Pendakwa Raya v Muhammad Hafizuddin Bin Baha

11

Click here to load reader

description

PP v Muhammad Hafizuddin Bin Baha

Transcript of Pendakwa Raya v Muhammad Hafizuddin Bin Baha

  • Malayan Law Journal Unreported/2011/Volume /Pendakwa Raya v Muhammad Hafizuddin bin Baharudindan satu lagi - [2011] MLJU 1422 - 21 July 2011

    [2011] MLJU 1422Pendakwa Raya v Muhammad Hafizuddin bin Baharudin dan satu lagi

    MAHKAMAH SESYEN (AMPANG)ROSZIANAYATI AHMAD HMSKES JENAYAH NOS S2-62-36 TAHUN 2010 DAN S2-62-37 TAHUN 201021 July 2011

    Noor Fadzlin bt Abd Zawawi (Timbalan Pendakwa Raya) bagi pihak pendakwa raya.Salim bin Bashir Bhaskaran bagi pihak OKT pertama.

    Rasshidi bin Syed bagi pihak OKT kedua.

    Roszianayati Ahmad HMS:

    ALASAN PENGHAKIMAN

    [1] Perbicaraan OKT 1 dan OKT2 telah dijalankan bersama-sama atas permohonan pihak pendakwaan. Diakhir kes pembelaan, OKT 1 dan OKT 2 telah disabitkan bersalah di bawah seksyen 376(1) KanunKeseksaan dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh penghakiman. Ini adalah rayuan OKT 1 danOKT 2 yang tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah tersebut.

    Kes pendakwaan

    [2] OKT 1 telah dituduh merogol seorang perempuan bernama Nurul Aqilah Athirah binti Noryuszaidi (SP1)yang berumur 12 tahun 6 bulan pada 25 Februari 2010 manakala OKT 2 pula telah dituduh merogol SP1pada 1 Mac 2010.

    [3] Menurut SP1, pada 25 Februari 2010 iaitu pada tarikh yang beliau tidak datang ke sekolah keranamerancang dengan sepupunya Nabila (SP2) untuk pergi mandi di Bukit Belacan, beliau telah ke rumahibubapanya di nombor 5, Tingkat 6, Flat Desa Lembah Permai (selepas ini dirujuk sebagai rumah tingkat 6)untuk bersalin baju. Tiada orang di sana semasa mereka sampai. SP1 dan keluarganya sebenarnya tinggaldi Kampung Melayu Ampang. Rumah tingkat 6 di Flat Desa Lembah Permai ini adalah rumah ibubapanyayang hanya dikunjungi pada hujung minggu atau sekali sekala.[4] Pada 25.2.2010, selepas bersalin baju, SP1 dan SP2 telah nampak OKT 1 dan OKT 2. OKT 1 dipanggilHafiz manakala OKT2 dipanggil Tomok. OKT1 dan OKT 2 telah meminta nombor telefon SP1 yangkemudiannya telah diberikan oleh SP2 kepada mereka.

    [5] SP1 dan SP2 kemudiannya telah pergi mandi di Bukit Belacan dan dalam perjalanan ke Bukit Belacan,OKT 2 telah menghantar khidmat pesanan ringkas kepada SP1 bertanyakan tentang nama dan umur SP1.Selepas SP1 dan SP2 mandi selama satu jam lebih di Bukit Belacan dan balik ke rumah tingkat 6 itu, OKT1pula menghantar khidmat pesanan ringkas bertanyakan perkara yang sama seperti OKT 2. Pada waktutengahari, hari yang sama, OKT 1 telah ajak SP1 untuk berjumpa. Mula-mula mereka berjumpa di tangga flatdi tingkat 5 rumah. Tetapi, oleh kerana tangga itu panas, SP1 telah mengajak OKT 1 naik ke rumah tingkat 6itu. Setelah 5 minit sampai di rumah tersebut, SP2 telah pergi ke kedai untuk membeli makanan. Pada masaini SP1 telah masuk ke bilik dengan diikuti oleh OKT1. Di dalam bilik ini SP1 telah membuka pakaiannya,begitu juga OKT1. OKT1 kemudiannya telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1. Setelahmemakai baju, SP1 dan OKT1 telah memakai baju dan keluar ke ruang tamu bersama. SP2 kemudiannyatelah balik dari kedai. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5.30 petang, Menurut SP1, OKT1 telah keluar

    Page 1

  • rumah lebih kurang pukul 6 petang.

    [6] Kejadian rogol dengan Tomok iaitu OKT 2 pula berlaku pada 1 Mac 2010 di rumah OKT 1 dan OKT 2 ditingkat 4 di flat yang sama (selepas ini dirujuk sebagai rumah tingkat 4) Walaupun SP1 mengatakan bahawabeliau kenal dengan OKT2 pertama kali pada 25 Februari 2010 tetapi menurutnya, kejadian rogol denganTomok berlaku pada 1 Mac 2010. Menurut SP1, pada 1 Mac 2010 dalam pukul 11 pagi, SP1 telah pergiberjalan kaki untuk menjemput SP2 di rumahnya yang terletak di Taman Dato Ahmad Razali. Pada haritersebut menurut SP1 beliau hendak ke sekolah tetapi telah singgah di Flat Desa Lembah Permai untukmengambil kemeja dari kawannya. Namun SP1 tidak ke rumah tingkat 6 kerana tiada kunci.[7] Menurut SP1, OKT2 telah memberikan khidmat pesanan ringkas mahu berjumpa dengannya. SP1 danSP2 kemudiannya telah pergi ke rumah ke rumah tingkat 4 pada pukul 12 tengahari. Masa sampai rumahtersebut, menurut SP1, OKT 1 ada di rumah itu. Apabila sampai, OKT 1 telah terlebih dahulu melihatsekeliling rumah samada ada orang atau tidak. Selepas itu barulah OKT 1 membenarkan SP1 dan SP2masuk rumah. Semasa itu SP1 tahu yang OKT 2 bekerja. SP1 telah tunggu OKT 2 balik dan OKT2 sampaipada pukul 3 petang. Apabila OKT2 sampai, dia telah tukar baju dan memakai tuala sahaja dan mengajakSP1 masuk bilik nombor dua rumah tersebut. OKT1 pula pada masa itu sedang bermain game di ruangtamu dan SP2 pula turun untuk pergi ke kedai untuk mencuci rambut. SP1 telah ikut OKT2 masuk ke bilik. Didalam bilik OKT2 telah bertanya tentang nama dan umur SP1. SP1 telah beritahu yang namanya Aqilah danberumur 13 tahun. SP1 pada masa itu memakai baju kurung sekolah tanpa tudung. OKT2 telah menyuruhSP1 membuka baju dan SP1 telah menuruti suruhan tersebut dengan membuka baju, kain sekolah, singletdan seluar track beliau termasuk pakaian dalamnya. OKT2 telah buka tualanya dan memasukkankemaluannya ke dalam kemaluan SP1. Kejadian rogol ini berlaku 15 minit. Selepas itu OKT2 telahmengambil sehelai baju T-Shirt dan mengelap air mani yang ada atas perut SP1. Selepas itu OKT 2 telahmemakai baju dan seluar dan kemudian keluar dari bilik dan beritahu SP1 yang dia hendak pergi bekerja.SP1 telah pakai baju dan keluar ke ruang tamu. Apabila keluar, beliau nampak OKT1 dan SP2 ada di ruangtamu.

