Panduan Penternakan Kambing -Prk
-
Upload
ramli-bin-mohd-aidid -
Category
Documents
-
view
401 -
download
14
Transcript of Panduan Penternakan Kambing -Prk
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
1/30
PANDUAN PENTERNAKAN KAMBING
[Tujuan Pemeliharaan] [Baka-baka Kambing] [Cara-cara Pemilihan Baka yang Baik][Pemeliharaan untuk Tujuan Pengeluaran Daging] [Cara Pemeliharaan]
[Panduan Perumahan] [Pembinaan Kandang] [Pengurusan][Cara Pembiakan] [Makanan dan Air Minuman] [Kesihatan dan Kawalan Penyakit]
[Anggaran Modal dan Aliran Kewangan Mengikut Ladang][Penyimpanan Rekod]
PENDAHULUAN
Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanyamempunyai badang yang padat jika dibandingkan dengan baka untukpengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besarseperti baka-baka kambing susu.
Susu kambing didapati mempunyai mutu yang lebih baik berbanding dengansusu lembu dan manusia, terutama dari kandungan protin dan lemaknya.
Berikut ini dipaparkan Jadual mengenai kandungan susu kambing berbandingdengan susu lembu dan manusia:
Jenis
susuAir Lemak Protin Gula % Abu
Ibu 87.8 3.8 1.2 7.0 0.2
Lembu 87.3 3.7 3.3 4.8 0.7
Kambing 87.6 4.1 3.7 4.7 0.7
Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
2.1 Kambing Kacang (Katjang)
Kambing kacang dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Ianyadigunakan untuk keluaran daging. Kambing jenis ini mempunyai badan yang
kecil dan pendek dan tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang.Telinganya tegak ke sisi. Terdapat janggut pada kambing jantan dan jarang
pada betina. Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
Leher adalah pendek dan bahagian belakang adalah lebih tinggi dari bahu,purata ketinggiannya ialah 5- - 60 s.m. Kulit badan nipis tetapi mempunyai
bulu yang kasar. Warna bulu biasanya hitam, coklat dan kadangkala terdapat
tompok-tompok putih di kaki atau badan. Kelahiran kembar adalah salah satuciri-ciri kambing ini yang baik. Pengeluaran susu adalah sedikit; tidak lebih
dari 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6bulan.
Berat Lahir Berat DewasaJantan : 1.6 kg Jantan: 25 - 30 kgBetina: 1.8 kg Betina: 20 - 25 kg
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#tujuan%23tujuanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#baka%23bakahttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pilih%20baka%23pilih%20bakahttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pelihara%20daging%23pelihara%20daginghttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#cara%20pelihara%23cara%20peliharahttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#panduan%20perumahan%23panduan%20perumahanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pembinaan%20kandang%23pembinaan%20kandanghttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pengurusan%23pengurusanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#cara%20biak%23cara%20biakhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#makanan%23makananhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#kesihatan%23kesihatanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#modal%23modalhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#penyimpanan%20rekod%23penyimpanan%20rekodhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#tujuan%23tujuanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#baka%23bakahttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pilih%20baka%23pilih%20bakahttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pelihara%20daging%23pelihara%20daginghttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#cara%20pelihara%23cara%20peliharahttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#panduan%20perumahan%23panduan%20perumahanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pembinaan%20kandang%23pembinaan%20kandanghttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#pengurusan%23pengurusanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#cara%20biak%23cara%20biakhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#makanan%23makananhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#kesihatan%23kesihatanhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#modal%23modalhttp://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#penyimpanan%20rekod%23penyimpanan%20rekod -
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
2/30
2.2 Jamnapari/Ettawah
Kambing jenis Jamnapari berasal dari India. Ianya dibawa masuk ke Malaysiadengan maksud dikacukkan dengan kambing tempatan untuk membaikipopulasi, genetik ternakan tempatan. Baka ini digunakan untuk keluaran
daging dan juga susu (dwiguna). Pandangan dari sisi menunjukkan mukayang cembung (Roman nosed) dan mempunyai telinga yang panjang dan
melampai ke bawah.
Badan adalah lebih besar dan tinggi dari kambing kacang dan terdapattanduk yang melentur ke atas dan ke belakang, bulunya agak lebat di
bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan berwarnacampuran hitam dan kekuningan.
Berat Lahir Berat DewasaJantan: 3 - 4 kg Jantan: 68 - 91 kgBetina: 3 - 4 kg Betina: 36 -63 kg
Kambing jenis ini telah pun digunakan secara meluas di Malaysia bagimemperbaiki mutu kambing tempatan.
2.3 Anglo Nubian
Baka Anglo Nubian mempunyai sifat-sifat baka Zariby (Nubian) dari Mesir danjuga baka Jamnapari dari India. Kambing ini disifatkan sebagai tahan lasak
dan mudah sesuai dengan alam sekitar. Selain dari pengeluaran daging,baka ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran susu (dwiguna). Kambing
jenis ini berbadan besar dan mempunyai telinga yang panjang dan melampaike bawah. Hidung kambing jenis ini melengkung ke bawah dan mempunyai
kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 s.m. Kebiasaannyakambing Anglo Nubian tidak mempunyai tanduk tetapi mempunyai bulu
badan yang pendek. Warna bulu ialah coklat kemerahan tompok-tompokkemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi
warna-warna tersebut.
Berat Lahir Berat DewasaJantan: 3.5 kg Jantan: 70 - 85 kgBetina: 3.9 kg Betina: 55 - 70 kg
Pengeluaran susu adalah menggalakkan dan ianya boleh mengeluarkan 2 kgsusu satu hari dan 250 - 300 kg bagi satu laktasi.
2.4 Kambing Kacukan
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing kacang dan baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan denganbaka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan
British Alpine. Kebanyakan kambing yang dilihar di kampung-kampungadalah kambing kacukan, cua 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah
kambing kacang.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
3/30
Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidakmempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat
badan sebanyak 18 - 25 kg dalam lingkungan umur setahun. Kambingkacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing
kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg
seekor.
