NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap...
Transcript of NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD - fp.utm.my · kepuasan pelajar universiti teknologi malaysia terhadap...
KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PERLAKSANAAN PROGRAM SPACE DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TERHADAP PERLAKSANAAN PROGRAM SPACE DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NUZULAFIZAN BIN MOHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: NO. 8.8, JALAN 3/7, PM. DR. HJ. MOHAMED SHARIF B. HJ. MUSTAFFA TAMAN INTAN PERDANA, NAMA PENYELIA 71050 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN. Tarikh: 12 NOVEMBER 2009 Tarikh: 12 NOVEMBER 2009
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”
Tandatangan : .....................................................................
Nama Penyelia : P.M. DR. HJ. MOHAMED SHARIF B. HJ. MUSTAFFA
Tarikh : NOVEMBER 2009
KEPUASAN PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
PERLAKSANAAN PROGRAM SPACE DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
NUZULAFIZAN B. HJ. MOHAMAD
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NOVEMBER, 2009
ii
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”
Tandatangan : .....................................................
Nama Penulis : NUZULAFIZAN BIN HJ. MOHAMAD
Tarikh : NOVEMBER 2009
iii
DEDIKASI
Ditujukan istimewa kepada
Ayah dan Ibu tersayang……..
Hj. Mohamad B. Hj. Ismail dan
Hjh. Zaleha BT Md. Zain.
Yang sentiasa memahami dan memberi
Semangat di sepanjang tempoh pengajian ini.
Kakak-kakak dan adik yang dikasihi,
Marziana, Marzita dan Normazatulizma
Yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan
dalam mengejar cita-cita.
Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong
menamatkan pengajian ini.
Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian,
akan ku kenang buat selamanya insya-Allah.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita ilmu
kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah
menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.
Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (JPTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana
memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima
kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi
nasihat dan tunjuk ajar selama ini.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada penyelia tesis, P.M.
Dr. Hj. Mohamed Sharif B. Hj. Mustaffa atas bimbingan dan dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih
kepada pelajar-pelajar School of Professional and Continuing Education (SPACE),
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, International Campus, Semarak
dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang
telah ditetapkan.
Akhir sekali buat ayah, ibu dan keluarga tersayang, segala doa restu dan
dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan
dapat dimanfaatkan. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kepuasan pelajar
Universiti Teknologi Malaysia terhadap perlaksanaan Program SPACE dengan
pencapaian akademik. Responden kajian adalah terdiri daripada seramai 136 orang
pelajar SPACE, di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Semarak yang
mengikuti program Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup),
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Sains), dan Sarjana Muda Sains dan Teknologi serta Pendidikan
(Matematik). Tahap kepuasan pelajar dikaji menggunakan persampelan rawak mudah.
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik jenis skala
likert 5 mata bagi mengukur tahap kepuasan pelajar. Analisis kajian menunjukkan
kepuasan pelajar adalah sederhana terhadap kemudahan teknologi yang disediakan di
dalam pengajaran dan pembelajaran, serta perkhidmatan tambahan yang disediakan.
Dapatan kajian menunjukkan kepuasan pelajar adalah tinggi terhadap komunikasi dua
hala antara pensyarah dan pelajar, serta kaedah penilaian pembelajaran. Kajian
menunjukkan wujudnya hubungan antara kemudahan teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran, komuniksai dua hala antara pensyarah dan pelajar, kaedah penilaian
pembelajaran dan perkhidmatan tambahan yang disediakan dengan pencapaian
akademik bagi pelajar yang mengikuti Program SPACE di Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia, International Campus, Semarak. Beberapa cadangan mengenai
kaedah kajian dan hasil dapatan telah dikemukakan oleh pengkaji untuk diberi perhatian
oleh pengkaji yang akan datang dan pihak SPACE.
vi
ABSTRACT
The objective of this study is conducted to identify Universiti Teknologi
Malaysia student’s satisfaction on Program SPACE implementation with academic
achievement. This research includes 136 respondent from Bachelor of Technology with
Education (Living Skills), Bachelor of Science and Education (Islamic Study), Bachelor
of Science and Education (Science), and Bachelor of Science and Technology with
Education (Mathematic). Student levels of satisfaction looked into use easy random
sampling. This research only for descriptive survey, using 5-points Likert-scale to
determine the level of student’s satisfaction. Analysis research showed student's
satisfaction is modest on technology facility prepared in teaching and learning, and
added service prepared. Retrieval research showed student's satisfaction was high on
two-way communication between lecturer and student, and learning appraisal method.
Research showed existence interrelationship technology facility in lesson and learning,
communication bilateral between lecturer and student, learning and added service
appraisal method prepared with academic achievement for student which follow
Program SPACE in Faculty of Education Universiti Teknologi Malaysia, International
Campus, Semarak. Some suggestions on retrieval study method and result was
propounded by researcher to be given attention by future researcher and SPACE party.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
viii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Penyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Hipotesis Kajian 12
1.7 Kepentingan Kajian 13
1.7.1 Pelajar SPACE UTM 13
1.7.2 SPACE UTM 13
1.7.3 Penyelidik 14
1.7.4 Kementerian Pengajian Tinggi 14
1.8 Batasan Kajian 15
1.9 Definisi Operasional 15
1.9.1 Pelajar 15
1.9.2 Kepuasan 15
1.9.3 Perlaksanaan 16
1.9.4 Pendidikan Jarak Jauh 16
1.9.5 Pencapaian Akademik 17
BAB 2 SOROTON PENULISAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Kemudahan Teknologi Pengajaran
dan Pembelajaran 18
2.3 Komunikasi Pensyarah 22
2.4 Kaedah Penilaian Pembelajaran 24
2.5 Perkhidmatan Tambahan 26
2.5.1 Perpustakaan 29
2.5.2 Perkhidmatan Kaunseling 31
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Tempat Kajian 34
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.4 Rekabentuk Kajian 35
3.5 Alatan Kajian 36
3.5.1 Bahagian A 37
3.5.2 Bahagian B 38
3.6 Kesahan Alatan Kajian 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Kebolehpercayaan Alatan Kajian 40
3.9 Pengendalian Kajian 42
3.10 Penganalisaan Data 43
3.11 Rumusan 45
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 46
4.2 Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Jantina 47
4.2.2 Bangsa 48
4.2.3 Umur 48
4.2.4 Program 49
4.2.5 Semester 50
4.2.6 Status Perkahwinan 51
4.2.7 Bilangan Anak 51
4.2.8 Pengalaman Bekerja 52
4.2.9 Pendapatan 53
4.2.10 PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) 53
x
4.3 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan
Teknologi Yang Disediakan Di Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran 54
4.4 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Komunikasi
Dua Hala Antara Pelajar Dan Pensyarah 56
4.5 Tahap Kepuasan Pelajar Tarhadap Kaedah
Penilaian Pembelajaran. 57
4.6 Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan
Tambahan Yang Disediakan 59
4.7 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Dengan Pencapaian Akademik 61
4.7.1 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Terhadap Kemudahan Teknologi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Serta
Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik. 62
4.7.2 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Terhadap Komunikasi Dua Hala Antara
Pelajar Dan Pensyarah Serta Hubungannya
Dengan Pencapaian Akademik. 63
4.7.3 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Terhadap Kaedah Penilaian Pembelajaran
Serta Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik. 64
4.7.4 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Terhadap Perkhidmatan Tambahan Yang
Disediakan Serta Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik. 65
4.9 Kesimpulan 66
xi
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan 68
5.2.1 Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan
Teknologi Yang Disediakan Di Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran 68
