pendidikan palang merah
Transcript of pendidikan palang merah
PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA.
UNIT 1: SEJARAH PALANG MERAH
JEAN HENRY DUNANT (1828-1910)
Jean Henry Dunant, terkenal sebagai bapa Palang Merah. Beliau dilahirkan pada 8
Mei 1828, di Geneva, Switzerland. Beliau merupakan anak kepada seorang peniaga yang
berjaya dan ibunya adalah seorang yang penyayang dan patuh pada agama. Beliau telah
mendapat pendidikan yang baik sehinggalah beliau telah meningkat dewasa. Beliau juga
telah menikmati segala kesenangan sehingga dewasa, hasil daripada kedudukan sosial
dan ekonomi keluarganya. Pada usia yang masih muda lagi, beliau telah mula patuh
kepada ajaran agama dan mempunyai akhlak yang tinggi.
Sejak awal usianya lagi, beliau telah terlibat dengan aktif dalam pelbagai
pergerakan dengan membabitkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Beliau juga
bergerak aktif dalam pergerakan yang menyatukan orang-orang Kristian dan Yahudi.
Beliau juga menjadi ahli sebuah organisasi yang dikenali sebagai “League of Aims” di
Geneva. Persatuan tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan rohani dan jasmani serta
membantu penduduk-penduduk yang miskin, sakit dan juga mereka yang serba
kekurangan. Beliau juga sering melawat penjara-penjara untuk berusaha membantu
menukarkan sikap dan perangai para banduan.
Ketika usianya mencecah 30 tahun., minat Dunant adalah lebih tertumpu kepada
sekumpulan organisasi di Switzerland, France dan Belgium yang terkenal dengan nama
“Young Men’s Christian Association” (YMCA). Pada awal tahun 1853, satu pergerakan
untuk menyekutukan beberapa kumpulan di Eropah menjadi sebuah organisasi, telah
dimulakan. Dunant menentang rancangan tersebut dan mencadangkan sebuah gagasan
sedunia termasuk YMCA di England patut diwujudkan dan tidak hanya terhad di Eropah
1
sahaja. Hasil daripada desakan beliau, satu persidangan YMCA sedunia telah diadakan
di Paris pada tahun 1855.
Walaupun tumpuan beliau lebih banyak kepada aktiviti-aktiviti persatuan, namun
beliau tidak hanya mengehadkan aktivitinya kepada bidang tersebut sahaja. Beliau juga
menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pada tahun 1849, beliau bekerja sebagai
perantis dalam sebuah bank di Geneva untuk mempelajari perniagaan bank. Hasil dari
ketekunannya semasa bekerja, beliau telah diberi satu jawatan sementara sebagai
pengurus besar di sebuah cawangan bank tersebut di Algeria, yang dikenali sebagai
“Colonies Suisses de Setif”. Kemudian, beliau telah berhenti bekerja dengan bank
tersebut dan memulakan perniagaannya sendiri.
Sekitar tahun 1863 dan 1864, kerjayanya semakin meningkat ke kemuncak
kegemilangannya dan selepas itu mula menurun. Orang ramai memberi sokongan, sebuah
Jawatankuasa telah ditubuhkan dan persidangan-persidangan telah diadakan. Tetapi,
dalam transformasi impiannya kepada realiti, Dunant mula menyepikan diri dan
tempatnya telah diambil alih oleh orang-orang yang lebih praktik. Tahun 1865 dan 1866
merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam pergerakan yang beliau sendiri
cetuskan melalui saranannya.
Tahun 1865 dan 1866 merupakan penyertaan Dunant yang merosot dalam
pergerkan yang beliau sendiri cetuskan melalui saranannya. Tahun 1867 merupakan
tahun yang malang bagi Dunant kerana urusan perniagaan yang diabaikannya sebelum
ini, menghadapi kemerosotan. Akhirnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya
untuk melangsaikan hutnag-hutangnya. Tidak lama kemudian, beliau telah meninggalkan
Geneva buat selama-lamanya ketika beliau berusia 39 tahun.
2
20 tahun berikutnya, Dunant menghadapi hidup yang lebih malang kerana beliau
terpaksa bergantung hidup kepada belas kasihan sahabat-sahabatnya dan elaun yang kecil
dari keluarganya.. Namun, kadang-kala beliau akan menghadirkan diri di kalangan orang
ramai di Perancis, German, Itali dan England untuk diberi penghormatan atas
sumbangannya terhadap penubuhan Palang Merah atau bersabit dengan projek-projek
lain yang ada kaitan dengannya. Pada tahun 1887, beliau tinggal di Hidden, Switzerland.
Kemudian, pada tahun 1897, kerana gangguan kesihatan dan keadaan usianya yang
saemakin lanjut, beliau telah dimasukkan ke hospital tempatan dan di situlah beliau
tinggal selama 18 tahun.
Walau bagaimanapun, jasa beliau masih dihargai oleh orang ramai. Pada tahun
1895, seorang wartawan muda dalam ekspidisinya di pergunungan berdekatan Hidden,
telah mendapat berita mengenai Dunant dan memohon untuk mewawancara beliau.
Bermula saat itu, dunia mengetahui bahawa Dunant masih hidup walaupun tinggal dalam
keadaan daif serta serba kekurangan. Tawaran untuk membantu beliau semakin
mencurah-curah.
Kemudian, pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel menganugerahkan beliau
dengan Hadiah Keamanan (Peace Prize) yang pertama, yang dikongsi bersama dengan
Frederic Passy, seorang warganegara Perancis.
Pada hari Ahad, 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant telah menghembuskan
nafasnya yang terakhir di Hidden.
