Panduan Mengisi Borang JANM01 – Borang Permohonan Capaian ...
PANDUAN MENGISI BORANG ISI KANDUNGAN MUKA...
Transcript of PANDUAN MENGISI BORANG ISI KANDUNGAN MUKA...
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 1
PANDUAN MENGISI BORANG
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 CARA MENCAPAI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN…………………………………2 2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN………………...………………….6
A. Maklumat Peribadi Pemohon……….…………………………………….………………6 B. Maklumat Akademik Pemohon……………...…………………………………………..10 C. Maklumat Ko-Kurikulum………………………………………………………………….16 D. Maklumat Tambahan……………………………………………………………………...18 E. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon…………………………...…………………..20 F. Pengakuan Pemohon……………………………………………………………………..21 G. Pemberitahuan………………………………………………….………………………….22
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 2
PANDUAN MENGISI BORANG
1.0 CARA MENCAPAI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i)
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mencapai laman Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i):
1. Pada ruang Address di Internet Explorer taipkan alamat web berikut:
http://www.spa.gov.my
2. Tekan kekunci Enter atau klik Go (Internet Explorer 6.0).
3. Anda akan melihat Portal Rasmi SPA seperti di Rajah 1.0-1.
Rajah 1.0-1 : Skrin Portal Rasmi SPA
4. Klik pautan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 3
PANDUAN MENGISI BORANG
5. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-2 dipaparkan.
Rajah 1.0-2 : Pautan Borang Pendaftaran Pekerjaan Di Sektor Awam (SPA8i)
6. Pilih butang SPM/Latihan Separa Perubatan (SPM/PMR). Anda mestilah mempunyai kelayakan SPM
ATAU ingin memohon Latihan Separa Perubatan (mempunyai kelayakan SPM atau PMR) jika ingin memohon menggunakan borang ini. Butang pilihan ini akan menentukan jawatan-jawatan
yang anda layak memohon.
7. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-3 dipaparkan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 4
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 1.0-3 : Maklumat borang pendaftaran (SPA8i) – SPM/Latihan Separa Perubatan (SPM/PMR)
8. Sila baca maklumat yang dipaparkan termasuk Maklumat Jawatan, Maklumat Pengiktirafan
dan
Panduan Mengisi Borang sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan anda memohon jawatan
yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
9. Klik pada butang BORANG PENDAFTARAN (SPA8i).
10. Skrin seperti yang tertera di Rajah 1.0-4 dipaparkan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 5
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 1.0-4 : Borang pendaftaran (SPA8i) – SPM/Latihan Separa Perubatan (SPM/PMR)
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 6
PANDUAN MENGISI BORANG
2.0 CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM (SPA8i)
A. Maklumat Peribadi Pemohon
Rajah 2.0-1 : Maklumat Peribadi Pemohon
Sila isikan Nombor Kad Pengenalan anda (sama seperti dalam MyKad). Bagi pemohon yang tidak
mempunyai Nombor Kad Pengenalan (Baru), wajib mengisi kad pengenalan (Lama/Tentera/Polis). Rujuk
Rajah 2.0-1 atau contoh seperti berikut:
1. Nombor Kad Pengenalan (Baru)
540603-03-5550 isikan: 540603035550
2. Nombor Kad Pengenalan (Lama/Tentera/Polis)
a. 4824163 isikan: 4824163
b. H 0432516 isikan: H0432516
c. RF 1234 isikan: RF1234
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 7
PANDUAN MENGISI BORANG
3. Sila pilih jawatan-jawatan yang layak dipohon pada ruangan Jawatan 1. Anda juga dibolehkan untuk
memenuhi ruangan Jawatan 2 hingga 5 dan jawatan yang anda pilih hendaklah tidak berulang
(Jawatan- jawatan yang layak adalah mengikut pilihan borang).
Sila baca Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon bagi mengelakkan anda
memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki. Rujuk
5. Sila isikan Alamat e-mel anda yang aktif. Contoh :
Rajah 1.0-3.
4. Sila pilih Pusat Temuduga/Ujian Khas Yang Dipilih mengikut kesesuaian.
6. Sila isikan Nama Penuh anda (sama seperti dalam MyKad).
Contoh :
Nama Penuh : SYARIFAH ROSNIYATI BINTI HAJI SYED KAMARUL MANSOR
Rajah 2.0-2 : Samb. Maklumat Peribadi Pemohon
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 8
PANDUAN MENGISI BORANG
7. Sila isikan Alamat Surat-Menyurat seperti nombor peti surat / nombor rumah, nama jalan, nama
taman/kampung. Sekiranya ruangan tidak mencukupi, sila ringkaskan ejaan dan singkatan yang
digunakan mestilah mudah difahami.
8. Sila isikan Poskod alamat surat-menyurat anda dengan jelas.
9. Sila isikan Bandar alamat surat-menyurat anda dengan jelas.
10. Sila pilih Negeri alamat surat-menyurat anda dengan betul.
11. Sila isikan Nombor Telefon anda yang boleh dihubungi (jika ada). Sila pilih kod nombor telefon anda
dengan betul dan isikan nombor berikutnya pada ruang kosong.
Contoh :
Nombor Telefon : 03-89451010
Kod nombor telefon yang dipilih adalah 03 dan nombor berikutnya yang dimasukkan adalah 89451010
12. Sila isikan Tarikh Lahir anda mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh lahir juga boleh dipilih dari
kalendar yang dipaparkan. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru) pada maklumat peribadi
pemohon no.1 (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. Tetapi anda digalakkan menyemak Tarikh Lahir
anda.
Contoh :
Tarikh Lahir : 31 Disember 1980 Isikan : 31/12/1980
13. Sila pilih Negeri Tempat Lahir seperti berikut :
a. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Pemohon. Sekiranya anda mengisi no.kad pengenalan (baru)
pada maklumat peribadi pemohon no.1 (Rujuk No.1), sila abaikan langkah ini. b. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Ibu Pemohon.
c. Sila pilih Negeri Tempat Lahir Bapa Pemohon.
14. Sila pilih Jantina anda sama ada Lelaki atau Perempuan.
15. Sila pilih Taraf Perkahwinan anda.
16. Sila pilih Keturunan anda.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 9
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 2.0-3 : Samb. Maklumat Peribadi Pemohon
17. Sila pilih Agama yang dianuti oleh anda.
18. Sila pilih Warganegara anda.
19. Sila pilih Penerima Bantuan sekiranya ibu/bapa/pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan
Rakyat (PKR) / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat (PPR).
a. Sekiranya berkaitan, sila isikan No. Pendaftaran/Rujukan.
20. Sila isikan kelas Lesen Kenderaan anda sekiranya berkaitan. Klik pada kelas yang berkaitan dan
tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Lesen Kenderaan ini penting bagi jawatan
tertentu seperti Juruaudio Visual. Oleh itu, anda dikehendaki mengisi ruangan ini sekiranya meminta
jawatan yang berkaitan.
Setelah selesai, sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke
muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 10
PANDUAN MENGISI BORANG
B. Maklumat Akademik Pemohon
Rajah 2.0-4 : Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau Setaraf
1. Sila isikan Keputusan Peperiksaan PMR/SRP/LCE atau Setaraf. Rujuk contoh seperti Rajah
2.0-4.
1.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
1.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan.
1.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi pemegang Sijil PMR.
1.4. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi.
1.5. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap
matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan
maksimum 10 matapelajaran sahaja.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 11
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 2.0-5 : Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali pertama
Makluman: Sekiranya anda mengambil SPM mengikut sistem terbuka (tahun 2000 ke atas) lebih dari sekali
untuk tiga tahun berturut-turut (cth: tahun 2000, 2001, 2002), anda boleh mengisi dua keputusan terbaik di
ruangan Peperiksaan kali pertama dan Peperiksaan kali kedua mengikut tahun peperiksaan yang diambil.
2. Sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem
Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali pertama. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-5.
2.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
2.2. Sila pilih Jenis sijil menduduki peperiksaan.
2.3. Sila pilih Pangkat yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem
terbuka.
2.4. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia
yang diperolehi dan kosongkan bagi keputusan SPM yang mengikut sistem terbuka.
2.5. Sila pilih Gred yang diperolehi bagi matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris dalam ruangan Gred kerana subjek tersebut adalah wajib diisi.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 12
PANDUAN MENGISI BORANG
2.6. Sila pilih matapelajaran selain Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred yang diperolehi bagi setiap
matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh mengisi keputusan
maksimum 10 matapelajaran sahaja.
Rajah 2.0-6 : Maklumat Akademik Pemohon – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali kedua
(Untuk diisi oleh Pemohon Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja)
3. Seterusnya sila isikan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE/SPM(V)/SPVM/SPM Mengikut Sistem Terbuka atau Setaraf) -- Peperiksaan kali kedua (Untuk diisi oleh Pemohon
Yang Memiliki SPM mengikut sistem terbuka Sahaja). Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-6.
3.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
3.2. Sila pilih matapelajaran mengikut keputusan sijil dalam ruangan Matapelajaran dan pilih gred
yang diperolehi bagi setiap matapelajaran tersebut dalam ruangan Gred. Pemohon hanya boleh
mengisi keputusan maksimum 10 matapelajaran sahaja.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 13
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 2.0-7 : Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai /
SAP / SPM/ STPM / Universiti atau Setaraf
4. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai / SAP / SPM/ STPM /
Universiti atau Setaraf sekiranya berkaitan. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-7.
4.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
4.2. Sila pilih Jenis peperiksaan Bahasa Melayu yang diduduki.
4.3. Sila pilih Gred peperiksaan Bahasa Melayu yang diperolehi.
4.4. Sila pilih LULUS atau GAGAL bagi keputusan Ujian Lisan Bahasa Melayu yang diperolehi.
Rajah 2.0-8 : Maklumat Akademik Pemohon – Peperiksaan Matematik Kertas Julai
5. Seterusnya sila isikan keputusan Peperiksaan Matematik Kertas Julai sekiranya berkaitan. Rujuk
contoh seperti Rajah 2.0-8.
5.1. Sila pilih Tahun menduduki peperiksaan.
5.2. Sila pilih Gred peperiksaan Matematik Kertas Julai yang diperolehi.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 14
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 2.0-9 : Maklumat Akademik Pemohon – Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas
6. Seterusnya sila isikan maklumat Kelayakan Daripada Badan-Badan Profesional dan Ikhtisas.
Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan
ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan selain daripada butiran Kelulusan Pengajian Tinggi ATAU salah
satu daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke jawatan berkenaan. Rujuk contoh seperti Rajah
2.0-9.
6.1. Sila pilih Sijil Pendaftaran daripada Badan Profesional dan Ikhtisas. Kelulusan
Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan
skrin seperti Rajah 2.0-10 di bawah akan dipaparkan.
Pautan kembali ke borang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 15
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 2.0-10 : Maklumat Akademik Pemohon – Kelulusan Profesional/Ikhtisas Dan Sijil-Sijil Lain
6.2. Klik butang Cari untuk memaparkan semua sijil kelulusan atau sila isikan Sijil berkaitan dan klik
butang Cari untuk memaparkan sijil kelulusan yang dikehendaki.
6.3. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-9 akan dipaparkan semula.
6.4 Sila isikan Tarikh Menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan mengikut format dd/mm/yyyy. Tarikh anda
menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan juga boleh dipilih dari kalendar yang dipaparkan.
Contoh :
Tarikh menjadi Ahli/Sijil dikeluarkan: 19 Januari 2010
Isikan : 19/01/2010
Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke
muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas
borang. Rujuk Rajah 2.0-9 seperti di atas.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 16
PANDUAN MENGISI BORANG
C. Maklumat Ko-Kurikulum
Rajah 2.0-11 : Maklumat Ko-Kurikulum – Sukan/Persatuan/Kepimpinan
1. Sila pilih Sukan yang disertai di ruangan Sukan dan Peringkat penyertaan di ruangan Peringkat.
Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-11.
2. Sila isikan Nama Persatuan yang disertai di ruangan Nama Persatuan dan pilih Jawatan yang
disandang dan Peringkat penyertaan di ruangan Jawatan dan Peringkat.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 17
PANDUAN MENGISI BORANG
Rajah 2.0-12 : Maklumat Ko-Kurikulum – Rekacipta dan Inovasi/Pencapaian Khas/Pekerjaan Sekarang
3. Sila isikan Jenis Rekacipta dan inovasi, pilih Sumbangan yang anda berikan dan peringkat
penyertaan.