5.2.2 Kepuasan Pelajar Terhadap Komunikasi
Dua Hala Antara Pelajar Dan Pensyarah. 70
5.2.3 Kepuasan Pelajar Tarhadap Kaedah
Penilaian Pembelajaran. 71
5.2.4 Kepuasan Pelajar Terhadap
Perkhidmatan Sokongan 72
5.2.5 Hubungan Antara Tahap Kepuasan
Pelajar Terhadap Penggunaan Teknologi
Di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Dengan Pencapaian Akademik 73
5.2.6 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Terhadap Interaksi Pensyarah Dengan
Pencapaian Akademik 74
5.2.7 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Terhadap Penilaian Pembelajaran Dengan
Pencapaian Akademik 74
5.2.8 Hubungan Antara Tahap Kepuasan Pelajar
Terhadap Perkhidmatan Sokongan Dengan
Pencapaian Akademik 75
xii
5.3 Rumusan Mengikut Soalan Kajian 75
5.4 Cadangan 77
5.5 Kajian Lanjutan 78
5.5 Rumusan 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 89
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Saiz Populasi 35
3.2 Pembahagian Soal Selidik Mengikut Elemen
Kepuasan Pelajar 38
3.3 Skala Likert 39
3.4 Klasifikasikan Kekuatan Kolerasi 41
3.5 Skala Min 44
3.6 Garis Panduan Guilford 44
4.1 Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Jantina 47
4.2 Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Bangsa 48
4.3 Peratus Responden Mengikut Umur 48
4.4 Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Program 49
4.5 Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Semester 50
4.6 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Status Perkahwinan 51
xiv
4.7 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Bilangan Anak 51
4.8 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Pengalaman Bekerja 52
4.9 Bilangan dan Peratus Responden Mengikut
Pendapatan 53
4.10 Nilai PNGK Responden SPACE Fakulti
Pendidikan, UTM Semarak. 53
4.11 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Kemudahan Teknologi Yang Disediakan Di
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 54
4.12 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Komunikasi Dua Hala Antara Pelajar
Dan Pensyarah 56
4.13 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Tarhadap
Kaedah Penilaian Pembelajaran. 57
4.14 Taburan Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap
Perkhidmatan Tambahan Yang Disediakan 59
4.15 Garis Panduan Guilford 61
4.16 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Kemudahan Teknologi Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran 62
4.17 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Komunikasi Dua Hala Antara
Pelajar Dan Pensyarah 63
4.18 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Kaedah Penilaian Pembelajaran 64
xv
4.19 Kolerasi Antara Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) Dengan Perkhidmatan Tambahan
Yang Disediakan 65
xvi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
RPLK - Rancangan Pengajian Luar Kampus
PPPL - Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan
USM - Universiti Sains Malaysia
UiTM - Universiti Teknologi Mara
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UUM - Universiti Utara Malaysia
UM - Universiti Malaya
UNITAR - Universiti Teknologi Tun Abdul Razak
SAIC - Science Application International Corperation
MSC - Multimedia Super Corridor
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPACE - School Of Professional and Continuing Education
IPT - Institusi Pendidikan Tinggi
IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
ICT - Information Communication Technology
LAN - Local Area Network
WAN - Wide Area Network
CD ROM - Compact Disc Read Only Memory
xvii
TV - Television
WWW - World Wide Web
AAOU - Persatuan Universiti-Universiti Terbuka Asia
PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif
SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam)
SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)
SPT - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Matematik)
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
VPN - Virtual Pin Number
OUM - Open University Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Akuan Soal Selidik Dari
P.M. Dr. Hj. Mohamed Sharif B. Hj. Mustaffa
C Analisis Dapatan Kajian
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan, Malaysia tidak ketinggalan
memberi rakyatnya untuk melanjutkan pelajaran melalui pendidikan jarak jauh (PJJ).
