Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz...
-
Upload
phungtuong -
Category
Documents
-
view
233 -
download
0
Transcript of Oleh : Muhammad Toriq bin Yaacob Abdul Razak bin Mohd Zain KAJIAN Perkembangan Tahfiz...Menghafaz...
1
PERKEMBANGAN TAHFIZ AL-QURAN : SUATU
KAJIAN DI DARUL QURAN
Oleh :
Muhammad Toriq bin Yaacob
Abdul Razak bin Mohd Zain
1. SEJARAH
Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merupakan
institut pengajian Tahfiz al-Quran tertua dan pertama di Malaysia.
Darul Quran ditubuhkan pada tahun 1966 hasil cetusan idea
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj. Penubuhan Darul Quran bertujuan antara lainnya
adalah untuk melahirkan huffaz, qurra’ dan duat yang berwibawa.
Pada peringkat permulaan, iaitu dari tahun 1966 hingga tahun
1978, pengajian ini diwujudkan dalam bentuk Kelas Pengajian
Menghafaz Al-Quran Dan Ilmu Qiraat. Pengurusan kelas
pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir
Masjid Negara dan Urus setia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia. Pada tahun 1972, Kelas Pengajian Tahfiz
Al-Quran ini ditukar nama kepada “Maahad Tahfiz Al-Quran
Wal-Qiraat”. Pada awal tahun 1979 Maahad Tahfiz Al-Quran
Wal-Qiraat diletakkan pula di bawah kelolaan Pusat Penyelidikan
Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana
Menteri sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-
2
Quran Wal-Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan
Cenderasari, Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di
bawah kelolaan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH)
Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri
sehingga tahun 1980. Selepas itu Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-
Qiraat dipindahkan ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan
Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH) Bahagian Hal Ehwal
Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri sehingga tahun 1983.
Pada tahun 1983 nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah
ditukar kepada Institut Pengajian Tahfiz al-Quran (IPTQ). Pada
tahun 1984, IPTQ telah dijadikan sebagai sebuah Cawangan di
Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri
dengan mempunyai organisasinya yang tersendiri. Pada Tahun
1990, pengambilan pertama pelajar perempuan melibatkan
seramai 12 orang telah diadakan. Kemudiannya, pada Tahun
1992, IPTQ dipindahkan ke sebuah bangunan yang disewa di
Taman Tun Dr. Ismail bagi penempatan pelajar-pelajar lelaki.
Manakala pelajar-pelajar perempuan pula ditempatkan di Jalan
Ledang sehinggalah kemudiannya pada tahun 1994, pelajar-
pelajar perempuan juga turut berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail,
manakala pelajar lelaki pula dipindahkan ke Batu 14 Sg.
Semungkis, Hulu Langat, Selangor. Pada tahun 1997, IPTQ telah
dinaikkan taraf sebagai salah satu bahagian di Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia dan diberi nama Darul Quran. Akhirnya setelah
3
beberapa kali berpindah tempat dan dengan persetujuan kerajaan
negeri Selangor pada masa tersebut, maka pada 1 November
1998, Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di Kompleks
Darul Quran di Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Kampus tetap ini mampu untuk menempatkan pelajar seramai
1000 orang pada satu-satu masa dan mempunyai kemudahan serta
infrastruktur yang lebih baik untuk kemudahan pelajar dan
kakitangan.1 Jadual 1 menunjukkan lokasi perpindahan Darul
Quran bermula dari tahun 1966.
Jadual 1 : Lokasi Perpindahan Darul Quran
Bil Tahun Lokasi
1 1966 Dewan Syarahan Masjid Negara
2 1980 Bangunan JKR 588/33, Jalan Chenderasari, Kuala Lumpur
3 1992 Taman Tun Dr. Ismail (Pelajar Perempuan) Sg. Semungkis
Hulu Langat Selangor (Pelajar Lelaki)
4 1998 Kompleks Darul Quran, Ampang Pecah, Kuala Kubu
Baharu,Selangor
2. PERKEMBANGAN PROGRAM PENGAJIAN
2.1 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM
Program pensijilan ini mula diperkenalkan pada tahun 2000.
Program ini dilaksanakan secara kerjasama antara Darul Quran
JAKIM dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Program ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM aliran sains
agama dan dijalankan dalam tempoh selama 18 bulan.
4
2.2 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN
Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN pertama
kali dijalankan pada tahun 2012 melibatkan seramai 22 orang
pelajar. Angka ini telah meningkat pada tahun-tahun berikutnya
menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar seramai
184 orang. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara
JAKIM dan UNITEN dan proses pembelajaran dan pengajaran
dijalankan sepenuhnya di kampus UNITEN.
2.3 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS
Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS pertama
kali dijalankan pada tahun 2014 melibatkan seramai 14 orang
pelajar. Angka ini sedikit menurun pada tahun 2015 di mana
hanya 8 orang pelajar sahaja yang terlibat di dalam program ini
menjadikan jumlah keseluruhan pelajar bagi program ini adalah
seramai 22 orang.
2.4 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UTEM
Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UTEM pertama kali
dijalankan pada tahun 2016 melibatkan seramai 19 orang pelajar.
Pada tahun 2017 pula, seramai 20 orang pelajar telah mengikuti
program ini. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara
JAKIM dan UTEM dan proses pembelajaran dan pengajaran
dijalankan sepenuhnya di kampus UTEM.
5
2.5 Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-
POLITEKNIK
Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-POLITEKNIK
pertama kali dijalankan pada tahun 2017 melibatkan seramai 8
orang pelajar. Program ini dijalankan secara kerjasama di antara
JAKIM dan POLITEKNIK dan proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan sepenuhnya di kampus Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor .
2.6 Program Pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran
Program Diploma Tahfiz al-Quran mula diperkenalkan dan
mendapat perakuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam pada
tahun 1983. Program ini menggunakan sistem penggal. Pada
tahun 1999 sistem pengajian program ini diubah mengikut
semester. Sebanyak 6 semester yang menyamai 3 tahun
pengajian telah diperkenalkan. Program ini menawarkan
sebanyak 6 syukbah atau pengkhususan kepada pelajar.
a) Syukbah Qiraat
Merupakan syukbah pertama yang diperkenalkan oleh Darul
Quran sebaik sahaja ia ditubuhkan pada tahun 1966. Di antara
pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah
Qiraat Ilmi, Qiraat Amali, (Ilmi dan Amali), Dhobt al-Quran,
Rasm al-Quran, Tarikh al-Qurra’, Tarikh al-Mushaf, Fawasil dan
Ulum al-Quran.
6
b) Syukbah Dakwah
Merupakan Syukbah kedua dijalankan di Darul Quran pada tahun
2001. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam
syukbah ini ialah Pengantar Dakwah, Psikologi dakwah,
Metodologi Dakwah, Komunikasi Dakwah, Pengurusan Islam,
Pengucapan Dakwah, Bimbingan dan Kaunseling Islam,
Kepimpinan Islam.
c) Syukbah Syariah
Merupakan Syukbah ketiga dilaksanakan di Darul Quran pada
tahun 2008. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di
dalam syukbah ini ialah Pengantar Ilmu Syariah, Fiqh Ibadah,
Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh al-Munakahat, Fiqh al-
Muamalat dan Fiqh al-Jinayah.
d) Syukbah Hadith
Merupakan Syukbah keempat dilaksanakan di Darul Quran pada
tahun 2009. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di
dalam syukbah ini ialah Ulum al-Hadis, Tadwin al-Hadith,
Hujjiyah al-Sunnah, Jarh wa Ta’dil, Takhrij al-Hadith, Kajian
Teks al-Hadith, Kajian Hadis Hukum dan kajian Hadis Dha’if
dan Maudhu’.
7
e) Syukbah Muamalat
Merupakan Syukbah kelima dilaksanakan di Darul Quran pada
tahun 2010. Di antara pengkhususan kursus yang ditawarkan di
dalam syukbah ini ialah Fiqh al-Muamalat, Qawaid Fiqhiyyah,
Prinsip Ekonomi Islam, Ekonomi Perbandingan, Sistem
Kewangan Islam, Institusi Ekonomi Islam dan Perbankan Islam.
f) Syukbah Pengurusan Halal
Merupakan Syukbah terbaru yang ditawarkan di Darul Quran
pada tahun 2014. Antara pengkhususan kursus yang ditawarkan
ialah Fiqh al-‘At’imah wa Al-Zabaih, Pengenalan Kepada Industri
Halal, Usul Al-Fiqh, Pensijilan Halal, Qawa’id Fiqhiyyah,
Pengurusan Halal dalaman, Tafsir Ayat dan Hadith Ahkam,
Perundangan dan Penguatkuasaan Halal.
Pelajar lepasan Diploma Tahfiz Darul Quran Jakim berpeluang
melanjutkan pengajian mereka di Peringkat Ijazah pertama di
universiti awam di dalam mahupun luar negara. Jadual 2
menunjukkan laluan menyambung pengajian graduan Program
Diploma Tahfiz al-Quran :
8
Jadual 2 : Laluan Menyambung Pengajian Graduan Program Diploma
Tahfiz
Universiti Tempatan/Luar
Negara
Universiti Malaysia (UM) Tempatan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Tempatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Tempatan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)
Tempatan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Tempatan
Universiti Pendidikaan Sultan Idris (UPSI) Tempatan
Universiti Teknologi Mara (UITM) Tempatan
Universiti Utara Malaysia (UUM) Tempatan
Universiti Malaysia Sabah (UMS) Tempatan
Universiti Putera Malaysia (UPM) Tempatan
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Tempatan
Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Tempatan
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tempatan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM kampus
di Darul Quran)
Tempatan
Maahad Qiraat al-Azhar al-Syarif, Mesir Luar Negara
Universiti Islam Madinah, Arab Saudi Luar Negara
Universiti Mu’tah, Jordan Luar Negara
Universiti Yarmouk, Jordan Luar Negara
Universiti al-Bayt, Jordan Luar Negara
Universiti Islam Negeri, Sultan Syarif Kassim,
Pekan Baru, Sumatera, Indonesia
Luar Negara
Universiti Islam al-Raniry, Banda Acheh,
Indonesia
Luar Negara
9
2.7 Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah
Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah telah diperkenalkan di Darul
Quran pada tahun 2009 di bawah kawal selia Universiti Sains
Islam Malaysia. Beberapa siri Memorandum Perjanjian (MoA)
telah dimeterai dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
yang membolehkan kedua-dua pihak menjalankan kerjasama bagi
melaksanakan Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan
Sunnah Dengan Kepujian Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) di Darul Quran.
2.8 Program Pengajian Jangka Pendek
Darul Quran turut melaksanakan pengajian di peringkat sijil yang
dijalankan dalam jangka masa yang pendek.
a) Sijil Tinggi Tarannum al-Quran
Program Sijil Tinggi Tarannum al-Quran mula diperkenalkan
pada tahun 2007 melibatkan bilangan pelajar seramai 26 orang.
Pelajar bagi program ini adalah terdiri daripada qari dan qariah
yang telah diperakui oleh jabatan agama negeri masing-masing
dan mempunyai kemahiran tarannum sekurang-kurangnya di
peringkat daerah. program ini dijalankan selama 2 bulan. Jumlah
keseluruhan pelajar setakat ini seramai 247 orang.
10
b) Sijil Kemahiran Malaysia
Bagi tahfiz kemahiran, Darul Quran telah melaksanakan program
Sijil Kemahiran Malaysia dengan kerjasama Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui pembinaan kurikulum
standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) bagi
mewujudkan SKM dalam bidang pengurusan masjid, pengurusan
tahfiz, pengajaran tahfiz, pengajaran al-Quran Braille dan
pengurusan mutawwif. Bermula tahun 2015, Darul Quran telah
melaksanakan SKM Pengurusan Masjid tahap 3 dengan
pengambilan pertama seramai 20 orang perantis dan seterusnya
pada tahun 2016 pengambilan kedua dilaksanakan pada bulan
April seramai 24 orang perantis. Seramai 43 orang graduan telah
menamatkan program sehingga jayanya sehingga Oktober 2017.
Ini melibatkan graduan tahun 2016 seramai 20 orang dan graduan
tahun 2017 seramai 23 orang. Sebagai kesinambungan, Darul
Quran akan meneruskan program Diploma Kemahiran Malaysia
(Pengurusan Masjid) Tahap 4 dengan jangkaan pengambilan
seramai 43 orang perantis untuk memberi peluang kepada mereka
meneruskan peningkatan tahap kemahiran seperti yang dirancang.
Selain itu, selaras dengan perkembangan pendidikan tahfiz di
negara ini, Darul Quran akan melaksanakan satu lagi program
SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pengurusan Tahfiz
Tahap 3 yang dijangka bermula pada julai 2018.
11
c) Pensijilan Tahfiz Al-Quran Orang Kelainan Upaya Masalah
Penglihatan (OKUMP)
Program Pensijilan Tahfiz Orang Kelainan Upaya Masalah
Penglihatan mula diperkenalkan pada tahun 2008 dengan
pengambilan seramai 18 orang pelajar. Program ini mengambil
masa selama 6 bulan. Calon yang berkelayakan di peringkat sijil
akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat diploma pada
tahun berikutnya. Bilangan pelajar keseluruhan program ini
adalah seramai 48 orang.
d) Sijil Asas Tahfiz
Sijil ini merupakan penjenamaan semula daripada Pensijilan
Tahfiz Al-Quran Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan
(OKUMP) dan diperkenalkan pada tahun 2016 yang melibatkan
calon di kalangan OKUMP. Pada tahun 2017, pengembangan
diteruskan kepada kategori pelajar luar negara yang tidak
memiliki kelayakan setara untuk menyambung pengajian ke
peringkat diploma, terutama dari negara minoriti Islam seperti
Vietnam dan Filipina. Seterusnya, program pengajian ini dibuka
pula penyertaannya kepada pelajar di kalangan muallaf (cina,
india dan peribumi Sabah dan Sarawak) dan orang asli. Program
ini mengambil masa selama 12 bulan (2 semester).
12
e) Sijil Tahfiz Malaysia (STM)
Sijil Tahfiz Malaysia (STM) mula diperkenalkan pada tahun
2011. Penganugerahan sijil ini adalah sebagai satu pengiktirafan
kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz 30 juzuk al-
Quran. Program ini terbuka kepada semua penghafaz al-Quran
yang mendapat pendidikan sama ada di sekolah, maahad tahfiz
swasta mahupun institusi tahfiz persendirian. Program ini
bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam di Malaysia
untuk menghafaz al-Quran dan memberi pengiktirafan kepada
golongan yang tidak mendapat pendidikan tahfiz secara formal
untuk mendapatkan sijil khas tahfiz.
3. KERJASAMA INSTITUSI
Darul Quran telah berupaya untuk melebarkan jaringan kerjasama
pendidikan bagi program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana
Muda, Diploma Tahfiz al-Quran, program pengajian sijil dan
program-program pengajian lain. Bagi Program Pengajian
Diploma Tahfiz al-Quran, sebanyak 14 buah Maahad Tahfiz al-
Quran Negeri (MTQN) yang telah menjalinkan kerjasama (MoU).
MTQN tersebut ialah :
3.1 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN)
ITQAN merupakan maahad tahfiz yang dikelola oleh kerajaan
Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan (MAINS).2 Kerjasama antara ITQAN dan Darul
13
Quran telah pun bermula pada tahun 1997. Namun MoU secara
rasmi bagi kerjasama melaksanakan Program Pengajian Diploma
Tahfiz al-Quran telah diadakan pada tahun 18 Mei 2009.3
3.2 Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (ITQAS)
ITQAS merupakan institusi pengajian tinggi agama yang pertama
di bawah kerajaan negeri Sabah yang ditadbir oleh Jabatan Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).4 Penubuhannya
adalah dimulakan pada tahun 1995. Kerjasama antara ITQAS dan
Darul Quran telah pun bermula pada tahun 1997. Namun MoU
secara rasmi bagi kerjasama melaksanakan Program Pengajian
Diploma Tahfiz al-Quran telah mengadakan MoU dengan Darul
Quran pada 19 Mei 2009.5
3.3 Maahad Tahfiz Majlis Agama Islam & Adat Istiadat
Melayu Kelantan (MTQN Kelantan)
MTQN Kelantan bermula sebagai Kelas Pengajian Tafaqquh di
Masjid Muhammadi, Kota Baharu pada pertengahan tahun 80-an.
Mufti Kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu, iaitu Sahibul
Samahah Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim telah diamanahkan
untuk mengawasi perjalanan Kelas Tafaqquh tersebut.
Pada penghujung tahun 1992 Kelas Pengajian Tafaqquh tersebut
telah ditukarkan kepada Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran MAIK
melibatkan beberapa perubahan ke atas sukatan pelajaran sesuai
14
dengan peredaran dan perkembangan sistem pembelajaran pada
ketika itu. Pada tahun 1993 satu permohonan telah diajukan
kepada Pengarah Institusi Pengajian Tahfiz Al-Quran Pusat Islam
Malaysia Kuala Lumpur bagi mewujudkan program bersama
Diploma Tahfiz Wal Qiraat dan permohonan tersebut telah
diluluskan. Pada tahun 2007 nama Kelas Pengajian Tahfiz Al-
Quran MAIK ditukarkan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran
MAIK6. Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan MoU
dengan Darul Quran pada 18 Mei 20097.
3.4 Institut Pengajian Islam Terengganu (INSPI)
Bermula dengan institusi yang dikenali dengan nama Markas
Pengajian Islam (MARPA) telah ditubuhkan pada tahun 1984
bertujuan untuk melahirkan bilal, imam dan agamawan yang
berwibawa. Pada awal tahun 2010, MARPA telah dinaiktaraf dan
dikenali sebagai Institut Pengajian Islam.8.Pada tahun yang sama
INSPI mula meneroka langkah mengadakan kerjasama dengan
Darul Quran. MoU pertama antara INSPI dengan Darul Quran
ialah pada 12 Oktober 20119
3.5 Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS)
IKMAS ditubuhkan hasil pertemuan tidak rasmi di kalangan
Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik
Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-
5 pada tahun 1994 di Pulau Langkawi, Kedah. Lanjutan daripada
15
pertemuan tersebut mesyuarat Jemaah Menteri pada 21
September 1994 telah bersetuju membina sebuah institusi yang
diberi nama Pesantren ASEAN yang dipersetujui pembinaannya
di Sarawak. kerajaan negeri Sarawak berbesar hati
menganugerahkan tanah seluas 30 ekar di Telaga Air untuk
pembinaan kompleks tersebut. Pada 12 September 2001,
kompleks ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua
Menteri Sarawak.10 IKMAS mula melaksanakan program
pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran
pada 14 April 2011.11
3.6 Institut al-Quran Darul Aman (IQDAR)
IQDAR memulakan sejarahnya pada tahun 1985 sebagai Maahad
Tahfiz Al-Quran Kedah (MTQN Kedah) yang dikelola secara
bersama oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dengan
Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).Sejak tahun 1992 MTQN
Kedah mula meneroka langkah bagi mengadakan kerjasama
dengan Darul Quran. Walau bagaimanapun, setelah tertubuhnya
Institut Agama Islam Negeri Kedah (KUIN), YINK meletakkan
Maahad ini di bawah pentadbiran KUIN sebagai salah satu bidang
pengajian. Pada tahun 2011, pihak KUIN membuat keputusan
untuk mengadakan kerjasama dalam mengendalikan Kursus
Diploma Tahfiz Al-Quran. Lanjutan daripada itu, pihak YINK
bersetuju untuk membuka peluang pengajian dengan lebih luas
iaitu dengan mengadakan kerjasama dengan Darul Quran, Jakim.
16
Tahun 2015 merupakan tahun terpenting bagi institusi tahfiz
negeri Kedah apabila MTAQ-YINK diberi penjenamaan baru
dengan nama IQDAR iaitu singkatan kepada Institut Al-Quran
Darul Aman12. MoU pertama Darul Quran Jakim dengan pihak
MTAQ-YINK telah dimeterai pada 10 Disember 2012.13
3.7 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang (MTQN Pahang)
Bermula dengan titah di Raja Ke bawah Duli Yang Teramat
Mulia Tengku Mahkota Pahang supaya diwujudkan sebuah
institusi seperti Akademi al-Quran bertujuan melahirkan huffaz
dan qari serta qariah yang berwibawa, MTQN Pahang memulakan
langkah membentuk kerjasama dengan pihak Darul Quran
JAKIM pada tahun 1996 bagi melaksanakan program Diploma
Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat.14 MoU pula dilaksanakan sekitar
tahun 2008.15
3.8 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Negeri Perak,
Institut Latihan dan Tadbiran Negeri Perak (INTIM)
INTIM adalah sebuah institut yang dibangunkan di bawah Jabatan
Agama Islam Perak (JAIPK) untuk menyediakan keperluan
latihan kepada anggota JAIPK khususnya dan agensi-agensi di
bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak serta
masyarakat Islam di negeri Perak. Fokus utama kewujudan
INTIM adalah bagi mengendalikan latihan-latihan dan juga
17
pengurusan Maahad Tahfiz al-Quran Kerajaan Negeri
Perak.16Justeru, bagi mengembangkan pendidikan tahfiz, pihak
INTIM telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan Darul
Quran pada 22 Mei 2008.17 Langkah kerjasama pada awalnya
telah dimulakan sejak tahun 1995.
3.9 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Perlis (MTQN Perlis)
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Negeri Perlis telah
ditubuhkan pada tahun 1989. Dari awal penubuhan MTQQ
beroperasi di alamat KM. 3, Jalan Abi Tok Hashim, 01000
Kangar, Perlis berhampiran Sekolah Rendah Islam I, Yayasan
Islam Perlis. Pada 14 Januari 2013, Maahad tahfiz ini telah
berpindah ke bangunan Institusi Pengajian Tinggi Islam
Perlis.18MTQN Perlis telah menjalinkan kerjasama MoU dengan
Darul Quran pada 22 Mei 2008.19 Langkah kerjasama pada
awalnya telah dimulakan sejak tahun 1999.
3.10 Institut al-Quran Sayyidina Ali (IQSA)
Pada tahun 1983 sebuah Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) telah
ditubuhkan buat kali pertamanya di Masjid Al-Amin, Kelemak,
Alor Gajah, Melaka dan pada tahun 1989, IQSA dipindahkan ke
Bangunan MAIM, Jalan Pasar Baru Melaka. Bermula pada tahun
1992, IQSA telah berpindah ke Masjid Al-Azim Negeri Melaka.
Institusi tahfiz ini terus berkembang sehinggalah pada tahun
2010. Program Diploma Tahfiz IQSA telah berpindah di bawah
18
kelolaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Pada tahun yang
sama, IQSA memulakan operasinya di Masjid Sayyidina Ali,
Bukit Katil dengan pengambilan kumpulan pelajar pertamanya
sejumlah 14 orang. Pada tahun 2015, IQSA telah mewujudkan
cawangannya di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung
Bidara. Sehingga kini, IQSA telah menerima pelajar sejumlah 343
orang dan 54 orang dari mereka telah melanjutkan pelajarannya di
Mesir dan beberapa Universiti Tempatan dan luar negara yang
lain.20 IQSA telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan
Darul Quran pada 15 Mac 2011.21 Langkah kerjasama awal
dengan Darul Quran telah mula dijalinkan sejak tahun 1991.
3.11 Institut al-Quran Terengganu (IQT)
IQT atau dikenali dengan nama sejarahnya sebagai Maahad
Tahfiz al-Quran mula ditubuhkan pada 15 April 1984 di Masjid
Abidin dengan kumpulan pelajar pertama institut tersebut ialah
seramai 15 dengan dibimbing oleh 5 orang guru. Pengetua
pertama IQT ialah Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Syeikh Ismail
bin Mohamad al-Hafiz iaitu bagi tahun 1984 hingga tahun 1993.
Pada 2 Januari 2007, Maahad Tahfiz al-Quran ini mula dikenali
sebagai Institut al-Quran Terengganu. Sejarah berkembangan
IQT telah menunjukkan bahawa institusi ini pernah berpindah ke
sebuah bangunan di Kampung Pengadang Baru, Kuala
Terengganu dan seterusnya pernah beroperasi di premis
sementara di Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Islam
19
Terengganu (JHEAT) dan sehinggalah pada tahun 2008, IQT
mula bertapak di Padang Midin, Marang, Terengganu.22
Manakala pada 18 Mei 2009, IQT mula mengorak langkah
melaksanakan perjanjian persefahaman dengan Darul Quran.23
Langkah kerjasama awal dengan Darul Quran telah mula
dijalinkan sejak tahun 1999.
3.12 Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Sejarah Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bermula pada
tahun 1997 sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab.
Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan
meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada
pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan Maahad Johor
sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai institut
pendidikan tinggi.24 Bagi mengembangkan pengajiannya,
MARSAH telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan
Darul Quran pada 22 Mei 2008.25 Langkah kerjasama awal
dengan Darul Quran telah mula dijalinkan sejak tahun 1986.
3.13 Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang
(KITAB)
KITAB telah mula ditubuhkan pada 12 Mei, 2004 dan
memulakan pengambilan pelajar pertamanya pada Mei, 2005.
Lokasi KITAB di Bangunan Tahfiz, Kompleks Masjid Negeri
Pulau Pinang, Jalan Air Hitam, Pulau Pinang yang merupakan
20
tempat asal Maahad Tahfiz Wa Al Qiraat Negeri Pulau Pinang.
Maahad ini kemudiannya dinaikkan taraf sebagai KITAB. Sejak
tahun 1996, maahad ini menjalankan kursus Diploma Tahfiz al
Quran Wa Qiraat dan mula menawarkan pelbagai program
pengajian setelah dinaiktaraf sebagai kolej26. KITAB secara
rasminya mengadakan MoU bagi Program Pengajian Diploma
Tahfiz al-Quran Wal Qiraat ialah pada 6 Julai 2007.27
3.14 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Ad-din Perak
(MTQ ADDIN)
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN adalah merupakan
institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh
berasaskan kebajikan. Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember
1993 di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar. MoU pertama MTQ
ADDIN dengan Darul Quran adalah pada 20 Disember 2014.28Ini
adalah merupakan rentetan daripada Keputusan Mesyuarat
Lembaga Darul Quran JAKIM pada 24 Mac 2014 telah
meluluskan permohonan Yayasan ADDIN untuk mewujudkan
program kerjasama pendidikan di peringkat Diploma Tahfiz al-
Quran. Kini MTQ ADDIN dikendalikan di bawah Yayasan
ADDIN yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh
Mohamah Nor B. Mansor Al-Hafiz.29 Jadual 3 menunjukkan
tahun kerjasama MoU antara Darul Quran dengan Maahad Tahfiz
al-Quran Negeri (MTQN)
21
Jadual 3 : Tahun MoU antara Darul Quran dengan MTQN
4. FASA-FASA PERKEMBANGAN DARUL QURAN
Fasa berkembangan Darul Quran dibahagikan kepada lima fasa.
Fasa pertama ialah pengajian tahfiz hingga diploma tahfiz.Fasa
kedua ialah fasa kerjasama pengajian dengan negeri. Fasa ketiga
pula ialah fasa perkembangan program pengajian diploma tahfiz.
Bagi fasa keempat pula, fasa ini merupakan fasa perkembangan
program pensijilan tahfiz. Manakala fasa terakhir ialah fasa
perkembangan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi bagi
program Pengajian Ijazah Sarjana Muda.
4.1 Fasa Pengajian Tahfiz hingga Diploma Tahfiz (1966 -
1983)
Pengajian ini bermula di Masjid Negara pada tahun 1966 yang
dikendalikan sepenuhnya oleh Dato’ Haji Muhammad Noor bin
MTQN Tahun
KITAB, Pulau Pinang 2007
MTQN Pahang 2008
INTIM, Perak 2008
MTQN Perlis 2008
MARSAH, Johor 2008
ITQAN, Negeri Sembilan 2009
ITQAS, Sabah 2009
MTQN Kelantan 2009
IQT, Terengganu 2009
INSPI, Terengganu 2011
IKMAS, Sarawak 2011
IQSA, Melaka 2011
IQDAR, Kedah 2012
MTQ ADDIN, Perak 2014
22
Ibrahim, Mufti Kelantan. Beliau telah mengendalikan kelas
pengajian bagi semua mata pelajaran termasuk sesi kelas tasmik
al-Quran. Bilangan pelajar pada tahun 1966 tersebut ialah seramai
8 orang sahaja. Mereka ialah Zainal Abidin bin Ahmad
(Terengganu), Ismail bin Muhammad (Terengganu), Mohsein bin
Syeikh Ahmad (Negeri Sembilan), Othman bin Mohd Nor
(Kedah), Syafie bin Ayob (Selangor), Kamaruddin bin Hj. Amri
(Perak), Abu Hasan bin Lebai Din (Perlis) dan Sallehudin bin
Omar (Pahang). Kesemua pelajar disediakan dengan kemudahan
tempat tinggal dan bantuan sara hidup daripada kerajaan negeri
masing-masing. Pengambilan pelajar luar negara yang pertama
diadakan ialah pada tahun 1977 iaitu 2 orang pelajar lelaki dari
negara Thailand manakala pada tahun 1980, hanya seorang
pelajar luar negara daripada negara yang sama. Jumlah
pengambilan pelajar pada fasa ini ialah seramai 39 orang.
Kesinambungan daripada kelas tahfiz ini, program pengajian telah
dinaiktaraf sebagai Sijil Tahfiz al-Quran. Selanjutnya pada tahun
1983 Jabatan Perkhidmatan Awam telah memperakukan Program
Diploma Tahfiz al-Quran. 30
4.2 Fasa Kerjasama Pengajian Dengan Negeri (1996-2014)
Darul Quran seterusnya meluaskan program pengajiannya dengan
mengadakan kerjasama dengan negeri-negeri. Graduan negeri
yang pertama berjaya dilahirkan ialah pada tahun 1996 iaitu
seramai 18 orang pelajar lelaki. Sehingga tahun 2015, seramai
23
1868 graduan negeri-negeri yang berjaya dilahirkan melibatkan
14 buah Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN).31
4.3 Fasa Perkembangan Program Pengajian Diploma Tahfiz
(2001-2014)
Lanjutan daripada kewujudan Program Pengajian Diploma Tahfiz
tersebut, Darul Quran telah melalui fasa-fasa pengembangan
Program Pengajian Diploma Tahfiz kepada beberapa bidang
pengkhususan. Program Pengajian Diploma ini telah pun
berlangsung melibatkan pengkhususan bidang Qiraat bermula
daripada penubuhan Darul Quran pada tahun 1966. Bidang
pengkhususan seterusnya yang diperkenalkan ialah bidang
Dakwah (2001) sebagai Syukbah Dakwah, bidang Syariah (2008)
sebagai Syukbah Syariah, bidang Hadith (2009) sebagai Syukbah
Hadith, bidang Muamalat (2010) sebagai Syukbah Muamalat dan
bidang Pengurusan Halal (2014) sebagai Syukbah Pengurusan
Halal.32 Perancangan pada tahun 2018 pula, Darul Quran akan
meneruskan program Diploma Kemahiran Malaysia (Pengurusan
Masjid) Tahap 4 iaitu program pengajian lanjutan daripada Sijil
Kemahiran Malaysia (Pengurusan Masjid) Tahap 3.
24
4.4 Fasa Perkembangan Program Pensijilan Tahfiz (2000-
2017)
Seiring dengan fasa perkembangan Program Pengajian Diploma
Tahfiz, program pensijilan tahfiz turut berkembangan dengan
Program Pensijilan Tahfiz al-Quran kerjasama JAKIM-UIAM
adalah yang pertama dilaksanakan pada tahun 2000. Program ini
ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM aliran sains agama dan
dijalankan dalam tempoh 18 bulan. Selanjutnya pada tahun 2007,
program pengajian berbentuk kursus pengajian jangka pendek
mula diperkenalkan melalui program Sijil Tinggi Tarannum al-
Quran (STTQ). Pelajar bagi program ini adalah terdiri daripada
qari dan qariah yang telah diperakui oleh jabatan agama negeri-
negeri. Program ini dijalankan selama dua bulan. Pada tahun
2008, satu program pengajian sijil khas pula diperkenalkan iaitu
program Pensijilan Tahfiz al-Quran OKUMP yang mengambil
masa selama enam bulan. Calon yang berkelayakan di peringkat
ini adalah layak untuk ditawarkan mengikuti program pengajian
di peringkat diploma pada tahun berikutnya. Bagi memberi
pengiktirafan kepada semua penghafaz al-Quran sama ada di
sekolah, maahad tahfiz swasta mahupun institusi tahfiz
persendirian, Sijil Tahfiz Malaysia (STM) diperkenalkan pada
tahun 2011. Penganugerahan sijil ini adalah sebagai satu
pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran yang telah menghafaz
30 juzuk al-Quran. Selanjutnya, Darul Quran meneruskan
kesinambungan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi dari
25
aspek program pengajian. Ini dapat dilihat daripada Program
Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UNITEN dan Program
Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-CUCMS yang masing-masing
mula melaksanakan program tersebut pada tahun 2012 dan 2014.
Pada tahun 2015 pula, Darul Quran mula merintis pengajian
tahfiz kemahiran dengan memperkenalkan Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). Program pengajian ini adalah hasil kerjasama
antara Darul Quran dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia. Pada tahun 2016 pula, Darul
Quran mengadakan pula kerjasama dengan UTEM bagi Program
Pensijilan Tahfiz al-Quran. Lanjutan daripada itu, Darul Quran
terus memberi perhatian kepada pendidikan tahfiz kemahiran
dengan mengadakan kerjasama dengan Politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia melalui Program Pensijilan Tahfiz
pada tahun 2017.33
4.5 Fasa Perkembangan Kerjasama Dengan Institut
Pengajian Tinggi Bagi Program Pengajian Ijazah Sarjana
Muda (2009-2017)
Bagi program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Darul
Quran telah memulakan langkah dengan mengadakan program
pengajian secara kerjasama dengan Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM) pada tahun 2009. Program Pengajian Ijazah
Sarjana Muda Quran Sunah di Darul Quran ini adalah di bawah
kawal selia USIM. Tahun 2017 pula menyaksikan Darul Quran
26
terus komited untuk meluaskan rangkaikan kerjasama dengan
Institut Pengajian Tinggi ini termasuk dengan beberapa siri
Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan dalam tahun
yang sama antaranya ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan
Universiti Teknikal Melaka (UTeM).34
Ini menunjukkan bahawa Darul Quran telah berada pada landasan
yang betul bagi mengarusperdanakan pendidikan tahfiz selari
dengan dasar dan hasrat kepimpinan kerajaan bagi melahirkan
125000 orang huffaz profesional pada tahun 2050 akan datang.
Dari aspek melahirkan graduan-graduan tahfiz, rajah 1
menunjukkan perkembangan Darul Quran dalam melahirkan
graduan berkualiti kepada negara. bermula dengan fasa graduan
hafiz al-Quran dan ilmu Qiraat, fasa graduan hafiz al-Quran
dengan kurikulum dini, fasa graduan hafiz al-Quran dengan
kurikulum profesional dan fasa graduan hafiz al-Quran dengan
kurikulum kemahiran. Jadual 4 pula menunjukkan perkembangan
Darul Quran.