3
KENANGAN SOLFERINO (JUN 1859)
Dalam suatu perjalanannya untuk menguruskan perniagaannya di Itali, Dunant
telah sampai Castiglione delle Pieve pada Jun 1859, iaitu pada tarikh yang sama tatkala
meletusnya Pertempuran Solferino. Apabila didapatinya bahawa bandar kecil tersebut
dipenuhi dengan mangsa-mangsa kematian dan kecederaan serta perkhidmatan tentera
yang ada tidak mencukupi, beliau cuba untuk membantu mereka yang sakit dan cedera
dengan sedaya upaya. Pengalaman tersebut telah menukarkan tujuan hidupnya kerana
bermula pada hari itu, beliau telah mengenepikan minatnya dalam aktiviti-altiviti
perniagaan dan menumpukan pemikirannya untuk mencari jalan bagaimana untuk
penderitaan boleh dielakkan atau sekurang-kurangnya diringankan dalam peperangan
yang akan datang.
Kejayaan kerjaya beliau bermula selepas penerbitan bukunya iaitu “Kenangan di
Solferino” pada bullan November 1862. Saranan beliau supaya persatuan-persatuan yang
mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara
untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera dalam peperangan, telah
mendapat sambutan orang ramai yang luar biasa. Tambahan pula, konsep beliau iaitu
konsep triti antarabangsa di antara negara untuk menentukan penjagaan orang-orang
sakit, telah menarik minat ramai.
Beliau telah mengembara ke beberapa buah ibu kota di Eropah selepas itu. Buku
yang menceritakan pengalamannya di Solferino telah dicetak dan dihadiahkan kepada
semua ketua-ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik,
buku tersebut telah berjaya menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Kehadiran
beliau telah disambut baik dan beliau berkesempatan berbincang dan berbicara dengan
ramai orang yang berpengaruh. Raja-raja dan orang ramai menghormati beliau ketika
beliau menerangkan saranan dan cadangannya walaupun masih ada segelintir daripada
mreka yang masih kurang pasti akan pendapatnya itu. Dalam buku tersebut, beliau telah
mencadangkan:
Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan
orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan.
4
Kedua : mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana
pasukan hendaklah dibantu .
Jawatankuasa Berlima
Dunant mendapati bahawa Geneva merupakan tempat yang sesuai untuk
memulakan kegiatan kemanusiaan. The Societe Genevoise d’Utilite Publigue yang
dipengerusikan oleh Gustave Moynier, seorang peguam muda, telah menunjukkan
minatnya terhadap saranan yang dikemukakan oleh Dunant. Bersama-sama Dunant,
Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounier, Gustave Moynier
dengan tidak berlengah lagi mula menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi
membantu mereka yang tercedera.
Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa
Palang Merah (International Committee of the fed Cross – ICRC). Delegasi tidak
rasmi daripada 16 buah negara telah bermesyuarat di Geneva daripada 26 hingga 29
Oktober 1863 dan bersetuju meluluskan Resolusi jawatankuasa Geneva. Negara-negara
tersebut bersetuju untuk mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian yang
berkenaan di negara masing-masing bagi membantu keberkecualian bagi mereka yang
tercedera dan juga yang merawat serta menjaga mereka, telah dimaktubkan dalam
suratcara diplomatik. Pekerja-pekerja bantuan dan alat-alat perubatan mereka akan
dilindungi oleh sebuah lambang khas, iaitu Palang Merah yang berlatarbelakangkan
warna putih.
Tidak lama kemudian, lambang tersebut telah muncul di medan pertempuran.
Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus di antara Prussia dan Denmark.
Jawatankuasa tersebut telah menghantar Dr. Louis Appia untuk bertugas dengan tentera
Rusia. Palang Merah pada kain pergelangan lengannya telah membantu pergerakannya di
medan perang. Walau bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan yang telah ditubuhkan di
beberapa buah negara hasil daripada persidangan tahun 1863, terutama di negara
Jerman, telah menghadapi masalah di medan perang kerana tugas-tugas mereka
5
memerlukan pengiktirafan secara rasmi. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengadakan
satu persidangan yang dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negara yang diberi kuasa untuk
melibatkan diri bagi pihak negara masing-masing.
KONVENSYEN GENEVA PERTAMA (1864)
Pada bulan Ogos 1864, kerajaan Switzerland telah mengadakan satu “Persidangan
Diplomatik” di Geneva atas desakan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.
Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah negara. Konvensyen
Geneva telah ditandatangani pada 22 Ogos 1864 oleh wakil-wakil 12 buah negara dan
Negara-negara lain kemudiannya, bagi memperbaiki keadaan tentera yang cedera di
medan pertempuran.
Kewujudan Konvensyen Geneva yang pertama itu telah membuka satu lembaran
penting dalam sejarah manusia. Sebelum itu, peperangan dan Undang-undang dianggap
sesuatu yang tidak dapat diselaraskan. Konvensyen tersebut juga telah menunjukkan
bahawa undang-undang boleh dikuatkuasakan walaupun dalam masa perang dan
mengenakan peraturan-peraturan kemanusiaan tertentu kepada anggota-anggota kombat.
Melalui persidangan tersebut juga, satu rancangan yang istimewa telah disyorkan
untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital
tentera dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor ini telah diterima pakai dalam
Konvensyen Geneva. Konvensyen tersebut mengandungi 10 artikel dan mengenalkan
“Keberkecualian”. Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai anggota kombatan
dan tidak boleh ditawan. Selain itu, anggota-anggota awam yang memberi bantuan
kepada mereka yang tercedera haruslah dihormati. Anggota-anggota tentera dan hospital-
hospital pula diiktiraf sebagai berkecuali. Lambang Palang Merah dijadikan satu simbol
istimewa yang memberikan kekebalan daripada serangan.
