Organisma Unisel Dan Multisel
-
Upload
umaimah-othman -
Category
Documents
-
view
147 -
download
2
description
Transcript of Organisma Unisel Dan Multisel
EUGLENA
IKAN
PAKU PAKISPARAMECIUM
CHLAMYDOMONAS
SPIROGIRA
ORGANISMA UNISEL
žOrganisma unisel adalah organisma ringkas yang terdiri daripada hanya satu sel (uni:satu).
žOrganisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Dikenali juga sebagai mikroorganisma.
žBiasanya hidup di dalam air atau tempat yang lembap seperti kolam, longkang dan laut.
žOrganisma unisel boleh menjalankan semua aktiviti hidup seperti pergerakan, memakan, pembiakan, pernafasan, dan perkumuhan.
Organisma unisel terbahagi kepada dua iaitu tumbuhan unisel dan haiwan unisel
Contoh : Euglena, Chlamydomonas, Pluerococcus dan Yis
Organisma multisel adalah benda hidup yang terdiri daripada banyak sel. Organisma multisel terbentuk daripada pelbagai jenis sel.
žOrganisma multisel juga menjalankan semua proses hidup.
žSetiap jenis sel mempunyai struktur yang berbeza dan menjalankan fungsi badan yang tertentu.
Organisma multisel turut terbahagi kepada dua iaitu tumbuhan multisel dan haiwan multisel.
Contoh Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.
Contoh Organisma multisel dalam tumbuhan pula ialah Paku pakis, Spirogyra dan Mukor
Aktiviti 1: Memerhati organisma unisel dan multisel melalui mikroskop Bahan dan peralatan: Mikroskop cahaya, slaid kaca, penitis, air kolam
Prosedur: 1. Dengan menggunakan penitis kaca, titiskan satu titik sampel air kolam di atas slaid. 2. Letakkan sisip kaca di atas sampel air kolam. 3. Lihat sampel air kolam tersebut melalui mikroskop cahaya. 4. Lukiskan organisma yang dapat anda lihat di dalam buku sains. 5. Kenal pasti nama bagi setiap organisma yang anda lukis dengan merujuk buku teks atau buku rujukan.