TMK Tahun 5 - Modul pdp Sistem Rangkaian dan Dunia Internet bhg 4
Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 4 Bhg 10
-
Upload
antonia-amin -
Category
Documents
-
view
37 -
download
1
Transcript of Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 4 Bhg 10
-
188
Berkebolehan melakukan senaman meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot.
3.4.1 Melakukan senaman seperti separa cangkung, ringkuk tubi
separa, jengkit kaki setempat, lentik belakang ubah suai, hamstring curl , tekan tubi ubah suai, tekan tubi dan bangkit tubi berulang kali dalam jangkamasa 20 hingga 30 saat.
4.4.1 Menamakan otot-otot yang terlibat semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot.
5.2.2 Berkeyakinan untuk melakukan pelbagai pergerakan berke-mahiran.
5.4.3 Bekerjasama semasa melakukan aktiviti fizikal.
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. 3. Setiap kumpulan membentuk barisan seperti keretapi. 4. Lakukan aktiviti tanpa memutuskan barisan keretapi. 5. Aktiviti adalah seperti berikut:
Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran.
Permainan kecil.
Menyejukkan badan.
Penilaian pengajaran dan pembelajaran.
Tali skip, bola kecil, pundi kacang, skital, gelung, CD lagu, bakul, dan marker.
-
189
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan berada pada setiap stesen. 3. Apabila isyarat diberi murid melakukan aktiviti seperti di dalam kad.
Stesen 1 : Separa cangkung Stesen 2 : Ringkuk tubi separa Stesen 3 : Jengkit kaki setempat Stesen 4 : Lentik Belakang ubah suai Stesen 5 : Hamstring curl Stesen 6 : Tekan tubi ubah suai
4. Lakukan setiap aktiviti di setiap stesen selama 20 - 30 saat.
1. Berbincang dengan murid tentang otot yang terlibat dengan aktiviti seperti kuadrisep, abdomen, gastroknemius, hamstring, dan deltoid.
2. Aktiviti boleh diulang dua atau tiga set.
Mengapa aktiviti di stesen senaman tidak melibatkan kumpulan otot yang sama berturut-turut?
-
190
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Bermain dalam kawasan yang ditetapkan. 3. Empat pintu gol dan empat biji bola digunakan dalam permainan. 4. Setiap pasukan ada seorang penjaga gol. 5. Setiap pasukan menggerakkan bola menggunakan tangan. Pergerakan permainan
adalah secara merangkak. 6. Pasukan boleh menjaring ke mana-mana pintu gol bagi mendapatkan gol kecuali
pintu gol sendiri. 7. Kumpulan yang paling banyak menjaringkan gol dikira sebagai pemenang.
Pergerakan merangkak boleh ditukar kepada berjalan ketam dan bola digerakkan dengan kaki.
-
191
Nama Kelas : Tarikh : .. Arahan : Lengkapkan nama otot yang terlibat dalam aktiviti regangan berikut :
Gastroknemius Hamstring Bisep
Kuadrisep Otot Abdomen
Deltoid
1. 2.
3. 4.
5.
-
192
Berkebolehan melakukan aktiviti meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot.
3.4.1 Melakukan senaman seperti separa cangkung, ringkuk tubi
separa, jengkit kaki setempat, lentik belakang ubah suai, hamstring curl, tekan tubi ubah suai, tekan tubi dan bangkit tubi berulang kali dalam jangka masa 20 hingga 30 saat.
4.4.2 Mengenal pasti hubung kait antara kekuatan dan daya tahan otot dengan prestasi motor.
5.2.4 Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti. semasa melakukan aktiviti fizikal.
1. Murid bergerak dalam kawasan dengan menggunakan pelbagai
pergerakan lokomotor. 2. Apabila isyarat diberi, murid mengambil kad aktiviti yang terletak
di dalam bakul. 3. Murid membaca kad aktiviti dan mencari semua rakan yang
mempunyai kad aktiviti yang sama. 4. Setelah semua murid yang mempunyai kad aktiviti yang sama
berkumpul, mereka melakukan aktiviti seperti di dalam kad selama lima saat. 5. Setelah selesai melakukan aktiviti, murid meletak kembali kad, berlari anak dalam
kawasan. 6. Catatkan jumlah ulangan senaman. Contoh aktiviti pada kad:
Tekan tubi Lentik belakang ubahsuai Bangkit tubi Separa cangkung Jengkit kaki setempat
Memanaskan badan.
