Pembiakan Secara Cantuman Baji
Transcript of Pembiakan Secara Cantuman Baji
PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN BAJI
Pembiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dilakukan
untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi
ketahanan penyakit , tahan terendam air dan sebagainya. Selain itu, cantuman dapat
memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-
dahan yang lemah. Cantuman juga dapat membaik pulih dahan-dahan dan batang-
batnag yang tercedera ataupun tercacat. Akhir sekali cantuman dapat membiakkan
tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah-kaedah lain.
Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu
penanti dan sion. Pokok penanti ialah pokok yang sisitem akarnya akan digunakan di
dalam cantuman ini. Sementara sion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau
ranting yang kaan dicantumkan dengan pokok penanti. Kejayaan sesuatu cantuman
bergantung pada sama ada sel-sel cambium pokok penanti dan sion boleh bercantum
ataupun tidak. Oleh itu pembiakan secara cantuman biasanya hanya dilakukan pada
tumbuhan-tumbuhan di dalam satu spesies yang sama. Beberapa cara cantuman boleh
dilakukan pada tumbuhan hotrikultur hiasan dan landskap sepertu dibawah:
Jenis-jenis pembiakan secara cantuman
Pembiakan Secara Cantuman
Cantuman Baji
Cantuman Mata Tunas
Cantuman Lidah
Sandingan
ALATAN DAN BAHAN
Bil Alatan Ilustrasi Bil Bahan Ilustrasi
1 Pelastik 1 Pokok
Penanti
2 Pita
Politena /
Parafilem
2 Pokok Sian
3 Tali rafia
4 Pisau
Tajam
5 Sekateur
6 Gunting
LANGKAH_LANGKAH CANTUMAN BAJI
i. Penyediaan pokok penanti
Pokok penanti yang sesuai dicantum kebiasaanyan berumur 10 bulan atau 15
cm tinggi. Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau sepanjang 8-10
cm dari pangkal pokok.Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau.
Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau tajam tadi.
Pokok penanti
Batang pokok penanti dibelah dua
ii. Penyediaan tunas pucuk
Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan dan
berdaun daripada klon terpilih sebagai sion. Dengan menggunakan pisau , pangkal
pucuk dipotong berbentuk baji atau V. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan
licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang. Daun-daun dikerat separuh.
Pokok penanti
Pangkal pucuk dipotong berbentuk baji
iii. Penyisipan pucuk ke pokok penanti
Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah kemas dengan
segera supaya lapisan kambium sion bertemu dengan lapisan kambium pokok penanti.
Cantuman ini diikat dengan menggunakan parafilem. Kemudian pokok yang telah
dicantum ditutup dengan pelastik dan bahagian bawah pelastik diikat dengan tali rafia.
Pucuk disisipkan pada belahan pokok penanti
Balutkan cantuman dengan menggunakan parafilem
Ditutup dengan pelastik
Diikat dengan tali rafia
vi. Penjagaan
Letakkan pokok ditempat yang teduh atau beri naungan.Perhatikan cantuman
selepad 5-7 hari. Beg plastik ini boleh ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar .
Ikatan tali boleh dibukakan selepas didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan
pokok penanti telah kukuh.
Contoh pembiakan secara cantuman pada tumbuhan lanskap
Langkah Keselamatan
i. Gunakan pisau yang tajam dan bersih
ii. Jangan sentuh bahagian yang di potong berbentuk baji
iii. Lakukan cantuman dengan segera selepas baji dibentuk. Kejayaan sesuatu
cantumanbergantung pada sel-sel kambium pokok penanti dan sion sama
ada boleh bercantum ataupun tidak.
iv. Lakukan pada waktu awal pagi atau lewat petang
Kepentingan Cantuman Baji
Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon
baru ini lebih baik dari segi ketahanan penyakiti, tahan terendam air dan pengeluaran
hasil yang tinggi. Cantuman juga dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok
dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah.
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bidang
teknologi pertanian ini, saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan
tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada mengenai teknologi pertanian amatlah
sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya
untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang
berkaitan melalui buku dan internet . Di sini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut
maklumat yang berkaitan dengan kerja amali yang bakal dilaksanakan
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan secara amali
seperti pembiakan secara aseks, penanaman lanskap dan kaedah menyemai biji benih
yang dapat saya pelajari dengan lebih mendalam. Amali kami berjalan dengan lancar
dengan kerjasama yang baik antara ahli dalam kumpulan. Pengorbanan dari segi masa
dan wang ringgit tidak mematahkan usaha kami untuk memberikan yang terbaik dalam
setiap kerja amali yang dilakukan.
Terdapat juga kekangan dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti
pembahagian masa yang tidak teratur disebabkan oleh terdapat banyak kerja kursus
lain yang perlu disiapkan pada masa yang sama. Penambahbaikan yang perlu saya
lakukan agar masalah yang sama tidak berulang pada masa hadapan ialah saya perlu
membahagikan masa dengan lebih baik agar proses penyiapan tugasan ini dapat
berjalan dengan lancar
Namun dengan usaha gigih yang di lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan
akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran
Hidup di sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu saya dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau
peringkat yang lebih tinggi sekiranya diberi peluang untuk mengajar subjek ini.
Rujukan
1. Mustafa Kamal (1995). Hotrikultur Hiasan Dan Lanskap.Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
2. Rukayah Aman (1995). Tanaman Hiasan Ruangan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
3.