PANDUAN PENGGUNA ANTARAMUKA BERPUSAT ezHASiL - e-Borang · Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah...
Transcript of PANDUAN PENGGUNA ANTARAMUKA BERPUSAT ezHASiL - e-Borang · Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah...
PANDUAN PENGGUNA
ANTARAMUKA BERPUSAT ezHASiL
- e-Borang -
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 2
Isi Kandungan
BAHAGIAN A: PENGENALAN ................................................................................................................... 3
1. Tujuan ......................................................................................................................................... 3
2. Keperluan Sistem ........................................................................................................................ 3
3. Penyenggaraan Pelayar Web ...................................................................................................... 3
BAHAGIAN B: AKSES KE LAMAN WEB ezHASiL ....................................................................................... 4
1. MODUL PENGGUNA ezHASiL ...................................................................................................... 5
1.1 Log Masuk ........................................................................................................................... 5
1.2 e-Borang .............................................................................................................................. 6
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 3
BAHAGIAN A: PENGENALAN
1. Tujuan
Dokumen ini bertujuan untuk memberi panduan ringkas kepada pengguna yang ingin
menggunakan sistem ezHASiL- Antaramuka Berpusat.
2. Keperluan Sistem
Keperluan Butiran
Komputer/Prosesor Sekurang-kurangnya Intel Pentium® III 400Mhz
Memori Sekurang-kurangnya 128 megabait (MB)
Sistem Pengoperasian Sekurang-kurangnya Microsoft Windows® XP
Pelayar Web
Microsoft Internet Explorer 8.0 atau ke
atas
Mozilla
Google Chrome
Safari
enkripsi128-bit
Sijil Digital e-Filing
3. Penyenggaraan Pelayar Web
Bagi pengguna yang menggunakan Pelayar Web daripada Microsoft seperti Internet Explorer 8.0
dan ke atas atau Google Chrome, anda dikehendaki untuk menyenggara tetapan di Pelayar Web
anda. Sila ikuti langkah-langkah berikut :
Membuang pop-up blocker - Ke Tools –> Internet Options –> Privacy –> Pop–up Blocker
–> Buang tanda pada Turn On pop-up blocker (Disabled Popup Blocker).
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 4
BAHAGIAN B: AKSES KE LAMAN WEB ezHASiL
Layari laman web rasmi ezHASiL di pautan https://ez.hasil.gov.my/.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 5
1. MODUL PENGGUNA ezHASiL
1.1 Log Masuk
Pengguna perlu memasukkan No. Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik
butang Hantar untuk log masuk ke dalam ezHasil.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 6
1.2 e-Borang
i. Sistem akan memaparkan laman Profil seperti di bawah. Pada menu Perkhidmatan
di bahagian tengah skrin, pilih menu e-Borang atau menu utama Perkhidmatan di
sebelah kiri, pilih submenu e-Filing e-Borang untuk ke laman e-Borang. Pengguna
boleh juga memilih pautan “Klik di sini untuk membuat e-Filing Tahun Taksiran” di
bahagian bawah skrin untuk ke skrin e-Borang.
ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 7
iii. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4
bahagian iaitu:
Maklumat Individu
Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun
Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
Rumusan
iv. Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah
mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna
klik pada “tab” yang seterusnya. Terdapat 3 menu di bahagian bawah skrin iaitu:
Nota Penerangan BE – Penerangan mengenai borang BE
Borang Versi Bahasa Inggeris – Borang BE dalam versi Bahasa Inggeris
Keluar - Keluar dari skrin e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 8
v. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun
Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian akan
dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin
ini.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 9
vi. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh
mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya
tetikus digerakkan pada simbol i .
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 10
vii. Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna
mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh
menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”.
Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 11
viii. Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:
Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk .PDF
Tandatangan & Hantar - Untuk menghantar e-Borang
Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya
Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 12
ix. Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin seperti yang di bawah akan
dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk
menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan
hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang
Panduan Pengguna Antaramuka Berpusat – e-Borang 13
x. Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di bawah
akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :
Butang Simpan & Cetak Pengesahan - Untuk menyimpan dan mencetak slip
pengesahan penerimaan borang.
Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e-
Borang
Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang