Nuget.docx

download Nuget.docx

of 2

Transcript of Nuget.docx

Homemade Nugget Taufu

Bahan-bahanya

( kalau nak buat separuh adunan pun boleh)400gram daging ayam kisar ( ros guna jenama ramli)250gram taufu lembut1/2 biji telursedikit garam200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus)lada sulah2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe)*Untuk Coating*2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu180gram serbukroti warna oren

Cara-Caranya

1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu.

2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya.

3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.

4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.

Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura

Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)Secubit garamSecubit kecil serbuk lada hitamSecubit kecil oregano kering (kalau ada)2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)

Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika suka)1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)

Cara Buat Nugget Ayam Tempura1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam blender.Dan kisar hinggalumat dansebati. (tanpa ditambah air).Blender biasa yang kita guna kat rumah tu pun boleh tau.2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil

3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih. Buatkanbentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka tambah dangaulkan denganisi jagung.

4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian golekkan pula ke dalam tepung gandum.

5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar.(orang yang tak terer masak macam saya kene jaga apiselalu -nanti rentung nugget ku)

6. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.

7. Siap untuk di hidangkan kepada anak anda ^_^