4. Sila isikan Pencapaian Khas / Istimewa (sekiranya ada). Rujuk contoh yang diberi.
5. Sila pilih Status Pekerjaan anda sekarang.
Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke
muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-12 seperti di atas.
Pautan kembali ke borang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 18
PANDUAN MENGISI BORANG
D. Maklumat Tambahan
Rajah 2.0-13 : Maklumat Tambahan – Kurang Upaya
1. Sila pilih Jenis Kurang Upaya sekiranya anda adalah Orang Kurang Upaya (OKU) dan sila abaikan
sekiranya tidak berkaitan. Kategori ketidakupayaan boleh diperolehi dengan klik pada butang ::Rujuk dan skrin seperti Rajah 2.0-14 di bawah akan dipaparkan. Sekiranya berkaitan, sila masukkan No.
Pendaftaran.
Rajah 2.0-14 : Maklumat Tambahan – Kategori Ketidakupayaan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 19
PANDUAN MENGISI BORANG
1.1. Setelah selesai klik butang Tutup dan skrin seperti Rajah 2.0-15 di bawah akan dipaparkan.
Rajah 2.0-15 : Maklumat Tambahan – Bakat/Kebolehan Bahasa/BekasTentera/Polis
2. Sila pilih Bakat yang dimiliki sekiranya anda memohon jawatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan
Bakat dan Seni. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-15.
3. Sila pilih kebolehan Bahasa/Dialek Selain Bahasa Melayu dan Tahap Penguasaan anda bagi setiap
Bahasa/Dialek tersebut.
4. Sekiranya anda Bekas Tentera / Bekas Polis, sila pilih kategori anda sebagai bekas tentera / bekas
polis dan sila abaikan sekiranya tidak berkaitan. Selepas pilih kategori, pangkat dalam kategori akan
dipaparkan.
Contoh:
Kategori : Bekas Polis
Pangkat dalam polis : Sila pilih maklumat daripada senarai yang disediakan
4.1. Seterusnya sila pilih sama ada anda bekas tentera / bekas polis yang menerima Pencen / Ganjaran sahaja.
Pautan kembali ke borang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 20
PANDUAN MENGISI BORANG
Setelah selesai sila klik butang Seterusnya. Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali
ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat tersebut, ulangi proses penyemakan dan
penghantaran. Untuk kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian bawah atau di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-15 seperti di atas.
E. Semakan Maklumat Peribadi Pemohon
Rajah 2.0-16 : Maklumat Peribadi Pemohon
1. Sila pastikan Maklumat Peribadi Pemohon yang diisi adalah tepat.
1.1. Sila pastikan No. Kad Pengenalan, Nama Penuh dan Alamat yang diisi adalah tepat.
1.2. Pada peringkat ini, anda digalakkan menyemak kembali semua maklumat yang telah dimasukkan
dengan menekan pautan Maklumat Peribadi Pemohon, Maklumat Akademik Pemohon, Maklumat
Ko-Kurikulum ataupun Maklumat Tambahan. Sila buat pembetulan sekiranya perlu. Untuk
kembali ke muka surat borang, sila klik pautan di bahagian atas borang. Rujuk Rajah 2.0-16
seperti di atas.
Pautan kembali ke borang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 21
PANDUAN MENGISI BORANG
F. Pengakuan Pemohon
Rajah 2.0-17 : Pengakuan Pemohon
1. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan. Adalah
diingatkan bahawa anda telah membuat pengakuan bahawa anda memahami Akta Suruhajaya
Perkhidmatan 1957 boleh dihukum penjara 2 tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya
sekali jika maklumat yang dimasukkan adalah palsu. Rujuk contoh seperti Rajah 2.0-17.
2. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang
HANTAR. Kecuaian anda meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan
permohonan anda tidak akan diproses.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia 22
PANDUAN MENGISI BORANG
G. Pemberitahuan
Rajah 2.0-18 : Skrin Pemberitahuan
1. Skrin Pemberitahuan seperti Rajah 2.0-18 dipaparkan sekiranya maklumat anda tiada kesilapan.
Sekiranya anda menerima mesej ralat, sila kembali ke muka surat borang dan betulkan ralat-ralat
tersebut, ulangi proses penyemakan dan penghantaran.
2. Sila Cetak Pemberitahuan untuk rujukan anda. Hasil cetakan adalah seperti skrin Rajah 2.0-19 di
bawah.