Pen Gen Alan

3

Click here to load reader

description

dd

Transcript of Pen Gen Alan

Page 1: Pen Gen Alan

Pengenalan

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak

meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat

Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang

berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya

merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah

berlaku sebelumnya.

Peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu

dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk

kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa. Ini kemudian

menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union.

British yang cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan

ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Selain itu, peristiwa 13 mei telah memberi kesan yang besar terhadap

bangsa Malaysia . Namun, rakyat-rakyat kita yang terdiri pelbagai kaum tidak

ditewaskan dalam gejala tersebut sebaliknya peristiwa tersebut telah

membolehkan setiap kaum sedar bahawa kepentingan perpaduan. Peristiwa

ini telah membolehkan kaum Malaysia bersatu bersama untuk mengharungi

pancaroba yang bakal alami.

Di samping itu, dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak

meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan

golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya

adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu

kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang

dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan

untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum

di Malaysia.

Page 2: Pen Gen Alan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah

pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus

diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-

rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik,

sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata

petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-

cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan

menjadi bayangan sahaja.