6
Konvensyen tahun 1864 ini merupakan asas bagi kerja-kerja kemanusiaan dalam
masa perang di antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Perang Sepanyol-
Amerika tahun 1898, dan perang Russia-Jepun tahun 1904. Dalam jangka masa selepas
Konvensyen Geneva Pertama ditandatangani, Palang Merah sering dijemput untuk
bertugas di medan perang. Pertubuhan tersebut juga mengadakan persidangan-
persidangan yang mengumpulkan delegasi-delegasi daripada Pertubuhan-pertubuhan
Kebangsaan, dari JAPM (ICRC), dan wakil-wakil Negara yang menjadi pihak keapada
Konvensyen Geneva. Tujuan persidangan-persidangan tersebut adalah untuk
mencadangkan menerima-pakai rukun-rukun antarabangsa yang baru berasaskan kepada
pengalaman.
Persidangan pertama diadakan di Paris pada tahun 1867, berikutnya diadakan di
Berlin (1869), Geneva (1884), Karisruhe di Rome (1892), Vienna (1897), dan Saint
Petersburg (1902). Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas mewujudkan Persatuan-
persatuan Kebangsaan yang baru. Mereka telah menubuhkan 22 Persatuan-persatuan
Kebangsaan dalam masa 10 tahun yang pertama. Semua negara di Eropah, termasuk
Rusia dan Turki, bersetuju menerima Konvensyen Geneva 1864.
Pada tahun 1867, semasa berperang dengan Rusia, Turki telah memberitahu
Kerajaan Swiss sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa ia akan menggunakan
ambulansnya dengan lambang bulan sabit merah sebagai ganti palang merah. Ini
kemudiannya telah diikuti oleh kebanyakan Negara-negara Islam yang lain.
7
Empat konvensyen Geneva (1949)
Pada hari ini terdapat empat Konvensyen Geneva, yang mana kesemuanya
bertarikh 12 Ogos 1949. Ini adalah hasil usaha berpanjangan menjangkau masa selama
satu abad untuk memperbaiki perlindungan yang diberi oleh konvenyen pertama serta
meluaskan perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata.
Langkah pertama sewajarnya adalah jelas iaitu meluaskan perlindungan yang
diberi kepada ambulans dan hospital dalam Konvensyen Geneva Pertama pada tahun
1864 kepada bot-bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal tersebut. Pada tahun
1899, satu Konvensyen (sekarang dikenali sebagai Konvensyen Geneva Kedua) telah
diterima pakai yang memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan
yang karam di laut.
Semasa Perang Dunia Pertama (1914-1918), ramai yang dijadikan tawanan
perang dan ditahan sekian lama dalam keadaan yang menyedihkan. Justeru itu, pada
tahun 1929, satu konvensyen (kini dikenaki sebagai Konvensyen Geneva ketiga) telah
diterima pakai yang memberi perlindungan kepada tawanan perang (POW).
Peperangan Dunia Pertama juga telah menunjukkan betapa perlunya perlindungan
kepada orang-orang awam, di mana kadangkala penderitaan mereka adalah lebih
sengsara berbanding anggota tentera yang menjadi tawanan perang. Jawatankuasa
Antarabangsa telah menyediakan satu kertas kerja mengenai hal ini, tetapi tidak
mendapat sambutan. Namun, hanya selepas Peperangan Dunia Kedua sahaja (1949),
Persidangan Diplomatik menerima pakai Konvensyen Geneva Keempat yang
melindungi orang-orang awam yang berada dalam tawanan musuh.
Persidangan yang sama juga telah telah menyemak semula Konvensyen-
konvensyen yang ada, dan hasilnya, wujudlah Empat Konvensyen Geneva yang
bertarikh 12 Ogos 1949.
8
Keempat-empat Konvensyen Geneva ini masih juga tidak lengkap untuk memberi
perlindungan yang sewajarnya. Justeru itu, pada tahun 1977, dua Protokol Tambahan
kepada Konvensyen Geneva tahun 1949 iaitu Protokol I, adalah berkaitan dengan konflik
bersenjata antarabangsa dan antara lain menambahkan lagi perlindungan yang diberikan
kepada semua orang awam daripada kesan keganasan perang. Dalam Protokol II, ia juga
memperkukuhkan lagi perlindungan yang diberikan berkaitan dengan konflik bersenjata
bukan antarabangsa (perang saudara)dan menambahkan lagi perlindungan yang
diberikan kepada mereka.
9
Emblem Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
☺Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan
kepada
Switzerland (Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih
adalah
warna-warna bendera Kebangsaan Swiss yang terkalih).
☺diwujudkan dengan satu tujuan tertentu iaitu:
-untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera
semasa peperangan
-untuk menetukan perlindungan kepada anggota-anggota yang
menjaga dan merawat mereka yang cedera.
☺apa jua penyalahgunaan lambang ini merupakan suatu
perlanggaran yang serius terhadap Undang-undang Antarabangsa.
10
☺Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang
dengan Rusia selama enam bulan, tiba-tiba mengumumkan
kepada Majlis Persekutuan Swiss sebagai penjaga
Konvensyen Geneva, bahawa lambang palang merah
menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya.
☺oleh itu, mereka memutuskan untuk menggunakan
lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan ambulans
mereka.
☺langkah tersebut kemudiannya telah diikuti oleh banyak
Negara-negara Arab atau Negara-negara yang mempunyai
ramai penduduk muslim.
