NUR SURAYA BINTI OBENG - fp.utm.my · PDF file2.5.3 Penyelenggaraan ... Hydraulic Shear...
Transcript of NUR SURAYA BINTI OBENG - fp.utm.my · PDF file2.5.3 Penyelenggaraan ... Hydraulic Shear...
PEMBANGUNAN REKABENTUK PERANGKAP SISA MAKANAN
NUR SURAYA BINTI OBENG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
ii
iii
PEMBANGUNAN REKABENTUK PERANGKAP SISA MAKANAN
NUR SURAYA BINTI OBENG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iv
v
DEDIKASI
Dedikasi ini ditujukan khas kepada:
Keluarga tercinta
Ayahanda dan bonda yang amat dikasihi
Haji Obeng Bin Seman & Hajah Yok Binti Haji Goga
serta kakanda-kakanda sekalian Norsaperi Bin Obeng, Norliki Bin Obeng dan Herman
Bin Obeng
Rakan kongsi projek
Ahmad Ridhwan Bin Muhamad dan Adibah Binti Adnan
Rakan seperjuangan
Aida Yusnita Binti Md. Keya, Hamidah Binti Razali, Masyitah Binti Abdullah, dan Siti
Syazwani Binti Md, Mudzaffar serta seluruh warga SPH ambilan Disember.
Penyelia yang dikasihi
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyelia, Dr. Rohana Binti Hamzah.
Semoga semua yang terlibat menjayakan projek ini sama ada secara lansung atau tidak
lansung akan berada di bawah naungan Allah SWT dan mendapat keredhaan-Nya
senantiasa, InsyaAllah.
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah Rahmat dan
IzinNya penyelidik dapat menyiapkan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih diucapkan kepada Dr Rohana Binti Hamzah, selaku penyelia Projek Sarjana
Muda ini. Bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan
kajian projek ini sangat bermakna.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan
khususnya kepada pelajar Tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup). Malah, kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek
serta penulisan ini, kalungan terima kasih juga diucapkan atas sumbangan kalian.
Akhir sekali, penyelidik ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ayahanda
dan bonda serta semua ahli keluarga di atas sokongan yang diberikan. Sesungguhnya,
budi dan jasa kalian tersemat kukuh di sanubari. Dorongan, nasihat dan kata-kata azimat
yang diberikan adalah nadi penggerak kepada pembentukkan jati diri.
vii
ABSTRAK
Penggunaan perangkap sisa makanan telah membuka dimensi baru membendung
masalah parit tersumbat. Namum begitu, ketidaksesuaian rekabentuk perangkap
menyebabkan ia gagal berfungsi dengan sempurna. Sisa makanan yang gagal disekat
memenuhi ruang parit dan mengundang banyak serangga perosak. Oleh hal demikian,
kajian ini dijalankan bertujuan untuk merekabentuk sebuah perangkap sisa makanan
yang mampu memerangkap sisa buangan pepejal dan cecair. Faktor yang telah diberi
perhatian di dalam aspek merekabentuk adalah rupabentuk, saiz dan warna. Elemen-
elemen yang telah diberi penekanan adalah garisan, bentuk, tekstur, warna dan arah
gerakan air sisa. Manakala, prinsip-prinsip yang perlu ditekankan adalah keseimbangan,
perkadaran, pengulangan, penekanan dan kesatuan. Saiz perangkap sisa makanan perlu
dibina mengikut kesesuaian rupabentuk parit. Kaedah yang digunakan di dalam kajian
ini adalah berbentuk eksperimen iaitu melakukan beberapa pengujian di lokasi sebenar.
Need Analysis Test telah dilakukan ke atas 30 orang responden untuk mendapatkan
maklumat mengenai keperluan produk. Temubual bersama dengan tiga orang pakar juga
dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai rekabentuk yang sesuai.
Maklumbalas mengenai idea rekabentuk awal daripada pakar digunapakai untuk
memperbaiki lakaran sehingga menemui penyelesaian yang dikehendaki. Pengujian
dilakukan oleh seorang pakar menggunakan Borang Penilaian Projek Rekacipta. Hasil
daripada pengujian, produk ini mampu menanggung beban sisa makanan sebanyak 10kg
hingga 11kg sehari. Rekabentuk yang bagus dapat memberi keselesaaan kepada
pengguna dan mampu mengelak kecederaan. Dapatan kajian ke atas pembangunan
rekabentuk menunjukkan produk mampu memerangkap sisa buangan pepejal dan cecair
dengan baik.
viii
ABSTRACT
The use of food waste traps has opened a new dimension of the problem of
clogged drains. Nevertheless, the incompatibility trap design causes it to fail to function
properly. Food wastes that fail to meet the space blocked drains and invites many insect
pests. This study aimed to design a trap that can trap food waste solids and liquid waste.
Factors that have been given attention in the design aspect are the shape, size and color.
In the context design, trapping the rest of the food needs to have a corresponding
manner. The elements that have been given the emphasis are etched line, shape, texture,
color and direction. Whereas, for the principles that need to be emphasized are the
balance, rhythm, repetition, emphasis and unity. Size traps of food debris have to build
according to the suit of slope. While, the method used in this study is an experiment
which needs to do some testing on the actual location. Need Analysis Test was
conducted on 30 respondents to obtain information on product requirements. Interviews
with three experts also carried out to obtain information on appropriate design. Feedback
on early design ideas from the experts used to improve the sketch before finding the
desired solution. Testing performed by an expert using the Project Evaluation Form
Design. As a result of testing, this product is able to bear the burden of food waste by
10kg to 11kg per day. A good design can provide comfort to users and can prevent
injuries. The findings on the design of development that the product is able to trap solid
and liquid waste properly.
ix
KANDUNGAN
BAB
BAB 1
PERKARA
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PEMBIMBING
JUDUL
PENGAKUAN PENULIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Definisi
HALAMAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix
xiv
xviii
xx
xxi
1
3
4
5
6
6
x
BAB 2
1.7 Teori Kajian
1.7.1 Kerangka Teori
1.8 Kepentingan Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Penutup
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Rekabentuk Projek
2.3 Elemen Dalam Rekabentuk
2.3.1 Garisan
2.3.2 Bentuk
2.3.3 Tekstur
2.3.4 Warna
2.3.5 Arah
2.4 Prinsip Dalam Rekabentuk
2.4.1 Keseimbangan
2.4.2 Perkadaran
2.4.3 Rhythm
2.4.4 Penekanan
2.4.5 Kesatuan
2.5 Kesesuaian Saiz
2.5.1 Lebar Parit Atau Saliran
2.5.2 Jenis Saluran
2.5.3 Penyelenggaraan
2.5.4 Anggaran beban
8
9
10
10
11
12
12
13
13
15
18
20
20
21
21
21
22
22
23
23
24
24
24
25
xi
BAB 3
BAB 4
2.6 Pengaruh Warna Dalam Rekabentuk
2.7 Ergonomik
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Kaedah Penyelidikan
3.3 Rekabentuk Kajian
3.4 Lokasi Kajian
3.5 Populasi Kajian
