PEMBANGUNAN SISTEM E-PEMBELAJARAN … · 2.4.4 Pengurusan Kursus 27 2.4.4.1 Modul Sumber (Resource...
Transcript of PEMBANGUNAN SISTEM E-PEMBELAJARAN … · 2.4.4 Pengurusan Kursus 27 2.4.4.1 Modul Sumber (Resource...
PEMBANGUNAN SISTEM E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE
UNTUK TOPIK FUNGSI TRIGONOMETRI BERDASARKAN
MODEL VAN HIELE
CHIAM YEAN JWEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN SISTEM E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE
UNTUK TOPIK FUNGSI TRIGONOMETRI BERDASARKAN
MODEL VAN HIELE
CHIAM YEAN JWEE
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik/Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT,
Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi,
Adik-adik Tersayang,
Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang
Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…
KHAS BUAT,
Pembimbing yang dikasihi,
Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..
Teman-teman Seperjuangan
Terima Kasih
Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku
iv
PENGHARGAAN
Di ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah pembimbing saya iaitu En. Abdul Halim bin Abdullah yang telah banyak
membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan tunjuk
ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.
Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua
bakal guru matematik yang telah menjadi responden bagi pengujian ini. Tidak lupa
juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, kakitangan yang terlibat, serta
rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama di
sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.
Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.
v
ABSTRAK
Tujuan utama projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem atas talian
bagi pembelajaran geometri secara kendiri berdasarkan kepada Model Van Hiele.
Projek ini dibina berasaskan kepada satu sistem pengurusan kursus yang dinamakan
MOODLE memandangkan rekabentuknya menyokong prinsip sosial
konstruktivisme. Topik ‘Fungsi Trigonometri’ ini dipilih dalam projek ini berikutan
ramai pelajar berpendapat geometri sebagai topik yang paling sukar untuk dipelajari.
Tambahan pula, sukatan matapelajaran Matematik dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) memasukkan serta menekankan geometri sebagai salah
satu komponen utamanya. E-pembelajaran geometri ini mempunyai pelbagai aplikasi
dan setiap aplikasi dalam e-pembelajaran dirancang dan direkabentuk dengan teliti
supaya ianya mampu untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
geometri. Kandungan nota dirancang dan dibangunkan berdasarkan kepada Model
Van Hiele. Model Van Hiele merupakan model yang memberi perhatian kepada
pemikiran geometri dan terdapat lima tahap pemikiran berturutan dalam model
tersebut iaitu visualisasi, analisis, deduktif tidak formal, deduktif formal dan rigor. Di
samping itu, pemikiran pelajar terhadap geometri dua dimensi adalah terbaik untuk
diterangkan menggunakan Model Van Hiele. Soalan-soalan formatif dan sumatif
yang diuji juga telah dirancang dan disusun berdasarkan kepada Model Van Hiele.
Aktiviti-aktiviti dalam e-pembelajaran geometri ini merangkumi permainan
geometri, glosari istilah-istilah geometri, Geometer’s Sketchpad, kuiz geometri dan
ruangan sembang. Tujuannya adalah untuk menyediakan satu sistem yang dapat
menyokong pembelajaran geometri pelajar. Pengujian terhadap e-pembelajaran ini
telah dilaksanakan terhadap 20 orang bakal guru matematik di Universiti Teknologi
Malaysia. Hasil analisis mendapati aspek isi kandungan, aspek afektif,
pengantaramuka, pedagogi dan navigasi adalah pada tahap baik. Adalah diharapkan
dengan kewujudan e-pembelajaran geometri ini dapat membantu pembelajaran
geometri dan seterusnya meningkatkan tahap pemikiran geometri pelajar.
vi
ABSTRACT
The main aim of this project is to develop an online geometry self study
system by using Van Hiele approach which employed a course management system
called MOODLE. This system is favorable as it design support the principles of
social constructivism. The geometry of trigonometry topics was chosen in this
project because many students think that geometry is the most difficult topic to be
learnt. Furthermore, the syllabus for Mathematics under the Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) highlights and includes geometry as well. Therefore this
e-learning was developed to create an interesting, dynamic and fun environment to
learn geometry topics. The e-learning geometry has several tools and each tool in e-
learning is properly designed so that they are able to assist the process of teaching
and learning of geometry topics. The contents of topic trigonometry’s notes lesson
were designed based on the Van Hiele Model. Van Hiele Model is a model
concerning the learning of geometry and there is in hierarchical sequence of five
levels of thinking which are visualization, analysis, informal deduction, formal
deduction and rigor. Besides that, students’ thinking in two-dimensional geometry
could be best explained using the Van Hiele Model. Formative and summative
questions were also designed and arranged based on the Van Hiele Model. The
activities in e-learning of geometry range from geometry games, glossary of
geometry terminologies, Geometry Sketchpad, geometry online quizzes, and chat
room. The purpose of this project is to provide more convenient support for
geometry topics studies. A simple evaluation was conducted involving 20 future
mathematics teachers at University Technology Malaysia. The survey shows that the
aspects of subject matter, affective aspects, interface, pedagogy and navigation are at
satisfactory. It is hoped that with the existence of this e-learning can support and
enhance students’ geometrical learning.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Projek 8
1.5 Kepentingan Projek 8
1.5.1 Pelajar 9
1.5.2 Guru 9
1.5.3 Sekolah 10
1.5.4 Ibu bapa dan Madyarakat 10
1.6 Skop Dan Batasan Projek 11
1.7 Kerangka Teori Projek 12
viii
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 E-pembelajaran 13
1.8.2 MOODLE 13
1.8.3 Van Hiele 14
1.9 Penutup 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 E-Pembelajaran (E-Learning) 15
2.2.1 Kebaikan E-Pembelajaran 16
2.2.1.1 Kos Yang Rendah 16
2.2.1.2 Maklumat Adalah Konsisten
Dan Penggunaannya Bergantung
Pada Pengguna 16
2.2.1.3 Mengikut Peredaran Semasa 16
2.2.1.4 Pembelajaran Tidak Kira Masa 17
2.2.1.5 Universal 17
2.2.1.6 Mewujudkan Komuniti 17
2.2.1.7 Berskala / Dapat Diukur /
Dapat Dijangka 17
2.2.1.8 Perkhidmatan Pelanggan Dapat
Ditingkatkan 18
2.2.2 Keberkesanan E-Pembelajaran 18
2.3 Perisian Sumber Terbuka 19
2.3.1 Kriteria-kriteria Perisian Sumber Terbuka 19
2.3.1.1 Bebas Untuk Pengedaran Semula 19
2.3.1.2 Kod Sumber 20
2.3.1.3 Sumber Kerja Asal 20
2.3.1.4 Tiada Diskriminasi Terhadap
Individu Atau Kumpulan 20
2.3.1.5 Tiada Diskriminasi Terhadap
Sesuatu Bidang Usaha 21
ix
2.3.1.6 Pengedaran Lesen 21
2.3.1.7 Lesen Tidak Boleh Menghadkan
Perisian Yang Lain 21
2.3.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 21
2.3.2.1 Kos Efektif 22
2.3.2.2 Pengubahsuaian 22
2.3.2.3 Lebih Selamat 22
2.3.2.4 Memudahkan Bahan Didapati 22
2.4 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Kursus - MOODLE 23
2.4.1 Kerangka Keseluruhan MOODLE 24
2.4.2 Pengurusan E-Pembelajaran 26
2.4.3 Pengurusan Pengguna 26
2.4.4 Pengurusan Kursus 27
2.4.4.1 Modul Sumber (Resource Module) 27
2.4.4.2 Modul Tugasan (Assignment Module) 28
2.4.4.3 Modul Kuiz (Quiz Module) 28
2.4.4.4 Modul Forum (Forum Module) 28
2.4.4.5 Modul Chat (Chat Module) 29
2.4.4.6 Modul Sejarah (History Module) 29
2.4.4.7 Modul Survey (Survey Module) 29
2.5 Masalah Pembelajaran Geometry Dari Segi Kognitif
Dan Padagogi 29
2.5.1Sosial Konstruktivisme 33
2.5.2 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Dalam
Pembelajaran Topik Trigonometri 35
2.6 Van Hiele 36
2.6.1 Tahap-tahap Van Hiele 36
2.6.1.1 Tahap 0 (Visualisasi) 37
2.6.1.2 Tahap 1 (Analisis) 37
2.6.1.3 Tahap 2 (Deduksi Tidak Formal) 38
2.6.1.4 Tahap 3 (Deduksi) 38
2.6.1.5 Tahap 4 (Rigor) 38
2.6.2 Komputer Membantu Pelajar Dalam Setiap
Tahap Van Hiele 39
x
2.7 Penutup 42
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 44
3.2 Kaedah Pelaksanaan 44
3.2.1 Analisis Pelajar 45
3.2.2 Menyatakan Objektif 47
3.2.3 Memilih Kaedah, Media
Dan Bahan Pengajaran 49
3.2.4 Menggunakan Media Dan
Bahan Pengajaran 50
3.2.4.1 Macromedia Flash 50
3.2.4.2 Adobe Photoshop 50
3.2.4.3 Microsoft Powerpoint 51
3.2.4.4 Open Office 51
3.2.4.5 Ulead Gif Animator 51
3.2.5 Memerlukan Penyertaan Daripada Pelajar 51
3.2.6 Menilai Dan Mengubahsuai 52
3.3 Penutup 54
4 BAHAN E-PEMBELAJARAN ‘FUNGSI TRIGONOMETRI’
4.1 Pengenalan 55
4.2 Kerangka E-Pembelajaran 56
4.2.1 Objektif pembelajaran 56
4.2.2 Bahan Pembelajaran 56
4.2.3 Latihan Pengukuhan 57
4.3 Penghasilan Bahan-bahan E-Pembelajaran 58
4.3.1 Skrin Login 58
4.3.2 Skrin Main Menu 59
xi
4.3.3 Skrin Objectives 61
4.3.4 Skrin Resources 63
4.3.5 Skrin Aktiviti 67
4.3.5.1 Skrin Quiz 67
4.3.5.2 Skrin Assignment 70
4.3.5.3 Skrin Chat dan Forum 71
4.3.5.4 Skrin Glossary 72
4.3.5.5 Skrin Geometer’s Sketchpad 73
4.3.5.6 Skrin Hot Potatoes Quiz 73
4.3.5.7 Skrin Games 74
4.3.5.8 Skrin Kemudahan Kalkulator 75
4.4 Penilaian Daripada Bakal-bakal Guru Matematik 75
4.4.1 Analisis soal selidik 76
4.4.1.1 Profil Responden 76
4.4.1.2 Analisis Item 76
4.5 Analisis Item Mengikut Faktor-faktor Yang Ditetapkan
Dalam MOODLE 77
4.5.1 Faktor Isi Kandungan 77
4.5.2 Faktor Aspek Afektif 78
4.5.3 Faktor Pengantaramuka 79
4.5.4 Faktor Pedagogi 80
4.5.5 Faktor Navigasi 81
4.6 Min Keseluruhan Penilaian E-Pembelajaran 82
4.7 Masalah Pelaksanaan Penilaian 83
4.8 Penutup 83
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan dan Rumusan 84
5.2.1 Pembangunan E-Pembelajaran ‘Fungsi Trigonometri’ 84
5.2.1.1 Keistimewaan E-Pembelajaran 86
xii
5.2.1.2 Kebaikan E-Pembelajaran Topik Fungsi
Trigonometri 87
5.2.1.2.1 Aspek Isi Kandungan 87
5.2.1.2.2 Aspek Afektif 87
5.2.1.2.3 Pengantaramuka 88
5.2.1.2.4 Aspek Padagogi 88
5.2.1.2.5 Aspek Navigasi 88
5.2.2 Pengujian E-Pembelajaran 89
5.2.2.1 Bahan Pembelajaran Berpusatkan Komputer 90
5.2.2.2 Screen Design Issues 90
5.2.2.3 Kaedah Penyampaian Bahan E-pembelajaran
Dengan Berkesan 90
5.2.2.4 Kos Bahan E-pembelajaran 90
5.3 Rumusan Terhadap E-Pembelajaran 91
5.4 Masalah-masalah Semasa Pembangunan E-Pembelajaran
Topik Fungsi Trigonometri 91
5.4.1 Kepakaran Pembangunan Yang Terhad 92
5.4.2 Capaian Internet 92
5.4.3 Kekangan Masa 92
5.5 Cadangan Projek Lanjutan 93
5.5.1 Memperkenalkan E-Pembelajaran 93
5.5.2 Penambahan Kualiti Bahan-bahan E-Pembelajaran 93
5.6 Kesimpulan 94
5.7 Penutup 94
RUJUKAN 96
LAMPIRAN 102-132
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Tahap-tahap Model Van Hiele dan Aktiviti yang disediakan 40
3.1 Item-item soalan, jawapan dan maklumbalas bagi kuiz. 46
3.2 Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran Yang Perlu Dicapai Selapas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Topik Trigonometri. 47
3.3 Skala likert berserta dengan markah skor 53 4.1 Skala Pemeringkatan Skor Min 77 4.2 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi Faktor Isi Kandungan 78 4.3 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi Faktor Aspek Afektif 79 4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi Faktor Pengantaramuka 79 4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi Faktor Pedagogi 80 4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi Faktor Navigasi 81 4.7 Min keseluruhan terhadap lima faktor yang
dinilai 82
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori projek 12
4.1 Skrin upload 57 4.2 Skrin Log in 59 4.3 Skrin Main Menu topik ‘Fungsi
Trigonometri’ 59
4.4 Skrin Main Menu label ‘Fungsi
Trigonometri’ 60
4.5 Skrin Main Menu topik ‘Fungsi
Trigonometri’ 60
4.6 Skrin Main Menu topik ‘Fungsi
Trigonometri’ 61
4.7 Skrin Main Menu topik ‘Fungsi
Trigonometri’ 61
4.8 Skrin Main Menu topik ‘Fungsi
Trigonometri’ 62
4.9 Skrin Learning Objectives 62 4.10 Skrin Tahap 0 (Visualisasi) 63 4.11 Skrin Tahap 1 (Analisis) 64 4.12 Skrin Tahap 2 (Deduksi Tidak Formal) 64 4.13 Skrin Tahap 0 (Visualisasi) 65
xv
4.14 Skrin Tahap 1 (Analisis) 65 4.15 Skrin Tahap 2 (Deduksi Tidak Formal) 66 4.16 Skrin Maklumbalas 66 4.17 Skrin soalan dalam nota power point Show 67 4.18 Skrin Quiz 68 4.19 Skrin Soalan Tahap 0 (Visualisasi) 68 4.20 Skrin Maklumbalas Soalan Tahap 0
(Visualisasi) 69 4.21 Skrin Soalan Tahap 1 (Analisis) 69 4.22 Skrin Soalan Tahap 2 (Deduksi Tidak
Formal) 70
4.23 Skrin Assignment 71 4.24 Skrin Chat 71 4.25 Skrin Forum 72 4.26 Skrin Glossay 72 4.27 Skrin Memuat turun perisian Geometer
Sketchpad 73 4.28 Skrin Hot Potatoes Quiz 74 4.29 Skrin Games 74 4.30 Skrin Calculator (Sebelah Kanan) 75
xvi
SENARAI SINGKATAN
CMS - Course Management System
GSP - Geometer’s Sketchpad
ICT - Teknologi maklumat dan Komunikasi
ISD - Instructional Systems Design
LMS - Learning Management Systems
MEP - Mathematics Enhancement Project
MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment
MSC - Koridor Raya Multimedia
NAEP - National Assessment of Education Progress
NCTM - National Council of Teachers of Mathematics
PCK - Pengetahuan pedagogikal kandungan
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
PHP - Perisian Hyper Preprocessor
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Packages Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
VLE - Virtual Learning Environment
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soalan-soalan Kuiz 15.1 Trigonometry 102 B Soalan-soalan Kuiz 15.2 Tangent 106 C Soalan-soalan Kuiz 15.3 Sine 111 D Soalan-soalan Kuiz 15.4 Cosine 115 E Soalan-soalan Kuiz 15.5 Solving Problems 119 F Soalan-soalan Ujian Bagi Topik Fungsi Trigonometri 123
G Borang Soal Selidik Untuk Bakal Guru 129
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik seringkali dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar. Jika dilihat
dari segi prestasi pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah, rata-rata pelajar
sering memperolehi keputusan yang kurang memberangsangkan. Justeru itu, mereka
mengambil jalan mudah dengan mengabaikan matapelajaran matematik sejak awal
lagi. Selain itu, masalah pendidikan matematik yang terlalu berorientasikan
peperiksaan mengakibatkan pelajar tidak mampu untuk meneroka bidang-bidang
matematik dengan lebih mendalam dan sukar untuk mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian. Terdapat pelbagai masalah yang dikenalpasti dalam pendidikan
matematik di Malaysia antaranya ialah pendekatan latih tubi tanpa pendedahan
konsep yang mencukupi, kaedah pembelajaran yang membosankan dan kekurangan
kemudahan pembelajaran yang terkini (Mohamad Khatim Hasan, 2001).
Menurut Burton.L. dan Jaworski.B (1995) teknologi dalam matematik adalah
satu jambatan yang menyambungkan antara proses mengajar dan belajar. Papan
hitam dan kapur tidak lagi merupakan sumber pengajaran kepada guru-guru
matematik atau tutor. Pengaruh perkembangan kecanggihan teknologi Malaysia
telah banyak merubah sistem pendidikan yang konvensional kepada pendidikan
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Malaysia tidak ketinggalan dalam
arus ini di mana beberapa langkah telah diambil seperti wujudnya Koridor Raya
Multimedia (MSC) dan lanjutan dari itu munculnya konsep Sekolah Bestari. Tujuan
Sekolah Bestari ialah untuk melahirkan ‘Kanak-kanak Bestari’ yang kreatif dan
berupaya menjana maklumat baru. Sekolah Bestari akan memberi penekanan pada
2
perkembangan individu secara menyeluruh dengan memberi fokus kepada domain
intelektual dan domain afektif (Abd Aziz Kulop, 2000).
Dengan itu, teknologi terbaru akan digunakan untuk mengembangkan
peranan pengajaran melampaui bilik darjah biasa dan mempertingkatkan kualiti
pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikuti kadar pembelajaran
individu (Abd Aziz Kulop, 2000). Penggunaan komputer multimedia menyediakan
cara penyampaian yang lebih fleksibel di mana pengajaran dapat dirancang dan
diubah dari masa ke semasa tanpa bergantung kepada guru semata-mata.
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi suatu keperluan dan
kepentingan sistem pendidikan negara. Kemunculan ICT merupakan faktor utama
mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Wan Mustama Wan
Abdul Hayat et.al, 2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
menyediakan peluang dan perubahan cara pengajaran dan pembelajaran.
Sehubungan itu, pelajar perlu diberikan lebih pendedahan terhadap penggunaan
komputer dan teknologi maklumat bagi memastikan kemahiran dan kefahaman dapat
disampaikan dengan lebih efektif dan efisyen. Abd Aziz Kulop (2000) menegaskan
bahawa penggunaan teknologi maklumat memberi kesan yang mendalam di dalam
pembelajaran, sekaligus meningkatkan keupayaan pelajar untuk memahami sesuatu
dengan lebih cepat dan menyimpan maklumat di dalam ingatan jangka panjang.
