PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya...
Transcript of PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT … seni budaya warisan...pemeliharaan seni budaya...
PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT
DALAM MASYARAKAT IBAN DI SRI AMAN SARAWAK
GILLIGIVRAY AUGUSTINE ANAK TAWAU
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
2015
PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT DALAM
MASYARAKAT IBAN DI SRI AMAN SARAWAK
GILLIGIVRAY AUGUSTINE ANAK TAWAU
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2015
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL:
PEMELIHARAAN SENI BUDAYA WARISAN GENDANG PAMPAT
DALAM MASYARAKAT IBAN DI SRI AMAN SARAWAK
SESI PENGAJIAN: 2012/2013
Saya
GILLIGIVRAY AUGUSTINE ANAK TAWAU
mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. *sila tandakan
SULIT
(mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan
oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
____________________________
Tandatangan Penulis
Tarikh:
Disahkan
____________________________
Tandatangan Penyelia
Tarikh:
Alamat Tetap:
NO. 226, TAMAN SURIA 1,
LORONG 1-7
JLN DATUK MOHD MUSA,
94300 SAMARAHAN
SARAWAK
Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
atau TERHAD
PENGAKUAN
Projek bertajuk Pemeliharaan Seni Budaya Warisan Gendang Pampat Dalam Masyarakat
Iban Di Sri Aman Sarawak telah disediakan oleh Gilligivray Augustine Anak Tawau dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana
Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh
_______________________________________
(Nama Penyelia)
Tarikh:
____________________________
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan atas berkatNya terhasilnya kajian ini. Setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih diabadikan kepada semua pensyarah dalam Jabatan
Seni Liberal, Dr Noria Tugang selaku penyelia dalam menjalankan kajian ini.
Di kesempatan ini, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada buat keluarga
tersayang terutamanya kepada kedua-dua Ibubapa Puan Ida Anak Ajit dan Encik Tawau
Anak Bundak dan Abang Ipar Encik Lubong Anak Empulu sekeluarga yang tidak pernah
putus memberikan sokongan, dorongan, serta dalam perbelanjaan sepanjang menjalankan
kajian ini.
Bagi rakan-rakan seperjuangan, terima kasih yang tidak terhingga kerana turut
banyak memberikan tunjuk ajar, dorongan dan perkongsian idea bernas sepanjang
menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, kepada informan dalam kajian ini, terima kasih yang tidak terhingga
kerana sudi meluangkan masa, memberikan informasi yang jelas dan kerjasama yang amat
tinggi semasa menjalankan temuramah bersama mereka. Hanya Tuhan yang dapat membalas
budi baik kalian semua.
Sekian, terima kasih
ISI KANDUNGAN
HALAMAN TAJUK
BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN
PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN 1
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN 2
1.3 HIPOTESIS 2
1.4 OBJEKTIF KAJIAN 3
1.5 SKOP KAJIAN 3
1.6 LOKASI KAJIAN 3
1.7 BATASAN KAJIAN 3-4
1.8 KERANGKA KONSEPTUAL 4-5
1.9 KEPENTINGAN KAJIAN 5-6
1.10 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA
MENJALANKAN KAJIAN 6
BAB DUA SOROTAN KESUSASTERAAN
2.0 PENGENALAN 7-12
2.1 SEJARAH GENDANG 12
2.2 JENIS-JENIS GENDANG 13
2.2.1 GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK 13
2.2.2 GENDANG JAWA/ GENDANG MELAYU 13
2.2.3 GENDANG SEMBILAN/ GORDONG SEMBILAN 14
2.2.4 GENDANG SABAH 14
