PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN e-PBL ReC UNTUK ...
Transcript of PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN e-PBL ReC UNTUK ...
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN e-PBL ReC UNTUK KURSUS
KEJURUTERAAN
TAMIL SELVAN A/L SUBRAMANIAM
TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH
DOKTOR FALSAFAH
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
BANGI
2015
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan membangunkan prototaip perisian pembelajaran untuk kursus
kejuruteraan (e-PBL ReC) sebagai bahan sokongan pembelajaran bagi membantu
memenuhi keperluan proses pembelajaran dengan menggunakan pendekatan PBL.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pengguna, mereka bentuk
dan membangunkan serta menilai perisian dari aspek kebergunaan perisian dari segi
elemen yang diintegrasikan membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses
pembelajaran. Kajian ini bersifat pembangunan produk dengan menggunakan model
ADDIE dan kaedah kajian berbentuk kajian kuantitatif yang disokong oleh kajian
kualitatif. Responden kajian telah melibatkan 146 orang pelajar, empat orang tenaga
pengajar dan empat orang pakar pembelajaran atas talian dalam kajian analisis
keperluan manakala kajian analisis reka bentuk perisian pula melibatkan pakar, tenaga
pengajar dan pelajar serta bagi kajian penilaian kebergunaan perisian e-PBL ReC pula,
responden kajian terdiri daripada 35 orang pelajar yang telah ditetapkan dalam satu
kelas sedia ada. Hasil dapatan kajian daripada analisis keperluan telah dijadikan kayu
ukur untuk mereka bentuk perisian dan responden kajian telah memberikan maklum
balas yang positif berhubung pembangunan perisian e-PBL ReC dalam kajian analisis
reka bentuk perisian serta hasil dapatan kajian kebergunaan perisian e-PBL ReC
mendapati perisian membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses
pembelajaran dengan elemen yang diintegrasikan berasaskan pendekatan PBL, teori
behaviorisme, teori kognitivisme, teori konstruktivisme, unsur multimedia dan
interaksi. Implikasi kajian ini ialah keupayaan perisian e-PBL ReC mampu
memantapkan kemahiran penyelesaian masalah untuk kerjaya masa depan pelajar,
dapat membantu melanjutkan proses pembelajaran konvensional, membantu tenaga
pengajar dalam menyediakan aktiviti sokongan pembelajaran dan satu panduan dapat
disediakan kepada pembangun perisian pendidikan. Sumbangan keseluruhan kajian ini
ialah perisian pembelajaran (e-PBL ReC), model pembangunan perisian, perisian yang
membantu memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan, perisian yang membantu dalam
pemerolehan kemahiran penyelesaian masalah, instrumen kajian dan keputusan.
v
DEVELOPMENT AND EVALUATION e-PBL ReC SOFTWARE FOR
ENGINEERING COURSE
ABSTRACT
This study aims to develop a learning software prototype for engineering courses (e-
PBL ReC) as a supplementary material to assist engineering students meet the needs
in learning process using the PBL approach. The objective of this study to identifies
user needs in order to design, develop and evaluate software in terms of each feature’s
usefulness in terms of elements that are developed to assist in meet the needs of
students in the learning process. The study is the development of products using
ADDIE model and research design using quantitative research methods supported by
qualitative method. Respondents to the survey needs analysis has involved 146
students, four teachers and four specialists online learning, while the study design
evaluation software involves technical experts, PBL specialists, content experts,
teachers, and students have given positive feedback for software development in e-
PBL ReC as well as for research assessment of the usefulness of e-PBL Rec software,
the respondents in the study consisted of all students who have been assigned in the
existing class. The findings of the needs analysis has been taken as a benchmark for
the design of the software and the respondents have provided positive feedback on the
software development e-PBL REC in software design evaluation studies and the
results of the study the usefulness of e-PBL ReC software helps in meet the needs of
students in the learning process with elements developed based on problem-based
learning (PBL), behaviorisme theory, cognitive theory, constructivism theory,
multimedia elements and interaction during the learning process. Implications of the
software include the ability to monitor the acquisition of problem-solving skills for
students' future careers, as well as extending the conventional learning process, while
helping teachers in supporting learning activities. It may also serve as a guide or
reference for education software developers. The overall contribution of this study is
that learning software (e-PBL ReC), model of development and testing, software that
helps meet the needs of students of engineering, software that helps in the acquisition
of problem-solving skills, research instruments, and results.
vi
KANDUNGAN
Halaman
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI ILUSTRASI xv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Tujuan Kajian 13
1.5 Objektif Kajian 14
1.6 Persoalan Kajian 14
1.7 Kerangka Konseptual Kajian 14
1.8 Kerangka Konsep Proses Pembelajaran 19
1.9 Kepentingan Kajian 21
1.10 Definisi Operasional 23
1.10.1 Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) 23
1.10.2 Pembelajaran berasaskan masalah 23
(Problem Based Learning, PBL)
1.10.3 Pembelajaran berasaskan web 24
1.10.4 Multimedia 24
1.10.5 Kebergunaan 24
1.11 Kesimpulan 25
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 26
2.2 Perbincangan Teori 26
vii
2.2.1 Teori behavorisme 26
2.2.2 Teori kognitivisme 28
2.2.3 Teori konstruktivisme 29
2.2.4 Implikasi teori terhadap kajian pembangunan perisian 30
2.3 Reka Bentuk Berarahan 32
2.3.1 Model reka bentuk berarahan 32
2.3.2 Implikasi model ADDIE dalam kajian pembangunan 34
perisian
2.4 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) 34
2.4.1 Pembelajaran berasaskan masalah autentik 35
2.4.2 Pembelajaran berpusat pelajar 36
2.4.3 Pembelajaran kolaborasi 36
2.4.4 PBL dan teori konstruktivisme 37
2.4.5 Implikasi pendekatan PBL terhadap kajian 38
pembangunan perisian
2.5 Model Reka Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran PBL 39
2.5.1 Model pembangunan senario IMM-PBL 39
2.5.2 Model PBL 40
2.5.3 Implikasi model PBL terhadap kajian pembangunan 42
perisian
2.6 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Web 42
2.7 Kajian Lampau 44
2.8 Kajian Penyelidikan Berkaitan Reka Bentuk Produk 48
(Product Design Research)
2.9 Kesimpulan 51
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 52
3.2 Reka Bentuk Kajian 52
3.3 Populasi dan Persampelan Kajian 53
3.4 Instrumen Kajian 54
3.4.1 Instrumen bagi kajian analisis keperluan 55
3.4.2 Instrumen bagi kajian analisis reka bentuk perisian 58
3.4.3 Instrumen bagi kajian penilaian kebergunaan perisian 62
3.5 Kajian Rintis 64
3.5.1 Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik 64
3.5.2 Kesahan dan kebolehpercayaan item soalan temu bual 65
3.6 Prosedur Kajian 67
viii
3.7 Analisis Data 68
3.7.1 Analisis data keperluan pengguna 68
3.7.2 Analisis data reka bentuk perisian 69
3.7.3 Analisis data kebergunaan perisian 69
3.8 Kesimpulan 70
BAB IV PEMBANGUNAN PROTOTAIP PERISIAN e-PBL ReC
4.1 Pengenalan 71
4.2 Peringkat I : Analisis Keperluan Perisian e-PBL ReC 71
4.3 Peringkat II : Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC 74
4.4 Peringkat III : Pembangunan Perisian e-PBL ReC 84
4.5 Peringkat IV : Penilaian Prototaip Perisian e-PBL ReC 111
4.6 Kesimpulan 112
BAB V DAPATAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 113
5.2 Analisis Data untuk Persoalan Kajian 1 113
5.2.1 Situasi penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar 114
kejuruteraan
5.2.2 Bahan e-kandungan sedia guna oleh pelajar kejuruteraan 115
5.2.3 Kesediaan pelajar terhadap pembelajaran menerusi 117
perisian
5.2.4 Reka bentuk pengajaran berdasarkan keperluan pelajar 118
5.2.5 Reka bentuk pengajaran berdasarkan keperluan tenaga 124
pengajar
5.2.6 Reka bentuk pengajaran berdasarkan keperluan pakar 130
5.3 Analisis Data untuk Persoalan Kajian 2 136
5.3.1 Penilaian perisian oleh pakar 136
5.3.2 Penilaian perisian oleh pakar PBL 148
5.3.3 Penilaian perisian oleh pakar isi kandungan 153
5.3.4 Penilaian perisian oleh tenaga pengajar 157
5.3.5 Penilaian perisian oleh pelajar 167
5.4 Analisis Data untuk Persoalan Kajian 3 177
5.4.1 Kebergunaan perisian dari aspek pendekatan PBL 177
5.4.2 Kebergunaan perisian dari aspek teori pembelajaran 180
Behaviorisme
5.4.3 Kebergunaan perisian dari aspek teori pembelajaran 184
kognitivisme
5.4.4 Kebergunaan perisian dari aspek teori pembelajaran 178
konstruktivisme
ix
5.4.5 Kebergunaan perisian dari aspek unsur multimedia 190
5.4.6 Kebergunaan perisian dari aspek interaksi 193
5.4.7 Kebergunaan perisan secara keseluruhan 196
5.5 Kesimpulan 203
BAB VI RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
6.1 Pengenalan 205
6.2 Rumusan Kajian 206
6.3 Perbincangan Dapatan Kajian 208
6.3.1 Keperluan pengguna bagi pembangunan perisian 208
e-PBL ReC
6.3.2 Pembangunan perisian e-PBL ReC 212
6.3.3 Kebergunaan perisian e-PBL ReC 215
6.4 Implikasi Kajian 218
6.4.1 Pelajar kejuruteraan dalam pemerolehan kemahiran 218
penyelesaian masalah untuk kerjaya masa
depan pelajar
6.4.2 Tenaga pengajar menyediakan aktiviti PBL 219
6.4.3 Pihak Politeknik 219
6.4.4 Satu panduan dan rujukan dapat disediakan kepada 220
pembangun perisian pendidikan atau multimedia
6.5 Penambahbaikan Produk e-PBL ReC 220
6.5.1 Keperluan atau aspek pembangunan perisian e-PBL ReC 220
6.5.2 Reka bentuk senario masalah menggunakan elemen 220
multimedia
6.5.3 Pembangunan perisian menggunakan sumber terbuka 221
6.5.4 Pembangunan perisian berbantukan teknologi mobile 221
6.5.5 Satu sistem semakan penggunaan dan pencapaian pelajar 222
perlu dibangunkan dalam perisian e-PBL ReC
6.5.6 Mengambilkira keupayaan elemen multimedia 222
6.5.7 Pelaksanaan kajian lanjutan mengenai keberkesanan 222
perisian e-PBL ReC
6.6 Sumbangan Kajian 223
6.6.1 Model pembangunan perisian 223
6.6.2 Perisian e-PBL ReC 225
6.6.3 Perisian yang membantu memenuhi keperluan pelajar 225
kejuruteraan dalam proses pembelajaran
6.6.4 Perisian yang membantu dalam pemerolehan kemahiran 225
penyelesaian masala
6.6.5 Keputusan kajian 226
6.6.6 Instrumen soal selidik 226
6.7 Kesimpulan 226
x
RUJUKAN 228
LAMPIRAN
A Soal Selidik Kajian Analisis Keperluan (Pelajar) 237
B Soal Selidik Kajian Analisis Keperluan (Tenaga Pengajar) 245
C Soal Selidik Kajian Analisis Keperluan (Pakar) 250
D Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC 254
(Pakar Teknikal)
E Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC 261
(Pakar PBL)
F Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC 265
(Pakar Isi Kandungan)
G Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC 268
(Tenaga Pengajar)
H Soal Selidik Kajian Penilaian Reka Bentuk Perisian e-PBL ReC 274
(Pelajar)
I Soal Selidik Kajian Penilaian Kebergunaan Perisian e-PBL ReC 280
(Pelajar)
J Protokol Temu Bual (Pelajar) 287
K Reka Bentuk Struktur Organisasi Kandungan dan Papan Cerita 288
Perisian e-PBL ReC
L Cetakan Skrin Perisian e-PBL ReC 296
M Panduan Pelajar (Student Guide) 306
N FILA Chart dan Learning Journal 310
O Senarai Pakar yang Terlibat dalam Penilaian Perisian 312
P Surat Persetujuan menjadi Penilai Pakar 313
Q Penerbitan dan Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 316
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Halaman
3.1 Pembahagian soalan soal selidik kajian analisis keperluan 56
(Pelajar)
3.2 Pembahagian item mengikut Skala Likert 56
3.3 Pembahagian soalan soal selidik kajian analisis keperluan 57
(Tenaga pengajar)
3.4 Pembahagian soalan soal selidik kajian analisis keperluan 58
(Pakar)
3.5 Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk 59
(Pelajar)
3.6 Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk 60
(Tenaga pengajar dan pakar)
3.7 Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk 61
(Isi kandungan)
3.8 Pembahagian soalan soal selidik penilaian reka bentuk 62
(Pakar PBL)
3.9 Pembahagian soalan soal selidik kajian kebergunaan perisian 63
(Pelajar)
3.10 Prosedur Kajian 67
3.11 Skala interprestasi skor min (Nunnally, 1994) 68
4.1 Maklumat Skrin Menu Utama 100
4.2 Maklumat Pada Skrin Modul Problem Scenario 102
4.3 Maklumat Skrin Modul Knowledge Construction 104
4.4 Maklumat Skrin Modul Problem Solving 105
4.5 Maklumat Skrin Modul Learning Resources 106
4.6 Maklumat Skrin Paparan Modul Communication 108
4.7 Maklumat Skrin Paparan Modul Reflection 109
4.8 Maklumat Skrin Paparan Modul Learning in PBL Way 111
5.1 Hasil Maklum Balas Awal Kesediaan Pelajar terhadap 117
Pembelajaran Secara Atas Talian
5.2 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Strategi 119
Pembelajaran PBL (Pelajar)
xii
5.3 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Antara 121
muka Perisian (Pelajar)
5.4 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk 122
Interaksi Perisian (Pelajar)
5.5 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Strategi 125
Pembelajaran PBL (Tenaga Pengajar)
5.6 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Antara 127
Muka Perisian (Tenaga Pengajar)
5.7 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Interaksi 128
Perisian (Tenaga Pengajar)
5.8 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Strategi 131
Pembelajaran PBL (Pakar)
5.9 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk Antara 133
Muka Perisian (Pakar)
5.10 Hasil Maklum Balas Awal Aspek Reka Bentuk 134
Interaksi Perisian (Pakar)
5.11 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Antara Muka 137
(Pakar)
5.12 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Strategi 139
Pembelajaran PBL (Pakar)
5.13 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaktiviti 141
(Pakar)
5.14 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Unsur-Unsur 142
Multimedia (Pakar)
5.15 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaksi 144
(Pakar)
5.16 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Elemen Heuristik 145
PBL (Pakar)
5.17 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk berasaskan Model 148
PBL (Pakar PBL 1)
5.18 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk berasaskan Model 149
PBL (Pakar PBL 2)
5.19 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Senario Masalah 151
(Pakar PBL)
5.20 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Elemen Heuristik 152
PBL (Pakar PBL)
5.21 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Isi kandungan 155
(Pakar Isi Kandungan)
5.22 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Elemen Heuristik 156
PBL (Pakar Isi Kandungan)
xiii
5.23 Hasil Penilaian bagi Reka Bentuk Antara Muka 158
(Tenaga Pengajar)
5.24 Hasil Penilaian bagi Reka Bentuk Strategi Pembelajaran 159
(Tenaga Pengajar)
5.25 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaktiviti 161
(Tenaga Pengajar)
5.26 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Unsur-Unsur 162
Multimedia (Tenaga Pengajar)
5.27 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaksi 164
(Tenaga Pengajar)
5.28 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Antara Muka 168
(Pelajar)
5.29 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Strategi 169
Pembelajaran PBL (Pelajar)
5.30 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaktiviti 171
(Pelajar)
5.31 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Unsur-Unsur 173
Multimedia (Pelajar)
5.32 Hasil Penilaian bagi Aspek Reka Bentuk Interaksi (Pelajar) 174
5.33 Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek 179
Pendekatan PBL
5.34 Hasil Penilaian kebergunaan Perisian dari Aspek Teori 182
Pembelajaran Behaviorisme
5.35 Hasil Penilaian kebergunaan Perisian dari Aspek Teori 185
Pembelajaran Kognitivisme
5.36 Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek 188
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
5.37 Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek 191
Unsur-Unsur Multimedia
5.38 Hasil Penilaian Kebergunaan Perisian dari Aspek Interaksi 194
5.39 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Latihan PBL dalam Perisian 197
membantu Pemerolehan Kemahiran Penyelesaian Masalah
5.40 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Penggunaan Komputer 197
Membantu dalam Pemerolehan Kemahiran Penyelesaian
Masalah
5.41 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu 198
Membawa Pelajar dalam Menyelesaikan Masalah Kerjaya
Masa Depan Pelajar Bagi Topik Resonance
xiv
5.42 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu Membawa 199
Pelajar dalam Menyelesaikan Masalah Kerjaya Masa Depan
Pelajar Bagi Topik Three Phase System
5.43 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu 200
dalam Mewujudkan Perbincangan Sesama Pelajar
5.44 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan Perisian Membantu 200
dalam Pemerolehan Pengetahuan Berkaitan
5.45 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan e-PBL ReC Membantu 201
Memahami Pengetahuan dalam Konteks Industri
5.46 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan e-PBL ReC Membantu 202
Saya Belajar Mengikut Gaya Pembelajaran Tersendiri
5.47 Hasil Penilaian Pelajar Berkenaan e-PBL ReC Membantu 202
Saya ke Arah Pembelajaran Kendiri
xv
SENARAI ILUSTRASI
No. Rajah Halaman
1.1 Kerangka Konseptual Kajian 17
1.2 Kerangka Konsep Proses Pembelajaran 20
2.1 Model Reka Bentuk Berarahan ADDIE 33
2.2 Model Pembangunan Senario IMM-PBL 40
4.1 Peringkat Analisis Keperluan e-PBL ReC 72
4.2 Peringkat Reka Bentuk e-PBL ReC 75
4.3 Struktur organisasi keseluruhan kandungan utama 82
perisian e-PBL ReC pada muka utama
4.4 Skrin paparan muka utama (papan cerita) 83
4.5 Peringkat Pembangunan e-PBL ReC 84
4.6 Paparan Skrin Penggunaan Elemen Teks 88
4.7 Paparan Skrin Penggunaan Elemen Grafik 89
4.8 Paparan Skrin Penggunaan Elemen Animasi 90
4.9 Paparan Skrin Penggunaan Elemen Animasi bagi topic 91
Transformer
4.10 Paparan Skrin Penggunaan Elemen Video 94
4.11 Paparan Skrin Penggunaan Elemen Hipermedia 95
4.12 Paparan Skrin Penggunaan Elemen Hiperteks 97
4.13 Paparan Skrin Menu Utama Perisian e-PBL ReC (Home) 99
4.14 Paparan Skrin Modul-Modul Utama Perisian e-PBL ReC 101
4.15 Paparan Skrin Modul Problem Scenario (1) 102
4.16 Paparan Skrin Modul Knowledge Construction 103
4.17 Paparan Skrin Menu Problem Solving 105
4.18 Paparan Skrin Modul Learning Resources 106
4.19 Skrin Paparan Modul Communication 108
4.20 Skrin Paparan Modul Reflection (elemen reflection terhadap 109
senario masalah)
4.21 Skrin Paparan Modul Learning in PBL Way 110
6.1 Model Pembangunan Perisian 224
xvi
SENARAI SINGKATAN
SCL Student Centered Learning (Pembelajaran Berpusatkan Pelajar)
PBL Problem Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Masalah)
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
OBE Outcome Based Education (Pembelajaran Berasaskan Hasil)
PdP Pengajaran dan Pembelajaran
e-PBL ReC Electronic Problem Based Learning Resources for Electrical Circuits
ADDIE Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation
(Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian)
PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Senario pembelajaran di Politeknik yang memerlukan penglibatan aktif pelajar
kejuruteraan dalam proses pembelajaran menuntut supaya pembelajaran itu berlaku
secara visual, auditori dan kinestetik. Pembelajaran visual menuntut pelajar
kejuruteraan supaya belajar dengan cara melihat dan mengamati, jika cara belajar
visual ini sangat kuat maka pelajar mungkin sering kali mencuba menggambarkan
dalam pemikirannya apa yang sedang dipelajarinya. Malah, pembelajaran auditori
pula menggalakkan pelajar kejuruteraan belajar dengan mendengar kepada instruksi
verbal dan mengingat dengan membentuk suara daripada kata-kata dan pembelajaran
kinestetik pula melibatkan pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan
mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik kuliah.
Strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Politeknik juga telah
mengalami satu perubahan besar dalam kurikulum baru yang dilaksanakan dengan
menggunakan pendekatan berasaskan hasil atau outcome based education (OBE).
Pendidikan berasaskan OBE adalah pendidikan yang menggunakan pendekatan PdP
yang berpusatkan pelajar. Justeru, Politeknik telah mengambil inisiatif untuk
memperbaiki pendekatan PdP untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan
mengaplikasikan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah atau problem based
learning (PBL), pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan kes dan
pembelajaran berbantukan komputer (Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej
Komuniti 2008).
2
Oleh sebab itu, penglibatan aktif pelajar kejuruteraan dalam pembelajaran
adalah satu kemestian. Salah satu aktiviti pembelajaran yang menggalakkan
penglibatan aktif pelajar adalah pendekatan PBL. Pendekatan PBL merupakan salah
satu strategi pembelajaran bagi memupuk pembelajaran pengetahuan prosedur ke
tahap yang lebih tinggi atau pelajar terlibat secara mendalam dalam proses
pembelajaran (Murray & Savin-Baden 2000). Malah, pendekatan PBL menyediakan
ruang bagi membantu membangunkan pengetahuan yang fleksibel (Ferreira & Trudel
2012; Hmelo-Silver 2004; Hoffmann & Ritchie 1997), meningkatkan kemahiran
penyelesaian masalah (Ferreira & Trudel 2012; Hmelo-Silver 2004; Hoffmann &
Ritchie 1997) dan pembelajaran terarah kendiri (Hmelo-Silver 2004), kemahiran
kolaboratif (Hmelo-Silver 2004) dan meningkatkan motivasi intrinsik (Hmelo-Silver
2004).
Bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan PBL,
pendekatan ini melibatkan beberapa langkah pembelajaran seperti persembahan
masalah, perbincangan, refleksi, kolaborasi, perkongsian pendapat, penilaian dan
pentadbiran keseluruhan pembelajaran (Hmelo-Silver 2004; Seng 2000; Tseng et al.
2011). Aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan PBL ini boleh dilaksanakan
secara konvensional ataupun atas talian. Kelebihan pembelajaran atas talian ini
banyak kerana mampu menghubungkan pengajar dengan pelajar, pelajar dengan
pelajar dan pelajar dengan kandungan bahan atas talian dengan waktu tersingkat dan
menjadikan pelajar lebih aktif serta bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.
Aktiviti PBL dapat dipersembahkan kepada pelajar melalui penggunaan
teknologi multimedia bagi memaparkan senario permasalahan dalam bentuk elemen
animasi, grafik atau video. Dalam aktiviti PBL juga menuntut pelajar untuk
berinteraksi kerana teknologi menyediakan ruang untuk berinteraksi di luar sempadan
masa dan fizikal serta aktiviti pembelajaran ini juga menyediakan pelajar untuk
pembelajaran terarah kendiri ekoran daripada teknologi dapat menyediakan
kandungan bahan bagi pelajar mengulang kaji kandungan kursus serta melanjutkan
proses pembelajaran konvensional.
3
Dalam kursus kejuruteraan juga kebanyakan hasil pembelajaran adalah
berbentuk OBE iaitu sesuatu yang baru dihasilkan, kadang-kadang penghasilan dalam
pembelajaran konvensional kita tidak dapat melihat proses yang berlaku. Pada hari ini,
teknologi memungkinkan simulasi berlaku dan kita dapat melihat apa yang terhasil
atau jangkaan hasil yang akan berlaku dengan nilai harga teknologi dapat
dimanfaatkan. Kandungan kursus kejuruteraan juga menuntut supaya memaparkan
perhubungan sebenar sesuatu sistem atau mekanisme kejuruteraan serta mengandungi
banyak teori mengenai komponen yang bergerak. Penerangan mengenai komponen-
komponen ini seharusnya disertakan dengan demonstrasi atau menggunakan alat
bantuan pembelajaran yang dinamik iaitu pelajar dapat melihat dan menghayati
perhubungan antara teori dengan realiti kerana teknologi dapat menyediakan
persekitaran pembelajaran dengan penggunaan elemen multimedia seperti grafik,
animasi dan video bagi menunjukkan perkaitan antara teori dengan realiti.
Keperluan pembelajaran kejuruteraan yang unik seperti pembelajaran aktif,
penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi, kolaboratif, gaya pembelajaran
visual, auditori, kinestetik dapat dipertingkatkan dengan memanfaatkan pendekatan
PBL dan teknologi terkini yang sesuai. Keperluan penggunaan teknologi dalam proses
pembelajaran kejuruteraan juga selaras dengan matlamat Dasar e-Pembelajaran
Negara (DePAN) yang menetapkan bahawa 50% kandungan kursus yang ditawarkan
sama ada di peringkat prasiswazah dan siswazah oleh setiap institusi pengajian tinggi
(IPT) perlu dikendalikan secara pembelajaran teradun atau blended learning dan
sekali gus memenuhi keperluan penambahbaikan pendekatan PdP di dalam Pelan
Tranformasi Politeknik.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pendidikan di Politeknik mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan
Politeknik pertamanya iaitu Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations
Development Plan pada tahun 1969 dan diperkukuhkan dengan perakuan
Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk
Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995). Kesemua perancangan termasuk
perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991) telah membolehkan
4
penubuhan lebih banyak Politeknik serta menambahkan program pengajian untuk
memenuhi keperluan pekerja separa profesional dalam bidang kejuruteraan,
perdagangan dan perkhidmatan.
Politeknik telah mendominasi sebahagian besar daripada kursus pendidikan
teknikal di peringkat diploma dan atas sebab itu Politeknik telah menjadi salah satu
laluan untuk menghasilkan pekerja teknikal separa profesional bagi pelajar yang
berminat dalam memperoleh kemahiran teknikal. Sebelum ini, penubuhan Politeknik
memberi peluang kepada lepasan sekolah untuk menjadi pembantu dalam bidang
teknikal, juruteknik, ahli teknologi, separa profesional dan kakitangan perniagaan.
Rancangan kerajaan untuk menubuhkan universiti Politeknik pada tahun 2015
(Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008) telah menjadi satu petunjuk
yang baik untuk pengeluaran lebih ramai profesional dalam bidang ini. Inisiatif ini
adalah sebahagian daripada rancangan untuk mencapai inspirasi kerajaan dalam
mengeluarkan lebih ramai knowledge workers serta menegakkan sektor pendidikan
teknikal dan vokasional dalam usaha untuk menarik lebih banyak penyertaan pelajar.
Keunikan kurikulum Politeknik itu telah menarik sebahagian besar daripada
lepasan sekolah. Berdasarkan fakta laporan (Mac 2011) lebih daripada 89,000 pelajar
dari pelbagai kursus termasuk kejuruteraan, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan
telah mendaftar diri di 27 buah Politeknik di seluruh negara. Pengambilan bagi kursus
sepenuh masa pada bulan Januari 2011 adalah 18,220 dan pada sekarang terdapat 28
program kejuruteraan yang ditawarkan di peringkat diploma dalam beberapa bidang
termasuk bidang kejuruteraan elektrik, elektronik, awam, mekanikal dan kejuruteraan
mekatronik (Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008). Pelajar di
Politeknik terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu sebahagian daripada mereka
telah mempunyai pengetahuan asas dan kemahiran teknikal dari sekolah menengah
teknik atau vokasional, sementara yang lain adalah pelajar dari sekolah menengah
harian. Syarat minimum kemasukan pelajar di peringkat diploma mestilah lulus lima
mata pelajaran termasuk Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Syarat minimum ini telah memberi peluang yang lebih
luas kepada pelajar untuk menyertai Politeknik sebagai laluan alternatif ke pendidikan
tinggi.
5
Program Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik memerlukan enam
semester bagi menyempurkan sekurang-kurangnya 93 jam kredit dalam tempoh
sekurang-kurangnya tiga tahun. Pelajar perlu melengkapkan beberapa kursus termasuk
teras, umum, khusus dan elektif. Setiap kursus adalah antara satu hingga tiga jam
kredit yang unik direka untuk menggabungkan pengetahuan teori dan praktikal seperti
teknologi elektrik, pemasangan pendawaian, analisis litar elektronik sebelum pelajar
mengambil kursus. Kursus Electrical Circuits (ET201) merupakan kursus wajib bagi
pelajar yang mengambil program diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik dan
elektronik di Politeknik. Kurikulum kursus ini telah disemak semula mengikut
peredaran dan keperluan tenaga pekerja pada masa sekarang dan mula dilaksanakan
pada bulan Jun 2010. Kursus ini bertumpu kepada pelajar semester dua dalam tahun
pertama bagi program diploma kejuruteraan elektrik. Kursus ini bertujuan untuk
melahirkan pelajar dengan pengetahuan asas yang kukuh dalam bidang kejuruteraan
elektrik dan analisis litar. Sinopsis dan hasil pembelajaran bagi kursus ini adalah
seperti di bawah:
Sinopsis Kursus Electrical Circuits:
“ELECTRICAL CIRCUITS designed to provide students with the knowledge of
electrical circuits. It emphasizes the principles of an alternating current AC
waveform, complex number and sinusoidal steady-state circuit analysis. This course
also covers the applications of three phase system and operation of various types of
transformers”.
Hasil pembelajaran bagi kursus Electrical Circuits:
- Apply the knowledge of AC circuit in solving problem related to AC electrical
circuit
- Use appropriate components and measuring equipments to perform related
AC electrical network laboratory exercises
- Demonstrate team working efficiently while doing practical work
6
Kursus ini mengandungi enam unit utama dan melibatkan pengetahuan asas
mengenai konsep, prinsip dan analisis litar. Pelajar perlu menghadiri dua jam kelas
syarahan dan dua jam sesi makmal dalam tempoh seminggu. Kebiasaannya dalam dua
jam sesi kuliah tenaga pengajar menyampaikan kandungan kursus melalui kaedah
syarahan, malah bagi sesetengah konsep dan prinsip tertentu yang melibatkan
pengiraan dan lakaran litar skematik disampaikan menggunakan alat bantu mengajar
yang disediakan di dalam bilik kuliah. Kaedah ini diaplikasikan bagi keseluruhan
topik selama 15 minggu dalam satu semester. Dalam sesi makmal pelajar
menghabiskan dua jam setiap minggu untuk menyelesaikan satu set prosedur makmal.
Pengetahuan teori yang dipelajari dalam sesi kuliah yang digunakan dalam sesi
makmal.
Ciri-ciri unik pelajar kejuruteraan di Politeknik yang memerlukan penglibatan
aktif pelajar kejuruteraan dalam proses pembelajaran menuntut supaya pembelajaran
itu berlaku secara visual, auditori dan kinestetik (Felder & Silverman 1988).
Pembelajaran visual menuntut pelajar kejuruteraan supaya belajar dengan cara melihat
dan mengamati, jika cara belajar visual ini sangat kuat maka pelajar mungkin sering
kali mencuba menggambarkan dalam pemikirannya apa yang sedang dipelajarinya.
Malah, pembelajaran auditori pula menggalakkan pelajar kejuruteraan belajar dengan
mendengar kepada instruksi verbal dan mengingat dengan membentuk suara daripada
kata-kata dan pembelajaran kinestetik pula melibatkan pelajar belajar dengan lebih
baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik
kuliah (Felder & Silverman 1988).
Malah Yusof et al. (2005) menyatakan pelajar kejuruteraan juga perlu
mempunyai kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, penyelesaian masalah dan
pembelajaran sepanjang hayat. Manakala Halizah dan Ramly (2008) mencadangkan
kurikulum perlu mewujudkan aktiviti yang menggalakkan pelajar untuk berfikir
seperti mencari, memahami, menganalisis dan mengaplikasikan pengetahuan dalam
situasi baru. Pemikiran kritikal, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah yang
dikenali sebagai kemahiran pembelajaran sepanjang hayat diperlukan oleh graduan di
Malaysia supaya berjaya dalam dunia perkerjaan (Ruhizan et al. 2009). Justeru,
penjanaan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi, berfikir aras tinggi dan
7
penglibatan aktif pelajar memenuhi keperluan ciri-ciri unik pelajar kejuruteraan dan
menepati gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan.
