Objektif - ipbl.edu.my
Transcript of Objektif - ipbl.edu.my
Objektif
1) Memudahkan membantu guru untuk menilai sama ada objektif pembelajaran
tercapai atau tidak pada akhir pengajaran.
2) Merekod prestasi murid secara automatik di dalam perisian aplikasi Microsoft Office
Excel bagi topik Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isi padu Cecair Tahun 5.
Masalah Utama
Kaedah yang sering digunakan oleh guru untuk menilai hasil pembelajaran murid
pada akhir sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) iaitu lembaran kerja. Lembaran
kerja tersebut akan dilengkapkan oleh murid semasa fasa pengukuhan dalam sesi PdPc dan
akan disemak oleh guru satu persatu. Kemudian, jumlah soalan yang betul akan direkod
oleh guru sebagai rekod pencapaian murid. Kaedah tradisional ini kurang efisyen sekiranya
seorang guru mengajar empat buah kelas bagi mata pelajaran matematik dan purata
bilangan murid setiap kelas ialah 25 orang.
Kegunaan Inovasi
Inovasi digital Kwijeu dihasilkan untuk memudahkan membantu guru untuk menilai
sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak pada akhir pengajaran serta merekod
prestasi murid secara automatik di dalam perisian aplikasi Microsoft Office Excel bagi topik
Masa dan Waktu, Panjang, Jisim dan Isi padu Cecair.
SUZIANA ANAK AJONG [email protected]
Kumpulan Sasaran
Guru-guru matematik yang mengajar Tahun 5.
Cara Menggunakan
1. Manual Penggunaan Produk untuk Guru:
Produk ini perlu disunting hyperlink sebelum digunakan ke atas murid-murid. Berikut
merupakan langkah untuk menyuntingnya.
Bil. Contoh Paparan Langkah tindakan
1
Lancarkan produk
dengan klik pada
ikon Projek
Inovasi – Kwijeu.
2
Klik pada slaid
kedua.
3
Klik pada ikon
Masa dan Waktu.
Kemudian klik
toolbar Insert.
4
Paparan seperti
berikut akan
kelihatan. Klik
pada Action.
5
Kemudian, klik
pada Hyperlink
diikuti ikon anak
panah seperti
yang ditunjukkan.
Pilih Other
PowerPoint
Presentation.
6
Cari fail yang
dinamakan
sebagai Untuk
Kegunaan Guru
dan klik padanya
diikuti dengan klik
Open.
7
Pilih fail yang
sejajar dengan
nama ikon yang
dipilih pada awal
langkah tadi iaitu
Masa dan Waktu.
Kemudian klik
OK.
8
Paparan seperti
berikut akan
kelihatan. Klik
pada Slide title
yang bernombor
1 dan klik OK.
9
Fail yang hendak
di-hyperlink
sudah berjaya di
pilih. Maka
teruskan dengan
klik OK. Ulang
langkah 3 hingga
9 untuk
memasukkan
Hyperlink bagi
ikon Panjang,
Jisim dan Isi padu
Cecair.
2. Menyemak prestasi murid:
Setelah melaksanakan langkah-langkah di atas, maka produk ini sedia untuk
digunakan oleh murid. Guru boleh menyemak rekod prestasi murid yang telah
menggunakan produk ini dengan langkah berikut. Prestasi murid hanya terdapat
dalam rekod sekiranya murid menjawab kesemua 10 soalan dalam topik tersebut.
Bil. Contoh Paparan Langkah tindakan
1
Klik pada fail
UNTUK KEGUNAAN
GURU.
2
Klik pada fail Excel
berdasarkan topik
yang telah diuji.
Maka paparan
prestasi murid yang
telah menggunakan
aplikasi produk ini
akan kelihatan.