PELAKSANAAN DATA TERBUKA - direktori.mampu.gov.my
Transcript of PELAKSANAAN DATA TERBUKA - direktori.mampu.gov.my
PELAKSANAAN
SEKTOR AWAM
DATA TERBUKA
RINGKASAN EKSEKUTIF
Dokumen ini menerangkan pelaksanaan inisiatif Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) yang telah bermula sejak 2014. Inisiatif DTSA telah menduduki tangga 41 daripada 86 negara melalui penarafan Barometer data terbuka global. Data terbuka adalah merujuk pada data Kerajaan yang boleh diguna secara bebas, boleh dikongsi dan diguna semula oleh rakyat untuk sebarang tujuan. Dokumen ini juga menerangkan Pekeliling Am Bil. 1/2015 dan Garis Panduan Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam sebagai rujukan kepada kementerian/agensi selaku pembekal set data di portal DTSA, data.gov.my. Diantara isi kandungan di dalam garis panduan tersebut adalah mengenai peranan agensi, 10 prinsip data terbuka, penyediaan set data dan tadbir urus. Portal DTSA sedang dinaik taraf dan dijangka akan siap pada pertengahan 2016.
KANDUNGAN
Latar Belakang ……………………………………………….… 4
Definisi Data Terbuka ………………………………………. 5
Perkongsian dan Faedah ……………………………….… 6
Pekeliling Am Bil. 1/2015…………………………….…… 7 Garis Panduan …………………………………..…….. 8
Ekosistem ……………………………………………..……….… 12
Data Terbuka di Peringkat Global ………………..….. 13 Contoh-contoh Aplikasi Global ……………….. 14
Kualiti Set Data ……………………………………………….. 19
Penambahbaikan Portal DTSA ………………………… 20
Aktiviti DTSA 2015 ………………………………………….. 21
LATAR BELAKANG
Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1
Tahun 2014 pada 28 Mac 2014 menyaran semua agensi bersedia dan
mengambil tindakan mengenal pasti inisiatif set data bagi
pelaksanaan Data Terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi
Portal Data Terbuka Sektor Awam dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan sempena Persidangan CIO ASEAN 2014 pada Ogos 2014
4
Perkongsian Data Kerajaan:
G2G, G2B, G2C
Contoh :
maklumat cuaca, jadual perjalanan
kenderaan awam dan harga barangan.
Rahsia Besar
Rahsia
Sulit
Terhad
Terbuka
data.gov.my
LATAR BELAKANG
Definisi Data Terbuka: Data yang boleh digunakan
secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula
oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau swasta.
5
PERKONGSIAN DAN FAEDAH DTSA
6
PEKELILING AM
PEKELILING AM BIL. 1/2015 PELAKSANAAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM
Tujuan Latar
Belakang Takrifan Objektif Prinsip
Pelaksanaan di Agensi
Penyediaan Set Data
Tadbir Urus
Lampiran A: Jenis Fail
Lampiran B: Terma
Penggunaan
Lampiran C: Senarai Semak
Lampiran D: Kategori Set
Data
Lampiran E: Penilaian
7
Tujuan
Latar Belakang
Takrifan
• Set data • Metadata • Data terbuka • Pemilik data • Pengguna data.
• Definisi: Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi kerajaan dan swasta untuk pelbagai tujuan.
• Portal DTSA, data.gov.my dibangunkan pada tahun 2014. Penarafan global di tangga 41 daripada 86 negara.
Memberi panduan bagi melaksanakan data terbuka sektor awam ke arah perkongsian data kerajaan, peningkatan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan.
GARIS PANDUAN
Objektif
Objektif pelaksanaan: • Menggalakkan perkongsian data • Meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian
perkhidmatan • Menggalakkan produktiviti ekonomi digital 8
Prinsip
GARIS PANDUAN
1. Data lengkap (Complete data)
2. Sumber Utama (Primary Source)
3. Terkini (Timely)
4. Kebolehcapaian (Accessible)
5. Kebolehbacaan Mesin
(Machine readable)*
6. Tanpa-Diskriminasi (Non-discriminatory)
7. Penggunaan StandardTerbuka
(Use of Open Standard)
8. Pengarkiban Data (Permanent)
9. Hak Penggunaan (Licensing) **
10. Kos Penggunaan (Usage Costs)
* Lampiran A: Jenis Fail ** Lampiran B : Terma Penggunaan 9
Pelaksanaan di Agensi
Penyediaan Set Data
Tadbir Urus Menubuhkan tadbir urus baharu atau menggunakan tadbir urus sedia ada di peringkat Kementerian/agensi
Penyediaan set data: • Pengelasan Set Data** • Penilaian Set Data*** • Penerbitan Set Data - katalog, metadata, boleh diakses, terma penggunaan
Pelaksanaan berasaskan tadbir urus dan aktiviti yang telah dipersetujui oleh Ketua Jabatan masing-masing. *
GARIS PANDUAN
*Lampiran C: Senarai Semak **Lampiran D: Kategori Set Data ***Lampiran E: Penilaian
10
membekal
data.gov.my
USE CASES (UC)
(a) Komuniti Bisnes
(b) Agensi
(c) Individu
UC1 UC2 ….. UCn
Muat turun
Permintaan set data baharu
Pengguna DTSA
Rakyat/Pengguna UC
2 1
3 4 Inovasi
EKOSISTEM DATA TERBUKA SEKTOR AWAM
Pendidikan
Pengangkutan
Kluster (Sektor Awam)
.
