PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2005 _ contoh
-
Upload
selvam-perumal -
Category
Documents
-
view
609 -
download
5
Transcript of PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2005 _ contoh
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH************************************
PENDAHULUAN
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti dadah telah mengistiarkan
‘Dadah Musuh Utama Negara’. Dalan hal ini , Kementerian Pendidikan Malaysia telah
diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid , guru ,
kakitangan sekolah dan ibubapa.
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi
pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid ,guru , kakitangan pendidikan dan
ibubapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman
dadah dengan meletakkan sasaran ‘ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan pengetahuan ,kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan
Dadah kepada murid, guru, kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri
daripada terjebak dengan dadah.
2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani.
3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
1
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS) SEREMBAN
2
PENASIHATGURU BESAR
CIK.GOH YIN FUN
PENGERUSIPN.HJH.KUNTEK
BT.ISMAILGPK HEM
NAIB PENGERUSIGPK KURIKULUM
GPK KO-KURIKULUM / PENYELIA PETANG
PENYELARAS PENGURUSAN
DAN KEPIMPINAN
(S/U PPDa)
SETIAUSAHASELVAM PERUMAL
( GURU PPDa)
AHLI JAWATANKUASA
PENYELARAS AKTIVITI
KURIKULUM
(GURU PJK)
PENYELARAS AKTIVITI KO- KURIKULUM
(S/U KO-KU)
PENYELARAS PEMBENTUKAN
SAHSIAH(GURU B&K DAN
DISIPLIN)
KUMPULAN SASARANMURID, GURU, KAKITANGAN , IBUBAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT
JAWATANKUASA PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAHSEK.KEB.METHODIST (ACS) SEREMBAN
PENGERUSI : PN.HJH.KUNTEK BT. ISMAIL ( GPK HEM )
NAIB PENGERUSI : PN.WONG MEI PENG ( GPK 1 )
CIK.HJH.MAZNAH MOHD NOR ( GPK KK )
PN.RAHMAH AWANG MOHD ( PENYELIA PETANG )
SETIAUSAHA : EN.SELVAM PERUMAL ( Guru PPDa & Guru Bimbingan )
AJK : 1. PN.AZIMAH AHMAD ( Bidang Kokurikulum )
2. PN.MASTURA MD BERAWI ( Bidang Kokurikulum )
3. PN.NORAIYANI ISMAIL ( Bidang Kurikulum )
4. PN.MARZILA ABAS ( Pembentukan Sahsiah )
5. PN.SHANTHA DEVI ( Bidang Kurikulum )
6. EN.MUHD HAFIZ VIKNESH ( Bidang Kurikulum )
7. EN.HARPAJAN SINGH ( Bidang Kurikulum )
RANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
3
2005
Bulan PerlaksanaanBil AKTIVITI MEI JUN JULY OGOS SEPT OKTA PENGURUSAN DAN
KEPIMPINAN1. Jawatankuasa PPDa2. Rancangan Pendidikan
Pencegahan Dadah3. Perkembangan Staf4. Program Gerak Sedar
Bersepadu (PROGRESS)5 Minggu Anti DadahB KURIKULUM1. Mesej Jauhi Dadah2. Program Intelek Asuhan
Rohani (PINTAR)3. Ceramah Anti Dadah4. Pameran Anti DadahC KO-KURIKULUM1. Aktiviti Seni Jauhi Dadah
a. Posrer Antidadahb. Penulisan Sajak
AntidadahD PEMBENTUKAN SAHSIAH1. Kemahiran Personal /
Interpersonal
( A ) PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
4
(1) PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU ( PROGRESS)
Program Gerak Sedar adalah satu aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah., PDRM , Agensi Dadah Kebangsaan , Jabatan Kesihatan , Jabatan Agama dan Pemadam.
RASIONAL
Murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah tentang bahaya dadah. Kempen adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.
OBJEKTIF
Mewujudkan kesedaran murid , guru dan masyarakat tentang bahaya dadah. Menggalakkan interaksi social positif antara murid dengan masyarakat. Murid dapat menyampaikan maklumat mengenai bahaya dadah kepada rakan-rakan
dan masyarakat.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid sekolah.
KAEDAH PERLAKSANAAN
Perhimpunan Kempen Ceramah Pameran
PERSONALIA
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru Pendidikan Pencegahan Dadah. Guru Kaunseling Guru Disiplin(B) KURIKULUM
(1) MESEJ JAUHI DADAH
5
Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.
RASIONAL
Kurikulum yang mudah yang ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.