☺29 buah Negara sekarang menggunakan lambang bulan sabit
merah untuk menandakan orang-orang dan barang-barang
yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.
► Kedua-dua lambang ini, Palang Merah dan Bulat Sabit Merah dilindungi oleh
Konvensyen Genevasejak tahun 1929. Walau bagaimanapun, negara-negara
hendaklah memilih lambang mana yang digunakan dalam persidangan diplomatik.
► Penggunaan lambang-lambang tersebut hendaklah dikawal oleh setiap Negara yang
menandatangani Konvensyen Geneva.
► Lambang-lambang ini hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal
laut, bangunan, pembinaan dan juga orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan
mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Lambang-lambang ini tidak boleh
digunakan untuk tujuan perniagaan dan publisiti.
► Pengecualian penggunaan lambang-lambang ini:
Persatuan Palang Merah dibenarkan menggunakan lambing ini untuk mengenalpasti
bangunan, barang-barang dan kenderaan-kenderaan kepunyaan mereka.
► Anggota mereka juga sering memakai pakaian seragam dan insignia yang
11
menggunakan lambang tersebut. Dalam hal ini, lambang tersebut mestilah kecil,
supaya tidak keliru dengan lambang perlindungan semasa perang.
Penggunaan Lambang
Untuk menentukan bahawa lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
digunakan sebagai lambang pelindung dan pada masa yang sama boleh juga digunakan
oleh Persatuan Kebangsaan sebagai lambang Perasatuan, satu sistem bagi melindungi
penggunaan lambang telah ditetapkan oleh Konvensyen Geneva tahun 1949.
Peraturan-peraturan ini yang telah diperluaskan lagi oleh Protokol 1 tahun 1977
adalah berdasarkan kepada perbezaan penggunaan lambang sebagai tujuan pelindung
(protective) dan pengenalan (indicative).
Penggunaan sebagai Pelindung (Protective Use)
Sebagai alat pelindung, lambing ini digunakan dalam masa perang untuk
melindungi anggota-anggota atau alat-alat seperti anggota-anggota perubatan, bangunan,
kenderaan dan sebagainya. Pada umumnya, penggunaan cara ini adalah hak sesebuah
negara dan perkhidmatan perubatan tentera mereka.
Selain itu, Persatuan Kebangsaan yang membantu perkhidmatan perubatan ketika
peperangan juga berhak menggunakan lambang tersebut sebagai lambang pelindung
semasa dalam peperangan sahaja.
Penggunaan lambing sebagai alat pelindung juga boleh digunakan oleh
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan Persekutuan (IFRC), dan anggota-
anggota mereka, sama ada bagi tujuan perubatan atau sebaliknya.
Apabila digunakan sebagai alat pelindung, lambang tersebut hendaklah besar
saiznya bersesuaian dengan bangunan atau kenderaan yang menggunakannya, supaya
ianya jelas kelihatan dari jauh. Seumpamanya lambang pelindung yang dipaparkan di atas
bumbung hospital, di atas dek atau di sebelah tepi kapal hospital dan di sebelah tepi
kenderaan yang mengangkut orang-orang sakit.
12
Penggunaan sebagai Pengenalan (Indicative Use)
Sebagai alat pengenalan, lambang tersebut hanya menunjukkan bahawa
penggunaanya, sama ada orang atau alat-alat, yang ada kaitan dengan Palang Merah atau
Bulan Sabit Merah, tetapi tidak semestinya di bawah perlindungan Konvensyen Geneva.
Justeru itu, Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sebagai tanda
pengenalan hendaklah kecil saiznya dan haruslah digunakan supaya tidak menimbulkan
kekeliruan dengan lambang yang digunakan sebagai pelindung. Oleh yang demikian, ia
tidaklah seharusnya dipapar di atas bumbung atau di atas pergelangan lengan.
Adalah penting ditegaskan di sini bahawa Persatuan Kebangsaan hendaklah
berusaha supaya ahli-ahlinya dan juga orang ramai diberitahu tentang penggunaan
lambang ini secara betul. Umumnya, dalam masa aman, Persatuan Kebangsaan boleh
menggunakan lambang tersebut sebagai alat pengenalan (indicative device) sejajar
dengan perundangan negara. Mereka juga boleh terus menggunakan lambang tersebut
sebagai alat pengenalan dalam masa perang, selagi ianya tidak menimbulkan kekeliruan
dengan penggunaannya sebagai alat perlindungan.
13
Penyalahgunaan Lambang
Lambang Palang Merah dan Bulan Sabit Merah sering digunakan oleh
pertubuhan-pertubuhan dan individu yang tidak berkaitan dengan pergerakan Palang
Merah. Lambang ini dianggap oleh mereka sebagai simbol untuk pertolongan dan
kesihatan. Hal ini merupakan salah satu kes penyalahgunaan lambang dan ianya berlaku
di seluruh dunia termasuklah hospital, doktor swasta, ambulans, kedai-kedai menjual ubat
serta perkhidmatan kerajaan atau swasta yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.
Pada hakikatnya, apa jua penggunaan lambang tanpa kebenaran dari Persatuan
Kebangsaan adalah dianggap salah, sama ada digunakan bagi tujuan komersial ataupun
tidak. Langkah-langkah tegas haruslah diambil oleh semua negara untuk mengawal
penggunaan lambang ini untuk mencegah daripada penyalahgunaanya.
Melindungi lambang daripada penyalahgunaannya adalah satu perkara penting
jika kita ingin menentukan penghormatan berterusan diberi kepada pergerakan Palang
Merah dan aktiviti-aktivitinya di seluruh dunia; sama ada dalam masa perang atau aman.
