Organisasi sel badan manusia
description
Transcript of Organisasi sel badan manusia
SEL BADAN MANUSIA1. Manusia ialah organisma multisel yang sangat
kompleks.
2. Badan manusia terbina daripada berjuta-juta sel yang berlainan jenis.
3. Sel-sel ini wujud dalam pelbagai saiz dan bentuk.
4. Kepelbagaian sel badan manusia membolehkan sel-sel melakukan fungsi yang tertentu sahaja. Sel ini disebut sel khusus.
5. Sel soma ialah semua sel dalam badan kecuali sel pembiakan.
SEL DALAM BADAN MANUSIAJENIS SEL FUNGSI
SEL PIPI Sel pipi berfungsi melindungi permukaan dalam pipi
SEL DARAH MERAH
Sel darah merah mengandungi pigmen merah yang dikenali sebagai hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan.
JENIS SEL FUNGSI
SEL SARAF Sel saraf membawa maklumat (impuls saraf) ke seluruh badan.
SEL OTOT Sel otot berupaya mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan
JENIS SEL FUNGSI
SEL DARAH PUTIH
Sel darah putih melindungi badan daripada serangan penyakit dengan menghapuskan bakteria dan virus dalam badan.
SEL PEMBIAKAN sperma
Ovum
Sel pembiakan yang terlibat dalam proses pembiakan manusia
ORGANISASI SEL BADAN MANUSIA1. Sel-sel yang sama jenis dalam badan
manusia bergabung membentuk tisu.2. Tisu-tisu yang berlainan jenis pula
bergabung membentuk organ.3. Organ yang saling berkaitan fungsinya pula
membentuk sistem4. Akhirnya, sistem yang berbeza bergabung
untuk membentuk organisma iaitu manusia.
SEL ORGANISMASISTEMORGAN TISU
TISU 1. Sekumpulan sel yang serupa bekerjasama
untuk menjalankan fungsi khusus yang sama.
2. Tisu dalam badan :
ORGAN1. Sekumpulan tisu yang berlainan
bekerjasama untuk menjalankan sesuatu fungsi tertentu.
2. Jenis jenis organ
SISTEM 1. Sekumpulan organ yang bekerjasama untuk
menjalankan proses proses kehidupan dikenali sebagai sistem.
2. Sistem sistem utama dalam badan manusia :
ORGANISMA 1. Semua sistem akan berfungsi bersama-sama
secara serentak di dalam badan organisma multisel.
2. Secara ringkasnya, organisasi sel bagi organisma multisel ialah seperti berikut :
SEL ORGANISMASISTEMORGAN TISU
Organisasi sel adalah penting kepada organisma kerana :
pelbagai proses hidup dapat dilakukan secara serentak, cekap dan lancar.
Meringankan beban sel kerana melalui pengkhususan sel, pembahagian tugas antara sel badan dapat dilakukan.
Membolehkan organisma multisel menyesuaikan diri terhadap persekitaran.
Latihan (ORGANISASI SEL BADAN MANUSIA)1. Lengkapkan yang berikut :
a) Sel saraf berfungsi menghantar ____________dalam badan manusia
b) Sel _____________tidak mengandungi nukleus.c) Sel ______________ ialah sel yang paling kecil
dalam badan lelaki.d) Sel ____________ ialah sel pembiakan pada
perempuan.
2. Lukiskan sel dan padankan sel dengan fungsinya.
SEL FUNGSI
Sel epitelium Memusnahkan bakteria
Sel sperma Menghasilkan zuriat
Sel otot Mengangkut oksigen
Sel darah putih
Melapisi permukaan badan
Sel darah merah
Mengerakkan anggota badan
3. Nyatakan 2 organ yang terlibat dalam sistem respirasi.1. _________________________________
2. _________________________________
4. Lukis garisan untuk memadankan organ dengan sistem berikut:
ORGAN SISTEM
Usus kecil Sistem respirasi
Ginjal Sistem pencernaan
Bronkus Sistem perkumuhan