2.5 Kambing Saanen
Kambing ini berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Bulunya pendekberwarna putih atau krim dengan titik hitam di hidung, telinga dan di kelenjarsusu. Hidungnya lurus dan muka berupa segitiga. Telinganya sederhana dan
tegak ke sebelah dan ke depan. Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk didapati pada kedua-dua jantina. Kekacang di leher boleh dilihat padabaka ini. Penghasilan susunya berbeza di antara 500 kg dan 1,200 kg dalam
tempoh 250 hari, (purata 800 kg).
Berat Lahir Berat DewasaJantan: 3.0 kg Jantan: 68 - 91 kgBetina: 3.3 kg Betina: 36 - 63 kg
RINGKASAN 2:
Industri ternakan kambing di Malaysia bertujuan untuk menghasilkan susudan daging. Baka-baka kambing yang dapat mengeluarkan susu dan dagingyang baik diimport dari luar negeri seperti Jamnapari, Saanen, Anglo Nubiandan Toggenburg, untuk disilangbiakkan dengan baka tempatan. Hasilnya kita
memperolehi anak kambing yang cepat membesar, tahan pada cuaca danbanyak mengeluarkan susu
3. CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasilyang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yangbaik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yangdikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyaikesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yangkambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yangdikehendaki.
Pemilihan baka boleh dibuat berasaskan beberapa ukuran seperti:
i. Baka dan keturuananii. Bentuk badan atau konformasi:
a.Teknik pengamatanb. Teknik perabaanc. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah).
3.1 Cara Pemilihan Baka dan Keturunan
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
4/30
Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenaiprestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar keranakebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya.
Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:
i. Berat semasa dilahirkan adalah tinggiii. Kenaikan berat badan yang cepatiii. Berat badan semasa 1 tahuniv. Keluaran susu yang banyakv. Jarak kelahiran yang rapat.
3.2 Cara Pemilihan Konformasi Badan
3.2.1 Cara-cara Pengamatan
Sifat Jantan Betina
WarnaWarna bebeza mengikut jenisbaka
Sama
Kulit danbulu
Lembut, pendek dan berkilat,tiada kulit berlebihan atauberlipat dibawah dagu dan tengkuk
Lembut, pendek, licin dan berkilattidak kusut
SaizBesar dan berat badan lebih dari25 kg (had minima berbezamengikut baka)
Sedang atau besar tidak kurang 20kg (had minima berbeza mengikutbaka)
KepalaSederhana, bertanduk atau tidakbertanduk; mata bersinar; dagusama rata
Panjang dan sederhana, bersih,tiada ketul-ketul daging yangberlebihan
Leher danbahu
Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit
DadaBidang dan gempalmenunjukkan kekuatan
Sederhana
RangkaBulat dan sama besar; tulangrangka sama jarak menunjukkanparu-paru yang baik
Rangka dada lebar dan sama jaraksupaya badan nampak bulat. Perutjangan menonjol ke bahagian dada
Badan
Gempal, panjang besar dan
lurus
Badan tegap menurun ke hadapan
dari perut ke bahu depan
Bahagianbelakang
Lurus, tegap, lebar danberdaging penuh
Lurus, tegap dan lebar terutama dibahagian "rump" dan punggung."Rump" menurun sedikit tidak terlalu
mencuram
Kakihadapan
Lurus, tegap dan teguh;keduanya selari
Lurus, kuat, tulangnya baik danteguh. Keduanya selari
Kakibelakang
Tegap dan kukuh. Keduanyaselari apabila berdiri tegak. Bilaberjalan tidak mengarah keluar(meraut). Pastern tidak jatuh danjari mengadap ke hadapan. Pehalebar dan besar
Lurus, tegap dan mengadap kehadapan selari jika dilihat daribelakang; "Hock" pendek sedikit;"Pastern" pendek dan tidak terjatuh
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
5/30
Tapak kaki
Rata di bawah, membolehkambing berdiri tegap danmelangkah dengan baik. Kukupendek dan menghala kehadapan
Rata di bawa memboleh kambingberdiri tegap dan melangkahdengan baik. Kuku pendek dansama rata
Buah zakardan zakar
Zakarnya baik dan bolehdikeluarkan dan masuk denganbaik; dua buah zakar yang samabesar tergantung dengan baikdan tidak terlalu labuh
Rata di bawah memboleh kambingberdiri tegap dan melangkahdengan baik. Kuku pendek dansama rata
Tetek danputing susu
Teteknya besar dan tergantungdengan baik dan tidak meleret.Kulitnya lembut dan licin. Pembuluhsusu nyata tetapi tidak terketul-
ketul. Dua puting yang sederhanadan menghala ke hadapan danterletak dengan baik
Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas
Kesihatan Sihat Sihat
3.2.2 Cara Perabaan
Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yangmempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkindiselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.
3.2.3 Teknik Berdasarkan Penilaian
Penggunaan cara ini belum begitu meluas di negara kita. Nilaian gred diberikan kepada setiapbahagian fizikal badan.
NilaiTertinggi
Bahagian Tubuh Yang Dinilai
BetinaJantan
5 7A. KEPALA
Bentuk, mata, hidung, tanduk,telinga
315103
15
415155
12
B. BADAN1. Leher dan bahu2. Dada, lebar dan dalamnya3. Punggung dan pinggang4. Perut5. Kaki dan tangan
20 22C. ANNGOTA
1. Sikap, kekuatan, besarnyapersendian dan pergerakannya
5
18
6
6
D. AMBING/SKROTUM1. Kulit dan rambut dengan nilai
3 bagiambing/skrotum yang
berambutpanjang
2. Ambing urat darah, puting
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
6/30
susu bagibetina, skrotum bagi jantan
6 8
E. PENGAMBILAN SECARAUMUM
Keseimbangan di antarabahagian
tubuh
F. KEISTIMEWAAN
100 100 JUMLAH
RINGKASAN 3
Sebelum membeli atau memilih kambing untuk baka, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu.Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya bolehdinilai melalui konformasi atau keturunan. Kambing yang telah dinilaikan digunakan untuk
pembakaan bagi melahirkan anak-anak yang cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyakdan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.