Akhirnya, penyalahgunaan lambang dalam masa aman akan memusnahkan
keutuhan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sebagai alat pelindung dalam
masa perang kerana ianya tidak lagi dihormati sebagai simbol pelindung yang boleh
menyelamatkan nyawa kepada mereka yang harus diberi perlindungan.
14
TARIKH
ASAL
KONVENSYEN TARIKH VERSI
SEMASA
1864
1899
1906
1949
1977
1977
KONVENSYEN GENEVA PERTAMA
Konvensyen Geneva bagi memperbaiki
keadaan anggota-anggota yang cedera dan
sakit di medan perang.
KONVENSYEN GENEVA KEDUA
bagi memperbaiki keadaan anggota-anggota
yang cedera, skit dan karam di laut.
KONVENSYEN GENEVA KETIGA
Berkait dengan perihal layanan orang-otang
tawanan perang.
KONVENSYEN GENEVA KEEMPAT
Berkait dengan perlindungan orang-orang
awam dalam masa perang.
PROTOKOL 1
Protokol Tambahan kepada Konvensyen
Geneva 12 Ogos 194, berkaitan dengan
perihal perlindungan kepada mangsa konflik
bersenjata antarabangsa.
PROTOKOL 2
Protokol Tambahan kepada Konvensyen
Geneva 12 Ogos 1949, dan berkaitan dengan
perihal konflik bersenjata bukan antarabangsa.
12 Ogos 1949
12 Ogos 1949
12 Ogos 1949
12 Ogos 1949
8 Jun 1977
8 Jun 1977
15
UNIT 2: PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH
(1) KEMANUSIAAN
-Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
dilahirkan dengan hasrat memberi pertolongan tanpa membeza-bezakan
mereka yang tercedera di medan perang.
-Berusaha dengan keupayaannya di arena antarabangsa dan negara.
-Mencegah dan meringankan penderitaan manusia di mana jua ianya
wujud.
-Melindungi nyawa dan menjaga kesihatan.
-Memastikan hormat-menghormati sesame manusia.
-Mumupuk kesefahaman, menjalin persudaraan, kerjasama dan keamanan
Yang kekal di kalangan manusia.
(2) KESAKSAMAAN
-tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa, kaum, kepercayaan
agama, darjat atau fahaman politik.
-berusaha meringankan penderitaan individu semata-mata kepada
keperluan mereka.
-memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius.
(3) KEBERKECUALIAN
-pergerakan tidak boleh menyertai mana-mana pihak yang berperang atau
melibatkan diri pada bila-bila masa dalam perbalahan-perbalahan yang
berunsur politik, perkauman, agama atau ideologi.
(4) KEBEBASAN
-pergerakan adalah bebas
-mengekalkan otonominya supaya sentiasa dapat mengikut prinsip-prinsip
16
pergerakan.
(5) KHIDMAT SUKARELA
-pergerakan bantuan sukarela yang bukan didorong dalam apa hal jua
sekalipun oleh hasrat untuk mendapatkan keuntungan.
(6) KETUNGGALAN
-hanya SATU sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang
harus wujud dalam sesebuah negara.
-terbuka kepada semua rakyat.
-menjalankan tugas kemanusiaan di semua negara.
(7) KESEJAGATAN
-Dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, semua
Persatuan mempunyai taraf yang sama serta memikul tanggungjawab
yang sama rata
-merupakan satu pergerakan sedunia.
17
UNIT 4: PERGERAKAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
SEJARAH
Kelahiran Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah di Malaysia mempunyai
persamaan dengan kelahiran Palang Merah itu sendiri. Peperangan Dunia Kedua dan
waktu pendudukan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita
dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan.
Unit Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau
Pinang pada tahun 1950, yang kemudiannya menjadi satu Cawangan. Pada bulan
Februari 1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan
bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang
Merah British.
Majlis Cawangan baru ini telah memutuskan bahawa Cawangan-cawangan
setempat hendaklah ditubuhkan pada tiap-tiap sembilan buah negeri dan kedua-dua
negeri Selat. Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di
Perak, Terengganu dan Selangor.
Pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain ditubuhkan di Melaka, Johor dan
Pahang. Dalam masa kemuncak darurat, Cawangan telah menghantar 25 pasukan Palang
Merah untuk tugas-tugas kebajikan di kampung-kampung bari di Perak, Terengganu dan
Selangor.
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957, Duke of
Gloucester yang mewakili Ratu British di perayaan Merdeka dan juga selaku Pengerusi
Majlis Persatuan Palang Merah Bitish, telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan
Jawatankuasa Eksekutif Palang Merah Cawangan Persekutuan Tanah Melayu di Kuala
Lumpur.
18
Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib Pengerusi Persatuan Palang
Merah British menghadiri satu upacara khas di Kuala Lumpur untuk penyerahan panji-
panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru.
Pada 4 Julai 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah
menerima pengiktirafan rasmi, sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas
daripada Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC). Selepas itu, persatuan
ini diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah pada 24 Ogos 1963.
Akta Persatuan Palang Merah (Perbadanan)
Apabila telah diwujudkan pada September 1963, satu Akta untuk menyerapkan
Persatuan Palang Merah Persekutuan tanah Melayu dan Cawangan-cawangan Persatuan
Palang Merah British di Sabah, Sarawak dan Singapura di bawah nama “Persatuan
Palang Merah Malaysia” telah diluluskan oleh Parlimen melalui Akta Persatuan Palang
Merah Malaysia (Perbadanan) Akta 1965 (Akta No. 47 tahun 1965).