27
Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dan Ilmu Qiraat
Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dengan Kurikulum Dini
Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dengan Kurikulum Profesional
Melahirkan Graduan Hafiz al-Quran dengan Kurikulum Kemahiran
Rajah 1 : Fasa Kelahiran Graduan Tahfiz Darul Quran
Jadual 4 : Perkembangan Darul Quran
Tahun Perkembangan Darul Quran
1966-1987 Kelas Pengajian Menghafaz al-Quran dan Ilmu
Qiraat di Masjid Negara
1972 Kelas pengajian ditukar nama kepada Maahad Tahfiz
al-Quran Wal Qiraat
1977 Pengambilan Pertama Pelajar Luar Negara
1979-1980 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat diletakkan di
bawah kelolaan Pusat Penyelidikan Islam,
BAHEIS,JPM
1980-1983 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat dipindahkan
ke Bangunan JKR 588/33, Jalan Cenderasari, Kuala
Lumpur dan kemudiannya diletakkan di bawah
kelolaan INDAH, BAHEIS, JPM
1983
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat telah ditukar
kepada Institut Pengajian Tahfiz al-Quran Wa al-
Qiraat (IPTQ)
Program Diploma Tahfiz al-Quran mula
diperkenalkan dan mendapat perakuan daripada
Jabatan Perkhidmatan Awam
1984 IPTQ dijadikan sebagai sebuah Cawangan di
28
Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan
Perdana Menteri
1990 Pengambilan pertama pelajar perempuan
1992-1994 IPTQ dipindahkan ke sebuah bangunan yang
disewa di Taman Tun Dr. Ismail bagi
penempatan pelajar-pelajar lelaki. Manakala
pelajar-pelajar perempuan pula ditempatkan di
Jalan Ledang sehinggalah kemudiannya pada
tahun 1994, pelajar-pelajar perempuan juga turut
berpindah ke Taman Tun Dr. Ismail, manakala
pelajar lelaki pula dipindahkan ke Batu 14 Sg.
Semungkis, Hulu Langat, Selangor
1997 IPTQ telah dinaikkan taraf sebagai salah satu
bahagian di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) dan diberi nama Darul Quran
1998 Darul Quran ditempatkan ke kampus tetap di
Kompleks Darul Quran di Ampang Pecah Kuala
Kubu Bharu, Selangor
1999 sistem pengajian Program Diploma Tahfiz al-Quran
ini diubah mengikut semester
2000 Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-UIAM
2001 Syukbah Dakwah, Program Diploma Tahfiz al-Quran
2007
Menjalinkan MoU dengan KITAB, Pulau Pinang
Sijil Tinggi Tarannum al-Quran
2008
Mengadakan MoU MTQN Pahang
Mengadakan MoU INTIM, Perak
Mengadakan MoU MTQN Perlis
Mengadakan MoU MARSAH, Johor
Syukbah Syariah, Program Diploma Tahfiz al-Quran
Pensijilan Tahfiz Al-Quran Orang Kelainan Upaya
Masalah Penglihatan (OKUMP)
2009
Mengadakan MoU ITQAN, Negeri Sembilan
Mengadakan MoU ITQAS, Sabah
Mengadakan MoU MTQN Kelantan
Mengadakan MoU IQT, Terengganu
Syukbah Hadith, Program Diploma Tahfiz al-Quran
Menjalinkan MoU dengan USIM bagi Program
Pengajian Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah telah
diperkenalkan di Darul Quran
2010 Syukbah Muamalat, Program Diploma Tahfiz al-
29
5. DARUL QURAN PERINTIS DINAMIK
Melihat kepada fasa-fasa perkembangan Darul Quran, jelaslah
bahawa Darul Quran telah sekian lama merintis pengajian tahfiz
di Malaysia dan bersedia untuk mengorak langkah memaju dan
memartabatkan pendidikan tahfiz. Ini adalah selari dengan hasrat
kerajaan yang kini giat merangka empat model kurikulum tahfiz
melalui DPTN yang merangkumi tahfiz turath (pengajian tahfiz
al-Quran bersama kitab turath), tahfiz sains (pengajian tahfiz al-
Quran bersama mata pelajaran sains), tahfiz dini (pengajian tahfiz
al-Quran bersama mata pelajaran agama Islam) dan tahfiz
kemahiran (pengajian tahfiz al-Quran bersama modul kemahiran).
Darul Quran telah sedia merintis kurikulum tahfiz dini melalui
program-program pengajian diploma tahfiz al-Quran yang
ditawarkan. Manakala bagi kurikulum tahfiz profesional pula
Quran
2011
Sijil Tahfiz Malaysia (STM)
Mengadakan MoU INSPI, Terengganu
Mengadakan MoU IKMAS, Sarawak
Mengadakan MoU IQSA, Melaka
2012 Mengadakan MoU IQDAR, Kedah
Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN
2014
Syukbah Pengurusan Halal, Program Diploma Tahfiz
al-Quran
Mengadakan MoU MTQ ADDIN, Perak
Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-CUCMS
2015 Sijil Kemahiran Malaysia
2016 Sijil Asas Tahfiz
2017 Mengadakan MoU dengan UPSI, UPNM, UTEM,
POLITEKNIK
30
dapat dilihat daripada program-program pensijilan tahfiz yang
melibatkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam
dan Swasta. Bagi kurikulum tahfiz kemahiran pula, Darul Quran
telah sedia melaksanakan program Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) melalui kerjasama dengan kerjasama Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK). Bagi kurikulum tahfiz turath
pula Darul Quran sedang giat melaksanakan perbincangan dan
kerjasama dengan institusi di negeri-negeri seperti Jabatan Agama
Islam Negeri dan institusi-institusi tahfiz swasta.
5.1 Darul Quran Merintis Model Kurikulum Tahfiz Dini
Darul Quran telah merintis model bagi Kurikulum Tahfiz Melalui
DPTN iaitu tahfiz dini terutamanya melalui program pengajian
Diploma Tahfiz al-Quran. Program ini menawarkan sebanyak 6
syukbah atau pengkhususan kepada pelajar. Syukbah pertama
ialah Syukbah Qiraat. Syukbah ini merupakan syukbah pertama
yang diperkenalkan oleh Darul Quran sebaik sahaja ia ditubuhkan
pada tahun 1966. Di antara kursus yang ditawarkan di dalam
syukbah ini ialah Qiraat Ilmi, Qiraat Amali, Dhobt al-Quran,
Rasm al-Quran, Tarikh al-Qurra’, Tarikh al-Mushaf, Fawasil dan
Ulum al-Quran.
Syukbah kedua ialah Syukbah Dakwah yang merupakan syukbah
kedua dijalankan di Darul Quran pada tahun 2001. Di antara
kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah Pengantar
31
Dakwah, Psikologi dakwah, Metodologi Dakwah, Komunikasi
Dakwah, Pengurusan Islam, Pengucapan Dakwah, Bimbingan
dan Kaunseling Islam, Kepimpinan Islam.