RAJAH MORFOLOGI SEEKOR KAMBING BETINA
1. Puting susu
10. Dagu
2. Tetek atau kelenjar susu 11. Butang/asas tanduk
3. Perut 12. Kelasa
4. Siku (claw) 13. Lilitan di jantung
5. Kuku (hoof) 14. Belakang
6. Lutut 15. Pinggul
7. Dada 16. Punggung
8. Bahu 17. Tulang punggung
9. Kekacang (tassel) 18. Siku
4. PEMELIHARAAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING
Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternak bolehmenjalankan mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali.
4.1 Membiak
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
7/30
Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untukpengeluaran daging
4.2 Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun
setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.
5. CARA PEMELIHARAAN
5.1 Pemilihan Kawasan
Pemilihan kawasan untuk menjalankan pemeliharaan adalah penting. Kawasan-kawasan yangdipilih sepatutnya:-
Mempunyai tempat teduh dan redup seperti pokok-pokok besar dan juga pokok yangboleh dijadikan pemecah angin.
Kawasan tanah yang tinggi dan dataran serta mempunyai sistem pengaliran air danudara yang baik.
Jauh dari jalan raya yang sibuk.
5.2 Sistem Pengurusan
Di antara sistem pengurusan pemeliharaan kambing adalah:
5.2.1 Sistem Berkurung (intensif)
Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut.
Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumputdan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternakyang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak danselepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepaslangsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasabersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan danpengesanan penyakit.
5.2.2 Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang haridan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selaindaripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi
kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberikesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yangsecukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing inimasuk ke kandang pada petang hari.
5.2.3 Sistem Ragut Lepas
Sistem ragut lepas ini boleh dijalankan jika terdapat kawasan ragutan yang luas. Kambing-kambing ini tidak disimpan di dalam kandang tetapi dibiarkan meragut sepanjang masa.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
8/30
Walaupun menternak cara begini tidak memakan belanja yang banyak untuk membuat kandangdan sebagainya, ianya tidak digalakkan. Ini adalah kerana kambing ini boleh merayau danmerosakkan tanaman jiran. Di samping itu juga, pengawasan terhadap ternakan juga adalahrumit kerana tuan empunya tidak dapat melihat ternakannya setiap masa.
RINGKASAN 5
Kawasan yang dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah strategik iaitu redup (banyak pokok-pokok besar), di kawasan yang tinggi, jauh dari jalanraya yang sibuk dan sebagainya. Terdapat 3cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem berkurung, separuh berkurung danragut lepas.
6. PANDUAN PERUMAHAN
Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaancuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukanperlindungan.
6.1 Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya,kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklahsekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan
jangkitan penyakit.
6.2 Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang pentinguntuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambingadalah:
Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutamamatahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
Tidak terkena angin yang kencang
Terpelihara dari hujan dan panas
Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
Ruang makan dan minum mencukupi
Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patahtulang.
RINGKASAN 6
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
9/30
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dankelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dankelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit.Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktoryang tersebut adalah bertepatan.
7. PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yangberlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yangbaik dan juga senang dicuci.
7.1 Lantai
Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
mudah dicuci
tidak licin tidak mencederakan
tidak mudah lembab
Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m.(tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan
juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papanlantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luasberkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meterpersegi (8 - 15 kaki persegi).
A. PELAN RINGKAS UNTUK MEMBINA KANDANG
Pandangan tepi/sisi
Insert picture page 20 here
Insert picture page 21 here
Insert picture page 22 here
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
10/30
Pelan kandang yang boleh memuatkan 80 - 100 ekorkambing beserta bilik pengasingan berdasrkan kepadafungsi, umur dan juga jantina
Kandang kambing berlantai
bawah boleh juga digunakanuntuk menempatkankambing pada malam hari
Pelan
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
11/30
Pelan bangsal kambing
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
12/30
Pelbagai rupa bentuk bumbung
7.2 Dinding
Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing
mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahanyang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarakyang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untukmengelakkan kesejukan.
Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknyadi antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
7.3 Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnyaterdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas,terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atapzink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udarayang baik.
Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Iatidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.
7.4 Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu disepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas.Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengahkandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palungrumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukupdan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
RINGKASAN 7
Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murahdan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainyaboleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki
persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
8.PENGURUSAN
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
13/30
8.1 PENGURUSAN TERNAKAN
Pengurusan kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting danberanak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat sepertiberikut:
a. Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)b. Cerai susu hingga buntingc. Pengurusan kambing dewasad. Pengurusan kambing bunting hingga kelahirane. Pengurusan baka-baka jantanf. Pengurusan semasa penggemukan untuk dijual
8.1.1 Lahir hingga 3 bulan
Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jamselepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepasberanak. Kebiasaanya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri.Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada
anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah penting kerana ianyamengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibodi yang boleh menolonganak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsangsistem cernaan supaya bekerja dengan sempurna.
Purata kandungan kolostrum berbanding dengan susu biasa:
KandunganKolostrum
Susu Biasa0 jam 12 jam 24 jam
Pepejal penuh % 24.75 20.71 17.00 12.86
Abu % 1.12 1.04 0.96 0.72
Lemak % 6.00 5.50 5.00 3.60
Protein % 11.35 9.60 7.07 3.25
Immunglobinmg/ml (antibodi)
38.23 32.22 21.52
Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan 'iodine' supaya cepat kering, selaindari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiakkuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti penyakit.
Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragutsedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anank-anak kambing boleh dicerai susu dan dimana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.
Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanantambahan, rumput dan juga susu di peringat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anakdan ibu tidaklah dibiarkan meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepasmeragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
14/30
Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasakering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalahpeka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.
Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putihtelur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan usus.
Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusumelalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dandiberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1 - 2 titik minyak ikan setiap kali hendakmenyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 gm (lebih kurang 1 cawan teh) setiap 4 jam sekali.Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.
8.1.2 Selepas Cerai Susu Hingga Dewasa
Selepas cerai susu dalam lingkungan 3 - 4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Merekadiasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakananhendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan(stress) akibat perceraian dari ibu dan juga susu.
Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerena apabilameningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anakyang tidak mahu dijadikan baka bolehlah dijual.
8.1.3 Pengurusan Kambing Dewasa
Penjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1tahun.
8.1.4 Ibu Bunting dan Selepas Kelahiran
Ibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkananak-anak dari terpijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program pengurusan.Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepasberanak, makanan yang bermutu dan lebih hendaklah diberikan kepada mereka. Ini adalah untukmenentukan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalasbahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dari kesejukan.
8.1.5 Baka Jantan
Baka-baka jantan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Merekadicampurkan hanya bila hendak dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanyadisimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapatdielakkan.
Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk 20 ekor betina.
Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanandan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika initidak mencukupi ianya boleh menjadi malas dan tidak cergas. Ternakan berkenaanhendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotongsupaya ianya tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejas kesihatan
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
15/30
Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapidinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.
8.1.6 Pengurusan Penggemukan
Jika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan
kambing-kambing ini adalah mudah.
Faktor penting di dalam pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberimestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.
Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enambulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai20 - 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambingtersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik jika diberikanmakanan berkualiti dan mempunyai nilaian protein yang tinggi.
8.1.7 Pengurusan Kambing Sakit/Cedera
Kambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan diberi rawatan segera.Pihak Pejabat Perkhidmatan Haiwan wajib dihubungi untuk mendapatkan rawatan atau nasihatselanjutnya.
8.2 PENGURUSAN AM
Pengurusan Am merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:
a. Kawasanb. Buruhc. Jadual Pengurusand. Pengenalan Ternakan
e. Pengasianf. Mematikan Tandukg. Memotong Kukuh. Menggunting Bului. Kawalan Kutu
8.2.1 Kawasan
Kebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Perparitan ataulongkang di sekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempura. Najis yangdibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura untuk ragutanatau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan pengurusan meragut danmengelakkan percampuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.
8.2.2 Buruh
Buruh samada yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur danmudah. Sebagai contohnya sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkandahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja, kandangpula perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain haruslah diuruskan secara teratur.
8.2.3 Jadual Pengurusan
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
16/30
Penyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlu diatur dari semasa kesemasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mengkacuk, beranak,mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perludiatur dengan sistematik. Jadual lain seperti jangkamasa meragut di sesuatu petak, membaja,meracun rumpai mestilah diatur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuatdengan tertib.
8.2.4 Pengenalan
Sekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan.Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastik ataupun ditattoo di telinganyasupaya mudah untuk pengenalan.
8.2.5 Pengasian
Pengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4 - 5 minggu.Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untukpenjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.
8.2.6 Mematikan Tanduk
Pertumbuhan asas tanduk perlu dimatikan di peringkat anak untuk mengurangkan kecederaanantara sesamanya, disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh,ianya perlu dipotong.
8.2.7 Memotong Kuku
Kambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunyamenjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalautidak dibersihkan. Maka itu, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.
8.2.8 Menggunting Bulu
Kambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Buluyang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu di sekitar tetek perludigunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu.Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.
8.2.9 Kawalan Kutu
Masalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampurantara sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalamkolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.
RINGKASAN 8
Pengurusan yang baik dan sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan.Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am. Pengurusanternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan yang rapi perlu dibuatkepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu yang bunting. Pengurusan ama pulameliputi pengurusan kawasan, buruh, jadual kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk,memotong kuku, menggunting bulu dan kawalan kutu.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
17/30
9. CARA PEMBIAKAN
9.1 Kaedah
I. Pembiakan boleh diadakan dengan dua cara iaitu:
membiak dengan menggunakan baka jantan membiak melalui permanian beradas
Di antara kebaikan yang boleh didapati melalui permanian beradasadalah:
dapat mengawal penyakit kelamin pada ternakan
kegunaan sepenuhnya baka-baka terpilih
air mani dari baka yang baik boleh disimpan dan digunakan walupun baka tersebut telahmati
mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung dalam pemeliharaan baka-bakajantan
II. Disamping kebaikan dalam menjalankan pembiakan melalui permanian beradas, kesulitanyang mungkin timbul adalah:
penentuan biang dan waktu permanian
menentukan teknik-teknik semasa menyuntik air mani adalah betul
boleh menyebabkan kerosakan pada alat peranakan jika teknik dilakukan tidak betul ataukasar
Buat masa ini pembiakan dengan menggunakan baka adalahdisyorkan kerana permanian beradas bagi ternakan kambing masihbelum digunakan secara meluas.
9.2 Umur dan Berat Badan Untuk Mula Membiak
Kambing akan mula membiak apabila mencapai umur sembilan bulan. Namun begitu, pada umurini, perkahwinan adalah tidak disyorkan kerana terlalu muda. Besar kemungkinan ianya tidakakan menghasilkan anak yang baik. Anak-anaknya nanti kebiasaannya kecil dan bantut. Umuryang biasa digunakan untuk membiak adalah di dalam lingkungan 1 tahun - 1 1/2 tahun di manaberat badan adalah di dalam lingkungan 20 - 25 kg. Pemberian makanan mempengaruhi tahapumur kematangan.
