PEMBANGUNAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN DI … tarian tradisional Zapin di... · Objektif kajian ini...
Click here to load reader
Transcript of PEMBANGUNAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN DI … tarian tradisional Zapin di... · Objektif kajian ini...
PEMBANGUNAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN DI SARAWAK DALAM MEMARTABATKAN SENI TARI MELAYU SARAWAK
LAWRENCE DINO
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
Projek bertajuk `Pembangunan tarian tradisional Zapin di Sarawak dalam
memartabatkan seni tari Melayu Sarawak' telah disediakan oleh Lawrence Dino dan
telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh
(Pn. Qistina Donna Lee Abdullah)
Tarikh:
ýý ýý ýý
11
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan ini telah digunakan sebagai
bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kedudukan samada kepada universiti ini atau
institusi pengajian tinggi yang lain.
(LAWRENCE DINO)
NO MATRIK: 12196
iii
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada Tuhan kerana berkat doa dan kesabaran juga bantuan dari
semua pihak, akhirnya saya dapat menyiapkan projek ini. Pertama sekali saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia penyelidikan ini
iaitu Puan Qistina Donna Lee Abdullah kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan aras
pendapat dalam memperbaiki projek tahun akhir saya ini. Jasa beliau amat saya hargai.
Seterusnya sekalung terima kasih kepada orang kuat di belakang saya yang
banyak memberikan dorongan dan sokongan untuk saya terus berusaha mengakhiri
penyelidikan ini. Mereka yang dimaksudkan ialah ahli keluarga terutamanya pada ibu dan
ayah. Kepada adik beradik saya terima kasih juga diucapkan kerana turut memberi
semangat kepada saya.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada para pensyarah Program
Pengurusan Seni kerana memberi kata-kata perangsang agar sentiasa rajin berusaha.
Kepada rakan seperjuangan terutamanya Sumeira, Louis, Aziana, Rinai, Lin, Catherine,
Safri , Alex, Aziziah dan serta mereka yang banyak membantu secara langsung atau tidak
langsung serta memberi dorongan, pengorbanan dan semangat kepada saya dalam
menghasilkan kajian ini.
iv
ISI KANDUNGAN
PENGESAHAN PENGAKUAN PERHARGAAN ISI KANDUNGAN ABSTRAK ABSTRACT
BAB1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1.2 Definisi 1.3 Objektif 1.4 Hipotesis 1.5 Skop Kajian 1.6 Permasalahan Kajian 1.7 Kepentingan Kajian
BAB 2 SOROTAN KESUSTERAAN
2.1 Pengenalan 2.2 Pembangunan 2.3 Tarian Tradisional 2.4 Zapin Di Sarawak
2.4.1 Perkembangan Zapin Di Sarawak 2.4.2 Fungsi Dan Acara Tarian Zapin 2.4.3 Teknik Tartan Zapin 2.4.4 Zapin Sebagai Karya Tari Baru 2.4.5 Memartabatkan Seni Tari Melayu Sarawak
2.5 Kesimpulan
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 3.2 Lokasi Kajian 3.3 Sumber Data
3.3.1 Data Primer 3.3.2 Data Sekunder
HALAMAN
1 2 4 5 5 6 7
8 8 11 13
13 14 16 17 19
20
21 23 24
25 26
V
3.4 Populasi 27 3.5 Persampelan 28 3.6 Instrumen Kajian 29 3.7 Limitasi Kajian 30 3.8 Rumusan Dan Kesimpulan 31
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 32 4.2 Analisa Temuramah 32
4.2.1 Pendekatan Bagi Memartabatkan Seni Tari Melayu Sarawak
4.2.2 Punca Kurangnya Minat Generasi Muda Terhadap Persembahan Tradisional
4.2.3 Perancangan Untuk Menyemarakkan Kesenian Zapin Sarawak
4.2.4 Penubuhan Unit Pengembangan Khusus Untuk Tarian Zapin Sarawak
4.2.5 Kaedah Untuk Memupuk Minat Generasi Muda Meminati Kesenian
4.3 Analisa Soal Selidik
4.3.1 Graf dan Rumusan
4.4 Kesimpulan
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN
33
35
35
36
37
38
39
53
5.1 Pengenalan 54 5.2 Cadangan 55
5.2.1 Promosi 55 5.2.2 Mewujudkan Laman Web Mengenai Zapin Sarawak 56 5.2.3 Mengadakan Usahasama Antara Organisasi Kebudayaan
Dengan Jabatan Lain 57 5.2.4 Penggalakkan Kombinasi Hasil Karya
Tradisional Dan Moden 58 5.2.5 Terapkan Tarian Tradisional Zapin Sarawak
Dalam Setiap Kursus Tarian Yang Diadakan 59
vi
5.2.6 Mewujudkan Bahagian Pengembangan Zapin Di Sarawak 60
5.2.7 Mewujudkan Anugerah Budaya Melayu Sarawak 60 5.2.8 Penggubalan Undang-Undang Negara Dalam
Aspek Seni 60
5.3 Cadangan Pengkaji Pada Masa Akan Datang 61 5.4 Rumusan 62 55 Kesimpulan 63
BIBLOGRAFI 64 LAMPIRAN 66
vii
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk melihat pembangunan tarian tradisional Zapin Sarawak
terutamanya Zapin Sebat dan Zapin Sindang dalam memartabatkan seni tari Melayu
Sarawak. Hal ini berkaitan dengan usaha organisasi-organisasi kebudayaan di Sarawak
dalam memperkenalkan, memelihara, memulihara, dan usaha pengembangan Zapin
Sarawak. Melalui usaha ini, ia mampu untuk mengangkat Zapin Sarawak sebagai
khazanah asli seni tari Melayu Sarawak.
viii
ABSTRACT
The purpose of research is to explore the development of Zapin Sarawak
traditional dance especially Zapin Sebat and Zapin Sindang as one of Sarawak traditional
Malay dance. It relates with the effort by cultural organizations in Sarawak in order to
introduce, nurture, preserve, and to develop Zapin Sarawak. Thus, with this effort it could
raise up Zapin Sarawak as one of the original heritage of Sarawak Malay dance.
ix
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN JUDUL: PEMBANGUNAN TARIAN TRADISIONAL ZAPIN DI SARAWAK DALAM
MEMARTABATKAN SENI TARI MELAYU SARAWAK
SESI PENGAJIAN : 2004/2007
Saya LAWRENCE DINO
Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti
Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
5. * sila tandakan n Terhad
x
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan
untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
tesis/laporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi
Tidak Terhad
Sulit
� w°
ý
Tandatangan Penulis Tarikh:
. 12 2.6. oý
Alamat Tetap:
NO 28, KPG SG TAPANG, BT 7, 93250 KUCHING SARAWAK
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
Disahkan
Catatan: *Tesis/laporan dimaksudkan sebagai tesis Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini Sulit atau Terhad, sila lampirkan surat daripapa pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Seni tan bukanlah semata-mata gerak-geri tan seni fizikal tetapi penyaduran
kehidupan sesebuah masyarakat. Kelembutan, kelincahan, kesopanan, dan kepolosan
adalah gambaran yang terdapat di dalam masyarakat itu sendiri. (Mohd Ghousee, 1993: 4)
Melalui kenyataan itu, jelaslah Zapin Melayu menampakkan ciri-ciri tersebut. Gerak laku
penari Zapin Melayu sangat mumi dengan kehalusan seni tarinya.
Zapin berasal daripada perkataan Arab iaitu Zaffa yang bermaksud mengiringi
pengantin. Zapin Melayu dicipta dari pengaruh Arab Hadramaut. Wilkinson (1993: 12)
menyatakan perkataan Hadramaut terletak di negara Yemen. Meulen dan Wisman
(1998: 5) menyatakan bahawa imigran dari Hadramaut bertanggungjawab membawa
Zapin atau dikenali sebagai Zapin Arab. Walaupun seni Zapin diterima oleh penduduk
setempat, tetapi perubahan tetap juga berlaku pada bentuk tariannya kerana dikatakan
Zapin Arab agak kasar. Perubahan dilakukan kerana pergerakannya perlu bersesuaian
dengan sifat kesopanan dan lemah lembut orang Melayu. Zapin Melayu telah
berkembang ke seluruh alam Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, dan Singapura
dengan pelbagai nama seperti Jipin, Jepin atau Dana dan Zafin (Mohd Anis Md Nor
1993: 21).
Zapin Sarawak juga dibawah lingkaran Zapin Melayu kerana pada hakikatnya
seni tail Zapin darf induk yang lama. Dalam hal itu, pengkaji cuba mengupas tentang
I
pembangunan Zapin Sarawak pada masa kini di samping untuk memartabatkannya. Hal
ini kerana Zapin Sarawak seolah-olah kian dipinggirkan walaupun sebenarnya Zapin
Sarawak telah lama berkembang.
1.2 Definisi
Mengikut Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Budaya
(1993: 103) pembangunan bermaksud perihal membangun, proses membangun yakni
mencapai kemajuan, perkembangan. Maksud lain bagi pembangunan pula ialah usaha
atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan)
Dalam konteks penyelidikan pengkaji nanti, pembangunan Zapin Sarawak
merupakan fokus utama iaitu melihat usaha organisasi-organisasi kebudayaan untuk
mengembangkan Zapin Sarawak sebagai seni tari Melayu Sarawak yang unggul.
Bagi maksud tarian pula, menurut Tuan Haji Mohammad Yassin Ahmad ( 2002)
..... .... Memandang dan meneliti gerak-geri, lenggang link dann kayu dan
sehugainya, menurut kudrut dan bakat yang ada padanva, munusia menciptu turian
sehugai hasrat jitiºanya. "
Mengikut Kamus Dewan (1993: 1378) pula, tan atau tarian merupakan gerakan
badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik.
2
Tradisional pula dalam Kamus Dewan (1993: 1469) membawa maksud berkaitan
dengan, bersifat, atau mengikut tradisi (sesuatu kebiasaan yang kekal turun-temurun).
Mohd Anis Md Nor (1993: 5) yang menganalisa istilah ini dalam bahasa Arab
sebagai bahasa sumber, mengutip pendapat beberapa pakar bahasa, menjelaskan maksud
Zapin seperti berikut,
The word Zapin may have come from the Arabic root word zaffa which means
'to lead the bride to her grom in a weading prosession '. The Arabic word with the closet
association to the root word zaffa is zaffah which means 'weading', while zafana means
'to dance at a weading'. Wehr interpreted zqfana as 'to dance or gambol; thus, the word
is associated with some form of prancing or frolic. Lane explaned zafanan as 'danced,
played or spotted. A dancer is called zaffan. Zafana refers to an honoured and respected
dance tradition associated with a wedding celebration. "
Jadi melalui pengamatan penulis-penulis ini jelaslah menunjukkan bahawa Zapin
merupakan satu tradisi hiburan pada masa dahulu di majlis keraian terutamanya semasa
majlis perkahwinan.
Kamus Dewan (1993: 862) maksud martabat iaitu kedudukan pada mata
masyarakat, darjat, pangkat, dan tingkat. Jadi, dalam konteks penyelidik bagi maksud
martabat nanti, boleh memberi idea kepada pengkaji untuk membawa Zapin Sarawak ke
peringkat yang lebih tinggi.
3
Menurut Tuan Hj Mohammad Yassin Ahmad (2000) seni tan Melayu amat rapat
dengan hubungannya dengan pengaruh-pengaruh luar seperti kesenian Arab, kesenian
Sepanyol, Arab dan lain-lain lagi. Bagaimanapun dasar atau asas sesuatu bentuk tarian itu
adalah bersifat seni Melayu dan segala yang diambil daripada luar itu telah disesuaikan
dengan kesesuain Melayu yang sedia wujud. Tarian Melayu yang kerap dipersembahkan
ialah joget atau ronggeng, inang, tarian Zapin dan laian-lain lagi.
1.3 Objektif
1. Objektif kajian ini ialah bagi melihat sejauhmanakah pembangunan tarian
tradisional Zapin Sarawak dari segi perancangan dan pengurusan yang dilakukan oleh
organisasi kebudayaan di Sarawak seperti Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Negeri Sarawak (JKKWNS), Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Bahagian
Kebudayaan (KPSU) dan Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS).
2. Selain itu, bertujuan untuk menampilkan tarian Zapin Sarawak sebagai produk
budaya yang seharusnya diketengahkan agar ianya dapat dihayati oleh generasi masa
hadapan.
3. Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan
muda agar mengenali, memahami, mencungkil bakat dalam tarian Zapin Sarawak.
4
1.4 Hipotesis
Terdapat andaian, bahawa organisasi-organisasi kebudayaan seperti (YBMS),
(KPSU) dan (JKKWNS) tiada inisiatif untuk membangunkan seni tali Zapin Sarawak
terutamanya dari aspek pengurusan promosinya.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian pengkaji adalah meliputi aspek pembangunan seni tari Zapin Sarawak
dan usaha untuk memartabatkan seni tari Melayu Sarawak terutamanya Zapin Sarawak.
Selain itu, skop kajian penyelidik juga tertumpu kepada usaha organisasi-
organisasi kebudayaan di Sarawak bagi memartabatkan seni tari Melayu Sarawak
khususnya Zapin Sarawak. Penyelidik akan melihat samada organisasi kebudayaan yang
melibatkan bahagian pengembangan Zapin Sarawak dan artis budaya iaitu jurulatih-
jurulatih tarian mampu mempertahankan seni tari Melayu Sarawak terutamanya Zapin
Sarawak kepada generasi muda terutamanya kepada pelapis-pelapis muda dalam bidang
tarian
5
1.6 Permasalahan Kajian
Pengkaji telah mengenalpasti beberapa permasalahan kajian. Pengkaji
berpendapat bahawa organisasi kebudayaan seperti KPSU, JKKWNS, Yayasan Budaya
Melayu Sarawak tiada usaha untuk menyemarakkan seni tarian Zapin Sarawak.
Contohnya idea untuk menganjurkan festival mengenai Zapin Sarawak. Hal ini
menyebabkan seni tan Zapin Sarawak menjadi kurang dikenali dikalangan masyarakat
Sarawak terutamanya kepada generasi muda sedangkan Zapin Sarawak merupakan salah
satu seni tari Melayu Sarawak.
Dalam pada itu, permasalahan lain yang dapat dilihat ialah kurangnya
pengetahuan terhadap Beni Zapin Sarawak terutamanya penari-penari muda. Hal ini
kerana kurangnya penyelidikan berkaitan Zapin Sarawak. Hal ini juga berkaitan dengan
kajian mengenai langkah-langkah tarian Zapin Sarawak itu sendiri terutamanya Zapin
Sebat clan Zapin Sindang yang amat popular di Sarawak.
Kursus-kursus tarian daripada organisasi-organisasi kebudayaan seperti KPSU
melalui Kursus Sepanjang Tahun dan JKKWNS melalui Tunas Budaya tidak
menitikberatkan mengenai tarian Zapin Sarawak. Jika adapun tarian Melayu yang diajar,
ia hanyalah tarian Melayu seperti mang dan joget. Tarian Zapin Johor iaitu Zapin
Pekajang turut diajar dan diberi tumpuan oleh tenaga pengajar kepada peserta kursus.
6
1.7 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini ialah untuk mengetahui peranan yang sepatutnya
dilakukan oleh organisasi kebudayaan di Sarawak amnya dan di Kuching khususnya
dalam memartabatkan seni tari Melayu Sarawak terutamanya dari segi pembangunan
tarian tradisional Zapin Sarawak. Hal ini berkaitan dengan cara atau tindakan yang akan
dilakukan oleh organisasi kebudayaan untuk menyemarakkan seni tari Zapin Sarawak.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui permasalahan yang
dihadapi dalam mengangkat warisan tradisional ini. Dengan mengkaji permasalahan yang
dihadapi, cadangan yang relevan dapat diberikan supaya ia dapat membantu memelihara
seni tari Zapin Sarawak yang semakin dilupakan oleh generasi muda.
Kajian ini juga penting dalam mengumpul maklumat berlaitan dengan seni tari
Zapin Sarawak supaya dapat dijadikan rujukan untuk mereka yang akan membuat kajian
pada masa hadapan. Kajian ini akan dapat memberi manfaat kepada pengkaji yang
berminat dengan seni tari Melayu Sarawak terutamanya terhadap tarian tradisional Zapin
Sarawak.
7
BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan
Sorotan kesusasteraan adalah penting untuk pengkaji bagi kajian yang
dijalankan ini. Kajian lepas akan membantu pengkaji untuk menilai dan mendapatkan
maklumat tentang perkara yang dikaji sekarang dan melihat sejauh manakah kajian lepas
berkait dengan kajian pengkaji pada masa akan datang.
Bagi maklumat sorotan kesusasteraan kajian pengkaji, maklumat telah
diperolehi darf beberapa buah buku yang berkaitan dengan kajian pengkaji.
2.2 Pembangunan
Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga, pembangunan bermaksud proses
membangun yakni mencapai kemajuan. Maksud lain pembangunan juga ialah
mengembangkan.
Dalam pada itu, Samsul Amri Baharuddin (1990) memberi pendapat menurut ahli
sarjana sosial dan kemanusian, pembangunan adalah sebahagian daripada proses
perubahan sosial yang lebih menyeluruh sifatnya. Dari pandangan yang lain pula,
pembangunan merupakan sesuatu objektif, praktis dan boleh direncanakan.
Menurut Donaldson (1971: 80) pembangunan merupakan suatu proses yang
bertujuan untuk mewujudkan perubahan yang asas terutamanya dan segi sikap dan
8
institusi-institusi yang terdapat dalam masyarakat sesebuah masyarakat atau negara itu
dapat dicapai.
Bagi pandangan pengkaji, maksud pembangunan yang dinyatakan dalam kamus
dan juga para penulis tersebut adalah lebih kepada maksud perubahan terbaru dalam
segala aspek kehidupan seharian terutamanya dari aspek perubahan politik, perubahan
ekonomi dan perubahan sosial. Pembangunan mengikut kajian pengkaji berdasarkan
pembangunan Zapin di Sarawak dari segi struktur dan teknik tarian Zapin.
Walaubagaimanapun pembangunan tersebut tidalah secara menyeluruh seperti yang
dinyatakan oleh Samsul Amri Baharuddin. Hal ini kerana pengkaji perlu mengambil kira
sensitiviti penggiat seni tarian tradisional yang mungkin tidak mahu perubahan yang
drastik sehingga menghakiskan unsur-unsur asli dalam tarian Zapin.
Perubahan lain bagi aspek kajian pengkaji adalah dari segi perubahan sikap dan
pemikiran. Bagi pengkaji, perlunya usaha untuk menyemarakkan Zapin di Sarawak. la
sebenarnya melibatkan usaha pelbagai pihak terutamanya organisasi-organisasi
kebudayaan dalam membantu mengembangkan dan memperkenalkan Zapin di kalangan
generasi muda pada masa kini. Janganlah usaha yang dilakukan itu sekadar melepaskan
batuk di tangga sahaja. A. Aziz Deraman (1992) telah menyebut bahawa,
"Kesenian yang bermutu tinggi hanya mungkin lahm' daripada suatu proses
kujian dan pengemblengun eksprementasi yang memehrkan sokongun moral dun material
yang bukan sedikit. "
9
Hal ini kerana generasi pada masa kini lebih terdedah kepada dunia teknologi
yang jauh lebih moden seperti 'computer games'. Selain itu, tarian-tarian moden yang
datang dari barat seperti tarian `rap' dan `break dance' kian mempengaruhi pemikiran
generasi muda. Jadi pentingnya langkah untuk mengekang budaya barat daripada
mempengaruhi mereka.
Zainal Kling (1998) menyatakan bahawa,
"suatu usaha pembinaan masyarakat yang dicapai melahri pengemblengan
tenaga masyarakat ... ... ..... menghasilkan manfaat untuk anggota masyarakat dan
kebudayaan "
Pendapat beliau telah diperkukuhkan oleh Donaldson apabila beliau mengatakan
pembangunan memerlukan komitmen untuk berubah dari semua pihak.
Jadi jelaslah kerjasama semua pihak baiknya dari pihak kerajaan atau pihak
swasta perlu mempunyai inisiatif untuk membangunkan kesenian, kebudayaan dan
warisan di Sarawak. Pengkaji berpendapat tidak rugi sekiranya membangunkan satu-satu
kesenian, kebudayaan, dan warisan itu kerana ia membawa kepada manfaat kepada
sernua pihak dari segi ekonomi, politik dan sosial. la juga mampu menambah sumber
pendapatan negara. Hal ini telah dinyatakan oleh Awang Hasmadi Awang Mois (1998),
apabila pembangunan menupakan penabahan kepada kebaikan.
10
2.3 Tarian Tradisional
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, tarian bermaksud gerakan badan serta
tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik.
Bagi Mohd Ghouse Nasuruddin (1994: 1) pula mengatakan bahawa tarian
dianggap sebagai suatu bentuk seni yang pertama diusahakan oleh manusia kerana ia
tidak memerlukan sebarang peralatan, kecuali tubuh badan.
Maksud tartan mengikut ahli sejarah tartan dan muzik Jerman, C. Sachs adalah
"gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri herirama
yang indah. Gerak-geri yang dimaksudkan itu adalah berbentuk ciptaan yang indah yang
holeh memberi kepuasan kepada orang lain "
Melalui pengucapan maksud tersebut, tarian Melayu mempunyai kriteria-kriteria
tersebut terutamanya tarian Zapin. Tarian Melayu mempunyai kelembutannya tersendiri.
Ciptaan tarian Zapin Arab telah berubah kepada Zapin Melayu yang lebih lembut sesuai
dengan ciri-ciri masyarakat melayu yang penuh dengan adat sopan.
Hal itu adalah menurut daripada Mohd Anis Md Nor (1993: 1) yang menyatakan,
11
"To the Malays, Zapin Arab appears coarse and less refined than Zapin Melayu,
as it does not encapsulate the complexities of Malays ethics and the Malay perception of
aesthetics. "
Tarian Melayu tergolong dalam tarian tradisional. Tradisional bermaksud
berkaitan dengan, bersifat atau mengikut tradisi masyarakat yang mengamalkan cara
hidup turun temurun. (Kamus Dewan Edisi Ketiga: 1993).
Menurut Tuan Haji Mohammad Yassin B. Ahmad (2000: 1) tarian Melayu amat
rapat hubungannya dengan pengaruh-pengaruh luar seperti pengaruh kesenian Portugis,
Sepanyol, Arab dan lain-lain lagi. Dalam perkembangan kini, tarian-tariannya telah
diolah dan disusunkan kembali mengikut peraturan-peraturan yang tertentu.
Dalam kajian pengkaji pengekalan tarian Zapin sebagai salah satu seni yang
berbentuk tradisional adalah penting tarian tradisional Melayu seperti tarian Zapin telah
lama wujud dan menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di
Sarawak. Selain itu, tarian Zapin pada suatu ketika dahulu telah ditarikan semasa ada
sesuatu keraian seperti majlis nikah kahwin, majlis pertunangan majlis doa selamat atau
majlis yang seumpamanya. Hal ini juga dapat dilihat apabila tarian tradisional merupakan
bentuk tarian tarian yang bersifat sekular yakni merupakan medium untuk
menyambungkan cerita dongeng, lagenda, dam adat tradisi , di samping menghiburkan.
(Mohd Ghouse Nasuruddin : 1994: 6)
12
Oleh kerana itu, Zapin secara khususnya telah ditarikan secara turun temurun
sehingga telah diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya bagi
menyambung seni warisan tersebut.
2.4 Zapin di Sarawak
2.4.1 Perkembangan
Melalui pembacaan pengkaji terhadap buku-buku rujukan, tidak dinyatakan
secara specifik titik awal perkembangan tarian Zapin di Sarawak. Walaubagaimanapun
menurut Jackson J. C (1988: 44) mengatakan bahawa kemunculan tarian Zapin di Sarawak
mempunyai pertalian dengan kedatangan Islam ke Sarawak dan pemelukkan orang-orang
Melayu Sarawak dengan agama Islam. Sharkawi Amit (2000: 162) telah memberi contoh
terbaik yang mengatakan Zapin mempunyai pengaruh dengan kedatangan Islam apabila
Pak Haji Daiee bin Drahman dari Kampung Sebat, Sematan, Lundu mengadakan latihan
tarian Zapin di dalam surau selepas waktu Isyak.
Buyong Adil telah menyatakan peranan Kerajaan Kesultanan Brunei menjadi
penting bagi penyebaran agama Islam dan juga kebudayaan Melayu. la tertumpu kepada
beberapa tempat di barat daya Borneo terutama sekali di Kuching, Kelaka, Sadung,
Semanggang, Sibu, Lundu, Saribas, Muara Sungai Rejang, hingga sepanjang kawasan
Tanjumg Datu dan Tanjung Sink. Sultan Brunei menjadi berkuasa di kawasan-kawasan
Islam sehingglah kedatangan James Brooke. Hujah tersebut telah diperkuatkan lagi oleh
Mohd Anis Md Nor (1993: 19) yang menyatakan bahawa.
13
"Perkembangan Zapin ke sehuuh Semenanjung Malaysia telah juga masuk
......... di kawasan-kawasan yang diduduki oleh orang Merlayu di Pulau Borneo termasuk
Brunei, sebahagian daripada Sarawak, Sabah dan Kalimantan. Hal ini telah
menggambar-kan perhubungan erat antara Islam dan mang-orang Melayu yang
menduduki pinggiran pantai "
Melalui perkembangan tersebut, lalu wujudlah pelbagai Zapin di Sarawak seperti
Zapin Sebat, Zapin Sindang, Zapin Igan, Zapin Sri Aman dan lain-lain lagi.
Pengkaji berpendapat bahawa lebih banyak lagi Zapin di Sarawak boleh diterokai
dan dibangunkan. Dalam pada itu, usaha untuk menubuhkan unit pengembangan Zapin di
Sarawak perlu bagi menerokai Zapin Sarawak yang baru. Hal ini kerana Melayu
Sarawak sebenarnya masih kaya dengan kebudayaan dan keseniannya.
2.4.2 Fungsi dan Acara Tarian Zapin
Memandangkan Zapin dikatakan berasal dari negara Arab, fungsi tarian Zapin itu
sendiri telah dikaitkan sebagai alat penyebaran Islam. Hujah ini telah dinyatakan oleh
Sharkawi Amit (2000: 165) menyatakan
Zapin merupakan salah sate media dignnakan untuk memperkenalkan
I. slum.
14