Pantun Teka-teki buah-buahan
description
Transcript of Pantun Teka-teki buah-buahan
Disediakan Oleh ;
Mohd Fadhli bin Mohd Yakof
Jenny Bailin
PISMP BAHASA MELAYU (SJKT)
Waktu subuh ke tepi paya,
hendak menembak seekor buaya;
Merah pekat warna kulitnya,
putih melepak warna isinya.
Masuk ke kebun menorah getah,
lepas menorah pergi ke pekan;
Walau berkolam tiada lintah,
walau berair tiada ikan.
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
Penulis muda sedang berkarya,
satu kisah di pagi raya;
Rambutnya lebat merah warnanya,
isinya putih merah rasanya.
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
Duduk termenung janganlah leka,
kerja tak sudah membuang masa;
Apakah buah cubalah teka,
namanya seperti batu permata.
Pergi ke pasar membeli rambutan,
rambutan dibeli lalu dijinjing;
Bersisik kulit bukannya ikan,
menyalak pula bukannya anjing.
Selepas subuh pergi ke ladang,
singgah sebentar di rumah Pak Long;
Bentuk daunnya bagaikan pedang,
Buahnya umpama pemukul gong.
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
Pergi ke kedai seorang diri,
hendak membeli sehelai seluar;
Jika adik bijak bestari,
Apa buah biji di luar.
Cantik parasnya si Puteri Molek,
pergi kolam duduk berendam;
Rupa buahnya laksana kolek,
bijinya umpama lada hitam.
1. Manggis
2. Kelapa
3. Gajus
4. Rambutan
5. Delima
6. Buah salak
7. Nanas
8. Betik