9.3 Pengenalan Berahi
Berahi menunjukkan betina sudah matang dan boleh dikahwinkan. Tanda-tanda berahi:
tidak tenang (gelisah)
mengibas-ngibaskan ekor dan menggosok-gosok badan ke kandang
mengembek terus menerus
sering kencing
kemaluan membengkak/keluar lendir kemerahan
Lama masa berahi 12 - 48 jam dengan siklus (edaran) berahi 18 - 24 hari, puratanya 20 hari.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
18/30
9.4 Lilitan Dada Bagi Mentaksir Berat Kambing
Kadang-kadang kita terpaksa menganggarkan berat badan kambing misalnya jika hendakmemberi ubat cacing, sukatan antibiotik yang perlu digunakan ataupun untuk mengetahuikambing itu telah boleh dikahwinkan atau tidak.
Salah satu cara bagi mengetahui berat badan kambing ialah dengan mengukur lilitan dadadengan menggunakan tali tape. Jadual di bawah boleh digunakan bagi mendapatkan beratkambing tersebut:
LilitanDada (sm)
Berat (kg)Lilitan Dada
(sm)Berat (kg)
Lilitan Dada(sm)
Berat (kg)
27.3 2.3 54.0 16 80.6 44
20.6 2.5 55.2 17 81.9 46
29.8 2.7 56.5 18 83.2 48
31.1 3.4 57.8 19 84.5 50
32.4 3.2 59.1 21 85.7 52
33.7 3.6 60.3 22 87.0 55
34.9 4.1 61.6 23 88.3 57
36.2 4.5 62.9 25 89.5 59
37.5 5.0 64.1 26 90.8 61
38.7 5.5 65.4 27 92.1 64
40.0 5.9 66.7 29 93.3 66
41.3 6.8 67.9 30 94.6 68
42.5 7.7 69.2 31 95.9 70
43.8 8.6 70.5 33 97.2 73
45.1 9.5 71.8 34 98.4 75
46.4 10.5 73.0 35 99.7 77
47.6 11.0 74.3 37 101.0 80
48.9 12.0 75.6 38 102.0 82
50.2 13.0 76.8 40 104.0 84
51.4 14.0 79.4 42 106.0 89
JADUAL: MENENTUKAN UMUR KAMBING DENGANPENGIRAAN GIGI-GIGI
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
19/30
9.5 Jangka Masa Bunting
Tempoh kebuntingan kambing adalah selama antara 145 - 155 hari atau puratanya 151 hari.Mengikut perkiraan kasar, tarikh kelahiran anak-anak kambing dapat ditentukan denganmenggunakan carta di bawah ini:
Tarikhdikahwinkan
Tarikh Dijangka Beranak(Tarikh dikahwinkan tolak bil. hari dibawah ini)
Ogos Januari - 3
September Februari - 3
Oktober Mac - 1 atau 2
November April - 1 atau 2
Disember Mei - 1 atau 2
Januari Jun - 1 atau 2
Februari Julai - 0 atau 1
Mac Ogos - 3
April September - 3
Mei Oktober - 3Jun November - 3
Julai Disember - 3
Carta ini dibuat berdasarkan waktu bunting selama 150 hari (purata).
9.6 Jarak Kelahiran
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
20/30
Jarak kelahiran yang biasa didapati pada kambing-kambing di Malaysia adalah selama di antara207 - 259 hari. Dengan kadar kelahiran kembar sebanyak 50% adalah dijangka purata anak yangboleh diperolehi dalam setahun ialah 1.3 atau 1.5 ekor untuk seekor ibu.
RINGKASAN 9
Kambing boleh dibiakkan dengan menggunakan pejantan atau teknik permanian beradas.Kematangan berlaku pada umur 9 bulan, dikahwin pada umur 1.5 tahun pada berat badan 20 -25 kg. Tempoh bunting ialah 145 - 155 hari dan jarak antara kelahiran 207 - 259 hari.
10. MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan adalah perkara yang paling penting dalam pemeliharaan. Makanan diperlukan untukpembesaran, pembiakan, kesihatan dan juga akan menentukan untung ruginya sesuatuperusahaan ternakan. Makanan hijauan mempunyai kandungan air yang tinggi, ia merupakansumber tenaga, vitamin dan mineral. Konsentrat mempunyai kandungan bahan kering yangtinggi, ia kaya dengan protein, lemak, mineral dan menjadi sumber tenaga.
Makanan yang seimbang mengandungi zat-zat berikut:
protein
karbohidrat (kanji)
lemak
vitamin
zat galian
Jika zat-zat ini tidak mencukupi dan tidak seimbang ianya boleh menyebabkan penyakit kepadaternakan. Zat protein adalah penting untuk membina otot-otot yang kuat dan juga untuk prosespemulihan. Karbohidrat atau zat kanji penting untuk pembesaran. Vitamin walaupun diperlukansedikit sahaja tetapi penting. Jika ianya tidak seimang atau kurang, boleh membawa gejala-gejalapenyakit yang ketara. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan ternakan tersebut lebih peka
kepada sesuatu penyakit.
Garam galian diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihatan. Ini termasuklah garamgalian seperti kalsium, phosphorus, natrium dan sebagainya. Garam-garam galian ini bolehdidapati dari:
garam biasa
garam jilat
dicalsium fosfat
tepung tulang
tepung ikan
Air juga adalah penting dalam pemakanan, ia bukan sahaja perlu untuk kawalan suhu badan,tetapi juga perjalanan zat dan membantu di dalam pengambilan zat oleh badan.
Jika makanan tidak mencukupi, kambing-kambing akan menjadi tidak sihat, sakit, kecil dan tidakmembiak.
Zat-zat makanan ini boleh didapati dari bahan makanan berikut:
10.1 Rumput dan Kekacang
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
21/30
Rumput dan kekacang adalah bahan hijauan yang penting di dalam pemakanan kambing danlain-lain ternakan ruminan. Rumput dan kekacang pada umur yang sesuai, bukan sahajamempunyai nilai pemakanan dan zat yang penting, tetapi juga mempunyai bahan gantian yangpenting bagi mengeluarkan susu yang berlemak.
Kuantiti yang banyak di samping adanya gentian kasar dapat merangsang perut besar supaya
menjadi lebih cekap dalam penghadaman.
