Pencemaran 3A2 Geografi

download Pencemaran 3A2 Geografi

of 18

description

Pencemaran Tingkatan 3 Geografi

Transcript of Pencemaran 3A2 Geografi

Pencemaran

Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar --PencemaranDisediakan oleh 3A2:Yeep Min Qin, Chong Shin Jie, Quah Zhi-Lyn, Ong Joe Yee, Choy Shu Ern, Chew Yi Kher, Ooi Huey-En, Ng Shi Qi, Teoh E-Shing, Hong Min Yueh MelaniePunca pencemaran air

Pembuangan sisa pepejalPembuangan sisa pepejal seperti plastik, kayu dan logam dilakukan oleh sektor perindustrian dan perlombongan.Contoh: Sungai Skudai, Sungai SemenyihPembuangan sisa cecairPembuangan sisa cecair dilakukan oleh sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan.Sisa kumbahan dan sisa toksik yang dialirkan terus dari kilang ke dalam sungai tanpa dirawat menyebabkan berlakunya pencemaran air di sungai tersebut.

Pembuangan sisa ladangSeperti sisa baja kimia, racun serangga dan racun rumpai serta najis khinzir turut mencemar air sungai.Pembuangan sisa kumbahanSisa kumbahan dari hotel dan calet yang dialirkan ke sungai dan laut akan menyebabkan berlakunya pencemaranPembuangan sampahPembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai.

Kesan Pencemaran AirKepupusan hidupan akuatikMenjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang.Rantaian makanan juga akan dijejas.Membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau.Spesis terancam semakin pupus seperti penyu.Contoh: Pembuangan plastik di perairan Terengganu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makananMenjejaskan kesihatanSumber air bersih berkurangan.Contoh: 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka.Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika minum atau menggunakan air yang tercemar.Sampah-sarap yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak.Menjejaskan industri pelanconganTumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesaKawasan terumbu karang boleh terjejas apabila berlaku pencemaran airPulau dan pantai akan kurang dikunjungi kerana keindahan pemandangan terjejas dan kecantikan alam marin ini musnah.Berlakunya BanjirSampah sarap menyumbatkan parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai.Menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.Kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan, mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.

Langkah-langkah mengatasi pencemaran airMenyediakan tangki takungan bawah tanah.Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan.Menyediakan tangki takungan bawah tanah dan merawat air buangan menggunakan bioteknologi sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.Penguatkuasaan undang-undang.Melaksanakanundang-undangmelarang pembuangan sampah-sarap domenstik ke dalam sungai.Kedegilan masyarakat yang membuang sampah merata-rata perlu dikenakan hukuman yang berat seperti saman wang tunai mengadakan khidmat sosial secara percuma dalam tempoh yang telah ditetapkan.Pelaksanaan undang-undang akan memastikan persekitaran sungai yang harmoni dapat diwujudkan.

Pemasangan perangkap sampah.Perangkap sampah perlu dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap yang akan dialirkan oleh air melalui longkang.Memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat.Sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air.Sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.Kempen kesedaran.Menumpukan kepada aktiviti-aktiviti gotong-royong membersihkan sungai.Menyemai sikap menyintai sungai kita dalam kalangan masyarakat setempat.Mendewasakan masyarakat tetang kepentingan sungai dalam kehidupan.Contohnya, Kempen Cintai Sungai yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Rawat semula air.Negara-negara perindustrian yang kekurangan sumber air telah menjalankan program rawat semula air.Contohnya: Jepun. Singapura. China.Menerapkan nilai-nilai murni kepada generasi muda.Poster-poster yang menyentuh isu pencemaran sungaiperlu digantung dan ditampal.Menunjuk dan melakukan pembuangan sampah di tempat yang betul di hadapan anak-anak.Pembelajaran berkenaantopik sungaijuga perlu banyak disentuh dalam subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Geografi.

Punca Pencemaran UdaraPelepasan gas beracun ke udara yang mengandungi karbon monoksida (CO), sulfur dioksida , nitrogen dioksida, dan gas metana.Pembakaran hutan oleh pertanian pindah dan pembakaran jerami padi selepas musim menuai.Pembakaran bahan api kilangSemburan racun serangga Ekzos kenderaanKerja-kerja pemecahan batu di kuari

Kesan PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIAKarbon monoksida akan meracuni sIstem pengangkutan oksigen dalam darah akan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Contohnya, gas ozon boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia. TUMBUHANMengalami kerosakan seperti nerosis (keguguran daun), klorosis(pertukaran warna) dan pertumbuhan terbantut.Menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWANAkan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan tercemar akibat daripada pencemaran udara.BAHANKerosakan seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Hakisan logam akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.ALAM SEKITARMeyebabkan kesan rumah hijau, pemanasan global, penipisan lapisan ozon, fenomena pulau haba, hujan asid dan jerebu berlaku.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran UdaraPenampalan ozon- Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. - Menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. - Hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.Memperkenalkan undang-undangIndustri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

Penggunaan teknologi- Penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. - Kenderaan jenis ini tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. -Tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.Kitar semulaMengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.Punca pencemaran tanah Pembuangan bahan sintetis Pembuangan bahan sintetis yang tidak dapat diuraikan oleh mikroorganisme, seperti plastik, kaleng, kaca, sehingga menyebabkan oksigen tidak bisa meresap ke tanah.Penggunaan pestisida dan detergenPenggunaan pestisida dan detergen yang merembes ke dalam tanah dapat berpengaruh terhadap air tanah, flora, dan fauna tanah.Sisa Buangan IndustriSisa pepejal yang berasal dari proses pengolahan, misalnya sisa pengolahan pabrik gula, kertas, rayon, pengawetan buah, ikan, daging. Sisa-sisa cecair pelapisan logam dan industri kimia. Contohnya, tembaga, timbal, perak, khrom, arsen dan boron.

Kesan pencemaran tanahTanah Menjadi BeracunPembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami.Tanah Bertukar GersangDisebabkan oleh penggunaan tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Contohnya:Pertanian yang dilakukan ke atas tanah yang tidak suburPadang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan yang banyak, Pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan penempatanHakisan TanahMerugikan dari sudut kewangan dan ekonomi Mengancam keselamatan dan nyawa manusia. Contoh: tanah runtuh dan gempa bumi. Penyebaran Kuman-kuman PenyakitSampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang yang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan perosak yang lain tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

Langkah-langkah mengatasi pencemaran tanahMenghadkan pembalakanMematuhi kuota pembalakan yang ditetapkan dalam usaha memastikan pengurusan dan pembangunan hutan berkekalan . Pihak kerajaan negeri menanam semula pokok sebagai langkah pemeliharan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa hadapan .Penguatkuasaan undang-undangPihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap pengurus kilang yang tidak bertanggungjawab bagi mengelakkan sisa toksik perkilangan dibuang merata-rata.

Pendidikan alam sekitar Membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Rakyat akan sedar tentang pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.Pendedahan media massaDengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran alam,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran.