Overall Assignment Asas Keusahawanan
description
Transcript of Overall Assignment Asas Keusahawanan
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
PENGENALAN
Keusahawanan secara umumnya ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan
sesuatu perusahaan atau perniagaan sehingga berjaya dengan bermotifkan
keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan strategik untuk berjaya. Konsep
keusahawanan sangat luas jika dinyatakan secara terperinci iaitu melibatkan pelbagai
tokoh yang menyatakan konsep keusahawanan itu sendiri berdasarkan pemahaman
mereka. Usahawan kebiasaannya dikaitkan dengan seorang pencetus inovasi, pelopor
serta pencipta kekayaan. Hal ini disebabkan usahawan memiliki ciri-ciri yang tiada atau
tidak dilihat oleh orang lain sebagai satu kelebihan. Seorang usahawan sentiasa
bergerak maju ke hadapan untuk mencari idea dan peluang-peluang baru yang belum
wujud lagi dalam kalangan masyarakat. Setiap usahawan yang ingin berjaya
seharusnya memiliki ciri-ciri perwatakan sebagai seseorang usahawan di samping
melalui proses-proses lain kerana tiada usahawan yang dilahirkan dengan sendirinya.
Usahawan seharusnya dibentuk melalui beberapa cabang iaitu melalui minat,
pendidikan serta latihan yang sewajarnya. Ciri-ciri sebagai seorang usahawan mestilah
ada kerana ini akan melambangkan ke mana arah tuju bidang yang diterokainya
sebagai contoh, bersikap optimistik, semangat, percaya kepada diri dan sebagainya.
Ciri keusahawanan ini adalah penting kepada sebuah negara sebagai pemangkin dan
perubahan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan
sahaja pendapatan per kapita negara malah melibatkan perubahan struktur perniagaan
dan masyarakat. Hal ini disebabkan oleh penciptaan produk-produk baharu melalui
inovasi dan kreativiti. Masyarakat mampu menghasilkan produk yang berkualiti dan
mempunyai nilai tambah untuk dipasarkan di dalam dan luar negara. Keusahawanan
melalui proses inovasi dapat mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan yang
mana memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat sekali gus dapat mengurangkan
kadar pengangguran dalam sesebuah negara. Melalui kejayaan-kejayaan yang telah
dirai oleh ramai tokoh-tokoh usahawan negara telah membuktikan bahawa sikap, ciri,
usaha dan tindakan yang akan menentukan hasil dalam sesuatu bidang yang diceburi.
1
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
(a) Terangkan setiap ciri dengan contoh yang relevan dalam perspektif bisnes.
Mesti menggunakan usahawan yang berbeza sebagai contoh bagi setiap ciri
sekurang-kurangnya satu contoh.
(1) PERASAAN INGIN TAHU
Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir.Rasa ingin
tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia.Dari rasa ini
manusia memiliki kecenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui
sebelumnya. Banyak para usahawan melakukan penelitian dengan sifat ingin tahu
untuk mengembangkan perniagaan mereka serta mengukur sejauh manakah strategi
yang terbaik ini dapat memberikan keuntungan kepada sesebuah syarikat. Berbalik
kepada kisah seorang usahawan yang berjaya iaitu Tuan Haji Mohd.Tamin.
Cerita mengenai Kicap TAMIN bermula pada tahun 1951 apabila Tuan Haji
Mohd Tamin berjaya menemui ramuan untuk menghasilkannya. Ia bermula sebagai
produksi kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak. Tuan Haji Mohd Tamin memulakan
perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 tetapi semangat dan azam yang
tinggi berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap sehari dengan bantuan ahli-ahli
keluarga beliau. Walaupun dengan kapasiti pengeluaran yang kecil, kebersihan, kualiti
dan rasa sos tidak diabaikan. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang
soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kualiti
kicap yang terjamin. Sikap yang dimiliki oleh beliau menunjukkan bahawa perasaan
ingin tahu ini menyebabkan dia menyelidik dan mengkaji bagaimana cara-cara
membuat kicap yang berkualiti.
Demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, Tuan Haji Mohd Tamin
mengambil langkah meningkatkan pengeluaran 3,500 botol sehari. Peningkatan
kehendak dan kepopularan Kicap TAMIN telah mendorong Tuan Haji Mohd Tamin
untuk mengembangkan perniagaan beliau dengan mendirikan sebuah kilang di Enggor,
tidak jauh dari Bandar Diraja Negeri Perak Kuala Kangsar. Kini, nama TAMIN dikenali
ramai dengan sos dan kicap yang bermutu tinggi. Reputasi ini dibina selama kini oleh
Allahyarham Tuan Haji Tamin. Terdapat 28 produk yang dihasilkan oleh Syarikat Tamin
2
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
antaranya ialah kicap putra, kicap putri, kicap lemak manis, sos tiram, asam jawa, sos
cili dan sebagainya. Walaupun produksi kian bertambah rasa asli Kicap TAMIN tetap
sama seperti yang dirasa pada tahun 1951. Begitulah usaha dan sifat ingin tahu yang
ditonjolkan oleh beliau demi memastikan kualiti kicap TAMIN tetap terjaga.
(2) PEMIKIRAN KREATIF
Permikiran kreatif bermaksud kebolehan dan keupayaan seseorang usahawan
menciptakan sesuatu yang baru. Ciri-ciri pemikiran kreatif yang pertama terdapat dalam
seseorang usahawan adalah yang berfikir di luar kotak. Usahawan yang berfikir kreatif
sering menghasilkan idea-idea yang bernas. Seorang usahawan akan menggabungkan
idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baharu. Antara usahawan yang
mempunyai ciri-ciri permikiran kreatif ialah Tan Sri Lim Goh Tong.
Tan Sri Lim Goh Tong merupakan tokoh yang terkenal di Malaysia dengan
mempunyai aset RM160.6 bil pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia. Beliau
datang ke Malaysia daripada Fujian, China apabila berlakunya 1911 revolusi China
ketika beliau berusia 19 tahun. Idea beliau mula tercetus untuk membina pusat
peranginan di puncak bukit apabila Tan Sri Lim Goh Tong menikmati makan malam di
Cameron Highlands. Beliau berasa tenang apabila menikmati angin sejuk di Cameron
Highlands. Beliau mempunyai keyakinan bahawa apabila taraf hidup penduduk semakin
meningkat di Malaysia, maka ramai orang akan melawat ke resort gunung untuk
bersantai, rekreasi dan menenangkan diri. Dengan permikiran yang kreatif, beliau
merancang untuk membina sebuah resort di gunung dekat dengan ibu kota Kuala
Lumpur kerana Kuala Lumpur merupakan kedudukan yang strategik dan mempunyai
potensi perniagaan yang tinggi.
Semasa Tan Sri Lim Goh Tong membangunkan Genting, beliau mendapat
pandangan negatif dari ramai orang tetapi beliau telah menolak semua negatif ini dan
terus menjalankan rancangannya. Selepas beliau berjaya membangunkan Genting,
beliau telah diberi lesen kasino oleh Tunku Abdul Rahman yang pada ketika itu menjadi
Perdana Menteri Malaysia. Perdana Menteri melawat Genting Highlands dan memuji
usaha beliau membangunkan sebuah resort yang menyumbang kepada industri
3
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
pelancongan Malaysia tanpa bantuan kerajaan.Beliau telah mendirikan bangunan First
World Plaza Hotel yang mempunyai 6118 bilik yang berkedudukan keempat besar di
dunia. Kini, Genting Highland menjadi semakin terkenal di Asia dan Barat.
Kesimpulannya, Tan Sri Lim Goh Tong merupakan salah seorang usahawan yang
mempunyai ciri-ciri permikiran kreatif.
(3) PEMBINA HUBUNGAN
Relationship-builder atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kebolehan
seseorang usahawan dalam membina hubungan atau sesuatu jalinan dengan
pelanggan dalam dunia perniagaan. Kebolehan ini melibatkan kemahiran kendiri yang
wujud antara dua orang sama ada usahawan, pelanggan dan klien. Individu yang
mempunyai kemahiran ini mampu dan boleh bekerjasama menjalinkan hubungan
perniagaan dalam pelbagai cara yang berkesan seperti komunikasi dan menawarkan
perkhidmatan. Pembina hubungan juga kebiasaannya lebih memfokuskan kepada
kehendak atau keperluan pengguna itu sendiri seperti ciri yang dipamerkan oleh
seorang usahawan Puncak Niaga ini. YBhg Tan Sri Rozali Ismail merupakan pengasas
dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) serta pemegang
saham utama kepada PNHB. Syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat
perkhidmatan air yang merawat dan membekalkan air bersih kepada penduduk
khususnya untuk pengguna Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau sentiasa komited
terhadap pekerjaan yang dilakukan demi memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pengguna.
Pada pertengahan tahun 2008, kumpulan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB)
telah menembusi pasaran China melalui anak syarikat milik 80 peratus PNHB, Sino
Water Pte Ltd (SWPL) iaitu sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura. Beliau
telah membina hubungan dua hala dengan cara mengembangkan projek perniagaan di
India, China, dan Indonesia, peluasan operasi serta memberi penghargaan kepada
pemegang kepentingan. Selain itu, beliau juga pernah menyertai Bank Islam Berhad
(BIMB) sebagai Pengurus Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan. Pada masa
itu, beliau hanya seorang perintis dalam (BIMB) untuk membantu mengembangkan
institusi perbankan Islam. Beliau telah dijemput oleh Bank Rakyat supaya bertindak
4
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan kepada operasi yang
berteraskan syariah. Hasilnya, sikap Tan Sri Rozali Ismail yang banyak membina
hubungan dengan pihak luar serta pengalaman yang luas melalui pelbagai bidang
membolehkan syarikat beliau tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
pada tahun 1997. Ini adalah disebabkan sumbangan beliau dalam bidang
keusahawanan.
(4) SEMANGAT
‘Semangat’ atau dikenali sebagai ‘passion’ dalam Bahasa Inggeris merupakan
satu ciri yang penting dalam seseorang usahawan yang berjaya. Perkataan ini dalam
bahasa Melayu membawa maksud kepada semangat seseorang individu terhadap
sesuatu benda dengan penuh perasaan sehingga mendorong mereka untuk mencapai
matlamatnya.Semangat yang kental penting untuk usahawan kerana dalam perniagaan
pelbagai dugaan dan rintangan akan ditempuh seperti semangat yang dimiliki oleh
Datuk Jimmy Choo.
Datuk Jimmy Choo merupakan seorang pereka kasut yang mahir dan pakar
yang berpusat di London, England. Beliau mendapat ilham dan inspirasi rekaannya
daripada tema alam semula jadi seperti flora dan fauna dan juga dari keadaan sekeliling
seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dikunjunginya. Beliau meneruskan
pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London selepas tamat
pembelajaran beliau pada tahun enam di Sekolah Rendah Shih Chung. Beliau juga
melakukan kerja sambilan sebagai pencuci di restoran dan kilang kasut demi
menampung pengajian dan kehidupan beliau.
Selepas tamat pengajian, beliau telah membuka kedai kasutnya di Hackney
pada 1983 dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan.
Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat
menyedihkan tetapi disebabkan semangat beliau yang kental selama empat tahun
bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di sebuah majalah fesyen yang
terkenal di UK, iaitu Majalah Vogue. Nama Jimmy Choo mula dikenali oleh orang ramai.
Selain itu, nasib Datuk Jimmy Choo telah berubah kerana mendiang Puteri Diana
5
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
menikmati dan terus jatuh cinta dengan rekaan Datuk Jimmy Choo. Nama beliau terus
melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini jenama kasut Jimmy Choo menjadi
kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.
Datuk Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharungi
dugaan walaupun cabaran yang dihadapinya amat susah. Ciri ini penting dalam diri
usahawan untuk menjamin kejayaan dalam perniagaan.
(5) KEPERCAYAAN DIRI
Kepercayaan diri adalah psikologi diri seseorang yang mencerminkan
seseorang yang percaya akan diri nya atas kebolehan dan kemampuan untuk
meningkatkan prestasi serta kebolehan membuat keputusan sendiri.Seseorang
usahawan yang berjaya mestilahmempunyai kepercayaan diri yang kuat untuk
menjaminkan kejayaan perniagaan yang diasaskan.
Tan Sri Anthony Francis Fernandes merupakan salah satu usahawan yang
mempunyai ciri-ciri tersebut. Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai
Tony Fernandes merupakan seorang usahawan Malaysia dan pengarah Air Asia.
Beliau dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur. Selepas mendapat ijazah
universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987 beliau bekerja
sebagai pengaudit di Virgin Airline dan seterusnya beliau menjadi pengawal kewangan
kepada Virgin Records pada tahun 1987 sehingga 1989. Beliau ingin mengejar
impiannya untuk menubuhkan syarikat penerbangan. Malangnya, permohonan
lesennya ditolak oleh kerajaan.
Dengan kepercayaan diri yang kuat, beliau telah membeli AirAsia Berhad yang
sedang mengalami kerugian yang teruk. Beliau memajak rumahnya serta keseluruhan
wang simpanannya sebagai modal untuk menjalankan operasi syarikat dan membeli
syarikat penerbangan yang sedia ada. Peristiwa pembelian tersebut menyebabkan
orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana pada masa itu
masih ramai orang tidak berani menaiki kapal terbang. Bukan itu sahaja, AirAsia Berhad
mengalami kesulitan disebabkan menanggung hutang yang terlalu tinggi pada masa itu.
Orang ramai meramalkan syarikat ini akan menjadi muflis pada masa yang akan
datang. Tan Sri Anthony Francis Fernandes percaya tindakan beliau adalah tepat dan
6
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan
rendah dalam keadaan ekonomi yang ketat. Kini dengan konsep serta slogan yang baru
iaitu “sekarang semua orang boleh terbang ”telah memberi perubahan yang besar
kepada syarikat tersebut. Sebagai konklusinya, dengan adanya kepercayaan diri
dariapada beliau kini Air Asia mampu menjadi rangkaian penerbangan terbaik di serata
dunia.
(6) TEGAS
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua tegas boleh didefinisikan sebagai satu sikap
yang berpegang teguh pada pendirian dan tidak ragu-ragu dengan pendapat dan
penegasan yang dilontarkan. Disiplin ini telah ditunjukkan dengan jelas oleh seorang
tokoh usahawan iaitu Tan Sri Azman Hashim yang juga merupakan pengarah utama
kepada Ambank Group.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Senior Cambridge di Methodist
Boy’s School di Sentul, Kuala Lumpur dan menamatkan persekolahan juga di sana.
Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini telah menceburkan diri dan berjinak-
jinak dengan dunia akauntan yang bermula di Messrs. OL Haines & Co. Australia pada
tahun 1955. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai akauntan di Bank Negara
Malaysia selama empat tahun. Beliau telah mengambil langkah berani dengan meletak
jawatan di BNM dengan menubuhkan firma perakaunan sendiri yang diberi nama
Azman, Wong, Salleh & Co. Sebagai seorang yang tegas dan cekap dalam
melaksanakan sesuatu perkara, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Ketua
Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd (Maybank). Dalam pada masa yang sama,
Maybank menghadapi masalah yang besar dan serta-merta beliau menjual
kepentingannya dalam firma perakaunan tersebut dan menjadi ahli bank sepenuh masa
walaupun akan mengalami risiko yang tinggi. Oleh kerana beliau seorang yang
berpandangan jauh dan tidak ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat telah
menjadikan firma Azman, Wong, Salleh & Co kukuh dan stabil. Kesannya, Tan Sri
Azman telah berjaya membuka rangkaian bank yang besar di Asia Tenggara selama 10
tahun dengan memperkenalkan sistem perkomputeran.
7
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Dek kerasukan dan kesungguhan beliau dalam dunia keusahawanan, Tan Sri
Azman telah membeli Arab Malaysian Merchant Bank yang dikenali sebagai Ambank
dan seterusnya telah dilantik menjadi pengerusi. Pada hari ini, empayar besar Tan Sri
Azman Hashim telah meliputi kewangan, hartanah, pembuatan, dan penyiaran dengan
beberapa syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Berpegang teguh pada prinsip di mana
tegas pada prinsip telah menggondolkan beliau sebagai tokoh usahawan yang terkaya
dan berjaya dengan anggaran aset bernilai RM543.6 juta.
(7) KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI
Definisi kebolehan berkomunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses
perpindahan maklumat, perasaan, ideal, dan fikiran seseorang usahawan kepada
usahawan atau sekumpulan usahawan yang lain. Setiap usahawan perlu mempunyai
ciri-ciri kebolehan berkomunikasi yang baik untuk menjalinkan hubungan yang baik di
antara rakan kongsi ataupun pelanggan. Di antara tokoh usahawan yang mempunyai
ciri-ciri kebolehan berkomunikasi ialah Neeta Gosalia.
Neeta Gosalia yang berumur 38 tahun, anak ketiga daripada enam adik beradik.
Beliau anak kelahiran Negeri Sembilan. Beliau mempunyai sebuah syarikat iaitu
Neeta’s Herbal (M) Sdn Bhd yang menghasilkan produk rambut herba dan pusat
penjagaan kulit sendiri. Dengan kebolehan berkomunikasi, Neeta ini diakui sendiri oleh
bapanya melalui interaksinya meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan kemas
di kedai barang milik bapanya.Mengimbas kembali kisahnya, beliau pernah mengalami
masalah keguguran rambut pada usia 17 tahun namun hasil dorongan suami beliau
telah berangkat ke India untuk mendapat bantuan pakar herba tradiotional di sana. Dia
mula menumbuk dan menggunakan herba yang diberikan oleh pakar tersebut. Selepas
sebulan, rambutnya mula tumbuh dengan sihat dan ini menimbulkan minat yang
mendalam pada dirinya untuk terus mengkaji herba tersebut. Dengan bantuan
kewangan daripada suaminya, Neeta mendaftar untuk kursus selama tiga tahun di Kolej
Ayurveda di India. Setelah kembali ke Malaysia, dia danVisvalingam membuka Neeta
Herba di Brickfields, Kuala Lumpur. Dua tahun pertama pembukaan Neeta’s Herbal,
mereka hampir menutup perniagaan tersebut kerana tidak ramai yang menyedari
keberkesanan produk ini ditambah lagi dengan kos pemasaran yang tinggi. Wanita ini
8
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
sungguh bernasib baik kerana kehadirannya dalam Rancangan Nona yang disiarkan di
stesen penyiaran ternama, TV3 telah melonjakkan nama Neeta’s herbal. Melalui
kebolehan berkomunikasi, Neeta dan suaminya berbincang memutuskan untuk
mengembangkan perniagaan dengan membekalkan produk mereka ke kedai-kedai
terpilih di di negara ini. Kesimpulannya, Neeta Gasolia merupakan tokoh usahawan
yang mempunyai ciri-ciri kebolehan berkomunikasi. Ciri-ciri ini dapat meningkatkan
kualiti sesebuah syarikat dan produk tersendiri.
(8) KERJA BERPASUKAN
Kerja berpasukan merupakan salah satu ciri yang perlu ada dalam diri usahawan
untuk membangun dan mengembangkan perniagaannya.Kerja berpasukan membawa
maksud satu kumpulan atau ahlinya yang melaksanakan tugas bersama-sama dalam
satu kumpulan secara bekerjasama dengan mencapai satu matlamat yang sama.
Tokoh yang mengamalkan ciri semangat berpasukan dapat dilihat dalam diri Tan
Sri Jeffrey Cheah iaitu pengasas Sunway Group.Pada peringkat permulaan syarikat
beliau iaitu semasa krisis ekonomi Asia beliau telah menunjukkan sikap menjaga
kepentingan pekerjanya. Tan Sri Jeffrey Cheah memerlukan tenaga pekerjanya untuk
membantu bersamanya membangunkan prestasi syarikat.
Beliau menyatakan bahawa bagi mencapai pengurusan yang menyeluruh, warga
pekerja dianggap sebagai aset yang paling berharga. Beliau sentiasa memupuk
kepercayaan, inisiatif, kreativiti dan sentiasa memberi mereka peluang untuk berkongsi
idea-idea dan seterusnya menilai maklum balas untuk memperbaiki perkhidmatan.
Semua pekerja di Sun City bertanggungjawab ke atas kualiti hasil keluarannya.Banyak
masa dan tenaga dihabiskan untuk memupuk konsep kualiti di seluruh organisasi
melalui kempen poster, seminar atau program seperti Be My Guest dan Front Of The
House Selling untuk meningkatkan keyakinan serta pengalaman pekerjanya untuk
berkongsi idea bagi bersama-sama meningkatkan prestasi syarikat. Beliau memiliki
pekerja yang berlainan latar belakang dan kumpulan yang boleh menjana penyelesaian
kreatif bagi memastikan kumpulan menjadi lebih sensitif terhadap ekonomi global masa
kini.
9
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
(9) OPTIMIS
Optimis bermaksud seseorang yang berfikiran positif terhadap masalah yang
dihadapi. kebingungan, rasa putus asa ataupun kemurungan apabila berhadapan
dengan kesulitan. Sikap optimis ini telah ditunjukkan oleh seorang usahawan yang
berjaya, beliau adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd.
Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat
Faiza Sdn.Bhd yang memulakan operasi pada tahun 1964. Wanita kelahiran Mesir ini
telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya dan menetap di Johor. Pada
ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu
setelah hanya tiga bulan di Malaysia. Ini adalah kerana sifat beliau yang peramah dan
suka bergaul dengan jiran-jirannya.
Wanita yang berperwatakan lembut ini pernah menjadi juruwang di kedai milik
bapanya. Pengalaman tersebut telah mendorong beliau untuk bergiat secara serius
dalam bidang perniagaan. Pelbagai jenis perniagaan telah diceburi oleh usahawan
berjaya ini sejak muda termasuklah berniaga set ensiklopedia, menyulam dan menjual
barangan dapur. Beberapa tahun kemudian, Puan Faiza telah menbeli sebuah mesin
pengisar rempah ratus dan seterusnya membuka kedai runcit hasil daripada penjualan
rempah ratus itu tadi. Bermula disitulah, beliau mendapati bahawa kebanyakan
pemborong beras dibekalkan oleh kaum lain. Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau
belajar mengenali pelbagai jenis beras. Beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai
lain bagi mendapatkan maklum balas jika beliau menjualnya adakah mereka akan
membeli. Atas respon yang positif itu, Puan Faiza telah memohon lesen pemborong
beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponno, basmathi serta beras siam.
Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikatnya mendapat
sambutan baik. Puan Faiza berkata pengalamannya dalam berniaga termasuk
berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya secara positif untuk menyedarkan
masyarakat. Kesimpulannya, sikap optimis yang ada dalam diri Puan Faiza dengan
10
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
azam ingin menjadi pembayar zakat terbesar dan membantu golongan susah telah
menyebabkan beliau menjadi usahawan yang berjaya sehingga sekarang.
(10) BERDAYA MAJU
Dalam meneliti latar belakang usahawan yang berjaya, terdapat pelbagai ciri
yang menyebabkan mereka menjadi usahawan berjaya dan terkemuka. Ciri usahawan
yang berjaya termasuklahusahawan yang berdaya maju. Usahawan yang berdaya maju
akan menjadi ‘world leader’ terhadap setiap pekerjaan yang dilakukannya.
Antara tokoh yang mempunyai ciri yang berdaya maju untuk
memperkembangkan bidang perniagaannya ialahTan Sri Sm Nasimuddin Sm Amin.
Beliau merupakan seorang tokoh yang bergiat aktif dalam bidang automobil dan
menjadi pengarah urusan kumpulan NAZA yang ditubuhkan pada tahun 1979.Beliau
merupakan anak seorang kontraktor. Namun, beliau lebih berminat dan cenderung
terhadap bidang automobil berbanding bidang pembinaan yang diceburi oleh
bapanya.Pada tahun 1974, ketika berumur 21 tahun beliau telah mula berjinak dalam
bidang automobil dengan simpanan hasil gaji bekerja dengan bapanya yang berjumlah
sekitar RM 80,000. Melalui modal yang ada dan peruntukan daripada permit import
(AP), beliau telah mengimport kereta buatan asing sebagai langkah permulaan dalam
bidang perniagaannya.
Dengan azam yang tinggi untuk berjaya dalam dunia perniagaan yang
diminatinya, beliau melihat idea-idea baru untuk memajukan penglibatannya dalam
bidang automobil yang jarang sekali diceburi oleh masyarakat Melayu pada masa itu.
Salah satu strategi yang dirangka oleh beliau adalah untuk mengimport kereta daripada
Jepun. Ini kerana Jepun merupakan salah satu negara yang mempunyai teknologi yang
canggih dalam bidang pembuatan.Bagi memastikan strategi beliau berjalan lancar,
beliau sendiri telah berhijrah dan menetap di Jepun selama 3 bulan dan membawa balik
beberapa buah kereta daripada Jepun. Melihatkan kejayaan beliau kali pertama dalam
dunia perniagaan automotif, beliau melabur semula hasil jualan kereta import dibaik
pulih Jepun itu dengan membawa masuk kereta-kereta mewah Eropah pula seperti
Mercedes Benz dan BMW.
11
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Kesimpulannya, beliau merupakan seorang tokoh usahawan yang patut
dicontohi,berdaya maju dan dapat mengembangkan perniagaan beliau sehingga kini.
(b) Tulis sebuah biografi ringkas mengenai satu usahawan berjaya yang dipilih
menggunakan ayat sendiri. Kemudian, terangkan bagaimana beliau menunjukkan
mana-mana ciri keusahawanan yang dinyatakan dalam soalan (a) dan bagaimana
ciri ini membantu mereka berjaya dalam cabaran.
TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951.
Keluarganya berasal dari Hadhmaut,Yaman. Beliau mempunyai tujuh orang adik-
beradik dan merupakan anak ketiga. Beliau adalah seorang yang berasal daripada
keluarga yang miskin. Bapanya seorang yang selalu mengembara untuk berdagang
dan akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar.Mereka hidup dalam
keadaan serba kekurangan sehinggakan rumah kayu yang didiami mereka tidak
mempunyai katil, meja atau kerusi. Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang
berkemampuan, beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjual di
pasar disamping membantu bapanya menjual roti canai dan menternak binatang bagi
menampung pendapatan keluarga. Bagi seorang insan biasa seperti insan lain, beliau
juga memiliki ciri dan sikap tersendiri yang merangsang beliau untuk terus maju ke
hadapan. Ciri-ciri yang wujud dalam diri beliau ialah sentiasa bersemangat, keyakinan
diri yang teguh, sikap optimistik, bersifat ingin tahu, dan berfikiran kreatif.
Setiap perniagaan yang dijalankan pasti akan ada cabarannya begitu juga
dengan apa yang dihadapi oleh beliau. Pada mulanya penglibatan beliau dalam bidang
perniagaan tidak berjaya dek kerana tercetusnya wabak kaki dan mulut pada binatang
ternakan bapanya tetapi kegagalan itu tidak meruntuh semangat beliau untuk terus
berusaha. Pada tahun 1970, beliau mula mengambil langkah untuk menjual daging di
sekitar Alor Setar secara kecil-kecilan selepas perniagaan bapanya merosot. Beliau
membungkus daging tersebut bersama ais dan kemudiannya menjual kembali kepada
peniaga Bumiputera dan restoran berdekatan. Perniagaan beliau ternyata berjaya
12
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
sehiingga terus membakar semangatnya untuk memajukan diri dalam bidang
perniagaan.
13
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Kesungguhan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dalam dunia perniagaan tidak
terhenti di situ sahaja bahkan semakin bertambah. Beliau mempunyai keyakinan diri
yang luar biasa berbanding orang lain. Beliau sentiasa yakin bahawa beliau boleh
berjaya pada suatu hari nanti. Dengan keyakinan yang ada, beliau mencuba nasib
dalam mengendalikan syarikat pengangkutan. Beliau telah membeli dua buah lori
Mercedes 911LS dan seterusnya membuka syarikat pengangkutan bernama 'Syarikat
Pengangkutan Sentosa'. Beliau tidak mempunyai segala pengalaman tentang
pengangkutan tetapi sentiasa meyakinkan diri beliau bahawa syarikat tersebut akan
dapat dibangunkan. Beliau telah melantik bangsa Cina sebagai pengurus syarikat itu.
Lori-lori itu telah digunakan untuk menjalankan perniagaan beras dan dibekalkan ke
pihak FELDA dan MARA. Hasilnya syarikat yang beliau usahakan berjaya dan wujud
hingga ke hari ini dengan jumlah sebanyak 40 buah lori. Keyakinan diri itulah yang
menjadikan syarikat tersebut kukuh dan sistematik.
Bukan itu sahaja, beliau merupakan seorang yang sentiasa bersikap optimistik
seiring dengan kehendak beliau untuk terus maju ke hadapan. Beliau telah diberikan
kontrak untuk membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak
sapi. Setelah mendapat kontrak pembekalan tersebut beliau mula menubuhkan Susu
Mas Sdn.Bhd pada tahun 1979. Produk Susu Mas Sdn.Bhd dipasarkan di bawah
jenama Fernleaf dan Anchor. Namun pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed
Mokhtar telah menjual kesemua kepentingannya dalam Susu Mas Sdn.Bhd disebabkan
kemelesetan ekonomi yang berlaku. Keadaan yang berlaku tidak mematahkan
semangat beliau untuk sentiasa berfikiran positif dan meneruskan perniagaan beliau
dalam bidang lain.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga memiliki sifat tersendiri iaitu sifat ingin
tahu yang sangat tinggi. Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan yang lain pula
dek kerana keinginannya yang mendalam terhadap bidang tersebut. Daripada seorang
yang menjual sayur-sayuran, menjual roti canai, membela binatang ternakan, menjual
daging segar, dan sebagainya beliau dengan rasa ingin tahunya terus terlibat dalam
bidang pembuatan iaitu pembuatan pakaian seragam dan kasut yang berpusat di
Seberang Prai. Salah satu syarikat beliau ialah Oriental Garments Uniform Division.
14
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Ternyata segala usaha beliau memberi hasil yang lumayan. Hal ini menjadikan beliau
seorang yang tidak malu berhadapan dengan orang sekeliling serta tidak pernah jemu
dalam membantu dan memberi kebajikan kepada orang Melayu khususnya.
Selain itu, Tan Sri Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang insan yang sentiasa
mencari jalan untuk mengembangkan idea kreatifnya. Beliau mencari kaedah-kaedah
baru bagi meluaskan perniagaan beliau yang sedia ada bukan sahaja untuk
keuntungan semata-mata bahkan untuk kebajikan masyarakat di sekelilingnya. Beliau
telah menubuhkan sebuah yayasan yang dikenali sebagai Yayasan Al Bukhary. Tujuan
utama penubuhan yayasan tersebut ialah untuk membantu golongan miskin yang
kurang berkemampuan terutamanya dalam bidang pendidikan. Yayasan Bukhary telah
banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat tidak kira Islam atau bukan Islam.
Beliau bertindak dalam menyumbangkan idea kreatifnya bagi menjalankan sebuah
Kompleks Al Bukhary yang bernilai Rm400 juta. Kompleks ini mengkhususkan pelbagai
kemudahan untuk kegunaan rakyat seperti masjid, pusat perubatan, rumah anak yatim,
pusat komuniti, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian. Beliau tidak pernah
melupakan golongan yang amat memerlukan terutamanya masyarakat setempat. Hal
ini dianggap sebagai idea yang bernas dan kreatif bagi beliau kerana dapat membantu
insan yang kurang bernasib baik di samping dapat beramal jariah.
Natijahnya, jika Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak mempunyai ciri-ciri
seperti keyakinan diri, pemikiran kreatif, semangat, optimistik dan sifat ingin tahu beliau
mungkin akan berputus asa dan tidak dapat berjaya dalam perniagaannya. Beliau
pernah mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaan sendiri tetapi beliau tetap
tidak berputus asa. Beliau berpendapat bahawa setiap kali mengalami kerugian atau
kegagalan dalam perniagaan bukan masalah kerana sekiranya berjaya sekali dalam
perniagaan sendiri itu akan melambangkan kejayaan seumur hidup. Jatuh bangunnya
beliau dalam dunia perniagaan bergantung kepada sikap dan sifat beliau sendiri. Ciri
yang beliau miliki haruslah dicontohi demi menjamin kejayaan.
15