2.2.5 GENDANG SEMARANG 14-15
2.3 GAWAI KENYALANG 16-18
2.4 SEJARAH SRI AMAN 18
2.4.1 PEMERINTAHAN BATANG LUPAR SEBELUM
PEMERINTAHAN RAJA BROOKE 18-19
2.4.2 KRONOLOGI PEMERINTAHAN SRI AMAN 19-20
2.4.3 SRI AMAN SELEPAS MERDEKA TAHUN 1963 21
2.5 RUMUSAN 21-22
BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN 23
3.2 LOKASI KAJIAN 23
3.3 SUMBER DATA 24
3.3.1 DATA PRIMER 24-26
3.3.2 DATA SEKUNDER 26
3.4 INSTRUMEN KAJIAN 27
3.5 RUMUSAN 27
BAB EMPAT ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN 28
4.2 ANALISA DATA 29-48
4.2.1 TEMUBUAL BERSAMA EN. TAWAU BUNDAK
4.2.2 TEMUBUAL BERSAMA EN. TAJAK ANAK SUANG
4.2.3 TEMUBUAL BERSAMA EN. SAWING ANAK KANDAU
4.3 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN 48-53
4.4 RUMUSAN 54
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 KESIMPULAN 55-56
5.2 CADANGAN KEPADA ORGANISASI 57-59
5.3 CADANGAN KEPADA PENGKAJI AKAN DATANG 60
GLOSARI 61
SENARAI RUJUKAN 62
LAMPIRAN 63-66
ABSTRAK
Gendang Pampat merupakan salah satu medium komunikasi dalam upacara ritual yang
diamalkan dalam upacara Gawai ritual seperti Gawai Kenyalang, Gawai Sandau Ari dan
diamalkan dalam upacara Gawai ritual yang lain. Jika zaman dahulu, Gendang Pampat
dikenali dengan nilai ritual yang sangat tinggi. Namun, tidak untuk masa kini. Pendedahan
terhadap seni budaya warisan amat kurang didedahkan. Hal ini kerana, masyarakat Iban kini
menganut agama Kristian. Rentetan dari itu, maka Gendang Pampat ini kurang didedahkan
kepada genarasi kini.
Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan seni budaya warisan ini
semakin dilupakan dan mengkaji kaedah pemeliharaan seni budaya warisan Gendang
Pampat di Sri Aman, Sarawak. Pengumpulan data melalui temubual. Hasil kajian mendapati,
seni budaya ini dipersembahkan dalam kebudayaan dan dianggap sebagai medium
komunikasi masyarakat Iban dalam upacara ritual. Tercetusnya inspirasi dalam memilih
kajian ini adalah daripada budaya bermukun melalui pengalaman pengkaji.
Kepentingan kajian adalah kepada industri pelancongan Negara. Pelancong-pelancong luar
negara khasnya, mereka menginginkan sesuatu yang menarik untuk ditontonkan serta
mencari seni warisan budaya yang penuh dengan sifat ritualnya dan estetikanya.
Pemeliharaan dari segi seni budaya warisan ini adalah, kajian ini bakal menjadi bahan
rujukan pada masa akan datang dan memberikan kesedaran kepada semua pihak bahawa seni
budaya warisan Gendang Pampat dalam masyarakat Iban penting untuk dikenali agar seiring
dengan seni budaya persembahan Tarian Ngajat yang sering diberikan perhatian hingga
sekarang.
ABSTRACT
Gendang Pampat is one medium of communication in ritual ceremonies practiced in devices
such elaborate ritual, Sandau Ari and practiced in other ritual ceremonies devices. If the
olden days, four drum known as the ritual is very high. However, not for the present.
Exposure to cultural heritage is less exposed. This is because, Iban community is now
embracing Christianity. The sequence of the four drum is less exposed to the current
generation.
This study aims to identify factors that lead to cultural heritage is increasingly forgotten and
study cultural heritage preservation method Drums four in Sri Aman, Sarawak. Collecting
data through interviews. The findings, presented in art and culture and is regarded as a
medium of cultural communication Iban community in ritual ceremonies. The onset of
inspiration in choosing this study is from bermukun culture through experience researcher.