Senario PdP pada masa ini di Politeknik kebanyakannya menghabiskan masa
dalam kelas dan bersifat pasif dalam sesi pembelajaran (Krishnan & Ruhizan 2009;
Ruhizan et al. 2009; Tamil Selvan et al. 2013) serta menghabiskan kebanyakan masa
di makmal untuk melaksanakan aktiviti amali. Walaupun terdapat bentuk aktiviti
pembelajaran seperti projek berkumpulan, pembelajaran berbantukan komputer,
perbincangan tetapi pelajar mempunyai peranan yang minimum dan ruang dalam
membuat keputusan mengenai pembelajaran mereka (Alias 2012). Dalam konteks ini,
PdP biasanya berpusat kepada tenaga pengajar.
Justeru, Pelan Transformasi Pendidikan Politeknik menyarankan untuk
mengaplikasikan pembelajaran berpusat pelajar atau student centered learning (SCL)
bagi meningkatkan kualiti pendekatan PdP (Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej
Komuniti 2008). Malah, Politeknik juga optimis dengan pendekatan SCL iaitu
pendekatan yang berkesan untuk membina kemahiran tertentu pelajar seperti
pemikiran aras tinggi, pengurusan pengetahuan, penyelesaian masalah, kemahiran
komunikasi dan kemahiran persembahan dengan pendekatan SCL telah jelas disebut
dalam Pelan Perancangan Strategik Politeknik bagi tahun 2005-2010 (Alias 2012;
Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti 2008; Norazah & Tamil Selvan
2013).
Dalam konteks ini, beberapa strategi telah dilaksanakan dalam menyokong
pelaksanaan pendekatan SCL melalui pendekatan pedagogi inovatif seperti
pendekatan PBL, pembelajaran berasaskan kes dan pembelajaran kolaboratif (Alias
2012; Norazah & Tamil Selvan 2013). Pendekatan PBL mempunyai potensi besar
untuk memupuk pembelajaran pengetahuan prosedur ke tahap yang lebih tinggi atau
pelajar terlibat secara mendalam dalam proses pembelajaran (Murray & Savin-Baden
2000). Menurut Savin-Baden (2000), PBL mampu meningkatkan kecekapan dalam
aplikasi pengetahuan dan penyelesaian masalah. Malah, pendekatan PBL juga mampu
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam sistem pembelajaran secara
8
konvensional yang kurang menekankan aspek pembinaan pengetahuan (Cunningham
& Duffy 1996).
Pendekatan PBL sebenarnya terhasil daripada keprihatinan ramai ahli pendidik
dan pengkaji yang berdasarkan kepada kekurangan dan permasalahan yang wujud
dalam pembelajaran konvensional yang lebih menekankan kepada aspek isi
kandungan (Barrows 1986, 1996; Barrows & Tamblyn 1980; Hmelo-Silver &
Barrows 2006). Menurut Boud dan Feletti (1998) pendekatan konvensional bukan
sahaja kurang berkesan, malah gagal dalam membentuk pelajar yang mampu
membuat penilaian dan bijak menyesuaikan diri dengan pelbagai aspek khususnya
ilmu pengetahuan, pemikiran dan juga kemahiran. Kelebihan penggunaan pendekatan
PBL dalam proses PdP mendapati bahawa pelajar lebih memfokus dalam melakukan
aktiviti pembelajaran dan seterusnya mampu membentuk pembelajaran yang lebih
bermakna (Hmelo-Silver 2004; Murray & Savin-Baden 2000; Savin-Baden 2000).
Selain itu, pendekatan PBL juga dapat membantu pelajar membentuk
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (Hmelo-Silver 2004, 2012). Ini disebabkan
oleh pendekatan PBL memerlukan pelajar mengintegrasikan pengetahuan dan
kemahiran antara disiplin bagi membentuk pendapat dan membina jawapan sendiri
dalam proses menyelesaikan sesuatu masalah (Hmelo-Silver & Barrows 2006; Hmelo-
Silver & Eberbach 2012). Pendekatan PBL dapat memenuhi ciri-ciri unik
pembelajaran kejuruteraan di Politeknik Malaysia. Bagi melaksanakan aktiviti
pembelajaran berasaskan pendekatan PBL, pendekatan ini melibatkan beberapa
langkah pembelajaran seperti persembahan masalah, perbincangan, refleksi,
kolaborasi, perkongsian pendapat, penilaian dan pentadbiran keseluruhan
pembelajaran (Hmelo-Silver 2004; Seng 2000; Tseng et al. 2011).
Justeru, terdapat beberapa kelemahan penggunaan pendekatan PBL dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan senario permasalahan PBL
yang terhad kepada format teks dan lisan (Hoffmann & Ritchie 1997), kesukaran
memahami masalah PBL dengan pengguna media tradisi (Albion & Gibson 1998;
Zydney 2005), kekurangan sumber atau bahan serta bimbangan dari pendidik (Simons
& Klein 2007), masalah kerja berkumpulan (Farnsworth 1994; Rice & Wilson 1999)
9
serta masalah dalam pembentukan kumpulan (Van Berkel & Dolmans 2006). Malah
dengan kemajuan dan perkembangan teknologi di dalam bilik kuliah cara pelajar
belajar kejuruteraan di Politeknik Malaysia mungkin tidak sama seperti sebelum ini
kerana mereka diberi peluang untuk mendapat akses maklumat, kandungan bahan atas
talian dan juga untuk melakukan lebih banyak latihan pada apa yang telah diajar.
Menurut Ferreira dan Trudel (2012), pendekatan PBL dapat dipertingkatkan
dengan memanfaatkan teknologi terkini yang sesuai. Perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) juga telah menarik minat ramai penyelidik untuk
menerapkan teknologi dalam pendekatan PBL seperti pembangunan perisian
pembelajaran terutamanya untuk menyokong pembelajaran secara kolaborasi (Hanafi
et al. 2005; Poikela et al. 2007). TMK juga telah dimanfaatkan oleh Tseng et al.
(2008) iaitu penggunaan pembelajaran atas talian berasaskan pendekatan PBL untuk
sekolah vokasional dalam kursus digital logic. Teknologi rangkaian Internet dan
laman web pula digunakan untuk menyokong PBL secara kolaboratif dalam kursus
bio-teknologi dan fisioterapi (Donnelly & Fitzmaurice 2005; Poikela et al. 2007).
Manakala Albion (2000) telah membangunkan perisian multimedia interaktif
bertajuk Integrating Information Technology into Teaching bagi mata pelajaran
teknologi maklumat menggunakan pendekatan PBL. Malah Lowther dan Morrison
(2003) pula membangunkan perisian integrating technology for inquiry (Nteq) bagi
mata pelajaran sains komputer secara PBL. Selain itu, Hmelo-Silver dan Barrows
(2006) telah membangunkan sistem eSTEP bagi guru pelatih untuk mempelajari
konsep sains menggunakan video secara PBL. Savin-Baden dan Gibbon (2006) pula
membangun SONIC (Students Online in Nursing Integrated Curricula) untuk pelajar
kejururawatan menggunakan PBL secara interaktif bagi menggalakkan pembelajaran
kendiri dan penyiasatan. Hasil kajian ini juga menunjukkan betapa pentingnya
penggunaan teknologi dan kelebihan untuk mempertingkatkan proses pembelajaran
dengan pendekatan PBL. Perkembangan ini juga berlaku dalam negara kita dalam
bentuk berbeza misalnya Politeknik di Malaysia dalam usaha memperkenalkan
pendekatan PBL dalam proses PdP. Sekirannya teknologi dapat diintegrasikan untuk
mempertingkatkan penggunaan pendekatan PBL akan memberi satu kaedah baru
10
dalam mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar kejuruteraan di Politeknik
Malaysia.
Malah, terdapat beberapa kajian utama yang dijalankan di Politeknik Malaysia
yang mula memanfaatkan teknologi dalam pendekatan PBL. Krishnan dan Ruhizan
(2009) telah membangunkan satu laman web berasaskan pendekatan PBL untuk
pelajar kejuruteraan bagi kursus projek bagi meningkatkan kualiti penghasilan produk
akhir pelajar. Keduanya, Rahman et al. (2011) telah membangunkan e-Library dan
Learning Object System untuk pelajar kejuruteraan mekanikal dalam kursus projek di
Politeknik untuk mempertingkatkan kualiti penghasilan produk. Hasil keseluruhan
latar belakang kajian menunjukkan betapa penting kita perlukan satu kaedah baru
seperti perisian pembelajaran berasaskan PBL yang boleh memenuhi ciri-ciri unik
pelajar kejuruteraan dan dapat mempertingkatkan proses pembelajaran di Politeknik
Malaysia. Malah kita tidak ada satu kaedah yang boleh membantu proses
pembelajaran dan memenuhi keperluan pembelajaran serta yang paling utama adalah
kaedah yang boleh memenuhi ciri-ciri unik pelajar kejuruteraan di Politeknik
Malaysia.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Permasalahan dalam kajian ini adalah tidak ada satu perisian pembelajaran yang
pernah dibangunkan atau disediakan untuk memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan
di Politeknik sebagai bahan bantu sokongan pembelajaran dalam kursus Electrical
Circuits iaitu berdasarkan kajian awal yang dijalankan oleh pengkaji mendapati
keperluan terhadap perisian sokongan pembelajaran atau aktiviti sokongan
pembelajaran menunjukkan bahawa tuntutan ke atas perisian ini adalah wajar bagi
mempertingkatkan proses pembelajaran.
Berdasarkan kajian awal yang telah dijalankan oleh pengkaji terhadap 146
pelajar dalam kursus Electrical Circuits mendapati hanya 86% (126) daripadanya
menerima kandungan bahan pembelajaran dalam bentuk modul bercetak, nota dan
buku rujukan, 69% (101) daripadanya hanya menerima slaid power point. Manakala,
hanya 60% (89) daripadanya menerima bahan e-kandungan dan 53.4% (73)
11
daripadanya menggunakan kandungan bahan pembelajaran atas talian dalam kursus
mereka. Berhubung kajian awal yang dijalankan terhadap pelajar juga, pengkaji
mendapati 83.5% (122) daripadanya menyatakan tenaga pengajar tidak mempunyai
koleksi kandungan bahan pembelajaran atas talian manakala hanya 35.6% (52)
daripadanya mengatakan kandungan bahan pembelajaran yang diterima daripada
tenaga pengajar dapat mengukuhkan kefahaman mereka dan hanya 27.4% (40)
daripadanya menggunakan perisian multimedia tempatan dalam kursus. Dapatan
kajian awal ini menunjukkan pelajar kejuruteraan di Politeknik kekurangan
kandungan bahan pembelajaran atas talian bagi melanjutkan proses pembelajaran dan
mereka menuntut supaya perisian pembelajaran yang memenuhi keperluan dan
membantu dalam proses pembelajaran dapat diwujudkan dalam kursus mereka.