Syukbah Syariah pula merupakan syukbah ketiga dilaksanakan di
Darul Quran pada tahun 2008. Di antara kursus yang ditawarkan
di dalam syukbah ini ialah Pengantar Ilmu Syariah, Fiqh Ibadah,
Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Fiqh al-Munakahat, Fiqh al-
Muamalat dan Fiqh al-Jinayah.
Syukbah seterusnya ialah Syukbah Hadis merupakan syukbah
keempat dilaksanakan di Darul Quran pada tahun 2009. Di antara
kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah Ulum al-
Hadis, Tadwin al-Hadith, Hujjiyah al-Sunnah, Jarh wa Ta’dil,
Takhrij al-Hadith, Kajian Teks al-Hadith, Kajian Hadis Hukum
dan kajian Hadis Dha’if, dan Maudhu’.
Syukbah seterusnya ialah Syukbah Muamalat (2010). Di antara
pengkhususan kursus yang ditawarkan di dalam syukbah ini ialah
Fiqh al-Muamalat, Qawaid Fiqhiyyah, Prinsip Ekonomi Islam,
Ekonomi Perbandingan, Sistem Kewangan Islam, Institusi
Ekonomi Islam dan Perbankan Islam.
Syukbah terkini yang ditawarkan bermula tahun 2014 pula ialah
Syukbah Pengurusan Halal dengan antara kursus yang ditawarkan
32
ialah Fiqh al-‘At’imah wa Al-Zabaih, Pengenalan Kepada Industri
Halal, Usul al-Fiqh, Pensijilan Halal, Qawa’id Fiqhiyyah,
Pengurusan Halal Dalaman, Tafsir Ayat dan Hadith Ahkam,
Perundangan dan Penguatkuasaan Halal.
Dengan perkembangan program pengajian ini, Darul Quran telah
berjaya melahirkan ramai graduan huffaz. Sehingga tahun 2017,
graduan yang telah berjaya dilahirkan dari program ini ialah
seramai 5395 orang yang turut merangkumi graduan daripada
hasil kerjasama dengan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri iaitu
seramai 2288 orang. Jadual 7 menunjukkan jumlah graduan
program pengajian Diploma Tahfiz bermula daripada tahun 1966
hingga 2017.
Jadual 7 : Graduan Program Pengajian Diploma Tahfiz al-Quran Darul
Quran, Jakim dan Graduan Diploma Tahfiz al-Quran kerjasama Jakim
dan Maahad-Maahad Tahfiz al-Quran Negeri (MTQN)
Tahun Jumlah Graduan Darul Quran Jumlah Graduan MTQN
1966 - -
1970 8 -
1971 - -
1973 12 -
1977 9 -
1978 - -
1980 - -
1981 2 -
1983 - -
1984 5 -
1985 - -
1986 13 -
1987 13 -
1988 10 -
33
1989 14 -
1990 15 -
1991 27 -
1992 21 -
1993 41 -
1994 26 -
1995 53 -
1996 22 18
1997 36 20
1998 46 44
1999 39 90
2000 35 61
2001 41 98
2002 120 155
2003 50 66
2004 79 122
2005 93 140
2006 155 88
2007 130 78
2008 149 84
2009 218 70
2010 216 110
2011 191 93
2012 192 113
2013 195 95
2014 215 157
2015 203 166
2016 205 192
2017 208 228
Jumlah 3107 2288
5.2 Darul Quran Merintis Model Kurikulum Tahfiz
Profesional
Darul Quran juga telah merintis pendidikan tahfiz profesional. Ini
dapat dilihat daripada program pensijilan-pensijilan tahfiz yang
diperkenalkan bagi melahirkan graduan-graduan dalam bidang
34
kedoktoran, farmasi dan kejuruteraan. Ini jelas daripada graduan
yang dilahirkan daripada Program Pensijilan Tahfiz al-Quran
JAKIM-UNITEN, graduan daripada Program Pensijilan Tahfiz
al-Quran JAKIM-UIAM dan Program Pensijilan Tahfiz al-Quran
JAKIM-CUCMS. Program pensijilan JAKIM-UIAM mula
diperkenalkan pada tahun 2000. Program ini dilaksanakan secara
kerjasama di antara Darul Quran JAKIM dengan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program ini ditawarkan kepada
pelajar lepasan SPM aliran sains agama dan dijalankan dalam
tempoh selama 18 bulan. Manakala Program Pensijilan Tahfiz
JAKIM-UNITEN pertama kali dijalankan ialah pada tahun 2013.
Program ini dijalankan secara kerjasama di antara JAKIM dan
UNITEN dan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan
sepenuhnya di kampus UNITEN. Hasil daripada kedua-dua
program pengajian ini Darul Quran telah melahirkan seramai
1635 yang turut merangkumi 133 orang daripadanya ialah
graduan Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN manakala
bagi Program Pensijilan Tahfiz JAKIM-CUCMS dijangka akan
melahirkan graduan sulungnya seramai 3 orang pada tahun 2018.
Jadual 8 menunjukkan jumlah graduan program pengajian
Diploma Tahfiz bermula daripada tahun 1966 hingga 2017.
35
Jadual 8 : Jumlah Graduan Program Pengajian Pensijilah Tahfiz al-
Quran JAKIM-UIAM dan JAKIM-UNITEN
Tahun Graduan JAKIM-UIAM Graduan JAKIM-UNITEN
2000 - -
2001 7 -
2002 14 -
2003 19 -
2004 43 -
2005 104 -
2006 89 -
2007 120 -
2008 139 -
2009 104 -
2010 117 -
2011 97 -
2012 128 -
2013 126 22
2014 128 30
2015 91 23
2016 90 22
2017 86 36
Jumlah 1502 133
5.3 Darul Quran Merintis Model Kurikulum Tahfiz
Kemahiran
Bagi tahfiz kemahiran, Darul Quran telah melaksanakan program
SKM dengan kerjasama JPK melalui pembinaan kurikulum
standard kemahiran pekerjaan kebangsaan (NOSS) bagi
mewujudkan SKM dalam bidang pengurusan masjid, pengurusan
tahfiz, pengajaran tahfiz, pengajaran al-Quran Braille dan
pengurusan mutawwif. Bermula tahun 2015, Darul Quran telah
melaksanakan SKM Pengurusan Masjid tahap 3 dengan
36
pengambilan pertama seramai 20 orang perantis dan seterusnya
pada tahun 2016 pengambilan kedua dilaksanakan pada bulan
April melibatkan seramai 24 orang perantis. Seramai 43 orang
graduan telah menamatkan program sehingga jayanya sehingga
Oktober 2017. Ini melibatkan graduan tahun 2016 seramai 20
orang dan bagi tahun 2017 pula adalah seramai 23 orang. Sebagai
kesinambungan Darul Quran akan meneruskan program Diploma
Kemahiran Malaysia (Pengurusan Masjid) Tahap 4 dengan
jangkaan pengambilan seramai 43 orang perantis untuk memberi
peluang kepada mereka meneruskan peningkatan tahap kemahiran
seperti yang dirancang. Selain itu, selaras dengan perkembangan
pendidikan tahfiz di negara ini, Darul Quran akan melaksanakan
satu lagi program SKM iaitu Sijil Kemahiran Malaysia bidang
Pengurusan Tahfiz Tahap 3 yang dijangkakan bermula pada Julai
2018. Jadual 9 menunjukkan jumlah graduan Program SKM di
Darul Quran.
Jadual 9 : Jumlah Graduan Program SKM di Darul Quran
Tahun Jumlah Graduan
2016 20
2017 23
Jumlah 43
Dari aspek kerjasama pula ternyata Darul Quran telah
menjalinkan kerjasama erat dengan institusi agama negeri-negeri
melalui program pengajian Diploma Tahfiz, melebarkan
kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi melalui program-
37
program khasnya program Pengajian Pensijilan Tahfiz serta turut
memberi ruang kerjasama dengan pusat-pusat tahfiz swasta dan
persendirian melalui Sijil Tahfiz Malaysia. Justeru, tahun-tahun
mendatang, Darul Quran akan terus melebarkan sayap
kerjasamanya dengan Institut Pengajian Tinggi selain
menggarapkan peranan sebagai agensi tahfiz pusat yang
berperanan menyusun dan penyelaras kurikulum tahfiz peringkat
nasional, pengiktirafan tahfiz serta melebarkan ruang pendidikan
tahfiz turath termasuk dengan menjalinkan perbincangan dan
kerjasama institusi di negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam
Negeri dan institusi tahfiz swasta.
Bagi program Sijil Asas Tahfiz pula, Darul Quran merancang
untuk meluaskan penyertaan program ini kepada Muallaf dan
Orang Asli. Ini adalah bagi membuka peluang kepada pelajar
dalam kalangan Muallaf dan Orang Asli menyambung pengajian
dalam bidang tahfiz secara formal sehingga mampu menghafaz
al-Quran secara sistematik, menguasai asas ilmu pengetahuan
Islam dan juga Bahasa Arab seterusnya melanjutkan pengajian ke
peringkat Diploma. Sijil Asas Tahfiz juga dirancang untuk dibuka
ruang kepada pelajar luar negara. Ini adalah selaras dengan
perkembangan semasa, Darul Quran telah menjalankan program
pengajian diploma mengikut standard MQA dan segala aspek
yang digariskan perlulah dipatuhi bagi memberi jaminan kualiti
38
kepada program, termasuklah syarat kemasukan kepada pelajar
OKUMP dan luar negara.35
Darul Quran juga sedang giat untuk mengusahakan pengambilan
pelajar luar negara. Graduan luar negara Darul Quran akan
berperanan sebagai duta di negara masing-masing bagi membawa
jenama Darul Quran. Darul Quran telah menghasilkan 160
pelajar luar negara sejak tahun 1977 dan graduan-graduan ini
telah berkecimpung dalam pelbagai bidang pekerjaan dengan
membawa jenama Darul Quran sebagai contoh Us. Dr. Ahmad
bin Mohd Zaki Napalen (al-Hafiz) yang telah berjaya membina
sebuah Madrasah Darul Maarif di Wilayah Satul, Thailand dan
menjadi Mudir Am di Madrasah tersebut dan Us. Mohamed
Qusairy bin Thaha (al-Hafiz) sebagai pengetua Darul Quran,
Singapura serta seorang graduan Darul Quran daripada Kemboja
yang telah menyumbang khidmat bakti di Institusi Tahfiz al-
Quran di Kemboja.36
Darul Quran juga berperanan penting sebagai Penyelaras Teras 5
Pengiktirafan Institusi dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara
(DPTN). Melalui Teras ini, Darul Quran berperanan antara lain
adalah untuk mewujudkan badan khusus bagi menilai dan
mengawal tahfiz di Malaysia.
39
1 Nordin Ahmad.(2016). Memperkasakan Darul Quran Ke Arah
Memartabatkan Pendidikan Tahfiz di Malaysia. Kompilasi Kertas Kajian
Pendidikan Tahfiz Siri 1 2016.Darul Quran. Selangor
2 Sedek Ariffin & Siti Sarah Wahidah Wahid (2014). Kajian Metodologi
Hafazan al-Quran. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
3 Unit Pengajian Tinggi & Pembangunan Modal Insan, JHEAINS, 2017
4 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah,
http://www.jheains.sabah.gov.my/index.php?lang=en, 14 Jun 2017
5 Pejabat Pengetua, ITQAS, 2017
6 Maahad Tahfiz al-Quran Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu
Kelantan, http://maahadtahfiz.e-maik.my/v2/, 14 Jun 2017
7 Unit Akademik, MTQN Kelantan, 2017
8Institut Pengajian Islam Terengganu,
http://www.yit.gov.my/index.php/en/institut-pengajian-islam-inspi, 14 Jun
2017
9 Pejabat Pengetua, INSPI, 2017
10 IKMAS, http://ikmassarawak.wixsite.com/ikmas/borang-permohonan-
diploma, 14 Jun 2017
11 Bahagian Akademik IKMAS,2017
12 Institut Al-Quran Darul Aman, http://iqdar.edu.my, 14 Jun 2017
13 Bahagian Pengurusan & Kewangan, IQDAR, 2017
14 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Pahang,
http://www.tahfizpahang.edu.my/index.php?lang=my, 14 Jun 2017
15 Temu bual dengan Penolong Pengarah Kanan Unit Dasar, Darul Quran, Puan
Norhayati binti Ab Lateh pada 13 Mac 2018
16 Jabatan Agama Islam Perak, http://jaipk.perak.gov.my, 14 Jun 2017
17 Unit Pengurusan Akademik Darul Quran, 2017
40
18 Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Yayasan Islam Perlis,
http://mtqqperlis.blogspot.my/?m=1, 14 Jun 2017
19 Pejabat Pengetua MTQN Perlis, 2017
20 Maahad Tahfiz al-Quran Masjid Sayyidina Ali,
http://www.mtqmsa.edu.my/?vce, 14 Jun 2017
21 Unit Pentadbiran, IQSA, 2017
22 Institut al-Quran Terengganu, http://iqt.terengganu.gov.my/index.php/en/,
14 Jun 2017
23 Pusat Pengajian al-Quran, IQT, 14 Jun 2017
24 Kolej Pengajian Islam Johor,
http://www.marsah.edu.my/v6/index.php/ms/info/latarbelakang/pengenala
n, 14 Jun 2017
25 Unit Pengurusan Akademik Darul Quran, 2017
26 KITAB, http://kitab.edu.my, 14 Jun 2017
27 Pejabat Rektor KITAB,2017
28 Bahagian Pengurusan dan Kewangan, MTQ ADDIN
29 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN, 2017
30 Darul Quran. (2016). Sambutan Jubli Emas Darul Quran. Selangor. Darul
Quran.
31 Ibid.
32 Ibid.
33 Ibid.
34 Ibid.
35 Kertas Cadangan Menetapkan Syarat Khas Kelayakan Masuk Bagi Program
Diploma Tahfiz al-Quran Untuk Pelajar Orang Kelainan Upaya Masalah
Penglihatan di Mesyuarat Lembaga Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (C08/29/2016)
41
36 Kertas Cadangan Dasar Pengambilan Pelajar Luar Negara Darul Quran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Mesyuarat Lembaga Darul Quran Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (C08/29/2016)