Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016
-
Upload
aynora-nur -
Category
Education
-
view
498 -
download
1
Transcript of Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016
Permohonan Pelajar
Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang
Permohonan Dalam Talian (Online)
Pengambilan Kata Laluan Dalam Talian Bagi Tingkatan 4 Pengambilan kata laluan adalah untuk membenarkan pemohon mengisi borang permohonan
memasuki MRSM secara dalam talian. Borang permohonan online yang diisi oleh pemohon
akan terus dihantar ke dalam sistem pengambilan pelajar ke MRSM. Pemohon juga dibenarkan
mengemaskini maklumat permohonan sekiranya tempoh permohonan belum tamat dan pemohon
belum tekan butang hantar. Maklumat permohonan juga boleh dicetak oleh pemohon. Sebelum
mengisi borang permohonan online ini, pemohon perlulah mendaftar terlebih dahulu untuk
mendapatkan kata laluan permohonan ini. Kata laluan yang didaftar secara online itu akan turut
dihantar kepada pemohon melalui alamat emel. Terdapat beberapa perkara penting di dalam buku
panduan ini iaitu:
Daftar Pemohon
Login
Mengisi Maklumat Peribadi
Mengisi Maklumat Ibu Bapa.
MAKLUMAT PENTING
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PENGISIAN BORANG
PERMOHONAN ONLINE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ADALAH
BERBEZA. SILA LIHAT PANDUAN YANG BETUL BAGI
MENGELAKKAN PERMOHONAN ANDA DITOLAK. ANDA JUGA
PERLU MENGISI NO TELEFON BIMBIT DAN EMAIL YANG TEPAT
BAGI MEMUDAHKAN PENGHANTARAN EMAIL DAN SMS.
Permohonan Pelajar
Panduan Tingkatan 4 Daftar Pemohon
Sebelum mengisi borang permohonan secara dalam talian, pemohon perlulah
mendaftar untuk mendapatkan kata laluan bagi membolehkan pemohon login ke
dalam sistem dan mengisi borang permohonan.
Gambarajah 1
Gambarajah 2
Permohonan Pelajar
Gambarajah 3
Gambarajah 4
Langkah-langkah:
1. Sebelum daftar masuk ke dalam sistem sila pastikan URL yang
dilayari adalah betul. ( Sila rujuk Gambarajah 1 )
2. Sila klik pada butang Klik disini.
3. Paparan seperti Gambarajah 2 akan dipaparkan
4. Setelah mengisi ‘‘Nama, No KP, Angka Giliran, Emel dan ‘No.Telefon’
klik butang ‘Hantar’. Pastikan mengisi emel yang terkini dan nombor
telefon mudah alih bagi memudah penghantaran emel dan SMS.
5. Paparan seperti Gambarajah 3 akan dipaparkan. Klik pada butang
OK.
6. Maklumat log masuk akan dipaparkan. Kata laluan turut akan dihantar
kepada pemohon melalui emel. Pemohon boleh mencetak maklumat
tersebut
7. Klik pada butang Klik disini untuk log masuk kedalam sistem, ( Sila
rujuk Gambarajah 4 )
Permohonan Pelajar
Login untuk mengisi borang permohonan online
Setelah mendapatkan kata laluan, pemohon dibenarkan log masuk ke dalam sistem
menggunakan No KP dan juga kata laluan yang diberi.
Gambarajah 1
Langkah-langkah:
1. Sebelum login ke dalam sistem sila pastikan URL yang dilayari adalah betul.
(Sila rujuk Gambarajah 1 )
2. Sila masukkan No KP/Sijil Kelahiran diruangan ‘No KP/Sijil Kelahiran’.
3. Sila masukkan katalaluan diruangan ‘Katalaluan’
4. Setelah mengisi ‘‘No KP/Sijil Kelahiran’ dan ‘Katalaluan’ klik butang ‘Login’.
5. Sekiranya berjaya mengakses ke dalam sistem pengguna akan mendapat paparan
seperti Gambarajah 2.
6. Sekiranya pengguna gagal mengakses ke dalam sistem sila ulangi langkah 2
hingga 4.
4. Klik butang ‘Log Keluar’ untuk keluar daripada sistem.
Gambarajah 2
Mengisi Maklumat Peribadi
Pengguna perlulah mengisi maklumat peribadi di borang ‘Maklumat Peribadi’.
Ruangan ‘Nama’, ‘No KP’ dan ‘Angka Giliran PT3’ tidak boleh dikemaskini oleh
pengguna. Pengguna diwajibkan mengisi ruangan bertanda * supaya kesemua
maklumat peribadi yang diisi tadi dapat disimpan.
Langkah-langkah:
1. Sila isikan maklumat peribadi di ruangan yang telah disediakan. Ruangan
bertanda * adalah wajib diisi. ( Sila rujuk Gambarajah 2 )
Ruangan ‘Warganegara’ akan digunakan oleh sistem untuk
menentukan kelayakkan pemohon untuk memasuki MRSM.
Pemohon perlulah memiliki kewarganegaraan Malaysia.
Ruangan ‘Jantina’,’Tarikh Lahir’, dan ‘Negeri Lahir’ akan dipaparkan
secara automatik berdasarkan maklumat No KP.
2. Setelah mengisi maklumat peribadi klik butang ‘Simpan Permohonan’
untuk menyimpan maklumat peribadi ke dalam sistem
3. Atau klik butang ‘Halaman 2 – Maklumat Ibu Bapa’ untuk menyimpan
maklumat peribadi ke dalam sistem dan seterusnya memaparkan borang
‘Maklumat Ibu Bapa’.
5. Klik butang ‘Log Keluar’ untuk keluar daripada sistem.
Mengisi Maklumat Ibu Bapa
Borang ‘Maklumat Peribadi’ perlulah diisi oleh pemohon terlebih dahulu sebelum
mengisi borang ‘Maklumat Ibubapa’. Maklumat yang bertanda * adalah wajib
diisi oleh pemohon bagi membolehkan maklumat ibubapa di simpan ke dalam
sistem.
Langkah-langkah:
Gambarajah 3
1. Sila isikan maklumat ibubapa di ruangan yang telah disediakan. Ruangan bertanda
* adalah wajib diisi. ( Sila rujuk Gambarajah 3 )
2. Setelah mengisi maklumat ibubapa klik butang ‘Simpan Permohonan’
untuk menyimpan maklumat ibu bapa ke dalam sistem.
3. Atau klik butang ‘Kembali ke Halaman 1 – Maklumat Peribadi’ untuk
menyimpan maklumat ibu bapa ke dalam sistem dan seterusnya
memaparkan borang ‘Maklumat Peribadi’.
4. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar borang
permohonan ke sistem pengambilan pelajar.Borang yang telah dihantar
tidak boleh dikemaskini lagi.
Cetak Permohonan Tingkatan 4
Butang ‘Cetak Permohonan’ hanya akan keluar setelah permohonan dihantar.
Gambarajah 4
Langkah-langkah:
1. Klik butang ‘Halaman 2 –Maklumat IbuBapa untuk untuk melihat
maklumat ibubapa.
2. Klik butang ‘Cetak Permohonan’ untuk cetak surat tawaran daripada sistem
(Sila rujuk Gambarajah 4)
3. Klik butang ‘Log Keluar’ untuk keluar daripada sistem.
4. Contoh Surat Tawaran Tingkatan 4:
Gambarajah 5
Gambarajah 6
Gambarajah 7
Gambarajah 8
PENTING : TINDAKAN PEMOHON KEMASUKAN TINGKATAN 4 SELEPAS MENGHANTAR
BORANG SECARA ONLINE
• BAGI PERMOHONAN MRSM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SILA CETAK BORANG
PERMOHONAN DAN BAWA CETAKAN BORANG ONLINE DAN DOKUMEN SOKONGAN KE
PUSAT UJIAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN.
• BAGI PERMOHONAN MRSM DI SABAH DAN SARAWAK, SILA POS CETAKAN BORANG
DAN DOKUMEN SOKONGAN KE IBU PEJABAT MARA UNTUK TUJUAN PEGESAHAN.
• BORANG PERMOHONAN BOLEH DICETAK PADA BILA-BILA MASA SELAGI BELUM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
PESANAN :
SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA-PERKARA YANG DINYATAKAN DI ATAS UNTUK
MENGELAKKAN KESILAPAN SEMASA MEMOHON.