.
.
Kewangan
Kesihatan
Sosial
Ekonomi
Pelancongan
Pertanian
11
Portal Data Terbuka Negara Lain
data.gov.uk data.gc.ca daten.berlin.de
Amsterdam Open Data
openbelgium.be data.go.jp
DATA TERBUKA PERINGKAT GLOBAL
12
• Google Translate menggunakan dokumen-dokumen EU yang terdapat dalam kuantiti yang besar untuk melatih dan menguji algoritma penterjemah dan meningkatkan kualiti servis
APLIKASI PENGGUNAAN DATA TERBUKA
13
• Canada telah menyelamatkan sebanyak $3.2 billion yang berpunca dari penipuan dalam kutipan cukai untuk tujuan kebajikan
APLIKASI PENGGUNAAN DATA TERBUKA
14
• Denmark findtoilet.dk menggunakan data mengenai kemudahan tandas awam bagi menunjukkan lokasi tandas-tandas awam di kawasan terbabit. Ini memudahkan pesakit-pesakit yang mempunyai masalah pundi kencing yang perlu menggunakan kemudahan tersebut.
APLIKASI PENGGUNAAN DATA TERBUKA
15
• UK Mapumental dan Germany Mapnificent menggunakan data tentang harga rumah, masa yang diambil untuk perjalanan ke tempat kerja dan kualiti persekitaran kawasan perumahan untuk memudahkan orang awam memilih tempat tinggal yang sesuai
APLIKASI PENGGUNAAN DATA TERBUKA
16
• Danish husetsweb.dk menggunakan maklumat tentang pemilikan hartanah, subsidi kerajaan dan pendaftaran perniagaan tempatan untuk mengenalpasti cara-cara untuk meningkatkan penggunaan tenaga secara cekap di kawasan perumahan, membuat perancangan kewangan dan menyemak senarai kontraktor-kontraktor pembinaan yang berdaftar.
APLIKASI PENGGUNAAN DATA TERBUKA
17
KUALITI
SET DATA
MENGIKUT
BINTANG
Maklumat/data tersedia di laman web
untuk kegunaan terbuka
Data tersedia dalam format
berstruktur
Data tersedia dalam format
non-propritery yang boleh dibaca oleh
pelbagai perisian
Data terus disambungkan kepada sumber
sebenar (sistem yang
menjana data tersebut)
Data turut disambung
kepada data-data lain berkaitan
untuk memaparkan
analisis real-time
18
TEKNOLOGI SOKONGAN - CKAN
• Penerbitan dan Pencarian Set Data
• Simpanan dan Pengurusan Data
• Penglibatan dengan Pengguna
• Penambahan Fungsi melalui API
PENAMBAHBAIKAN PORTAL DTSA
19
AKTIVITI-AKTIVITI DTSA
HACKATHON
20
AKTIVITI-AKTIVITI DTSA SESI LIBAT URUS KLUSTER PENGANGKUTAN
21
AKTIVITI-AKTIVITI DTSA SESI LIBAT URUS KLUSTER PERTANIAN
22
LAMPIRAN A
JENIS FAIL
1. Teks Biasa (Plain Text) 2. Dokumen Teks (Text Document) 3. Helaian Lejar (Spreadsheets) 4. Comma Separated Values (CSV) 5. HyperText Markup Language (HTML) 6. JavaScript Object Notation (JSON) 7. Extensible Markup Language (XML) 8. Resource Description Framework (RDF) 9. Imej Diimbas (Scanned image) 10. Format Berhak Milik (Proprietary formats)
23
LAMPIRAN B
TERMA PENGGUNAAN
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.
1. Penggunaan data di bawah terma ini Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut: (i) Salin, terbit, edar dan pindah data; (ii) Adaptasi data; (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data,
pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "
24
LAMPIRAN B TERMA PENGGUNAAN
4. PENGECUALIAN Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap: (i) Data peribadi; (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data; (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan; (iv) Lambang diraja dan lambang tentera; (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya; (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data
dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
6. UNDANG-UNDANG Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data
ialah pemilik utama bagi data tersebut.
25
LAMPIRAN C
SENARAI SEMAK : PELAKSANAAN DATA TERBUKA AGENSI
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
Format Berhak Milik (Proprietary formats)
26
LAMPIRAN D KATEGORI SET DATA
Bil. Kategori Data Contoh Set Data
1 Syarikat Pendaftaran Syarikat/Perniagaan. 2 Jenayah dan pengadilan Statistik jenayah, keselamatan. 3 Cerapan bumi Meteorologi/cuaca, pertanian, perhutanan,
perikanan dan pemburuan. 4 Pendidikan Senarai sekolah, prestasi sekolah, kemahiran
digital. 5 Tenaga dan persekitaran Tahap pencemaran, penggunaan tenaga. 6 Kewangan dan kontrak Transaksi perbelanjaan, kontrak dikeluarkan,
panggilan tender, tender masa depan, perbelanjaan tempatan, perbelanjaan nasional (dirancang dan dibelanjakan).
7 Geospatial Topografi, poskod, peta nasional, peta tempatan.
Senarai ini tidak komprehensif dan hanya untuk tujuan rujukan. Nilai dan kepentingan data berubah mengikut konteks. Agensi sektor awam hendaklah mengutamakan keterbukaan set data mengikut budi bicara dan fungsi teras agensi.
27
LAMPIRAN E PENILAIAN DATA TERBUKA
Jika jawapan kepada soalan adalah “Ya”, data boleh dimasukkan ke dalam Katalog Data Terbuka. Sebarang maklum balas “Tidak” menunjukkan bahawa data sama ada tidak layak untuk dimasukkan ke dalam Katalog Data Terbuka atau halangan yang mungkin wujud perlu diberikan perhatian sebelum data tersebut boleh dimasukkan, dan pengecualian kes memerlukan kelulusan khas.
Bil. Senarai Semak Data Terbuka Ya Tidak Catatan
1 Privasi 1.1 Adakah data bebas daripada maklumat yang boleh secara
langsung atau tidak langsung mengenal pasti individu?
2 Hak milik Agensi boleh menghubungi Pegawai Undang-Undang (PUU) agensi untuk membantu dalam penilaian ini.
2.1 Adakah bahan hanya termasuk kandungan yang dicipta dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia (contoh: adakah telah dipastikan bahawa tiada kandungan pihak ketiga yang termasuk dalam kandungan)?
2.2 Sudahkah dipastikan tiada terma penggunaan eksklusif untuk pihak lain menggunakan atau mengakses bahan?
3 Kekangan undang-undang, kontrak atau dasar Agensi boleh menghubungi PUU untuk membantu dalam penilaian ini.
28
LAMPIRAN E PENILAIAN DATA TERBUKA
Bil. Senarai Semak Data Terbuka Ya Tidak Catatan
3.1 Adakah pengeluaran kepada orang awam dan penggunaan data dibenarkan di bawah undang-undang, kontrak atau dasar termasuk sebarang data berkenaan undang-undang privasi jika berkaitan?
3.2 Jika ada kekangan atau had dari segi undang-undang, kontrak atau dasar bagi pengeluaran kepada orang awam atau penggunaan data, adakah ia telah diberikan perhatian sewajarnya?
4 Kawalan Keselamatan
4.1 Adakah pengeluaran kepada orang awam dan penggunaan data mematuhi keperluan dasar penjaminan maklumat nasional?
4.2 Adakah pegawai keselamatan maklumat atau pegawai bertanggungjawab di agensi telah dihubungi bagi memastikan semua kawalan keselamatan telah dilaksanakan?
5 Rangka Kerja Harga
5.1 Adakah data tersedia kepada orang awam tanpa kutipan bayaran? 6 Sumber Primer 6.1 Adakah agensi mempunyai tanggungjawab utama (pemilik data)
dalam pengurusan data?
6.2 Adakah data lengkap (contoh: sub data telah diambil kira)? 6.3 Bolehkah data disediakan dalam format yang boleh dibaca dan
diproses oleh mesin (contoh: CSV)?
29
TADBIR URUS DATA TERBUKA
SEKTOR AWAM
30