Bagi bahan hijauan seperti rumput dan kekacang yang baik yang boleh digunakan sebagai bahanmakanan kambing adalah:
i. rumput guinea (Panicum)ii. rumput gajah (Panisetum purpureum)iii. rumput setariaiv. kekacang: Ipil-ipil/petai belalang
(Leucaenia leucocephala)
Rumput-rumput natif dan tanaman tempatan boleh juga digunakan sebagai sumber makananuntuk kambing di antaranya adalah:
i. daun ubi - hendaklah dilayukan dahulu sebelumdiberi makan untuk mengurangkankandungan racun 'cyanide' yang terdapatpada daun tersebut.
ii. daun nangka - disukai oleh kambing sesuai untukpenggemukan
iii. rumput nyonya - tidak boleh diberikan terlalu banyak(akar ruas-ruas) kerana boleh
menyebabkan kembung
iv. daun turi
v. Glyriciddia maculata
vi. daun mengkudu (merinda citriplia)
vii.daun pisang - hijauan yang disukai oleh kambingterutama yang muda dan bervitamin.
10.2 Makanan Penguat (Konsentrat)
Jika rumput atau kekacang tidak mencukupi, makanan tambahan adalah perlu. Makanantambahan ini penting terutama sekali semasa bunting, sedang menyusu dan kepada anakkambing yang mengikut induknya. Ibu bunting atau yang mengeluarkan susu diberi sebanyak 1/2- 3/4 kg sehari manakala ibu yang kering dan anak-anak membesar diberikan sebanyak 1/4 kgsehari.
Makanan tambahan juga penting semasa cerai susu di mana tekanan akibat penceraian susudan penyesuaian makanan mungkin berlaku. Anak kambing boleh diberi makanan tambahanberansur-ansur mulai umur 1 - 1.5 bulan. Makanan penguat diperolehi dari dedak halus, jagung,bungkil kelapa, bungkil kacang tanah, hampas tauhu dan sebagainya. Sebagai panduan
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
22/30
makanan tambahan ini boleh dibuat dengan campuran dedak dan bahan-bahan sampinganpertanian, seperti:
i. 2 bahagian jagung1 bahagian sekam atau dedak1 bahagian hampas kelapa kering
ii. 40 kg dedk halus39 kg tepung jagung18 kg bungkil kelapa3 kg campuran mineral (garam galian)
10.3 Garam Galian (mineral)
Garam galian yang dibeli, bolehlah diikat pada dindingatau diletak di dalam bekas tertentu. Inihendaklah sentiasa disediakan supaya kambing boleh mendapatinya bila-bila masa sahajaterutamanya pada induk kambing bunting.
10.4 Bekalan Air
Air yang bersih perlu disediakan di sepanjang masa. Bekas air yang digunakan mestilahberkeadaan bersih dan ditukar airnya setiap hari. Bagi kambing yang mempunyai berat badan diantara 18 - 20 kg memerlukan 450 - 680 gm air sehari. Keadaan cuaca yang panas akanmenggalakkan pengambilan air yang lebih terutamanya kepada kambing baka susu. Banyaknyaair yang diminum bergantung kepada beberapa faktor seperti pengambilan bahan kering (drymatter intake), cuaca sekeliling, jenis makanan, suhu air dan keadaan fisiologi kambing sendiri.Kebiasaannya nisbah bahan kering dan air ialah 1:4.
RINGKASAN 10
Kambing memerlukan makanan seimbang yang mengandungi unsur-unsur zat galian, air,
vitamin, kabohidrat, protein dan lemak. Unsur-unsur ini boleh diperolehi dari tumbuhan hijauseperti rumput, kekacang, daun-daun rumpai, hasil sampingan pertanian dan juga konsentrat.Seekor kambing dewasa memerlukan antara 4 - 5 kg rumput segar sehari. Kekurangan zatmakanan akan menyebabkan ternakan menunjukkan tanda-tanda penyakit yang mana bolehmenjejaskan produksi ternakan.
11. KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Bagi seseorang yang baru memulakan pemeliharaan kambing, penentuan penyakit tertentuadalah sangat sukar. Mengenal pasti kambing sakit atau sihat adalah lebih penting.
Pada amnya keadaan ini bolehlah dibezakan seperti panduan di bawah:
Kambing Sakit Kambing Sihat
monyok dan kelihatan tidakbermaya
kelihatan segak dan cergas
tidak mahu makan berselera makan
mengasingkan diri sentiasa berada dalam kumpulan
membuat bising tahi tidak bulat tahi keras dan bulat
bulu kering dan meremang kulit licin dan bulu berkilat
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
23/30
kurus kering tidak kurus
Penyakit dan gejala-gejala yang biasa ditemui dalam pemeliharaan kambing adalah:
11.1 Penyakit Puru (Contagious Ecthyma)
Penyakit puru adalah disebabkan oleh sejenis virus. Ia biasanya menyerang anak-anak kambingyang masih menyusu dan mengakibatkan anak-anak kambing menjadi kurus dan lemah keranasusah hendak makan.
Terdapat gelembung-gelembung yang mengandungi air pada bahagian kulit lembut,mulut, gusi dan juga bibir.
Apabila gelembung-gelembung ini pecah, ianya akan menjadi keruping dan kadangkalamerekah dan berdarah.
Selain dari bahagian mulut terdapat juga di bahagian kaki terutama di celah-celah antarajari.
Pencegahan
Memberi ubat pelali (vaksin) semasa berumur di antara 3 minggu - 1 bulan dan sekalilagi 3 atau 4 bulan selepas suntikan pelali pertama. (Vaksin boleh diperolehi dari JabatanPerkhidmatan Haiwan).
Mengasingkan anak-anak kambing yang sudah kena penyakit untuk menjauhi jangkitandari gelembung yang telah pecah.