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Carta Gantt A (PSM I)
3.8 Carta Gantt B (PSM II)
3.9 Prosedur Kajian
3.10 Mengenalpasti Masalah
3.11 Pengumpulan Maklumat
3.12 Pencetusan Idea
3.13 Pembangunan Produk
3.14 Pengujian Produk
3.15 Pengumpulan Data
3.16 Analisis Data
3.17 Penambahbaikan Produk
3.18 Kesimpulan
PEMBANGUNAN PRODUK
4.1 Pengenalan
4.2 Proses Pembangunan Perangkap Sisa
Makanan
25
31
32
32
33
34
34
35
38
39
40
41
41
41
42
42
49
50
50
50
51
51
xii
BAB 5
4.3 Proses Pembangunan Perangkap Sisa
4.4 Proses Pembangunan Bekas Penapisan
4.5 Proses Pembangunan Perumah
4.6 Proses Kemasan Produk Perangkap Sisa
Makanan
4.7 Pengiraan Kos
4.8 Kos Projek
ANALISIS DATA
5.1 Pengenalan
5.2 Needs Analysis Test
5.3 Temubual
5.3.1 Maklumat Mengenai Elemen
Rekabentuk Iaitu Garisan,
Bentuk, Tekstur Dan Warna Yang
Sesuai Untuk Perangkap Sisa
Bahan Makanan
5.3.2 Maklumat Mengenai Prinsip-
Prinsip Rekabentuk Seperti
Keseimbangan,Perkadaran,
Pengulangan, Penekanan Dan
Kesatuan
5.3.3 Maklumat Mengenai Saiz
Perangkap Sisa Bahan Makanan
Untuk Yang Sesuai
5.4 Pengujian Produk
52
62
71
79
81
81
83
83
87
88
92
97
98
xiii
BAB 6 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
6.1 Pengenalan
6.2 Rumusan Dapatan Kajian
6.3 Perbincangan Berdasarkan Kepada
Objektif Kajian
6.3.1 Kelebihan
6.3.2 Kelemahan
6.4 Cadangan
6.5 Kesimpulan
6.6 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN A-F
103
103
105
105
106
106
107
107
108
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
Rajah 1.1
Rajah 1.2
Rajah 2.1
Rajah 2.2
Rajah 2.3
Rajah 2.4
Rajah 2.5
Rajah 2.6
Rajah 2.7
Rajah 2.8
Rajah 2.9
Rajah 2.10
Rajah 2.11
Rajah 3.1
Rajah 3.2
Rajah 3.3
Rajah 3.4
TAJUK
Teori News Evaluation Process
Kerangka Teori Pembangunan Rekabentuk
Perangkap Sisa Makanan
Jenis Garisan
Bentuk Goemetri
Bentuk Alam
Bentuk Abstrak
Jenis-Jenis Tekstur
Jenis-Jenis Warna
Pembentukan Warna
Warna Sejuk
Warna Panas
Warna Campuran
Warna Neutral
Carta Alir Proses Kajian Rekacipta Perangkap
Sisa Bahan Makanan
Carta Alir Proses Pengujian Produk
Bekas Penapisan Pertama (Arang Kayu)
Bekas Penapisan Kedua (Batu Kelikir)
HALAMAN
8
9
15
16
17
18
19
25
26
27
28
29
30
40
43
44
45
xv
Rajah 3.5
Rajah 3.6
Rajah 3.7
Rajah 3.8
Rajah 3.9
Rajah 3.10
Rajah 3.11
Rajah 3.12
Rajah 4.1
Rajah 4.2
Rajah 4.3
Rajah 4.4
Rajah 4.5
Rajah 4.6
Rajah 4.7
Rajah 4.8
Rajah 4.9
Rajah 4.10
Rajah 4.11
Rajah 4.12
Rajah 4.13
Rajah 4.14
Rajah 4.15
Rajah 4.16
Rajah 4.17
Bekas Penapisan Pertama Dimasukkan Ke
Dalam Perumah
Bekas Penapisan Kedua Dimasukkan Ke Dalam
Perumah
Perumah Yang Telah Dimasukkan Ke Dalam
Longkang
Perangkap Sisa Makanan Yang Lengkap
Dipasang
Perangkap Sisa Makanan Memerangkap
Buangan
Sisa Makanan Dikumpulkan Untuk Ditimbang
Sisa Makanan Ditimbang
Sampel Air Yang Belum Dilabel
Rangka Kerja Penghasilan Perangkap Sisa
Pemasangan Perangkap Sisa Makanan
Keratan Rentas Perangkap Sisa Makanan
Diameter Lubang Lelehan
Lakaran Perangkap Sisa Makanan
Kepingan Keluli Lembut
Penandaan Menggunakan Scribber Dan
Pembaris Besi
Penandaan Potongan Menggunakan Tinner Snip
Penandaan Dibuka Menggunakan Playar
Bahagian Penandaan Yang Terbuka
Hydraulic Shear Machine
Potong Bahagian Yang Besar
Potong Bahagian Yang Kecil
Pemotongan Menggunakan Jig Saw
Hasil Potongan
Mesin Kimpalan MIG (Metal Inert GasWelding)
Kerja Mengimpal
45
45
46
46
47
47
48
49
52
53
53
54
54
55
56
56
57
57
57
58
58
59
59
60
60
xvi
Rajah 4.18
Rajah 4.19
Rajah 4.20
Rajah 4.21
Rajah 4.22
Rajah 4.23
Rajah 4.24
Rajah 4.25
Rajah 4.26
Rajah 4.27
Rajah 4.28
Rajah 4.29
Rajah 4.30
Rajah 4.31
Rajah 4.32
Rajah 4.33
Rajah 4.34
Rajah 4.35
Rajah 4.36
Rajah 4.37
Rajah 4.38
Rajah 4.39
Rajah 4.40
Rajah 4.41
Rajah 4.42
Rajah 4.43
Rajah 4.44
Rajah 4.45
Rajah 4.46
Rajah 4.47
Rajah 4.48
Rajah 4.49
Perangkap Sisa
Rangka Kerja Penghasilan Bekas Penapisan
Pemasangan Perangkap Sisa Makanan
Keratan Rentas Perangkap Sisa Makanan
Lakaran Bekas Penapisan
Kepingan Keluli Lembut
Penandaan Menggunakan Scribber Dan
Pembaris Besi
Penandaan Potongan Menggunakan Tinner Ship
Penandaan Dibuka Menggunakan Playar
Bahagian Penandaan Yang Terbuka
Hydraulic Shear Machine
Bahagian Yang Telah Dipotong
Mesin Kimpalan MIG(Metal Inert Gas Welding)
Kerja Mengimpal
Flat Bar Bender
Bar Logam Yang Telah Dibengkokkan
Handle Yang Telah Dikimpal
Bekas Penapisan Yang Telah Dikimpal
Rangka Kerja Penghasilan Perumah
Pemasangan Perangkap Sisa Makanan
Keratan Rentas Perangkap Sisa Makanan
Lakaran Perumah
Keluli Lembut Berbentuk L
Keluli Lembut
Mesin Kimpalan MIG(Metal Inert Gas Welding)
Kerja Mengimpal
Perumah Yang Telah Siap Dikimpal
Kepingan Aluminium
Menanda Lubang
Menebuk Lubang
Lubang Yang Telah Digerudi
Pemindahan Tanda Pada Rangka Perumah
61
62
63
64
64
65
65
66
66
66
67
67
68
68
69
69
69
70
71
72
72
73
73
73
74
75
75
76
76
76
77
77
xvii
Rajah 4.50
Rajah 4.51
Rajah 4.52
Rajah 4.53
Rajah 4.54
Rajah 4.55
Rajah 5.1
Rajah 5.2
Rajah 5.3
Rajah 5.4
Rajah 5.5
Rajah 5.6
Rajah 5.7
Gerudi Lubang Pada Rangka Perumah
Skru Rivet
Merivet Kepingan Aluminium Pada Rangka
Perumah
Hasil Kerja Merivet
Cat Berwarna Perak
Keempat-Empat Bahagian Perangkap Telah Siap
Dicat
Keperluan Perangkap Sisa
Kemampuan Mengurangkan Masalah Parit
Tersumbat
Lokasi Penempatan Perangkap Sampah
Kesesuaian Saiz Perangkap Sampah
Kesesuaian Bentuk Perangkap Sisa Makanan
Kesesuaian Bahan Bagi Pembangunan
Perangkap Sisa Makanan
Penggunaan Teknologi Pada Perangkap Sisa
Makanan
77
78
78
78
79
80
84
84
85
85
86
86
87
xviii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
Jadual 3.1
Jadual 3.2
Jadual 3.3
Jadual 4.1
Jadual 4.2
Jadual 4.3
Jadual 5.1
Jadual 5.2
Jadual 5.3
Jadual 5.4
Jadual 5.5
Jadual 5.6
Jadual 5.7
Jadual 5.8
Jadual 5.9
Jadual 5.10
Jadual 5.11
TAJUK
Senarai Peralatan Untuk Pengujian Produk
Senarai Bahan Untuk Pengujian
Berat Sisa Makanan
Kos Bahan
Kos Komoditi
Kos Sampingan
Keperluan Perangkap Sisa Makanan
Kemampuan Mengurangkan Masalah Parit
Tersumbat
Kesesuaian Lokasi Penempatan Perangkap Sisa
Makanan
Kesesuaian Saiz Perangkap Sisa Makanan
Kesesuaian Bentuk Perangkap Sisa Makanan
Kesesuaian Bahan Bagi Pembangunan
Perangkap Sisa Makanan
Penggunaan Teknologi Pada Perangkap Sisa Makanan
Penekanan Elemen Garisan
Kepentingan Elemen Bentuk
Kesesuaian Elemen Tekstur
Kesesuaian Elemen Warna
HALAMAN
44
44
48
81
81
82
84
84
85
85
86
86
87
88
89
90
91
xix
Jadual 5.12
Jadual 5.13
Jadual 5.14
Jadual 5.15
Jadual 5.16
Jadual 5.17
Jadual 5.18
Jadual 5.19
Jadual 5.20
Jadual 5.21
Jadual 5.22
Jadual 5.23
Kepentingan Prinsip Keseimbangan