Penyampaian Standard Pembelajaran
Permainan kecil
Menyejukkan badan
Penilaian pengajaran dan pembelajaran
Skital, bola,
gelung, dan kad
aktiviti.
Jangan berebut semasa mengambil kad senaman.
-
193
1. Murid secara berpasangan. 2. Seorang pelaku dan seorang pembantu. 3. Setiap pasangan berada pada salah satu bucu bintang. 4. Setiap bucu ditanda dengan satu aktiviti seperti berikut:
Bucu 1 : separa cangkung Bucu 2 : lentik belakang ubahsuai Bucu 3 : jengkit kaki setempat Bucu 4 : ringkuk tubi separa
5. Apabila isyarat diberi, pelaku melakukan aktiviti 10 kali ulangan. Rakan akan mengira dan mencatat bilangan lakuan yang betul. 6. Setelah selesai di satu bucu, setiap pasangan akan bergerak ke bucu berikutnya sehingga selesai. 7. Tukar peranan.
1. Separa Cangkung
2. Lentik Belakang Ubah Suai
4. Ringkuk
Separa
3. Jengkit Kaki
-
194
1. Murid dibahagikan dalam kumpulan kecil. 2. Dua kumpulan akan bertanding. 3. Murid hanya boleh bergerak dengan gaya beruang. 4. Pemain menghantar bola menggunakan tangan. 5. Setiap pasukan akan cuba menjaring gol dengan menghantar bola melepasi garisan gol lawan. 6. Pasukan yang membuat jaringan terbanyak dikira sebagai pemenang.
Elakkan perlanggaran sesama sendiri.
Mengapa kamu boleh bergerak seperti beruang dalam jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti ini?
-
195
Nama : Kelas :
KEKUATAN DAN DAYA TAHAN OTOT
Tandakan () pada aktiviti yang memerlukan kekuatan dan daya tahan otot.
-
196
Bil
Alatan
1 Alat Apungan
2 Bakul
3 Bangku Gimnastik
4 Bangku Panjang
5 Bat
6 Batang Kayu
7 Baton
8 Beg Plastik
9 Bet Kriket Kanak-kanak
10 Bet Ping Pong
11 Bola
12 Bola Baling
13 Bola Foam
14 Bola Getah
-
197
15 Bola Getah Kecil
16 Bola Hoki
17 Bola Jaring
18 Bola Kecil
19 Bola Pelbagai Jenis
20 Bola Pelbagai Saiz
21 Bola Ping Pong
22 Bola Sepak
23 Bola Sofbol
24 Bola Tampar
25 Bola Tenis
26 Bulu Tangkis
27 CD1 Dunia Muzik Tahun 2
28 Gelung Kecil ( Quoit)
29 Gelung Plastik
30 Jam Randik
-
198
31 Jaring
32 Kad Aktiviti
33 Kad Camtuman
34 Kad Gambar
35 Kad Gambar Api
36 Kad Huruf
37 Kad Imbasan
38 Kad Pandu Arah
39 Kad Rangsangan
40 Kad Tugasan
41 Kayu @ Batang Rotan
42 Kayu Hoki
43 Kompas
44 Kotak
45 Marker
-
199
46 Mini Hurdle
47 Objek Leper
48 Palang Gayut
49 Papan Anjal
50 Papan Keribas
51 Pemain Cakera Padat
52 Peti Lombol
53 Pundi Kacang
54 Raket Badminton
55 Raket Kayu
56 Raket Tenis
57 Seluar @ Baju Kemeja
58 Set Khemah Pasang Siap
59 Skital Besar
60 Skital Kecil
-
200
61 Skrip Cerita
62 Tali Skip
63 Tamborin
64 Tepung Untuk Buat Bulatan
65 Tilam Gimnastik
66 Tilam Mendarat
67 Tin
68 Tuala Mandi