The importance of the study is the national tourism industry. Foreign tourists in particular,
they wanted something exciting to watch and find art and cultural heritage that is full of
ritual and aesthetic properties. Preservation of cultural heritage is, this study will become a
reference in the future and provide awareness to everyone that the cultural heritage in the
four drum Iban community is important to recognize that along with the cultural arts Dance
performances are often given attention to now
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Gendang Pampat merupakan satu upacara ritual dalam masyarakat Iban di
Sarawak. Gendang Pampat ini dilakukan ketika upacara-upacara besar dalam masyarakat
Iban seperti Gawai Sandau Ari, Gawai Kenyalang, dan Gawai-Gawai lain yang diraikan
oleh etnik Iban di Bumi Kenyalang. Upacara Gendang Pampat dilakukan dalam Gawai-
Gawai tertentu adalah berkaitan dengan pemujaan dan menyeru semangat Kumang dan
Keling. Jika dalam kepercayaan masyarakat Iban, Kumang dan Keling ini merupakan
orang yang paling disegani yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib, memiliki rupa paras
yang tampan dan mempunyai tubuh yang tegap. Manakala Kumang pula seorang wanita
yang menjadi pujaan kaum lelaki pada zaman dahulu dengan siftanya yang lemah
lembut, cantik serta mahir dalam segala pekerjaan wanita pada zaman dahulu. Mereka
juga dipercayai mempunyai ubat-ubatan yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit
yang yang dihidapi oleh masyarakat Iban. Selain itu, Gendang pampat, merupakan salah
satu upacara yang menyeru semangat orang-orang dari Panggau Libau bagi
mendapatkan perlindungan dan dianugerahkan kesejahteraan dalam hidup. Oleh itu,
Gendang Pampat merupakan salah satu seni budaya warisan kaum Iban yang harus
dimartabatkan dalam kalangan generasi muda kaum Iban kini agar seni budaya warisan
ini tetap utuh dalam dunia seni budaya warisan.
2
1.2 Permasalahan Kajian
Pada abad ini upacara ritual ini tidak kurang diberikan pendedahan atau
diendahkan. Malah, ia telah digantikan dengan aktiviti-aktiviti moden. Kadang-kadang
sekiranya sambutan Gawai Dayak disambut menjelang 1 Jun setiap tahun, Gendang
Pampat tidak diperkenalkan kepada generasi baru. Ini kerana, kini generasi muda kaum
Iban sememangnya sinonim dengan gaya hidup moden. Segelintir daripada mereka
hanya berniat untuk pulang ke kampung halaman tetapi tiada mempunyai semangat ingin
mengetahui seni budaya warisan kaum sendiri. Oleh itu, seni budaya warisan ini tidak
dikuasai oleh golongan muda sekarang apatah lagi dikenali oleh generasi muda kaum
Iban khususnya, sehingga perkara ini boleh menimbulkan ancaman terhadap seni budaya
warisan gendang pampat kelak. Dari zaman dahulu hinnga sekarang, hanya warga emas
yang hanya mempunyai kemahiran untuk mengendalikannya dan menguasai sepenuhnya
ilmu bergendang pampat ini. Bertitik tolak daripada masalah ini, pengkaji harus
mengembalikan seni budaya warisan Gendang Pampat ini ke pentas kesenian,
kebudayaan dan warisan agar terpelihara nilai estetikanya.
1.3 Hipotesis Kajian
Jika generasi pada abad ke-21 ini tidak memelihara seni budaya warisan ini,
maka seni budaya warisan Gendang Pampat ini akan pupus ditelan arus pemodenan
kelak.
1.4 Objektif Kajiian
a) Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan seni budaya warisan ini
semakin dilupakan
3
b) Mengkaji langkah-langkah pemeliharaan seni warisan budaya Gendang Pampat
di Sri Aman
1.5 Skop Kajian
Kajian ini memfokuskan Kepada Pemelihara Seni Budaya Warisan Gendang
Pampat Dalam Masyarakat Iban Di Sri Aman, Sarawak. Sehubungan dengan itu,
pengkaji perlu menjelaskan faktor-faktor yang menjadi penyebab seni budaya warisan
ini semakin tidak diendahkan pada zaman meningkat pesat dalam arus pemodenan.