    [8] Pada hari tersebut terdapat 2 orang lagi di rumah tingkat 4 itu iaitu Fairus dan Zudin. Menurut SP1,Fairus juga ada melakukan hubungan seks dengannya manakala Zudin ada memegang buah dadanyatanpa melakukan hubungan seks dengannya. Menurut saksi-saksi iaitu ayah SP1 iaitu SP3 dan jugapegawai penyiasat, Fairus dan Zudin gagal ditangkap pada hari tersebut sehingga ke hari ini.

    [9] Selepas kejadian di rumah OKT1 dan OKT2 itu, SP1 dan SP2 telah turun ke bahagian bawah flat dansemasa di lif flat tersebut telah terserempak dengan ayah SP1 iaitu SP3 yang datang ke situ mencari SP1kerana telah dimaklumkan bahawa SP1 telah tidak ke sekolah pada hari itu. Pada hari tersebut juga SP3telah melempang anaknya itu kerana tidak bersekolah. Menurut SP3 juga beliau telah pergi ke rumah tingkat4 dan telah berjumpa dengan OKT 2 dan bertanyakan sama ada ada atau tidak orang yang bernama Tomokdi situ tetapi dinafikan oleh OKT2. SP3 mengesahkan ada mengambil beg sekolah SP1 dari rumah tingkat 4tersebut. Pada hari itu juga, SP1 telah dipukul oleh bapanya dengan getah paip. SP3 juga telah bertindakmenangkap OKT 1 dan OKT 2 pada malam tersebut sebelum diserahkan kepada pihak polis.

    [10] SP2 juga mengesahkan bahawa pada 25 Februari 2010, OKT1 ada berjumpa dengan SP1. Apabilabeliau naik ke rumah SP1, SP2 nampak SP1 sudah berada di ruang tamu manakala OKT1 pula sedangkeluar dari bilik tengah iaitu bilik yang dimasuki oleh SP1. SP2 lihat rambut SP1 berserabai dan hanyamemakai singlet. SP2 juga mengesahkan bahawa pada 1 Mac 2010, SP2 ada pergi lagi ke flat Lembah Jayaitu bersama SP1. Mereka sampai di flat itu dalam pukul 12 lebih mereka terus ke rumah tingkat 4 tersebut.Di dalam rumah itu ada OKT 1, Zudin dan Fairus. Tidak lama kemudian OKT 2 telah balik dari kerja. SP2telah memberi keterangan bahawa OKT2 telah masuk ke bilik dan keluar dari bilik tengah dengan memakaikain tuala. SP2 juga mengesahkan bahawa OKT1 mengajak SP1 masuk ke bilik dan pintu di tutup. Selepas15 minit, SP2 telah nampak SP1 keluar dari bilik dengan rambut berserabai tanpa memakai baju sekolah lagitapi hanya memakai baju singletnya. Selepas dari kejadian itu, OKT1 dan OKT2 telah keluar. SP2 jugamengesahkan pada hari itu SP1 juga dipanggil masuk ke bilik oleh Fairus dan juga Zudin.[11] Keterangan SP2 juga mengesahkan bahawa ada terjumpa dengan bapa SP1 di bahagian lif flat dantelah bersama-sama pergi ke rumah tingakat 4 untuk mengambil beg sekolah SP1. Semasa pergi ke rumah

    Page 2

  • tersebut, SP2 mengatakan ada berjumpa dengan OKT2.[12] Keterangan dari doktor yang memeriksa SP1 juga mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan lamapada hymen SP1 dan juga terdapat kesan lebam di posterior forchette kemaluan SP1. Kesan koyakan iniadalah konsisten dengan kesan kemasukan objek tumpul ke dalam kemaluan SP1 seperti kemaluan lelaki.Di akhir kes pendakwaan saya mendapati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facieterhadap OKT 1 dan OKT2 dan memanggil mereka membela diri seperti pertuduhan pindaan.

    Kes pembelaan

    [13] Pembelaan OKT 1 adalah pembelaan alibi. Menurut OKT1, beliau telah pergi ke rumah temanwanitanya pada pukul 1 petang hingga pukul 4 petang. Dari pukul 4 petang pula, OKT1 telah pergi ke Kelangiaitu rumah pakciknya untuk makan malam. Menurut OKT1, dia berada di rumah pakciknya sehinggaselepas Isyak pada hari tersebut. OKT1 juga mengatakan bahawa pada 1.3.2010, memang SP1 dan SP2ada datang ke rumah sewanya tetapi dia telah pergi keluar bekerja dengan meninggalkan SP1 dan SP2.Menurut OKT1 di dalam rumah tersebut ada Fairus dan Zudin. Menurut OKT1, Fairus adalah teman lelakiSP1. OKT1 juga mengatakan bahawa OKT2 tiada di rumah pada hari tersebut.[14] OKT1 telah memanggil saksinya iaitu SD4 iaitu bapa kepada teman wanitanya yang mengesahkanbahawa OKT1 ada datang ke rumahnya dan beliau mendengar OKT1 menelefon pakciknya mengatakanhendak datang ke Kelang. Menurut SD3 juga, beliau telah diberitahu oleh OKT1 bahawa OKT1 hendak keKelang pada hari tersebut.

    [15] Saksi OKT1 iaitu SD3 iaitu pakciknya juga mengesahkan bahawa ada menerima kunjungan OKT1 padahari tersebut iaitu 25.2.2010.

