PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga...
Transcript of PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga...
BULETINPEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANGUNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM), Tingkat 9,11 & 15, Menara Boustead, 39, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.Telefon: 04-218 5700 Fax: 04-210 5733
Edisi April-Jun 2015
Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh UntukMasjid-masjid Di Kawasan ParlimenNibong Tebal Sempena Menyambut
Ramadhan Al-Mubarak 1436H
Program Mobile Community TransformationCentre (CTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang
Di Pusat Komersial Permatang Pauh,Kampung Belah Dua, Pulau Pinang
Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf HospitalSeberang Jaya Pulau Pinang Oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
5P
M/s 6 M/s 11 M/s 23
Men
arik
Edi
si Ap
ril ~
Jun
2015
PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat
PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada YBhg. Tan Sri Hj. Shukry Bin Mohd Salleh, Mantan Ketua Pengarah ICU JPM
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Mengucapkan Selamat Datang Dan Selamat Berkhidmat Kepada YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM
Majlis Penyerahan Program Bantuan Rumah (PBR)Kawasan DUN Teluk Bahang
Lawatan Mobile Team Ke Rumah KIR eKasih diKampung Tok Panjang, Bukit Tengah
Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan SewaRumah Kepada Penerima di Kawasan ParlimenNibong Tebal
Lawatan Mobile Team Pejabat PembangunanPersekutuan Pulau Pinang Sepanjang BulanApril Hingga Jun 2015
ProgramKesejahteraan Rakyat
234
Program Wacana Ilmu Isu Semasa Hal EhwalIslam dan Ramah Mesra Serta PenyampaianSumbangan Kepada Pengurusan Sekolah Agama,Masjid dan Surau
Pembangunan Projek/Program Persekutuan
5
Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh UntukMasjid-Masjid di Kawasan Parlimen Nibong TebalSempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H
Program Mobile Community TransformationCentre (CTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang diPusat Komersial Permatang Pauh, KampungBelah Dua, Pulau Pinang
Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada MangsaRibut Dalam Kawasan DUN Penaga, ParlimenKepala Batas
Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf MasjidPermatang Janggus, Parlimen Kepala Batas
6
7
8
Overview Projek RP4 RMK10 Pulau Pinang
Projek-projek RP4 RMK10 Pulau Pinang- Dalam Pelaksanaan
PembangunanProjek Rancangan MalaysiaLima Tahun (RMLT)
910
Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore MohdYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Ke Projek LandasanBerkembar Elektrik Di Antara Ipoh Ke Padang Besar(Jajaran Pulau Pinang)
Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf Hospital SeberangJaya Pulau Pinang Oleh YAB Timbalan PerdanaMenteri Malaysia
LawatanTurun Padang
12
Lawatan YB ADUN Sungai Acheh Ke Projek NaiktarafLaluan FT001 Dari Persimpangan Permatang Keling(SEK 720) Ke Jambatan di Atas Sungai Junjung (SEK 740),Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
14
13
Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat NegeriPulau Pinang
Program PembangunanMasyarakat dan Institusi
15
Program Persekitaran Lestari (Nature Walk) di Taman NegaraPulau Pinang
Sesi Perjumpaan Khas Pemimpin-pemimpin Persekutuan PulauPinang Bersama Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD)
EngagementPemimpin Persekutuan Tempatandengan Agensi Persekutuan
1617
Sesi Perjumpaan Khas YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore MohdYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga PejabatPembangunan Persekutuan Pulau Pinang
Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen PejabatPembangunan Persekutuan Pulau Pinang
Perlawanan Futsal Persahabatan Antara Pegawai PejabatPembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Pegawai TNBPulau Pinang
Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2 Tahun 2015
Sesi Percambahan Intelektual Sempena Menyambut KedatanganBulan Ramadhan 1436H
Majlis Penghargaan Petugas Bilik Gerakan Pejabat PembangunanPersekutuan Pulau Pinang
Sesi Taklimat Sistem iMonitor Oleh Pejabat PembangunanPersekutuan Negeri Perak
Pegawai dan Kakitangan Yang Bertukar Keluar / Masuk
Pengurusan Organisasi
18
19
20
21
22
1
Program Kesejahteraan Rakyat
Majlis PenyerahanProgram Bantuan Rumah (PBR)Kawasan DUN Teluk Bahang Pada 26 Mei 2015
26 Mei 2015, Teluk Bahang - Majlis Penyerahan Projek Bina Baru Rumah kepada peserta eKasih iaitu En. Nayan bin Saad telah disempurnakan oleh ADUN Teluk Bahang, YB Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah bertempat di Blkg. 285, Mk. A, Sungai Pinang, Balik Pulau. Projek di bawah Program Bantuan Rumah (PBR), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) itu telah dilaksanakan oleh GiatMARA Negeri Pulau Pinang selaku agensi pelaksana di peringkat negeri.