Penggunaan Prinsip Perkadaran
Penggunaan Prinsip Pengulangan
Kepentingan Prinsip Penekanan
Kepentingan Prinsip Kesatuan
Kesesuaian Saiz Perangkap Sisa Makanan
Pengujian Produk Pada Item Hasil Projek Dan
Kefungsian
Berat Sisa Makanan
Pengujian Produk Pada Item Kemahiran serta
Kreativiti Dan Aplikasi Teknologi
Pengujian Produk Pada Item Pada Item Estetika
Pengujian Produk Pada Item Keaslian
Pengujian Produk Pada Item Ergonomik
92
93
94
95
96
97
98
99
99
100
101
102
xx
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
% - Peratus
kg - Kilogram
km - Kilometer
m² - Meter Persegi
MIG - Metal Inert Gas Welding
mm - Milimeter
No - Nombor
RM - Ringgit Malaysia
CSI - Center for Student Innovation
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xxi
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK
A Soalan Needs Analysis Test
B Surat Kebenaran
C Soalan Temuduga
D Lakaran Projek
E Lukisan Berbantu Komputer (Aotucad)
F Borang Penilaian Projek Rekacipta
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Fenomena parit tersumbat sering kali mengundang masalah terhadap
pencemaran alam. Persekitaran yang kotor dan bau busuk akan mengundang
pelbagai masalah lain seperti penurunan kualiti udara, demam denggi, taun, cirit birit
serta boleh menurunkan nilai sesuatu kawasan berkenaan. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan
atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam
sekeliling dengan sampah sarap. Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan
sisa-sisa bahan makanan sering mengalami masalah. Pembuangan sisa-sisa makanan
yang tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan masalah besar. Pembuangan ke
sungai akan mengakibatkan pencemaran air, saliran tersumbat dan banjir (Sicular
1989).
Pelbagai ikhtiar telah dilakukan bagi mengurangkan masalah parit tersumbat.
Terkini, penggunaan drain waste collector atau lebih dikenali sebagai perangkap sisa
makanan semakin diterima pakai oleh ramai orang. Kewujudannya telah membuka
dimensi baru kepada pengguna untuk membendung masalah yang menyumbang
kepada percemaran alam. Pelbagai jenis dan bentuk sisa makanan telah dijumpai di
dalam parit. Tchobanoglous (1993), telah mengklasifikasikan sumber sisa buangan
adalah berasal dari perumahan, komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan
2
pertanian. Penggunaan perangkap sisa-sisa makanan yang bersesuaian dengan lokasi
dan sistematik dijangka dapat mengurangkan pencemaran air. Keadaan ini sedikit
sebanyak dapat menyumbang kepada kelestralian sumber air di Universiti Teknologi
Malaysia.
Pencemaran air juga merupakan salah satu penyumbang di dalam
pencemaran pada zaman pemodenan hari ini. Menurut Jasiman Ahmad (1996),
pencemaran air boleh berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Merujuk
kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air ditakrifkan sebagai
sebarang perubahan langsung atau tidak langsung dari segi kandungan, keadaan dan
warna air sehingga menjejaskan kualiti dan memberi kesan apabila digunakan. Punca
pencemaran air yang teruk adalah datang dari pembuangan sisa pepejal dan cecair
yang tidak bersistematik oleh pihak industri, penternak serta pemilik premis
perniagaan berasakan makanan (Haliza, 2007).