    [16] OKT2 juga memberikan pembelaan alibi iaitu pada 1.3.2010, beliau pergi bekerja di Metro Parking PNB.Menurut OKT2, dia bekerja pada 1.3.2010 dari jam 7 pagi hingga 3 petang. OKT1 telah mengemukakandokumen iaitu buku catatan masuk dan keluar kerja dari Syarikat Metro Parking. Menurut OKT1 apabila diabalik ke rumah sewanya dia mendapati rumah sewa itu kosong sahaja. Dia sampai ke rumahnya pada pukul4 petang dan terus menonton TV. OKT 2 mengesahkan bahawa SP3 ada datang ke rumah itu untukmengambil beg anaknya. 0KT2 menafikan mengenali SP1 dan SP2 atau pernah berjumpa dengan SP1 danSP2.

    [17] JOKT2 telah memanggil penyelia tempat bekerjanya iaitu SD5 yang mengesahkan bahawa 0KT2 adadatang bekerja pada 1.3.2010 dari jam 1 petang hingga jam 3 petang dan telah balik pada pukul 3 petang.Keputusan Mahkamah

    [18] Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa bagi kes-kes seksual, adalah pruden satu keterangansokongan dikemukakan dan diterima di mahkamah sebelum mensabitkan OKT bersalah bagi sesuatupertuduhan itu. Ini seperti diputuskan di dalam kes Din v PP [1964] 1 MLJ 300. Menerima pakai prinsip ini,mahkamah telah mensabitkan OKT 1 dan OKT 2 bersalah di akhir kes pembelaan apabila kes telahdibuktikan di luar keraguan yang munasabah.

    Keterangan SP1 adalah konsisten dan terdapat keterangan sokongan

    [19] Di dalam kes ini saksi utama iaitu SP1 yang bernama Aqilah, semasa kejadian berusia 12 tahun 6bulan. Ini telah dibuktikan melalui keterangan lisan saksi-saksi, disokong oleh kad pengenalan SP1 yangtelah dikemukakan di mahkamah dan dijadikan ekshibit P1. Semasa memberikan keterangan beliau berusialebih kurang 14 tahun. Beliau telah memberikan keterangan secara bersumpah di mahkamah. Saya telahmeneliti keterangan SP1 dan mendapati SP1 telah memberikan keterangan yang konsisten. Dari keteranganketerangan yang diberikan saya mendapati bahawa beliau adalah seorang saksi yang cerdik dan berterusterang kepada mahkamah tentang apa yang telah terjadi pada 25.2.2010 dan pada 1.3.2010. Dari awalsemasa memberikan keterangannya, SP1 telah dengan konsisten memaklumkan kepada mahkamahbahawa beliau telah dirogol oleh Hafiz iaitu OKT 1 di rumah tingkat 6 Flat Desa Lembah Permai tersebut

    Page 3

  • pada 25.2.2010.

    [20] Bagi kejadian pada 25.2.2010 ini, SP1 malah dapat memberikan keterangan mengapa beliau dapatmengingatkan tarikh ini. Ini adalah kerana pada tarikh tersebut, beliau telah tidak datang ke sekolah dantelah pergi ke rumah ibubapanya di Flat Desa Lembah Permai untuk pergi mandi di sungai di Bukit Belacanyang jaraknya hanya dengan berjalan kaki sahaja dari flat Desa Lembah Permai itu. Apatah lagi, perbuatanSP1 yang telah mengadakan hubungan seks dengan OKT1 dan OKT2 telah diketahui oleh bapanya iaituSP3 pada 1.3.2010 iaitu hanya 4 hari selepas kejadian rogol antara SP1 dan OKT1 berlaku. SP1 telahmemaklumkan kepada SP3 bahawa OKT1 adalah orang pertama yang merogolnya dan kejadian tersebutberlaku pada 25.2.2010. Tarikh kejadian ini dan nama OKT 1 yang merogol SP1 pada 25.2.2010 telahdinyatakan di dalam laporan polis yang dibuat oleh SP3 iaitu P2. Keterangan SP1 tentang siapa yang telahmerogolnya pada 25.2.2010 adalah konsisten sejak awal lagi iaitu semasa beliau memaklumkan kepadabapanya sehinggalah beliau memberikan keterangannya di mahkamah. Keterangan SP1 di mahkamahadalah sama dan kukuh sejak awal perbicaraan sehinggalah akhir perbicaraan dan tidak pernah berubah.Apatah lagi keterangan SP1 ini adalah konsisten juga dengan keterangan saksi-saksi lain iaitu keteranganbapanya dan juga keterangan dari laporan polis yang telah dibuat iaitu P2.[21] Disamping itu, keterangan SP1 berkenaan dengan apa yang terjadi pada 25.2.2010 ini tidak berdiridengan sendirinya tanpa apa-apa keterangan sokongan. Keterangan SP1 ini telah disokong oleh keterangansepupunya iaitu Nabila (SP2) yang mengesahkan ada berjumpa dengan OKT 1 dan OKT 2 pada 25.2.2010.SP2 juga mengesahkan bahawa disitulah bermulanya perkenalan antara OKT1, OKT2 dengan SP1. SP2juga pada masa tersebut telah diarahkan oleh SP1 untuk memberikan nombor telefon SP1 kepada OKT1dan OKT 2 yang mana SP2 telah mengikut arahan SP1. SP2 juga telah mengesahkan bahawa pada hariyang sama dia ada menemankan SP1 pergi berjumpa dengan OKT1 yang mana pertemuan tersebut telahberakhir di rumah tingkat 6 tersebut. SP2 juga menyatakan bahawa semasa berada di rumah tersebut, SP2telah turun ke bawah untuk ke kedai, tetapi menurut SP2 semasa beliau balik ke rumah itu, beliau telahtemampak OKT1 baru keluar dari bilik tengah iaitu bilik SP1. SP2 juga lihat SP1 di ruang tamu dalamkeadaan rambutnya berserabai dan memakai singlet.

    [22] Saya juga melihat kepada keterangan SP1 yang juga secara konsisten telah memberikan keteranganbahawa pada 1.3.2010, beliau telah ke rumah di tingkat 4. Rumah tingkat 4 adalah rumah dimana OKT1 danOKT 2 tinggal. Semasa pergi ke situ, didapati OKT1 ada di rumah itu sedang bermain game manakala OKT2 pula dikatakan telah pergi berkerja. OKT2 dikatakan hanya balik pada lebih kurang pukul 3 petang.Selepas OKT 2 balik, SP1 telah diajak untuk masuk ke biliknya. Pada masa itu, OKT2 hanya bertuala. Didalam bilik tersebut, telah berlaku rogol oleh OKT2 terhadap SP1. Kejadian ini juga telah diceritakan olehSP1 kepada SP3 yang telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut seperti yang terdapat diP2. Keterangan SP1 tentang siapa yang telah merogolnya pada 1.3.2010 adalah konsisten sejak awal lagiiaitu semasa beliau memaklumkan kepada bapanya sehinggalah beliau memberikan keterangannya dimahkamah. Keterangan SP1 di mahkamah juga kukuh sejak awal perbicaraan sehinggalah akhirperbicaraan dan tidak pernah berubah. Apatah lagi keterangan SP1 ini adalah konsisten juga denganketerangan saksi-saksi lain dan laporan polis iaitu P2.

    [23] Keterangan SP1 ini telah disokong oleh keterangan SP2 juga yang pada hari tersebut telah pergi kerumah tingkat 4 itu bersama dengan SP1. SP2 pada masa tersebut duduk di ruang tamu rumah itu. SP2telah mengesahkan bahawa pada tarikh tersebut, beliau telah nampak OKT1 berada di ruang tamu. ApabilaOKT2 balik ke rumah, OKT2 telah bertukar pakaian dan dengan hanya bertuala OKT 2 telah memanggil SP1masuk ke bilik tengah. SP1 telah ikut masuk ke bilik dan menutup pintu. Selepas 15 minit, SP1 yangsebelum itu masuk dengan memakai baju kurung sekolah, telah keluar dengan hanya memakai singlet danrambutnya berserabai. Keterangan SP2 ini menyokong keterangan SP1 bahawa beliau telah dipanggil olehOKT2 masuk ke bilik tengah. Menurut SP1, di bilik tengah itu SP1 telah melakukan hubungan seks denganOKT2.

    Keterangan sokongan berkaitan penetrasi

    [24] SP1 mengatakan bahawa kemaluan OKT 1 masuk ke kemaluannya pada hari kejadian 25.2.2010. Padamasa itu OKT1 berbaring di atas badannya dan SP1 rasa sakit di kemaluannya. OKT1 juga telah henjut

    Page 4

  • selama 5 minit. Bagi OKT 2 pula, pada 1.3.2010, SP1 mengatakan nampak kemaluan OKT2 tegak. OKT 2telah berbaring di atas badan SP1 dan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan SP1. Pada masa ituSP1 rasa sakit. OKT 2 juga telah henjut dan memancutkan air maninya atas perut SP1. Keterangan iniadalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa kemaluan OKT 1 sebenarnya memang telah masuk kekemaluan SP1 pada 25.2.2010 dan kemaluan OKT2 telah masuk ke kemaluan SP1 pada 1.3.2010.Walaupun SP1 tidak nampak kemaluan OKT1 dan 0KT2 masuk, keterangan SP1 adalah logik danmunasabah bagi kedudukan posisinya seperti yang digambarkan oleh SP1 dan rasa sakit di kemaluannyamenunjukkan bahawa kemaluan lelaki yang masuk ke dalam kemaluan SP1. Ini seperti yang diputuskan didalam kes Razi Amnin v PP [2010] 7 CLJ 771 dimana YA Hakim Asmadi Asnawi memutuskan:

    Now, as far as sexual intercourse is concerned it is governed by nature. One need not be married to know what isinside and what is outside. Equally, there is no necessity of gaining experience for a woman to know whether themale's private parts or other foreign objects had entered into her private parts, as nature would have taken its owncourse. As an analogy if one were to close his eyes and another were to put a piece of wood into his mouth, he wouldknow instantly that a piece of wood was put into his mouth. Likewise if an iron rod or banana or finger or hot water orstone or sand was put into his mouth he would instantly recognise what was the object that was put into his moutheven though his eyes were tightly shut. Such was human instinct and nature.

    It thus behoves that the courts should be practical and adopt the common sense principle when dealing with crimes ofthis nature and not putting the victims of such crimes under unnecessary innuendoes, ridicule and derision. In thisappeal before me, the learned Sessions Judge has seen and heard the testimony of PW1 himself. He concluded thatPW1 was a credible and truthful witness and accepted her testimony that it was the appellant's private parts that hadpenetrated into her private parts and not any other foreign objects. This is a finding of fact by the learned SessionsJudge.

    [25] Saya juga melihat kepada keterangan doktor (SP5) yang mengesahkan bahawa terdapat koyakan lamapada hymen SP1. Koyakan tersebut mengikut SP5 usianya lebih dari 72 jam. Koyakan tersebut bolehdisebabkan oleh apa-apa objek tumpul termasuklah kemaluan lelaki. Keterangan SP5 ini adalah konsistendengan keterangan SP1 yang mengatakan bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan OKT1pada 25.2.2010 dan itu adalah hubungan seks kali pertama beliau.

    [26] SP5 juga memberikan keterangan bahawa terdapat kecederaan iaitu 'bruises at the 3 o'clock position ofthe hymen and redness at the posterior forchette.' SP5 juga telah melukis kecederaan yang dialami danditandakan sebagai P6.

    Menurut SP5, kecederaan ini usianya adalah kurang dari 72 jam. la boleh disebabkan oleh trauma iaitu satutekanan oleh objek tumpul ke kawasan tersebut. Objek tumpul ini menurut SP5 termasuklah kemaluan lelaki.Menurut saksi ini, beliau telah mengambil sejarah dari mangsa dan mendapati ia konsisten dengankecederaan yang dialami oleh mangsa di bahagian kemaluannya. Dalam kes ini SP1 telah memberikanketerangan bahawa pada 1.3.2010, beliau telah mengadakan hubungan seks dengan OKT2. Beliau jugamemberikan keterangan bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan seorang bernama Fairuspada hari itu. Walaupun Fairus tidak dapat ditangkap, tetapi ia tidak sama sekali menafikan keterangan SP1bahawa beliau ada melakukan hubungan seks dengan OKT2 pada hari tersebut. Keterangan doktorberkenaan kecederaan yang dialami oleh SP1 ini adalah konsisten dengan keterangan yang diberikan olehSP1.