Pada majlis tersebut, YB ADUN Teluk Bahang juga telah menyerahkan kunci rumah serta sumbangan baucar tunai untuk pembelian barangan keperluan harian kepada En. Nayan bin Saad. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, GiatMARA Negeri Pulau Pinang serta pegawai Pusat Khidmat ADUN Kawasan Teluk Bahang.
2
Program Kesejahteraan Rakyat
29 Jun 2015, Bukit Mertajam - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengadakan lawatan mobile team ke rumah KIR eKasih, Khairul Helmi bin Roslan bertempat di Kampung Tok Panjang, Bukit tengah, Bukit Mertajam. Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan KIR yang mengidap penyakit juvenile diabetes untuk dipertimbangkan bantuan atau sumbangan yang sewajarnya. Semasa lawatan tersebut, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah menyerahkan sumbangan ehsan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh KIR. Pada masa yang sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut menyampaikan sumbangan kepada KIR berkenaan. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah wakil JKKKP Kampung Tok Panjang dan penduduk setempat.
LAWATAN MOBILE TEAMKE RUMAH KIR eKASIH
DI KAMPUNG TOK PANJANG, BUKIT TENGAHPADA 29 JUN 2015
3
Program Kesejahteraan Rakyat
Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Sewa RumahKepada Penerima Di Kawasan Parlimen Nibong Tebal
Pada 16 Jun 2015
Lawatan Mobile Team Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Sepanjang Bulan April Hingga Jun 2015
4
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
Program Wacana Ilmu Isu Semasa Hal Ehwal Islam dan Ramah Mesra Serta Penyampaian Sumbangan kepada Pengurusan Sekolah Agama, Masjid dan Surau Bersama YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah berlangsung pada 2 Mei 2015 (Ahad) bertempat di Masjid Timah, Kampung Belah Dua, Pulau Pinang. Melalui program ini, para pegawai pengurusan sekolah agama, masjid dan surau dapat berinteraksi secara bersemuka dengan penceramah jemputan mengenai isu-isu semasa berhubung hal ehwal Islam khususnya di negeri ini. Selesai menunaikan Solat Zohor bersama-sama YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri, agenda diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pengurusan sekolah agama, masjid dan surau dengan pemberian mock cheque kepada wakil setiap kategori penerima. Program yang berakhir pada jam 3.30 petang ini telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh imam, bilal, siak, guru-guru takmir dan kariah masjid dari seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh.
PROGRAM WACANA ILMU ISU SEMASA HAL EHWAL ISLAMDAN RAMAH MESRA SERTA PENYAMPAIAN SUMBANGANKEPADA PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA, MASJID DAN SURAU
PADA 2 MEI 2015
5
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MOREH UNTUK MASJID-MASJIDDI KAWASAN PARLIMEN NIBONG TEBAL
SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H PADA 16 JUN 2015
Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan (SPS)- Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1436H, satu Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh Ramadhan kepada 21 buah masjid dan 59 buah surau di Kawasan Parlimen Nibong Tebal telah diadakan pada 16 Jun 2015 (Selasa) bertempat di Masjid Jamek Nibong Tebal. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg). Sumbangan moreh sebanyak RM1,000.00 ini merupakan sebahagian daripada sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada 209 buah masjid di Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadhan. Dalam majlis tersebut juga, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman turut menyampaikan sumbangan kepada sepuluh orang penerima bantuan sewa rumah di kawasan Nibong Tebal. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah YB Dato’ Mahmud bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh.