Selain itu, pengkaji juga mengkaji langkah-langkah yang perlu diambil bagi
mengekalkan seni budaya warisan ini agar terpelihara nilainya.
1.6 Lokasi Kajian
Pengkaji telah memilih Bahagian Sri Aman sebagai lokasi bagi menjalankan
penyelidikan dijalankan. Hal ini kerana, Sri Aman merupakan kampung halaman
pengkaji. Sehubungan dengan itu memberikan peluang pengkaji menjalankan
penyelidikannya bagi mendapatkan maklumat dari informan. Tambahan pula, informan
pengkaji merupakan orang tempatan yang menetap di perkampungan Bahagian Sri
Aman.
1.7 Batasan Kajian
Pengkaji mengalami batasan kajian dalam penemuan informan kajian. Hal ini
kerana penduduk setempat merupakan warga emas yang mahir serta mempunyai
pengalaman dalam Gendang Pampat ini. Hal ini kerana, kebanyakkan dari meraka yang
telah meninggal dunia. Kini, hanya pengkaji dapat mengenalpasti beberapa orang sahaja,
warga emas yang dahulunya pernah belajar dan pernah menyaksikan upacara ritual
4
Gendang Pampat ini dilakukan semasa meraikan Gawai-Gawai tertentu. Tambahan pula,
di Sri Aman, tidak mempunyai Gendang yang asli untuk dipertontonkan kepada pengkaji
malah, jika mereka ingin aktif kembali dalam mengendalikan Gendang Pampat ini,
mereka harus membeli di kedai-kedai yang menjual alat tradisional Iban, serta pengkaji
mengalami masalah dalam membuat rujukan ilmiah. Hal ini kerana, tidak ramai penulis-
penulis akademik yang menulis mengenai Gendang Pampat ini.
1.8 Kerangka Konseptual.
Merujuk kepada rajah di atas merupakan kerangka konseptual yang digunakan
oleh pengkaji agar menjadi garis panduan dalam membuat kajian ini. Berdasarkan kerangka
tersebut, pengkaji telah menggunakan lima istilah penting dalam kajiannya. Istilah
pemeliharaan dan gendang pampat merupakan pemboleh ubah tidak bersandar. Ini kerana,
kedua-dua istilah tersebut tidak dapat berdiri dengan sendiri jika tiada sokongan dari istilah
Pemeliharaan
Gendang Pampat
Seni Budaya Warisan
Masyarakat Iban
Sri Aman, Sarawak
5
lain. Ini akan menyebabkan tajuk kajian akan menjadi kabur serta maklum balasnya menjadi
masalah. Oleh itu, istilah masyarakat Iban dan Sri Aman, Sarawak merupakan pemboleh
ubah yang bersandar. Hal ini kerana, tanpa masyarakat Iban dan mempunyai tempat khusus,
pemeliharaan Gendang Pampat ini tidak akan berlaku. Di Sri Aman, seni budaya warisan
Gendang Pampat ini harus dimartabatkan oleh generasi muda. Hal ini kerana, jika tiada
usaha dilakukan oleh generasi muda untuk memartabatkannya dikhuatiri nilai seni budaya
warisan ini akan pupus. Gendang pampat ini pada asalnya merupakan salah satu medium
dalam upacara ritual apabila masyarakat Iban pada dahulunya menjalankan perayaan Gawai
ritual. Kini, apabila masyarakat Iban telah memegang agama Kristian sebagai pegangan
hidup maka, amalan bergendang dalam ritual kurang diketengahkan. Oleh itu, Gendang
Pampat kini menjadi salah satu seni persembahan bagi masyarakat Iban di Sri Aman
khususnya. Oleh kerana usaha pemeliharaannya diperkenalkan oleh Menteri Muda
Pemodenan Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) negeri, Datuk Mong Dagang, beliau
telah menganjurkan satu pertandingan Gendang Pampat agar menarik minat masyarakat
setempat untuk turut serta dalam pertandingan ini secara tidak langsung, beliau telah
membuka suatu jalan usaha dalam memelihara dan memartabatkan seni budaya warisan ini.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian Pemeliharaan Seni Budaya Warisan Gendang Pampat ini amat penting
bagi generasi kini. Hal ini kerana, bagi memelihara seni budaya warisan bagi sesebuah
etnik di Sarawak bukan merupakan suatu usaha yang mudah untuk dijalankan. Hal ini
disebabkan oleh permasalahan dalam mencari bahan-bahan dan juga maklumat yang
boleh digunapakai dalam suatu kajian yang dijalankan. Selain itu, kepentingannya juga
adalah kepada industri pelancongan Negara di mana pelancong-pelancong asing
6
khasnya, mereka menginginkan sesuatu yang menarik untuk ditontonkan serta mencari
seni warisan budaya yang penuh dengan sifat ritualnya. Pemeliharaan dari segi seni
budaya warisan ini adalah, kajian ini bakal menjadi bahan rujukan pada masa akan
datang serta memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa seni budaya warisan
Gendang Pampat dalam masyarakat Iban penting untuk diketahui.
1.10 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian
Antara masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian ini adalah,
pengkaji berhadapan dengan masalah dari segi bilangan informan yang arif dan
mahir dalam mengendalikan Gendang Pampat ini. Selain itu, informan merupakan
penduduk kampung yang tidak berpendidikan. Jadinya, agak sukar bagi pengkaji
mengedarkan borang soal selidik.
7
BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN
2.0 Pengenalan
Sorotan kajian merupakan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lepas
mengenai sesuatu hasil kajian. Penyelidik memerlukan sumber dalam mencari bahan bukti
untuk mengukuhkan lagi kesasihan bahan sokongan yang dijalankan oleh penyelidik.
Sumber rujukan atau kajian lepas yang dipilih pengkaji adalah melalui buku, majalah, Surat
khabar, internet, jurnal dan buku.
Penghasilan sesuatu idea memerlukan idea dan kandungan topik. Kandungan umum
merupakan penjelasan ringkas mengenai topik yang menjadi fokus buku atau bahan yang
dijadikan sumber rujukan. Manakala kaitan dengan kajian pula pengkaji dapat menyatakan
pendekatan yang digunakan oleh pengarang mengenai topik yang dikaji. Kedua-dua
kandungan tersebut akan menghuraikan permasalahan kajian penyelidik. Antara buku-buku
dan rujukan yang digunakan oleh pengkaji adalah:
Makna pemeliharaan mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga tahun 2000, ialah
pembuatan memelihara, pembelaan dan perawatan. Selain itu, kamus Dewan Edisi terbaru
terbitan tahun 1993 menyatakan bahawa pemeliharaan bermaksud pembuatan memelihara,
pembelaan, perawatan dan mengamalkan langkah-langkah asas. Di samping itu penjagaan
dari segi pengolahan, penyelenggaraan. Pemeliharaan membawa maksud pembuatan atau
hal memelihara, penjagaan, pembelaan (Kamus Pelajar, 2006 Ogos 08)”.
Pemeliharaan dalam konteks kajian ini adalah, Gendang Pampat merupakan suatu
seni budaya warisan yang mengalami era dipinggirkan dalam masyarakat Iban khususnya.
Oleh itu, pengkaji mempunyai hasrat bagi memelihara seni budaya ini agar tidak luput
8
ditelan arus pemodenan kelak. Dengan adanya kajian ini dilakukan, langkah-langkah bagi
pemeliharaan seni budaya warisan ini dapat diketengahkan agar seni budaya ini terpelihara
daripada ancaman kepupusan. Selain mengetengahkan Gendang Pampat sebagai seni budaya
warisan bagi masyarakat Iban amalan memelihara adat serta peraturannya harus terjaga. Hal
ini kerana, Gendang Pampat tidak boleh dimainkan jika tiada sebab dan tujuan. Dapat
diketahui bahawa seni budaya warisan Gendang Pampat ini sangat mementingkan adatnya
seperti sebelum bergendang dilakukan para pemainnya harus melakukan upacara buka
panggung iaitu dengan menyediakan Elum sebagai satu medium untuk menghormati Petara
(Tuhan) dalam masyarakat Iban.
Merujuk kepada buku yang ditulis oleh Syed Zainol Abidin Idid, Pemeliharaan
Warisan Rupa Bandar menyatakan bahawa, pemeliharaan merupakan istilah yang umum
yang membawa maksud segala kaedah yang terlibat untuk menjaga sesuatu tempat bagi
tujuan memelihara kepentingan budaya. Dalam pemeliharaan tindakannya adalah termasuk
perawatan dan mengikut keadaan tertentu termasuk pengekalan, pemulihan, pembangunan
semula dan penyesuaiguna. Jika dikaitkan dengan kajian ini, pemeliharaan adalah
bermaksud memelihara kepentingan budaya. Sekiranya Gendang Pampat tidak didedahkan
kepada generasi pada hari ini, tidak mustahil jika seni budaya warisan gendang pampat ini
akan pupus pada suatu hari nanti.
Dalam buku Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malysia yang ditulis oleh
Abdul Aziz Hussin Definisi warisan berdasarkan seksyen 2, perkara taksiran dalam Akta
Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) membawa maksud warisan membawa maksud
Warisan kebudayaan termasuklah bentuk ketara atau tidak ketara bagi harta, struktur atau
artifak kebudayaan dan ia merangkumi objek, butiran, artifak, struktur pembentukan,
persembahan, tarian, nyanyian, muzik warisan iaitu perkara-perkara yang penting dalam
9
hidup kehidupan rakyat Malaysia dari aspek sejarah atau semasa, atas atau dalam tanah atau
warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara, tetapi ia tidak merangkumi warisan
semula jadi.
Menurut beliau, warisan kebudayaan tidak ketara ia merangkumi mana-mana bentuk
ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik
yang boleh diperdengarkan, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian
sebagaimana yang dilakukan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi
dan muzik, seni mempertahankan diri, iaitu yang telah wujud atau wujud berhubung dengan
warisan Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia atau berhubung dengan warisan
masyarakat Malaysia.
Menurut Mohd Fauzi Bin Sedon @ M. Don dalam buku Pendidikan Seni Visual dan
Muzik editornya Mohd Johari Ab. Hamid seni merupakan hasil buatan manusia yang
menggunakan bahan yang diatur dengan mahir untuk menyuarakan pengalaman manusia.
Jika dilihat kepada kajian yang dilakukan oleh pengkaji, Gendang Pampat merupakan salah
satu medium komunikasi dalam upacara miring masyarakat Iban. Pada awalnya, Gendang
Pampat merupakan seni persembahan ritual yang amalkan dalam upacara Gawai. Dalam
masa yang sama Gendang ini merupakan salah satu seni budaya warisan yang mampu
menjadi identiti masyarakat Iban di Sarawak. Tambahan pula, Gendang Pampat ini jika
diamalkan pada masa kini ianya sudah menggambarkan suatu pengalaman dari masa lampau
iaitu sebagai satu permainan untuk mengekspresikan pengalaman dalam memainkan
Gendang Pampat. Selain itu, seni juga merupakan alat cerminan sosiobudaya masyarakat
yang merangkumi segala bentuk pengetahuan dan kepercayaan, nilai dan adat resam serta
berbagai aktiviti-aktiviti lain. Dalam masyarakat Iban, salah satu seni yang juga mampu
untuk mencerminkan sosiobudaya masyarakat ini adalah menerusi Gendang Pampat.