    [27] Tarikh berkenaan kehadiran OKT1 di rumah tingkat 6 pada 25.2.2012 itu tidak pernah berubah semasaketerangan oleh SP1 dan SP2. SP1 atau SP2 tidak pernah mencadangkan atau pada bila bila masamemberikan keterangan bahawa kejadian rogol atau perjumpaan dengan OKT 2 berlaku pada 25.2.2010atau kejadian rogol dengan OKT1 berlaku pada 1.3.2010. Walaupun disoal balas oleh peguam-peguam,SP1 dan SP2 dengan kukuhnya memberi keterangan bahawa kejadian yang berlaku dengan OKT1 adalahpada 25.2.2010 dan kejadian yang berlaku dengan OKT2 adalah pada 1.3.2010. Masalah mengenai tarikhkejadian, saya dapati adalah secara tulennya berlaku disebabkan oleh kesilapan pihak pendakwaan sendiridan hanya merupakan kesilapan teknikal. Perkara ini akan saya bincangkan di dalam alasan penghakimanini di bawah tajuk khusus.OKT 2 berbohong

    Page 5

  • [28] Disamping itu, jika dilihat kepada keterangan SP3, SP3 mengatakan bahawa semasa beliau berjumpadengan OKT2, SP3 telah bertanya kepada OKT2 "adakah awak Tomok". Jawapan OKT2 pada hari itu ialah"tiada orang bernama Tomok dalam rumah ini." Keterangan OKT2 yang terang terangan menipu ini adalahsalah satu faktor sokongan yang menunjukkan kebersalahan OKT2. Tiada sebab untuk OKT 2 meniputentang namanya pada masa itu jika tidak kerana OKT2 takutkan kebenaran pada masa tersebut. Di dalamkes Syed Ali bin Syed Abdul Hamid & Anor v Public Prosecutor, [1982] CLJ 188, Mahkamah Persekutuanmelalui YAA Hakim Saleh Abas menyatakan :

    We accept the decisions in these cases to be good law. In this case we hold that the representation he made to PW4regarding the purpose of borrowing the car was a deliberate lie and is therefore a corroborative evidence against himfor which he must explain. Such lie is a reflection of his consciousness of guilt as regards the use he intended to makeof the car in question.

    Faktor SP1 dipukul oleh SP3

    [29] Saya juga memutuskan bahawa faktor SP1 hanya mengaku kepada bapanya selepas dia dipukul tidakmenjejaskan keterangan bahawa SP1 memang telah dirogol oleh OKT1 dan OKT 2. Ini adalah keranaseperti yang saya katakan, keterangan SP1 berkenaan perlakuan rogol ini tidak berdiri dengan sendirinyatetapi disokong oleh keterangan lain. Selain itu keterangan SP1 berkenaan siapa yang merogolnya tidakgoyah walaupun disoal balas oleh peguam-peguam. SP1 malah berterus terang dengan mengatakanbahawa mengapa dia tidak memberitahu bapanya tentang kejadian rogol adalah kerana takut dimarahi olehbapanya. Saya dapati jawapan ini logik memandangkan kejadian rogol ini berlaku dengan kerelaan SP1sendiri. Tetapi oleh kerana SP1 bawah umur, kerelaan SP1 bukanlah menjadi isu. Saya juga memutuskanberkenaan isu seorang bernama Fairus yang gagal ditangkap dan dibawa ke mahkamah kerana melarikandiri gagai juga menimbulkan keraguan di dalam kes pendakwaan. Ini adalah kerana keterangan SP1 adalahkonsisten juga tentang Fairus, bahawa SP1 juga ada melakukan hubungan seks dengan Fairus pada1.3.2010. Ini disokong oleh keterangan SP2 yang nampak SP1 masuk ke bilik bersama Fairus. Ini jugakonsisten dengan laporan polis iaitu P2. Saya dapati SP1 adalah seorang saksi yang berterus terang dankonsisten dalam keterangannya.

    Pindaan pertuduhan dan isu notis alibi

    [30] Di dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memohon untuk meminda pertuduhan diakhir kespendakwaan. Permohonan pindaan ini adalah untuk meminda tarikh untuk OKT1 dari 1.3.2010 ke 25.2.2010dan bagi OKT2 untuk menukar tarikh dari 25.2.2010 ke 1.3.2010. Saya telah membenarkan pindaan ini.Saya melihat kepada pertuduhan-pertuduhan pindaan yang dikemukakan ini, saya mendapati bahawapertuduhan ini pada awalnya telah bertukar, iaitu pertuduhan yang sepatutnya dilampirkan kepada borang'Mahkamah 114' OKT 1 telah dilampirkan di borang 'Mahkamah 114' OKT 2 dan begitulah sebaliknya. Sayapercaya bahawa ia hanyalah kesilapan teknikal sahaja. Pihak peguam telah membantah permohonanpindaan ini dengan mengatakan bahawa mereka telah diprejudiskan untuk memasukkan pembelaan alibi keatas anak guam mereka. Setelah saya menimbangkan hujahan pihak-pihak, saya memutuskan bahawakesilapan pertuduhan ini adalah satu kesilapan tulen akibat pertukaran kertas pertuduhan yang dilampirkanke borang 'mahkamah 114' OKT-OKT dan ia berlaku sejak awal lagi dan bukan oleh Timbalan PendakwaRaya yang menjalankan perbicaraan kes ini dan sebelum saya mendengar kes ini lagi. Saya juga mendapatiia sama sekali tidak memprejudiskan OKT-OKT kerana dari keterangan yang ada di dalam kes ini sayamendapati bahawa OKT 1 dan 2 sebenarnya tidak dikelirukan oleh pertukaran pertuduhan-pertuduhantersebut kerana sepanjang perbicaraan tersebut, OKT 1 dan 2 telah bertindak mempertahankan diri merekadan meletakkan pembelaan mereka melalui soal balas saksi-saksi termasuklah pembelaan mengenaitarikh-tarikh seperti pertuduhan pindaan. Ini dilakukan seawal soal balas terhadap SP1 lagi.

    [31] Kesilapan teknikal ini saya dapati tidak seharusnya menggagalkan kes pihak pendakwaan kerana dariawal lagi saksi-saksi telah memberikan keterangan secara konsisten bahawa kejadian dengan OKT1 adalahpada 25.2.2010 dan kejadian dengan OKT 2 adalah pada 1.3.2010. Saksi-saksi ini iaitu SP1, SP2 dan SP3telah disoal balas oleh peguam OKT 1 dan OKT 2. Jika dilihat kepada seksyen 156 Kanun Tatacara Jenayah

    Page 6

  • mengatakan bahawa:

    No error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission to state theoffence or those particulars shall be regarded, at any stage of the case, as material unless the accused was in factmisled by such error or omission.