Program PJJ merupakan satu alternatif selain pendidikan konvensional agar setiap insan
berpeluang mendapat pendidikan yang sama serta menuju ke arah pembelajaran yang
berterusan (Fazilah Idris, 2000). Ini kerana PJJ memperkenalkan konsep bilik darjah
tanpa sempadan dan pelajar dipisahkan secara fizikal dengan pensyarah (Nafisah,
2000).
Menurut Aini dan rakan-rakan (2000), PJJ boleh didefinisikan sebagai satu
sistem pengantaraan yang menghubungkan pelajar dengan sumber-sumber
pembelajaran. PJJ menyediakan akses pembelajaran kepada pelajar yang tidak
mendaftar sepenuh masa di pusat pengajian dan mengambil peluang belajar daripada
pelajaran semasa. PJJ berlaku apabila seseorang pengajar dan pelajar-pelajarnya
2
dipisahkan oleh sesuatu jarak yang nyata dan teknologi seperti video, bunyi, data dan
cetakan lain yang sering digunakan sebagai media komunikasi.
Oleh itu, PJJ ialah satu sistem pembelajaran yang memisahkan antara pelajar
dengan tenaga pengajar dari segi masa dan tempat yang lebih menekankan atas daya
usaha sendiri dengan sokongan minima pihak lain. Strategi pembelajaran yang sesuai
amat diperlukan oleh pelajar PJJ dalam mengecapi kejayaan (Melor dan rakan-rakannya,
2000). Ini adalah kerana pembelajaran PJJ adalah amat berbeza dengan pembelajaran
secara tradisional di mana pelajar dapat belajar secara bersemuka, bertemu dengan
pensyarah dan sebagainya.
Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam
pengamalan gaya pembelajaran oleh pelajar PJJ dan pelajar tradisional. Maka, guru
harus menilai pelajar mereka dan menggunakan data yang diperolehi untuk membantu
dalam mereka bentuk dan melaksanakan pengajaran mereka (Diaz & Bontenbal, 2000).
Menurut Diaz dan Cartnal (1999), pengetahuan tentang gaya pembelajaran
pelajar boleh membantu dalam menjayakan program PJJ. Ini adalah kerana dengan
mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar, fakulti dapat merancang dan menyediakan
aktiviti PJJ yang sesuai mengikut gaya pembelajaran pelajar. Sarasin (1998) juga
menyatakan bahawa pendidik seharusnya boleh mengubah strategi pengajaran mereka
berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Pendidik seharusnya memastikan kaedah,
material dan sumber yang digunakan adalah mengikut cara pembelajaran pelajar dan
meningkatkan potensi pembelajaran setiap pelajar.
3
Maka, dalam proses pembelajaran adalah penting bagi seseorang pelajar
mengenal jenis gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan dirinya sendiri. Ini adalah
kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar akan mempengaruhi
pencapaiannya (Biekey & Rodman, 1995)
Memaklumi sejarah sistem pendidikan negara kita yang masih muda dan
berlatarbelakangkan sejarah yang berbeza daripada apa yang berlaku di negara lain,
maka perkembangan pendidikan jarak jauh di negara kita tidaklah begitu pesat
sebagaimana yang berlaku di Eropah atau negara maju yang lain.
Walaupun ada setengah-setengah pendapat yang menyatakan bahawa sebelum
tahun 1970 belum ada lagi sistem pendidikan jarak jauh secara rasmi di Malaysia. Tetapi
sebenarnya bibit gagasan untuk merancang ke arah melaksanakan sistem jarak jauh telah
mula difikirkan oleh Kementerian Pelajaran masa itu, iaitu apabila mereka merangka
Program Pelajaran Sambilan dan Lanjutan sebagaimana yang tersurat dalam Penyata
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1964. Kalau kita bandingkan pula
perancangan dasar pelajaran kita tentang pendidikan jarak jauh dengan apa yang berlaku
di negara-negara lain seperti Jepun, Thailand dan Indonesia maka sebenarnya negara
kita telah maju ke hadapan lebih awal lagi dalam perancangan, tetapi tertinggal dari segi
perlaksanaannya.