Menurut Norazah et al. (2010) penggunaan TMK merupakan aspek penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi pembentukan knowledge workers di
Malaysia. Malah Dasar e-pembelajaran Negara (DePAN) menetapkan
bahawa 50% kursus yang ditawarkan di setiap IPT perlu dikendalikan secara
pembelajaran teradun atau blended learning. Menurut Supyan (2011) komputer juga
dapat direka bentuk bagi pemerolehan pengetahuan dan kemahiran. Malah
berdasarkan kajian awal yang telah dijalankan juga mendapati daripada 146 pelajar
yang memberikan maklum balas mengenai bahan e-kandungan yang digunakan oleh
pelajar dalam kursus ini yang mana mendapati 78.8% (115) daripadanya mengakses
ke laman web pendidikan, 82.9% (121) daripadanya melayari perisian pembelajaran
dalam Internet dan 76% (111) daripadanya mengadakan perbincangan atas talian bagi
mengukuhkan kefahaman mereka. Berhubung kajian awal yang dijalankan terhadap
pelajar juga, pengkaji mendapati hampir 100% pelajar menggunakan platform
learning management system (LMS) yang disediakan oleh pihak Politeknik bagi
tujuan pembelajaran. Namun, 96% (140) daripadanya menyatakan aktiviti
pembelajaran dalam platform LMS sedia ada hanya memfokus kepada aktiviti muat
turun bahan pembelajaran dan hanya 32.8 % (48) daripadanya berinteraksi dengan
tenaga pengajar dan rakan-rakan, 85.6% (125) daripadanya menyatakan kandungan
bahan pembelajaran yang terdapat dalam LMS ini tidak interaktif, 89.7% (131)
daripadanya menyatakan kandungan bahan pembelajaran dalam LMS tidak menepati
kursus mereka. Berdasarkan kepada dapatan kajian awal ini menunjukkan pelajar
12
sedia melayari perisian pembelajaran, LMS yang disediakan juga perlu satu perubahan
dari segi kandungan bahan dimana perlu memenuhi keperluan pelajar dan membantu
dalam proses pembelajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tuntutan ke atas
perisian pembelajaran adalah wajar.
Bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan PBL,
pendekatan ini melibatkan beberapa langkah pembelajaran seperti persembahan
masalah, perbincangan, refleksi, kolaborasi, perkongsian pendapat, penilaian dan
pentadbiran keseluruhan pembelajaran (Hmelo-Silver 2004; Seng 2000; Tseng et al.
2011). Justeru, terdapat beberapa kelemahan penggunaan pendekatan PBL dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan senario permasalahan PBL
yang terhad kepada format teks dan lisan (Hoffmann & Ritchie 1997), kesukaran
memahami masalah PBL dengan pengguna media tradisi (Albion & Gibson 1998;
Zydney 2005), kekurangan sumber atau bahan serta bimbangan dari pendidik (Simons
& Klein 2007), masalah kerja berkumpulan (Farnsworth 1994; Rice & Wilson 1999)
serta masalah dalam pembentukan kumpulan (Van Berkel & Dolmans 2006). Malah
dengan kemajuan dan perkembangan teknologi di dalam bilik kuliah, cara pelajar
belajar kejuruteraan di Malaysia mungkin tidak sama seperti sebelum ini iaitu mereka
diberi peluang untuk mendapat akses maklumat dan bahan-bahan kandungan kursus
serta juga untuk melakukan lebih banyak latihan pada apa yang telah diajar.
Justeru, perisian pembelajaran adalah merupakan salah satu mekanisme yang
dicadangkan sebagai bahan bantu sokongan pembelajaran yang berkesan serta
pendekatan PBL merupakan strategi pembelajaran utama yang diterapkan bagi
membantu proses pembelajaran dalam kursus Electrical Circuits. Walaupun terdapat
kajian luar negara yang bertumpu kepada pembangunan perisian pembelajaran yang
boleh memenuhi keperluan pembelajaran kejuruteraan menggunakan pendekatan PBL
seperti kajian Brodie (2009); (Chan et al. 2012; Garcia-Robles et al. 2009; Kim & Kee
2012; Park & Park 2012; Tseng et al. 2011) dan kajian dalam negara seperti kajian
(Faridah 2009; Fauziah 2011; Jamaluddin 2004) misalnya terdapat beberapa
perbezaan dari sudut budaya pemikiran, objektif pembelajaran, kurikulum, keperluan
pelajar dan persekitaran pembelajaran serta bidang kajian maka yang ini dihasilkan
13
berdasarkan kepada kajian keperluan yang berlaku menunjukkan bahawa tuntutan ke
atas perisian ini adalah wajar.
Pengkaji juga melihat kajian-kajian sebelum ini kurang membincangkan
mengenai pembangunan perisian sokongan pembelajaran menggunakan pendekatan
PBL yang sesuai kepada pelajar kejuruteraan dalam kursus Electrical Circuits di
Politeknik Malaysia serta kurang perbincangan mengenai penerimaan pelajar terhadap
perisian sokongan pembelajaran sedia ada di dalam kursus Electrical Circuits
membantu dalam memenuhi keperluan pelajar. Berdasarkan dapatan kajian awal
menunjukkan pelajar kejuruteraan Politeknik tidak mengalami masalah dalam
penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran. Majoriti pelajar memiliki teknologi
terkini seperti telefon pintar dan kemudahan rangkaian Internet sendiri serta bersetuju
dengan pembangunan perisian dalam kursus mereka. Berdasarkan kepada masalah dan
keperluan pelajar kejuruteraan terhadap perisian pembelajaran maka kajian ini
bertujuan membangunkan sebuah perisian sokongan pembelajaran yang dihasilkan
bagi memenuhi keperluan menagani masalah dan memenuhi tuntutan pelajar
kejuruteraan di Politeknik. Oleh itu, kekurangan atau kelemahan dalam bidang ini
menjadi justifikasi kepada keperluan pembangunan e-PBL ReC dalam kajian
pembangunan.
1.4 TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan membangunkan prototaip perisian pembelajaran sebagai bahan
bantu sokongan pembelajaran dalam kursus Electrical Circuits (e-PBL ReC) kepada
pelajar kejuruteraan di Politeknik dalam membantu dan mempertingkatkan proses
pembelajaran. Kajian ini juga menilai perisian bagi menentukan elemen yang perlu
diintegrasikan dan juga penilaian kebergunaan perisian iaitu melihat elemen yang
diintegrasikan dapat membantu memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan dalam
proses pembelajaran.
14
1.5 OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai tujuan kajian yang dinyatakan, maka beberapa objektif kajian telah
dibentuk iaitu:
a. mengenal pasti keperluan pengguna terhadap pembangunan perisian yang
menjadi kayu ukur dalam mereka bentuk perisian e-PBL ReC
b. mereka bentuk dan membangunkan perisian berdasarkan keperluan pengguna
yang menjadi kayu ukur dalam perisian e-PBL ReC
c. menilai kebergunaan perisian e-PBL ReC dari segi elemen yang diintegrasikan
dalam perisian e-PBL ReC membantu memenuhi keperluan pelajar dalam
proses pembelajaran
1.6 PERSOALAN KAJIAN
Bagi mencapai objektif kajian di atas, maka terdapat beberapa persoalan kajian yang
perlu dijawab iaitu:
a. Apakah keperluan pengguna terhadap pembangunan perisian yang menjadi
kayu ukur dalam mereka bentuk perisian e-PBL ReC?
b. Bagaimanakah perisian dibangunkan berasaskan keperluan pengguna yang
menjadi kayu ukur dalam perisian e-PBL ReC?
c. Sejauh manakah elemen yang diintegrasikan dalam perisian e-PBL ReC
membantu memenuhi keperluan pelajar dalam proses pembelajaran?
1.7 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan kerangka konseptual kajian yang berfokus kepada
bagaimana perisian e-PBL ReC direka bentuk supaya membantu memenuhi keperluan
15
dalam proses pembelajaran. Justeru, satu kerangka konseptual kajian telah dirangka
oleh pengkaji berdasarkan model reka bentuk berarahan ADDIE seperti di dalam rajah
1.1 yang terdiri daripada beberapa peringkat iaitu analisis (analysis), reka bentuk
(design) pembangunan (development), pelaksanaan dan penilaian (implementation &
evaluation). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, analisis keperluan yang telah
dijalankan sebelum ini untuk mengenal pasti keperluan pelajar dalam kursus
Electrical Circuits. Hasil dapatan analisis keperluan dengan pendekatan pedagogi
kejuruteraan dan teori pembelajaran, perisian e-PBL ReC dibangunkan untuk
memenuhi keperluan kumpulan sasaran ini.
Tiga teori penting yang menjadi rasional kepada reka bentuk e-PBL ReC.
Pertama, teori behaviorisme yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku
berdasarkan pembentukan tabiat dalam tempoh masa yang menyediakan persekitaran
rangsangan jawapan. Oleh itu dalam perisian e-PBL ReC, rangsangan diwakili oleh
latihan yang membenarkan pelajar untuk mengamalkan secara berterusan sehingga
mereka mencapai tahap penguasaan pembelajaran. Beberapa tips dan jalinan (link)
yang disediakan dalam sesetengah kandungan perisian diharapkan dapat
meningkatkan motivasi pelajar untuk meneroka dan melaksanakan aktiviti yang
disediakan.
Kedua, teori kognitif menyatakan bahawa pembelajaran boleh berlaku apabila
pelajar dapat mengeksploitasi potensi mereka dalam fikiran untuk memproses
maklumat (membaca bahan kandungan kursus dan latihan) dengan menggunakan
taksonomi Bloom. Perisian e-PBL ReC menyediakan pelbagai kandungan bahan
dengan tahap kesukaran yang berbeza yang membolehkan pelajar berlatih dan
melaksanakan latihan sendiri dan pada kadar sendiri. Ciri interaktif e-PBL ReC yang
menyediakan maklum balas kepada pelajar dan laporan kemajuan pada prestasi
mereka serta merta akan membimbing pelajar untuk bergerak dari satu peringkat ke
peringkat yang lain mengikut kebolehan mereka dengan latihan yang disediakan.
Akhir sekali, teori konstruktivisme mencadangkan bahawa pembelajaran juga
akan berlaku apabila pelajar berinteraksi antara satu sama lain dari segi sosial. Prinsip
pembelajaran PBL juga diterapkan sebagai strategi pembelajaran utama dalam
16
perisian ini. Pelajar yang terlibat dalam beberapa siri perbincangan dalam proses
pembelajaran dan pertukaran maklumat dan idea tentang apa yang mereka telah lalui
dalam penyelesaian masalah, mereka akan lebih memahami senario permasalahan
tersebut. Perisian e-PBL ReC menyediakan forum atas talian supaya pelajar dapat
membincangkan senario permasalahan. Selain itu, teori konstruktivisme melibatkan
proses minda yang aktif supaya individu dapat membina pengetahuan apabila
pemikiran mereka diuji. Maka, pelajar dapat membina pengetahuan dan kemahiran
melalui aktiviti yang disediakan dengan pengendalian sendiri perisian oleh pelajar
serta dapat mengembangkan semula maklumat yang telah diperoleh dengan
menggunakan pemikiran yang aktif serta pengetahuan dan pengalaman sedia ada
untuk berbincang dan menyelesaikan masalah daripada senario masalah yang
dipaparkan pada perisian. Huraian terhadap langkah kerja yang terlibat di dalam
model reka bentuk bererahan ADDIE dibincangkan seperti di bawah:
a. Analisis (Analysis)
Peringkat analisis ini melibatkan kajian analisis keperluan iaitu elemen yang
diperlukan oleh pelajar, tenaga pengajar dan pakar dalam reka bentuk perisian dikenal
pasti serta keperluan dan aspek pembangunan lain yang perlu dipertimbangkan dari
segi:
Kumpulan sasaran
Topik pembelajaran
Objektif atau hasil pembelajaran
Keperluan Pelajar
17
Rajah 1.1 Kerangka konseptual e-PBL ReC
ANALISIS
REKA BENTUK
PEMBANGUNAN
N
PELAKSANAAN
& PENILAIAN
Teori Pembelajaran:
Teori Konstruktivisme
Teori Behavorisme
Teori Kognitivisme
Keperluan/Aspek Pembangunan
Prototaip Perisian e-PBL ReC
a) Penilaian e-PBL ReC
b) Kebergunaan Perisian
Teori Konstruktivisme: - interaksi sosial - prinsip PBL Teori Behavorisme: -stimulus-response -repetition -rewards & punishment Teori Kognitivisme: -Aras pemikiran (rendah, pertengahan dan tinggi)
Prinsip Pembelajaran
18
Keperluan tenaga pengajar
Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Hasil dapatan kajian analisis keperluan ini akan dijadikan kayu ukur bagi
mereka bentuk perisian pembelajaran.
b. Reka Bentuk (Design)
Pada peringkat reka bentuk, terdapat beberapa aspek penting yang diambil kira dalam
mereka bentuk perisian berdasarkan rumusan analisis keperluan yang telah
dilaksanakan serta beberapa teori pembelajaran dan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran. Reka bentuk perisian merujuk kepada aspek penting daripada teori
pembelajaran dan peringkat ini melibatkan beberapa langkah kerja seperti berikut:
Reka bentuk aktiviti pembelajaran
Reka bentuk struktur organisasi kandungan
Reka bentuk papan cerita
c. Pembangunan (Development)
Pada peringkat pembangunan, beberapa aspek yang dibincangkan dalam peringkat
reka bentuk digunakan sebagai garis panduan untuk membangunkan perisian dan
beberapa perkara telah diberi tumpuan dalam peringkat ini seperti dibawah :
Keperluan perkakasan dan perisian pengarangan
Penggunaan elemen teknologi multimedia
Menghasilkan media penyampaian maklumat
Membangunkan prototaip perisian e-PBL ReC
d. Pelaksanaan dan Penilaian (Implementation & Evaluation)
Peringkat pelaksanaan melibatkan proses penggunaan perisian dalam proses
pembelajaran dan penilaian ke atas perisian yang melibatkan penilaian formatif dan
19
penilaian sumatif. Penilaian formatif (pengujian alfa) melibatkan maklum balas
daripada pakar, tenaga pengajar dan pelajar yang akan menentukan elemen utama
antara muka yang perlu diintegrasikan di dalam perisian e-PBL ReC dengan
menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Penilaian sumatif (pengujian
beta) pula melibatkan penilaian kebergunaan perisian e-PBL ReC dengan menilai
sejauh mana elemen yang diintegrasikan di dalam perisian membantu memenuhi
keperluan pelajar dalam proses pembelajaran dengan menggunakan instrumen soal
selidik dan temu bual.
1.8 KERANGKA KONSEP PROSES PEMBELAJARAN
Kerangka konsep proses pembelajaran ini bertujuan untuk membincangkan idea
utama kajian dan proses pembelajaran yang akan dilalui oleh pelajar semasa
menggunakan perisian ini. Menurut Supyan (2011), pembelajaran adalah satu proses
dan boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Pembelajaran formal biasanya
berlaku di dalam kelas di mana pelajar telah memenuhi objektif yang telah ditetapkan
selepas dapat melaksanakan tugas yang dijangkakan atau tingkah laku pada akhir
pengajaran. Malah pembelajaran juga boleh berlaku dalam zon tertentu di mana yang
dipanggil zon perkembangan proksimal atau zone of proximal development (ZPD)
(Vygotsky 1978). Vygotsky mentakrifkan ZPD adalah jarak di antara tahap
perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah bebas dan tahap
pembangunan yang berpotensi seperti yang ditentukan melalui penyelesaian masalah
di bawah bimbingan orang dewasa atau kerjasama dengan rakan yang lebih mampu.
Vygotsky percaya bahawa apabila pelajar berada di ZPD untuk tugas tertentu,
menyediakan sokongan yang sesuai atau bantuan (scaffolding) akan memberikan
pelajar beberapa motivasi untuk menyelesaikan tugas yang diberikan. Apabila pelajar
dengan bantuan pakar menguasai tugasan, pakar kemudian boleh dikeluarkan dan
pelajar akan dapat menyelesaikan tugas sendiri. Pada peringkat awal satu latihan
sedikit dan pakar dari orang lebih berpengetahuan boleh membantu pelajar untuk
berjaya dalam tugas yang diberikan yang sebaliknya akan menjadi terlalu sukar untuk
pelajar.
20
Rajah 1.2 Kerangka konsep proses pembelajaran e-PBL ReC
Sumber: Adaptasi dari Supyan, 2011
Secara logiknya, saiz ZPD boleh diperbesar dan diperluaskan jika pelajar
kejuruteraan diberi peluang untuk mendapat akses kepada maklumat dan bahan
kandungan kursus serta juga untuk melakukan lebih banyak latihan pada apa yang
telah diajar (Supyan 2011) secara sendirian atau kumpulan. Malah proses
pembelajaran kejuruteraan tidak terhad di dalam bilik kuliah tetapi boleh terus berlaku
dalam suasana yang konvensional iaitu pelajar bersama secara fizikal selepas waktu
kuliah. Justeru, dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ZPD
boleh dikembangkan dalam proses pembelajaran. Jika TMK disepadukan dengan baik
dalam pembelajaran, pelajar mungkin boleh pergi di luar zon pembelajaran yang
ditetapkan. Zon potensi boleh memupuk bukan sahaja pembelajaran tetapi juga
pemerolehan.
Actual Development
Zone
Potential
Zone
e-PBL ReC
21
Berdasarkan rajah 1.2 di atas dari segi konsepnya garisan tebal (actual
development zone) mewakili zon pembelajaran yang ditetapkan oleh tenaga pengajar
dalam kurikulum manakala garis putus mewakili zon potensi (potential zone) yang
ditentukan oleh pelajar. Dengan sokongan perisian pembelajaran e-PBL ReC yang
diintegrasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang memenuhi keperluan
pelajar, pelajar boleh melanjutkan dan membesarkan ZPD mereka sendiri. Dalam zon
potensi ini, proses pembelajaran kejuruteraan berkembang kerana pelajar boleh
menggunakan bahan yang sedia ada di Internet dan berkongsi bahan dengan ahli di
dalam perisian ini. Dalam potential zone pelajar akan melalui tahap pembelajaran PBL
dengan meneroka pelbagai aktiviti sokongan di mana bermula dengan problem
identification, idea generation, learning issues, self directed learning, synthesis and
application dan reflection and feedback.
1.9 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini menumpukan pada pembangunan perisian pembelajaran sokongan yang
mana bertujuan agar pelajar dapat mempertingkatkan proses pembelajaran dengan
memanfaatkan teknologi terkini yang sesuai dalam kursus. Justeru, perisian yang
dibangunkan dalam kajian ini amat penting serta memberi kelebihan utama kepada:
1.9.1 Pelajar Kejuruteraan di Politeknik
Perisian yang dibangunkan diharap dapat membantu pelajar mempertingkatkan proses
pembelajaran dan dapat mengaitkan hubungan konsep kejuruteraan dengan kehidupan
seharian serta kerjaya masa depan pelajar, menggalakkan kemahiran penyelesaian
masalah, komunikasi dan kolaborasi antara pelajar, malah membantu membentuk
kemahiran berfikir pada aras tinggi serta membantu dalam memantapkan kemahiran
pelajar dalam melakukan proses analisis, sintesis dan penilaian terhadap senario
permasalahan yang dikemukakan dengan penggunaan teknologi Internet serta
teknologi multimedia bagi menyampaikan kandungan kursus.
22
1.9.2 Tenaga Pengajar
Perisian pembelajaran yang dibangunkan diharap dapat membantu tenaga pengajar
mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar dalam kursus. Malah, perisian yang
dibangunkan ini diharap membantu tenaga pengajar membawa pelajar dalam
mengaitkan hubungan konsep kejuruteraan dengan kehidupan seharian serta kerjaya
masa depan pelajar. Selain itu, perisian yang dibangunkan diharap dapat membantu
tenaga pengajar berhubung dengan pelajar di luar waktu kuliah serta memberi
peluang kepada pelajar menerokai aktiviti pembelajaran untuk pemerolehan
pengetahuan dan kemahiran.
1.9.3 Pihak Politeknik
Perisian yang dibangunkan juga diharap dapat membantu pihak Politeknik di Malaysia
disebabkan perisian yang menggunakan strategi pembelajaran PBL sebagai strategi
utama akan menjadi satu panduan dan rujukan dalam memenuhi keperluan
transformasi pengajaran dan pembelajaran di Politeknik yang bertumpu kepada
pembelajaran berpusat pelajar dan pendekatan PBL serta penggunaan TMK amat
digalakkan dalam kalangan tenaga pengajar. Selain itu, kajian ini penting bagi
memenuhi beberapa kekurangan perisian pembelajaran sedia ada dan diharap dapat
membantu pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis e-
pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) dalam penjanaan perisian pembelajaran yang
lebih bermakna dalam pelbagai peringkat dan bidang.
1.9.4 Pembangun Perisian Pembelajaran
Perisian yang dibangunkan ini juga dapat memberi panduan dan rujukan kepada
pembangun perisian pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan yang diinginkan
oleh pengguna, di samping memberi idea dalam mereka bentuk perisian yang
memberi penekanan kepada aktiviti pembelajaran seperti penggunaan pendekatan
PBL dalam kajian ini.
23
1.10 DEFINISI OPERASIONAL
Beberapa definisi yang digunakan di dalam kajian ini disenaraikan seperti di bawah:
1.10.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
Menurut Baharuddin (2002) pembelajaran berbantukan komputer (PBK) adalah satu
pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Menurutnya lagi, PBK boleh digunakan untuk mempelajari sesuatu secara langkah
demi langkah iaitu program terancang untuk pembelajaran secara penemuan yang
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer.
Menurut Jonassen (1988) PBK digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berbentuk interaktif yang mana pelajar dapat memberi maklum balas terhadap
maklumat yang dipaparkan oleh komputer. Berdasarkan kajian ini, PBK ialah satu
perisian pembelajaran yang digelar e-PBL ReC dibangunkan bagi membantu dan
mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar kejuruteraan.
1.10.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning (PBL)
Pembelajaran berasaskan masalah ataupun Problem based learning (PBL) merupakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran dimana konsep PBL melibatkan
pembelajaran berasaskan proses memahami ataupun proses menyelesaikan masalah
(Barrows & Tamblyn 1980; Hmelo-Silver 2004; Tse & Chan 2003). Titik permulaan
pembelajaran dalam pendekatan PBL menggunakan masalah sebenar dan pelajar akan
memperoleh pengetahuan melalui proses penyelesaian masalah tersebut (Barrows &
Tamblyn 1980; Hmelo-Silver 2004; Norman & Schmidt 2000; Tse & Chan 2003).