    Telah juga diputuskan di dalam kes Ho Ming Siang v PP (1966) 1 LNS 181 dimana YA Hakim menyatakan:With regard to the first of these charges, the dates are wrong and the charge was at no time amended but, as waspointed out in Law Kiat Lang V Public Prosecutor [1965] 1 LNS 81 this is without importance. As was said by Atkin J inthe case of Severo Dossi [1918] 13 Cr App R 158, 159.

    From time immemorial a date specified in an indictment has never been a material matter unless it is actually anessential part of the alleged offence.

    [32] Malah Hakim Mahkamah Persekutuan YA Rahmah Hussain dalam penghakiman menentangnya didalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v PP & Another Appeal (2004) 3 CLJ 737 memutuskan:

    And the judges of the Court of Appeal agreed with the trial Judge by stating that "there are authoritative decisions ofour Courts wherein time and date in a charge were held to be immaterial". They then referred to the case of HussinSillit v PP [1988] 1 CLJ 128 (Rep); [1988] 2 CLJ 9; [1988] 2 MLJ 232, where Mohd. Azmi SCJ has this to say at p. 236:

    It should be borne in mind that where the charge relates to only one offence, merely amending the date, place or timein the charge would not necessarily constitute amending the offence, and under section 156 of the Criminal ProcedureCode no error in stating either the offence or the particulars required to be stated in the charge, and no omission tostate the offence or those particulars shall be regarded at any stage of the case as material unless the accused was infact misled by such error or omission..." Clearly, each situation must depend on the facts and circumstances of theparticular case in determining whether any amendment as to time, date or place affected before or in the course of thetrial entails changing the offence with which the accused is charged into an entirely different offence. There is noreason to suppose that every amendment, either before or after commencement of the trial, must necessarily changethe occasion in the original charge into an entirely different occasion so as to exclude evidence pertaining to it frombeing 'evidence in support of a defence of alibi'.

    The Court of Appeal also expressed its view on the issue of the date in relation to the charges preferredagainst the appellants and specifically on the issue of alibi. This is what it says: (at p. 442 [2003] 4 CLJ 409)

    On the issue of the amendment to the charges in respect of the date alleged in the commission of the offencessubsequent to the notice of alibi, we need only to adopt the view expressed by the majority in the Supreme Court ofCanada in the case of Regina v P (MB) ; [1994] CCC LEXIS 2454; ; 89 CCC (3d) 289;; 113 DLR (4th) 461, whereLamer CJ opined thus (at p. 297):

    The fact that an accused may have an alibi for the period (or part of the period) described in the indictment does notautomatically 'freeze' the dates specified in the indictment. That is to say, there is no vested right to a given alibi. Alibievidence must respond to the case as presented by the Crown and not the other way around.

    Now, in sexual offences, as in this case, the essential ingredients are the sexual act and the identity of theoffender. Therefore, it is incorrect to say that the date is a vital ingredient of the charge. In the case of R vRichard Beynon [1999] EWCA Crim. 1172, where the charges framed against the accused did not have thetime and place but only the breath of the period when the indecent assault was alleged to have taken place,the Court of Criminal Appeal of England had this to say:

    We are not saying that that is uncommon; indeed it is very common in allegations and charges of this sort.

    And our own Federal Court in the case of Ku Lip See v PP [1981] 1 LNS 155; [1982] 1 MLJ 194, had said this: (at p.196 - para. I)

    With reference to question (1), we are constrained to observe that although the charge has not stated exactly when the

    Page 7

  • offence was committed during the months of May and June 1978 it has nevertheless specifically defined the time andplace sufficiently to enable the applicant to answer the charge.

    [32] Malah jika dilihat kepada penghakiman majoriti di dalam kes tersebut, isu berkenaan tarikh itu timbulkerana keterangan Azizan adalah tidak konsisten yang menyebabkan mahkamah memutuskan bahawaAzizan bukanlah saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Ini menyebabkan pemindaan tarikh di dalampertuduhan menjadi satu isu dan dipersoalkan. Ini seperti penghakiman yang telah disampaikan oleh HakimYAA Abdul Hamid Mohamad, dimana beliau mengatakan bahawa:

    The fact that the amendments were lawfully made is of no consequence. We accept that the amendments were lawfullymade. But, we are talking about the consistency of Azizan's evidence regarding the date of the commission of theoffence.

    In the circumstances, even though, for the reasons that we have given, we do not interfere with the finding of the trialjudge in the impeachment proceeding, when we consider Azizan's evidence as a whole, we are unable to agree withthe "firm finding " of the learned trial judge and the Court of Appeal that Azizan "is a wholly reliable, credible and truthfulwitness ". Evidence does not support such a finding. He was most uncertain, in particular about the "date " of theoffence, not just the day or the week or even the months but the year. We do not say he is an "outright liar" as Mr.Christopher Fernando was trying to convince us. But, considering the whole of his evidence, he is certainly not the kindof witness described by the learned trial judge.

    [33] Berbeza dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan di dalam kes ini terutamanya keterangan dari SP1dan keterangan dokumen iaitu laporan polis P2 yang jelas menunjukkan bahawa pada 25.2.2010, SP1 telahdirogol oleh 0KT1 dan pada 1.3.2010 SP1 telah dirogol oleh OKT 2. Keterangan-keterangan ini adalahkonsisten dan saling menyokong antara satu sama lain dan saya merasakan bahawa keadilan tidak harusdikorbankan atas sebab-sebab teknikal begini. OKT-OKT telah dibicarakan bersama dan telah mendengarketerangan saksi-saksi dari awal hingga akhir dan telah mengemukakan pembelaan mereka sejak dari kespendakwaan, oleh yang demikian, saya tidak nampak bagaimana OKT 1 dan OKT 2 telah diprejudiskan darikesilapan teknikal ini.