Universiti Malaya telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran
Tinggi 1964 supaya mengwujudkan Jabatan Pengajian Sambilan dan Lanjutan tetapi
kerana masalah dalaman khususnya permasalahan kakitangan maka penubuhan jabatan
tersebut tidak terlaksana. Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pertanian Malaysia
yang telah menyahut cadangan Penyata Perancangan Pelajaran Tinggi Kementerian
Pelajaran 1964 dengan masing-masingnya mewujudkan Rancangan Pengajian Luar
Kampus (RPLK) yang benar-benar merealisasikan konsep pendidikan jarak jauh di
4
negara ini dan merupakan program formal Universiti Sains Malaysia, dan Pusat
Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan (PPPL) yang menawarkan program-program
tak formal Universiti Pertanian Malaysia.
Di negara ini, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian
tinggi yang pertama mengorak langkah ke arah PJJ sejak sepuluh tahun yang lalu .
Pencapaian dan kejayaannya amatlah membanggakan .
Selain itu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang juga merupakan salah satu
lagi pusat pengajian tinggi mempunyai tanggungjawab untuk mendidik bumiputera
menjadi profesional yang berkaliber, berdikari dan berilmu bagi mencapai
pembangunan-sosioekonomi negara .
Sesuai dengan falsafah dan matlamatnya, UiTM telah memperkenalkan program
PJJ dengan tujuan melahirkan lebih ramai kaum bumiputera yang berilmu dan
berkelayakan . Program itu dilaksanakan oleh Pusat Pendidikan Luar institut tersebut .
Oleh kerana keberkesanan program PJJ ini maka pada tahun 1996, Universisti
Kebangsaan Malaysia (UKM) telah memulakan pengambilan baru program ini . Ianya
mendapat sambutan yang menggalakkan dengan pengambilan seramai 2300 orang .
Sehingga kini PJJ UKM mempunyai 12 pusat wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak .
Begitu juga di Universiti Utara Malaysia, di mana seramai 303 orang mahasiswa
perintis program Pendidikan Jarak Jauh telah mendaftar di universiti tersebut . Program
PJJ UUM yang pertama itu menawarkan kursus ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Perniagaan dengan kepujian (BBA Hons.) .
5
Seperti di universiti-universiti yang lain, Universiti Malaya juga telah
mengadakan program PJJ yang tersendiri . PJJ UM memberi penekanan kepada sains
dan teknologi dan meneruskan penekanan sepenuhnya kepada kursus profesional dan
separa profesional seperti kejuruteraan dan pengurusan .
1.2 Latar Belakang Kajian
Perkembangan pesat dunia hari ini telah menjadikan setiap negara mencari jalan
yang terbaik untuk menyaingi antara satu sama lain. Kejayaan di dalam persaingan ini
hanya boleh dicapai melalui pembangunan bidang pendidikan. Melalui bidang
pendidikan, ianya boleh memberikan pemikiran-pemikiran baru ke arah mewujudkan
ciptaan-ciptaan baru dan terkini.
Pada masa kini, PJJ menjadi semakin popular kerana pendidikan ini memberi
peluang kepada seseorang individu untuk mendapatkan pendidikan yang diperlukan
mengikut keperluan dan kemampuannya sendiri. PJJ dilihat lebih mudah dan lebih
ekonomik kerana dapat menjimatkan kos berbanding perlaksanaan pengajian sepenuh
masa.
