Panduan mudah menukarkan pemasaran emel menjadi ...emelmatik.com/member/dl/ebook_panduan_mudah.pdf...
Transcript of Panduan mudah menukarkan pemasaran emel menjadi ...emelmatik.com/member/dl/ebook_panduan_mudah.pdf...
www.Emelmatik.com
Panduan mudah menukarkan pemasaran emel menjadi
mesin wang
Dibawah khas untuk anda oleh
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Panduan mudah menukarkan pemasaran emel menjadi
mesin wang dengan Emelmatik
Dibawah khas untuk anda oleh www.emelmatik.com – Autoresponder
Panduan mudah menukarkan pemasaran emel menjadi
Autoresponder Percuma
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Pendahuluan.
Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan
pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS
memasarkan produk mereka dengan pemasaran emel. Apabila mereka ada
produk yang baru, mereka akan beritahu di dalam emel. Secara tidak langsung,
maklumat itu sampai terus pada peminat produk jenama ADIDAS dan saya jamin
jualan akan melambung tinggi dalam masa yang sekejap.
Pemasaran emel memberi kita peluang untuk mengumpul individu – individu yang
minat produk kita.atau minat pada niche produk kita dalam satu senarai emel.
Secara tidak langsung, anda boleh fokus untuk mendidik dan menjadikan mereka
sebaga pembeli tegar produk yang anda cadangkan dari semasa ke semasa.
Contohnya anda memikat pengguna internet untuk subscribe dengan
menawarkan ilmu mengenai perniagaan ebay. Dari sini anda akan mendidik
mereka untuk berjaya dalam perniagaan ebay dan dalam masa yang sama jika
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
mereka ingin lebih tahu mengenai ebay mereka perlu membeli produk yang anda
cadangkan.
Menariknya, niche ebay mengandungi berbagai produk yang boleh di jual. Jadi,
anda boleh jual pelbagai produk pada satu senarai emel. Ia sangat
menguntungkan.
Yang ikhas,
Admin
Emelmatik.com – Autoresponder Percuma
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Bagaimana hendak jadikan pemasaran emel sebagai
mesin wang dengan Emelmatik?
Seperti yang kita tahu, autoresponder mempunyai fungsi untuk menyimpan dan
menghantar emel tertentu pada masa tertentu. Anda boleh simpan kandungan
emel di autoresponder dan boleh hantar ia pada masa yang anda tetapkan. Jadi,
anda boleh jadikan pemasaran emel sebagai autopilot iaitu ia berlangsung sendiri
tanpa anda perlu mengawasinya selalu.
Anda siapkan siri emel untuk satu projek senarai emel dan biarkan fungsi
autopilot menghantar setiap emel pada subscriber. Apabila sudah siap, anda pergi
ke projek lain pula. Lakukan proses yang sama iaitu siapkan siri emel dan biarkan
fungsi autopilot menghantar emel.
Jika setiap hari anda siapkan satu projek. Selepas 100 hari, anda sudah ada 100
projek .Yang menariknya 100 projek ini boleh berjalan serentak dan semuanya
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
berjalan secara autopilot. Secara tidak langsung, projek pemasaran emel anda
sudah jadi mesin wang iaitu wang sentiasa masuk melaui jualan berbagai jenis
produk.
Selain menggunakan fungsi autopilot, anda juga boleh gunakan fungsi broadcast
emel. Broadcast emel membolehkan anda untuk menghantar emel segera pada
senarai emel. Ia boleh di gunakan untuk promosi produk pada semua senarai
emel. Secara tidak langsung, anda boleh dapat keuntungan yang besar.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Kunci utama mesin wang.
Untuk jadikan teknik pemasaran emel anda sebagai mesin wang, anda perlu
aktifkan kunci utama. Kunci utama yang di maksudkan adalah hubungan di antara
anda dan subscriber anda. Hubungan antara anda dan subscriber perlulah rapat
dan ada perasaan percaya subscriber terhadap diri anda.
Jika anda hanya hantar emel berbentuk promosi kepada subscriber, mereka akan
mula menjauhi emel yang anda hantar. Yalah, siapa nak baca emel yang berisi
iklan. Mereka perluka satu motivasi untuk membaca emel anda. Dalam erti kata
lain,mereka perlukan sebab kenapa mereka perlu baca emel anda.
Apabila anda berikan mereka sebab untuk membaca, mereka akan terus
membaca sehingga habis. Di sebabkan emel anda selalunya istimewa, mereka
akan baca dan buka semua emel yang anda hantar tanpa ragu – ragu. Apabila
mereka sentiasa membaca emel yang anda tulis, lama kelamaan mereka akan
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
berminat membeli produk yang anda cadangkan pada mereka. Anda juga yang
akan untung.
Ada dua jenis subscriber iaitu subscriber yang sekadar ingin tahu maklumat yang
anda tawarkan dan subscriber yang memang berminat untuk belajar maklumat
yang anda tawarkan. Subsriber yang minat untuk belajar mungkin sudah membeli
produk anda di awal – awal lagi kerana ingin terus belajar tanpa tangguh –
tangguh. Bagi subscriber yang sekadar ingin tahu, mereka perlukan masa untuk
jadi seorang pembeli. Di sinilah emel yang anda hantar menjadi peranan.
Untuk pengetahuan anda, dari 100 subscriber yang berdaftar, mungkin hanya 13
orang sahaja yang subscribe kerana ingin membeli apa yang anda tawarkan atau
ingin belajar. Selebihnya, mereka sekadar subscribe kerana ingin tahu. Di
sebabkan bilangan subscribe yang sekadar ingin tahu adalah banyak, anda perlu
didik mereka dengan siri emel supaya ambil tindakan untuk belajar.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Jadi, sejak awal lagi, emel yang anda hantar perlulah memberi mereka motivasi
untuk ambil tindakan atau “ take action”. Emel yang berkualiti akan membina
kepercayaan dalam diri mereka terhadap anda. Secara tidak langsung, lama
kelamaan mereka akan terpikat pada produk yang anda canangkan itu.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Siri emel yang memikat.
Seperti biasa, emel pertama yang anda patut hantar adalah emel “ Selamat
Datang” . Emel ini adalah emel pengenalan dan tidak perlu panjang . Dalam emel
ini cukup sahaja mengandungi
• Link download untuk produk yang anda tawarkan atau cara untuk dapatkan
tawaran istimewa yang anda maksudkan.
• Cara untuk hubungi diri anda.
Contoh emel “ Selamat datang”
Assalammualaikum dan selamat sejahtera [ FIRSTNAME],
Terima kasih kerana subscribe [ Nama squeeze page anda] Seperti yang saya
janjikan, anda boleh dapatkan produk [ Nama produk anda] pada link di bawah.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Link produk anda
Untuk pengetahuan anda, saya akan terus menghantar emel berkaitan dengan
[Nama squeeze page anda] di masa akan datang. Anda pasti akan teruja dengan
maklumat yang bakal saya beri kerana saya tidak pernah bocorkan ia luar dari
senarai emel ini.
Jika anda ada soalan untuk di tanya atau ingin menenali diri saya dengan lebih
rapat, silakan hubungi saya di
Cara untuk hubungi anda
Nama anda
Signature anda.
Emel seterusnya adalah emel untuk mendidik, mengajar dan dalam masa yang
sama memujuk subscriber untuk membeli produk yang anda cadangkan.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Rancang untuk tulis 7 siri emel, 5 siri emel atau 3 siri emel. Emel pertama perlu di
hantar sehari selepas mereka subscribe atau sehari selepas mereka terima emel
selamat datang. Emel kedua, ketiga dan seterusnya, anda boleh hantar pada
mereka selang dua hari atau selang tiga hari.
Maklumat yang anda beri melalui siri emel perlulah berkualiti tinggi dan ada
kaitan antara satu sama lain. Setiap siri emel yang anda rancang perlulah
menepati tajuk yang anda tetapkan. Contohnya, anda tetapkan tajuk untuk siri
emel pertama adalah “panduan asas perniagaan ebay”. Apa yang anda perlu
pastikan adalah siri emel yang bakal anda hantar pada subscriber sekurang –
kurangnya memberi kefahaman yang jelas pada mereka untuk memulakan
perniagaan ebay.
Apabila siri emel itu habis pusingannya, anda tetapkan 10 emel yang ada kaitan
dengan siri emel yang anda hantar sebelumnya untuk di hantar pada mereka
selang 4 hari atau selang 5 hari. Ini memastikan anda terus ada hubungan dengan
subscriber anda. Jika anda ada siri emel yang lain, anda boleh mula hantar yang
itu juga.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Anda bayar yuran autoresponder, jadi jangan biarkan subscriber anda
keseorangan. Anda perlu terus didik mereka dan jadikan mereka pelanggan tetap
anda.
Ciri siri emel yang memikat.
Anda perlu fokus bahawa siri emel adalah pemangkin untuk memujuk subscriber
membeli produk yang anda cadangkan. Jadi, anda perlu pandai merancang
suasana mendesak mereka untuk “ take action “ dan mula membeli.
Paling penting, siri emel tersebut mestilah ada kaitan dengan produk yang anda
hendak promosi pada mereka.
Berikut adalah peringkat permainan emosi yang patut anda lontarkan pada
subscriber untuk memikat mereka membeli apa yang anda jual.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
1. Peringkat pertama, anda ceritakan secara asas apa kebaikan yang mereka
boleh dapat dari siri emel yang anda hantar.
2. Peringkat kedua, anda ajar mereka ilmu berguna dan beri mereka
kefahaman untuk menguasai tajuk yang anda tetapkan itu.
3. Peringkat ketiga, anda beri mereka cara untuk ambil tindakan apa yang
anda ajar itu.
4. Peringkat keempat, anda beri cadangan cara untuk menambah baik usaha
mereka itu.
5. Peringkat kelima, anda cadangkan satu produk untuk mereka beli.
Siri emel yang memenuhi lima peringkat di atas pasti akan berjaya memujuk
subscriber untuk membeli apa yang anda cadangkan itu.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Jenis produk yang anda boleh jual.
Apa guna siri emel berlapis – lapis jika anda tiada produk untuk di jual. Anda boleh
jual apa sahaja yang anda mahu pada subscriber asalkan produk itu ada pasaran
di dalam senarai emel anda itu. Anda boleh jual produk digital atau produk fizikal
atau kedua – dua serentak.
Ada dua cara untuk dapatkan produk. Cara pertama adalah anda cipta sendiri dan
cara kedua adalah anda menjadi affiliate. Kedua – duanya memberi anda untung
dan kedua – duanya boleh menjadikan anda kaya.
Produk sendiri.
Untuk jual produk anda sendiri, anda perlu pastikan produk anda berkualiti. Jika
harga mahal,produk anda perlu ada kualiti untuk di jual mahal. Jika kualiti kurang,
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
anda jual sahaja dengan harga yang murah. Anda perlu jaga hati subscriber anda
kerana mereka adalah lubuk wang anda.
Produk affiliate.
Seperti ciri produk sendiri, anda perlu pastikan produk affiliate itu turut berkualiti
dan berbaloi untuk subscriber anda beli dan cuba. Anda jangan biarkan subscriber
anda di dedahkan dengan produk yang tiada kualiti dan tidak boleh membantu
mereka untuk lebih maju. Wang bukan segalanya tetapi kepercayaan adalah
segalanya dalam pemasaran emel.
Apabila anda menjaga hati subscriber dengan berhati – hati, mereka akan percaya
pada diri anda. Secara tidak langsung, mereka akan jadi pembeli setia anda.
Bonus istimewa.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Untuk memastikan subscriber rasa seronok dengan anda, anda berikan mereka
bonus istimewa jika mereka membeli produk dari link affiliate anda. Sama juga
dengan produk sendiri, anda berikan tawaran istimewa kepada mereka sebagai
pemangkin untuk mereka beli produk anda.
Manusia ini sukakan sesuatu yang istimewa. Mereka tidak akan ragu – ragu
membeli jika ia adalah istimewa.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Squeeze page yang mantap.
Tidak guna emel anda memikat jika tiada orang yang subscribe emel anda. Oleh
itu, anda perlu sediakan squeeze yang mantap supaya ramai yang akan subscribe
senarai emel anda.
Ciri – ciri squeeze yang mantap adalah
• Headline yang memukau.
• Straight to the point iaitu tidak mengelirukan.
• Berikan sebab besar untuk mereka subscribe.
• Grafik yang simple dan kemas.
Ada ciri di atas, squeeze page anda pasti memukau.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Kesimpulan.
Baiklah, berikut adalah antara perkara yang anda perlu lakukan untuk menjadikan
pemasaran emel sebagai mesin wang.
1. Pilih tajuk projek yang menguntungkan.
2. Siapkan squeeze page yang mantap.
3. Siapkan produk percuma dengan memastikan kualitinya tinggi dan
memenuhi keinginan mereka yang subscribe.
4. Pilih produk untuk di jual dan tulis siri emel berdasarkannya.
5. Susun senjata anda iaitu upload squeeze page, upload siri emel dan periksa
semua flow supaya tidak ada kesilapan.
6. Lakukan promosi terhadap squeeze page tanpa henti.
7. Bergerak ke projek yang lain pula.
www.Emelmatik.com – Autoresponder Percuma!
Emelmatik.com
Dapatkan akaun Emelmatik anda hari ini secara percuma dan anda
boleh menggunakan untuk membina list dan jadikan list anda sebagai
‘mesin wang’. Emelmatik sedia menjadi teman sedia anda dalam
pemasaran emel.
www.Emelmatik.com