10
Gendang Pampat merupakan salah seni yang mempunyai kreadibiliti untuk diketengahkan
kerana seni budaya ini merangkumi segala bentuk pengetahuan dan kepercayaan. Pada
zaman dahulu, masyarakat Iban tidak menganut mana-mana agama dalam kehidupan
mereka. Oleh itu mereka percaya dengan persekitaran sekelilingan seperti bunyi burung,
kepercayaan setiap batu mempunyai semengat (roh) serta mempunyai nilai dan adat resam
serta berbagai aktiviti-aktiviti untuk dikelola di samping itu, seni juga merupakan wadah
kepada penyampaian makna budaya yang disampaikan melalui nilai estetik.
Dalam Bahasa Jawa Gendang dikenali sebagai Kendhang, manakala bahasa Melayu:
ialah Gendang. Gendang merupakan salah satu alat bunyian yang diperbuat daripada kulit
binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Gendang merupakan salah sebuah alat muzik
dalam keluarga genderang. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai
gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan
kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang
digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau
pertabalan Diraja. Gendang biasanya dipakai untuk mengiringi permainan gitar dambus,
campak, atau bedaek. Gendang juga dipakai untuk mengiringi perarakan pengantin, upacara
menyambut tamu, dan lain-lain. Keberadaan gendang dalam sejarah musik Melayu sudah
lama ada seiring dengan perkembangan muzik Melayu.
Gendang adalah jenis alat muzik pukul dalam kelompok genderang yang paling
dikenali di muka bumi. Alat muzik ini dibuat daripada kulit binatang yang diregangkan pada
mulut tabung kayu dengan pelbagai variasi bentuk dan ukuran. Setiap bangsa sejak Afrika
sampai Asia Timur dan benua Amerika, dapat dikatakan memiliki gendang dengan bentuk,
bunyi, kegunaan, dan nama tersendiri.
11
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa warisan adalah harta
peninggalan, harta pusaka atau sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun atau
sesuatu peninggalan.
E.B.Tylor menyatakan bahawa budaya adalah suatu keseluruhan kompleks yang
meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni, kesusilaan, hukum, adat istiadat, serta
kesanggupan dan kebiasaan lainnya yang dipelajari manusia sebagai anggota masyarakat.
Manakala Linton pula mendefinisikan budaya adalah keseluruhan dari pengetahuan, sikap
dan pola perilaku yang merupakan kebiasaan yang dimiliki dan diwariskan oleh anggota
suatu masyarakat tertentu.
Selain itu, menurut Kluckhohn dan Kelly budaya adalah semua rancangan hidup
yang tercipta secara historis (sejarah), baik yang eksplisit mahupun implisit, rasional,
irasional, yang ada pada suatu waktu, sebagai pedoman yang potential untuk perilaku
manusia.
Menurut Marven Harris dalam bukunya Cultural Anthropology, Seventh Edition
Budaya merujuk kepada belajar mengenai tradisi yang diperolehi daripada pemikiran sosial
dan tingkah laku yang terdapat dalam masyarakat. Ia juga merupakan gaya hidup yang
diperoleh secara sosial, perulangan dalam pemikiran, perasaan dan tindakan. Takrif budaya
terdiri daripada corak tindakan (tingkah laku) dan juga pola pemikiran dan perasaan teladan
yang ditetapkan oleh Sir Edward Burnett Tylor, pengasas antropologi akademik dalam
berbahasa Inggeris dunia dan pengarang buku teks antropologi umum yang pertama:
Budaya dalam erti kata yang luas etnografi ialah keseluruhan kompleks yang
merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan apa-apa
keupayaan dan tabiat yang lain yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
12
Keadaan budaya dalam kalangan pelbagai masyarakat manusia, setakat mana ia mampu
disiasat prinsip umum, adalah subjek yang sesuai untuk kajian semula undang-undang
pemikiran manusia dan tindakan. (Tylor 1871: 1)
Menurut Abdul Samad Bin Ahmad menyatakan dalam bukunya kebudayaan pada
umumnya, kebudayaan dalam bahasa Inggeris disebut culture iaitu berasal daripada bahasa
Latin iaitu cultura. Dalam bahasa Mandarin disebut Wen Hua dan bahasa Arab disebut
Thaqafah. Pokok kata kebudayaan ialah budaya. Sebahagian besar ahli kebudayaan kita
menyatakan bahawa perkataan budaya adalah berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan
itu dirangkumkan menjadi budaya. Bu membawa erti asli, pertama, sejati dan yang
dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal,
jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.