PJJ merupakan salah satu pendekatan untuk seseorang individu mendapatkan
pendidikan dan juga untuk memperolehi pendidikan secara sambilan ekoran daripada
permintaan yang tinggi di dalam bidang pendidikan. perkembangan ini turut disokong
oleh perkembangan yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
6
Sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan sistem pengajaran secara jauh,
maknanya pengajar dan pelajar terpisah atau berada pada suatu jarak antara satu sama
lain, ataupun tidak bersemuka. Dalam sistem PJJ bahan-bahan atau keseluruhan sukatan
pelajaran disediakan dalam bentuk cetak atau bukan cetak dan dibekalkan kepada pelajar
pada masa yang sesuai dengannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku
pada masa yang sama iaitu tidak perlu berada di tempat yang sama atau berdepan
dengan tenaga pengajar dan yang paling utama ialah pengurusan masa yang baik (Mohd.
Noor Saleh, 1994).
Di Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan pusat pengajian tinggi
yang pertama menjalankan sistem PJJ sejak 10 tahun yang lalu. Pencapaian dan
kejayaannya amatlah membanggakan. Pada tahun 1990 Universiti Teknologi Mara
(UiTM) pula telah menawarkan kursus-kursus peringkat diploma dan juga merupakan
satu lagi pusat pengajian tinggi yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik rakyat
Malaysia bumiputera menjadi profesional yang berkaliber, berdikari dan berilmu bagi
mencapai pembangunan sosio ekonomi negara. ( Shereen Harun ,Jan 1995).
Begitu jugalah dengan Universiti Teknologi Tun Abdul Razak (UNITAR), telah
bekerjasama dengan Science Application International Corperation (SAIC) Amerika
Syarikat akan mula menawarkan kursus-kursus secara ‘konsep universiti maya’.
(Sunday Star, 16 Feb. 1997). Kesemua institut pengajian tinggi ini menawarkan kursus-
kursus di peringkat ijazah dan diploma mengikut program pengajian jarak jauh.
Selain daripada itu terdapat juga cadangan untuk menubuhkan universiti
multimedia berkonsepkan program PJJ oleh KUB Malaysia Berhad yang berpusat di
Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan cara ini pensyarah dan pelajar dapat
berinteraksi secara langsung dengan menggunakan peralatan multimedia sama ada di
pusat berkenaan atau terus dari rumah pelajar berkenaan (Utusan Malaysia, Mei 1997).
7
Pembangunan sosial dan ekonomi penting demi memastikan taraf hidup yang
senang bagi rakyat sesebuah negara. Dengan kemajuan yang dicapai sekarang, didapati
pelabur asing amat gemar melabur di negara ini. Hal ini demikian kerana tenaga kerja di
Malaysia kebanyakannya terlatih, bertanggungjawab, dan berpengetahuan. Maka dengan
itu pelabur asing tidak perlu menghabiskan wang melatih semula pekerjanya. Keadaan
ini merupakan satu galakan untuk menarik pelabur datang ke negara ini.
Dengan adanya program PJJ, mereka yang bekerja boleh meningkatkan
kelayakan, kemahiran, dan pengetahuan. Matlamat Dasar Ekonomi Baru sudah tercapai.
Kini kita bergerak ke arah mencapai matlamat Dasar Pembagunan Negara dan Wawasan
2020. PJJ penting untuk Malaysia kerana program ini akan memperbanyak lagi rakyat
yang berpengetahuan dan ilmu. Sesungguhnya pendidikan itu penting dan harus
dijadikan sebagai satu kegiatan yang berterusan dalam kehidupan manusia.
Menurut keterangan yang telah diberikan oleh Pengarah Pusat PJJ, UM, Dr.
Nasrudin Abdul Rahim di dalam ruangan Wawancara di Berita Harian (Isnin, 2 Mac
1998) adalah seperti berikut :
" Ini juga sehaluan dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang meletakkan
sasaran untuk mencapai tahap 40 peratus rakyat Malaysia berusia 25 hingga 40 tahun
mendapat pendidikan tinggi pada 2005. Ini disebabkan selain saluran biasa mengambil
terus pelajar ke kampus, PJJ menjadi satu alternatif dari segi menambah peluang
pendidikan tinggi. "
Sektor awam dan sektor swasta semakin besar dan kompleks tanggungjawabnya.
Sektor ini memerlukan mereka yang berkaliber, berdedikasi, dan berpengetahuan untuk
memastikan mutu kerja dan perkhidmatan terus meningkat ke tahap keberkesanan yang
8
optimum. Walau bagaimanapun, untuk mengembangkan PJJ, pelajar, pensyarah,
masyarakat umum, dan ahli akademik harus memainkan peranan yang lebih aktif dan
agresif.
UTM dengan kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menubuhkan
Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE) pada Julai 1993.
Kini, operasi SPACE telah diperluaskan ke kampus UTM, Jalan Semarak, Kuala
Lumpur. SPACE telah mengorak langkah dengan menawarkan 30 orang pelajar program
Sarjana Perancangan Pengangkutan di bawah Program Pengajian Luar Kampus Separuh
Masa. Pada tahun 1994, program yang dikendalikan ialah Sarjana Kejuruteraan Gas iaitu
seramai 36 orang pelajar dan program peringkat sijil seramai 433 orang pelajar serta
pelbagai kursus pendek, seminar dan bengkel. Seramai lebih 5326 graduan telah berjaya
menamatkan pengajian dengan SPACE melalui Program Pengajian Separuh Masa.
1.3 Penyataan Masalah
Terdapat beberapa kaedah pengendalian kursus pengajian PJJ yang diamalkan
oleh institusi pendidikan tinggi (IPT). Kaedah ini berubah dari semasa ke semasa
mengikut arus perkembangan teknologi komunikasi. Namun begitu, teknologi yang
canggih dan terkini memerlukan pelaburan yang besar. Justeru terdapat juga pandangan
yang mengatakan bahawa pengendalian kursus pengajian PJJ tidak semestinya
memerlukan teknologi yang canggih untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Walau
apa pun kaedah yang diguna pakai oleh IPTS untuk mengendalikan kursus pengajian
secara PJJ, IPTS hendaklah dengan jelas menerangkan kaedah pengendalian kursus
pengajian PJJ yang ingin dikendalikan.
9
Kajian mengenai kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan progran SPACE
dengan pencapaian akademik di SPACE UTM Semarak dilakukan kerana kebanyakkan
kajian-kajian yang lepas dibuat lebih memfokuskan kepada pelajar sepenuh masa.
Kajian seumpama ini dibuat untuk melihat sejauh mana tahap kepuasan pelajar terhadap
perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan Pendidikan Jarak Jauh dengan
pencapaian akademik di SPACE UTM, International Campus, Semarak.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran sejauh manakah
kepuasan pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh terhadap perlaksanaan pendidikan jarak
jauh di SPACE UTM, International Campus, Semarak.
1.4.1 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi yang
disediakan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.4.2 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara
pelajar dan pensyarah.
10
1.4.3 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar tarhadap kaedah penilaian pembelajaran.
1.4.4 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang
disediakan.
1.4.5 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik.
1.4.6 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara
pelajar dan pensyarah serta hubungannya dengan pencapaian akademik.
1.4.7 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah penilaian pembelajaran
serta hubungannya dengan pencapaian akademik.
1.4.8 Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang
disediakan serta hubungannya dengan pencapaian akademik.
11
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi di dalam
pengajaran dan pembelajaran?
1.5.2 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara pensyarah
dan pelajar?
1.5.3 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah penilaian pembelajaran?
1.5.4 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang
disediakan?
1.5.5 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan teknologi di dalam
pengajaran dan pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik?
12
1.5.6 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap komunikasi dua hala antara pensyarah
dan pelajar serta hubungannya dengan pencapaian akademik?
1.5.7 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap kaedah penilaian pembelajaran serta
hubungannya dengan pencapaian akademik?
1.5.8 Apakah tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan tambahan yang
disediakan serta hubungannya dengan pencapaian akademik?