Oumh1103 Normayati Jaafar

download Oumh1103 Normayati Jaafar

of 16

description

e-pembelajaran

Transcript of Oumh1103 Normayati Jaafar

ISI KANDUNGAN

KeteranganMuka surat

1.0 PENGENALAN1.1 Latar belakang Pembelajaran Secara Atas Talian (e-pembelajaran)1.2 Kepentingan pembelajaran Secara Atas Talian (e-pembelajaran)

2.0 CIRI-CIRI YANG BOLEH MEMBANTU MENJADI PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN2.1 Bermotivasi 2.2 Mempunyai Kemahiran Dalam Bidang ICT2.3 Bijak Mengurus Masa2.4 Mempunyai kemahiran dalam menulis dan membaca

3.0 STRATEGI YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENJADI PELAJAR BERJAYA DALAM PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN.3.1 Meningkatkan Motivasi Diri3.2 Meningkatkan Kemahiran Dalam Bidang ICT3.3 Pengurusan Masa Yang Cekap3.4 Meningkatkan Kemahiran Membaca dan Menulis

4.0 KESIMPULAN

23

4 555 66

7 888 99 - 10

10 - 11

1.0 PENGENALAN

1.1Latar belakang Pembelajaran Secara Atas Talian (e-pembelajaran)Pada era globalisasi kini, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi berlaku di seluruh dunia. Kemajuan dalam bidang teknologi ini telah mewujudkan dunia tanpa sempadan dengan penyebaran maklumat tanpa batasan. Kecanggihan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) telah berkembang dengan pesat selaras dengan kewujudan Multimedia Super Koridor (MSC) yang menjadi aspirasi mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sektor pendidikan Negara turut berubah dengan suntikan pembaharuan mekanisma moden dalam sistem pembelajaran. Pembelajaran secara konvensional kini telah melangkah ke frasa baru dengan gandingan aplikasi sistem pembelajaran atas talian bagi menyaingi kepantasan ledakan teknologi semasa.Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Nazri Md Saad berkata , perubahan awal dunia pendidikan negara bermula dengan usaha mengintegrasikan penggunaan teknologi seperti radio, televisyen dan video. Kemunculan teknologi internet membawa perubahan yang ketara terutama ledakan web 2.0. (Harian metro, 05 mei 2013)Teori Pembelajaran Connectivism (atas talian) bermula sejak 2005 dengan pelaksanaan teori diterjemahkan kepada penggunaan internet sebagai medium komunikasi, kolaborasi dan perkongsian maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, Siemens, G. (2005)Deubel (2006), menegaskan bahawa pelajar hari ini mengharapkan learning on demand, literasi teknologi, tugasan yang pelbagai, suka kepada pembelajaran yang aktif dan menggunakan alat untuk berhubung dengan orang lain. Hal ini membawa kepada persoalan perlunya pendekatan pembelajaran diubah sesuai dengan perubahan perlakuan dan keperluan pelajar masa kini. Sesungguhnya pembelajaran atas talian adalah memenuhi cabaran pembelajaran zaman digital disamping menyediakan pelajar dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat.Harasim dan rakan-rakan (1997) mendefinisikan e-pembelajaran sebagai pembelajaran atas talian. Abbey (2000) menyatakan e-pembelajaran ialah arahan pembelajaran berdasarkan web. Haughey dan Anderson (1998) pula menyatakan e-pembelajaran ialah pembelajaran secara rangkaian. Manakala Jawatankuasa ECAP, Asia e University (2010) dalam kertas kerja mengenai Dasar e-pembelajaran Negara (DEPAN) bersetuju mengunapakai definisi e-pembelajaran sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pembelajaran dan pengajaran. Umumnya, e-pembelajaran bermaksud belajar dengan menggunakan teknologi iaitu satu kaedah pembelajaran baru yang mana maklumat seperti nota dan tugasan yang diperlukan oleh pelajar akan dihantar oleh ahli akademik melalui mel elektronik (e-mel) dan Compact Disc Read Only Memory (CD ROM). Perkembangan e-learning di Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara. Universiti Terbuka Malaysia (OUM) adalah salah sebuah universiti yang memanfaatkan penggunaan e-pembelajaran secara blended learning iaitu gabungan antara pembelajaran konvensional dan pembelajaran dalam talian. sebagai mode pengajaran utama. (Modul OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Learners).

1.2Kepentingan pembelajaran atas talian (e-pembelajaran)Menurut Wahyu dan Yahya (2010), dalam artikel yang bertajuk Aplikasi e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia menyatakan, di dalam pembelajaran e-learning fokus utamanya adalah pelajar. Suasana pembelajaran e-learning akan memaksa pelajar menjadi berdikari dan lebih aktif dalam pembelajarannya kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri. Pelajar membuat perancangan dan mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pencarian maklumat tidak terbatas dan terkini kerana bahan pengajaran boleh dipilih sendiri oleh pelajar sama ada dirasakan sesuai atau tidak. Pelajar tidak perlu rasa malu untuk mengulangi tajuk pembelajaran yang sama untuk mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain itu, masa lebih fleksibel dan kurang tekanan kerana ianya boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada kemudahan komputer dan internet. Pengajaran boleh dijalankan secara synchronously (pada waktu yang sama) atau asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui media yang mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk discussion group serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian on line (Learnframe, 2001) Dalam ertikata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.

2.0 CIRI-CIRI YANG BOLEH MEMBANTU MENJADI PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIANPembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran adalah berbeza dengan pembelajaran konvensional dimana pembelajaran secara atas talian mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran. Pembelajaran secara atas talian juga tidak memerlukan pelajar berada di dalam kelas dan tidak dilakukan secara bersemuka. Keadaan ini memberi kesan kepada pelajar seandainya mereka tidak mengamalkan beberapa ciri penting sekiranya mereka merupakan pelajar yang belajar melalui kaedah ini. Secara umumnya untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pembelajaran atas talian, mereka perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

2.1 BermotivasiPembelajaran tidak akan wujud tanpa kesediaan belajar. Ini kerana kesediaan belajar bergantung kepada motivasi yang sesuai, Justeru itu motivasi adalah penting untuk menggerakkan pembelajaran, terutamanya pembelajaran atas talian yang mengamalkan pembelajaran kendiri atau urus sendiri. Carl Rogers, seorang pakar psikologi humanistik menyatakan di dalam diri manusia ada keinginan yang kuat untuk belajar yang bersifat semulajadi. Oleh itu untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya penting untuk kita memupuk motivasi dari dalam diri sendiri kerana ia akan mendorong rasa ingin tahu dan minat semulajadi untuk belajar tanpa sebarang paksaan. Motivasi bukan sahaja menggerakkan tingkah laku, tetapi memperkuatkan tingkah laku. Pelajar yang bermotivasi dalam pembelajaran akan menunjukkan minat, semangat dan ketekunan yang tinggi dalam pelajaran tanpa banyak bergantung pada orang lain. Kajian yang dijalankan oleh Lepper dan lain-lain (2005) berkenaan Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientations in the Classroom:Age Differences and Academic Correlates menunjukkan hubungan yang positif antara motivasi intrinsik dengan pencapaian akademik. Motivasi diri yang tinggi adalah perlu sebagai dorongan untuk berjaya. Ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Fazilah dan lain-lain (2000) dimana kesimpulan daripada satu hasil dapatan menyatakan pelajar mesti mempunyai motivasi yang tinggi, pemikiran yang positif dan mempelbagai aktiviti yang boleh meningkatkan prestasi bahasa inggeris dan subjek-subjek lain. Sebagai pelajar yang belajar melalui pembelajaran atas talian, kita haruslah mewujudkan motivasi dalam diri sebagai dorongan untuk berjaya kerana kejayaan itu terletak pada sikap yang kita amalkan. Seperti kata pepatah melayu dimana ada kemahuan di situ ada jalannya.

2.2 Mempunyai Kemahiran Dalam Bidang ICTHall dan Snider (2000) menyatakan e-pembelajaran sebagai satu proses pembelajaran melalui komputer, internet dan intranet. Zahiah dan Abdul Razak (2010) melalui kertas kerja mengenai e-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dibentangkan dalam Prosiding Persidangan Serantau mengenai Integrasi Ilmu dalam ICT 2010, menyatakan orang dewasa yang berhasrat meneruskan pembelajaran secara online perlu membuat penilaian tahap kesediaan belajar, serta mempunyai tahap kompetensi penggunaan komputer. Apabila kompetensi baik, maka lebih selesa dan mudah menyesuaikan diri dengan e-pembelajaran. Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang menawarkan kursus secara e-pembelajaran mempunyai program orientasi kepada pelajar-pelajar baru. Contohnya di Universiti Terbuka Malaysia (OUM), pada semester pertama para pelajar diajar bagaimana untuk menggunakan sistem pengurusan pembelajaran iaitu MyVLE tetapi tidak meliputi perkara-perkara asas tentang komputer. Oleh yang demikian pelajar haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran ICT sekurang-kurangnya boleh menguasai kemahiran asas berkenaan komputer. Ini termasuklah keupayaan untuk melayari internet, memuat turun perisian dan mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Rubiah dan Jamilah (2009) berdasarkan kajian yang dibuat oleh mereka iaitu Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam kalangan ahli akademik menyatakan Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan mengenai ICT. Ini kerana konsep sistem e-pembelajaran ialah mengintegrasikan ICT dalam sistem pembelajaran Menurut Jamalluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu untuk memaksimumkan keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi, kemahiran dapat menggalak dan melahirkan inovasi, transformasi dan perubahan masyarakat.

2.3 Bijak Mengurus MasaPembelajaran secara atas talian adalah fleksibel dan mudah kerana mod pembelajarannya tidak mempunyai jadual yang ditetapkan untuk belajar. Namun keadaan ini mengundang risiko andainya kita tidak bijak mengurus masa. Umum mengetahui kebanyakan pelajar yang belajar melalui pembelajaran atas talian adalah merupakan pelajar dewasa yang bekerja dan sentiasa sibuk dengan bebanan tugas. Oleh yang demikian mereka mestilah menguruskan masa dengan baik, teratur dan mempunyai disiplin yang kuat untuk memastikan apa yang telah dirancang diikuti sepenuhnya untuk menjadi pelajar yang berjaya. Selain itu, adalah penting untuk pelajar ini sentiasa memberi perhatian mengenai tugasan yang diberikan dan tarikh akhir tugasan tersebut perlu dihantar. Pakar pengurusan masa Merill E. Douglass dalam Ambosworkz (2005) menyatakan, cara anda menghabiskan masa menentukan cara anda menjalani kehidupan dan itulah diri anda sebenarnya. Pelajar yang berjaya tidak akan menangguhkan kerja mereka dan menjalankan tanggungjawab untuk melengkapkan kerja kursus tepat pada masanya.

2.4 Mempunyai kemahiran dalam menulis dan membacaBanyak perubahan yang akan berlaku apabila bergelar pelajar khasnya pelajar yang mengikuti pembelajaran secara atas talian. Seperti yang diketahui kebanyakan pelajar yang mengikuti mod pengajian seperti ini adalah daripada golongan pelajar dewasa yang bekerja. Justeru itu penting untuk mereka mempuyai keupayaan untuk sesuaikan diri dengan iklim pembelajaran yang baru. Membaca dan menulis adalah asas pembelajaran dan merupakan cara yang utama di dalam pembelajaran secara maya atau atas talian. Banyak manfaat dari pembacaan kerana setiap kursus yang ditawarkan melalui mod pengajian ini memerlukan pelajar membaca modul, nota-nota tutorial, artikel samada elektronik atau bercetak, surat khabar, jurnal dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat dan memperkukuhkan gaya penulisan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Kebolehan membaca dengan baik membolehkan mereka memaksimumkan manfaat dari pembacaan dan seterusnya meningkatkan kemahiran membaca. (Modul OUMH1103 Learning skills for open distance learners). Hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Dr Baharin dan rakan-rakan berkenaan kemahiran belajar pelajar Universiti, di Fakulti Pendidikan UTM menunjukkan tahap Kemahiran Menulis Nota adalah tinggi dan beliau serta rakan-ran merumuskan bahawa mencatat nota adalah satu kemahiran yang sangat penting kepada penuntut di Universiti.

3.0 STRATEGI YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENJADI PELAJAR BERJAYA DALAM PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN.Mengikut kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga merujuk kepada kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Di daam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pelajaran yang berkesan. Dalam konteks strategi untuk berjaya dalam pembelajaran atas talian pula bolehlah ditafsir sebagai kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai kejayaan sebagai pelajar yang berjaya dalam pembelajaran atas talian. Antara cadangan strategi yang boleh dibuat bagi memastikan kejayaan dalam pembelajaran atas talian ialah :3.1 Meningkatkan motivasi diriMotivasi adalah kuasa penggerak minda ia boleh ditafsirkan sebagai menberi tenaga, menunjuk arah dan mengekalkan perlakuan terhadap sesuatu matlamat. Motivasi mempengaruhi cara seseorang bekerja, memberi kesan terhadap masa untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan sebagainya. (modul OUMH1103 Learning skills for open distance learners). Di antara strategi yang boleh pelajar amalkan untuk meningkatkan motivasi ialah :3.1.1 Sentiasa positifUntuk berjaya penting bagi seseorang pelajar bersikap dan berpandangan positif. Setiap kesukaran yang dialami jadikan ia sebagai satu cabaran. Contohnya pembelajaran atas talian adalah pembelajaran berpusatkan pelajar, oleh itu, jadikannya satu peluang untuk menjadi seorang yang lebih ggih dan berdikari untuk berjaya. 3.1.2Gunakan strategi Pembelajaran AktifJangan menjadi pelajar yang pasif. Amalkan strategi pembelajaran aktif iaitu dengan cara mencari sumber-sumber rujukan di perpustakaan, melalui media cetak atau elektronik, berbincang dengan tutor samada secara bersemuka atau maya dan membuat perbincangan dengan rakan untuk berkongsi idea dan pandangan.

3.1.3Sentiasa Memantau PembelajaranUntuk meningkatkan motivasi diri pelajar perlu sentiasa mengikuti perkembangan pembelajaran mereka. Mendapatkan maklumbalas daripada tutor sangat penting bagi setiap tugasan dan ujian yang dibuat. Perbincangan mengenai pencapaian prestasi juga adalah penting untuk meningkatkan motivasi diri.

3.2 Meningkatkan kemahiran dalam ICTPelajar yang berjaya melalui pembelajaran secara atas talian haruslah mahir mengendalikan peralatan teknologi terutamanya komputer. Mereka harus melengkapkan diri dengan ilmu ICT bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Langkah atau strategi yang boleh diambil oleh pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam ICT ialah :3.2.1 Pelajari perkara asas mengenai komputerPelajar harus melengkapkan diri dengan kemahiran ICT sekurang-kurangnya tahu perkara asas atau cara-cara asas untuk mengendalikan komputer. Ini termasuklah keupayaan untuk melayari internet, memuat turun perisian dan mahir menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Power Point. Pelajar boleh mempelajari perkara asas ini melalui rakan atau ahli keluarga yang mahir. 3.3 Pengurusan masa yang cekapPengurusan masa yang efektif adalah satu aspek pemangkin kepada kecemerlangan pelajar. Pengurusan masa adalah cara pelajar itu menguruskan jadual dan masa. Untuk mencapai matlamat sebagai pelajar yang berjaya, mereka haruslah merancang segala aktiviti yang hendak dilakukan secara sistematik. Strategi yang boleh dibuat dalam pengurusan masa ialah :3.3.1 Merancang jadual waktu belajar dan harianPerancangan jadual waktu adalah penting dalam kehidupan. Tujuan perancangan jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan bermakna. Frederick Taylor dalam Abdul Shukor Abdullah (2004) iaitu pakar pengurusan saintifik, menyatakan bahawa salah satu pengurusan saintifik adalah melalui pengurusan jadual tugas.

3.3.2Analisa Penggunaan MasaSebagai pelajar yang belajar secara kendiri, mereka perlu menguruskan masa dengan efektif dan teratur. Pengurusan masa bukan haya menilai mengenai bagaimana menguruskan masa, tetapi juga menilai bagaimana menguruskan diri.

3.3.3Menetapkan KeutamaanBelajar untuk membuat ketetapan keutamaan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu, perlu dibuat atau diselesaikan dengan segera Selain itu pelajar juga perlu sentiasa fokus. Untuk membuat ketetapan keutamaan, pelajar perlulah mengambilkira hubungan dengan orang lain. Kebanyakan pelajar yang melanjutkan pelajaran melalui mod pengajian jarak jauh telah berkeluarga, maka mereka harus menetapkan suami atau isteri dan anak-anak sebagai keutamaan.

3.4 Meningkatkan kemahiran membaca dan menulisPelajar yang berjaya adalah pelajar yang sentiasa menambahkan ilmu pengetahuannya melalui pembacaan dan sentiasa membuat rujukan samada melalui media cetak atau media elektronik. Oleh yang demikian pelajar mestilah menguasai kemahiran asas seperti membaca dan menulis. Kemahiran membaca membolehkan pelajar mendapat idea keseluruhan, mendapat maklumat spesifik seperti maksud perkataan, petikan tertentu atau lokasi sesuatu tempat. Selain itu kemahiran membaca boleh membentuk pemahaman yang terperinci dan analitikal. Berikut adalah strategi bagaimana untuk membaca :3.4.1 Pembacaan pantasPembacaan pantas dilakukan untuk memdapatkan idea keseluruhan atau maklumat keseluruhan bagi sesuatu topik. Teknik-tenik untuk melakukan pembacaaan pantas ialah : 3.4.1.1ScanningPelajar perlu mengimbas isi kandungan dengan pantas untuk mendapatkan maklumat, Cara mengimbas ialah mata perlu bergerak pantas pada mukasurat yang dibaca untuk memastikan terdapat maklumat yang dikehendaki.

3.4.1.2SkimmingSkimming melibatkan membaca hanya sebahagian teks. Untuk melakukan skimming pelajar perlu membaca tajuk dan ringkasan buku tersebut. Pada permulaannya anda mungkin tertarik dengan semua tajuk yang dihitamkan. Seterusnya baca perenggan pertama dan terakhir serta mencari katakunci. Teknik yang boleh dilakukan ialah cari katakunci dn frasa penting dalam mukasurat tersebut. Mulakan pencarian di bahagian atas sebelah kiri dan terus ke bahagian bawah di sebelah kanan dalam bentuk zig zag, Fokuskan hanya kepada katakunci yang terdapat di dalam teks

3.4.1 Pembacaan perlahanPembacaan perlahan digunakan apabila pelajar perlu lebih teliti dan mendalami apa yang dibaca. Ini penting sekiranya pelajar mahu memahami dan membuat analisa, membuat penilaian dan menjadi kritikal, perlu menghafal maklumat dperlu kerana mengikut arahan. Terdapat dua pendekatan yang boleh diambil untuk teknik pembacaan perlahan iaitu :3.4.1.1 Pendekatan analitikalPendekatan ini digunakan apabila perlu memahami arahan atau menghafal apa yang dibaca. Pelajar perlu menjadi pembaca yang aktif. Pelajar perlu mencipta soalan dan menjawabnya semasa membaca.3.4.1.2 Pendekatan kritikalPelajar perlu aplikasikan pendekatan ini sekiranya perlu membuat penilaian atas bahan bacaan yang digunakan. Jika menggunakan bahan bacaan berbentuk akademik, pelajar perlu dapat meneka apakah tujuan penlis menulis bahan bacaan tersebut.

4.0 KESIMPULAN

Berdasarkan apa yang telah dihuraikan mengenai pembelajaran secara atas talian dapatlah dirumuskan bahawa sistem pengajarannya adalah berpusatkan pelajar. Ini kerana pelajar tidak perlu lagi berinteraksi dengan guru secara empat mata. Sebaliknya proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan iaitu hanya melibatkan penggunaan komputer dan internet sebagai medium perantaraan untuk menyampaikan dan menerima maklumat. Walaubagaimanapun untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pembelajaran atas talian, mereka perlulah pandai berdikari dan bolah mengadaptasi suasana pembelajaran yang sememangnya berbeza dengan pembelajaran secara konvensional ataupun tradisional dengan mengaplikasikan strategi-strategi yang telah dinyatakan seperti pengurusan masa yang cekap, meningkatkan motivasi diri, meningkatkan kemahiran ICT dan kemahiran menulis serta membaca. Sesungguhnya usia bukan halangan kepada kita untuk mencapai kecemerlangan. Melalui pembelajaran secara atas talian ini, ia merupakan satu program pendidikan yang memberi banyak manfaat kepada mereka yang sibuk bekerja tetapi ingin meningkatkan taraf pendidikan ke satu tahap yang membanggakan.

(2599 patah perkataan)

RUJUKAN

Abbey, B. (2000). Instructional and Cognitive Impacts of Web-Based Education. London: Idea Group Publishing.Baharin Abu. et al. (2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar Universiti. [Online]. Available: http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf. [2013, December 4] Dasar e-pembelajaran Negara (DePAN) untuk Institusi Pengajian Tinggi. (2010). [Online]. Available: http://meipta.files.wordpress.com/2011/06/dasar-e-pendidikan-negara.pdf. [2013, December 4]Debbie, M. (2012). Online learning insights: Five-step Strategy for Student Success with Online Learning. [Online]. Available : http://onlinelearninginsights.wordpress.com/2012/09/28/five-step-strategy-for-student-success-with-online-learning/. [2013, December 3]Deubel, P. (2006). The value of connectivism. T.H.E. Journal K-12 Tech Trends Newsletter. [Online]. Available: http://www.thejournal.com/the/newsletters/k12techtrends/. [2013, December 4]Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles : A Practical Approach. Reston, Virginia : Reston Publishing.Fazilah, I., Halizah, O. dan Harieza, H. (2000). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar PJJ UKM Dalam Program Bahasa Inggeris: Satu Tinjauan. dlm Seminar Kebangsaan Pengajian Jarak Jauh. Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia.Harasim, L. et al. (1997). Learning Networks: A Field GuideHaughey, M. & Anderson, T. (1998). Network Learning: The Pedagogy of the Internet. Canada: McGraw-Hill.Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publication & DistributorsLearnframe (2001). ). [Online]. Available: http://peoplesoftlc.hosted.learnframe.com/solutions/lc/. [2013, December 4]Lepper, R. M., Corpus, H. J. & Iyenger, S. S. (2006). Educational technology : Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientations in the Classroom: Age Differences and Academic, 97(2), 184-186. Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Ruhaiza Rusmin & Ihsan Noorzali. (2013, Mei 5). Teknologi untuk Generasi V. Harian Metro, p. 32Saemah Rahman & Siti Fatimah Mohd Yassin. (2008). Kemahiran mengakses dan mempelajari bahan hiperteks dalam kalangan guru pelatih. [Online]. Available : http://www.ukm.my/jurfpend/journal/vol%2033%202008/pdf/BAB[6].pdf. [2013, December 3]Siemens, G. (2005). Connectivism: A Learning Theory for the Digital Age. International Journal of Instructional Technology and Distance Learning. [Online]. Available: http://www.itdl.org/ Journal/Jan_05/ article01.htm. [2013, December 4]Songgok, R. J. (2009). Motivasi dalam belajar. [Online]. Available: http://www.oocities.org/usrafidi/motivasi.html. [2013, December 4].Zahiah Kassim & Abdul Razaq Ahmad (2010). E-pembelajaran: evolusi internet dalam pembelajaran sepanjang hayat. [Online]. Available: http://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odl-resources/159456/epembelajaran.pdf. [2013, December 4]Zaiton Osman (et al.). (2012).OUMH1103 Learning skills for open distance learners (2nd ). Selangor: Open University Malaysia (OUM).Zuraini Zakaria (et al.). (2006).Cabaran pendidkan secara jarak jauh: Kesedaran dan pendedahan dalam Era Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). [Online]. Available : http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_Kesedaran_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_(ICT).pdf. [2013, December 4]

Appendix 1: Title Page

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

OUMH1103LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

ASSIGNMENT TITLE :Attributes of the learners and how do these attributes help the learners to become successful in an online learning environment and strategies to be successful in the online learning environment

Name : Normayati Binti JaafarMatric number : 811126026118001NRIC : 811126-02-6118Telephone number : 0194779176E-mail address : [email protected]

Tutors name: Noriza Binti Abd RazakLearning Centre: Alor Setar, Kedah

September 2013 Semester

14