Penerangan Poster

2
PENERANGAN POSTER Warna merah jambu melambangkan ketenangan dan bersabar dalam menempuhi segala masalah yang dihadapi. Kaunselor juga perlu sentiasa bersabar dan mendengar segala masalah yang dihadapi oleh klient. Warna merah jambu juga melambangkan kelembutan dari segi percakapan dan kaunselor berkeupayaan untuk memeberi ketenangan dan semangat kepada klient dalam menangani masalah. Lingkungan jalur berwarna-warni melambangkan keluk kehidupan manusi yang sentiasa berliku. Kehidupan setiap individu berbeza-beza mengikut latar belakang keluarga masing-masing. Setiap individu juga mempunyai jaluran permasalahan yang tersendiri. Kaunselor berkeupayaaan untuk memberi sokongan moral kepada klient selepas klient meluahkan perasaan dan emosi mereka. Warna kunia pada latar belakang melambangkan warna diraja. Raja dianggap sebagai kelompok manusia yang berkeyakinan menjadi pemimpin dan berupa untuk membentuk modal insan gemilang di dalam sesuatu organisasi. Kuning juga melambangkan bahawa sikap kepimpinan boleh dipupuk melalui pelbagai je aktiviti yang dilaksanakan oleh klient dan dinilai oleh kaunselor.

description

kaunseling

Transcript of Penerangan Poster

PENERANGAN POSTER

Warna merah jambu melambangkan ketenangan dan bersabar dalam menempuhi segala masalah yang dihadapi. Kaunselor juga perlu sentiasa bersabar dan mendengar segala masalah yang dihadapi oleh klient. Warna merah jambu juga melambangkan kelembutan dari segi percakapan dan kaunselor berkeupayaan untuk memeberi ketenangan dan semangat kepada klient dalam menangani masalah. Lingkungan jalur berwarna-warni melambangkan keluk kehidupan manusia yang sentiasa berliku. Kehidupan setiap individu berbeza-beza mengikut latar belakang keluarga masing-masing. Setiap individu juga mempunyai jaluran permasalahan yang tersendiri. Kaunselor berkeupayaaan untuk memberi sokongan moral kepada klient selepas klient meluahkan perasaan dan emosi mereka. Warna kunia pada latar belakang melambangkan warna diraja. Raja dianggap sebagai kelompok manusia yang berkeyakinan menjadi pemimpin dan berupaya untuk membentuk modal insan gemilang di dalam sesuatu organisasi. Kuning juga melambangkan bahawa sikap kepimpinan boleh dipupuk melalui pelbagai jenis aktiviti yang dilaksanakan oleh klient dan dinilai oleh kaunselor. CERITA ANDA RAHSIA KAMI merupakan amanat yang perlu dipegang oleh setiap kaunselor. Rahsia klient tidak boleh didedahkan oleh kaunselor dan kaunselor perlu mengunci mulut dan tidak sewenang-wenangnya untuk membocorkan rahsia milik klient tanpa meminta izin daripada klient.Prinsip ini perlu dibawa oleh setiap kaunselor agar maruah klient dapat dijaga dan tidak berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Khidmat Terapi Berhenti Merokok merupakan salah satu terapi penting di sekolah dan perlu dilaksanakan di sekolah. Ini kerana, murid-murid sekolah rendah ada yang sudah merokok dan menjadi perokok tegar. Kaunselor perlu mendampingi klient seperti ini di sekolah rendah agar tidak menjadi ikutan rakan-rakan yang lain. Kaunseling Dalaman dan Peribadi dilakukan setiap masa oleh kaunselor. Kaunselor sentiasa ada untuk berkongsi cerita dan masalah. Klient yang mempunyai masalah peribadi boleh berhubung terus dengan kaunselor secepat mungkin agar murid tidak menghadapi kemurungan. Kursus Rajin Belajar Ilmu Bertambah merupakan kursus motivasi klient bermasalah di sekolah rendah di dalam mata pelajaran tertentu. Kaunselor akan mengadakan aktiviti luar bersama dengan klient ini agar dapat mendekatkan diri dengan klient supaya klient lebih bersemangat untuk terus maju. Kaunseling Berkelompok untuk beberapa orang murid dihimpunkan menjadi satu kumpulan. Murid ini diberi beberapa latihan untuk menaikkan semangat masing-masing. Khidmat ini biasanya dijalankan untuk kelompok murid yang mempunyai masalah yang lebih kurang sama. Khidmat Urutan Stress ini dilakukan bagi murid yang mempunyai tekanan jiwa yang minor untuk dipulihkan. Kaunselor perlu cepat untuk mendekati klient yang mempunyai masalah dalaman. Urutan ini berkeupayaan untuk meningkatkan semula diri dan akan berfikiran terbuka. Secara keseluruhan, poster ini lengkap dengan pelbagai input perkhidmatan di dalam Bilik Bimbangan dan Kaunseling. Poster ini juga mampu untuk menarik klient cilik untuk mejadi sebahagian daripada ahli Bilik Bimbingan dan Kaunseling. Klient juga akan lebih gembira dan seronok serta tenang untuk menghadapi ape jua cabaran dan rintangan dalam kehidupan.