Dengan berpaksikan inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi dalam
usaha untuk memastikan negara mampu berdaya saing, pencemaran adalah suatu
elemen penting yang perlu diberi perhatian. Menurut Zaini Ujang 2009, inovasi
merujuk kepada cetusan idea kreatif diterjemahkan secara konkrit dan operasional
yang meningkatkan nilai sesuatu maklumat, ilmu, tindakan, perkhidmatan, produk
rekacipta, penyampaian dan pengurusan. Sejajar dengan itu, seberapa banyak produk
berinovasi perlu dibangunkan untuk mengatasi masalah pencemaran yang kian
menular dalam kehidupan seharian.
Dengan adanya perangkap sisa makanan, kewujudannya juga menyumbang
kepada pembangunan produk sendiri yang mempunyai nilai komersial. Umpamanya
kebolehan mewujudkan produk yang memiliki identiti serta mempunyai paten
tersendiri. Menurut Zhouying JIN (2005), paten adalah suatu usaha kerajaan untuk
menggalakkan inovasi dan melindungi hasil rekaan serta hak-hak kekayaan
intelektual yang ditemui. Manakala menurut Abdul Jawwad (2004), inovasi adalah
aktiviti tertentu yang diusahakan atau dilakukan oleh manusia dengan menggunakan
pemikiran dan kemampuan akal serta fizikal dalam menghasilkan suatu penemuan
yang baru. Ia berkaitan dengan persekitarannya dan memberikan manfaat dalam
kehidupan sosial.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan perangkap sisa makanan merupakan salah satu altenatif untuk
mengelakkan masalah parit tersumbat. Sisa-sisa yang memasuki sistem perparitan
akan berada dalam kedudukan statik selagi tidak menemui agen pengalir iaitu air.
Sisa makanan yang terkumpul akan mengundang masalah lain contohnya menarik
perhatian pelbagai serangga perosak seperti lipas, tikus, nyamuk dan sebagainya.
Yahya (1999), sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup besar dan perlu
diperbaiki mengikut keadaan semasa selaras dengan pembangunan dan pelan induk
perancangan.
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz pada perangkap sisa makanan telah
dibangunkan untuk menyekat sampah daripada memenuhi ruang perparitan. Namun
demikian, kesesuaian perangkap sisa makanan perlu direka mengikut keperluan yang
setara dengan lokasi yang hendak diletakkan. Menurut Patrick W. Jordan (2000),
setiap produk yang hendak dibangunkan perlulah mempunyai nilai tambah supaya ia
boleh membantu penggguna. Manakala, air yang mempunyai lapisan berkilau pula
memberi gambaran bahawa berlaku pembuangan minyak di dalam air tersebut.
Hijau pekat, kotor, busuk dan pelbagai istilah negatif yang sering diungkapkan oleh
masyarakat terhadap tahap kebersihan longkang (Radzee, 2007).
Antara fenomena yang lazim dilihat sekarang ialah terdapat banyak permis
makanan tidak memasang perangkap minyak dengan sempurna pada sistem buangan
(Farik, 2010). Berpandukan kepada Akta Kerajaan Tempatan, premis perniagaan
yang terlibat dengan aktiviti pembuangan sisa pepejal atau cecair dikehendaki
membina atau memasang perangkap sebelum air dilepaskan ke saluran semulajadi
(Hasmiza, 2009). Dengan cara ini, sekurang-kurangnya lebih separuh daripada
kandungan sisa minyak akan terperangkap di dalam perangkap minyak.
Arked Meranti merupakan salah sebuah kafeteria yang utama di Universiti
Teknologi Malaysia. Lokasi yang terletak di tengah-tengah laluan utama warga
UTM telah menjadikan ia sebagai sebuah kafeteria yang mudah untuk dikunjungi.
Setiap hari beroperasi, terdapat ratusan warga UTM akan menjamu selera di arked
berkenaan. Situasi berkenaan menggambarkan arked tersebut menjana sisa pepejal
4
dan cecair yang banyak. Seandainya tiada usaha untuk mengawal dan membendung
masalah pembuangan sisa, dikhuatiri fenomena berkenaan akan mengundang
masalah pencemaran yang lebih serius.
Tambahan pula, rekabentuk perangkap sisa makanan juga perlu mempunyai
hubungkait dengan manusia serta menekankan nilai-nilai ergonomik. Kesesuaian
suatu rekabentuk bukan sahaja terletak kepada kebolehkerjaan tetapi perlu
bersesuaian dengan keperluan pengguna seperti yang tercatat di dalam ‘New Human
Factors’ (Fulton 1993) iaitu hubungkait persekitaran dengan keperluan pengguna.
Produk yang bagus turut dilihat kepada kemampuan ia meninggalkan kesan
terhadap pengguna. Marzano (1998), produk adalah objek yang boleh membuatkan
pengguna berasa gembira, selesa dan mudah diselenggara. Oleh hal demikian,
rekabentuk sesuatu produk perlu bersesuaian dengan jenis kepenggunaan.
Perangkap sisa makanan yang efisyen adalah perangkap yang tidak menghalang
laluan air walaupun muatan banyak. Oleh hal demikian, satu kajian pembangunan
produk perangkap sisa makanan yang memiliki kesesuaian rekabentuk perlu
dijalankan bagi mengatasi masalah parit tersumbat.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji rekabentuk perangkap sisa makanan
yang dijangka dapat membantu para pengguna membendung masalah parit tersumbat
di Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat tiga faktor yang akan
diberi perhatian di dalam aspek merekabentuk iaitu rupabentuk, saiz dan warna.
Di dalam konteks rupabentuk, perangkap sisa makanan perlu memiliki rupa
yang bersesuaian. Elemen-elemen yang perlu diberi penekanan adalah garisan,
bentuk, tekstur, warna dan arah. Manakala, prinsip-prinsip yang perlu ditekankan
adalah keseimbangan, perkadaran, pengulangan, penekanan dan kesatuan.
5
Selain itu, saiz perangkap sisa makanan perlu dibina mengikut kesesuaian
parit. Parit yang kecil mungkin akan mengurangkan bahan yang terlibat. Malah,
lebar parit, jenis saluran, penyelenggaraan dan anggaran beban ke atas perangkap
perlu ditentukan supaya dapat berfungsi dengan efisien. Menurut Abdul Aziz
(2006), penyediaan lubang leleh dapat menurunkan aras air bumi dan tekanan air
liang dengan baik. Ini merupakan kaedah yang paling ekonomi dan berkesan bagi
cerun yang luas dan kecil. Pemasangan lubang leleh biasanya condong 5º ke atas
satah mendatar.
Penggunaan warna sebagai kemasan pada perangkap sisa makanan adalah
untuk memanjangkan jangka hayat produk. Namun, ketidaksesuaian kemasan akan
mengundang kepada pembaziran dan menurunkan nilai produk. Di samping itu,
terdapat produk yang tidak memerlukan kemasan lain kerana bahan yang digunakan
sudah cukup baik untuk bertahan lama.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk melihat rekabentuk perangkap sisa makanan yang
sesuai dipasang di Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini
menyenaraikan beberapa objektif berkaitan seperti berikut:
1.4.1 Merekabentuk perangkap sisa makanan yang memiliki rupabentuk yang
bersesuaian dengan:
i. Menentukan elemen rekabentuk iaitu garisan, bentuk, tekstur dan warna
yang sesuai untuk perangkap sisa makanan.
ii. Mereka bentuk perangkap sisa makanan yang mematuhi prinsip-prinsip
rekabentuk seperti keseimbangan, perkadaran, pengulangan, penekanan
dan kesatuan.
6
1.4.2 Mendapatkan saiz perangkap sisa makanan untuk menghalang kotoran
tersumbat di dalam parit.
1.4.3 Menguji perangkap sisa makanan dari segi:
i. Elemen-elemen rekabentuk perangkap sisa makanan iaitu garis, bentuk
dan tekstur.
ii. Prinsip-prinsip rekabentuk seperti keseimbangan, perkadaran,
pengulangan, penekanan dan kesatuan.
iii. Kesesuaian rekabentuk perangkap sisa makanan dan kefungsian.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah rupabentuk perangkap sisa makanan yang sesuai dipasang pada parit
di Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia dari segi:
i. Elemen rekabentuk
ii. Prinsip rekabentuk
1.5.2 Apakah saiz perangkap sisa makanan yang sesuai dipasang pada parit di
Arked Meranti, Universiti Teknologi Malaysia?
1.5.3 Apakah rekabentuk perangkap sisa makanan sesuai dari segi:
i. Elemen
ii. Prinsip
iii. Kefungsian