Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Kadok Dalam
-
Upload
abdul-rahman -
Category
Documents
-
view
915 -
download
4
Transcript of Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Kadok Dalam
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
TAJUK KAJIAN
PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG
KADOK DALAM, KETEREH, KELANTANISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Halaman
1 Penghargaan 3
2 Pendahuluan 4
3 Objektif kajian 5
4 Kawasan kajian 6
1 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
5 Kaedah kajian 9
6 Dapatan kajian 10
7 Rumusan 19
8 Lampiran 20
9 Rujukan 30
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Ugama (Arab) Al-Ittihadiah, Tn Basri bin Othman kerana telah memberikan kepercayaan
sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih
2 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3B, Pn Rohani yang sentiasa memberikan
tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah
siap sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, Mohd Ghani Basri b
Hj. Bakar dan Che Kamariah bt Ab Rahman yang telah memberikan banyak memberikan
dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini. Jasa mereka
tidak dapat saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi
menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan
sekumpulan dengan saya iaitu Zaid, Muaz, Abdul Rahman dan Abdullah.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi
meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk
ini.
PENDAHULUANBagi memenuhi keperluan Penilaian Menengah Rendah 2011, pelajar-pelajar
Tingkatan 3 diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya dan rakan-
rakan saya telah memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar Di Kampung Kadok Dalam,
Ketereh, Kelantan”.
3 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Saya memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Kampung Kadok Dalam kerana
lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di kampung ini terdapat banyak kawasan
petempatan yang yang begitu padat dan kawasan hutan yang masih belum diterokai. Selain
itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk kampung-
kampung yang berhampiran untuk keluar ke Bandar Kota Bharu.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, saya telah menjalankannya selepas waktu
persekolahan. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan
Februari hingga bulan Jun. Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.
OBJEKTIF KAJIANAntara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-
Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Kampung Kadok Dalam, Ketereh,
Kelantan.
4 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Kampung Kadok Dalam, Ketereh,
Kelantan.
Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Kampung Kadok Dalam, Ketereh,
Kelantan.
Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Kampung Kadok Dalam, Ketereh,
Kelantan.
Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di
Kampung Kadok Dalam, Ketereh, Kelantan.
Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
‘
KAWASAN KAJIANKawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di
Kampung Kadok Dalam, Kota Baharu, Kelantan iaitu kira-kira 14km di selatan Bandar Kota
5 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Bharu. Kampung Kadok Dalam merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah
dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampung yang dipenuhi dengan
tumbuhan hijau serta semak-samun. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah dibangunkan
dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan di Kota Bharu. Kawasan ini mempunyai
bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.
Kawasan Kampung Kadok Dalam terletak di parlimen Kota Bharu dan
diselenggarakan oleh pihak Majlis Daerah Ketereh. Kawasan perumahan di Kampung Kadok
Dalam ini berdekatan dengan Pasar raya PKT, Politeknik Kok Lanas, pejabat Yayasan Islam
Kelantan dan kawasan-kawasan yang lain. Di Kampung Kadok Dalam, pihak pemaju
perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman
ini yang ingin pergi ke Bandar Kota Bharu hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang
RM15.00 jika menaiki teksi. Manakala bagi yang menaiki bas pula, penduduk perlu
membayar RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Peta daerah Ketereh
6 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Peta kawasan Kampung Kadok Dalam
7 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
KAEDAH KAJIANBagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, saya telah menggunakan beberapa kaedah
iaitu :-
Kaedah pemerhatian
8 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Kampung
Kadok Dalam dengan melihat sistem perparitan serta sistem pembuangan sampah. Saya juga
mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini diguna pakai
Kaedah Temu bual
Saya telah menemu bual 3 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman ini. Soalan
yang saya ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alam sekitar. Sila rujuk soalan temu
bual yang disertakan.
Kaedah rujukan
Untuk melengkapkan lagi laporan saya ini, saya juga telah membuat beberapa rujukan di
Perpustakaan SMK Kadok. Kami juga merujuk kepada risalah-risalah yang telah diperoleh
daripada Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
DAPATAN KAJIANKonsep Pencemaran Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan
mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
9 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada
secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras
radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau
meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan
sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau
kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa negara kita memang
banyak mengalami tanda-tanda pencemaran alam sekitar dan berusaha untuk menangani
masalah ini.
Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar
a. Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang
mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda.
Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas(Karbon Monoksida,
Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa campuran
bahan-bahan ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .
Di Kampung Kadok Dalam, pencemaran udara begitu sinonim dengan penduduk desa
ini. Mereka kerap kali bersuara setiap kali isu ini dibangkitkan. Antara tanda jelas yang boleh
dilihat adalah melalui asap-asap kereta yang melalui jalan raya di kampung ini yang
10 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
menghubungkannya dengan Bandar Kota Baharu. Asap-asap ini mengeluarkan gas bernama
karbon monoksida, di mana gas ini mampu merosakkan sistem pernafasan penduduk desa ini.
Sepatutnya pencemaran ini tidak berlaku memandangkan setiap penduduk Malaysia
mementingkan kesihatan kerana kesihatan adalah anugerah yang sukar ditukar ganti.
b . Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan
sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan
oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri
daripada pencemar organik, kimia atau fizik.
Di Kampung Kadok Dalam yang saya diami ini, pencemaran tanah adalah sesuatu
yang tampak jelas bagi sesiapa sahaja yang singgah di kampung ini dan ianya tidak dapat
dinafikan. Di jalan keluar kampung ini, pihak Majlis Daerah Ketereh telah meletakkan tong
sampah besar di sisi jalan. Namun, tong ini telah mencacatkan pemandangan kampung ini
berikutan sifat penduduk desa ini yang suka membuang sampah di atas tanah iaitu di sisi tong
sebenar.
Penduduk kampung ini harus bekerjasama dalam mengembalikan pemandangan
Kampung Kadok Dalam yang pernah indah suatu waktu yang lalu.
Punca-punca pencemaran alam sekitar
a) Kenderaan
Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan
pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun
11 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan persekitaran kampung
ini seperti gelanggang sepak takraw, gelanggang badminton dan kawasan sawah padi. Gas
beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan
kampung ini.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar di Kampung Kadok Dalam. Asap kenderaan akan menghasilkan
karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas. Ini menyebabkan penduduk
kurang selesa dengan cuaca kampung ini yang sering kali berubah.
Sebagai rakyat Malaysia, saya gembira kerana berpeluang mengkaji kawasan tempat
tinggal saya sendiri di mana saya tidak pernah tahu hal ehwal kampung ini.
b) Pembakaran terbuka
Ramai penduduk Kampung Kadok Dalam suka membakar sampah merata-rata dan
secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan
orang lain dengan membakar kawasan semak samun. Mereka ini hanya mementingkan
kepentingan sendiri tanpa memikirkan impak kerjanya.
Aktiviti membakar sawah-sawah padi selepas kerja menuai juga merupakan salah satu
punca pencemaran desa ini juga.
Masyarakat di Kampung Kadok Dalam seharusnya prihatin akan kepentingan orang
lain tanpa mengabaikan tanggungjawab sendiri.
c) Sampah sarap
Terdapat juga sebilangan masyarakat Kampung Kadok Dalam yang membuang
sampah merata-rata terutama sekali mereka yang rumahnya terletak jauh dari tong sampah
12 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
besar. Tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka, mereka mengambil jalan mudah dengan
membuangnya di kawasan sekitar yang jarang menjadi tumpuan orang.
Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka
tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.
Sikap saling tegur-menegur sepatutnya diamalkan di kampung ini supaya semua
orang berasa serba salah untuk mencemari kampung tempat tinggal mereka sendiri.
d) Perniagaan
Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita
lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuang sampah
yang teratur. Di Kampung Kadok Dalam, premis-premis perniagaan terletak di simpang tiga
sebelum masuk ke jalan besar.
Sesetengah peniaga mengambil tindakan yang salah dengan membuang sampah yang
banyak di tepi premisnya. Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun
mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus. Keadaan ini dapat dilihat di
kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.
Sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur kerana dapat menikmati jualan yang halal
namun tidak dapat dinafikan bahawa tahap pengurusan sampahnya kurang memuaskan.
Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
a) Hujan asid
Hujan asid secara semula jadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun
akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera.
Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah
13 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api
fossil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan
berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan
oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu
membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini
berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Sebagai kesannya, asid yang
terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam sungai Kampung
Kadok Dalam mati, bangunan seperti rumah dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna
bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu,
hujan asid juga merosakkan kesihatan penduduk terutama mereka yang masih muda,
golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
Penduduk Kampung Kadok Dalam harus menyedari bahawa hujan asid bukanlah satu
kesan yang tidak berbahaya malahan patut dititikberatkan oleh semua pihak.
b) Jerebu
Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semula jadi
ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan
juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu di Kampung Kadok
Dalam. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan
terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke
permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan
kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia
bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu
14 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
selalunya berlaku di kawasan kampung yang berdekatan dengan jalan utama ke Bandar Kota
Bharu.
Kesan-kesan yang dialami penduduk desa ini setelah terdedah secara berterusan
kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa
sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap
bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
Walaupun begitu, penduduk desa ini juga perlu bersyukur kerana jerebu yang berlaku
di sini tidak seteruk jerebu yang berlaku di Kuala Lumpur.
c) Suhu meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan
global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di kampung ini
terperangkap dan akhirnya suhu kawasan kampung meningkat dan persekitarannya menjadi
panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya
adalah permukaan tanah di Kampung Kadok Dalam menjadi panas, ekosistem terganggu,
banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
Tolong-menolong dalam membersihkan kawasan kampung adalah perlu bagi
penduduk Kampung Kadok Dalam supaya alam sekitar kembali bersih.
d) Air tercemar
Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan
minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran
toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur
15 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan
ada yang menemui maut.
Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh
penduduk Kampung Kadok Dalam bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain.
Kesan kepada penduduk adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang
dianggap kronik akibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran
tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat
penggunaan sumber air tersebut.
Penduduk Kampung Kadok Dalam mesti bekerjasama dalam memastikan pencemaran
ini tidak lagi berlaku di sini.
e) Bau busuk
Bau busuk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan
baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini
akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Di Kampung Kadok Dalam, hal sebegini turut berlaku. Sampah-sarap yang dibuang
dari kedai-kedai makan seperti perut ikan akan membuatkan persekitaran semakin berbau
busuk.
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan
mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa
sawit dan kilang getah.
Jadi, peniaga-peniaga di desa ini seharusnya lebih cekap dalam mengendalikan
sampah buangan mereka.
Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
16 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
1. Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam
udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.
Saya berasa gembira kerana Malaysia mempunyai 1001 pilihan buah-buahan yang
boleh dipilih sebagai alat untuk menurunkan suhu.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.
3. Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar
kawasan kampung boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang
boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar
semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini
boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
4. Kempen
17 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Kempen ‘Cintai Alam Sekitar’ yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati
supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap
individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
5. Catalytic converter
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan
catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar
bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar
bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98%
unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida
kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic
Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-oksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan
kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
Saya memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan hasil daripada kajian ini. Saya juga
dapat merasakan diri saya telah disemai dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab
terhadap alam sekitar. Kajian ini turut menerapkan semangat patriotisme yang tinggi
menggunung dalam diri saya terhadap negara Malaysia dan kampung tercinta saya, Kampung
Kadok Dalam.
RUMUSAN
Hasil daripada kajian ini, saya dapat mengetahui jenis pencemaran alam sekitar yang
terjadi di Kampung Kadok Dalam serta punca-puncanya. Selain itu, saya juga dapat
mempelajari kesan pencemaran alam sekitar kepada penduduk bagi kampung ini.
18 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Di samping itu, kajian ini dapat memaklumkan saya tentang seribu satu langkah yang
boleh diambil oleh setiap pihak dalam memastikan pencemaran alam sekitar dapat
dikurangkan.
Saya mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat memberikan perhatian yang lebih
mendalam terhadap alam sekitar kerana alam merupakan anugerah Tuhan yang besar kepada
manusia untuk dipelihara. Kajian ini juga telah menerapkan sikap tanggungjawab dan
prihatin ke dalam diri saya serta menanamkan semangat patriotisme tinggi terhadap negara
Malaysia tercinta.
LAMPIRAN1. Surat Kebenaran Ibu Bapa
Mohd Ghani Basri bin Hj. Bakar,SMK Ayer Lanas,17700 Jeli,Kelantan.
19 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
Pengetua,SMU (A) Al-Ittihadiah Tanjung Pagar,16450 Ketereh, Kota Bharu,Kelantan 2 JUN 2011.
Tuan,
KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KERJA KURSUS
Dengan ini perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya selaku bapa kepada anak saya yang bernama Muhamad bin Mohd Ghani Basri kelas 3B membenarkan anak saya untuk menjalankan kerja kursus tersebut bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus Geografi PMR Tingkatan 3 bagi tahun 2011.
3. Saya juga berjanji akan memberikan bantuan dan sokongan yang sepenuhnya kepada anak saya.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
______________________(MOHD GHANI BASRI B HJ BAKAR)Penjaga.
2. Surat Kebenaran Sekolah
20 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
3. Surat Pengesahan Diri Murid
21 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
4. Surat Makluman kepada Ibu Bapa
22 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
KERJA KURSUS GEOGRAFI SMU(A) AL-ITTIHADIAH 2011
BORANG TEMU BUAL
NAMA RESPONDEN:..............................................................................................
ALAMAT RESPONDEN :........................................................................................
ARAHAN : SILA TANDAKAN 2 ATAU 3 PILIHAN YANG DIBERIKAN.
A. JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
JENIS
PENCEMARAN
TANDAKAN
(X)AIR
UDARA
23 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
TANIH
BAU
BUNYI
B. PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP KAWASAN KAJIAN
PUNCA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
TANDAKAN
(X)PERKILANGAN
PEMBINAAN
PETEMPATAN
SAMPAH SARAP
SISA TOKSID
TUMPAHAN MINYAK
PERNIAGAAN
KENDERAAN
PENTERNAKAN
PEMBAKARAN TERBUKA
PERLOMBONGAN
RACUN RUMPAI/SERANGGA
BAJA KIMIA
SISA DOMESTIK
C. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN TANDAKAN
(X)UDARA TERCEMAR
SUHU MENINGKAT
BAU BUSUK
JEREBU
AIR TERCEMAR
PENYAKIT
HIDUPAN AKUATIK TERANCAM
HUJAN ASID
TANAH BERASID
D. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
24 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
KESAN TANDAKAN
(X)KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
KITAR SEMULA
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
RAWATAN AIR KUMBAHAN
PENAPIS ASAP
INSINERATOR/TAPAK PELUPUSAN
PETROL TANPA PLUMBUM
CATALYTIC CONVERTER
KERJA KURSUS GEOGRAFI SMU(A) AL-ITTIHADIAH 2011
BORANG TEMU BUAL
NAMA RESPONDEN:..............................................................................................
ALAMAT RESPONDEN :........................................................................................
ARAHAN : SILA TANDAKAN 2 ATAU 3 PILIHAN YANG DIBERIKAN.
A. JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
JENIS
PENCEMARAN
TANDAKAN
(X)AIR
UDARA
TANIH
BAU
25 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
BUNYI
B. PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP KAWASAN KAJIAN
PUNCA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
TANDAKAN
(X)PERKILANGAN
PEMBINAAN
PETEMPATAN
SAMPAH SARAP
SISA TOKSID
TUMPAHAN MINYAK
PERNIAGAAN
KENDERAAN
PENTERNAKAN
PEMBAKARAN TERBUKA
PERLOMBONGAN
RACUN RUMPAI/SERANGGA
BAJA KIMIA
SISA DOMESTIK
C. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN TANDAKAN
(X)UDARA TERCEMAR
SUHU MENINGKAT
BAU BUSUK
JEREBU
AIR TERCEMAR
PENYAKIT
HIDUPAN AKUATIK TERANCAM
HUJAN ASID
TANAH BERASID
D. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN TANDAKAN
26 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
(X)KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
KITAR SEMULA
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
RAWATAN AIR KUMBAHAN
PENAPIS ASAP
INSINERATOR/TAPAK PELUPUSAN
PETROL TANPA PLUMBUM
CATALYTIC CONVERTER
KERJA KURSUS GEOGRAFI SMU(A) AL-ITTIHADIAH 2011
BORANG TEMU BUAL
NAMA RESPONDEN:..............................................................................................
ALAMAT RESPONDEN :........................................................................................
ARAHAN : SILA TANDAKAN 2 ATAU 3 PILIHAN YANG DIBERIKAN.
A. JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
JENIS
PENCEMARAN
TANDAKAN
(X)AIR
UDARA
TANIH
BAU
BUNYI
27 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
B. PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP KAWASAN KAJIAN
PUNCA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
TANDAKAN
(X)PERKILANGAN
PEMBINAAN
PETEMPATAN
SAMPAH SARAP
SISA TOKSID
TUMPAHAN MINYAK
PERNIAGAAN
KENDERAAN
PENTERNAKAN
PEMBAKARAN TERBUKA
PERLOMBONGAN
RACUN RUMPAI/SERANGGA
BAJA KIMIA
SISA DOMESTIK
C. KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN TANDAKAN
(X)UDARA TERCEMAR
SUHU MENINGKAT
BAU BUSUK
JEREBU
AIR TERCEMAR
PENYAKIT
HIDUPAN AKUATIK TERANCAM
HUJAN ASID
TANAH BERASID
D. LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
KESAN TANDAKAN
(X)KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR
28 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
KITAR SEMULA
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
RAWATAN AIR KUMBAHAN
PENAPIS ASAP
INSINERATOR/TAPAK PELUPUSAN
PETROL TANPA PLUMBUM
CATALYTIC CONVERTER
RUJUKAN Buku Rujukan
1. Fokus 2U Geografi PMR.
Kang Chai Yoeng, Chong Yoon Choi, Chong Hui Ling, Darmindar Singh.
2006.
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Orang Sumber
1. Che Kamariah binti Ab Rahman
44 tahun.
No. 172, Kampung Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan
2. Mohd Radzi bin Ab Rahman
40 tahun
29 | H a l a m a n
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2011
No. 231, Kampung Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan
3. Mohd Nor B Muda
52 tahun
Lot 881, Lorong Pak Nor Belut, Kampung Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Internet
1. http;//www.georaphia.com/Malaysia.html
2. http;//pondoksiti.blogspot.com/
3. http;//kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/
4. http;//www.googlemap.com/keterehkelantan
Buku Teks
1. Geografi Tingkatan 3
Chong mui sen, Dr.azizan bin Hj. Abu samah
2002
Sasbadi sdn.bhd.
2. Geografi Tingkatan 3
Khaw Ah seng, Habibah Hj. Lateh, Tan Koh lim
2004
PTS Publications & Distributors sdn. Bhd.
30 | H a l a m a n