Dalam tahun 1975, Parlimen Malaysia meluluskan Akta Persatuan Palang Merah
Malaysia (Akta 1962) yang telah menerima Persetujuan DiRaja pada 21 Ogos 1975 dan
diwartakan pada 4 September 1975.
Dengan kelulusan akta ini, nama dan lambang Persatuan ini telah ditukar kepada
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Kebenaran untuk menggunakan lambang Bulan
Sabit Merah yang berlatarbelakangkan putih dan perkataan-perkataan “Bulan Sabit”
diletak sebagai hak kepada persatuan tersebut.
19
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah salah sebuah daripada 175
Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan di seluruh dunia dan ianya
menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan-peresatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah, satu Persekutuan persatuan-persatuan Palang Merah Bulan Sabit Merah
Kebangsaan, yang ditubuhkan pada tahun 1919 yang beribu pejabat di Geneva.
Persatuan Palang Merah Malaysia mempunyai lebih daripada 230,000 ahli
di seluruh negara yang diatur mengikut Cawangan, Cabang, Cabang Kecil dan Unit.
Keahlian persatuan ini telah dibuka kepada semua rakyat di Malaysia tanpa diskriminasi
berdasarkan kaum, jantina, darjat, agama dan fahaman politik.
20
STRUKTUR DAN ORGANISASI
1. Struktur Organisasi Persatuan
(i) Satu organisasi pusat mengandungi:
(a) Senat PBSMM
(b) Majlis Kebangsaan
(c) Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
(d) Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan
(ii) Cawangan-cawangan dan Jawatankuasanya dan beberapa Jawatankuasa Kecil
masing-masing dalam tiap-tiap negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan
Malaysia.
(iii) Unit-unit kecil dan Jawatankuasa masing-masing.
● Senat PBSMM
(i) Senat PBSMM adalah badan tertinggi sekali dalam struktur organisasi
PBSMM tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif dan mengandungi tidak
lebih daripada 25 Senator pada sesuatu masa.
(ii) Perlantikan Senator PBSMM akan ditentukan atas budi bicara Majlis
Kebangsaan dan dilantik daripada kalangan ahli-ahli PBSMM yang terkenal
sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan mereka yang terpuji dan
cemerlang kepada Persatuan.
(iii) Peranan utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan matlamat
Persatuan sejajar dengan Prinsip-prinsip Pergerakan.
21
● Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan merupakan badan yang terpenting yang mempunyai kuasa
mengendalikan pengurusan serta pengawalan semua hal ehwal Persatuan. Ia
mengandungi anggota-anggota seperti berikut:
(a) Pengerusi Kebangsaan
(b) Timbalan Pengerusi Kebangsaan
(c) 4 Naib Pengerusi Kebangsaan. (seorang daripadanya dipilih di kalangan
Pengerusi Cawangan)
(d) Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan
(e) Tidak lebih daripada lima ahli dipilih
(f) Dua orang wakil daripada tiap-tiap Cawangan yang terdiri sama ada Pengerusi
Cawangan, Naib Pengerusi Cawangan, Pengarah Cawangan, Setiausaha
Kehormat Cawangan dan Bendahari Kehormat Cawangan.
(g) Pengarah Perkhidmatan Perubatan angkatan Tentera Malaysia
(h) Ketua Pertubuhan Perubatan Malaysia (MMA)
(i) Seorang wakil daripada tiap-tiap Kementerian Kerajaan yang bertanggungjawab
mengenai Pendidikan, Alam Sekitar, Hal Ehwal Luar Negara, Kesihatan, Hal
Ehwal Dalam Negeri dan Belia.
Majlis Kebangsaan mengadakan sekurang-kurangnya tiga mesyuarat dalam
setahun dan memerlukan 1/3 kehadiran ahli untuk membentuk korum.
22
● Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
Pengurusan seharian mengenai hal ehwal Persatuan adalah tanggungjawab
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan yang harus pada sebilangan masa serta bertindak
sejajar dengan arahan dan keputusan pihak Majlis Kebangsaan.
Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada:
(a) Pemegang Jawatan Utama (Pengerusi dan Timbalan Kebangsaan, Naib-naib
Pengerusi dan Bendahari Kehormat Kebangsaan)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan
(c) Wakil daripada setiap kelima-lima zon.
Pengerusi Kebangsaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan dan
mengadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap 2 bulan.
Antara kuasa lain bagi Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan ialah:
(a) untuk menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agung oleh Majlis
Kebangsaan serta melantik kakitangan yang bergaji serta menentukan syarat-
syarat perkhidmatan mereka.
(b) untuk memberi pertimbangan dan melulus atau menolak perlantikan ahli-ahli
Jawatankuasa Cawangan yang dipilih selain daripada Pengerusi Cawangan
yang dicalonkan oleh Jawatankuasa Cawangan.
(c) untuk mendisiplin dan dengan pertimbangan yang saksama menentukan
pemberhentian, pembuangan atau memansuhkan keahlian mana-mana ali
Persatuan yang tidak termasuk sebagai ahli-ahli Senat PBSMM atau ahli-ahli
Majlis Kebangsaan.
23
● Jawatankuasa Kebangsaan
Semua aktiviti PBSMM adalah dibawah tanggungjawab pelbagai Jawatankuasa
Kebangsaan. Pada masa ini, terdapat 12 Jawatankuasa Kebangsaan dan tiap-tiap satu
diketuai ole Pengerusiya masing-masing.
