Pembentangan kertas cadangan kerja amali berasaskan komputer mikro
-
Upload
osonong-bunsoloi -
Category
Documents
-
view
101 -
download
0
description
Transcript of Pembentangan kertas cadangan kerja amali berasaskan komputer mikro
-
KERTAS CADANGAN
PELAKSANAAN AKTIVITI MAKMAL
BERASASKAN MIKROKOMPUTER (MBL)
DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
SELURUH NEGERI SABAH
-
Tujuan
pelaksanaan aktiviti makmal berasaskan mikrokomputer (MBL) di semua sekolah menengah di seluruh negeri Sabah bermula tahun 2016
RM 50 000.00 termasuk peralatan dan kursus
-
Latar Belakang
pelajar sering mengalami miskonsepsi
Aktiviti makmal berasaskan komputer (MBL) yang menerapkan strategi
penglibatan secara aktif telah terbukti
dalam meningkatkan pemahaman
konseptual pelajar
-
Eksperimen yang terlibat memerlukan interface komputer yang unik, sensor khas yang tertentu
(seperti pengesan gerakan, prob daya,
accelerometer) dan software khas sebagai
tambahan kepada radas sedia ada di makmal
Melalui penggunaan MBL, pelajar dapat menggunakan mikrokomputer dan prob khas
tersebut untuk mengumpul, merekod dan
menghasilkan data graf untuk menyokong
konstruk konsep sains mereka.
-
OBJEKTIF
Membantu pelajar untuk lebih terlibat secaraaktif dalam membentuk konsep sains.
Meningkatkan dan melengkapkan kaedahpengajaran Sains.
Menyediakan peluang kepada pelajar untukmeramal, menyoal dan mengaplikasi konsepSains.
Meningkatkan pembelajaran Sains, kemahiranproses Sains, kemahiran membuat graf danpenyelesaian masalah.
-
JUSTIFIKASI CADANGAN
PELAKSANAAN MBL
Pendidikan Sains masa kini menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Ianya boleh dicapai melalui kurikulum yang lebih berpusatkan kepada proses.
Para pelajar boleh dilatih untuk mengenal pasti masalah dan cuba menyelesaikannya dengan menerapkan kaedah pengajaran MBL.
-
Latihan amali konvensional biasanya memerlukan pelajar untuk mengikut prosedur yang spesifik
Di dalam sistem MBL, kesemua proses rutin tersebut diselesaikan oleh komputer sekaligus menjimatkan masa.
Aktiviti MBL boleh diprogramkan untuk menggalakkan pelajar membina soalan dan seterusnya menyelesaikan masalah sendiri
-
Sistem PASPORT yang dibangunkan oleh PASCO.
reka bentuk yang mesra pengguna dan menyokong proses pendidikan.
Ia mengandungi software Datastudio, sensor PASPORT (probeware) dan interface USB
pelajar dapat mengumpulkan data sebenar dalam makmal atau di lapangan.
-
Sistem PASPORT untuk MBL di
Sekolah MenengahNO SISTEM MODEL
1
Interface mudah alih
- berfungsi sepenuhnya sama ada disambungkan pada komputer atau digunakan sebagai peranti tunggal.
Xplorer GLX(PS-2002)
2
Sensor
- Suhu - Oksigen
- Konduktiviti - Tekanan Mutlak
- Voltan/Arus - Kelembapan
- pH
Bundle Options:
-Starter sensor bundle
-Standard Sensor bundle
3 Fail Manual Makmal PASPORT Fizik, Biologi, Kimia
-
Sistem PASPORT untuk MBL di
Sekolah Menengah
Interface mudah alih
- berfungsi sepenuhnya sama
ada disambungkan
pada komputer atau
digunakan sebagai
peranti tunggal.
Xplorer GLX(PS-2002)
-
Sistem PASPORT (Bundle Options:
-Starter sensor bundle-Standard Sensor bundle
Sensor
- Suhu - Konduktiviti - Voltan/Arus - pH - Tekanan Mutlak - Kelembapan - Oksigen - Cahaya
-
Contoh Penggunaan MBL
FIZIK Kaedah Demonstrasi
BIOLOGI Kaedah Inkuiri-Penemuan
KIMIA Berasaskan Projek
-
Dapatkah anda
menghasilkan bateri
daripada buah-
buahan?
-
Penggunaan MBL dalam Pengajaran Fizik
Aktiviti ini memperkenalkan konsep sel basah kepada murid.
Demonstrasi yang dibuat akan memberikan pengalaman kepada pelajar menggunakan probeware untuk mengukur voltan serta arus dan menghasilkan sel mudah yang diperbuat daripada pelbagai jenis buah.
Pelajar akan menentukan jenis buah yang menghasilkan keelektrikan paling banyak.
-
Ini adalah asas kepada sel elektrokimia atau sel basah.
Di dalam demonstrasi ini, logam kuprum dan zink akan digunakan sebagai elektrod dan asid sitrik yang terdapat dalam buah segar sebagai elektrolit
LED digunakan sebagai penunjuk jika sel buah-buahan menghasilkan arus elektrik.
-
Langkah Keselamatan:
i) Buah-buahan untuk demonstrasi ini tidak
boleh dimakan.
ii)Langkah berhati-hati harus diambil
ketika mengendalikan elektrod logam,
LED dan klip buaya.
-
Radas dan bahan:
Pelbagai jenis buah seperti lemon, anggur, limau, tomato dan mangga.
LED
klip buaya dan wayar penyambung
Elektrod kuprum dan zink
Probware MBL: Sensor voltan-arus PASPORT
-
Prosedur Untuk Guru:
-
Prosedur Untuk Guru: Perah kandungan jusnya ke dalam mangkuk sambil
pelajar memerhati.
Rendamkan kedua-dua elektrod zink dan kuprum. Sambungkan kedua-dua elektrod dengan wayar
penyambung dan klip buaya kepada LED.
Sensor voltan-arus PASPORT juga direndam dalam jus buah untuk mengukur voltan dan arus.
Suruh pelajar memerhatikan sebarang nyalaan LED. Sebarang perubahan pada graf di paparan LCD dilihat. Keluarkan elektrod dan sensor voltan-arus PASPORT
serta lap semua jus sehingga kering.
Ulangi langkah 2 hingga 7 untuk jenis buah yang lain. Minta pelajar untuk membuat analisis dan perbincangan
untuk jadual serta graf yang dipaparkan.
-
Mengapakah Hidrogen
Peroksida menghasilkan
buih apabila dibubuh pada
luka kulit?
-
Penggunaan MBL dalam
Pengajaran Biologi Hidrogen peroksida menghasilkan buih apabila
bertindak balas dengan enzim yang dikenali sebagai katalase. Kebanyakan sel dalam badan mengandungi katalase.
Maka, apabila tisu menjadi rosak, enzim akan dibebaskan dan bertindak balas dengan peroksida. Katalase menyebabkan hidrogen peroksida (H2O2) membentuk air (H2O) dan oksigen (O2).
Buih yang terhasil apabila ia dituang pada luka merupakan buih-buih gas oksigen.
-
Dalam pendekatan pembelajaran inkuiri
penemuan ini, pelajar akan memperolehi
pemahaman dengan:
i)menggunakan sensor oksigen untuk mengukur
amaun oksigen yang dibebaskan semasa
penguraian hidrogen peroksida.
ii)mengubah suhu larutan enzim dan menentukan
sama ada perubahan suhu memberi kesan
kepada kadar penghasilan oksigen atau tidak.
-
Radas dan bahan:
Botol pensampelan Tabung uji 25ml Silinder penyukat 25 ml Hidrogen peroksida 1.5%, 60ml Air suam 35oC sehingga 40oC Katalase, suhu bilik, 20ml Katalase, telah dididihkan, 10ml Larutan yis
-
Langkah menggunakan Sistem
Pengumpulan Data:
Mulakan eksperimen baru.
Sambungkan sensor kepada sistem.
Buat calibrating pada sensor gas oksigen.
Memulakan dan memberhentikan aktiviti merekod data.
Paparkan data dalam bentuk graf.
Sesuaikan skala graf.
Cari nilai bagi suatu titik dalam graf.
Save eksperimen.
-
Ringkasan Prosedur:
Susun radas dan bahan untuk mengkaji aras terendah oksigen, kesan katalase dan kesan
suhu ke atas katalase.
Ukur kepekatan oksigen pada botol pensampelan tanpa enzim (hanya mengandungi
hidrogen peroksida).
Tentukan kesan katalase pada suhu bilik ke atas kadar penguraian hidrogen peroksida.
Ukur penghasilan oksigen dalam tindak balas yang dikatalisis oleh (i) katalase suam dan
(ii) katalase mendidih.
Analisis keputusan dan tentukan sama ada suhu mempengaruhi enzim atau tidak.
-
Apakah bahan yang
sangat bertoksik di
rumah?
-
Penggunaan MBL dalam
Pengajaran Kimia
Projek menentukan aras pH ini direka untuk membolehkan pelajar menguji tahap
keasidan bagi kebanyakan buah-buahan,
bahan makanan dan bahan kimia di
rumah.
Konsep aras pH dan skala pH adalah penting untuk mengetahui hubungan
antara aras pH dengan ketoksikan.
-
Project based Apakah pH?
Bagaimanakah anda mengukur pH?
Skala pH diukur ke atas apa?
Apakah aras pH air? Adakah air berasid, beralkali atau neutral?
Apakah bahan yang paling berasid boleh ditemui di rumah?
Apakah julat aras asid?
Apakah bahan yang paling beralkali boleh ditemui di rumah?
Apakah julat aras alkali?
-
Radas dan Bahan:
air suling
larutan pembersih tingkap dan mangkuk tandas
jus lemon
susu
Probeware MBL: Sensor pH & interface
-
Prosedur: Labelkan setiap gelas kertas dengan nama bahan yang
akan diuji, contoh: susu, air, jus lemon, pencuci mangkuk tandas, pencuci tingkap, cuka, ubat gigi.
Masukkan sensor pH yang disambungkan pada interface ke dalam bahan yang pertama.
Perhatikan graf yang terhasil.
Keluarkan sensor pH dan cuci dengan air mengalir. Lap sehingga kering.
Ulangi langkah untuk semua campuran.
Bandingkan bentuk graf.
Buat analisis dan jawab semua soalan yang diberi.
-
Penutup
Mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak JPN
Sangat menyokong pelajar untuk memahami isi kandungan dan topik
perbincangan
Eksperimen lebih cepat, keputusan jitu dan tepat
Mendorong kepada KBAT & kemahiran abad ke-21