Ubat
Membersih dan mengubat luka-luka akibat dari gelembung yang pecah dengan menggunakaniodine atau 'gentian violet' (ubat biru).
11.2 Kembung (tympany)
Kembung terjadi apabila terdapat banyak gas (angin) di dalam perut. Keadaan ini adalahdisebabkan oleh bahan-bahan yang banyak mengandungi bahan nitrogen seperti kekacang.
Tanda-tanda
i. Mengeluarkan air liurii. Perut buncit terutama di sebelah kiriiii. Bunyi dentuman yang kuat apabila diketukiv. Pernafasan yang susahv. Keadaan gelisah, bising, mengembik dan kerap buang air kecil.
Pencegahan
Membetulkan pengurusan seperti mengurangkan memberi kekacang dan bahan-bahanyang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
24/30
Memelihara padang ragut supaya tidak lebih dari 50% kekacang.
Rawatan
i. Memberi makan minyak kacangii. Minyak sayur/minyak jagung
11.3 Penyakit Paru-paru/Selsema/Sejuk (Pneumonia)
Batuk basah adalah tanda-tanda awal penyakit ini. Disebabkan serangan bakteria yangmenyerang kambing, ketika ia berada dalam keadaan tenat seperti kesejukan, perudaraan yangkurang baik dan kesesakan dadanya.
Tanda-tanda
Kelihatan moyok dan mengasingkan diri
Lemah dan tidak terdaya
Menjadi kurus
Pernafasan cepat
Kadangkala terbunyi batuk dan terdapat bendalir yang keluar dari hidung seperti hingus.
Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.
Pencegahan
i. Asingkan supaya tidak berjangkitii. Menjaga kebersihan kandang supaya tidak lembabiii. Elakkan ia berhujan.
Rawatan
Ditempatkan ditempat yang kering dan bersih
Laporkan kepada Pegawai Perkhidmatan Haiwan yang terdeat untuk mendapatkanrawatan.
11.4 Cirit-birit (Diarrhoea)
Cirit-birit ini mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
i. Cacingii. Protozoa (koksidia)iii. Kuman
iv. Salah makan.
Tanda-tanda
i. Tahi adalah cair dan tidak berbentuk bulat seperti biasa.ii. Kotor dan basah di sekeliling pangkal ekor.iii. Kambing akan kelihatan moyok dan mengasingkan diri.iv. Kadangkala najis berbau busuk.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
25/30
Pencegahan
Memberi ubat cacing untuk mengurangkan beban cacing.
Menjaga keadaan kandang supaya bersih dan tidak dijangkiti kuman merbahaya.
Memberi makanan yang betul. Jika hendak menukar makanan hendaklah dibuat secaraberansur-ansur.
Rawatan
Memberi banyak air terutama yang mengandungi glukos (gula).
Memberi ubat yang boleh mengurangkan berak sepeerti 'kaolin' yang boleh mengalaskulit perut.
Ubat pembunuh kuman ataupun cacing.
11.5 Kurang Darah (Anaemia)
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah didapati kurangdaripada biasa.
Tanda-tanda
Muka pucat - bibir, gusi dan lidah yang pucat, lapisan dalam kelopak mata juga keputihan
Lemah
bulu meremang
Badan kurus
Rawatan dan Pencegahan
i. Memberi makanan yang cukup dan berzatii. Menambahkan zat besiiii. Memberikan vitamin untuk selera makaniv. Ubat cacingv. Pembasmian kutu.
11.6 Kancing Gigi
Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasaterjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/kulit ternakan itu. Kemungkinan termasuk kotoran di
mana kuman ini dapat membiak. Kuman inilah yang mengeluarkan racun kelak.
Tanda-tanda
Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.
Mulut akan terkancing (kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalauterjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
26/30
Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat danjuga cahaya yang terang.
Pencegahan
i. Suntikan toxoid semasa 3 bulan.
ii. Mengubat luka-luka terutama 'puncture wound'.
Ubatan
i. Tetanus antitoxin dan toxoidii. Ubat pelali.
11.7 Luka-luka
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya dianggap ringan tetapijika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat.
Apabila berlaku luka-luka, rawatan segera hendaklah dibuat.
Rawatan
Bahagian sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning (iodine) supayatiada terdapat kekotoran dan habuk.
Sapukan ubat 'lorexane' pada luka.
Semburkan ubat penjauh lalat seperti 'gusanex' ataupun 'negasunt'.
11.8 Kurap
Kurap boleh terjadi disebabkan oleh kulat atau ektoparasit (mange).
Tanda-tanda
Keguguran bulu pada beberapa bahagian tubuh dan kadangkala disertai dengan kudis-kudisyang bernanah kerana parasit ini menggali lapisan kulit menyebabkan gagal dan kerosakan akarrambut.
Rawatan
Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan iodine sementara kurap yang disebabkan
oleh 'mange' pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga seperti 1% larutan malathionyang membunuh parasit dewasa. Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10 - 14 hari selama 3 kali.
11.9 Buruk Kuku
Keadaan tempat yang lembab membawa penyakit ini. Ia disebabkan serangan bakteria padakuku.
Tanda-tanda
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
27/30
i. Kambing kelihatan tempangii. Celah tapak kaki diperantaraan kukunya bengkak dan berbau
busuk.
Rawatan
Kuku yang buruk dipotong dan kaki dibasuh bersih. Kuku tersebut direndam di dalam 5% formalinatau 10% Kuprum Sulfat (CuSO4) sekali sehari selama 3 hari.
RINGKASAN 4
Kawalan penyakit perlu diutamakan dalam kumpulan ternakan yang besar jumlahnya. Kematianternakan dalam kumpulan yang besar membawa keruhian yang ketara. Penyakit boleh dikawaldengan memastikan kebersihan kandang dan persekitaran dan juga membuat pelalian terhadapternakan.
MAKLUMAN
Segala penerangan mengenai penyakit di atas adalah sebagai makluman sahaja. Semuapenternak adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan yangberdekatan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam dan seterusnya untuk rawatanpenyakit tersebut.
12. PENUTUP
Dengan adanya panduan ringkas menternak kambing ini diharapkan dapat membantu penternakdalam usaha meningkatkan hasil keluaran di samping meninggikan pendapatan di dalam industriternakan ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada bangsa dan negara.
Keterangan lanjut dan latihan yang berkaitan boleh diperolehi melalui:
UNIT PERUSAHAAN RUMINAN KECILBAHAGIAN PENGELUARANIBU PEJABAT PERKHIDMATAN HAIWANBLOK A, TINGKAT 8 & 9WISMA CHASE PERDANA, OFF JALAN SEMANTANBUKIT DAMANSARA50630 KUALA LUMPUR
No. tel: 03-20940077/79/82/84/85Fax No. 03-20940092
LAMPIRAN I
ANGGARAN ALIRAN KEWANGAN PERINGKAT LADANG MENGIKUT BILANGAN KAMBINGYANG DIPELIHARA
Kambing induk 20 40 60 80 100
Kambing baka 1 2 3 4 5
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
28/30
Anak yang boleh dijualselepas tolak (jantan)kematian (10%)
13 27 41 55 68
dan singkiran (betina) 14 25 38 51 65Luas kawasan ragutan yangdiperlukan - kawasan rumput sahaja(ha) 0.5 1 1.5 2 2.5
- kawasan tanaman utamaseperti dusun buah-buahan,
kebun getah dll.1.6 3.3 5 6.6 8.3
Modal Nilai Ternakan Jantan 35 kg @ 4.40/kg 192.40 385.0 577.5 770.0 962.50
Betina 25 kg @ 5.50/kg 2,750.0 5,500.0 8,250.0 11,000.0 13,750.0
Pembinaan kandang - tenaga sendiri 1,000 2,000 - upah 3,000 4,500 5,500Jumlah 3,942.5 7,885.0 11,827.5 16,270 20,212.5
Perbelanjaan Mengurus
Kos pengurusan garam jilatdan ubatan 50 100 150 200 250
Upah kerja masa/jamdengan RM1.20/jam
4381
8762
1,3143
1,7524
2,1905
Kos rumput/unit ternakandengan harga 1 sen sekiloberat basah
610.05 1,203.3 1,813.3 2,423.4 3,033.45
Kos susutan infrastruktur 100 200 300 450 550
Jumlah 1,198.05 2,379.3 3,577.3 4,825.4 6,023.45
Pendapatan Pendapatan kasar selepasjualan (RM) 4,050 7,800 11,850 15,900 19,950
Pendapatan selepas ditolakPerbelanjaan mengurus dansusutan infrastruktur (RM)
2,815.95 5,420.7 8,272.7 11,074.6 13,926.55
Bayaran balik pinjaman bankjika ada dengan kadar 2%selama 5 tahun (RM)
867.35 1,734.7 2,602.05 3,579.4 4,446.75
Pendapatan bersih
- setahun (RM) 1,984.6 3,686.0 5,670.65 7,495.2 9,479.8
- sebulan (RM) 165.3 307.1 472.5 624.6 789.9
Andaian
1. Pengiraan adalah berasaskan harga-harga pada tahun 19902. Kadar kelahiran adalah 1.5 setahun3. Kematian
a. bapak: 2% setahunb. ibu: 5% setahunc. anak: 10% setahun
4. Pemakanana. Rumput diberi dengan kadar 5 kilo sehari/seekor untuk kambing
dewasa selama 365 hari.b. Rumput untuk anak adalah sebanyak 3.5 kilo sehari seekor
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
29/30
untuk selama 240 hari (8 bulan) iaitu selepas cerai susu4 bulan) hingga umur setahun
5. Harga Jualan- sekilo hidup RM6.00 dengan purata berat badan sebanyak 25 kiloseekor
6. Kos rumput adalah 1 sen sekilo jika ditanam secara kawasanpastura.
LAMPIRAN 2
PENYIMPANAN REKOD
I. Rekod Biakbaka
a. Kambing Jantan
No.BakaAsal usul: diimport, dibeli, didapati dari kumpulanDilahirkan tunggal, kembar dua, kembar tigaUmur semasa dicerai susuUmur ketika mencapai dewasaUmur semasa servis pertama
Tarikh Perkhidmatan No. Kambing Betina Baka
b. Kambing Betina
No.BakaAsal usul: diimport, dibeli, didapati dari kumpulanDilahirkan tunggal, kembar dua, kembar tigaUmur semasa dicerai susuUmur ketika mencapai dewasaUmur semasa pengawanan pertama
No. No. Baka Tarikh Tarikh Tarikh Bilangan Tempoh JarakBeranak Bapa Perkhid- Bunting Melahir- Anak Bunting Beranak
matan
II. Rekod Prestasi
a. Data Berat Badan
-
8/3/2019 Panduan Penternakan Kambing -Prk
30/30
No. kambing jantan/betinaBerat lahir (kg)Berat semasa dicerai susu (kg)
Tarikh Berat badan (kg) Tambahan Berat Badan/Hari (kg)
b. Data Pengeluaran Susu
Tarikh Pengeluaran Susu Tempoh LaktasiSehari (kg) (hari)
c. Rekod KesihatanNo. kambing jantan/betina
Tarikh Tanda Penyakit Rawatan Dijaga/ditakai
III. Rekod Tambahan
a. Input
Ubat-ubatan - Jenis ubat, tarikh dibeli, jumlah, hargaMakanan - Jenis makanan, tarikh dibeli, jumlah hargaBaja - Jenis, tarikh dibeli, jumlah, harga
Bahan binaan - Jenis, jumlah, tarikh dibeli, harga
b. Penjualan hasil
Ternakan - jumlah dijual, tarikh dijual, pembeli, hargaHasil (daging, susu dan kulit) - jumlah, tarikh dijual, pembeli, harga
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Panduank.htm#baka