Berikut adalah Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan:
(a) Reaksi Kecemasan
(b) Perkhidmatan Ambulans
(c) Program Darah
(d) Perkhidmatan Kesihatan dan Masyarakat
(e) Hal Ehwal Undang-undang dan Undang-undang Kemanusiaan
(f) Latihan
(g) Tenaga Manusia
(h) Hal Ehwal Antarabangsa
(i) Perhubungan Raya
(j) Kutipan Derma
(k) Bangunan
(l) Pengurusan
Pengerusi Jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah ahli Jawatankuasan Eksekutif
Kebangsaan dan juga ahli-ahli Majlis Kebangsaan dan mereka dipilih dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
24
2. Aktiviti-aktiviti
Sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang membantu kerajaan, Persatuan ini telah
memberikan banyak sumbangan. Antaranya, meberikan perkhidmatan perundingan
dalam kegiatan persediaan bencana, operasi bencana dan bantua, memantu Kementerian
Masyarakat menubuh dan mentadbir Pusat-pusat Bantuan Bencana, menyedia dan
mengagihkan makanan, pakaian dan bekalan ubat kepada pihak polis, tentera dan Jaatan
Pertahanan Awam berkaitan dengan operasi-operasi menyelamat, memindah dan
memberi bantuan pertolongan cemas dan kesiatan kepada mangsa-mangsa mala petaka.
Antara aktiviti-aktiviti PBSMM:
● Persediaan dan bantuan bencana
● 999 24 jam Perkhidmatan Ambulans bagi Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
● Perkhidmatan Masyarakat dan Kesihatan
- Program Darah
- Penyalahgunaan Dadah
- Telekaunseling
- Teledra
● Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
● Latihan
● Penubuhan unit baru dan menambah keahlian
● Program Bantuan kepada Orang-orang Bot Vietnam
● Kutipan Derma
● Perhubungan awam
● Hal Ehwal Antarabangsa
● Aktiviti-aktiiti dan latihan untuk kanak-kanak, belia dan pasukan bantuan
sukarela.
25
(a) Persediaan dan Bantuan Bencana
Ahli-ahli Sukarela yang terlatih di semua 15 cawangan dan 108 Daerah boleh
dikerahkan serta-merta:
(i) Membantu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
mentadbir Pusat-pusat Pemindahan
(ii) Membantu Angkatan Tentera, Polis dan Pertahanan Awam dalam kerja-
kerja memindah dan menyelamat mangsa-mangsa bencana.
(iii) Membantu Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan-
perkhidmatan perubatan dan kesihatan di pusat-pusat pemindahan.
(b) 24 Jam Perkhidmatan Ambulans
24 jam, kenderaan Ambulans siap sedia untuk kecemasan di Kuala Lumpur dan
Petaling Jaya.
(c) Perkhidmatan Masyarakat
● Program Derma Darah
- Persatuan memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan
penderma-penderma darah melalui penganjuran kempen-kempen dan
syarahan-syarahan, menerangkan dan menggalakkan orang awam untuk
menjadi penderma.
● Penyalahgunaan Dadah
- Perkhidmatan Salahgunaan Dadah ini memberi khidmat 2 kali seminggu
melalui Kaunseling Telefon Talian Penting.
- Melatih pelatih di pusat rawatan pemulihan sementara dalam bidang
Pertolongan Cemas dan Persediaan Bantuan Bencana.
● Telekaunseling
- Memberi khidmat 24 jam melalui telefon dan juga perjumpaan semuka
yang bertujuan untuk memberi khidmat kaunseling kepada masyarakat
seluruh negara.
26
● Teledra
- Perkhidmatan Teledra yangdikendalikan 24 jam melalui telefon untuk
mengatasi masalah penderaan kanak-kanak secara percuma.
(d) Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA)
UUKA menumpukan perhatian kepada kehidupan dan kebajikan individu dalam
masa aman dan juga perang.
Mesej Persatuan, 7 Prinsip dan UUKA telah diperluaskan di sekolah-sekolah,
anggota-anggota Angkatan Tentera dan Polis serta kepada orang awam umumnya melalui
risalah-risalah, syarahan-syarahan dan seminar-seminar.
(e) Latihan dan aktiviti-aktiviti
Proram Latihan telah disesuaikan untuk menghasilkan ahli yang mahir, berdisiplin
dan mampu mengendalikan pelbagai fungsi yang boleh menyahut kepada keperluan
masyarakat, Persatuan dan negara.
PBSMM telah mengendalikan pelbagai kursus latihan untuk ahli-ahlinya. Sukatan
pelajaran yang baru diwujudkan dan PBSMM tidak lagi hanya menumpukan kepada
latihan Pertolongan Cemas sahaja. Mata pelajaran lain diperkenalkan termasuklah:
Pendidikan Kesihatan, Rawatan Rumah, Reaksi Kecemasan, Pendidikan Palang
Merah/Bulan Sabit Merah dan Undang-undangKemanusiaan Antarabangsa. Di samping
mengendalikan Latihan Pertolongan Cemas untuk keperluan sijil peperiksaan PBSMM,
kursus-kursus pertolongan cemas yang lain juga diadakan seperti Kursus Pertolongan
Cemas untuk Industri (8 jam) dan Pertolongan Cemas untuk Rumah (6 jam). Sijil
Pepeiksaan PBSMM terbahagi kepada tiga peringkat:
1. Sijil Peperiksaan PBSMM untuk sekolah
(a) Pendidikan Palang Merah / Bualan Sabit Merah
(b) Pertolongan Cemas Kemasyarakatan
27
2. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Asas
(a) Pendidkan Palang Merah / Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa
(b) Pertolongan Cemas Asa
(c) Reaksi Kecemasan
(d) Pendidikan Kesihatan atau Rawatan Rumah
3. Sijil Peperiksaan PBSMM Peringkat Lanjutan
(a) Pertolongan Cemas Lajutan
(b) Pentadbiran dan Pengurusan
(f) Program Bantuan kepada Orang-orang Bot Vietnam
Satu daripada usaha-usaha dan sumbangan Persatuan yang cemerlang sebagai
pertubuhan kemanusiaan adalah komitmen dan penglibatannya dengan kebajikan dan
kepentingan Orang-orang Pelarian Vietnam (OPV) di Malaysia. Selaras dngan objektif
penubuhannya, PBSMM menyahut panggilan pertolongan pada tahun 1975 apabila
kumpulan seramai 47 orang OPV mendarat di Pulau Perhentian berhampiran Pantai
Negeri Terengganu.
(g) Perkhidmatan mengesan dan mengepos
Mengesan dan mencari orang yang hilang adalah satu daripada perkhidmatan
tradisi Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah. Perkhidmatan ini adalah selaras
dengan keperluan dan kehendak Prinsip Kemanusiaan yang mengambil berat tentang
meringankan kerisauan fikiran akibat kehilangan keluarga.
Tujuan perkhidmatan Mengesan dan Mengepos (Tracing and Mailing Services)
Adalah seperti berikut:
(i) mengesan / mencari dan mewujudkan perhubungan semula di antara
ahli-ahli keluarga yang terpisah dan membantu membolehkan mereka
mendapat sokongan untuk menetap di Negara Ketiga.
28
(ii) untuk memberi perkhidmatan mengepos surat dan sebagainya kepada
Orang-orang Bot Vietnam yang ditempatkan di kem-kem di Malaysia.
(h) Perhubungan Awam
Persatuan hendaklah sentiasa memberi imej yang baik supaya mendapat
pengiktirafan dan kepercayaan awam. Pertolongan Profesional yang diterima secara
sukarela dari agensi-agensi pengiklanan dan perhubungan mesra dan rapat dengan
akhbar-akhbar dan media elektronik dapat memastikan aktiviti-aktiviti Perhubungan
Awam Persatuan dan kejayaannya diterima dan difaham oleh orang awam.
Aktiviti Perhubungan Awam ditonjolkan melalui:
● Berita Bulan Sabit Merah tiga bulan sekali
● Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia
● Perbarisan
● Pameran
● Syarahan dan Pertunjukan Filem
● Ceramah atas tajuk derma darah oleh para pegawai dan ahli PBSMM
● Temubual dengan ahli-ahli Belia Bulan Sabit Merah Malaysia yang akan pergi
ke luar negeri di bawah program pertukaran belia.
(i) Keahlian
- dibuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agam dan politik.
- Komposisi keahlian:
► Kanak-kanak (Sekolah Rendah)
► Belia (Sekolah Menengah)
► Pasukan Bantuan Sukarela (Orang Dewasa guru-guru pelatih,
Mahasiswa, Para Ikhtisas, Anggota Perubatan dll.)
► Ahli Seumur Hidup (atas bayaran sekurang-kurangnya RM1000)
► Ahli Kehormat Seumur Hidup
(satu anugerah eksklusif bagi individu yang memberi sumbangan
perkhidmatan dan jasa yang cemerlang)
29
Nama : Siti Aishah Binti abdul Latiff
No. Matik : D20081032348
Kod Kursus : UKK 1061 (PBSM 1)
Semester 1 sesi 08/09
Penilai : Mejor Mohamad Fais bin Jamil
Kumpulan : A
Tarikh Hantar : 1 Ogos 2008
MEMORI….
30
Dalam bulan Oktober 1957, Lady Limerick, Naib Pengerusi Persatuan Palang Merah British menghadiri satu upacara
khas di Kuala Lumpur untuk penyerahan panji-panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang
baru.
September 1963, satu Akta untuk menyerapkan Persatuan
Palang Merah Persekutuan tanah Melayu dan Cawangan-
cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah, Sarawak
dan Singapura di bawah nama “Persatuan Palang Merah
Malaysia” telah diluluskan oleh Parlimen
RUJUKAN…
31
● Modul Pendidikan mengenai Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan Asas Undang-
undang Kemanusiaan Antarabangsa
● http://www.redcrescent.org.my/drupal/
● http://redcrescent.org.my/drupal/node/4
● http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Palang_Merah_Antarabangsa
● http://ms.wikipedia.org/wiki/Jean_Henry_Dunant
● http://www.pbsmtmsr.blogspot.com/
● http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Bulan_Sabit_Merah_Malaysia
JEAN HENRY DUNANT….
32
Jean Henry Dunant Henry Dunant, sekitar 1860.
Lukisan tentang lima ahli jawatankuasa
Palang Merah Antarabangsa
Memorial Henry Dunant di Heiden,
Switzerland.
33
Bil . ISI KANDUNGAN Muka surat
1
2
3
4
5
UNIT 1: SEJARAH PALANG MERAH► Jean Henry Dunant► Kenangan Solferino► Jawatankuasa Berlima► Konvensyen Geneva Pertama (1864)► Empat Konvensyen Geneva (1949)► Emblem Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
UNIT 2: PRINSIP-PRINSIP ASAS PALANG MERAH► Kemanusiaan► Kesaksaman► Keberkecualian► Kebebasan► Khidmat Sukarela► Ketunggalan► Kesejagatan
UNIT 4: PERGERAKAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA► Sejarah► Struktur dan Organisasi ► Aktiviti yang dijalankan
Lampiran
Rujukan
1-34-55-66-78-9
10-15
16161616171717
18-2021-2425-29
34
35