2.1 Sejarah Gendang
Menurut Lee Elaine (2006), menyatakan bahawa gendang di bawah category
mambranophone. Menurut beliau lagi, suku kaum Sakai dan Jakun dari Perak mempunyai
gendang yang mempunyai persamaan dengan etnik Melayu. Gedang ini diukir dan dibuat
darpada kayu yang diapit dengan kulit rusa yang disalut diantara dua bahagian. Gendang ini
.Gendang dibuat dengan mengorek sebatang pokok dan menuju pada tiap-tiap penghujung
yang telah dilekatkan dengan kulit Pelanduk. Gendang ini dikategorikan di bawah alat
Membranophone. Istilah ini biasanya digunakan untuk mana-mana jenis gendang yang
bersilindir dikenali sebagai Membranophone. Gendang ialah satu daripada alat-alat
masyarakat Melayu tradisional yang paling dominan. Gendang Melayu mempunyai pelbagai
saiz reka bentuk seperti silinder panjang, bercembung panjang, dan silinder pendek (pendek
silinder).
13
2.2 Jenis-Jenis Gendang
2.2.1 Gendang Ibu dan Gendang Anak
Gendang Ibu merupakan yang mempunyai saiz agak besar yang berkepala dua dan
berbentuk seperti kendi atau tong dan badannya diperbuat daripada kayu keras seperti pokok
Nangka. Instrumen ini terkenal di Negeri Kelantan bagi mengiringi teater tradisional atau
adat istiadat dalam Istana dan penggunaannya dalam tarian klasik. Semasa dipersembahkan,
kedudukan yang betul untuk memegang instrumen ini adalah meletakkan Gendang Ibu ini
di atas riba pemain dan memukulnya dengan menggunakan dua belah tangan. Keunikan di
dalam berongga kerana bagi memastikan kualiti bunyi yang terbaik. Gendang Ibu adalah
berpasangan dengan Gendang Anak untuk bermain dalam irama yang saling membina setiap
struktur irama mematuhi disiplin muzik seperti dalam Wayang Kulit, Mak Tong, Menora
dan Silat. Dari segi pembuatannya pula, proses yang melibatkan regangan kulit yang lembap
dan berbingkaikan rotan, kemudian dilekatkan, dan kemudian diikat bersama dalam bentuk
"Y". Ini digunakan sebagai alat penalaan. Proses yang kedua, kulit lembu menjangkau lebih
besar dari permukaan gendang. Manakala Kulit Kambing lebih besar atas permukaan yang
lebih kecil. Akhir sekali, apabila mengeringkan kulit yang lembap, ia sesuai dalam bingkai
rotan. Dalam proses resonan bunyi, Ikat pinggang rotan (juga sebagai item hiasan)
mengelilingi Gendang untuk memastikan bahawa ketegangan yang kekal.
2.2.2 Gendang Jawa/Gendang Melayu
Gendang Jawa atau Gendang Melayu terdapat dalam kumpulan Gamelan Jawa di
Negeri Johor. Ia merupakan sejenis gendang tong panjang berkepala dua dengan teo
skinhead saiz yang berbeza, dibuat daripada kulit Lembu atau Kambing. Gendang ini
dimainkan dalam pasangan untuk menghasilkan rentak yang menarik