Dalam kajian ini, prinsip daripada pendekatan PBL seperti penggunaan permasalahan
autentik, pembelajaran secara kolaboratif, pembelajaran berpusatkan pelajar
diterapkan di dalam reka bentuk perisian e-PBL ReC.
24
1.10.3 Pembelajaran Berasaskan Web
Pembelajaran berasakan web merupakan suatu bentuk pengajaran dan pembelajaran
berasaskan pendekatan hipermedia yang dikumpulkan sebagai suatu sumber
pembelajaran di dalam medium web untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih
berkesan (Khan 1998). Menurut Baharuddin (2002) pembelajaran berasaskan web
sebagai suatu medium penghantaran maklumat yang terdiri daripada pelbagai jenis
maklumat dan tajuk serta nod yang disusun bagi memudahkan pencapaian maklumat.
Dalam kajian ini, pembelajaran berasakan web direka bentuk dengan mengumpulkan
aktiviti pembelajaran yang memenuhi keperluan pelajar kejuruteraan.
1.10.4 Multimedia
Multimedia merupakan penggunaan komputer bagi mempersembahkan dan
menggabungkan teks, grafik, audio dan video yang menghubungkan dengan alatan
yang membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan
berkomunikasi (Hofstetter & Fox 1997; Jamaludin 2005). Menurut Baharuddin (2002)
multimedia merujuk kepada gabungan pelbagai media seperti teks, grafik,audio, video
dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik,
interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer. Dalam kajian ini,
multimedia merupakan media pembelajaran dan bahan bantu pembelajaran yang
dibangunkan dalam bentuk perisian pembelajaran dengan mengintegrasikan dengan
pelbagai elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi, audio serta video bagi tujuan
memaparkan kandungan kursus kejuruteraan kepada pelajar.
1.10.5 Kebergunaan
Kebergunaan dilihat berkait dengan pengalaman pengguna menggunakan atau
menerima sebarang servis atau bantuan. Namun dalam konteks kajian ini,
kebergunaan adalah merujuk kepada persepsi penerima bantuan iaitu pelajar terhadap
perisian yang dibangunkan sama ada membantu memenuhi keperluan pelajar di dalam
proses pembelajaran.
228
RUJUKAN
Abdul, G. & Mohamad, N. 1999. Penyelidikan Pendidikan.
Albion, P. 2000. Interactive Multimedia Problem-Based Learning for Enhancing Pre-
Service Teachers' Self-Efficacy Beliefs About Teaching with Computers:
Design, Development and Evaluation. Tesis University of Southern
Queensland.
Albion, P. 2010. Learning Recursively: Integrating PBL as an Authentic Problem
Experience [Plenary Presentation].
Albion, P. R. 2003. PBL+ IMM= PBL^ 2: Problem Based Learning and Interactive
Multimedia Development. Journal of Technology and Teacher Education
11(2): 243-258.
Albion, P. R. & Gibson, I. W. 1998. Interactive Multimedia and Problem-Based
Learning: Challenges for Instructional Design.
Alessi, S. M. & Trollip, S. R. 2001. Multimedia for Learning.
Alessi, S. M. & Trollip, S. R. 2001. Multimedia for Learning. Methods and
development 3.
Alias, M. 2012. The Effects of Problem Based Learning on Knowledge Acquisition,
Critical Thinking, and Intrinsic Motivation of Electrical Engineering Students.
Tesis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Alias, M. & Sulaiman, Y. 2012. The Impact of Instructional Methods on Critical
Thinking: A Comparison of Problem-Based Learning and Conventional
Approach in Engineering Education. ISRN Education 2012.
Alias, M., Yamin, S. & Aris, R. 2011. The Effect of Problem Based Learning on
Students' Intrinsic Motivation in the Polytechnic's Electrical Engineering
Course. 776-779.
Alias, N. & Siraj, S. 2012. Design and Development of Physics Module Based on
Learning Style and Appropriate Technology by Employing Isman Instructional
Design Model. Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET
11(4): 84-93.
Ary, D. J. 1990. Lc & Razavier, A.(1990). Introduction to Research in Education, Fort
Worth: Harcourt Brace College.
Awang, H. & Ramly, I. 2008. Creative Thinking Skill Approach through Problem-
Based Learning: Pedagogy and Practice in the Engineering Classroom.
International Journal of Human and Social Sciences 3(1): 18-23.
229
Baharuddin, A. 2002. Reka Bentuk Perisian Multimedia. Penerbit UTM.
Barrows, H. S. 1986. A Taxonomy of Problem‐Based Learning Methods. Medical
education 20(6): 481-486.
Barrows, H. S. 1996. Problem‐Based Learning in Medicine and Beyond: A Brief
Overview. New directions for teaching and learning 1996(68): 3-12.
Barrows, H. S. & Tamblyn, R. M. 1980. Problem-Based Learning: An Approach to
Medical Education. Springer Publishing Company.
Boud, D. & Feletti, G. 1998. The Challenge of Problem-Based Learning. Routledge.
Bridges, E. M.1992. Problem Based Learning for Administrators. ERIC.
Brodeur, D. R., Young, P. W. & Blair, K. B. 2002. Problem-Based Learning in
Aerospace Engineering Education. 16-19.
Brodie, L. 2009. E-problem-Based Learning: Problem-Based Learning Using Virtual
Teams. European Journal of Engineering Education 34(6): 497-509.
Bruner, J. S. 1973. Beyond the Information Given: Studies in the Psychology of
Knowing, Jeremy M. Anglin, Ed, WW Norton & Co., New York.
Bryman, A. & Bell, E. 2011. Business Research Methods 3e. Oxford university press.
Chan, L. K., Lu, J., Ip, M. S. M. & Yip, A. L. M. 2012. Effects of Video Triggers on
the PBL Process. Problem-Based Learning in Clinical Education 139-150.
Charlin, K. 1998. The Many Faces of Problem-Based Learning: A Framework for
Understanding and Comparison. Medical Teacher 20(4): 323-330.
Cho, K. L. & Jonassen, D. H. 2002. The Effects of Argumentation Scaffolds on
Argumentation and Problem Solving. Educational Technology Research and
Development 50(3): 5-22.
Chua, Y. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1,
McGraw Hill Education.
Creswell, J. W. 2013. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods
Approaches. Sage.
Cunningham, D. & Duffy, T. 1996. Constructivism: Implications for the Design and
Delivery of Instruction. Handbook of Research on Educational
Communications and Technology. New York, London ua: Simon & Schuster
170-198.
230
Dewitt, D. & Siraj, S. 2010. Design and Development of a Collaborative Mlearning
Module for Secondary School Science in Malaysia: Addressing Learners’
Needs of the Use and Perceptions of Technology. Procedia-Social and
Behavioral Sciences 2(2): 471-475.
Donnelly, R. & Fitzmaurice, M. 2005. Collaborative Project based Learning and
Problem Based Learning in Higher Education: A Consideration of Tutor and
Student Roles in Learner-Focused Strategies. Emerging Issues in the Practice
of University Learning and Teaching. Dublin: AISHE 87-98.
Faaizah, S. 2008. Pakej Multimedia Sains (Nutrisi) Menggunakan Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Masalah Secara Hibrid (C2hadam). Tesis Doktor
Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Faridah, H. 2009. Perisian Kursus Multimedia Interaktif untuk Mata Pelajaran
Matematik (Topik Set) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBL Maths-Set). Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Farnsworth, C. C. 1994. Using Computer Simulations in Problem Based Learning.
Document Resume 145.
Fauziah, S. 2011. The Effectiveness of Problem Based Learning (PBL) Online on
Students’ Creative and Critical Thinking in Physics at Tertiary Level in
Malaysia. Tesis University of Waikato.
Felder, R. M. & Silverman, L. K.1988. Learning and Teaching Styles in Engineering
Education. Engineering education 78(7): 674-681.
Ferreira, M. M. & Trudel, A. R. 2012. The Impact of Problem Based Learning (PBL)
on Student Attitudes toward Science, Problem Solving Skills and Sense of
Community in the Classroom. The Journal of Classroom Interaction 47(1):
23-30.
Fraenkel, J. R., Wallen, N. E. & Hyun, H. H.1993. How to Design and Evaluate
Research in Education. McGraw-Hill New York.
Gagné, R. M. 1985. The Conditions of Learning and Theory of Instruction. Holt,
Rinehart and Winston New York.
Gagne, R. M., Wager, W. W., Golas, K. C., Keller, J. M. & Russell, J. D. 2005.
Principles of Instructional Design. Performance Improvement 44(2): 44-46.
Garcia-Robles, R., Diaz-Del-Rio, F., Vicente-Diaz, S. & Linares-Barranco, A. 2009.
An Elearning Standard Approach for Supporting PBL in Computer
Engineering. Education, IEEE Transactions on 52(3): 328-339.
Gay, L. 1996. Educational Research: Competencies for Analysis and Application.
Merrill, Englewood Cliffs, NJ.
231
Gibbings, P. & Brodie, L. 2008. Team Based Learning Communities in Virtual Space.
International Journal of Engineering Education 24(6 (Part II)): 1119-1129.
Good, T. L. & Brophy, J. E. 1990. Educational Psychology: A Realistic Approach.
Longman/Addison Wesley Longman.
Gustafson, K. L. & Branch, R. M. 2002. What Is Instructional Design. Trends and
issues in instructional design and technology 16-25.
Halizah, A. & Ramly, I. 2008. Creative Thinking Skill Approach through Problem
Based Learning: Pedagogy and Practice in the Engineering Classroom.
International Journal of Human and Social Sciences 3(1): 18-23.
Hanafi, A., Sulaiman, F. & Idrus, R. M. 2005. The Effectiveness of Problem Based
Learning in the Web Based Environment for the Delivery of an Undergraduate
Physics Course. International Education Journal 6(4): 430-437.
Harper-Marinick, M. 2001. Engaging Students in Problem Based Learning. Maricopa
Centre .
Hmelo-Silver, C. E. 2004. Problem Based Learning: What and How Do Students
Learn? Educational Psychology Review 16(3): 235-266.
Hmelo-Silver, C. E. 2012. International Perspectives on Problem Based Learning:
Contexts, Cultures, Challenges, and Adaptations. Interdisciplinary Journal of
Problem-based Learning 6(1): 3.
Hmelo-Silver, C. E. & Barrows, H. S. 2006. Goals and Strategies of a Problem Based
Learning Facilitator. Interdisciplinary Journal of Problem based Learning
1(1): 4.
Hmelo-Silver, C. E. & Eberbach, C. 2012. Learning Theories and Problem Based
Learning. Problem-Based Learning in Clinical Education 3-17.
Hmelo-Silver, C. E., Nagarajan, A. & Derry, S. J. 2006. From Face to Face to Online
Participation: Tensions in Facilitating Problem Based Learning. Problem
based learning online 61-78.
Hoffmann, B. & Ritchie, D. 1997. Using Multimedia to Overcome the Problems with
Problem Based Learning. Instructional Science 25(2): 97-115.
Hofstetter, F. T. & Fox, P. 1997. Multimedia Literacy with Cd-Rom. McGraw-Hill
Higher Education.
Huijser, H. & Hasan, J. 2012. Working Towards Innovative Practitioners: Problem
Based Learning at Bahrain Polytechnic. 8-17.
Hutchinson, T. 1987. English for Specific Purposes. Cambridge University Press.
232
Ismail, K. & Nordin, N. M. 2012. Development of Web Based Basic French
Courseware (Easifrench) by Using Content Management System. Procedia-
Social and Behavioral Sciences 64(113-122.
Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti. 2008. Pelan Strategi 2005-2010:
Engaging Industries, Empowering Communities. [15 September 2012].
Jacobson, M. J. & Spiro, R. J. 1991. Hypertext Learning Environments and Cognitive
Flexibility: Characteristics Promoting the Transfer of Complex Knowledge.
Proceedings of the International Conference on the Learning Sciences, hlm.
240-245.
Jamalludin, H. & Zaidatun, T. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. PTS
Publications.
Jamaluddin, H. 2004. Pembinaan dan Penilaian Keberkesanan Sistem Pembelajaran
Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Perguruan. Tesis Doktor
Falsafah, Universiti Teknologi Malaysia.
Jamaludin, R. 2005. Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publications.
Jonassen, D. 2011. Supporting Problem Solving in PBL. Interdisciplinary Journal of
Problem based Learning 5(2): 8.
Jonassen, D. H. 1988. Designing Structured Hypertext and Structuring Access to
Hypertext. Educational technology 28(11): 13-16.
Jonassen, D. H. & Hernandez-Serrano, J. 2002. Case Based Reasoning and
Instructional Design: Using Stories to Support Problem Solving. Educational
Technology Research and Development 50(2): 65-77.
Kekkonen Moneta, S. & Moneta, G. B. 2002. e-Learning in Hong Kong: Comparing
Learning Outcomes in Online Multimedia and Lecture Versions of an
Introductory Computing Course. British Journal of Educational Technology
33(4): 423-433.
Khan, B. H. 1997. Web-Based Instruction. Educational Technology.
Khan, B. H.1998. Web‐Based Instruction (WBI): An Introduction. Educational Media
International 35(2): 63-71.
Kim, K. J. & Kee, C. 2012. Evaluation of an e-PBL Model to Promote Individual
Reasoning. Medical Teacher (0): 1-6.
Koschmann, T., Kelson, A. C., Feltovich, P. J. & Barrows, H. S. 1996. Computer-
Supported Problem Based Learning: A Principled Approach to the Use of
Computers in Collaborative Learning. CSCL: Theory and practice of an
emerging paradigm 83-124.
233
Krishnan, M. & Ruhizan, R. M. Y. 2009. Problem Based Learning in Engineering
Education at Malaysian Polytechnics: A Proposal. 122-124.
Landis, J. R. & Koch, G. G. 1977. The Measurement of Observer Agreement for
Categorical Data. biometrics 159-174.
Lowther, D. L. & Morrison, G. R. 2003. Integrating Computers into the Problem Solving Process. New directions for teaching and learning 2003(95): 33-38.
Massa, N. M. 2008. Problem Based Learning (PBL). New England Journal of Higher
Education 22(5): p19-20.
Mayer, R. E. 2005. The Cambridge Handbook of Multimedia Learning. Cambridge
University Press.
Mcalpine, I. & Allen, B. 2007. Designing for Active Learning Online with Learning
Design Templates.
Murray, I. & Savin-Baden, M. 2000. Staff Development in Problem Based Learning.
Teaching in Higher Education 5(1): 107-126.
Neuman, W. L. 2000. Social Research Method. University of Wisconsin at Whitewater
Newby, D. 2003. Mediating between Theory and Practice in the Context of Different
Learning Cultures and Languages. Council of Europe.
Noraini, I. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw Hill (Malaysia).
Norazah, M., Mohamed Amin Embi. & Zaidan Abdul Wahab. 2010. Integrasi e-
Pembelajaran dalam P&P di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Norazah, N. & Hong, N. C. 2009. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Webquest Bagi Mata Pelajaran ICT (Development
and Evaluation of Webquest for Information and Communication Technology
Subject). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 111-129.
Norazah, N. & Tamil Selvan, S. 2013. Problem Based Learning Approach in the
Designing of e-Content for Engineering Courses. Asian Social Science 9(10):
p300.
Norman, G. R. & Schmidt, H. G. 2000. Effectiveness of Problem Based Learning
Curricula: Theory, Practice and Paper Darts. Medical education 34(9): 721-
728.
Nunnally, J. 1994. Bernstein. Ih (1994). Psychometric theory
O'grady, G., Yew, E. H. J., Goh, K. P. L. & Schmidt, H. G. 2012. One-Day, One-
Problem: An Approach to Problem Based Learning. Springer.
234
Park, K. & Park, S. 2012. Development of Professional Engineers' Authentic Contexts
in Blended Learning Environments. British Journal of Educational
Technology 43(1): E14-E18.
Pastirik, P. J. 2006. Using Problem Based Learning in a Large Classroom. Nurse
Education in Practice 6(5): 261-267.
Patton, M. Q. 1980. Qualitative Evaluation Methods.
Patton, M. Q. 2005. Qualitative Research. Wiley Online Library.
Perrenet, J., Bouhuijs, P. & Smits, J. 2000. The Suitability of Problem Based Learning
for Engineering Education: Theory and Practice. Teaching in Higher
Education 5(3): 345-358.
Piaget, J. 1971. Biology and Knowledge: An Essay on the Relations between Organic
Regulations and Cognitive Processes.
Poikela, S., Vuoskoski, P. & Kärnä, M. 2007. International Problem Based Learning
Syposium, Singapore.
Rahman, M. B. B. H. A., Ismail, H. N. & Daud, K. a. M. 2011. e-Library and
Learning Object System (EL-Los): An Alternative Online Library and
Learning Tools at Politeknik Kota Bharu, Malaysia. International Journal of
Business and Social Science 2(2): 99-104.
Reeves, T. C. & Laffey, J. M. 1999. Design, Assessment, and Evaluation of a Problem Based Learning Environment in Undergraduate Engineering. Higher
Education Research & Development 18(2): 219-232.
Rice, M. L. & Wilson, E. K. 1999. How Technology Aids Constructivism in the
Social Studies Classroom. The Social Studies 90(1): 28-33.
Ruhizan, Y., Mustapha, R. & Zaharim, A. 2009. Promoting Creativity through
Problem Oriented Project Based Learning in Engineering Education at
Malaysian Polytechnics: Issues and Challenges. 253.
Said, S., Adikan, F. R. M., Mekhilef, S. & Rahim, N. A. 2005. Implementation of the
Problem Based Learning Approach in the Department of Electrical
Engineering, University of Malaya. European Journal of Engineering
Education 30(1): 129-136.
Salleh, B. M., Othman, H., Esa, A. & Sulaiman, A. 2007. Adopting Problem Based
Learning in the Teaching of Engineering Undergraduates: A Malaysian
Experience. 3-7.
235
Salleh, N. A., Nordin, N. M. & Rashid, A. K. A. 2012. Bilingual Multimedia Software
Development Concept (IM-SMART Safety) as an Alternative Media for
Presenting Information to Foreign Workers During Safety Course in the
Malaysian Construction Industry. International Journal of Business and Social
Science 3(20): 190-197.
Savery, J. R. & Duffy, T. M. 1996. Problem Based Learning: An Instructional Model
and Its Constructivist Framework. Constructivist learning environments: Case
studies in instructional design 135-148.
Savin-Baden, M. 2000. Problem Based Learning in Higher Education: Untold Stories.
Society for Research into Higher Education.
Savin-Baden, M. & Gibbon, C. 2006. Online Learning and Problem Based Learning:
Complementary or Colliding Approaches. Problem-based learning online
126-139.
Sekaran, U. 2006. Research Methods for Business: A Skill Building Approach. John
Wiley & Sons.
Sendag, S. & Ferhan Odabasi, H. 2009. Effects of an Online Problem Based Learning
Course on Content Knowledge Acquisition and Critical Thinking Skills.
Computers & Education 53(1): 132-141.
Seng, T. O. 2000. Thinking Skills, Creativity and Problem Based Learning. Temasek
Polytechnic Singapore.
Simons, K. D. & Klein, J. D. 2007. The Impact of Scaffolding and Student
Achievement Levels in a Problem Based Learning Environment. Instructional
Science 35(1): 41-72.
Skinner, B. 1985. Cognitive Science and Behaviourism. British Journal of Psychology
76(3): 291-301.
Song, C. R. 2002. Literature Review for Hypermedia Study from an Individual
Learning Differences Perspective. British Journal of Educational Technology
33(4): 435-447.
Supyan, H. 2011. Creating a Bigger ZPD for ESL Learners Via Online Forum in
Malaysia. College Teaching Methods & Styles Journal (CTMS) 4(11): 1-10.
Tamil Selvan, S., Nordin, N. & Krishnan, M. 2013. e-Content Development in
Engineering Courses: Students Needs and Readiness. International Journal of
Business and Social Science 4(6): 282-288.
Thanabalan, T. V., Siraj, S. & Alias, N. 2014. Development of a Responsive Literacy
Pedagogy Incorporating Technology for the Indigenous Learners in Malaysia.
Turkish Online Journal of Educational Technology-TOJET 13(2): 44-53.
236
Torp, L. & Sage, S. 1998. Problems as Possibilities: Problem Based Learning for K-
12 Education. Association for Supervision & Curriculum Development.
Tse, W. & Chan, W. 2003. Application of Problem Based Learning in an Engineering
Course. International Journal of Engineering Education 19(5): 747-753.
Tseng, K., Chang, C. C. & Lou, S. J. 2011. The Process, Dialogues, and Attitudes of
Vocational Engineering High School Students in a Web Problem Based
Learning (WPBL) System.
Tseng, K. H., Chiang, F. K. & Hsu, W. H. 2008. Interactive Processes and Learning
Attitudes in a Web Based Problem Based Learning (PBL) Platform.
Computers in Human Behavior 24(3): 940-955.
Van Berkel, H. J. M. & Dolmans, D. H. J. M. 2006. The Influence of Tutoring
Competencies on Problems, Group Functioning and Student Achievement in
Problem Based Learning. Medical education 40(8): 730-736.
Vygotsky, L. S. 1978. Mind and Society: The Development of Higher Mental
Processes, Cambridge, MA: Harvard University Press.
Wee, K. N. L. 2004. Jump Start Authentic Problem Based Learning. Pearson/Prentice
Hall.
Yusof, K. M., Tasir, Z., Harun, J. & Helmi, S. A. 2005. Promoting Problem Based
Learning (PBL) in Engineering Courses at the Universiti Teknologi Malaysia.
Global J. of Engng. Educ 9(2): 175-184.
Zydney, J. M. 2005. Eighth-Grade Students Defining Complex Problems: The
Effectiveness of Scaffolding in a Multimedia Program. Journal article by
Janet Mannheimer Zydney; Journal of Educational Multimedia and
Hypermedia 14.