OBJEKTIF
Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah. Memberikan kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah kearah gaya hidup
yang cemerlang. Meningkatkan kemahiran penyampaian maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah
kepada warga sekolah.
KUMPULAN SASARAN
Warga sekolah
KAEDAH PERLAKSANAAN
Perhimpunan
PERSONALIA
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Bertugas Mingguan
2. PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI ( PINTAR)
Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) merupakan satu program teras pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan
6
kokurikulum.Program ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
RASIONAL
Melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menolak gejala negative bermula di peringkat sekolah rendah lagi.
OBJEKTIF
Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh negative rakan sebaya.
Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid supaya mengatakan “TIDAK” kepada dadah
Menggalakan murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk menjauhi dadah. Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah.
KUMPULAN SASARAN
Tahap dua ( 4 , 5 dan 6 )
KAEDAH PERLAKSANAAN
Lapan waktu pengajaran setahun : 2 waktu kepada Agensi Dadah Kebangsaan . 2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia . 4 waktu kepada guru PJK .
Kem Pintar ( Peringkat Negeri )
PERSONALIA
Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan Pegawai Polis ( Jabatan Narkotik )
PENGISIAN PINTAR DALAM MATA PELAJARAN KBSR
TAHUN EMPAT
7
Perbezaan Dadah , Ubat dan Racun Jenis-jenis Dadah Kesan atau Akibat Dadah terhadap kesihatan seseorang Meningkatkan penghargaan kendiri Kemahiran mengatakan TIDAK Kemahiran membuat keputusan Kemahiran berkomunikasi
TAHUN LIMA
Faktor-faktor Penagihan Dadah Meningkatkan penghargaan kendiri Alternatif-alternatif yang sihat Pengaruh rakan sebaya Kemahiran mengatakan TIDAK Kemahiran membuat keputusan Kemahiran berkomunikasi Undang-undang Dadah Kemahiran pengurusan Tekanan.
TAHUN ENAM
Kesan dan Akibat Dadah dari segi Social , Ekonomi dan Keselamatan Negara. Masalah dadah semasa Dasar Dadah Negara dan strategi-strateginya. Penghargaan Kendiri Tingkah laku Berisiko Peranan Agensi-agensi / Masyarakat Dalam Pengawalan dan Pencegahan Dadah Media Massa dan Dadah Kemahiran Asertif
2. CERAMAH ANTI DADAH
Ceramah Anti Dadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk memerangi dadah. Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran.
8
RASIONAL
Perkongsian maklumat , pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah disampaikan melalui ceramah. Ini dapat membantu warga sekolah memperolehi maklumat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya dadah.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dadah dan kesannya Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah.
KUMPULAN SASARAN
Warga sekolah
KAEDAH PERLAKSANAAN
Semasa perhimpunan sekolah
PERSONALIA
Pegawai daripada JPN , ADK , Jabatan Narkotik PDRM , Jabatan Kesihatan , Jabatan Kastam , Jabatan Penjara , Jabatan Farmasi dan Pemadam.
3. PAMERAN ANTI DADAH
Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.
9
RASIONAL
Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah. Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah
KAEDAH PERLAKSANAAN
Semasa Sambutan Minggu PPDa
PERSONALIA
Guru Bimbingan dan kaunseling
PENGISIAN BAHAN
Gambar , buku skrap , keratin akhbar , carta , media elektronik dan bahan maujud mengenai PPDa.
( C ) KOKURIKULUM
(1) AKTIVITI SENI JAUHI DADAH
10
Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.
RASIONAL
Murid merupakan golongan remaja yang aktif yang sukakan aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai bahaya dadah.
Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran pencegahan dadah kepada murid.
Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalngan murid.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid ( Tahap 1 dan 2 )
KAEDAH PERLAKSANAAN
Poster Antidadah Deklamasi Sajak Antidadah
PERSONALIA
PN. Azimah Ahmad Pn.Mastura Md.Berawi
( D ) PEMBENTUKAN SAHSIAH
(1) KEMAHIRAN PERSONAL / INTERPERSONAL
11
Usaha memberi kemahiran personel dan interpersonal kepada murid. Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang pandai mengurus diri , bertingkah laku positif , mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang.
RASIONAL
Murid yang mempunyai kemahiran personel dn interpersonal perlu dilatih memalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketermpilan mereka terserlah.
OBJEKTIF
Melahirkan murid yang berperibadi mulia Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan Meningkatkan kemahiran tegas diri.
KUMPULAN SASARAN
Semua murid
KAEDAH PERLAKSANAAN
Bengkel Kaunseling Kelompok
PERSONALIA
Guru Bimbingan
12