6
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
Pada 26 April 2015 bertempat di Pusat Komersial Permatang Pauh, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Kementerian Kewangan Malaysia dengan Kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah menganjurkan Program Mobile Community Transformation Centre (CTC) peringkat negeri Pulau Pinang untuk kali kedua bagi tahun 2015. Pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Permatang Pauh khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), Tuan Syed Nasir bin Syed Ahmad, Timbalan Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.
PROGRAMMOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC)PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI PUSAT KOMERSIAL PERMATANG PAUHKAMPUNG BELAH DUA, PULAU PINANG PADA 26 APRIL 2015
7
Pembangunan Projek / Program Persekutuan
Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Masjid Permatang JanggusParlimen Kepala Batas Pada 23 April 2015
Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa RibutKawasan DUN Penaga, Parlimen Kepala Batas
Pada 23 April 2015
8
105 PROJEK
SILING
RM1.009BPERUNTUKAN
RM1.029B
BELANJA
RM0.154B
(14.97%)
Overview Projek RP4 RMK10 Pulau Pinang Sehingga Jun 2015
Prestasi Fizikal RMK10 RP4 Pulau Pinang
Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
23%
24DALAM
PERANCANGAN
45%
47DALAM
PELAKSANAAN
32%
34SUDAH
SIAP
PERUNTUKAN RP4 : RM119.87 JUTA
PERUNTUKAN RP4 : RM833.27 JUTA
PERUNTUKAN RP4 : RM76.70 JUTA
9
PROJEK-PROJEK RP4 RMK10 PULAU PINANG – DALAM PELAKSANAAN
PEMBINAAN BLOK TAMBAHAN ASRAMA 200 PELAJAR DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN BERKAITAN DI SMK PONDOK UPEH, BALIK PULAU, PULAU PINANG
MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN FT006 DARI TELUK KUMBAR KELAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
Agensi Pemilik :
Agensi Pelaksana :
Skop :
Kemajuan : 16. 40%
Kementerian Kerja Raya
JKR Pulau Pinang
Menaiktaraf Jalan Sedia Ada dari Teluk Kumbar ke SimpangSungai Tiram.
Membina Elevated Structure, 2 Jejantas Pejalan Kaki dan2 Unit Jambatan
Agensi Pemilik : Kementerian Pendidikan Malaysia
Agensi Pelaksana : JKR Pulau Pinang
Kemajuan : 37%
Skop : Membina Blok Tambahan Asrama 200 Pelajardan Lain-Lain Kemudahan Berkaitan diSMK Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.
KOS
RM390 jutaTARIKH MULA
17 Februari 2014TARIKH SIAP
28 Februari 2017
KOS
RM4.42 jutaTARIKH MULA
21 April 2014TARIKH SIAP
17 April 2016
Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
10
Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
PROJEK-PROJEK RP4 RMK10 PULAU PINANG – DALAM PELAKSANAAN
MENAIKTARAF JALAN NEGERI (P10) DARIPADA BATU MAUNG KE PERSIMPANGAN JALAN SULTAN AZLAN SHAH, PULAU PINANG
PEMULIHARAAN PANTAI DAN PEMBAIKAN KUALITI AIR LAUT DI BATU FERRINGHI,PULAU PINANG
Agensi Pemilik :
Agensi Pelaksana :
Skop :
Kemajuan : 42.98%
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
JPS Pulau Pinang
Pembinaan “Outlet Structure”
Pembinaan “Pipe Structure”
Pembinaan Loji Rawatan Air
Agensi Pemilik : Kementerian Kerja Raya
Agensi Pelaksana : JKR Pulau Pinang
Kemajuan : 22%
Skop : Menaiktaraf Jalan Sedia Ada Tunggal 2 Lorong, 2 HalaPiawaian R3 Kepada Piawaian U5 Sepanjang 6.0 km
Menaiktaraf Tiga (3) Buah Persimpangan KepadaPersimpangan Berlampu Isyarat
KOS
RM14.0 jutaTARIKH MULA
12 Ogos 2014TARIKH SIAP
11 Februari 2016
KOS
RM160.0 jutaTARIKH MULA
22 Julai 2013TARIKH SIAP
12 September 2016
11
Lawatan Turun Padang
LAWATAN KERJA YBHG. DATO' AHMAD ZAKI ANSORE MOHD YUSOFKETUA PENGARAH ICU JPM
KE PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK DI ANTARA IPOH KE PADANG BESAR(JAJARAN PULAU PINANG) PADA 4 JUN 2015
Pada 4 Jun 2015, YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mengadakan lawatan ke projek Landasan Berkembar Elektrik di antara Ipoh ke Padang Besar (Jajaran Pulau Pinang). Turut serta dalam lawatan ini adalah YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan, Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Noor bin Rejab, Pengarah Unit Penyelarasan Penyertaan Bumiputra, Pegawai-Pegawai ICU JPM, Pegawai-Pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang serta Pegawai-Pegawai dari KTMB. Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah ICU JPM, telah menaiki keretapi dari Stesen Keretapi Nibong Tebal ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam dan telah diberi taklimat mengenai maklumat terkini pelaksanaan projek dan isu-isu pelaksanaan projek.
12
Lawatan Turun Padang
Pada 28 April 2015, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Hilmy Bin Hj Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Dr Azlina Binti Muhamad Radzi, Pengarah Hospital Seberang Jaya, Pemimpin-pemimpin Persekutuan Tempatan serta wakil Jabatan dan Agensi Persekutuan di Negeri Pulau Pinang. Dalam sesi lawatan ini, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah diberi taklimat mengenai skop projek dan impak pelaksanaan projek terhadap mutu perkhidmatan Hospital Seberang Jaya.
MAJLIS PELANCARAN PROJEK NAIKTARAFHOSPITAL SEBERANG JAYA PULAU PINANG
OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIAPADA 28 APRIL 2015
13
Lawatan Turun Padang
LAWATAN YB ADUN SUNGAI ACHEHKE PROJEK NAIKTARAF LALUAN FT001
DARI PERSIMPANGAN PERMATANG KELING (SEK 720) KE JAMBATAN DI ATAS SUNGAIJUNJUNG (SEK 740), SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG
PADA 16 APRIL 2015
Pada 16 April 2015, YB Dato’ Haji Mahmud bin Zakaria, ADUN Sungai Aceh, telah mengadakan lawatan ke Projek Naiktaraf Laluan FT001 Dari Persimpangan Permatang Keling (Sek 720) ke Jambatan Di Atas Sungai Junjung (Sek 740), Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Dalam lawatan ini, YBrs. Syed Zubir Bin Syed Husin, Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah menyampaikan taklimat ringkas tentang maklumat terkini kemajuan projek dan isu-isu pelaksanaan projek kepada YB ADUN Sungai Acheh. Turut serta dalam lawatan ini ialah YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Hatta bin Nordin, Pengarah Bahagian Infrastruktur ICU JPM, Encik Ismail Bin Harun, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II, Encik Muhamad Fahmi bin Ahmad, Penolong Pengarah, Seksyen Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang serta pihak kontraktor dan perunding projek tersebut.
14
Program Pembangunan Masyarakat & Institusi
Satu Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 5 Mei 2015 bertempat di Dewan Sri Mutiara, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis yang bertemakan “Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat” itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir ialah YB Dato' Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), YBhg. Datuk Azih Bin Muda, Presiden CUEPACS, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, ketua-ketua jabatan serta kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
MAJLIS PERHIMPUNAN HARI PEKERJAPERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
PADA 5 MEI 2015
15
Engagement Pemimpin Persekutuan TempatanDengan Agensi PersekutuanPROGRAM
PERSEKITARAN LESTARI(NATURE WALK)DI TAMAN NEGARA PULAU PINANGPADA 5 APRIL 2015Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) melalui Kelab Rekreasi Dan Sukan 5P telah mengadakan Program Persekitaran Lestari (Nature Walk) di Taman Negara Pulau Pinang pada 5 April 2015. Program ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti potensi produk pelancongan yang boleh dibangunkan di kawasan sekitar Taman Negara Pulau Pinang. Dalam program ini, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah menyampaikan taklimat ringkas tentang kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan kepada para peserta. Turut hadir bagi memeriahkan program ini ialah YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Hj. Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, wakil daripada Agensi dan Jabatan Persekutuan serta para Pemimpin Persekutuan Tempatan.
16
Engagement Pemimpin Persekutuan TempatanDengan Agensi Persekutuan
Sesi Perjumpaan Khas Pemimpin-Pemimpin Persekutuan Pulau Pinang Bersama Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Pada 16 April 2015
Majlis Ramah Mesra Pengerusi MTPNg Pulau PinangBersama Penolong Pendaftar Pemilih Pada 13 Jun 2015
17
Pengurusan Organisasi
SESI PERJUMPAAN KHASYBHG. DATO' AHMAD ZAKI ANSORE MOHD YUSOF
KETUA PENGARAH ICU JPMBERSAMA WARGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG
PADA 5 JUN 2015
“Saya mengingatkan saudara saudari sekalian bahawa kita perlulah mempunyai dan mengamalkan budaya keseronokan bekerja dalam persekitaran yang kondusif. Kerja yang dilakukan itu perlulah bersungguh-sungguh supaya ia boleh mencapai sesuatu matlamat yang jelas dan menyeronokkan disamping menjadikan tugas kita lebih mudah. Kita juga tidak boleh cepat berpuas hati dan merasakan hasil kerja kita sudah yang terbaik padahal mungkin hasil kerja orang lain lebih baik dari kita. Oleh yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa prestasi kerja kita sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.” Demikianlah antara intipati ucapan YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) semasa Sesi Perjumpaan Khas Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diadakan pada 5 Jun 2015 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Sri Perdana, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Dalam sesi perjumpaan khas ini, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah menyampaikan taklimat tentang status semasa pelaksanaan projek yang merangkumi projek RMLT, projek dibawah peruntukan ICU JPM dan juga projek-projek pelbagai Kementerian.
18
Pengurusan Organisasi
Pertandingan Futsal SDO Cup Antara SeksyenPejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang
Pada 2 April 2015
Perlawanan Futsal Persahabatan AntaraPegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Pegawai TNB Pulau Pinang
Pada 26 Mei 2015
19
Pengurusan Organisasi
Majlis Perhimpunan BulananBil. 2 Tahun 2015 Pada 8 April 2015
Sesi Percambahan IntelektualSempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan 1436H
Pada 15 Jun 2015
20
Pengurusan Organisasi
Majlis Penghargaan Petugas Bilik GerakanPejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang
Pada 12 Mei 2015
Sesi Taklimat Sistem iMonitorOleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak
Pada 22 Mei 2015
21
HARTENYBT MOHAMAD
Penolong PegawaiTeknologi Maklumat
Gred F29
Jabatan PendidikanNegeri Selangor
31 Mei 2015
SHAHARULBIN ABU TALIB
JuruteknikKomputer Gred FT17
Jabatan PerkhidmatanAwam
15 Jun 2015
MA
SUK
JAWATAN KE/DARI TARIKH KUATKUASA
PEGAWAI YANG BERTUKAR KELUAR / MASUK DI PPPPP APRIL-JUN 2015
KEL
UA
R
Pengurusan Organisasi
22
BULETINPEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANGUNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM), Tingkat 9,11 & 15, Menara Boustead, 39, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.Telefon: 04-218 5700 Fax: 04-210 5733
Edisi April-Jun 2015
Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh UntukMasjid-masjid Di Kawasan ParlimenNibong Tebal Sempena Menyambut
Ramadhan Al-Mubarak 1436H
Program Mobile Community TransformationCentre (CTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang
Di Pusat Komersial Permatang Pauh,Kampung Belah Dua, Pulau Pinang
Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf HospitalSeberang Jaya Pulau Pinang Oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
5P
M/s 6 M/s 11 M/s 23
Men
arik
Edi
si Ap
ril ~
Jun
2015
PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat
PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada YBhg. Tan Sri Hj. Shukry Bin Mohd Salleh, Mantan Ketua Pengarah ICU JPM
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Mengucapkan Selamat Datang Dan Selamat Berkhidmat Kepada YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM