Panduan menulis berita
-
Upload
cikgu-bibi -
Category
Education
-
view
1.704 -
download
8
description
Transcript of Panduan menulis berita
PANDUAN MENULIS BERITA
Disampaikan Oleh:BIBI AISHAH BINTI ROSLAN
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIASMK TAMAN MUTIARA RINI 2
JOHOR BAHRU
Karangan berita memerlukan fakta atau maklumat tentang sesuatu kejadian seperti kemalangan, kebakaran dan sebagainya.
Maklumat dalam kandungan berita seharusnya menjawab persoalan◦ Apa? ◦ Siapa? ◦ Bila? ◦ Di mana?◦ Mengapa?
PENDAHULUAN
Penulisan berita perlu mengikut suatu format khusus ;◦Dimulakan dengan menulis nama tempat di sebelah kiri dengan huruf besar, diletakkan tanda koma, diikuti dengan hari atau tarikh serta tanda sempang sebelum perenggan yang pertama.
◦Contoh : SIMPANG AMPAT , Sabtu -
FORMAT PENULISAN BERITA
Isi berita yang paling penting haruslah didahulukan, manakala isi berita yang kurang penting dikemudiankan .
Bahasa yang digunakan dalam penulisan berita haruslah mudah dan padat. Elakkan daripada menggunakan ayat yang panjang atau meleret-leret.
Maklumat-maklumat untuk penulisan sesebuah berita boleh dikumpul melalui pembacaan, pemerhatian dan wawancara
TIPS PENULISAN BERITA
Semasa menulis karangan berita,anda harus mengingat enam persoalan, iaitu apa, siapa, bila, di mana, mengapa, dan bagaimana.
Apa ? Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi tema atau inti
berita. Memberi maklumat utama kepada keseluruhan berita.
Bila ? Menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku.Tarikh dan hari
kejadian berlaku perlu ditulis dengan jelas. Dalam berita-berita jenayah dan kemalangan, waktu peristiwa berlaku perlu ditulis juga.
Di mana ? Menerangkan nama tempat di mana berlakunya sesuatu
peristiwa. Jika terdapat nama-nama tempat yang tidak diketahui umum, alamat tempat itu hendaklah ditulis dengan penuh.
TIPS PENULISAN BERITA
Siapa ? Nama-nama yang terlibat dalam peristiwa itu mestilah jelas.
Nama perlu ditulis dengan lengkap dan penjelasan atau gelaran yang menerangkan siapa perlu ada. Nama penuh, gelaran juga perlu ditulis. Adakalanya umur juga perlu ditulis
Mengapa ? mengandungi sebab-sebab peristiwa itu berlaku. Sekiranya sebab-
sebab yang tidak diketahui hendaklah ditulis sebagai ‘belum diketahui’ atau ‘belum ada bukti’.
Bagaimana? menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan
perkembangan sesuatu peristiwa.
Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.com/2012/07/anda-ingin-menulis-karangan-berita.html
TIPS PENULISAN BERITA
TAJUK BERITATerletak di bahagian paling atas teks. Tajuk rencana ditulis dalam huruf kecil semuanya kecuali pangkal frasa. Terdiri daripada tida atau empat perkataan sahaja. Kadang kala taju ditulis dengan cara yang sensasi untuk menarik perhatian pembaca
PANDUAN MENULIS BERITA
PEMBUKAAN BERITABiasanya terdiri daripada dua perkara iaitu nama, tempat dan tarikh. Nama tempat ditulis dalam huruf besar kesemuanya. Nama tempat pada bahagian pembukaan berita bukanlah menunjukkan tempat spesifik berlakunya kejadian tetapi itu adalah nama bandar, daerah atau mukim tempat yang dilaporkan.Selepas nama tempat diikuti tarikh peristiwa yang tidak disertakan tahun. Tarikh merupakan fakta penting untuk menentukan berita terkini atau berita yang lewat dilaporkan. Selepas tarikh ada satu tanda sempang.
PANDUAN MENULIS BERITA
KANDUNGAN BERITABermula selepas tanda sempang. Isi kandungan berita ada bermacam-macam bergantung pada jenis berita. Kandungan berita dimulakan dengan satu perenggan pengenalan. Perenggan pengenalan disusun dalam satu ayat sahaja dengan cara yang jelas, mudah dan menarik. Seterusnya diikuti dengan perenggang-perenggan isi yang melaporkan peristiwa secara terperinci. Jumlah perenggan tidak tetap. Bahagian ini memperincikan peristiwa yang berlaku hingga ke akhirnya
PANDUAN MENULIS BERITA
PENUTUP BERITAPenutup berita termasuk dalam kandungan berita
Sumber : http://mizaluvender.blogspot.com/2012/09/perbandingan-rencana-dan-berita.html
PANDUAN MENULIS BERITA
PEMBAHAGIAN TUGASAN