    [34] Salah satu sebab mengapa notis di bawah seksyen 402A KTJ perlu diberikan adalah untuk membantudan memudahkan tertuduh-tertuduh dalam pembelaannya dan saya merasakan ia tidak sepatutnyaberoperasi untuk menghukum tertuduh. Jika dilihat kepada sebuah kes lama sebeium penggubalan seksyen402A KTJ iaitu Rex v Chhui Yi ( Privy Council Hong Kong) [1936] 1 LNS 56 Whitley A-G CJ memutuskan :

    He is, of course, at liberty to reserve his defence but if he does and says nothing about this defence of an alibi, then hecannot expect any help from the police, because it is the duty of the police, if he gives the names of witnesses, to seethat those witnesses are made available for him. It is also difficult, after several months, to get people to be certain asto exactly what happened on a particular date, while if the evidence is called immediately it is all the more valuable.

    Selepas penggubalan seksyen 402A KTJ, peruntukan undang-undang menghendaki notis alibi diberikansebeium ia boleh diterima sebagai keterangan. Saya percaya penggubalan pindaan terhadap seksyen 402AKTJbaru baru ini (walaupun masih belum berkuat kuasa) adalah untuk mengelakkan ketiadak adilan iniberlaku.

    [35] Melihat kepada keadaan kes ini yang ganjil iaitu pertuduhan OKT1 dan pertuduhan OKT2 telah bertukarsemasa kes bermula, saya telah mendengar keterangan OKT 1 dan keterangan OKT2 termasuklahketerangan berkaitan dengan pembelaan alibi mereka. Saya juga telah mempertimbang keterangan merekadan mendapati keterangan mereka adalah berbentuk penafian semata-mata. Mereka mengatakan kononnyamereka tiada di tempat kejadian bagi OKT1 - pada 25.2.2010 dan bagi OKT2 - pada 1.3.2010 jam 3 petang.Malah OKT1 menafikan di mahkamah bahawa dia mengenali SP1.

    [36] Saya mendapati ia tidak dapat menimbulkan apa-apa keraguan di dalam kes pendakwaan. Ini adalahkerana jika diteliti keterangan saksi penting sokongan alibi bagi OKT 1 iaitu SD3, saya mendapatiketerangan pembelaan OKT3 gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan. Ini adalah kerana adalah diraguibahawa OKT 1 telah berjumpa dengan SD3 pada tarikh tersebut (25.2.2010). Beliau juga gagal untukmenjawab soalan peguam OKT1 sendiri mengapa dalam banyak-banyak tarikh, beliau boleh ingat tarikh

    Page 8

  • 25.2.2010 sebagai tarikh di mana OKT 1 hadir ke rumah beliau. Beliau kelihatan teragak-agak semasamemberi keterangannya. Keterangan beliau haruslah saya terima dengan berhati-hati apatah lagi OKT1adalah anak saudara beliau sendiri. Saya juga mendapati keterangan SD4 iaitu bapa kepada teman wanitaOKT1 yang kononnya mendengar perbualan telefon antara OKT1 dan SD3 adalah terlalu baik untukdipercayai. Meneliti keseluruhan keterangan SD3 ini saya mendapati beliau bukan seorang saksi yangmemberi keterangan dengan adil, tetapi dari jawapan-jawapan yang diberikan jelas menunjukkankecenderungan beliau untuk membantu OKT1.

    [37] Manakala keterangan SD 5 pula iaitu penyelia kepada OKT2, beliau hanya mengesahkan bahawa OKT2 telah hadir bekerja pada 1.3.2010. SD5 juga mengesahkan bahawa 0KT2 telah keluar berkerja pada1.3.2010 jam 3 petang. Adalah menjadi keterangan pihak pembelaan OKT2 sendiri iaitu dari SD5, bahawatempoh perjalanan dari tempat kerja OKT2 di PNB Jalan Ampang ke Lembah Jaya hanya mengambil masaVz jam sahaja. Keterangan ini konsisten dengan keterangan SP 1 sebenarnya bahawa OKT 2 telah balik kerumah dari tempat kerja pada hari tersebut iaitu 1.3.2010 dalam jam 3 petang. Begitu juga keterangan SP2.Perbezaan masa !4 jam atau 1 jam yang di katakan oleh saksi-saksi saya dapati tidak menyebabkanketerangan mereka tidak boleh di percayai. Apatah lagi tempoh masa kejadian di dalam pertuduhan pindaanOKT 2 adalah dari jam 12 tengahari hingga jam 6 petang. Perbezaan keterangan tentang masa antaraseorang saksi dengan saksi yang lain dan dengan laporan polis P2, tidaklah menjadikan keterangan merekatidak boleh dipercayai. Perbezaan ini saya dapati hanyalah perbezaan kecil yang tidak mencacatkankredibiliti saksi-saksi ini malah ia menunjukkan bahawa saksi-saksi tersebut bercakap benar. Ini seperti kesyang telah diputuskan oleh YA Raja Azlan Shah di dalam kes PP V Datuk Harun bin Haji Idris (2) (1976) 1LNS 97 :

    In this case different witnesses have testified to different parts of what had happened or what had been said and alsothere are, in the evidence of the witnesses for the prosecution, some discrepancies, as would be expected of witnessesgiving their recollections of a series of events that took place in 1971-1973. In my opinion discrepancies there willalways be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the samething and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might bebetter if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that wassaid. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if thereare no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or whathad been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certaindiscrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must eitherbe believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of thetestimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully asthis involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.

    Apatah lagi di dalam kes ini, OKT 2 hanya dituduh dengan satu pertuduhan sahaja dan bukannya dengan banyakpertuduhan dan sewajarnya perbezaan masa antara seorang saksi dengan seorang saksi yang lain berkenaan bilaOKT 2 balik ke rumah tingkat 4 itu tidak menjejaskan kes pendakwaan.

    [38] Disamping itu, seperti yang saya katakan, keterangan SP 1 adalah konsisten dari awal hingga akhirberkaitan dengan perlakuan rogol yang di lakukan oleh OKT 1 pada 25.2.2010 dan oleh OKT 2 pada1.3.2010. Keterangan SP 1 tidak berdiri dengan sendiri tetapi di sokong oleh keterangan SP 2 yang jugamemberi keterangan bahawa pada 25.2.2010, SP 2 telah sahkan nampak OKT 1 keluar dari bilik di rumahSP 1.Keterangan SP 2 juga menyokong keterangan bahawa OKT 2 pada 1.3.2010 telah balik rumahnya ditingkat 4 dan masuk bilik bersama SP1. Apabila keluar bilik, rambut SP1 berserabai dan hanya memakaisinglet. Terdapat keterangan perubatan yang tunjukkan kesan koyakan lama pada hymen SP 1 dan 'bruisesat paranium' yang konsisten dengan keterangan SP 1 berkaitan kejadian rogol tersebut. Terdapat jugaketerangan dari SP 3 iaitu bapa SP 1 yang telah mengambil beg sekolah SP 1 dari rumah tempat kejadianmenunjukkan memang benar SP 1 telah ke rumah tersebut. Pada masa itu juga bapa SP1 juga ada melihatOKT2 di rumah tersebut. SP3 juga telah membuat laporan polis yang kandungannya sama denganketerangan SP1.

    [39] Di dalam kes ini identiti OKT1 dan OKT 2 tidak pernah dipertikaikan. SP1 dan SP2 memang kenaldengan OKT1 dan OKT2 sejak dari perkenalan mereka pada 25.2.2010. OKT1 telah datang ke rumah SP1begitu juga SP1 dan SP2 telah datang ke rumah OKT1 dan OKT2. Walaupun OKT2 menafikan mengenaliSP1, tetapi keterangan ini sukar untuk dipercayai memandangkan SP2 juga mengecamkan OKT2 sebagai

    Page 9

  • orang yang beliau jumpa pada 25.2.2010 dan 1.3.2010. Tarikh dan masa yang telah diberikan adalah tarikhyang tertentu. Tiada keraguan berkaitan orang yang merogol SP1 dan SP2 menyebabkan saya merasakanpembelaan berkenaan alibi oleh OKT1 dan OKT2 hanyalah rekaan OKT1 dan OKT2 sahaja.[40] Pendek kata, jika pun OKT 1 dan OKT 2 telah memfailkan notis alibi tersebut, tetapi setelah sayameneliti keterangan alibi pihak pembelaan, saya masih mempercayai keterangan pihak pendakwaan danmemutuskan bahawa keterangan pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah tidak bolehdipercayai.Keterangan-keterangan itu juga gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan munasabahterhadap kes pendakwaan. Mengikut kesTan Kim Ho & Anor v PP (2009) 3 CLJ 236 YA Abdul AzizMohamad hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan:-

    The gist of Mr. Karpal Singh's submission now seems to be that the Court of Appeal should have found that the trialwas incurably defective because the learned trial judge, by failing to consider the second appellant's defence, haddeprived him of his right to put up a defence. The reason why Mr. Karpal Singh submits that the learned trial judge hadnot considered the defence is a perverse one, namely, that the learned judge could not have considered the defence,having held that the evidence in support of it was inadmissible by reason of non-compliance with the requirement ofnotice of s. 402A.

    The submission is clearly devoid of merit. Even if the entire defence of the second appellant was one of alibi, thelearned trial judge did in fact consider it. But in truth the judge viewed the defence of alibi as confined only to thesecond appellant's evidence that he was outside the lounge during the crucial ten minutes. It was that evidence onlythat the learned trial judge treated as inadmissible and did not consider by reason of s. 402A, but having consideredand rejected the other defence, that of mistaken identity, he could not have accepted the alibi evidence even if he hadconsidered it. The two defences went hand-in-hand. If one failed the other must fail. As the judge, after considering thedefence of mistaken identity, still accepted the evidence for the prosecution that it was the second appellant who was inthe lounge with the first appellant during the crucial space of time, he could not have accepted that the secondappellant was outside the lounge during that time.

    Atas alasan ini saya mensabitkan OKT 1 dan OKT 2 atas pertuduhan pindaan yang di kemukakan.

    Alasan kepada hukuman

    [41] Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dari tarikh penghakiman bagi setiap OKT.Alasan kepada keputusan ini ialah:

    1 Faktor utama yang perlu mahkamah ambil kira ialah kepentingan awam. Tidak dinafikan bahawamelakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur telah menyebabkan keruntuhan moral dikalangan masyarakat. Masyarakat yang rendah moralnya bukan sahaja memberi kesan yang negatifkepada sebuah institusi keluarga, tetapi juga kepada generasi akan datang dan melumpuh danmelemahkan sesebuah kerajaan. Parlimen sejak awal penggubalan s. 375 Kanun Keseksaan telahmenetapkan bahawa adalah salah melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur 16 tahunwalaupun gadis itu rela dengan perlakuan seks tersebut. Ini adalah kerana gadis di bawah umur 16tahun senang untuk diambil kesempatan terhadap mereka. Di dalam kes ini, semasa kejadian sekstersebut berlaku, SP1 berusia 12 tahun 6 bulan iaitu dalam tingkatan 1. Ada juga keadaan dimanaSP1 berpakaian baju sekolah semasa pergi ke rumah OKT1 dan OKT2. Saya dapat melihat ada unsurpengambilan kesempatan oleh OKT1 dan OKT2 terhadap SP1 walaupun dalam perbualan merekadengan SP1, mereka tahu SP1 masih berusia 13 tahun dan masih bersekolah. Oleh yang demikian,satu isyarat yang jelas perlu diberikan kepada OKT-OKT dan bakal-bakal pesalah lain bahawahukuman berat menanti mereka apabila disabitkan salah melakukan hubungan seks dengan gadisbawah umur ini.

    2 OKT1 dan 0KT2 di dalam kes ini telah disabitkan selepas perbicaraan dijalankan. Oleh yangdemikian, OKT-OKT tidak sewajarnya dilayan seperti tertuduh yang mengaku salah yang telahmenjimatkan masa dan kos mahkamah. Tiada sebarang bentuk diskaun wajar diberikan kepadaOKT-OKT dalam kes seperti ini. Untuk membuktikan OKT-OKT bersalah, pihak pendakwaan terpaksamemanggil saksi-saksi dengan kos dan masa mahkamah terpaksa digunakan. Oleh yang demikian,hukuman 10 tahun penjara adalah hukuman wajar dan setimpal untuk OKT-OKT.

    3 Namun begitu saya telah mengambil kira bahawa OKT1 dan OKT2 adalah pesalah pertama. Di dalamhal ini, mahkamah tidak mengenakan hukuman maksima terhadap OKTIdan OKT 2. Saya merasakanhukuman yang telah dikenakan adalah setimpal sebagai hukuman dan satu bentuk pemulihan dimanatempoh masa pemenjaraan tersebut boleh digunakan oleh OKT-OKT untuk merenung nasib diri danmenginsafi diri terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.

    Page 10

  • [42] Justeru, saya telah menjatuhkan hukuman tersebut.

    Page 11