 103-117.
Susan Albert Kassim. (10 Mei 2011). Industri Penerbitan Masih Lemah. Disiarkan
pada Jumaat, Utusan Malaysia .
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di. (1423H). Taisir Al Karimir Rahman fii
Tafsiril Kalamil Mannan,. Beirut: Muassasah Ar Risalah.
Syed Arabi Idid. (2002). Kaedah Penyelidikan Komunikasi Dan Sains Sosial. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Syed Muhammad Dawilah & Mohd. Lutfi. (2009). Peranan ICT Dalam Penyebaran
Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah (1-25). Batu
Pahat: Penerbit UTHM.
Tara Lioni, H. Y. (2014). Pengaruh Penggunaan Gadget pada Peserta Didik Terhadap
Interkasi Sosial. Jurnal Kultur Demokrasi , 2 (2), 1-12.
Taufiq Yusuf Al-Wa'iy. (2011). Fiqih Dakwah Ilallah. Jakarta: Al-Itishom.
Tobi, S. U. (2013 ). Researh Methodology Cage: Understanding The Qualitative
Viewpoint . Kuala Lumpur: Aras Publisher.
Tuckman, B.W (1978), Conducting Educational Research, 2nd Ed. New York:
Harcourt Brace Jovanovich Inc.
Umar Halim & Samsudin A.Rahim. (2011). Penglibatan Digital: Akses Dan
Penggunaan E-Agama Dalam Kalangan Generasi Muda Muslim. Jurnal
Komunikasi, 121-135.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (2012 ). Panduan penulisan tesis. Batu Pahat :
Pusat Pengajian Siswazah UTHM.
Wahbah Al-Zuhaily. (2004). Tafsir Munir Juz 29. Petaling Jaya : Persatuan Ulama
Malaysia.
Wahyu Ilaihi & Harjani Hefni, (2007). Pengantar Sejarah Dakwah. Jakarta: Prenada
Media Group.
Wikipedia Ensikopedia. (2013, Mac Jumaat). E-buku. Didapatkan Mac Selasa, 2014,
daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/E-buku
Yayasan Buku Negara. (2014). Transformasi Industri Buku Negara Dalam Peradaban
Digital' ada dibincangkan dalam. Seminar dan Forum Buku Perdana (1-9).
Kuala Lumpur: Yayasan Buku Negara.
117
Zhafir Hassan Al-Ja'ban. (1389, Syawal 23). Mauqi' ad-Doktor Hassan zafir al-
Ja'ban. Retrieved Disember 30, 2014, from Dakwah Ilallah Bilkitabah.:
http://www.aljebaan.com/index.html
Zulkifli Abdul Ghani. (2003). Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd.
Zulkifli Abdul Ghani. (2010). Dakwah dalam Era Siber di Malaysia. Bandar Baru
Nilai: Penerbit USIM.