Kursus-kursus yang abstrak terutamanya matematik, fizik, ekonomi dan
statistik perlulah dipersembahkan dengan cara yang menarik dan berkesan untuk
menanamkan minat terhadap subjek-subjek tersebut. Subjek-subjek seperti ini
adalah satu cabang yang sukar difahami dengan konsep-konsep yang tidak
mempunyai kaitan dengan dunia realiti. Oleh itu, ia tidak boleh dikuasai dengan
hanya menghafal formula dan konsep sahaja, tetapi pemahaman terhadap konsep dan
hubungan dengan dunia sebenar sangat penting. Persembahan pengajaran dengan
menggunakan bahan pengajaran multimedia interaktif boleh menyemaikan minat di
dalam mempelajari sesuatu subjek yang abstrak. Bahan pengajaran multimedia
interaktif dilengkapi dengan audio, grafik dan animasi dipercayai dapat menarik
minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang
sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Abd Aziz Kulop, 2000). Menurut
3
Noraini Idris (2001) pembelajaran berbantukan teknologi boleh meningkatkan
kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan teknologi
dengan kurikulum bukan sahaja melengkapkan peluang pembelajaran malahan
mengubah strategi pengajaran dan menambahkan kecekapan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran menggunakan bahan pengajaran multimedia interaktif ini
membawa pelajar menerokai alam yang sebenar. Penggunaan komputer dalam
bidang pendidikan telah memindahkan perhubungan di antara pelajar dan guru
kepada pelajar dan ilmu. Perpindahan ini dianggap positif untuk mendekatkan
seseorang kepada dunia keilmuan (Slatin & Sharir, 1996).
Kementerian Pelajaran Malaysia dan sektor swasta dipertanggungjawabkan
untuk menjayakan agenda e-pembelajaran kebangsaan (Jaya Kumar C. Koran, 2001).
E-pembelajaran adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan,
interaktif ataupun pemudahcaraan. Ia mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks,
grafik, animasi, simulasi, audio dan video dan ia mempunyai kemudahan untuk
discussion group serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian (on-line).
Kini ada pelajar-pelajar sekolah di Malaysia yang sudah mula menggunakan Internet
sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka didedahkan kepada bahan e-
pembelajaran yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang sudah mula
mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan
sebaya di dalam chat groups atau bulletin board (Jaya Kumar C. Koran, 2001).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, khususnya dalam matematik,
tidak hanya melibatkan proses pemindahan fakta dari guru kepada pelajar semata-
mata. Pelajar mestilah dilibatkan secara aktif dalam membina konsep dan
pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Nik Azis 1992).
Pertubuhan matematik professional seperti National Council of Teachers of
Mathematics (NCTM) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah menegaskan bahawa guru-
4
guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalak untuk
membina secara aktif kefahaman matematik mereka melalui penyiasatan, menguji
hipotesis, membuat anggaran, menyelesai masalah, berbincang dan berkongsi idea
(Tengku Zawawi bin Tengku Zainal, 1997).
Matematik sering dianggap sebagai satu matapelajaran yang sukar dikuasai
oleh pelajar-pelajar. Kebanyakan pelajar tidak tertarik kepada matematik kerana
mereka sering mendapat keputusan yang tidak memuaskan. Pembelajaran yang
hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata mengakibatkan pelajar kurang
berminat dan seterusnya membantutkan perkembangan kognitif pelajar dalam
matematik. Pembelajaran secara menghafal dan latih tubi perlu diubah kepada
bentuk pembelajaran yang merangsang pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi
keperluan pelajar, mengambil perbezaan dan gaya pembelajaran setiap individu
pelajar berdasarkan kesamarataan pembelajaran (Mohamad Khatim Hassan 2003).
Pengajaran secara tradisional yang banyak diamalkan oleh kebanyakan guru
matematik di Malaysia tidak mampu melahirkan pelajar yang berkemahiran serta
bijak berfikir secara kreatif dan kritis.
Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan guru bahawa pengetahuan
matematik boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba
lengkap. Ditambah pula dengan kelemahan dalam penguasaan isi kandungan serta
kejahilan di dalam memilih pendekatan dan kaedah serta teknik terbaik untuk
menyampaikan sesuatu konsep kepada pelajar. Pengkonsepan pengetahuan
matematik bagi seseorang pendidik adalah merupakan aspek penting dan kritikal
sebelum mereka mampu membimbing murid menguasainya (Tengku Zawawi, 1997).
Ramai pendidik matematik di Malaysia terutama di peringkat sekolah hanya
menggunakan pendekatan latih tubi tanpa memberikan penerangan konsep
matematik yang mencukupi. Tetapi matlamat kita ialah inginkan pelajar-pelajar yang
boleh berfikir secara kritis dan kreatif yang memahami apa yang dipelajari secara
syumul. Tanpa kefahaman ini, adalah sukar untuk mereka bersaing di peringkat yang
lebih tinggi khususnya yang berkaitan dengan matematik dan aplikasinya. Hal ini
boleh dibuktikan daripada mereka yang mempunyai keputusan matematik yang baik
5
di peringkat SPM tetapi sebahagian besar mereka tidak mampu bersaing di peringkat
institusi pengajian tinggi (Tengku Zawawi, 1997).
Sehingga hari ini, kebanyakan pembelajaran dilakukan hanya menggunakan
pembelajaran tradisional. Hanya sekolah-sekolah bestari dan beberapa sekolah lain
yang terletak di bandar sahaja yang dibekalkan dengan kemudahan komputer.
Terdapat juga sekolah yang tidak mempunyai kemudahan perpustakaan apatah lagi
kemudahan teknologi komputer.
Geometri merupakan elemen yang paling sukar dipelajari bagi kebanyakan
pelajar sekolah menengah. Guru-guru kurang berminat untuk mengajar topik yang
melibatkan geometri kerana ia memerlukan pembuktian dan pembinaan konsep yang
kompleks. Pengetahuan dalam geometri sebenarnya memerlukan deduksi logik dari
minda seseorang. Oleh itu, masalah pembelajaran dalam geometri disebabkan oleh
kesukaran untuk membina konsep yang tepat, masa untuk melukis bentuk geometri
dan memerlukan pembuktian konsep. Masa untuk mengajar geometri dengan cara
tradisional seperti melukis bentuk-bentuk geometri, contoh-contoh segitiga dan
akhirnya membuat kesimpulan di papan sangat memakan masa. Ini akan
menyebabkan pelajar hilang minat untuk belajar (Ho Chiu Chi).
Teori Piaget dan van Hiele mencadangkan bahawa pelajar perlu belajar pada
tahap pemikiran geometri van Hiele yang lebih rendah sebelum belajar tahap yang
lebih tinggi. Pelajar tidak boleh meninggalkan walaupun satu tahap dalam pemikiran
geometri. Ini akan menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam memahami
konsep pembuktian pada tahap pemikiran geometri yang lebih tinggi dan
menyebabkan pelajar akan memilih alternatif hanya dengan menghafal konsep dan
ini hanya akan mengelirukan mereka sendiri. (Batista & Clements, 1995)
Kesulitan dalam pembuktian geometri di sekolah menengah kerana ia seperti
tidak ada kepentingan dan perkaitan luas matematik dengan dunia sebenar. Banyak
guru di sekolah awam telah mencuba pelbagai cara mengajar dengan mengadakan
kursus-kursus untuk memahamkan pelajar-pelajar mereka akan tajuk geometri, tetapi
kadang kala berjaya atau di sebaliknya. Salah satu sebab kenapa kursus geometri
merupakan masalah kepada kebanyakkan pelajar iaitu kurang pendedahan cara
6
pembuktian di sekolah menyebabkan pelajar berasa susah untuk mempelajarinya
(Homeschool Math, 2008).
Kekurangan pemahaman konsep geometri pada peringkat awal persekolahan
juga merupakan salah satu masalah pembelajaran geometri. Hal ini disokong oleh
dua orang penyelidik yang berasal dari Dutch, Dina van Hiele-Geldof dan Pierre van
Hiele (1957) yang mencadangkan bahawa pelajar-pelajar harus menguasai geometri
dengan melalui setiap tahap dalam van Hiele dan langkah-langkah ini adalah tidak
boleh dikurangkan walaupun satu. Tahap-tahap ini dikenali sebagai tahap van Hiele.
Terdapat kajian yang lain yang menyokong teori mereka dan mendapati kebanyakan
pelajar yang masuk ke sekolah menengah tinggi hanya mempunyai tahap
pemahaman yang rendah terhadap geometri. Oleh itu, mereka tidak mungkin akan
memahami pengajaran sedangkan pembuktian memerlukan tahap keempat dalam
tahap van Hiele. Menurut ahli psikologi Jean Piaget bahawa perkembangan kognitif
seseorang itu mestilah mencapai tahap tertentu (dikenali sebagai formal operational
stage) barulah dia dapat memahami dan membuktikan sesuatu. Jika pelajar dari
sekolah menengah belum mencapai tahap tersebut, adalah sangat susah baginya
untuk memahami topik geometri. Terdapat satu kajian juga yang menyatakan
bahawa kebanyakan pelajar dari kolej juga belum mencapai tahap itu (Ausubel,
Novak, dan Hanesian 1968).
Justeru itu, menyedari permasalahan yang melanda bidang pendidikan
matematik serta kepentingan teknologi dalam bidang pendidikan, kerajaan telah
banyak mengambil langkah bagi memperbaiki mutu pendidikan matematik pada
masa kini. Pengintegrasian teknologi terkini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran akan berupaya meningkatkan dan memperkembangkan pemikiran
pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang melampaui batasan bilik
darjah (Mohamad Khatim Hasan 2003). Antara langkah yang diambil ialah
membudayakan e-pembelajaran dalam pendidikan matematik. Menurut Jaya Koran
C. Kumar (2001), e-pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan
dengan lebih berkesan. Melalui e-pembelajaran, pelajar mampu membuat
perancangan mereka sendiri dan mencari bahan dengan daya usaha dan inisiatif
mereka sendiri. Dengan ini pelajar mampu mewujudkan pembelajaran secara aktif
(active learning) dan meningkatkan kemahiran generik pada diri mereka.
7
Pembelajaran yang berasaskan pengalaman sendiri seperti e-pembelajaran
merupakan kaedah yang berkesan.
E-pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan
lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran
mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga
pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang selesa tanpa
merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian.
Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan
menggunakan teknologi yang sedia ada. E-pembelajaran yang diuruskan dengan
baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk
rujukan pelajar dan juga guru, mentor atau fasilitator (Jaya Koran C. Kumar, 2001).
Bahan pengajaran dan pembelajaran, e-pembelajaran yang dirancang dan
disediakan secara professional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia
untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Dengan ciri-ciri
yang menarik pada e-pembelajaran serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di
dalam internet, maka sudah tiba masanya ia digunakan dengan luasnya untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda e-pembelajaran
kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di sekolah. Jika pelajar
dapat dibimbing untuk menggunakan e-pembelajaran dengan cara yang berfaedah
maka ia akan membantu mengurangkan penggunaan secara negatif.
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar-pelajar menghadapi masalah pembelajaran geometri bagi topik
‘Fungsi Trigonometri’ ini disebabkan mereka masih mentah dan kurang pendedahan
dalam topik geometri. Mereka tidak dapat memperhatikan bentuk-bentuk geometri
yang sebenar dan tidak didedahkan dengan gambaran yang secukupnya tentang
bentuk-bentuk geometri kerana mereka bukan belajar dengan pengalaman sendiri.
Sesetengah pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami konsep geometri
menyebabkan mereka hanya menghafal konsep sahaja. Masalah ini boleh
8
diselesaikan dengan pembangunan e-pembelajaran yang berdasarkan kepada Model
Van Hiele. E-pembelajaran adalah lebih ringkas, bermatlamat, sistematik dan
berperingkat dalam tugasannya. Pelajar boleh menggunakan perisian pembelajaran
matematik yang terdapat dalam e-pembelajaran ini untuk meningkatkan tahap
pemahaman dalam pembelajaran geometri supaya dapat memahami konsep-konsep
geometri dengan lebih jelas. Cara ini juga dapat menarik pelajar belajar topik
geometri ini dengan penerokaan bentuk-bentuk geometri, penemuan, inkuiri dan
penyelesaian masalah geometri.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini adalah untuk:
1.4.1 Membangunkan e-pembelajaran topik trigonometri tingkatan tiga
berdasarkan kepada Model Van Hiele yang berasaskan Sistem Pengurusan
Kursus, MOODLE
1.4.2 Menguji bahan e-pembelajaran topik trigonometri tingkatan tiga di kalangan
bakal guru matematik di UTM dari segi kesempurnaannya, kebaikannya dan
mendapatkan cadangan penambahbaikannya untuk menepati keperluan
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
1.5 Kepentingan Projek
Berdasarkan kepada objektif projek, beberapa kepentingan projek telah
dikenalpastikan iaitu: