Novel - KIAN by Hakam Qaisara

238
Kian Jauh.. Kian Hilang.. Kasih Antara Kita… Nampak Tenang.. Pada Zahirnya.. Tapi Batin Terseksa… Yang Terguris Tak Nampak Di Mata Yang Terhiris Terluka… Sesekali Terbit Air Mata Tahan Sebak Di Dada… Hakam Qaisara KIAN 1

description

Kian - Hakam Qaisara adalah manuskrip novel hasil ciptaan Lieza1074 sendiri. Tahun 2004.

Transcript of Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Page 1: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

                    

Kian Jauh..

Kian Hilang..

Kasih Antara Kita…

Nampak Tenang..

Pada Zahirnya..

Tapi Batin Terseksa…

Yang Terguris Tak Nampak Di Mata

Yang Terhiris Terluka…

Sesekali Terbit Air Mata

Tahan Sebak Di Dada…

Hakam Qaisara

KIANAdoi!!!! Ahak..ahak..ahak.. parah penyakit aku ni!!!!

Rindu, rindu, rindu, rindu, rindu dan rindu bangat ni.

1

Page 2: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Puas aku cuba untuk melelapkan mata ini. Aku buat-buat tidur. Pusing ke kanan tak kena, pusing ke kiri tak menjadi…. jangankan terlelap... semakin bulat biji mataku terbeliak.

Nasi lemak buah bidara

Sayang selasih ku lurutkan

Hilang emak hilang saudara

Kerna kekasih ku turutkan

Cantik bunga letak di pasu

Di petik dara buat jambangan

Jiwa rindu hatiku pilu

Tidak terdaya teruna menahan

Aku meletakkan tangan di atas dahi. Sesekali mengalihkan badan ke kiri ke kanan. Namun wajah Nurul Laily hadir jua. Siling bilik tidur rumah sewaku saat ini bagaikan layar panggung wayang yang sedang mengulang tayang peristiwa demi peristiwa yang telah berlaku di antara mereka berdua.

"Mawi!!!!! Apa!!!! hang nak kawin? Boleh percaya ka? Ish..ish..ish… Takkanlah zaman la ni ada mak bapak main paksa-paksa anak depa kawin. Kejap… kalau hang kawin, macam mana dengan hubungan kita? Sudah tentu hang kena jaga hati bini hang. Lagi pun hang mesti dah tak ada masa nak menyembang dengan aku lagi. Laily bukannya ramai sangat kawan kat KL ni. Hang tentu berkepit dengan bini hang 24 jam. Mesti bini hang syok bila dapat laki macam hang ni. Oh no.. janganlah kawin dulu. Wi!!! Hang tak kesiankan Laily ke?"

Kata-kata Nurul Laily masih terngiang-ngiang di cuping telingaku yang tak kurang capang ini. Aku tersenyum sendiri.

2

Page 3: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Hehehe…betul ka aku nak kawin? Memanglah aku teringin nak kawin. Semua manusia yang diciptakan Allah ada perasaan itu, tapi bila? Aku pun tak pasti lagi.

Bila pulaklah.. mak dengan abah aku paksa aku kawin? Mak aku kat kampung memang selalu tanya soalan ini, tapi dia tak pulak kisah kalau-kalau aku nak kawin atau tidak. Kalau aku ada rezeki… nak kahwin awal atau lambat, itu terpulang kepada diri aku sendiri…

Aku tersenyum lagi. Wajah Laily masih berlegar-legar tak tahu entah bilakan berhenti….

"Kesian Laily. Tak baik aku bohong dia…."

Aku sebenarnya berasal dari keluarga yang agak susah jugaklah suatu ketika duhulu. Ada 4 adik beradik. Aku anak sulong. Adik-adik aku nombor 2 dan 3 perempuan. Yang bongsu pun perempuan juga. Mak dengan abah buat kerja kampung saja. Yelah duduk pun di kawasan banyak pokok getah, pokok

3

Page 4: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

kelapa dan pokok koko. Tapi kalau ingatkan balik memang seronok waktu itu. Pagi-pagi seawal jam 4.00 pagi aku dan adik sudah dikejutkan mak untuk ikut pergi congkel kelapa salai. Dengan nyamuk banyak, kami dua beradik buat sahaja apa yang mak suruh. Ramai juga waktu tu jiran-jiran tolong. Kalau tak tahan berjaga, aku tidur dekat atas guni sebelah tepi pondok salai. Panas memang panas tapi nyamuk kurang sikit. Sebenarnya pondok salai tu arwah tok wan aku yang punya. Kalau ikut cerita, tok wan aku orang kaya dekat situ. Cuma abah aku sahaja yang tak mahu guna kekayaan ayah dia sebab entah..aku pun tak faham.

Habis congkel nyok salai (Loghat Perak Utara ke Kedah- Nyok tu kelapa), aku ikut mak pula pergi kutip buah koko yang dah agak ranum. Hangpa semua mesti tak pernah rasa suasana macam ini kan?  Kutip punya kutip perut pula rasa lapar. Apalagi aku dengan adik aku Mimi hantuk buah koko dekat dahan kayu, lepas itu kami pun makan isi biji koko yang sudah masak ranum ini. Memang rasanya sedap. Cuma kurang mengenyangkan. Mak dengan abah selalu marah kami. Habis nak buat macam mana.. yang tu saja yang ada buat masa tu. Habis kutip buah koko letak dalam kereta roda 3, kami pecahkan satu persatu buah koko. Isinya kami keluarkan dan jemur dekat tengah laman bersimen untuk dikeringkan. Dua tiga hari kalau tak hujan bolehlah kutip semula biji-biji koko yang sudah kering. Lepas itu abah masukkan dalam guni untuk di hantar ke kilang. Mungkin untuk di proses jadi coklat kot. Aku pun tak taulah biji koko tu nak buat apa sebab masa tu aku pun kecil lagi.

Abah pula pagi-pagi dah pergi toreh getah. Aku tak ikut sebab banyak pacat. Walaupun aku budak lelaki tetapi geli jugak beb. Kesian bila tengok mak dengan abah teruk-teruk besarkan kami 2 beradik. Mujurlah kami baru 2 beradik saja. Yang 2 beradik lagi lahir masa keadaan mak dengan abah dah kira senang sikit. Sikit sajalah. Sebab aku yang sulong jadi kerja-kerja rumah akulah yang kena bereskan. Lepas habis buat kerja kat luar, aku tolong mak sidai kain. Basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan basuh baju. Aku tak kisah semua tu. Lagipun aku basuh baju di sebelah malam. Kira relek sikit. Masa ni aku belum sekolah lagi. Rasanya waktu ni aku baru umur 5 tahun kot. Ingat-ingat lupalah. Adik aku Mimi, ikut saja apa yang aku buat. Rajin juga adik aku tolong aku. Aku sayang kat dia. Aku jugak sayang kat mak abah aku.

Yang paling seronok masa hujan lebat. Kawasan sekeliling rumah aku dah penuh dengan air. Banjir sakan. Dalam rumah habis dimasuki air. Ada satu dua perabot kena angkat naik atas rumah. Nak tak nak kena lalui jugak keadaan macam ni. Kalau tengok dari tangga rumah, rumah aku dah macam tongkang yang sedang belayar. Syok sangat. Kadang-kadang aku dengan adik main air.

Mak dengan abah dah tak larat nak marah. Bila nak mandi, bilik air pun penuh dengan air. Sesekali ternampak cacing-cacing berenang renang sana sini. Geli memang geli, tapi nak buat macam mana. Mujur abah pandai letak papan kayu untuk kami menyeberang dalam rumah. Bila malam kalau hujan lebat sangat lantai rumah akan basah sebab bumbung rumah bocor sana sini.

4

Page 5: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku kelam kabut ambil besen tadah air hujan yang turun. Mimi pun sibuk lap sana sini. Kalau dah tak larat sangat, aku biarkan saja air tu.

Mak masak pun dekat atas rumah. Kalau bab-bab makan ni, kami sekeluarga tak kisah nak makan apa. Apa sahaja yang ada itulah yang kami makan. Kekadang tu makan nasi dengan ikan masin saja. Goreng telur campur kicap. Huh dah kira sedaplah sehingga menjilat jari. Memang seronok sangat waktu ni. Kalau boleh nak rasa balik suasana macam ni. 

Depan rumah banyak pokok getah. Aku dengan adik aku rajin kutip biji getah buat main. Buat main tuju-tuju atau tak pun main congkak. Abah aku rajin buatkan lubang congkak dekat bawah rumah. Lepas main congkak jari kami penuh dengan tanah. Dah kena marah pulak dengan mak. Dekat tepi rumah ada parit kecil. Di situ pula banyak pokok bemban. Aku suka ambil pucuk pokok bemban buat tiup air sabun. Mesti anda semua tak boleh nak bayangkan macam mana. Batang bemban tu kami buat senapang. Adalah cara-caranya. Kekadang tu disebabkan leka bermain, panggilan mak pun kami tak hiraukan. Mak apa lagi, jerit satu kampung cari kami dua beradik. Adakalanya kena ligan (kejar) satu rumah sebab takut kena tibai (rotan) dengan mak.

Walaupun keadaan kami serba kekurangan, tapi kami hidup bahagia. Malam-malam mak rajin ajar aku dengan Mimi membaca dan mengaji Quran. Alhamdulillah aku umur 7 tahun dah khatam Quran. Kalau teringin nak tengok TV, aku dengan adik aku akan pergi ke rumah jiran kami di sebelah parit sana. Jiran kami itu pun bukannya orang lain , anak buah abah jugak. Tapi depa senang lah sikit.

Adakalanya mak dengan abah aku tak berapa suka sangat kami tumpang tengok TV kat sana. Jadi nak tak nak kami kenalah ikut arahan. Takut jugak bila tengok mak marah. Kalau dia mula marah, habis satu rumah dia kejar kami. Garang oo..mak aku. Abah aku pendiam orangnya. Susahlah kalau nak tengok dia marah-marah kami. Kalau marah sangat dia terus piat telinga kami..sakit jugak tu. Tapi semua ini dah menjadi kenangan buat aku dan adik aku Mimi.

Aku masuk sekolah bila umur aku 7 tahun. Tak pergi tadika pun. Abah kata tak mampu. Aku tak kisah. Janji dapat pergi sekolah pun dah alhamdulillah. Aku sekolah di Sekolah Rendah Methodist. Sekolah Inggerislah katakan, dan nasib baik aku pandai speaking juga. Terima kasih pada mak dan abah aku sebab hantar aku ke sekolah ni. Walaupun sekolah kampung 5 minit saja

5

Page 6: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

kalau aku jalan kaki tapi mak tak mahu hantar aku ke situ. Sebab mak kata nak cakap bahasa melayu bila-bila kita tahu, tapi kalau nak cakap orang putih kita kena belajar. Betul jugak tu bila fakir-fikir balik. Aku ke sekolah naik bas sekolah yang tambangnya masa tu RM8.00. Macam mahal jugaklah. Tapi abah usahakan jugak. Kekadang tak dapat bayar on time. Mujurlah auntie drebar bas tu baik. Bila nak bayar pun tak apa asalkan bayar katanya.

Aku sekolah di situ sampai darjah 4. Lepas tu tukar ke sekolah kampung yang aku cakap 5 minit sampai tu. Masa darjah 5 ada peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Alhamdulillah aku dapat 4A 1B. Aku jugak dapat tawaran belajar ke Sekolah Agama Berasrama Penuh. Tapi masa tu keluarga aku kurang mampu. Jadi terpaksalah sambung belajar di sekolah biasa saja. Aku masih tak kisah. Yang penting masih bersama keluarga aku. Masa ni keluarga aku pun dah bertambah 2 orang lagi. Adik-adik perempuan ku.

Bila masuk sekolah Menengah keadaan sudah berubah sedikit demi sedikit. Di sekolah aku dikatogorikan salah seorang murid-murid pandai jadi dapatlah aku biasiswa sebanyak RM300 sebulan. Dan duit inilah aku guna untuk beli perbelanjaan buku-buku sekolah dan tak perlu minta bantuan abah lagi. Aku terpaksa mengekalkan kepandaian aku di sekolah kalau aku tak mahu kehilangan wang biasiswa ini. Alhamdulillah ianya bertahan sehingga Tingkatan Lima.

Masa SRP berkat usaha belajar siang malam aku dapat Pangkat A dengan 11 Agregate. Dapatlah masuk kelas Sains. Tapi aku minta kat Cikgu Majid supaya aku ditukarkan ke kelas Sastera. Mulanya cikgu marah tapi bila tengok aku minat sangat subject Sejarah dan Sastera, jadi terpaksalah Cikgu Majid usahakan. Alhamdulillah berjaya. Dan aku duduk dalam kelas 4 Satera 1 (4A1). Terima kasih kepada guruku tersayang, Cikgu Abdul Majid. Mak, abah dan bapa saudara aku memang bising waktu tu. Tapi aku tak peduli, keputusan aku muktamad. Oh ya masa ni aku dah tinggal di asrama. Kalau nak cerita pasal kehidupan di asrama banyak sangat. Jadi tak perlulah cerita. Dalam kelas sastera macam-macam ada. Sehingga ke Tingkatan 5, aku masih dalam kelas A1. Masa nak ambil exam SPM selalu belajar lewat malam. Bila cuti sekolah kami satu geng pergi tengok wayang. Inilah kerja kami kalau nak release tension. Lagipun terpaksa berjauhan dengan keluarga. Adik aku Mimi pun masa ni nak ambil SRP. Dia juga seorang adik yang bijak. Tak pernahnya dapat nombor selain nombor 1 atau 2. Mimi dari Form 1 dah tinggal di asrama. Itu rezeki dia, aku tumpang gembira.

Sewaktu tunggu result SPM aku ada cari kerja dekat-dekat area rumah aku. Kat situ banyak jugalah kilang-kilang yang nak guna pekerja macam aku. Tapi tak satupun kerja yang aku dapat. Akhirnya aku ikut bapa saudara aku pergi ke Sarawak tolong jaga anak dia. Bayangkan, aku seorang lelaki jadi pengasuh budak. Bagus jugak tu. Aku tinggal di Penrisen Kem sehinggalah keluar result SPM. Mak Cik aku call dari KL bagitau yang aku gagal dalam kebanyakan subject. Ya Allah, aku macam dah agak aku fail, tapi rasanya aku

6

Page 7: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

dah cuba sedaya upaya. Aku diam sahaja bila mereka cakap macam tu. Frust pun ada.

Lebih sebulan mak aku pulak call marah-marah sebab aku tak balik ke kampung. Katanya surat untuk sambung belajar ke Tingkatan 6 dah sampai. Uik.. terkejut juga sebab takkanlah tak past tiba-tiba dapat sambung belajar lagi. Bila tanya balik rupa-rupanya mereka semua saja nak kenakan aku. Aku dapat Pangkat 1 dengan 24 Agregate. Rasa nak terbang masa tu jugak balik kampung peluk mak dan abah aku. Tak patut tau mereka tipu aku.

Selepas aku balik Perak, aku sambung belajar ke Tingkatan 6. Dua tahun jugaklah bergelumang dengan subject-subject Form 6. Sekali lagi aku ambil Sejarah dan Satera. Waktu ini pun aku tak cuba minta mana-mana universiti sebab kata bapa saudara aku yang belajar dekat Universiti luar negara, aku perlu ambil STPM dengan mendapat A dalam Pengajian Am dan Sejarah kalau aku nak ambil law ataupun Sains politik. Akupun ikutlah saranan dia. Bila result STPM keluar sekali lagi aku beroleh kejayaan dengan mendapat 3 Principal dan 1 Subsid (3P 1R). Alhamdulillah. Masa inilah aku hantar sebanyak mana permohonan nak masuk universiti. Bapa saudara aku yang di London pun ada tolong aku jumpa sendiri dengan Dekan-dekan U. Tapi semuanya menghampakan aku dan keluarga aku. Tak satupun Universiti nak ambil aku. Entahlah. Mungkin tak ada rezeki agaknya. Aku pun rasa frust sangat. Jadi masa inilah aku cuba nasibku ke Kuala Lumpur.

Aku minta kerja sana sini dan akhir sekali aku dapat kerja di Finance Company. Dan di sinilah aku kenal erti kehidupan yang sebenarnya.

"Wi.. betoi ka ni keputusan hang yang muktamad, dah tak boleh ubah-ubah lagi ka.” Tanya mak aku suatu petang sambil kami duduk-duduk makan kerepek pisang.

"Dah muktamad mak. Lagipun duduk sini bukannya dapat kerja pun. Melanguk saja. Minta kerja kilang pun tak dapat. Haritu Pak Cik G kata dia boleh tolong Wi… kalau Wi nak pi sana".

"Habis tu sapa nak tolong tengok adik-adik hang. Dahlah depa tu semuanya pompuan Wi... Abah pun bukannya sihat sangat ni ha. Mak pun .... " Suara mak terhenti di situ.

"Mak, kan Mimi dah besar. Lagipun depa kan dah pandai jaga diri masing-masing. Mak janganlah risau. Wi bukannya nak buat jahat duduk KL tu. Wi nak cari kerja. Boleh jugak duit gaji yang Wi dapat nanti, Wi bagi kat mak dengan abah..."

Aku cuba memujuk mak aku. Abah aku tak kata sepatah pun. Cuma adik-adik aku saja sekali sekala menyampuk perbualan kami.

7

Page 8: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Abang Long, nanti bolehlah abang long belikan Ijam kasut sport Adidas. Lagipun sukan dah nak dekat ni. Kasut yang selalu pakai tu dah koyak pun. Sikit hari lagi masuk tong sampahlah jawapnya." Pinta adik aku nombor 3.

"InsyaAllah dik. Kalau abang long ada duit nanti, abang long akan belikan. Tunggu tau."

Aku seakan berjanji walaupun aku tahu aku belum pun dapat sebarang kerja.

"Ermmm..kalau macam tu kata hang Wi… mak izinkan. Tapi hang kena ingat. Jaga diri bila di tempat orang. Hang bukannya kenai sapa-sapa kat sana. Apa-apa yang hang nak buat habaq kat mak cik atau pak cik ka. Boleh depa tengok-tengokkan hang. Kalau rasa tak boleh jugak duduk sana, cari saja kerja kat sini."

Aku tenung wajah mak aku lama-lama. Ada setitik dua air mata mengalir ke pipi. Adik-adik aku pun ada yang suka dan ada yang sedih. Sebab tak pernah berjauhan dari aku. Yang suka tu aku tau sebab apa. Sebab aku boleh belikan apa saja yang mereka minta. Itu yang mereka fikir. Aku tengok abah masih diam membisu. Cuma apabila esoknya sahaja abah menghulurkan sekeping tiket keretapi padaku.

"Nah..ni tiket keretapi. Esok pagi hang pi sana naik keretapi ni. Biar abah yang hantarkan." Sambil berlalu dariku.

"Abah!! La awat yang abah susah-susah beli tiket ni. Nanti Wi boleh beli sendiri." Jerit aku kepada abah yang sedang naik motor buruknya.

"Hang mana ada duit nak beli tiket tu. Tak apa lah kalau hang dah dapat kerja nanti, kalau hang rasa nak bayar balik, hang bayar lah". Jerit abah pula terus meninggalkan aku terpinga-pinga seorang diri. 

"InsyaAllah abah, InsyaAllah Wi akan ingat pesan abah ni."

Aku berjanji kepada diriku bahawa apa sahaja pengorbanan abah untuk aku selama ini akan aku balas kesemuanya.

Malam tu aku tak dapat nak tidur. Teringatkan kata-kata mak siang tadi. Kesian jugak bila aku bayangkan keadaan abah dengan adik-adik aku. Siapa nak tengok mereka kalau aku tinggalkan mereka di kampung ni. Macam-macam aku fikir masa ni.

“Abang long, mak panggil makan”. Jerit adik aku yang paling kecil.

“Sat..sat lagi abang keluar. Acu pi la makan dulu.” Aku suruh adik aku keluar.

8

Page 9: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mak dengan abah dah tunggu lama. Kami pun dah lapaq ni. Mai la makan sama. Kan esok abang long nak pi KL dah. Nanti tak dapat nak makan sama.” Jerit adik aku Mimi pula.

Aku terus terjun dari katil bujangku. Pergi mendapatkan keluargaku yang setia menunggu di dapur. Aku tengok ada tiga empat jenis lauk pauk yang sememangnya kesukaan aku. Ada keli masak cabai. Sayur kangkung goreng campur kicap. Ada keladi masak lemak. Memang sedap semuanya. Bahkan masakan ini jugaklah favourite kami sekeluarga. Semuanya senang nak dapat kat kampung aku. Tak payah susah-susah pergi beli kat pasar. Keliling rumah pun boleh dapat. Terpamir cahaya kebahagiaan pada keluargaku waktu ini.

“Abang long, esok kalau dah duduk KL jangan lupa kami tau.” Tegur adik aku yang nombor 3.

“Manalah nak tau…. tup-tup bila duduk KL dah tak ingat kampung halaman.”

Adik aku ni memang petah bercakap. Kalau tak, takkanlah dia boleh jadi johan dalam syarahan dan pidato di sekolahnya. Syabas kat adik aku ni.

“Hai..takkan abang long lupa pulak. Hangpa kan adik-adik abang. Keluarga abang.”

Setakat itu yang mampu aku katakan. Aku tengok mak dengan abah relek saja makan. Tanpa sepatah kata. Hanya mendengar perbualan kami adik beradik.

Esoknya pagi-pagi lagi mak dah kejut aku bangun sembahyang subuh. Mak pesan supaya aku sentiasa ingat ajaran agama Islam. Jangan mudah lupa diri. Kita orang Islam ada tanggungjawap yang wajib kita tunaikan setiap hari. Aku ingat pesan mak aku ni.

Lepas sarapan aku dihantar oleh keluarga aku ke stesen keretapi. Kami naik kereta Mini abah. Memang sempit sikitlah tapi aku tak kisah. Janji semuanya ada bila aku pergi KL nanti.

9

Page 10: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku bersalaman dengan mak, abah dan adik-adik aku. Mak menangis bila aku cakap aku minta halalkan makan minum selama aku tinggal dengan dia. Abah pun macam nak menagis tapi ditahankan jua. Adik-adik aku dah lama menangis dah. Tambahan pulak Mimi sebab dia paling rapat dengan aku. Aku pun dah tak tahan, terus meraung sama dengan mereka. Dah tak kira malu dah waktu tu. Sampai saja keretapi, aku terus angkat beg masuk dalam gerabak keretapi. Aku duduk sorang-sorang dekat tepi tingkap. Aku nampak keluarga aku masih menunggu di situ. Sehinggalah aku dah tak nampak muka mereka lagi8 jam jugaklah perjalanan dari kampung aku ke Kuala Lumpur. Sakit jugaklah pinggang aku asyik berdiri duduk dalam tren ni. Sesekali aku pergi juga ke kantin keretapi. Tak beli apa pun sebab aku rasa makanan di situ mahal sangat. Nasib baik mak dah bekalkan aku nasi lemak buatan tangannya. Alahai sedihnya aku waktu ni. Termeleleh jugaklah air mata lelakiku bila teringatkan mak dengan abah. Rasa rindu walaupun baru berapa jam terpisah.

Sampai di stesen KL aku dijemput oleh pak cik G aku. Aku ikut dia balik ke rumah dia di Cheras. Kecil sahaja rumah dia. Ala rumah flet bandaraya. Ada satu bilik saja. Mujur anak dia seorang saja, lelaki pula tu, Johan namanya. Jadi aku ada kawanlah kan. Seminggu duduk rumah mak cik, aku pun hantar resume minta kerja di salah sebuah syarikat kewangan. Alhamdulillah tak sampai 3 hari dah dapat pergi temuduga. Masa temuduga mujurlah tak dapat soalan yang susah-susah. Lepas 2 hari, aku dipanggil untuk buat medical check up pula. Aku dah kompius sebenarnya samada aku dapat kerja tu ke tak. Akhirnya alhamdulillah aku dapat kerja sebagai kerani di syarikat tu. Dengan gaji kasar cuma RM780.00 sebulan. Berita ni aku khabarkan kepada keluargaku. Maklah yang paling gembira.

MAY 1995

2hb May 1995 aku mula kerja di United Merchant Finance Berhad cawangan Taman Maluri, Cheras. Mulanya memang kekok sikit sebab aku budak baru. Lagipun aku tak kenal siapa-siapa pun di situ. Dalam aku termenung tunggu pintu office dibuka, aku duduklah di bangku pondok bas betul-betul depan office ni. Melengung punya melengung ada seorang budak perempuan ni tegur aku.

10

Page 11: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Halloo... budak baru ke?” Sapa budak perempuan cun ni.

“Hai... ermm baru jugaklah. Hari ni start keje kat sini.” Aku jawab loghat orang KL sambil senyum dekat budak perempuan tu dan rasanya umur dia sebaya aku jugak.

“Ha..jom..pintu depan ni memang lambat buka. Pukul 9.00 baru buka kalau awak nak tunggu, tunggu lah.” Ajak budak perempuan ni lagi.

“Oh..ye ke..nak masuk ikut pintu mana?” Aku bertanya kebingungan.

“Kat tepi tu ade pintu. Boleh masuk. Tapi untuk staff saje. Jom ikut saye.”

Aku pun ikutlah bontot minah cun ni. Memang ada pintu pun kat sebelah tepi bangunan tu. Aku senyum sorang-sorang. Nasib baik minah ni tegur aku tadi. Kalau tak, sampai jam 9.00 pagi barulah aku dapat masuk ke dalam.

Dalam opis aku diperkenalkan seorang demi seorang. Ramai jugak staffnya. Nampak gayanya, semuanya baik-baik aku rasalah. Aku di serahkan ke bahagian pemprosesan pinjaman kereta. Mulanya memang susah, tapi lama-lama dah jadi expert. Alhamdulillah aku bertahan bekerja di sana selama 10 Tahun. Tapi dalam masa 10 tahun inilah macam-macam kenangan pahit mahupun manis bertahta dalam diriku

Tahun pertama aku kerja di sini semuanya ok. Member-member opis pun semuanya baik-baik. Kalau nak solat dah ada surau khas untuk kami sembahyang. Dulu pakai bilik stor sahaja. Ini akulah yang punya idea bersama kak Rosmah. Minta punya minta akhirnya dapat jugak kami surau. Alhamdulillah. Buat kerja processing ni ingatkan senang. Rupanya banyak jugak prosidurnya. Kena interview pelanggan. Pergi buat pemeriksaan kenderaan terutamanya kereta. Buat ROB atau ROC. Lepas tu kena buat FIS, CDIS dan macam-macam yang berkenaan untuk pastikan sama ada pelanggan atau pemohon itu blacklist atau tidak. Banyak jugak kerjanya. 2 tahun dalam HP processing, aku ditukarkan ke Housing Loan Processing pulak (Bahagian Pinjaman Perumahan). Di sini pun ok jugak dan aku cuma rasa penat sikit. Kerja di bahagian ni aku kena pergi site untuk inspection dan tengok projek-projek perumahan. Kena ambil gambar sana-sini. Yang lain tu

11

Page 12: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

prosesnya sama. Di bahagian inilah aku kenal dengan seseorang. Tapi bukan dari syarikat yang sama.

Kerja aku secara tak langsung akan melibatkan syarikat insurans. Bermakna aku akan selalu berhubungan dengan syarikat insuran ini untuk minta di faxkan sebut harga untuk peminjam. Dengan budak perempuan ni aku selalu bertekak. Memang lembab jugaklah dia buat kerja. Kali pertama telepon dia buat-buat tak tau. Kena 2 atau 3 kali aku telepon baru dia terhegeh hegeh nak faxkan surat tu. Memanglah aku hangin masa tu. Dahlah pelanggan atau peminjam bising-bising kat depan aku. Tapi nak buat macam mana kan memang kerja dia lembab kot. Pernah aku suruh member aku yang lain tolong telepon budak ni. Yang hairannya kalau orang lain minta, cepat saja dia fax. Memang musykil sungguh.

Satu petang tu aku cuba telepon dia. Bila operator yang angkat telepon tu tanya nak cakap dengan siapa, aku tak tau nak cakap nama budak perempuan ni siapa. Aku pula lupa nak tanya nama budak perempuan ni. Jadi harapan aku nak kacau dia petang tu hampa.

2 minggu kemudian, budak perempuan ini pula yang mencari aku. Katanya quotation yang dia faxkan haritu salah. Aku pula tak ada, cuti. Dia pun tinggalkan nombor telepon dia pada teman sebelah meja. Bila aku balik dari bercuti, aku tengok kat atas meja aku ada nota tulis nama Nurul minta call dia balik. Jadi ... Jeng jeng jeng.. inilah peluang aku untuk kacau minah ni. Aku pun cuba telepon dia. Cari budak perempuan nama Nurul. Mak ai… Rupa-rupanya ramai juga yang bernama Nurul. Akhir sekali baru aku dapat bercakap dengan minah yang empunya nama ni. Rupanya nama dia Nurul Laily.  Dari sinilah hubungan aku dengan dia bertahan sekian lamanya.

Bila ada waktu cuti-cuti umum barulah aku akan balik kampung. Itupun aku sambung 2 atau 3 hari lagi cuti. Tak puas kalau balik sekejap-sekejap. Mak, abah dan adik-adik aku memang tunggu sahaja kepulangan aku. Aku tak boleh balik selalu sangat sebab di KL aku ada ambil part time belajar. Aku ambil IBBM. Ini untuk budak-budak kerja bank atau finance macam aku. Alhamdulillah habis jugaklah semua paper yang aku ambil. Dan aku lulus kesemua papernya.

“Abang long.. kerja kat KL best tak?” Tanya adik aku Ijam.

“Ermm bolehlah.. kalau kita rajin dan semua orang baik dengan kita, mestilah best.”

“Kalau Ijam nak ikut abang pi KL boleh tak? Lagipun SPM dah habis.” Pinta adik aku lagi.

“Nantilah..lagipun hang nak duduk mana? Rumah mak cik pun tak muat dah.”

“Eermm..ok lah.” Jawab adik aku sambil masam mencuka mukanya.

12

Page 13: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Bukannya aku tak mahu bawa adik-adik aku ikut aku ke KL. Masalahnya mereka nak tinggal di mana? Memanglah ada rumah mak cik aku. Tapi faham sajalah kan. Jadi aku minta maaf banyak-banyak dekat adik-adik aku.

Adik aku Mimi pula sudah dapat melanjutkan pelajarannya di Stamford College. Ini 100 peratus dibiaya dari bapa saudara aku Ayah Man. Hendak tak hendak aku kena jagalah adik aku Mimi ni bila dia sampai KL nanti. Dan dia juga menumpang rumah mak cik aku. Malu pun ada juga bila menumpang rumah orang ni walaupun dia saudara kita. Aku cuba cari rumah sewa. Ada, tapi sewanya terlalu mahal. Jadi aku cuba pula cari bilik sewa. Alhamdulillah dapat. Kena bayar RM180 sebulan. Kira murahlah kan. Jadi suasana dalam rumah mak cik aku selesalah sikit bila adik aku tinggal di situ. Aku ada juga bagi duit pada mak cik, tapi mereka suami isteri tak mau ambil. Jadi.. terpulanglah kan.

“Wi.. kerja macam mana? Semua ok kot?” Tanya abah aku pulak.

“Kerja tu ok bah. Semua ok.”

Sebenarnya aku tak pernah pun cerita pada keluarga aku kalau-kalau aku ada masalah dan sebagainya masa aku tinggal di KL. Aku risau kalau-kalau mereka terfikir sangat pasal aku. Biarlah apa pun yang berlaku, aku sendiri yang tanggung.

“Elok lah kalau macam tu Wi.... Simpan duit gaji tu baik-baik. Buat perbelanjaan bila-bila terdesak. Jangan boros.” Pesan abah lagi.

“InsyaAllah abah. Ha.. ni Wi ada belikan abah tali pinggang.” Aku pun menghulurkan tali pinggang kulit kepada abah.

13

Page 14: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“La..buat apa beli benda mahal-mahal ni. Buang duit saja. Kalau hang simpan dalam bank pun elok. Abah dah ada dah talipinggang ni ha!!” Sambil menunjukkan tali pinggang di pinggang seluarnya.

“Ala yang tu dah buruk. Pakailah yang baru Wi beli ni…. Ambiklah abah.” Aku menghulurkan kepadanya semula.

Abah aku mengambil lalu menyisipkan ke pinggang seluarnya. Alhamdulillah abah aku suka sebenarnya. Inilah hadiah pertama dariku untuk abah tersayang.

“Aik..kat mak tak ada ka?” Tiba-tiba suara mak mengejutkan aku.

“Ada mak..ni ..” Aku menunjukkan sepasang kain sutera untuk di buat baju. Beserta sehelai tudung bersulam perak.

“La..mak saja-saja sebut. Kat mak pun ada?” Macam terkejut dengan pemberian aku.Untuk adik-adik, aku belikan mereka seorang sehelai tudung. Mujurlah semua mereka suka dengan pemberianku. Aku gembira sangat bila tengok semuanya menggayakan setiap apa yang mereka dapat. Inilah yang aku impikan selama ini.

Tahun 1997.

Bermakna aku sudah 3 tahun berkerja di syarikat ini. Ingat kembali perkenalan aku dengan minah cun yang tegur aku masa hari pertama aku masuk kerja. Nama dia Sarimah. Umur dia muda setahun dari aku. Hubungan kami sangat baik macam abang dengan adik. Lagipun minah ni dah ada pak we. Boleh dikatakan setiap hari Sarimah akan report dengan aku pasal hubungan dia dengan pak we dia ni. Tiap-tiap hari ada saja masalah yang aku dengar. Kadang-kadang dia menangis bila cerita problem dia kat aku. Aku nak tak nak terpaksalah memujuk minah ni. Orang di opis dah levelkan

14

Page 15: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

kami pasangan kekasih. Mana tidaknya, kemana pun asyik berdua. Aku pun dah semakin rapat dengan Sarimah. Aku tak taulah dia pula macam mana.

“Wi.. aku ada masalah ni. Boleh pinjamkan aku duit tak?” Permintaan Sarimah memang memeranjatkan aku.

“Masalah ape. Duit tu pulak nak buat ape?” Memang blur aku waktu ni.

“Ade lah..aku nak pakai. Mak aku sakit kat kampung. Bolehlah kasi aku pinjam”. Pintanya lagi.

Aku macam tak percaya dengan minah ni. Lagipun baru tadi dia cakap dia ada problem dengan pak we dia. Setahu aku pak we dia ni memang boros orangnya.

“Bukan aku tak boleh tolong, lagipun bulan ni aku tak de OT. So kau faham-faham lah. Mintak maaf sangat-sangat.” Aku berdalih. Tapi memang betul pun gaji aku bulan ni aku nak guna untuk bayar yuran pengajian aku yang dah tertangguh lama.

“Errmm..kalau macam tu..takkan sikit pun tak de?” Dia minta lagi.

“Nantilah aku tengok. Kalau ada lebih aku tolong kau.” Aku seakan berjanji.

Rupa-rupanya duit tu untuk pak we dia. Mana tidaknya. Asyik berhutang sana sini. Bila nak bayar, pinjam pulak sana sini. Habis tu mana nak settle. Aku dapat tahu cerita ni pun dari mulut Sarimah sendiri. Lepas dari hari tu mereka dah break-off. Bukan salah aku.

Bermula dari saat inilah Sarimah seakan sentiasa bersama aku di mana saja aku berada. Maksud aku di dalam opis lah. Aku pun dah tak boleh nak elak diri aku dari dia. Pening kepala aku.

“Wi.. kau dengan Sarimah tu ade ape-ape ker?” Tanya abang Said kepada ku satu hari.

“Eh..bila pulak ada apa-apa nya. Mana ada!!” Balas aku

“Hai…dah macam belangkas abang tengok, takkan tak de ape-ape lagi.”“Iya ka bang? Nampak macam tu ka? La gossip ape pulak ni. Saya dengan dia macam biasa saja.” Aku mula gelabah

“Wi..kalau kau tak de ape dengan dia, kau jangan layan minah tu sangat. Kau takkan tak kenal lagi dengan dia tu. Pak we keliling pinggang.”

“Ermm.. InsyAallah bang. Tahulah saya nanti nak buat macam mana. Terima kasih coz ingatkan saya”.

15

Page 16: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Bila pikirkan semula hubungan aku dengan Sarimah, memanglah nampak macam kami ni sepasang kekasih. Lagipun aku suka layan minah ni bila dia ajak aku pi tengok wayang ka, tengok football match ka, atau pergi jalan-jalan dekat Dataran Merdeka tu. Mungkin inilah penyebabnya yang membuatkan Sarimah anggap aku ni steady boyfriend dia. Alamak..mampus aku macam ni.

Suatu hari lepas tengok wayang.

“We…. Apa pendapat kau tentang aku?” Sarimah menyoal sambil pegang tangan aku.

“Maksud kau?” Aku buat-buat bodoh tanya soalan tu.

“Yelah… hubungan kita ni. Aku dah suka kat kau. Kalau boleh aku nak sentiasa bersama dengan kau Wie.”

Adoi!!!……. Macam mana aku nak jawab ni. Aku tak ada apa pun perasan kat minah ni. Aku cuma temankan dia bila dia perlukan teman. Setakat tu sahaja.

“Sarimah... bukan ke kau ramai pak we. Tak kan satu pun tak berkenan. Aku tengok semuanya hensem dari muka aku yang berambut botak ni.” Aku cuba menolak.

“Diorang lain. Tapi kau lain Wi!!. Kau so special. Aku happy bila keluar dengan kau Wie. Happy sangat.. Itu jawapan ikhlas dari Sarimah.

“Uik..special? Susah ni. Apa yang bagus sangat dengan aku? Aku ni apalah ada. Anak orang miskin je.” Aku ingin mengetahui lebih.

“Kau nak tau.... aku dah jatuh hati kat kau. Dari mula aku nampak kau, aku tegur kau sampailah sekarang. Aku suka sangat dengan kau Mawi. Mungkin jatuh cinta pandang pertama.” Sarimah kemudian tersenyum sendiri.

“Jatuh cinnnnnnnnnta.. Ape!! nak mamposss!!!” Aku menjerit

Pening aku fikir hal si Sarimah ni. Macam mana ni? Aku pun dah mula nak kenen-kenen diri aku dengan Nurul Laily budak perempuan yang kerja di syarikat insurans tu. Potong line sungguh.

“Eermm… nantilah aku fikirkan usul kau ni. Lagipun banyak masa lagikan? Jom balik. Dah lewat ni. Nanti apa pulak kata mak bapak kau.” Aku ajak Sarimah balik naik motor TZM aku ni. Nak tak nak terpaksalah dia ikut rentak aku.

Sampai bilik sewa aku, aku asyik memikirkan hal tadi. Kesian juga aku tengok muka Sarimah bila aku kata aku nak fikir dulu hal ni. Mungkin dia pun tak

16

Page 17: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

sangka aku tak bersedia lagi. Memanglah dia baik dengan aku, tapi setakat kawan opis sahaja, tak lebih dari itu. Nak anggap dia kekasih hati… alamak macam mana ni…..

Argghhhhhhhhhhhhhh….. Aku cuba menjerit sambil menutup mulutku dengan bantal. Jadi bunyinya taklah kuat sangat.

Hak hak hak… Aku ketawa bila aku teringat semula.

Hai..Sarimah.. Sarimah.. kenapalah hang pilih aku? Akhirnya aku tertidur.

Berbulan lamanya. Aku beranikan diri telepon Nurul Laily. Ada tindak balas darinya. Aku ajak dia keluar. Tapi minah ni memang payah nak ajak dia keluar. Bermacam-macam alasan yang dia beri.

“Laily.. boleh tak kalau Wi nak ajak Laily keluar?”

“Ermm bila?” Pendek dia tanya aku.

“Ha..esok kan cuti. Jom kita pergi jalan-jalan di Sogo. Ade sale”.

“Ermm esok tak boleh. Nak teman auntie pergi rumah kawan dia.”

“Kalau macam tu hari Ahad ni, boleh?” Masih berharap.

“Kalau hari Ahad.. pun tak boleh. Ada saudara dari kampung nak datang.”

17

Page 18: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Nak kata bila aku ajak dia keluar saja..macam tulah jawapan yang aku dengar dari mulut dia. Aku terpaksalah pendam hasrat aku nak jumpa dia. Tapi aku tak putus asa. Aku cuba sampai dia mengaku nak jumpa aku. Akhirnya aku berjaya bila dia kata ok. Atau mungkin dia pun dah boring dengar suara aku yang asyik ajak dia keluar sahaja.

Dan malam tu aku ambil dia di rumah mak cik dia. Aku naik kereta Iswara malam tu. Pinjam kereta member rumah. Tak kan aku nak bawa Laily naik motor TZM aku. Nak mampus. Yang sebenarnya kami ni tak pernah bersua muka. Aku beritahu dia warna kereta aku dan apa nombor plat dia.

Tiba - tiba terjengol muka dia depan cermin tingkap kereta aku. Mak ai.. terkejut aku bibuatnya. Cunnya….lagi cun dari Sarimah budak opis aku. Dalam hati aku, patutlah susah sangat nak ajak dia keluar.

“Assalamualaikum… ni Mawi ke.” Dia yang mula menyapa aku.

“Alaikumsalam..aa..saye Mawi.. awak Laily?” Sambil membuka pintu kereta untuknya.

“Ermm sayalah Nurul Laily. Selamat berkenalan.” Laily tersenyum padaku.

Dalam kereta aku tak mampu nak cakap apa-apa. Laily pun diam saja. Aku perhatikan Laily sesekali. Memang cantik bertudung. Pakaian dia pun alhamdulillah, termasuk dalam katogori perempuan idaman malaya. Maksudnya bersopan. Dia pakai jeans potongan lurus dan berbaju T lengan panjang. Aku pulak pakai sweater warna biru gelap. Sebenarnya aku tak tau nak bawa dia kemana waktu tu. Lagipun jam dah pukul 9.00 malam. Tiba-tiba aku terfikir nak bawa dia main boling kat Selayang Mall. Lagipun aku memang selalu main boling di situ. Hendak dijadikan cerita, di situlah tempat pertemuan pertama aku dengan Nurul laily.

Aku ajak dia main boling. Katanya dia tak pandai main. Tapi bila aku seakan memaksa, dia pun main juga. Rupa-rupanya dia lagi terror dari aku. Kantoi…

“Laily… wah terror you main boling.” Saja-saja nak ayat dia.

“Eh..mane ade.. nasib jer tu.” Lemah lembut bersopan percakapannya.

“Hai…asyik strike je..tak kan nasib kot? Saya yang selalu main ni asyik-asyik masuk longkang saja.” Sambil menghulurkan air mineral kepada Laily.

18

Page 19: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ok lah tu..ada jugak strike tadi kan?” Kami berdua ketawa.

Kelihatan ramai muda mudi riuh rendah main boling. Ramai yang lebih kurang macam aku jugaklah cara mainannya. Kami main 2 frem sahaja. Lepas main boling, aku ajak Laily pergi makan. Mulanya dia menolak. Katanya takut lambat sampai rumah. Aku tak kisah, sebab aku lapar aku bawak juga dia makan dekat Sentul.

“Maaflah ye Laily sebab bawa awak ke sini. Perut saye dah lapar sebenarnya.” Aku berkata yang benar.

“Ermm tak pe. Dah sampai sini, makan je lah”.

“Awak asal mane?” Laily bersuara.

“Oh saya asal Perak. Kat KL ni untuk cari rezeki je”. Awak?..cara cakap macam bukan orang sini je.” Serkap jarang sahaja sebenarnya.

“Ermm..mana awak tau. Saye asal Melaka. Duduk sini rumah auntie.” Sambil minum air carrot susu.

“Oh…pahamlah saye. So sama-samalah kite ni ye.” Aku mengayat lagi.

“Ermm..ok lah dah habis makan ni, jom balik. Nanti lambat pulak. Lagipun esokkan kerja.”

“Ha ha..ok ok..jap nanti saye pergi bayar dulu. Awak tunggu kat sini ye.”

Aku bergegas bayar makanan kami. Hehehe nasib baik duit aku cukup-cukup sahajamalam tu. Kalau tak malu aku.

“Laily.. jom nak hujan dah ni.”

Kami pun berlari masuk ke kereta. Elok sahaja berada dalam kereta untuk 5 minit, hujan pun turun dengan lebatnya. Sampai sahaja di rumah mak cik dia, aku pun tanpa berlengah payungkan dia sehingga depan muka pintu rumah itu. Nampak macam romantik sahaja. Perasan aku sorang-sorang.

“Ha… nasib baik awal sikit. Kalau tidak!! bising uncle Laily nanti.” Sergahan perempuan dalam lingkungan 40an itu mengejutkan aku.

“Oh..auntie. Hujan..tu yang lambat tu. Tadi pergi makan dulu.” Jawab Laily sambil membuka kasutnya.

“Ha…ini ke Asmawi?” Tegur perempuan itu lagi.

“Iyer..saye..saye mak cik.” Jawab aku terketar-ketar. Bukan sebab takut tapi sebab badan aku dah basah kuyup dek hujan yang lebat tu.

19

Page 20: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Oh yer..Wi... ini auntie saye..Ani.” Terdengar suara Laily kemudiannya.

“Oh…tak apalah ye auntie. Saye balik dulu. Assalamualaikum”.

Aku terus berlalu ke kereta. Habis kerusi dalam kereta aku basah. Memanglah aku pakai payung tadi. Tapi sebab tak mahu Laily terkena air hujan jadi pepaham sahajalah.

Malam itu aku terkenangkan Nurul Laily. Akan aku cuba memikat hatimu Laily. InsyaAllah.... Janji aku pada diri.

Hacchermmm…. Lahai..selsemalah aku nanti. Ni semua gara-gara mengayat Laily lah ni. Konon terror. Nasiblah kau badan!!!!

Aku tersenggih lagi.

Di opis ada perlawanan persahabatan untuk semua syarikat kewangan (inter finance). Aku pun terlibat sama. Di sekolah dulu pun aku memang rajin melibatkan diri dalam apa jua perlawanan yang cikgu buatkan. Aku masuk Bola sepak, sepak takraw, hoki, badminton dan apa saja yang aku boleh mainlah. Di opis ni aku join juga main bola sepak. Tapi yang aku paling tak dapat lupa bila kami bebudak lelaki ni kena main Netball. Tak ker payah tu.

Mulanya aku ingat bila main Netball kami bebudak lelaki ni kena pakai skirt. Iyalah kan kat TV memang peraturannya macam itu. Nasib baik di sini tak payah. Cuma nama saja permainan perempuan tapi pakaian macam biasalah track dengan T-Shirt. Sebab aku ni katogori tinggi juga, jadi aku dipilih untuk menjadi GA (Gol Attack) maknanya aku kena tolong (GS) Gol Shooter shoot bola masuk dalam net. Mulanya aku ingat nak jadi Center ( C ) sebab aku ni kuat jugaklah berlari. Tapi entah kenapa mereka suruh juga aku jadi GA. Ikut sajalah.

Kami boleh dikatakan setiap petang lepas waktu kerja adalah training main netball ni. Bebudak perempuan dekat opis akulah yang jadi cikgunya. Aku pulak, si Sarimah suka ajar. Mungkin kami serasi bersama. Macam lagu Ajai dengan Nurul. Selalunya bila si Sarimah ni asyik ajar aku, kekadang tu kami selalu juga berlaga bahu atau badan, atau kaki atau tangan. Tak pun akan

20

Page 21: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

jatuh tergolek dua-dua. Manalah aku tau main netball. Di sekolah kan permainan ni untuk perempuan. Tapi Sarimah ni macam suka saja kalau bab-bab berlaga laga nih. Takut jugak aku kadang-kadang ni.

Petang itu sekali lagi kami ada training netball. Netball? Lawak juga bila sebut netball ni sebab permainan orang perempuan kan... tapi yang mainnya lelaki. Apapun layan sahaja.

Bagi aku best juga main ni. Aku ingatkan GA ni tak best. Aku kan nak jadi C. Tapi aku tengok-tengok balik cara permainan tu, aku rasa GA ni penting. Dia la jadi orang kuat C dengan GS. Kiranya aku ni orang penting la dalam permainan ni kan. Ahakss... tapi sebenarnya semua position penting. GK, GD, WD, masing-masing sebagai pertahanan. Kalau tak ada mereka ni siapa nak jaga kan? GS, GA, WA pun penting sebab kalau tak ada mereka pun macam mana nak menang? Siapa yang nak shoot. Kalau C pula tiada, siapa yang nak jaga semua area padang kan. Pendek kata semua la penting. Wah! kira aku dah terror dah pasal netball ni. Heheh.. kredit to my company....hahahah...

Berbalik pada training petang ni. Aku rasa macam malas sahaja hari ini. Entah la. Letih agakya. Hari ini sahaja aku kena travel ke 3 tempat berlainan. Sebabnya kena pergi tengok site la. Penat juga. Tapi yang bestnya aku dapat pergi opis si Laily ni. Itu la yang buat hilang penat aku sikit.

"Laily, awak free tak petang ni?” Aku mula cucuk jarum.

"Kenapa?"

Dia tanya aku balik. Tapi dia tak tengok pun pada aku. Dia sibuk cari surat yang aku minta pada dia tadi.

“Jom pergi opis saya. Kitorang ade training game petang ni. Jom la!!"

"Aik, training pun nak ajak saya ke?”

"Ye la... pembakar semangat. Heheheh....." Ulat bulu dah naik daunnnnnnnn!!

"Ah! ye la tu. Baru training. Kalau game betul tak pe la jugak. Game ape?"

Dia mencebik kat aku dek kerana kegatalan aku.

"Ala... nanti tau la. Jom tengok dulu. Kalau saya bagitau comfirm awak ketawa. So, tak la surprise pulak. Datang ye!!”

21

Page 22: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Bagitau je la, saya tak ketawa.. Nak malu ape!!”

"Netball..hehehhh."

"Hahahahahah."

Aku dah kata dah. Dia mesti ketawa punya la... tapi dia tetap ayu la...Cair jantung aku ni tengok dia ketawa.

“Tengok tu...kata tadi tak nak ketawa!!. Tak pe la.”

"Hihihi...sorry!! Jangan la marah pulak. Kelakar la..." Aku still masam.

"Ala... jangan macamtu... ok..ok... oleh kerana game ni special, lepas kerja saya datang tengok awak. Training pun training la.... hihihi..."

Muka masam aku terus jadi manis. Yuhhuu..Laily nak datang.

"Tapi wak, saya tak ade transport hari ni. Awak hantar saya balik ye lepas training. Nanti pergi saya tumpang kawan saya.."

"Ok!" Pucuk dicita ulam mendatang......

Sarimah ni asyik saja nak berkepit dengan aku. Memang la aku rapat dengan dia. Tapi tak selesa la sebab asyik nak melekat sahaja dengan aku. Ish! parah dah budak ni..

"Sarimah, jangan la camni. Sat lagi apa la depa nak kata kat kita ni."

"Diorang nak kata apa? Kan aku tengah ajar kau main ni. Relek la."

Dia buat bodoh sahaja... lantak la... asal orang tak kata lebih-lebih pada aku sudah la. Kalau mereka kata juga, tahu la apa aku nak buat.

Mana Laily ni? Kata nak datang tapi tak nampak bayang pun. Datang ke tak ni? Aku mula bercakap sorang-sorang lagi.

"Adoi!"

Terkejut aku. Dalam aku asyik berangan tu, aku tak perasan pulak yang Pie hantar bola kat aku. Puk!! Kena kat kepala aku. Bengong sekejap aku ni. Pening wehhhh....

Pie ni C (centre) kami

“Wi!!!! kau tak ape-ape ke?"

Tetiba si Sarimah ni datang pada aku. Dia pegang kepala aku. Aku tak fikir dah. Yang aku tahu kepala aku tengah biol ni... dari jauh aku nampak kat

22

Page 23: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

pintu kelibat orang yang aku tunggu.... Laily...... Aku nampak dia senyum hambar pada aku. Aku pegang kepala aku. Baru aku perasan yang Sarimah masih pegang kepala aku. Aku terus bangun dan pergi ke arah Laily. Sarimah tercengang-cengang tengok aku bangun. Tadi bukan main lagi sakit kepala aku ni.

"Laily.. dah lama sampai?"

"Tak juga. Baru je sampai." Dia masih tersenyum. Tapi aku nampak macam terpaksa je...

"Jom... adoi....." Aku ajak dia duduk di atas kerusi yang ada dekat court tu. Sambil itu aku masih pegang kepala aku.

"Awak tak ape-ape ke?”

"Tak..tak ape-ape.. tapi pening sikit la.... " Aku urut-urut lagi kepala aku ni.

"Siapa suruh berangan? Padan muka..."

"Saya berangan kat awak juga... boleh tolong urut?" Aku mula nak menggatal.

"Ni nak kena?" Laily menunjuk tapak tangan dekat aku.

Hehehehh... aku sengih saja lah... kami pun borak-borak. Aku tak boleh main lagi ni. Pening tak habis lagi. Nasib baik la Laily tak muncung dah. Kami asyik ketawa sahaja. Aku nampak si Sarimah ni pula yang muncung. Dia jadi pemerhati kawan-kawan aku main. Biar la kan. Malas aku nak layan rajuk dia tu. Nanti dia ingat aku pun syok dekat dia juga. Baik aku layan si Laily ni. Akhirnya terubat juga la rindu aku nanti bila tak jumpa. Heheh... gatal lagi....

"Mawi! Kau dah ok ke? Boleh train 1 game lagi tak ni?" Pie, C kami panggil aku.

Aku dengan berat hati pun bangun.. pening dah hilang dah bila tengok Laily ketawa. Itu yang berat hati nak tinggal dia tu. Tak apa. Aku nak main sungguh-sungguh kali ni. Nak tunjuk bakat pada dia.

Aku bersedia di position aku. Bila pengadil tiup wisel, Pie baling bola kat aku. Dia lari masuk dalam. Aku baling balik kat dia. Aku masuk dalam kawasan D. Dia baling kat GS. GS cuba shoot. Tapi tak masuk. Aku sambut balik bola tu dan aku cuba shoot pula. Masuk!!!! Wah! gembira bukan main aku. Padahal baru training. Saja nak tunjuk kat Laily tu. Heheheh... dan kami pun main sampai pukul 6.30 ptg....

"Jom balik.." Aku ajak Laily balik lepas aku salin baju. Berpeluh beb... dia ikut sahaja aku.

23

Page 24: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Tapi saya datang kerja naik motor. Tak apa ke awak naik motor dengan saya ni?"

"Alamak.... saya tak biasa naik motor dengan budak lelaki la..." Dia mula nak menolak.

"Awak tak biasa naik motor dengan budak lelaki je. Saya ni bukan budak pun. Dah besar ha..."

Aku mula jalankan tugas aku sebagai lawyer tak bertauliah. Dia tarik muncung. Itu yang aku suka sangat tu.

"Ala.. jomla. Tak de apanya.. baik awak cuba sekarang. Biasa-biasakan diri awak tu sebab lepas ni awak kena selalu naik dengan saya... hehehh…" Aku suka betul usik dia.

"Awak ni teruk la..."

Muncung dia hilang, senyum pulak yang datang. Senyum malu. Itu yang aku suka dengan dia ni. Sekejap sahaja rajuknya. Lepastu ok balik. Nak tak nak dia naik juga. Aku hantar dia sampai ke pintu rumah. Aku janji nak telepon dia malam ni....

Game inter finance ni maknanya semua finance di seluruh Malaysia berkumpul untuk tele-match. Jadi dapatlah berkenalan dengan bebudak finance lain. Alhamdulillah aku terpilih setelah 2 minggu asyik training. Yang terpilih di cawangan aku hanya 3 orang saja iaitu aku, Nizam dan Pie, yang selebihnya dari head office. Nasib baiklah budak-budak dari head office satu kepala dengan kami. Kalau tidak, mahunya aku letak jawatan sebagai pemain.

Aku berterima kasih pada Sarimah sebab tak puas-puas dia mengajar aku sehinggalah aku dah jadi pandai shoot bola masuk net. Dan disebabkan ini jugalah perhubungan aku dengan Sarimah mula berkembang mekar. Entahlah aku pun tak pasti bila waktunya kejadian ini berlaku, tiba-tiba aku dah rasa suka kat minah ni. Mungkin sebab dia ni terlalu ambil berat kat aku. Pernah sekali kaki aku tergeliat sebab salah landing. Punyalah gelabah aku tengok Sarimah mengalahkan aku yang tengah sakit ni. Dia yang menangis untuk aku. Aku relek saja. Dia lah yang merawat aku sehinggalah aku dapat berjalan elok semula.

Hari untuk tele-match sudah tiba. Wow ramainya kawan-kawan baru. Finance yang tak pernah aku tau sebelum ini pun dah aku kenal orang-orangnya. Memang meriah suasananya. Pasukan kami dalam kumpulan A, ini bermakna kamilah kumpulan pertama yang kena mulakan permainan. Pasukan lawan adalah dari kumpulan Mayban Finance.

24

Page 25: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Nak cerita sikit masa main netball ni kelakar pun ada. Macam biasalah aku sebagai GA kenalah tolong GS shoot kan bola, tapi entah macam mana aku pulak yang lari keliling padang baling bola.

“Wi, hang kena dok dalam D, awat yang hang lari sana sini?” Nizam menjerit kepada aku.

“Eh..aku lupa ah.. kat mana aku kena duduk. D tu apa?”

Entahlah macam mana masa main ni aku jadi gabra semacam. Mungkin sebab ramai yang memerhati permainan kami ni. Maklumlah permainan perempuan tapi lelaki yang bermain. Malu..malu.

“La D yang kat tiang gol la.. hang nampak dak tiang tu, pi la masuk dalam!!” Sambil berlari Nizam menundingkan jarinya ke ‘tiang gol’ dibelakang aku.

“Ooo..ok...nah ambil bola ni. Nanti hang baling kat aku balik!!” Teriak aku terus berlari masuk kawasan D.

Tetiba pritttt… panjang. Rupa-rupanya aku dah tersilap masukkan bola dalam net lawan.

Aku tengok kawan-kawan dari pasukan aku dah mula jerit-jerit dekat aku. Malunya muka aku tak tau nak letak mana. Iyalah masa training aku ikut suka saja nak masukkan bola dalam mana-mana “tiang gol”. Mana tahu masa lawan betul-betul ni kena masukkan dalam satu tiang je. Maaflah ya kawan-kawan.

“Hoi….apa ra..tau main ke tak ni?” Jerit salah sorang dari pasukan aku

“Tak tau pi balik la!!” Teriak pulak dari pasukan lain yang asyik menyaksikan perlawanan ini.

Aku apa lagi rasa marah pun ada.

“Hoi!!!! Kalau terror masuk la sini ganti aku. Macamlah hang pandai main sangat!!” Sambil menunjukkan bola kepada mamat-mamat ni.“Wi!!! yang hang pi layan depa tu buat apa. Hang duduk saja diam-diam dalam D tu!!” Jerit Pie pula.

“Ok ok...aku duduk diam-diam la ni.” Aku pun dah malas nak layan budak-budak kat luar tu.

“Hoi!!!! Jangan pulak hang tak buat apa. Tengok bila bola dah masuk D, hang kenalah shoot tau!!” Jerit Nizam pulak.

“Aku tau lah…” Balas aku balik.

25

Page 26: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Perlawanan pertama kami kalah 16 - 22. Bermakna kami masih ada peluang kalau kami nak menanglah. Ni semua gara-gara kesilapan akulah ni. Nasib baik jurulatih kumpulan aku relek sahaja. Dia pun tahu ini bukan permainan kaum lelaki macam aku. Ini permainan kaum perempuan macam Sarimah. Ingat Sarimah lagi. Aku perasan Sarimah asyik memandang aku sahaja sewaktu perlawanan tadi. Mungkin dia risau kalau-kalau aku tercedera lagi. Siap di bawanya peti pertolongan cemas. Ada juga sekali sekala dia hulurkan air mineral pada aku. Aku minum tanpa memikirkan apa-apa.

Setelah 10 minit berehat, wisel kembali berbunyi menandakan permainan akan diteruskan. Kali ni aku dah tahu kedudukan aku. Aku dan pasukan bermain dengan bersungguh-sungguh. Kali ni tiada kesilapan yang aku lakukan. Cuma sekali sekala bola tak masuk net. Tapi aku rasa banyak jugaklah yang aku shoot terus masuk gol.. Sebenarnya kami panggil “tiang gol” sebab senang sikit nak sebut. Aku pun tak pasti apa sebenarnya nak panggil kat tiang tu.

Alhamdulillah kami menang game kedua dengan 27 – 15. Bermakna kami ada satu lagi game penentu. Dan bermakna juga kami kena menang dalam last game. Terasa syok pulak bila menang ni. Aku berjanji dalam diri yang aku akan buktikan kepandaian aku memasukkan bola dalam net. Pun aku berterima kasih kepada GS dan WA kerana sama-sama menyumbangkan mata untuk pasukan kami.

Penat memanglah penat, tapi sebab dah rasa macam game ni kami yang control so, taklah terasa sangat kepenatannya. Last game terasa sekejap sangat. Sebab separuh masa pertama kami dah mendahului 15 – 8. Mungkin sebab skill yang kami pamerkan jadi mata yang terkumpul pun sudah meningkat banyaknya. Rupanya perlawan kami dengan pasukan lawan menjadi tumpuan kebanyakan pasukan lain. So kira kitorang ni jadi pasukan favourite lah. Bangga jugak bila aku tengok boss aku dan juga orang besar dari head opis berteriak pada kami. Semangat aku dan juga kawan-kawan lain berkobar-kobar untuk terus bermain. Alhamdulillah

Pritttttttttttttt!!!!!! Wisel dibunyikan.

Kami berjaya mendahului perlawanan dengan memperolehi mata 33 – 21. Memang gegak gempita padang tu di buatnya dengan sorakan dan teriakan dari pasukan aku dan kawan-kawan yang lain.

So nak dijadikan cerita. Lepas saja game kami pun di bawa untuk celebrate kemenangan kami. Boss aku bawa kami pergi makan di warung Jalan Cochrane. Memang sedap jugalah makanan di situ. Kami pun makan dengan lahapnya. Yelah penat beb main sampai memang. Dalam tengah makan-

26

Page 27: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

makan ni, rupanya budak-budak perempuan opis aku pun sampai dan join sekali. Apa nak di kata, minah Sarimah tu pun datanglag mengendeng sebelah aku. So si Nizam terpaksalah duduk meja lain. Memang kacau daunlah minah ni. Tapi nak buat macam mana aku juga yang silap. Sebab aku dah terlayankan kerenah dia. So what to do. Nak tak nak buat tak tau sajalah.

“Wi... terror la kau main. Salute lah kat kau. Walaupun mula-mula tu kau dah salah rumah… Hakhakhak!!!”

Dia ketawa kat aku. Lepas tu semua geng join ketawa juga pada aku.

“Aaa lah Wi…. Apa la yang hang pi baling bola masuk net orang lain tu buat apa? Hang tak perasan ka yang tu geng lawan?” Tanya pulak Pie.

“Hoi..hangpa gelak kat aku no. Tak pa..ada ubi ada batas. Aku bukannya perasan pun tiang net sapa. Bila aku dapat bola dari Nizam aku terus shoot. Nak marah, korang marah la Nizam. Sapa suruh dia pi baling bola tu kat aku?” Sambil memuncungkan mulutku pada Nizam.

“Hoi........apa pulak aku yang salah. Hang yang mintak bola tu. Aku apa lagi.. bagi la.” Semua ketawa lagi termasuklah aku.

“Alah Sarimah oi... mestilah pak we hang terror main, kan hang jugak yang ajar..” Sambung Pie lagi.

Kawan-kawan aku ni kalau dah dengan aku memang suka bercakap loghat aku…hehehe

Aku tengok muka Sarimah dah merah menahan suka. Aku tahu dia mesti suka punya kalau ada orang kenenkan dia dengan aku. Aku senggeh jer macam kerang separuh busuk.

“Wi…. Malam ni kau free tak. Kite pergi tengok wayang nak…. Cerita best. Jom la!!” Dengan lentok itiknya dia tolak-tolak badan aku.

“Uihhh..hang ni, kan aku baru saja habis game. Mana larat nak keluar lagi malam ni. Kalau hang nak keluar jugak hang ajak la sapa-sapa ka. Penat pun belum habih lagi nih. Cuba hang tengok, peluh pun dok meleleh lagi ni!!” Aku saja cakap macam tu supaya Sarimah cari orang lain temankan dia.

“Tak pe.. baru menang 2 game dah tunjuk lagak ye!!. Kau tak ingat ke siapa yang penat-penat ajar kau sampai kau terror macam tu.” Sarimah seakan merajuk pulak.

“Wi... apa hang dah buat kat dia. Pi la pujuk dia.” Bisik Nizam pulak.

“Eh..mana ada aku kacau dia. Sikit-sikit nak merajuk, macam budak-budak. Aku bab-bab kalau nak pujuk fail la.” Aku balas cakap Nizam.

27

Page 28: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Sarimah…. Aku betul-betul penat ni. Lain kalilah ye. Lagipun cerita tu bukannya 1 hari saja kan? Esok-esok kita pergi la .. bolehkan!! Bolehkan!! …ala busyuk busyuk…” Aku cuba memujuk kononnya.

Rupanya memang minah ni tunggu aku pujuk dia. Bila aku kata esok-esok terus dia senyum meleret. Sesekali pandang dia senyum ada jugak daya penariknya di situ. Hehehe aku ni memanglah kan. Tak boleh tengok perempuan lentok sikit. Dah mulalah gatalnya.

Apasal la aku ni suka dok layan kerenah si Sarimah ni. Aisehmen... kalau dia nak perasan pun semuanya sebab aku dok layan dia. Masalah... masalah... Laily mana? Dia tak datang tengok aku main pun.... ala.. aku lupa la pulak. Dia balik kampung. Ada kenduri sikit kat kampung dia. Dia tak bagitau pun kenduri apa. Jangan kenduri tunang dah. Kalau kenduri tunang, alamatnya aku gigit jari la... melepas... tu pun masalah problem jugak tu.

Aku ni sebenarnya dok syok kat budak Laily ni. Tapi dalam masa yang sama aku dok layan jugak si Sarimah ni. Si Laily pulak aku tak tau la nak cakap macam mana. Dia tu kengkadang aku rasa macam syok jugak kat aku. Kengkadang tu aku rasa macam aku saja yang syok kat dia tapi dia tak syok pun kat aku. Kompius...kompius...

Hai Laily!! bila la hang nak balik KL ni. Aku nak ajak 'tarikh' lagi ni.

Tarikh tu date la. Kawan-kawan aku suka cakap macam tu. Depa kata best sikit kalau sebut tarikh. Kalau sebut date orang tau. Ni semua gara-gara depa yang dok suka pasang awek keliling pinggang la ni. Aku tak na!!.... jangan salah paham pulak. Aku ni setia kat Laily tu tau. Tapi Sarimah nak lempar mana pulak ni? Adoi!!! pening kepala aku ni....

28

Page 29: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Hujung Tahun 1997.

Opis aku ada buat percutian sambil belajar kononnya ke Cameron Highlands. Bukannya sambil belajar pun tapi sambil berasmara saja aku tengok. Apapun layan.

Aku semak semua nama-nama yang nak pergi percutian tu. Ramai jugaklah yang terdiri 90% dari opis aku sendiri. Ada yang bawa suami, isteri, anak-anak, adik, tak lupa juga boyfriend dan girlfriend. Aku berkira nak pergi atau tidak. Kalau aku pergi aku cadang nak ajak Nurul Laily. Tapi bila fikir-fikir balik seganlah pulak. Sebab pi sana bukannya satu hari. 3 Hari 2 Malam tu. Lama jugaklah pada aku kalau nak bawak anak dara orang bercuti. Nanti apa aku nak jawab kat mak bapak dia kalau depa tanya. Sarimah pulak dah booking tempat duduk sebelah aku kalau aku ikut serta. Lagilah buat aku pening. Aku ada idea. Belum sempat aku sebarkan idea aku, boss aku panggil masuk bilik dia.

“Asmawi. Come..have a seat.”

Boss aku yang namanya Mr Richard Tan ni memang suka speaking dengan aku. Aku tau la stail aku speaking kurang sikit. Tapi aku still mencuba.

“Thank you sir. Anything?” Aku soal dia.

“Oh…hemmmm just now I received 1 call from your sister. She said that your mother…….”

“What!!! Ya Allah… Apa dah jadi kat mak saya boss. Kenapa adik saya tak call handphone saya?”

Aku dah gelabah. Aku cari handphone aku dalam poket seluar. Rupanya aku tertinggal benda ni kat rumah. Rasa nak terjun saja bangunan 3 tingkat tu nak dapatkan mak aku.

29

Page 30: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Relex… your mother is okay now. But still in the Hospital. I think you should go home and see your mum.”

Baik sungguh boss aku waktu ni. Lagipun benda ni bukan boleh dibuat main-main.

“Ok..thank you sir, thank you. So saya boleh balik sekaranglah ye?” Nak isi form cuti ke?” Sebelah badan aku dah keluar pintu bilik.“It’s ok. Bila you dah balik sini, you boleh isi form tu. But anything please let me know.”

“Ok boss, terima kasih”

Aku pun apa lagi. Tutup computer, simpan barang-barang dan fail aku dalam laci meja terus aku capai kunci motor dan helmet full face aku. Aku dah tak fikir panjang lagi dah. Sampai rumah sewa, aku capai apa yang penting sahaja. Dalam perjalanan nak keluar jalan besar baru aku teringat adik aku Mimi. Aku cuba telepon dia, tapi tak dapat. Aku cuba lagi dan aku berjaya kali ini. Aku dengar suara adik aku dah tersekat-sekat

“Abang Long mak masuk hospital. Macam mana ni. Tadi cuba call abang tapi tak jawab pun. Ni Mimi dah beli tiket bas. Bas jalan pukul 2.30 petang ni.” Mimi seakan menangis…“Ni!!! Tadi abang long tertinggal handphone kat bilik. La..hang kat mana la ni?”

“Kat Puduraya dah. Mimi tunggu abang long tau.” Balas Mimi lagi.

“Okay..okay..sat gi abang sampai. Hang jangan pi mana-mana tau. Tunggu kat situ. Kan kat situ ada pondok polis, hang pi duduk situ. Apa-apa senang abang long nak cari”.

Aku pun dah gelabah dah ni. Macam mana mak aku boleh masuk hospital pulak ni. Awat tak inform awal-awal. Aku tunggang motor aku sampai ke Puduraya. Aku park motor aku kat parking motor. Mintak-mintak motor aku selamat.

Aku cari adik aku Mimi di pondok polis. Alhamdulillah jumpa. Aku tengok mata dia dah merah sebab nangis. Aku tau dia sedih dengan berita ni. Aku tengok jam dah hampir pukul 2.30 petang. Aku beli air mineral 2 botol. Dan terus aku pegang tangan adik aku turun tangga untuk naik bas. Dalam bas kami diam memikirkan keadaan mak. Sesekali aku telepon abah tanya keadaan mak. Abah kata keadaan mak dah stabil. Cuma mak kena banyak berehat.

Mimi pun dah tak sabar nak jumpa mak aku. Aku apalah lagi. Takut-takut kalau terjadi apa-apa pulak kat abah aku. Abah akupun bukannya sihat sangat kebelakangan ni.

30

Page 31: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Trit...trittt...tritt...” Handphone aku berbunyi nyaring.

“Hallo..Wi... kau kat mana ni?” Terdengar suara perempuan di talian.

“Siapa ni?” Aku tak pasti suara siapa takut kalau tersilap sebut.

“Sarimah lah. Hai takkan suara aku kau dah lupa. Kau kat mana ni? Tadi boss cakap mak kau sakit. Yer ke? Awat tak inform aku kau nak balik kampung?” Potpet si Sarimah ni bercakap.

“Tak sempat lah. Ni pun masih dalam bas ni. Aku dengan adik aku on da waylah ni. Sarimah..maaflah aku tak perasan suara hang tadi. Lagipun aku tengah blur ni. Hang paham kot?” Aku menjelaskan.

“Ermm tak pe lah. Take care. Nanti kalau ade ape-ape kau bagi tau kat aku. Babye.”

“Ok.. InsyaAllah. Terima kasih.” Aku pun putuskan talian.

“Abang long, siapa tu. Kawan opis abang ka?” Mimi bersuara kembali.

“Hemm.. member opis, dia tanya abang awat tak habaq kat dia abang nak balik kampung. Sibuk sajalah minah tu!!”

“Ok la… ambil berat lah tu..” Balas adik aku.

“Ambil berat?” Aku terfikir pulak kata-kata adik aku ni. Kenapa Sarimah nak ambil berat kat aku pulak.

“Hah..dah lah..ni masalah mak ni pun belum selesai lagi ni. Awatlah lambat sangat nak sampai ni?” Nak saja aku suruh drebar bas ni bawak laju-laju.Tritt tritt tritt....... ish!! siapa la pulak lagi ni.... kacau betul la...

"Hallo!"

Aku tak perasan pun aku macam tengah marah. Yang aku tau aku dah kena cubit dengan adik aku sebab suara aku yang agak kuat tu.

"He..hello!!" Terkejut suara kat sebelah sana.

"Ah! Siapa ni?"

Maaf la walau siapa pun di sana. Aku tak boleh kontrol ni. Yang aku dok fikir mak aku saja. Sorry na....

“Mawi ke? Ini..ni Laily.... awak sibuk ke? Sorry la kacau..."

Alamak! Awek aku... hehehehheh...

“Ermm Laily... tak.. tak sibuk... sorry la kalau terkasar bahasa tadi..."

31

Page 32: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Tak ape.. tapi awak kenapa macam marah je... ade masalah ke? Awak kat mana ni?" Baiknya dia...

"Tak... tak ada apa-apa... saya dalam bas. Nak balik kampung. Huhhh...." Sedar tak sedar aku termengeluh kat dia...

"Awak, kenapa ni? Macam ade problem je? Balik kampung? Family awak ok ke?"

“Ada hal sikit kena balik. Mak saya.. dia masuk hospital..."

"Hah! ye ke... maaf la... saya tak tau... Boleh saya lawat mak awak? Kampung awak kat mana?"

"Awak nak datang ka? Menyusahkan awak saja nak datang jauh-jauh.."

"Tak pe.. saya sekarang kat Taiping ni. Ade kerja. Dua tiga hari lagi baru balik KL. Mak awak kat mana sekarang?"

"Ooo ye ke.... Saya kampung kat Parit Buntar, Kampung Kedah. Tapi mak saya sekarang kat Hospital Parit Buntar!!"

“Oh..ok jap lagi saya sampai, tapi petang sikit kot.”

"Laily... Terima kasih...."

“Tak apa lah,... dah kebetulan saya ade kat sini. Awak jangan risau. Saya tunggu awak dekat hospital tau. Babye..Assalamualaikum..."

"Laily.. Nanti dulu...."

"Ye.. kenapa?"

"Eermmmm... boleh tak awak tunggu dekat stesen bas Pusat Bandar? Sebab takut lambatlah pulak nak ambil teksi nanti..."

"Oooo ok.. Saya tunggu kat sana ye. Agak-agak pukul berapa awak sampai?”

“Lebih kurang pukul 5 lebih kot. Tak pun dalam pukul 6.00 macam tu.”

"Ok, saya tunggu awak kat situ..."

“Ok. Thanks again..Laily.."

"It's ok, wak.... da...." Dan aku tersenyum. Adik aku pun sengih kat aku. Aku buat biasa sahaja....

"Sapa tu abang long? Awek ka?” Adik aku tu mula la nak sakat aku.

"Aah! Kakak ipaq hang la.... suka?" Aku saja kata macamtu. Dia sengih. Aku pun sengih..... hilang sekejap resah di hati aku ni....

32

Page 33: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Lebih kurang pukul 6.40 petang baru kami sampai hentian bas Parit Buntar. Dan lebih kurang 4 jam jugaklah aku dan adik aku Mimi resah dalam bas. Cakap dekat Laily tadi pukul 5.30 tapi bas lewat sebab ada kemalangan dekat Ipoh. Itu yang lambat sikit tu. Sampai sahaja di perhentian bas, aku tercari cari jugak batang hidung Nurul Laily, tapi sampai jam 7.00 masih aku tak nampak batang hidungnya yang mancung itu. Aku nak call dia, handphone aku pulak kehabisan bateri. Tunggu punya tunggu memang tak ada jadi aku pun ambil keputusan tinggalkan stesen bas dan cari teksi. Kami terus ambil teksi pergi hospital. Sampai kat hospital dah tutup. Memang frust sangat-sangat. Dalam dok bertengkar dengan nurse kat depan pintu wad, aku ternampak kelibat adik aku Ros.

“Acu!!!!” Aku jerit kat dia.

Aku tengok adik aku ni tercanggak-canggak cari suara siapa yang panggil dia.

“Hoi.....” Aku tolak badan dia.

“La abang long. Tadi dok cari jugak suara sapa panggil Acu. Rupanya abang long dengan kak Mimi dah sampai.” Balas adik aku. Acu tu panggilan manjanya. Yelah yang bongsu.

“Abah dengan Ijam mana?” Mimi pulak bertanya.

“Oh..abah ada kat sana. Tadi ramai jugak sedara mara yang mai tengok mak. Tapi depa semua dah balik. Abah pun sat lagi nak balik la ni. Abang long dari KL terus mai sini ka?”

“Ha..terus mai sini. Ingatkan dan masuk jumpa mak. Tapi dah tutup. Ni yang frust sangat ni.”

“Abah……..” Mimi menjerit panggil abah aku.

“Ha..hangpa pun dah sampai. Ingatkan hangpa balik dengan mak cik. Sebab tadi mak cik kata dia nak balik esok.”

“Tak pun....kami terus saja balik. Tak sempat pun nak habaq kat makcik.” Aku menyampuk.

33

Page 34: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Tu lah mak cik hang habaq tadi. Nasib baik Ijam call habaq kat dia.” Sambung abah lagi.

Aku tengok badan abah dah semakin kurus. Kesian aku tengok keadaan dia sekarang. Tambahan pulak mak sakit sekarang ni. Lagilah buatkan aku susah hati.

“Jom lah kita balik dulu. Malam ni kalau ada sapa-sapa nak tengok mak boleh mai lagi. Tapi sat saja sebab yang ni untuk nak hantaq makan ka, barang ka”. Jelas abah lagi.

“Ha kalau macam tu. Biar Wi sajalah yang temankan mak. Lagipun lama dah Wi tak jumpa mak. Ni pun dah tak sabar dah ni.”

“Abah! mak sakit apa”. Tiba-tiba adik aku Mimi bersuara.

“Mak hangpa penat sangat. Siang asyik buat kerja tak berhenti. Malam pulak... jahit baju orang tempah. Tu yang jadi macam tu ha. Doktor kata.. esok lusa dah boleh balik. Tak payahlah .. hangpa risau.”

“Dah..jom..tunggu sini sat, abah ambik kereta. Nanti boleh balik sama-sama...”

Relek sahaja aku tengok gelagat abah aku. Mungkin dia tak mahu tunjuk kerisauan dan kebimbangannya pada kami adik beradik.

Dalam asyik tunggu abah ambil kereta, aku terpandangkan seseorang yang rasanya aku kenal. Tetapi bersama seorang lelaki. Aku amat-amati perempuan ini, sah memang aku kenal dia. Dialah Nurul Laily.

“Wi……… Wi….” Terdengar Laily menjerit memanggil namaku

“La…. Tengok jugak tadi… ingatkan siapa, rupanya Laily. Bila sampai sini?” Aku bertanya terkejut.

“Itulah.. masa tunggu Wi tadi kat bus stand dah agak mesti Wi terus datang sini. Lagi pun saya lewat habis meeting tadi. Inipun saya ajak kawan datang sini sebab dah malam kan. Takut jugak sebab tak biasa area sini.” Laily menjelaskan sambil tersenyum memandang adik-adik aku.

“Ha..kenalkan ini En Amirul Hakim, Operation Manager tempat Laily.” Sambil tersenyum lagi memandang aku.

“Ermm..saya Asmawi. Selamat berkenalan. Mintak maaplah menyusahkan encik saja.”

“Eh..ape yang susah. Lagipun saya asal sini jugak. Alang-alang Laily nak datang sini, saya tumpangkan lah. Lagipun dia bukannya tau jalan-jalan kat sini.” Macho jugak mamat ni aku tengok. Rasa jeles lah pulak.

34

Page 35: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Oh macam tu.”

“Wi... dah tengok mak awak ker?” Laily bersoal lagi

“Tak sempat. Sampai saja sini dah tutup. Esok sajalah nampak gayanya. Ni pun tengah tunggu abah ambil kereta. Cadang nak baliklah ni. Laily tidur mana malam ni?”

Risau jugak aku minah ni malam-malam masih dengan boss dia. Nanti kalau jadi apa-apa siapa yang susah. Aku jugak yang susah hati tak dapat dia kat aku.

“Oh… saya tidur kat Bukit Merah. Lepas ni nak terus ke sana. Lagipun esok pagi meeting kat situ. Mawi.. tak payah risau. Kalau meeting habis awal esok, saya datang lagi. Ni pun dah lewat nak check-in. Ape pun anything Wi jangan lupa call tau.” Penerangan Laily membuatkan aku bertambah jeles. Kuangkuankuang.

“Ermm InsyaAllah. Ha!! itu pun abah dah sampai. Kami balik dululah ya. Ada jodoh kita jumpa lagi.”

Aku sambil bersalam dengan En Amirul. En Amirul hanya tersenyum memandang gelagat kami. Mungkin ada sesuatu yang difikirkan waktu itu. Aku pun banyak jugak berfikir. Mana nak fikir pasal mak aku, adik-adik aku dan juga awek aku..Laily..takut dikebas dek orang..

“Eloklah kami pun nak beransur dulu. Jumpa lagi!!” En Amirul bersuara sambil tersenyum pandang Laily. Laily tersenggih saja aku tengok. Jeles.. jeles.

Sampai kat rumah aku terus bergegas mandi dan menunaikan solat. Ingatkan nak pergi balik ke hospital. Bila dengar abah kata dia yang nak tunggu mak, so kami adik beradik tunggu kat rumah sahaja. Habis makan malam abah pun keluar semula untuk menemani mak aku kat hospital.

“Abang Long.. yang tadi tu ka awek abang long. Yang talipon kat dalam bas tadi ka?” Tanya Mimi kepadaku.

“Eh…kalau kata awek tu memang betul, tapi kalau yang telepon masa dalam bas tadi bukan dia. Yang ni telepon masa hang tengah tidoq tadi.”

“Lawanya muka dia. Berkenan jugaklah bila tengok. Tapi yang orang lelaki dengan kakak tadi tu siapa?

“Hoo..tu boss dia. Depa ada meeting kat Bukit Merah. Tu yang dia boleh mai sini tu. Awat lawa sungguh ka?” Aku inginkan kepastian dari mulut adikku lagi.

35

Page 36: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ha la..lawa macam anak mami pun ada. Kakak tu asal mana? La..lupa pulak nama dia tadi...”

Lawa!!..tengoklah siapa yang pilih. Abang long pun hensem. Sesuai gitu. Nama dia Nurul Laily, orang Melaka. Awat hang berkenan ka?”

“Mula perasan dah.. entah-entah yang laki tadi tu bukan boss dia, pak we dia apa?” Adik aku Ijam pulak bersuara.“Hiss… .”

Aku seakan tak mahu percaya kata-kata adik aku tu. Tapi aku pun tengah risau jugak ni. Mana tau kalau-kalau betul. Apa aku nak buat. Pening kepala aku. Aku garu kepala aku yang setengah botak ni.

Handphone aku, aku tengah cas baterinya. Tak sampai 15 minit cas, handphone aku berbunyi. Aku cuba menjawab panggilan tersebut.

“Hallloo… tak dengar..cakapla kuat sikit!!” Aku dah menjerit

“Hallo…Wi!!! pekak la telinga aku ni. Tau lah kau tak suka kat aku. Tapi jangan la kau jerit.”

“La..manalah aku tau hang yang telepon. Apa hal hang telepon aku malam-malam buta ni. Tak tidur lagi ke?”

“Wi.... kalau aku tidur, masa bila pulak aku nak telepon kau. Apa la… Aku nak tanya mak kau macam mana..dah ok ker?”

“Abah cakap tadi dah ok. Mungkin esok atau lusa dah boleh keluar. Tapi aku tak dapat pun tengok dia tadi. Tak sempat. Bas lambat sangat sampai..”

“Iye!!… tak pelah. Habis adik-adik kau macam mana? Diorang ok ke?”

“Adik-adik aku ok je. Hang pulak kat mana ni?”

“Aku kat rumah la.. boring tak tau nak pi mana. Itu yang aku call kau ni. Rindu la beb?”

“Uik..rindu..parah ni. Hang buat lah apa-apa yang patut. Pi la tolong mak masak ka..ada jugak faedahnya.”

“Hoi!!! Wi....cuba kau tengok jam tangan kau..la ni dah pukul 1.00 pagi la..ape kes nak masak pagi-pagi bute ni!!!”

Suara Sarimah seakan menjerit. Kali ini telinga aku pulak terasa macam nak pekak. Berdengung saja rasanya.

“Hakhakhak..tak perasan. Dah la..aku pun mengantok dah ni. Kalau layan hang sampai esok pagi pun tak habih lagi. Oklah babye. Terima kasih ambik berat kat family aku.”

36

Page 37: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Itu dah menjadi tanggungjawab akulah Wi... Ok lah..babye. Kirim salam kat family kau tau. Kata menantu kirim salam. Assalamualaikum…” Cepat-cepat Sarimah memutuskan talian.

Uik..bila masa pulak mak abah aku ada menantu ni. Parah dah ni. Aku mula bercakap sorang diri.

Esoknya, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah dengan adik-adik aku pergi jengok mak aku kat hospital. Aku bawak kereta Mini abah. Syok jugak sekali sekala bawak kereta abah aku ni. Walaupun kereta ni buruk tapi sampai jugalah kami kat Hospital.

Tak sabar aku nak jumpa mak kesayangan aku ni. Sampai saja kat wad aku terus berlari lari anak menuju katil mak aku. Mak aku terperanjat bila aku terus memeluknya erat. Adik-adik aku pun dah tak sabar nak bertukar pelukan. Alhamdulillah… di sebabkan keadaan mak aku dah ok, jadi mak aku boleh balik bila-bila masa sahaja. Kami punya happy sesangat. Aku dah tak sabar pulak kali ni nak bawa mak aku balik rumah. Mak aku tak dapat nak berkata apa-apa menengokkan kelaku kami ni. Dia ikut sahaja kami sehinggalah sampai di hadapan rumah kami yang tersergam indah ini.

Adik aku Mimi terus melulu ke dapur siapkan makanan untuk mak. Bukan masak apapun cuma buatkan bubur nasi dengan sup ayam saja. Tapi sesekali makan sedap sehingga menjilat jari. Bukannya mak aku yang habiskan makanan ni, tapi kami adik beradik. Mungkin sebab happy sesangat ni. Abah pun aku tengok dah berseri sikit wajahnya. Iyalah wajah kesayangan hamba dah pulih dan sudahpun berada di rumah. Hari ini suasana rumahku kembali ceria seperti dulu-dulu.

Aku call opis aku untuk beritahu yang aku nak sambung cuti lagi. Aku ingat nak bersama keluarga aku mungkin lebih kurang seminggu lagi. Aku mintak cuti 1 minggu direct dengan alasan… emak aku kurang sihat. Alhamdulillah… boss aku benarkan. Lagipun cuti tahunan aku masih banyak lagi.

Aku juga berkira-kira nak menalipon Nurul Laily. Tapi bila fikirkan semula aku batalkan niat hatiku ini. Aku kalau boleh tak mahu mengganggu Laily waktu-waktu macam ni. Mana tahu kalau-kalau dia masih belum habis bermeeting. Nanti aku pulak di salahkan. Biarlah kalau dia nak cakap dengan aku, dia mungkin akan cari aku dengan menalipon aku.. hehehe..aku berkhayal lagi.

“Wi...sampai bila hang cuti?” Terdengar suara mak serak-serak.

“Ermm tadi Wi dah telepon boss, kata nak ambil cuti seminggu nak temankan mak. Boss Wi kata ok.”

37

Page 38: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Oh...kalau macam tu bolehlah hang tolong abah perbaik dapur kita ni. Kalau abah nak buat sorang-sorang takut tak sempat. Lagipun bulan puasa dah dekat dah ni.”

“Boleh jugak tu mak. Lagipun Wi tak ada nak buat apa-apa pun. Bila boleh start mak?” Aku seakan dah tak sabar nak tolong abah aku baiki bumbung dapur.

“Ishhh…kalau nak tolong pun tunggulah abah balik dulu. Dia tengah order zink. Mungkin petang ni sampai kot.”

“Ermm kalau macam tu, Wi nak keluar sat mak….. Nak jumpa member lama.”

“Ha..jangan keluar lama sangat. Hang tu bukannya boleh percaya sangat. Sat lagi dah jumpa kawan ghalit sampai malam.” Emak membebel pulak.

“Sat saja mak. Wi pi dulu….. Assalamualaikum.”

Aku terus bersalaman dengan mak aku. Memang dah jadi kebiasaan kalau nak kemana kami adik beradik akan bersalaman dulu dengan abah mahupun emak.

Aku pergi dekat tempat member-member aku tengah lepak. Kat mana lagi kalau bukan dekat bengkel Harun. Harun ni kawan baik aku. Kami semuanya ada 5 orang member kamceng. Harun, Bidi, Fakhrul, Man dan Mawi. Aku la tu. Kami ni memang dari kecik lagi dah rapat. Sekolah sama-sama. Main sama-sama. Tangkap ikan kat bendang sama-sama. Kena hambat dengan mak cik Eton pun sama-sama. Sebabnya kami selalu dok kacau dia lepas mengaji Quran. Tapi mak cik Eton ni dah meninggal. Sakit tua. Al-Fatihah untuk dia...

Bengkel Harun memang tempat lepak kami. Selalu kalau aku balik kampung, kami akan berkumpul kat situ. Kalau korang semua nak tahu, aku, Fakhrul dengan Man saja kerja kat luar. Harun dengan Bidi mereka ni duduk kat kampung saja. Tapi kira bukan calang-calang orang jugak la. Si Bidi ni usahakan bendang mak ayah dia. Kira macam petani moden la. Si Harun pulak usahakan bengkel abang dia. Lepas abang dia kahwin dan duduk di bandar, dia yang ambil alih. Dengan abang dia pun kami rapat jugak. Abang Fauzi namanya.

"Assalamualaikum…geng!!”

"Wiiii!!!! Waalaikumsalam.... Bila hang sampai?"

Harun dengan tangan comot dia terus peluk aku. Bidi dengan Man pun ada sekali. Kami berbalas peluk. Rindu sungguh aku dengan geng-geng aku ni.

38

Page 39: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Aku sampai malam tadi. Kan mak aku masuk hospital. Tapi dah balik dah. Mana Fakhrul? Tak balik ka? Man pulak, hang cuti apa?"

"Wei wei wei... Satu satu la cakap. Penat nak jawab ni!!! Perangai hang ni tak berubah langsung la. Gondol betul la..." Si Bidi pulak pekena aku.

“Heheh.. aku tau la aku botak. Jangan la kata gondol saja...." Aku tersengih. Usap kepala aku yang memang botak ni. Hehehehh..

"Fakhrul sibuk sekarang ni. Maklumla dah naik pangkat. Hik hik hik.. Aku pulak saja balik. Jenguk mak ayah aku. Lagipun aku ada hajat besar nak bagitau kat depa. Itu pasal aku balik ni." Man pulak yang jawab.

"Wei! jom la pi bawah pokok tu."

Harun ajak kami pergi dekat bawah pokok ketapang yang ada disebelah bengkel dia. Di situ ada pangkin dengan bangku. Dan di situ jugak la kami duduk melepak suatu ketika bila masing-masin berada di kampung. "Awat Man? Hang nak kawin ka? Amboi! dalam diam no..." Aku mula menyakat si Man ni.

"Ha la Wi... apa lagi... kawan kita ni tak sabar dah ni. Biasala.. mat bunga... heheheh." Bidi pulak yang menyampuk.

"Wah! hang tak bagitau pun kat aku..... Nak kawin dengan siapa ni?"

"Dengan siapa lagi Wi!!, dengan buah hati pengarang jantung dia la. Sapa lagi kalau bukan si Milah anak Tok Penghulu tu..."

Man asyik tersengih dari tadi. Dia memang macam tu. Tak banyak cakap sangat. Tapi dia memang ok.

"Hah!!! Hang biar betul!! Milah tu ka? Yang hang selalu kacau-kacau dulu tu?"

"Ha la. Milah tu la. Mana ada Milah no.2 dah... hehehhe...." Baru si Man tu nak jawab. Dari tadi asyik tersengih saja...

"Tak... tak sangkanya aku!!!! Hang ni setia sungguh la..... dari dulu hang kacau dia... dapat jugak dia kat hang ...."

Aku tepuk-tepuk bahu Man. Aku tahu dia ni memang jenis setia. Susah nak cari orang lelaki macam ni. Semoga kau bahagia my friend.

"Aku bukan nak kawin lagi la. Baru nak pi hantar rombongan meminang. Apa la hangpa ni.. kalut sungguh!!”

"Wei!!! Jom makan kat rumah aku hari ni. Boleh kita borak lama-lama lagi."

39

Page 40: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku ajak member aku ni. Kami memang selalu macam ni. Hari ini rumah aku, esok rumah Harun, lusa rumah Man, tulat rumah Bidi sampai la habis rumah kami 5 orang. Asyik ulang macam tu sampai la sekarang. Rumah mereka semua dah macam rumah kami sendiri.

"Orait saja. Dah lama aku tak makan masakan mak hang. Eh! adik hang balik dak? Mimi?" Harun mula la tu.

"Awatnya kalau adik aku balik. Hang sibuk buat apa?"

Aku buat bodoh saja.. aku bukan tak tahu Harun ni. Dia dari dulu lagi memang nak tackle adik aku. Saja aku buat keras hati.

"Saja...saja.. boleh jugak. Sat lagi pukul 12.00 kami pi. Kirim salam kat Mimi na, abang ipaq!! heheh.."

Tersengih saja budak Harun ni. Saja aku tumbuk bahu dia... Kalau betul pun dia sungguh-sungguh nak kat adik aku, aku terima. Aku kenal kawan aku ni. Walaupun dia kerja bengkel sebenarnya dia ada Degree in Mechanical Engineering. Sebab itu dia join abang dia bukak bengkel ni. Sekarang dia jadi owner dah...

"Tak payah! Jangan nak berangan. Tak mau aku adik ipaq macam hang... comot! hahahah..." Saja aku nak kenakan dia.

"Teruk sangat ka aku ni Wie.. heheh.. rugi oo kalau hang tak terima aku.. hahahha..."

"Dah la. Aku nak balik dah. Nak bagitau kat mak aku, aku ajak hangpa makan kat rumah aku. Tapi bukan dia masak kot hari ni..""Habis siapa yang masak? Hang ka? Tak mau la kalau macamtu..." Bidi pulak yang bersuara."Mak aku kan tak sihat lagi.. nak tau sapa masak? Tanya Harun.."

"Hah! Tanya aku? Sapa? Mimi ka? Bestnya. Aku mai pukul 11 sat lagi. Aku rasa aku nak tolong dia lah...... hahahha..." Harun mula menyengih sampai telinga.

"Hang nak kena ni!"

"Hahahahhah....dah la aku balik dulu. Bye......" Aku mula melangkah...

"Woi! jangan lupa kirim salam kat buah hati aku tu!!! Hahhaha...."

Aku tunjuk penumbuk kat Harun. Dia tu memang la... macam ni la kami bila jumpa. Tak pernahnya nak diam. Mereka la kawan-kawan aku. Teman sejati aku....

40

Page 41: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Dalam perjalanan balik rumah, baru aku teringat kat motor TZM aku yang aku tinggal kat Puduraya. Lahai..selamat ka tidak motor aku ni. Tanpa berlengah aku terus dail no handphone Nizam.

“Halloo..Hallooo..testing 123..” Aku saja mengusik Nizam

“Hoi…siapa ni?” Sergah orang kat dalam telepon.

“Uik..Nizam,,aku la..Mawi!!”

“Ha awat, mak hang dah ok ka? Awat lama tak call aku. Rindu bangat ni.” Sambil tergelak.

“Hooi, gila ka apa ni rindu-rindu kat aku. Mak aku ok. Dah balik rumah dah. Ni nak mintak hang tolong pi tengok motor aku. Ada kat parking motor pudu ni.”

“Tengok motor hang. Awatnya..hang tinggal kat situ ka. Bahaya hang tau dak?”

“La hang jangan buat aku gambra. Sat lagi kalau hang free pi la tengok sat. Ada ka tak dak lagi motor aku.”

“Tengoklah, kalau-kalau aku free. Kalau tak ada macam mana?” Nizam menduga kesabaran aku.

“Hang jangan lah mintak lagu tu. Mintak-mintak ada lah.”

“La hang nak lagu apa..sat aku nyanyi….” Gelak lagi. Kali ni lagi kuat boleh menyebabkan gegendang telinga aku tersembul keluar.

“Hoi..aku serious la. Mintak tolong sangat ni. Aku seminggu kat kampung. Risau jugak kat motor tu.”

“Hai..takkan risau kat motor saja..kat Sarimah hang tak risau ke? Orang tu dah tak tahan menahan rindu kat hang, hang tau dak. Hari-hari dok tanya aku bila hang nak balik KL. Aku tengok dia dah macam gila angau kat hang dah. Hehehehe”.

“Zam..hang biar betul!!. Mana ada sampai macam tu kot. Hang buat cerita kot ni.”

Tapi aku memang seakan percaya dengan cerita Nizam ni. Aku tahu sangat si Sarimah ni. Kalau diorang tengok dia macamtu, memang betullah keadaan dia macam tu.

41

Page 42: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Wi… betul. Aku serious ni. Hari-hari dia cuba call hang. Tapi dia kata hang tutup handphone. Awat hang tutup. Kesian minah tu. Merana jiwa dia bila tak dapat cakap dengan hang. Hari ni dia ambil cuti sakit. Rasanya dia sakit menanggungg rindu kat hang kot Wi. Hang call la dia sat lagi.” Beritahu Nizam lagi.

“Ya ka… la sakit apa no. Tak apalah biar dia berehat kat rumah dulu. Tengoklah kalau senang petang-petang aku tepon dia. Hang jangan lupa tau tengok motor aku.”

Aku memang risau kalau apa-apa jadi kat motor aku. Mahal tu kalau nak beli lain. Bulan-bulan pun aku dah habiskan duit gaji aku RM250 sebulan untuk bayar motor ni. Nasib baik buat loan kat opis sendiri. So murahlah sikit monthly payment.

“Jangan risau lah.. sat lagi aku pi dengan Pie jengok motor hang. Apa-apa aku call hang balik. Ok lah. No..Babye.”

“Ok..terima kasih. Hangpa lah sahabat aku dunia akhirat. Assalamualaikum. Bye.”

Ermmm lega rasanya… minta-minta selamatlah motor aku. Amin!!.

2 Hari Kemudian

42

Page 43: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mak... jom kita pi keluar jalan-jalan. Bukan apa, lama dah kita tak makan kat luar.” Aku bersuara setelah selesai menolong abah aku betulkan zink kat dapur rumah.

“Hang nak pi mana Wi? Mak rasa hang bawak adik-adik hang sudahlah Wi. Mak dengan abah ada kerja sikit ni. Esok kan kenduri rumah Pak Mail tepi jalan tu. Nak jugaklah mak tolong-tolong tengokkan apa yang patut. Lagipun Pak Mail baru nak dapat menantu.”

“La..lupa pulak no. Anak dia yang mana mak nak kawin. Awat si Akma tu ka mak?”

Aku seakan mengingati anak-anak Pak Mail.

“Ha la..kan kawan satu kelas hang dulu. Dia lah.”

“Ha..baru Wi ingat balik. Oh!! dah nak kawin rupanya dia... Dengan orang mana mak?” Aku gembira sangat dengan berita ini.

“Dengan orang laut. Eh!!! Orang Lumut. Baik budak tu. Mak pun pernah jumpak dah hari tu. Ada sekali tu mai makan kat rumah kita. Mak tengok Akma macam ingat lagi kat hang Wi…. Dia ada jugak tanya-tanya pasal hang kat mak.”

“Ha..dia tanya apa? Mak cakap apa?” Aku beminat pulak mendengar cerita mak aku ni.

“Tanya hang kerja kat mana? Tinggal mana? Mak ada bagi nombor telepon hang kat dia hari tu. Tapi tak tau la kalau-kalau dia telepon hang ka tidak!!”

“Oooo...”

Sebenarnya aku dulu memang berkawan baik dengan si Akma ni. Dia memang seorang anak yang baik. Bersopan santun gitu. Pernah jugaklah masa sama-sama kat asrama dulu kami dikenenkan berdua. Secocok kata kawan-kawan. Entahlah mungkin dulu-dulu masih kanyaq lagi. Aku pernah juga kata kat dia suruh tunggu aku kalau tak ada orang mai minang dia. Itu yang dia cari aku kot. Tapi tak apa lah. Kami tak ada jodoh bersama.

Ceh…macam perasanlah pulak aku ni. Dia ni boleh dikatakan cun jugaklah. Rambut panjang sampai pinggang. Ikal mayang. Tapi sayang dia tak pakai tudung masa tu. Tak taulah masa la. Tak dapat nak aku bayangkan wajah Akma ni. Lagipun dah lama aku tak jumpa dia sejak di belajar kat U dulu.

“Wi…Wi… hang tenung apa?” Terkejut aku bila abah jerit panggil nama aku.

“Hang kata nak ajak adik-adik hang pi keluar. Awat tak jadi ka?”

43

Page 44: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ha…. Jadi!! Jadi!!. Mana depa. Dah siap ka belum?” Aku tersekat sekat menjawab soalan abah.

“Tu yang depa terconggok kat depan pintu tu apa!!! Hang ni lah, suka sangat berangan. Tu lah, dah ada depan mata buat eksen.. ni kan dah melepas!!” Mak kembali bersuara. Seakan tahu apa yang aku menungkan waktu ini.

“Hisss... apa mak ni... Mana ada.. kan tu rezeki dia. Asalkan dia bahagia, Wie pun tumpang bahagia mak!!!”. Balas aku sambil senyum meleret.

Ya Akma.. aku harap hang bahagia dengan bakal suami hang nanti... Keluh aku perlahan.

Aku sebenarnya, sendiri pun tak tau nak ke mana. Tanya adik-adik aku pun diorang tak tau jugak. Last-last aku terus saja bawak kereta Mini abah aku ke Bukit Merah Lake Town Resort. Mulanya aku memang tak perasan langsung apa yang istimewa kat situ. Bila dah sampai sini dan bila adik aku Mimi sebut

44

Page 45: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

saja nama Laily, baru aku teringat sesuatu. Aku jadi gelabah sekejap. Entah kenapa tiba-tiba kaki aku terasa kebas semacam. Nak kata aku demam hari ini tak pulak. Mungkin akan berlaku sesuatu. Lahai tak baik aku pikir macam tu.

Best jugak kat dalam Lake Town ni. Kami beli tiket naik bot ke Pulau Orang Utan. Masa dalam bot aku rasa tenang setenang air laut tu bila tak kena langgar dek bot la. Kami duduk di birai belakang. Dalam dok ambil gambar adik-adik aku, aku terpandangkan seorang lelaki yang macam pernah kulihat di dalam bot bertentangan. Aku cuba pikir semula tetapi gagal. Bot tu laju sangat ku rasa. Ah biarlah. Ramai lagi yang macam pernah aku tengok, tapi aku tak kenal. Pikir aku lagi.

“Abang long…. Tadi nampak kak Laily.” Mimi bersuara.

“Laily… kat mana?” Aku menoleh kiri kanan. “Tak nampak pun…. Kat mana?”

“Tadi.... dalam bot tadi. Dengan boss dia kot. La!! yang mai hospital malam tu.” Tambah Mimi lagi.

So betullah mamat tu aku pernah jumpa, cuma aku tak perasan di mana. Kenapa aku tak nampak Laily. Aku jadi segelabah tiba tadi. Rasa lambat sangat nak patah balik kejar Laily.

“Eh..dia tak balik KL lagi ka? Kata sekejap saja ada meeting ka kursus ka kat sini.” Aku bercakap memandang Mimi.

“La!! mana Mimi nak tau. Bukannya dia cakap kat Mimi.” Sambil tergelak Mimi menepuk bahu aku.

“Apa lah abang long ni. Mak we sendiri pun tak tau pi mana. Tapi kata mak we?” Ijam pula menyampuk.

“Eh..hang bebudak lagi. Dah sampai pun. Jom turun. Jalan bebaik. Pegang acu tu baik-baik.”

Aku mengarahkan adik-adik aku agar memerhatikan sesama sendiri. Manalah tau kot-kot nanti diorang kena culik dek orang utan.

Dalam kepala otak aku dah terpikirkan macam-macam perkara. Apa hubungan Nurul Laily dengan boss nya tu. Ada apa-apa kah dia antara diorang berdua? Habis aku ni nak letak kat mana?

“Laily...... .” Tetiba aku memanggil adik aku Acu dengan panggilan itu.

“Siapa?” Mimi bertanya sambil mencubit lengan aku..

“Eh... Apa... Abang long panggil Acu lah....” Malu aku waktu itu.

45

Page 46: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Memang penangan kerinduan aku terhadap Nurul Laily semakin jelas. Aku rindu akan senyuman manisnya. Walaupun aku tak tahu milik siapakah sebenarnya hati Laily waktu ini.

Hampir ½ jam di Pulau Orang Utan barulah kami dapat balik ke pengkalan semula. Lepas satu tempat ke satu tempat kami lawati. Last sekali aku dan adik-adik aku naik cable car saja nak tinjau dari atas pulak. Dari situ aku sendiri ternampak Laily sedang bermain air di bawah sana. Nak ku jerit memanggil namanya. Tapi rasa malu pulak. Nanti apa orang lain cakap. Tak ka di cop mamat gila. Aku sabar. Mungkin nanti akan bertemu juga.

Mandi manda kat water park tu syok jugak. Iyalah lama tak rasa keseronokkan dengan adik-adik. Aku tercari cari jugak si Laily, tapi memang hampa, coz tak jumpa sampai lah keakhirnya. Mungkin dia dah balik kot. Lebih kurang 2 jam lah kami berendam dalam air, perut pun masing-masing rasa lapar. Apa lagi aku ajak adik-adik aku pergi makan dekat food court di luar sana. Makan punya makan time nak bayar baru terperasan harga kat situ punyalah mahal. Nasib baik duit cukup. Alhamdulillah. Kalau tak jadi tukang cuci pinggan mangkok ler jawabnya. Selepas semuanya happy aku pun ajak adik-adik aku balik. Aku adalah beli sikit buah tangan kat mak abah aku. Dan aku jugak tak lupa beli cenderahati kat Sarimah. Entahlah tetiba saja aku teringat kat minah ni.

Sampai rumah lebih kurang jam 9.00 malam. Memang penat tapi mengembirakan kami sekeluarga. Mak tanya aku waktu kat sana ada solat tak? Mestilah solat. Kan kat situ ade surau. Abah tak kata apa, cuma senyum tengok muka adik-adik aku sorang-sorang dah berbelak sebab kena pancaran matahari siang tadi. Badan aku pun dah jadi gelap sikit. Terpaksalah aku pakai Fair n Lovely untuk cerahkan balik kulit badan aku ni.

“Wi... tadi Akma ada mai rumah. Tanya pasal hang?"

“Apa mak, buat apa dia mai, kan lusa dia dah nak kawin?"

"Ni ha, dia kata dia mintak tolong hang jadi pengapit untuk bakal suami dia. Dia mintak sangat-sangat. Mak suruh dia cari orang lain, tapi dia tak mau, dia nak hang jugak."

“La awat belah lelaki tak ada pengapit ka? Pelik ni. Segan la mak, sat lagi apa kawan Wei kata. Malu lah mak. Mak bagitau la kat dia Wi tak mau."

"Dah bagitau dah, dia kata dia nak hang tolong jugak. Alah bukannya kena masuk jel pun kalau hang jadi pengapit tu, lagi glemer, hahahhaa..."

Mak dengan abah aku ketawa mengekek. Suka pulak bila aku tengok diorang macam ni. Happy dunia ni aku rasa.

46

Page 47: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ha a..lah abang long, ok la tu, nanti kalau kawan-kawan Ijam tanya siapa pengapit lelaki yang hensem tu, boleh lah Ijam kata itulah abang long aku, abang long akan glemer dan kami pun tumpang glemer sekali." Balas adik aku Ijam kat belakang pintu.

"Ooo..pandai... yang hang menyorok belakang pintu tu buat apa? Hang mai sini. Buat ayaq kat kami ni."

Geram pun ada bila tengok kelaku adik aku sorang ni. Dah lah perangai lebih kurang budak lelaki. Apa tomboy. Nasib baik dia bersopan sikit, kalau tak mau aku ikat kaki tangan dia gantung kat pokok rambutan depan rumah ni. Tak baik kan niat aku?

"La..apa pulak orang kena buat. Pergi la buat sendiri. Ngantok tau tak. Esok sekolah lah. Ok lah ya.... Assalamualaikum."

Dua orang adik aku dah masuk bilik untuk tidur. Lupa pulak aku yang mereka berdua ni nak sekolah esok. Kalau aku ingat mereka sekolah siang tadi, aku bawak jalan dekat-dekat saja. Mimi pun esok dah nak balik KL. Walaupun kelas dia start 3 hari lagi, tapi dia kena prepare untuk exam last sem. Kesian jugak kat dia. Tapi tak apalah sekali sekala.

"Mak, abah..Wi masuk bilik dulu!!"

"Ha..eloklah mak dengan abah pun dah ngantok. Pasai benda tadi, kalau hang tak mau, elok hang pi jumpa Akma cakap kat dia. Jumpa dia sendiri." Mak aku mengingatkan aku tentang permintaan Akma tadi.

"Errmm..tengoklah mak."

"Hai awatlah si Akma ni nak aku yang jadi pengapit laki dia."

Pening aku pikirkan hal ni. Namun tiada terlintas satu jawapan pun untuk soalan itu. Esok aku perlu berjumpa Akma.

Elok sahaja kaki aku nak melangkah masuk bilik mandi, tiba-tiba Mimi menjerit panggil nama aku. Rupanya handphone aku berbunyi.

“Assalamualaikum..Mawi!!! Ni Laily ni!!!”

“Alaikumsalam… La awatnya telepon tengah malam-malam ni?”

“Tak!! Tadi masa kumpulan kitorang round-round Lake Town, saya ingat nak call awak.. tapi handphone tertinggal kat bilik pulak. Nak call pakai telepon luar, tak ingat nombor. So malam ni baru dapat call…"

"Oo...macam tu ka. Ingat dah lupakan kite?" Aku mengusik Laily. Memang aku takut kalau Laily dah lupa aku.

47

Page 48: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Eh taklah, cuma sibuk sikit. Lagipun… kan saya ni ketua group, so tak bolehlah nak buat suka hati. Tak eloklah kan." Ada hembusan perlahan ku dengar dari sana.

"Wi... Saya mintak maaf kalau-kalau ganggu awak waktu ni. Sebab… saya teringatkan awaklah saya call malam ni. Maaf yer..”

"Alah...tak ada hal punya. Cakaplah apa awak nak bagitau saya ni. Macam ada problem je?" Aku seakan menduga.

"Errmmm.. nanti-nantilah yer. Ok lah..nanti saya call balik. Ok ye.. Selamat malam. Assalamualaikum........"

"Nanti tu bila......... hallo..halloo..Laily..Laily.." Rupanya Laily sudahpun memutuskan taliannya.

Aku tak pasti kenapa Laily call aku. Tapi aku bersyukur kerana akhirnya dapat jugak aku bercakap dengannya walaupun aku tak dapat berjumpanya siang tadi. Alhamdulillah kerana dia juga menceritakan hal yang sebenarnya. Mujurlah aku tak buruk sangka kepadanya siang tadi. Kalau tak kesian dia.

Aku bangun pagi tu macam biasa. Lepas solat subuh aku borak dengan mak dan abah aku. Memang macam tu tabiat kami sekeluarga. Tak tidur dah lepas solat. Tak masuk rezeki mak kata. Aku pun dah jadi biasa dah. Terima kasih mak. Terima kasih abah.. Pagi tu mak buat nasi lemak dekat kami. Nasi lemak mak memang best la. Dengan sambal sotong, ikan bilis goreng, telur rebus, kacang, timun. memang lengkap lah. Memang marvellous kalau korang nak tau. Tetiba aku teringat dekat Laily. Tak puas rasa borak dengan dia semalam. Cepat sangat. Tak apa. Nanti aku balik KL aku nak ajak dia keluar lagi.... hehehehh..... Lepas makan aku lepak lagi dekat rumah.

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, aku keluar nak jumpa anak Pak Mail si Akma tu. Nak bagitau dekat dia aku tak mahu jadi pengapit dia.

48

Page 49: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ma, aku tak boleh la jadi pengapit laki hang esok weiiii....."

Masa tu aku dah duduk kat pangkin dekat rumah dia. Akma ni aku rapat jugak la dulu-dulu. Tapi sekarang tak la rapat sangat. Segan kot. Aku tengok Akma ni makin cantik la pulak. Dulu comot. Cuma satu saja.. dulu dia tak pakai tudung. Sekarang ni pakai dah. Bagus la... "Ala Wi... apasal pulak? Jadi la.... Kesian kat Tajul nanti. Sedara dia semua dah jadi bapak orang. Kawan-kawan dia pulak tak dapat cuti pun. Depa dapat cuti time kenduri dekat rumah dia saja.. Ala.. rilek la.. tolong la aku ni..."

Akma mula la bukak ayat power dia. Dia ni satu saja yang aku boleh kalah. Ayat dia tu, kalau pujuk, memang boleh cair kita ni. Bukan apa, cara dia tu. Pandai pujuk ooo.. tak apa. Aku nak test dia lagi..

"Mana boleh weiii. Orang lain kan ada lagi. Man ada, Harun ada. Bidi pun ada. Ramai lagi kawan-kawan kita kat sini..."

"Wi, boleh la... Hang tak kesian ka kat aku. Dari dulu aku memang selalu mintak tolong kat hang. Dari kecik lagi. Aku memang la rapat dengan depa jugak, tapi aku lebih selesa dengan hang.. Ala.... boleh la..."

"Lagi satu, kan hang ni buah hati aku masa kita kecik-kecik dulu... hihihi..."

Dia tergelak. Aku pun tergelak. Kami dulu kira macam belangkas jugak la dulu.

"Banyak la hang punya buah hati. Dengar kat orang lain depa ingat apa la pulak sat lagi... Ok la. Aku jadi la esok..."

"Ha! Macam tu la... weiii... Hang bila lagi?. Tak ada marka? Aku boleh rekemen kat hang nak? Pengapit aku esok. Dia kawan aku masa dekat U dulu. Cantik budak tu. Hang nak kenal tak dengan dia?"

"Kawan hang? Tak mau la... Sat lagi perangai dia pun macam hang. Loklaq la aku tenggok. Nak kahwin pun perangai tak berubah!"

"Hang ni tak ada insurans la Mawi.. Aku sekeh sat lagi ha!... Esok aku kenal kat hang tau. Nama dia Nurul. Dia kerja kat KL sekarang ni. Hang balik KL boleh la selalu jumpa dia. Hehehehhh...."

"Tak mau la. Aku dah ada buah hati dah. Hihihihihi..."

"Amboi! Siapa?"

"Ada la... kalau bagitau pun bukan hang tau..."

Entah macam mana, muka Laily terbayang dekat mata aku... Rindu ka? hehehhh.......

49

Page 50: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ok la. Aku balik dulu..." Dan aku meninggalkan rumah Akma...

"Assalamualaikum......"

Aku beri salam dan naik rumah tok penghulu. Rumah bakal mertua Man, sahabat baik aku. Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah tok penghulu dulu. Mereka tidur dekat Bukit Merah semalam. Dalam pukul 11 pagi sampai la.

Sekarang pun dah pukul 10 dah. Aku tengok sibuk jugak rumah tok penghulu. Ramai sudah ada. Sebenarnya rumah Akma selang 2 buah rumah saja dengan rumah tok penghulu ni. Jadi dekat la. Aku jenguk jugak dekat rumah. Ramai sungguh. Maklum la sudah lama kampung kami ni tak ada kenduri. Rasa-rasa dekat 2 tahun dah kot. Kenduri kat sini best. Biasanya orang muda macam kami la yang akan jadi penanggah. Kami la yang layan tetamu-tetamu mai makan kenduri. Meriah sungguh time ni. Masa ni la kalau nak tengok semua orang melaram.

Aku turun ke bawah. Aku pergi ke rumah pengantin perempuan. Saja nak merewang sat. Kalau boleh tolong, aku tolong apa yang patut. Lagipun aku tak pakai lagi pun baju melayu untuk pengapit. Aku pakai t-shirt saja dulu. Lagi satu, hihihihi... aku tak ambil lagi baju pengapit dari Akma. Dia ni kahwin grand betuli la. Siap sediakan baju untuk pengapit lagi. Dia kata kena sedondon dengan pengapit perempuan. Nak pekena aku la ni...

Aku naik ke rumah pengantin perempuan. Aku pergi dekat bilik pengantin. Wuihhh!!!! ramai sungguh. Nak masuk pun susah. Aku nak ambil baju dari Akma. Macam mana ni?

"Ada, tolong abang sat. Mintak baju kat kak hang sat." Nasib baik Shuhada, adik Akma ada  kat situ. Kalau tak tak tahu aku macam mana nak mencelah masuk ke dalam bilik tu...i.

"Abang Wi.. sat na.... Ada banyak kerja ni. Sat Ada bagitau kat Kak Cik."

Ada kalut saja pi dekat bilik kakak dia. Maklumla.. kenduri kawin ni memang banyak kerja pun...

"Kak Cik, Abang Wi nak baju melayu. Dia tunggu dah. Kak Cik suruh la sesapa bagi kat dia. Ada ada kerja ni. Nak pi kedai sat. Mak suruh."

"Alamak! Kak Cik lupa nak bagi kat dia semalam la... Tak apa. Ada pi kedai. Sat lagi Kak Cik suruh kak Nurul bagi kat dia... Panggil Kak Nurul sat..."

50

Page 51: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ok.."

"Akma, ape dia?"

"Nurul, kau tolong aku kejap. Kau amik baju yang gantung tu, kau tolong bagi kat pengapit pengantin lelaki. Dia tunggu kat luar tu..."

"Mane aku nak kenal Ma...."

"Ala... aku gerenti kau akan kenal dia. Sebabnya dia ni botak.. hihihi.... lagipun dia la yang hensem. Kau pergi je. Dia tunggu kat depan."

"Kau ni memang la kan..."

"Tak ape, kau boleh kenal dia. Kau bukan ade pakwe pun lagi... hihihi..."

"Mana kau tahu aku tak de pakwe. Aku dah ade la.... ok lah. Aku nak peri cari dia ni. kacau la kau ni..."

Dalam aku tercongok tu, aku ternampak kelibat yang aku selalu aku ingat ini. Ishhh!!! tak kan kot? Dia kata dia balik semalam dah. Tak kan dia tak balik kot. Bukan ni....

“Eh! Mawi ke? Buat ape kat sini?"

Ha! Dah sah! Memang Laily la ni...

"Laily! Awak buat ape pulak kat sini?"

"Saya pengapit pengantin perempuan. Dia kawan saya. Akma. Awak pulak? Macam mana ade kat sini?"

Dia ka Nurul tu? Hak hak hak... aku dah tergelak dah ni. Dia la yang si Akma ni nak kenenkan dengan aku ni. Hahahahahh....

"Lah! Ketawa pulak dia ni. Awak buat ape kat sini?"

"Cik Laily, ni kampung saya. Dah lupa ke?"

"Hah! Ya Rabbi! Saya lupa la awak pun asal dari kampung ni kan..."

"Ye.. saya ni kawan minah yang nak kahwin tu dari kecik lagi....”

"Ha! awak mesti tau kan pengapit Tajul? Mana ye? Saya nak kasi ni ha. Baju untuk dia...”

"Well.... ni... kat depan mata awak ni la.....hihihihi..."

51

Page 52: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Awak ke? Eemmmm...."

Dan Laily sambil tersengih hulur baju tu pada aku. Wah! macam tak percaya saja.... Hari ni aku boleh pakai baju yang sedondon dengan awek aku. Awek? Ye haaaa.....!!!!

"Kata awak dah balik KL semalam? Macam mana ada kat sini balik ni?" Baru dapat aku tanya kemusykilan aku tadi.

"Aah! memang pun dah balik semalam. Tapi datang balik pagi tadi. Kena settlekan kerja sikit kat opis. Maklumla dah berapa hari tinggal opis. Akma suruh saya tidur sini semalam tapi tak boleh. Tu pasal pagi-pagi saya dah datang sini."

"Oo.... macam tu... So, bila pulak balik KL?"

"Esok kot. Ha! awak nak ikut tak? Awak naik bas kan hari tu? Kita balik sekali la. Boleh awak tolong drive. Bila awak drive, boleh la saya tidur... hihihihi....ngantuk la..." Kesian pulak aku tengok dia ni. Travel tak henti-henti.

"Tengoklah macam mana. Saya nak balik lusa sebenarnya... Tak boleh balik esok kot..."

"Ye ke... tak pe, saya balik lusa jugak la. Akma pun suruh saya stay lagi... Sampai lusa. Mula ingat tak nak, tapi sebab dah ade orang yang boleh tolong drive, saya ikut la. Janji saya tak payah drive. Hehhehe..."

"Ok..saya pergi dulu ya. Kang rombongan sampai pulak kat rumah tok penghulu tu... Petang nanti kita jumpa kejap ya..."

"Ok....."

Aku macam tak percaya saja yang Laily tu kawan si Akma. Keciknya dunia... Apa maknanya ni? Ini kira macam ada jodoh la ni kan.... heheheheh.... Senyuman aku semakin melebar......

Majlis persandingan pun bermula. Rombongan pihak pengantin lelaki mula melangkah menuju ke rumah pengantin perempuan. Aku rasa aku pun naik glemer sekali. Mana tak nya, kena jadi pengapit kan…. Sampai di rumah pengantin perempuan, kami tengok Akma dah tunggu kat depan tangga dah. Cantik dia hari tu. Dengan baju kebaya moden biru laut. Aku tengok pulak orang kat sebelah dia. Lagi cantik. Heheheh…. Gatai!!! Kami sedondon. Kira sepadan la... Boleh ka macam tu?

Aku ni kira macam kes lain dah ni. Bukan nak tengok pengantin. Tapi nak tengok pengapit pengantin perempuan. Mana tak nya, lepas balik KL mungkin kami jarang jumpa dah. Sekarang la peluang kegoldan aku ni.

52

Page 53: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Heheheheh… Laily tengok aku. Dia senyum. Ayu sungguh. Kami berbalas senyuman. Tak tahu la orang lain perasan atau tidak. Bila Akma dengan Tajul bersanding, rasa macam aku bersanding sekali dengan budak Laily tu. Mak!!! Anak mak ni dah gatai!!!! Hahahahah….

Lepas bersanding, acara makan beradab. Lepas tu sesi bergambar la pulak. Aku rasa banyak jugak la gambar aku dengan Laily ni. Bukan apa….. kira macam join sekaki la. Siapa nak bagi peluang macam ni lagi kan… terima kasih bebanyak la Akma. Kira hang ni merealisasikan impian aku. Lepas ni, kompem aku kena selalu buat baik dengan Akma dan suami dia ni. Tanda terima kasih. Hehehheeh….

Malam tu ada acara potong kek dengan buka hadiah. Pengapit tak payah dah tapi still kena join sekali. Aku pakai kemeja ungu. Kira kemeja baru ni. Aku tak sangka la pulak yang si Laily tu pun pakai kepaya ungu muda. Macam janji pulak. Padahal tak pun. Kira memang jodoh aku dengan dia kuat ni….. jangan jeles….

“Mawi, esok ikut kami jejalan nak? Aku saja nak bawak Tajul jejalan ni. Aku bawak Nurul sekali sebab nanti dia tak ada kawan pulak..” Tetiba Akma offer aku keluar dengan mereka semua.

“Hang ni biar betul. Takkan la hangpa nak bawak kami jejalan pulak. Kacau daun hangpa saja….”

“Mawi, tak apa. Aku yang cadang kat Akma ni. Saja!!. Lagi ramai lagi best. Tapi untuk kali ni sajalah kan..... Lepas ni dah tak payah dah... Biar aku dengan Akma. Aku pun tak mau hang kacau daun dah. Hahahahh….”

Tajul pulak mencelah. Kira Tajul ni ok la sebab dia dah kira rapat dah pun dengan aku. Memang Akma tak salah pilih suami. Semoga korang bahagia ke anak cucu. Ke akhir hayat….“Aah Wi, jom saja. Aku kesian jugak kat Laily tu. Kali ni saja dia boleh jalan. Hari tu datang pun kursus. Tu pasal tak dapat jalan betul-betul…”

Aku tengok Laily. Laily tengok aku. Kami senyum dua orang. Aku tengok dia angguk…

“Ok... Aku ikut hangpa. Tapi aku nak jalan dengan Laily saja... boleh? Hahahahahh…”

“Amboi hang ni. Hari tu kata dah ada buah hati. Aku nak kenenkan hang dengan dia hang tak mau….”

Aku tengok Laily terkejut bila Akma kata macam tu. Alamak! Kantoi! Macam mana ni? Dan aku pun terkejut sama lepas Akma sambung balik kata-kata dia…

53

Page 54: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Tak payah la Wi.. dia pun dah ada buah hati jugak dah. Aku dah tanya dia dah….” Aku hanya mampu tengok muka Laily yang berubah. Keruh…..

Lepas acara malam tu, aku balik rumah. Hati aku tak sedap. Sebabnya aku kena berterus terang pada Laily. Aku tak mahu dia salah sangka. Tapi dia pun dah ada buah hati ka? En. Amirul tu ka? Aku memang nampak depa ni rapat. Mesra. Ni tak boleh jadi ni. Aku nak buat macam mana ni…..pening aku bila pikir pasal ni. Aku nak buat lagu mana ni….. aku tak sedar pukul berapa aku tidur malam tu. Yang pasti hati aku tak tenang lagi…

Pagi esok kira-kira pukul 10 pagi kami keluar. Akma kata dia nak pergi Zoo Taiping. Dia kata lagi, zoo ni la bagi banyak kenangan diantara dia dengan Tajul. Kat sini la depa jumpa. Aku ikut saja. Sebab apa yang aku tahu sekarang ni.. aku nak beterus terang dekat Laily. Aku tengok Laily tak ada mood saja. Marah ka dia? Sepanjang perjalanan kami ni, dia diam saja. Sepatah tanya sepatah jawab. Tak boleh jadi ni…..

Kami sampai lebih kurang pukul 11 lebih. Lambat jugak. Biasa la… naik kereta sendiri ni, selalu menyinggah. Itu yang lambat tu.. aku biar sahaja Akma dengan Tajul berjalan dua orang. Takkan aku nak kacau pengantin baru kot. Aku tengok Laily macam tak happy. Aku jalan pelan-pelan sebab nak saing dengan dia. Bila Akma dengan Tajul sudah ke depan... aku ajak Laily lalu dekat tempat lain. Dia tak banyak cakap ikut sahaja...

Macam mana nak start ni.... ermmmm…

“Laily!!….”

“Iye….”

“Kita nak balik pukul berapa esok?” Aku mula berbasa basi

“Ikut awak la… saya tak kisah. Macam iklan tu…. Aiman tak kisah… hehehee….Tunggu awak je..”

54

Page 55: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Alhamdulillah… Laily dah boleh senyum dah… ni la masanya aku nak cakap ni…

“Laily… ermmm sebenarnya pasal semalam….”

“Kenape pasal semalam?”

“Eermm… pasal yang Akma cakap tu la.. pasal buah hati….”

“Oooo… pasal tu ye… tak ade ape-ape lah… sape buah hati awak? Officemate awak hari tu ye… sape nama dia? Errrmmmm… Sarimah… Sarimah kan?” Aku belum cakap habis dia dah mencelah….

“Aarr… ermmm memang nama dia Sarimah. Tapi!!…”

“Ok la tu Mawi. Saya tengok dia ok je. Cantik pula tu. Pandai awak cari… lagipun nampak macam dia betul-betul sayang pada awak.” Ishhhhh minah ni. Suka sangat menyampuk!

“Bukan macam tu la Laily…”

“Habis tu macam mana lagi….”

“Ok….”Kami berjalan pusing-pusing kat zoo tu. Akma dengan Tajul tak nampak batang hidung pun lagi. Tarikh sungguh-sungguh diorang tu. Maklumla… baru kahwin…

“Awak macam mana pulak Laily?”

“Macam mana ape?”

“Iya lah… siapa pulak buah hati awak tu? En. Amirul tu ke?”

“En. Amirul? Bukan la…. Dia tu boss saya merangkap abang saya…”

“Ah! Abang? Tak sama pun muka…” Laily tersenyum…

“Dia anak isteri pertama ayah saya. Tapi mak dia dah meninggal…”

“Oooo…. Ya ka….”

“Ye la….”

“Habis tu, sapa buah hati awak tu?” Dia hanya tersenyum….

“Ewah ewah… kat sini hangpa dua orang na….jom la kita pi makan. Lepas tu kita balik….”

55

Page 56: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Belum pun sempat Laily tu nak jawab soalan aku ni… kacau daun betul la Akma ni…. Hishhh!!!!

“Jom!”

Laily dah berjalan dulu dah. Aku pun ikut saja la… Betul ka si Laily tu dah ada buah hati? Tak apa…. ada masa lagi aku nak tanya dan aku nak berterus terang pasal aku dengan Sarimah….

“Errmmm… tak apa lah..lain kali saya beritahu.”

Pertengahan Tahun 1998

Hari ini adalah hari paling bermakna buat diriku kerana punya 3 kenangan. Pertama aku telah dinaikkan pangkat ke Marketing Officer. Alhamdulillah dan bermakna gaji aku naik sedikit dari dulu. Empat angka jugaklah. So aku bercadang nak settlekan loan motor aku. Lagipun tinggal sikit saja lagi. Dan kali ini aku bercadang nak beli rumah. Mungkin boleh difikirkan kemudian. Dan yang paling-paling gembira adalah keluarga aku seperti biasa.

Hari ini juga Sarimah harus meninggalkan kami semua. Kerana dia juga telah dinaikkan pangkat ke Operation Officer. Cuma dia terpaksa berpindah ke cawangan lain. Aku, nak kata happy tak jugak sebab bila aku tengok wajahnya yang muram, aku lantas ada sikit-sikit rasa sedih. Kenapa??? Jangan tanya aku.

Dan yang ketiga…. Nurul Laily. Dia juga perlu meniggalkan aku… entah kenapa. Jangan tanya aku jugak. Apa yang aku tahu, bukanlah dari mulutnya sendiri. Hanya khabar-khabar angin dari teman sekerjanya yang mengenali diriku.

“Wi….” Sarimah bersuara.

“Aku..nak mintak maaf sebab aku banyak susahkan kau. Lagipun aku tak de pun maksud nak huru harakan hidup kau. Aku mintak maaf banyak-banyak…”

56

Page 57: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku tengok muka Sarimah sedih saja. Aku tau bukan salah dia pun kalau apa-apa terjadi kat hidup aku ni. Aku punya kehidupan, akulah yang perlu bertanggungjawab.

“Sarimah… kau tak salah pun. Jangar la cakap macam tu. Macamlah kau nak tinggalkan aku terus. Macam cakap orang nak mati saja kau ni..”

“Iya lah Wi....aku banyak buat salah dalam waktu-waktu macam ni. Tolonglah maafkan aku.” Sarimah cuba menarik lengan aku.

“Lahai..kau ni.. bukannya branch tu jauh bebeno yang kau nak nangis-nangis ni. Bila-bila masa pun aku boleh jumpa kau kalau kau nak jumpa aku. Tapi..lainlah kalau kau dah tak mau jumpa aku..”

“Wi..jangan la cakap macam tu. Aku kalau boleh tak mau pindah pun. Aku dah seronok kerja kat sini. Sini semua kawan-kawan aku ada. Termasuklah kau, Wi.”

Aku nampak air mata Sarimah gugur. First time aku tengok minah ni nangis. Rupanya dia pun sama seperti gadis-gadis lain… ada kelemahan.

“Sarimah..kau cuba tengok muka aku ni.” Aku senggih kat dia..tapi ikhlas.

“Hensem kan..takkan kau sedih kot. Cuba kau senyum sikit. Baru aku happy bila kau tinggalkan aku. Alah bukannya tak boleh call. Kau call saja aku macam biasa. Aku akan sentiasa bersama kau susah senang. Kita kan kawan.” Aku menyakinkan Sarimah.

“Wi..betul ni!! Nanti kalau aku cari kau, jangan pulak kau tak nak jumpa aku.”

Ada sedikit senyuman diwajahnya yang cerah itu. Oh ya terlupa..hari ni Sarimah sudah menunaikan janjinya untuk bertudung. Alhamdulillah. Rupanya penghijrahan ini berakhir kesedihan buat dirinya.

“Kau cantik bertudung begini…aku suka tengok wajah kau yang cute ni..”

“Ala kau ni memang lah Wie…susah tau aku nak pakai tudung macam Bienda ni. 1 jam jugak tau. Cantik ke? Kau lah orang pertama yang cakap macam ni. Yang lain harammm… perli aku lagi adalah…Wi..thanks!!” Masih tersenyum.

“Errmmm..tak apa..biarlah diorang dengan cara diorang. Janji kau dah berubah… aku harap tak separuh jalan..”

“Insyaallah Wi…kau lah sahabat aku dunia akhirat!!”

57

Page 58: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku hanya mampu tersenyum. Hanya itu. Lagipun aku takut Sarimah salah paham dengan pengakuan aku tadi. Maafkan aku Sarimah. Maafkan aku.Pasal Laily pulak…. Memang panjang ceritanya. Mungkin akan membuatkan aku menangis. Tapi mungkin aku boleh tahan lagi. Untuk mengetahui cerita yang sebetul betulnya aku cuba menghubungi Laily. Alhamdulillah akhirnya aku dapat jugak berbicara secara berdepan dengannya apabila pelawaan aku untuk berjumpa dengannya di terima baik oleh Laily. Fuhhh panjangnya.

“Wi…….” Laily mulakan bicara.

“Errmmm… boleh saya tanya awak satu perkara?” Kali ni pandangannya dilemparkan jauh kehadapan. Mungkin memikirkan sesuatu yang penting.

“Apa dia, cakaplah. Kan saya nak jumpa awak ni pun nak cakap-cakap kan?” Aku mungkin kedengaran melawak. Tapi bila aku tengok wajah Laily serious, aku jadi serba salah.

“Maafkan Wi. Kenapa ni? Macam ada problem saja. Cuba cerita dekat saya, kotlah saya boleh tolong ka?”

“Tak boleh.. awak takkan boleh tolong saya. Lagipun ini bukan keputusan saya. Ini keputusan keluarga saya...”

Aku dah semacam dah. Kenapa dengan keputusan kelurga Laily. Apa sebenarnya ni. Aku blur.“Laily, cuba tarik nafas panjang-panjang… dan cuba storykan perlahan-lahan. Apa sebenarnya yang terjadi ni. Kenapa?” Aku cuba mengalihkan pandangan Nurul Laily ke arahku.

“Wi… Laily kena tinggalkan KL. Kena ikut keluarga berpindah ke tempat lain. Dan mungkin kita takkan berjumpa lagi. Awakkan tau yang abah saya ni pensyarah. Saya tak ada pilihan lain.” Air mata Laily tergenang di kelopak matanya. Mungkin cuba menabahkan dirinya.

‘Laily… memang saya tak dapat tolong apa-apa buat masa ni. Tapi macam mana dengan hubungan kita? Macam mana dengan Wie, Laily?” Aku seakan mendesak Laily untuk memberi jawapan. Mana mungkin Laily dapat menjelaskannya di waktu-waktu genting begini.

“Wi… maafkan Laily. Saya tak bermaksud nak putuskan hubungan kita ni wak. Saya tak pasti sama ada saya……………”.

Di sini, pada waktu ini, Laily tak dapat meneruskan kata-katanya. Mungkin dia memikirkan kembali adakah perhubungan kami ini kenyataan atau khayalan semata. Siapa aku sebenarnya di hati Nurul Laily.

“Wi… jom balik….” Tiba-tiba hanya ayat ini yang kudengar.

“Balik…kenapa? Saya rasa tak puas lagi ni… please jawap soalan saya. Siapa saya sebenarnya di hati awak?”

58

Page 59: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Memang aku dah tak sabar. Aku berkira yang aku sudah menjalinkan hubungan ini sudah sekian lama. Tapi kenapa aku belum dapat jawapan yang pasti.

“Wi..pleaselah… tolong paham situasi Laily. Berilah saya masa untuk fikirkan perkara ni”.

Aku pun tak pasti seberapa lama mana masa yang Laily perlukan. Aku pun dah tak kisah lagi. Biarlah… apa nak jadi pada diri aku…biarlah terjadi. Aku bukan putus asa, Cuma aku terkilan. Terkilan sesangat.

“Ermm jomlah nanti lewat pulak.”

Akhirnya kami meninggalkan taman tasik itu dengan bermacam perasaan.

Di tempat kerja macam biasa. Cuma tiada usikan dan gurauan dari Sarimah. Rindu jugak aku kat minah ni. Macam manalah dia agaknya di tempat baru tu. Mungkin lagi best dok ada. Dan mungkin lagi ramai pak we yang dia boleh teckle. Kesian dekat aku. Itulah eksen sangat. Ada orang nak aku, aku tolak. Bila dah aku nak kat orang, orang tu pulak tolak aku. Macam main tarik tali pulak.

“We… awat hang conteng paper tu. Tu kan form customer yang sign tadi?” Pie mengejutkan aku.

“Ya Allah..habis rosak form ni aku conteng. Boleh padam dengan liquid tak?”

Aku dah gelabah tahap gaban dah ni. Ni semua salah Sarimah lah ni. Tak baik aku salahkan Sarimah, bukannya salah dia, salah aku sendiri.

“Wi… hang ingat kat awek hang yang mana satu ni. Hang kan ramai awek. Tapi satupun tak menjadi. Apa la hang ni..” Balas Pie lagi…membuatkan aku panas sikit.

“Hoi… mana adalah aku ingat kat awek. Kau tu yang ramai awek, kau cakap aku pulak.” Aku terus membaling document tadi ke muka Pie. Tak sengaja terkena mukanya.

“Hoiiiiiiii Mat… hang bebaik sikit. Tak pernah hang macam ni. Takkan sebab pompuan hang buat aku macam ni!!” Jerit Pie lagi.

59

Page 60: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Aku mintak maap Pie... Aku tak sengaja. Aku pun tak tau apa dah jadi dengan aku ni.”

Aku duduk balik ke kerusi aku. Ambil helmet dan sun-glasses. Lepas tu aku keluar. Entah aku pun tak tau nak ke mana. Rasa macam nak cari Laily. Mesti dia ada di opis waktu ni. Lagipun dah 3 hari dia tak call aku dan aku pun tak call dia. Mungkin masing-masing nak tunjuk ego masing-masing. Di simpang jalan untuk sampai ke opis Laily, aku patah balik. Tak jadi nak jumpa dia. Mungkin belum masanya untuk aku berjumpa dengannya. Lagipun dia tengah tension agaknya. Aku cuba berlegar legar di dataran merdeka. Melihat ramai pasangan seronok melayan kerenah masing-masing. Aku tersenyum sendirian. Teringat semula sewaktu aku bersama Sarimah. Di sinilah kami mengenali hati budi masing-masing. Aku kembali tersenyum sendirian.

MARCH 1998 - STADIUM MERDEKA

"Tahniah!" Seorang gadis memakai t-shirt berlambang MUFC datang menghampiri aku.

Aku cuma mengangguk. Penat berlari tadipun belum hilang lagi. Air yang dihulurkan oleh rakan sepasukan aku biarkan tak terusik. Jantung aku bergetar kencang.

"Larian abang sungguh baik. Saya tahu abang akan menang!" Gadis itu bersuara lagi. Kali ini sambil tersenyum memandangku.

Aku senyum lagi. Gadis kecil molek ini duduk di sebelah aku. Kami duduk di sebelah menyebelah menghadap trek.

"Saya Lieza. manis gadis ini memberikan senyuman.

"Lieza!!!". Seakan terkejut aku bila dengar nama ini.

"Ermm Lieza..tak perasan?"

"Tak perasan sangat. Kenapa!!! Adik ni kenal abang ke?" Aku bertanya kembali.

60

Page 61: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ini abang Asmawi kan? Cuba bang tengok saya betul-betul. Masih tak ingat?" Dia menduga ingatan aku lagi.

"Jap....nak ingat. Macam penah tengok rupa ni, tapi kat mana ha?. Ha!!!..dah ingat dah..Suzie. Betul ka ini Suzie?"

Aku seakan menjerit bila teringatkan adik angkat aku. Aku pernah punya seorang adik angkat sewaktu aku di dalam form 5. Masa tu budak perempuan ni dalam form 2. Jadi 3 tahun muda dari aku. Kami terpisah bila dia berpindah sekolah. Tapi masih berutus surat. Cuma 2 atau 3 tahun kebelakangan ni saja aku seakan lupa kat adik angkat aku ni. 

"Yup...betullah tu. Oh kat sini rupanya abang Mawi menyorok!!".

Sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya di sebelah kiri. Manis sungguh wajahnya. Ayu. Syahdu. Pernah suatu ketika aku rindu kepada tuan milik wajah ini.

"Abang Mawi... menungkan apa tu? Diam je. Tak nak cakap ngan adik ker? Kalau macam tu, adik baliklah!!". Seakan merajuk pulak Suzie ni.

"Tak..cuma abang tak sangka boleh jumpak adik kat sini. Biat apa kat sini.?"

"Ermm..adik saja join sukarelawan di sini. Adik sebenarnya baru saja balik dari Korea. Adik study kat sana. Tengah relek-relek tadi terperasan abang. Tu yang buat muka tak malu tegur abang. Nak harapkan abang..haram!!!"

"Maap la..abang memang tak perasan langsung. Adik sihat?"

Baru aku teringat nak tanya khabar adik aku ni. Nama dia sebenarnya Sharlieza Amran. Tapi aku suka panggil dia Suzie, sebab masa tu muka dia cute sangat macam rupa anak kacukan. Dengan bola matanya yang bulat, hidung mancung, berlesung pipit dipipi kiri..dan yang cutenya ada tahi lalat di sebelah kiri batang hidungnya yang mancung itu. Masa tu rambutnya panjang sampai pinggang. Ikat tocang 2..comei sangat. Dan hari ini masih comel cuma tak tahulah samada rambutnya masih panjang atau tak. Dia dah pakai tudung. Cun sangat. Tak banyak perubahan.

"Penat?"

"Err..boleh tahan… penat jugak!"

"Nak minum?"

"Tak apa ke?"

"Jom.. kita pergi tengok… kalau-kalau kat depan sana ada cafe ke…. hehehe"

Aku bingkas bangun. Suzie ikut di belakang padahal dia yang ajak aku.

61

Page 62: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku tak sedar langsung masa berlalu sangat pantas. Dari jam 11 pagi hingga 4.00 petang kami duduk di McD yang bersebelahan dengan Kota Raya.

Sejak itulah hubungan aku dengan Suzie seakan tidak boleh di pisahkan lagi. Banyak perkara kami bualkan bersama. Malah aku sayangkan Suzie macam terlebih lebih dan Suzie juga sayang aku. Tapi sayang kami hanya setakat abang dengan adik, sebenarnya aku pun tak pasti dengan perasaan aku sendiri.

Sebenarnya Suzie sudah bertunang. Dan tunangnya adalah kawan baikku sendiri..MAN!!! Tak sangka Man mempunyai seorang bakal isteri yang cukup menawan. Aku tumpang gembira. Tak lama lagi mereka akan diijab kabulkan. Alhamdulillah. Tak sangka, memang tak sangka. Adik angkat aku Suzie, akan berkahwin dengan sahabat baikku Man. Kecil sungguh dunia ini. Aku seakan mengeluh. Tak pasti kenapa. Mungkin kerana setiap yang aku sayang .. akan menjadi milik orang lain..langsung meninggalkan aku sendiri kembali.

OCTOBER 1998

"Assalamualaikum Mawi." Terdengar suara yang lama aku rindui.

"Waalaikumsalam...siapa tu..?" Sengaja aku bertanya walaupun aku tahu siapa empunya suara itu.

"Nurul Laily lah.. siapa lagi awak ingat!!?" Mesra suara itu.

"Memang saya ingat awak. Awak!! kenapa baru sekarang call saya?" Aku pulak bertanya seakan ada nada merajuk.

"Sapa cakap saya tak ingat dekat awak. Masih terngiang-ngiang suara awak tau kat tepi telinga ni."

"Ermm..awak kat mana ni. Awak sihat? Family sihat? Boypren sihat?"

"Ermm..Alhamdulillah semua sihat." Terdiam seketika.

"Mawi..nak jumpa awak sekarang boleh?"

"Ha..awat kat mana..!!"

"Ade..kat counter..kat opis awaklah!"

"What??..bila awak sampai sini?"

62

Page 63: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Pagi tadi..terus saya datang sini nak jumpa awak. Boleh ker?"

"Eermm..ok jap saya turun dalam 5 minit lagi. Tunggu kat situ jangan pergi mana-mana tau. Jumpa nanti."

"Bye"..Talian diputuskan.

Aku merenung mukaku di cermin bilik air. Rambut aku sudah panjang sedikit, tetapi tetap hensem. Aku cuba menyisir rambutku..basuh muka..dan cubit kedua belah pipiku.."Adoi!!!!..sakit" Memang aku tidak bermimipi.

Lebih kurang 15 minit aku biarkan Laily menunggu aku. Dalam hati aku tak kan 15 minit dia tak boleh tunggu, sedangkan aku tunggu dia lagi lama..lebih kurang 1/2 tahun.

"Assalamualaikum..pewitttt!!" Aku sengaja nak tengok Laily tersipu malu.

"Waalaikumsalam Wi. Kenapa kau kurus sangat ni?". Sambil mengikut aku keluar.

"Itulah..rindukan Laily lah jadi macam ni. Kesiankan?" Aku seakan membuat Laily serba salah.

"Mawi!!! kenapa awak cakap macam tu. Kan saya dah beritahu kenapa. Bukan saya yang pilih jadi macam ni."

"Ok..ok..sorry..janganlah merajuk. Buruklah kalau rajuk macam ni. Cuba senyum skit.." Akhirnya Laily tersenyum kembali.

"Wi..Sarimah mana? Tak nampak pun tadi. Selalunya dia ada di counter". Rupanya Laliy tak tahu yang Sarimah telah ditukarkan ke cawangan lain.

"Dia dah kena hantar cawangan lain. Kenapa? Rindu kat dia ka? Aku pulak yang bertanya.

"Eh..ape kess nak rindu kat dia. Lebih baik saya rindu kat orang lain". Sambil pandang muka aku Laily kenyit matanya.

"Uik..dah pandai kenyit mata. Atau mata tu sakit?” Saja aku usik dia.

"Ha..Laily..apa hal kau nak jumpa aku tengahari buta ni. Penting sangat ke?"

"Amboi..dah sombong. Dah tak boleh jumpa ke. Maklumlah orang dah naik pangkat. Dengan kita pun kena buat appoinment ke? Kalau macam tu cakaplah awal-awal tak boleh jumpa." Laily mencebik bibirnya ke arah aku.

"Hai..tanya macamtu pun dah terasa?"

63

Page 64: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Kenapa aku cakap macam ni kat Laily pun aku tak perasan. Wajah Laily dah mencuka.

"Laily..kenapa awak tinggalkan saya?" Aku bertanya entah kali yang keberapa. Laily pulak macam tak mahu cakap dengan aku.

"Wi..ermm.." Terhenti pulak.

"Kenapa..ada masalah?"

"Kita kawankan..?" Dia bertanya.

"Ya kawan.. tapi awatnya..?"

"Wie..saya dah nak bertunang!!"

"Biar betul hang ni..Takkan dah nak bertunang kot. Dengan siapa..?"

Sebenarnya aku tak tau nak cakap apa waktu tu. Rasa nak pitam pun ada. Saja buat relek. Kontrol hensem lagi.

'Mawi..dengar tak? Laily dah nak bertunang!!!" Awak tak kisah ke?"

"Bagus lah kalau macam tu. Saya tumpang gembira. Bila? Perlukan apa-apa?" Aku cuba buangkan rasa sedihku.

"Er...InsyaAllah kalau tak ada apa-apa aral, hujung bulan ni.

"Ok ar tu..so apa masalahnya?"

'Tak....tak apalah Wi. Thanks. Cuma berita ini terlalu menyedihkan.

Aku..dah lama aku rasa sedih. Tak apalah bukan rezeki aku. Aku bersyukur dan berharap agar Nurul Laily mendapat seorang lelaki yang setaraf dengannya. Kalau boleh biarlah lelaki itu lebih baik dari aku. Aku harap sangat-sangat.

"Laily..terimalah kehendak keluarga. Ada kebaikannya. Kerana restu keluarga akan membawa kebahagiaan. Terimalah bakal tunang Laily itu sebaik-baiknya. Saya....tak payahlah awak risau. Saya ok…"

Aku tersenyum seboleh bolehnya. Nurul Laily hanya terdiam sehingga tiada lagi ungkapan dari bibirnya yang merah itu. Yang pasti aku akan merinduinya sekali lagi. Dan mungkin kali ini selama-lamanya. 

64

Page 65: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

FEBRUARY 1999

Jemputan kenduri ke rumah Man sudah aku terima. Kenduri dia kahwinlah apa lagi. InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aku pergi ke majlisnya nanti. Lagipun bukan orang lain yang nak kahwin, kawan baik aku, satu kampung, satu sekolah..dan bakal isterinya pulak adik angkat aku..Suzie. Bahagianya mereka. Aku?.......

"Mawi..mak tengok hang semakin hari badan semakin kurus. Muka cengkung. Dahlah rambut panjang macam tu. Awat hang sakit ka Wi?" Mak cuba mencongkel permasalahan aku.

"Eh..tak lah!!. Wi ok la mak. Penat kerja kot. OT hari-hari. Banyak kerjalah mak la ni. Kan awal tahun!!" Aku cuba explain kat mak supaya dia tak susah hati.

"Kerja tu kerja jugak Wi. Jangan asyik kerja..tapi kesihatan hang tak jaga..bahaya tu. Hang dahlah anak lelaki mak sorang saja. Nak harap kat hang semuanya. Kalau hang jatuh sakit siapa yang susah?" Air mata mak seakan mengalir ke pipinya yang tua itu.

"Mak..awat cakap lagu ni. Wi sihat la mak…"

Aku memeluk mak aku erat-erat. Dan aku juga sebenarnya menahan tangis dari tadi. Biarlah cerita sebenarnya aku yang tanggung sendiri.

"Hang tengok Man dah nak kawin. Ramai jugak kawan hang yang dah kawin. Mak tak kisah bila pun hang nak kawin. Mak tau hang piker pasai adik-adik

65

Page 66: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

hang. kalau hang ada calon bagitau kat mak... Mak tak halang bila pun kalau hang dah bersedia."

"La mak ni..kesitu pulak dah. Wi ingat adik-adik dulu. Biar depa berjaya dulu. Lagipun Wi manalah ada calon mak oi!!! Mak ni merepeklah."

Aku bangun menuju ke dapur. Cari apa yang patut untuk mengisi perutku. Terhidang kuih muih yang aku beli tadi. Tapi buat masa ni satu pun aku tak dapat menjamahnya. Terasa perit tekakku.

Mak..mak..kenapa sampai ke situ mak pikirkan. Calon? Dulu aku dah punya calon..cuma sekarang.. entah..belum ada jawapannya. Aku mengeluh panjang.

Happy sungguh aku tengok Man dengan Suzie. Memang secocok. Bagai pinang dibelah dua. Sama sepadan. Aku terpaksa terima hakikat ini. Orang yang aku sayang sehingga berputiknya rasa kasih sudah menjadi isteri kawanku sendiri.

"Ah..biarlah mereka bahagia." Getus hatiku.

Sememangnya aku terlambat ataupun memang aku ditakdirkan begini...sendirian.

"Man..hang jaga Suzie elok-elok tau. Hang jangan gaduh-gaduh. Kalau ada masalah bincang elok-elok. Aku tak mau dengar hangpa ada problem." Aku seakan beri amaran kepada Man.

"Wi..hang jangan la risau. Aku janji, aku akan jaga Lieza sebaik yang mungkin. Aku tau hang dah anggap Lieza ni adik hang sendiri. Aku ingat Wi. Aku janji."

Man sesungguhnya berjanji dengan aku. Aku tengok Suzie pun tenang bersama suaminya. Alhamdulillah.

"Dik..jangan lupa abang tau bila dah kahwin ni. Kalau ada apa-apa contact abang. InsyaAllah kalau abang boleh tolong, abang akan tolong." Janji aku pada Suzie.

"InsyaAllah abang Mawi. Adik cuba jadi isteri yang baik, solehah. Abang tak usahlah risau. Kami tau jaga diri kami. Abang tu bila lagi? Hari tu beriya-iya cerita kat adik dah ada calon!!".

Memang aku ada cerita kat Suzie mengenai ini. Tapi bila dah jadi macam ni, takkan aku nak cakap lagi. Aku diam dan tersenyum saja.

"Nanti.. nantilah..kalau ada rezeki..abang jemput sendiri ya!!"

66

Page 67: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ok lah, hangpa berbuallah Man. Aku balik dulu. Malam ni aku ingat nak balik KL. Jumpa hang nanti. Mailah jalan-jalan KL."

"Apalah abang Mawi ni, kan kami dah beli rumah kat Damansara? Lupa?"

"Ya Allah..lupa. Oklah aku balik dulu. Duduk elok-elok tau!!"

Aku berjalan sendirian menuju pokok ketapang. Cuba mengenang kisah-kisah lampau..

MAY 2000

Kepala aku sakit sangat. Aku cuba untuk bangun tetapi tak boleh. Mata aku disebelah kiri dah sakit-sakit. Bengkak kelopak mata aku. Leher aku pun sakit semacam. Badan aku seakan lemah hari ini. Aku cuba fikirkan semula kenapa. Tapi lagi aku cuba berfikir, lagi sakit kepala aku ini. Tak tahan sangat. Aku cuba cari ubat tahan sakit. Tapi tiada. Nak tanya member serumah, semua dah pergi kerja. Nak tak nak aku baring semula di atas katil bujangku.

Kali terakhir aku sakit kepala ni masa aku form 5. Lepas SPM. Masa tengah main bola tampar dengan kengkawan seangkatan. Tiba-tiba kepala aku terasa sakit. Telinga berdengung. Aku baling bola pada Man suruh dia baling balik kat kepala aku. Memang waktu tu Man terkejut dan marah aku. Aku suruh jugak dia baling, akhirnya dia akur.

"Man, hang baling sat bola ni kat kepala aku, tak tahan dah ni." Masa ni aku dah balingkan bola pada Man.

"Hoi..hang gila ka hapa. Ada ka baling bola kat kepala. Biul hang tau dak!!" Man tengking aku.

"Aku kata baling, balinglah!!!" Aku dah jerit balik kat Man.

"Hish..hang ni lah.."

67

Page 68: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Tapi dia baling jugak bola tu kena tepat kat sebelah kiri kepala aku. Memang terasa macam biul sat. Tapi lepas itu lega balik. Cuma rasa sakit sikit-sikit. Aku berehat sekejap sementara tunggu kepala ok balik. Memang lama jugaklah nak hilang sakit kepala ni.

Lepas main Man ajak aku pi klinik check. Mulanya aku malas. Akhirnya aku ikut jugaklah sebab Man dah heret tangan aku. Doktor kata mungkin aku tension sebab exam haritu. Itu yang membuatkan aku sakit kepala tu. Doktor tu bagi pain killer..ubat tahan sakit. Lepas makan ubat tu, alhamdulillah kepala aku hilang sikit sakitnya.

Dan hari ini sakit ini muncul semula. Mungkin sebab kebelakangan ini aku asyik berfikir tanpa henti-henti. Dan aku juga kerja tanpa rehat. Asyik terima OT saja. Itulah kehidupan aku kini.

"Ya Allah..awat sakit sangat ni..? Nak bukak mata pun rasa berpinau pinau ni..lahai pasai apa?" Aku cuba fikir lagi.

Aku cuba lelapkan mata sekejap. Mungkin akan hilang sikit rasa sakit ni. Lebih 1/2 jam bertarung dengan kesakitan, aku terkejut bila handphone aku berbunyi. Di skrin terpampang nama Sarimah.

"Wi..hang kat mana. Tak masuk opis lagi ka?"

"Ha...belum...awat?"

"Ni, aku kat opis hang. Nak hantar document hari tu. Hang kat mana?"

"Aku kat rumah lagi. Tak larat nak bangun ni."

"La..hang sorang saja ka. Dah pi klinik?"

"Belum pun. Nak bangun pun tak larat macam mana nak pi kinik!!"

"Hoi..hang ni memanglah. Sat lagi aku suruh Nizam bawak hang pi check kat doktor."

"Tak payahlah susah-susah. Sat lagi ok lah. Kesian kat Nizam pulak."

"Aku tak kira, sat lagi aku dengan Nizam ambil hang. Tunggu tau!!"

"Eerrmm.. ikut suka hati hangpa lah." Dan aku biarkan apa sahaja yang diperkatakan oleh Sarimah.

Setengah jam lepas tu muncul Nizam mengetuk pintu rumah sewaku.

“Wi..hang ok ka..Bukak la pintu ni!! Wi..Wi.." Jerit Nizam

68

Page 69: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku cuba bangun...akhirnya boleh juga perlahan-lahan.

"Wi...awatnya kena dengan hang ni. Ya Allah...jom pi ckeck kat doktor. Risau betoilah tengok keadaan hang ni. Mata dah merah.. hang ni betoilah.." potpetpotpet Nizam memarahi aku. 

Kami ke klinik berhampiran. Setelah diperiksa, doktor kata aku dapat migraine tahap kritikal. Terkejut aku dibuat dek doktor perempuan India ni. Tapi nasib baik kengkawan aku tak tau hal ni. Patutlah mata, leher dan badan aku sakit sakit. Rupanya dah tahap kritikal.

"Doktor..kritikal tu bahaya tak?" Aku tanya doktor perempuan India tu lagi.

"Bahayalah kalau U tak rawatnya betul-betul. I kasi U ubat tahan sakit ni. Tapi U kena ambil ubat migraine ni juga. Ini elok untuk kurangkan rasa sakit kepala U. Tapi ingat.. makan bila sakit terlalu kuat sahaja. If biasa just makan yang ini." Sambil menunjukkan ubat berwarna kuning bujur kepadaku.

"Ubat migraine ni mahal sikit. 1 biji RM10. Ok ke?" Tanya doktor ini lagi.

"Ok jer doktor. My company yang bayar. Banyak manapun boleh je. Macam mana kalau sakit ni melarat?"

"Ermm..U makan ubat ni dulu. Tadi I dah inject belakang kepala U. Now should be ok…"

"And..make sure jangan berada di tempat yang terlalu panas atau terlalu sejuk. And not to pikir banyak-banyak. So..kalau tak ok jugak come and see me again."

"Ermm..ok Doc..Thanks"

"Oh ya..If say U tak ok, Jumpa I and we will do scanning."

"Ok Doc."

Aku keluar dari bilik doktor India tu dengan debaran di hati. Takkan kena scan pulak. Migraine saja kan. Bahaya ka?

Aku hanya tersenyum bila Sarimah dan Nizam bertubi tubi menanyakan penyakit aku.

"Alah..tak ada apa pun..Doktor cakap aku letih saja."

"Ermm..ok dapat MC tak?"

"La..aku lupa tanya la..dapat kot!!"

69

Page 70: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Dan akhirnya aku dapat 2 hari MC.

Aku dinasihatkan untuk berehat. Ya..aku memang perlukan rehat yang secukupnya. Tapi cukupkah buat aku?

Tidur...tidur lah mata.....lelap...lelap lah mata....selagi kau tak lelap selagi tu lah banyak bayang-bayang menjelma dalam benak kepala ni. Dalam kelopak mata? Huh! Tak payah cakap lah...semuanya ada. Basikal buruk aku kat kampung pun entah macam mana boleh melintas depan mata ni....

Aduh!... kenapa la sakit yang amat sangat kepala ni. Ishk! Dah masuk 2 hari tak hilang-hilang sakit ni. Memang rasa tahap nak pecah kepala dah ni. Mau dihantuk ke kdinding... sayang pulak dinding tu pecah...mau dihantuk ke bucu katil...takut dengan katil-katil ni runtuh. Bila dah runtuh mana aku nak tidur?

Aduh!...memang teruk betul la. Kalau la time ni aku dah ada bini, kan senang. Boleh saja aku perintah urut kepala aku ni. Tolong aku lap-lapkan kepala aku ni dengan kain basah ke. Tak pun suap kan makanan ke. Huh! Adeh! Tak ada tempat nak bermanja langsung. Kalau la ada bini kan....mau saja aku suruh buat bubur nasik.

Ai...jadi lapar tak bertempat la pulak perut ni. Tadi malam, rasa loya yang amat. Aku ingat nasik goreng tu aku makan ada la 2 suap. Tu yang tak lama kat kedai mamak tu. Tak tahu la...samada hidung aku ka yang sensitif dengan bau mamak tu atau memang aku rasa bau kedai mamak tu yang tak berapa sedap. Kira dah nasib baik la. Nasib baik dah sampai rumah, kalau la aku duduk lagi kat kedai mamak tu harus dah tak meniaga mamak tu. Tutup kedai balik kampung. Mana taknya, sampai saja depan pagar rumah dah tak boleh tahan-tahan dah. Terus muntah kat situ.

Nak kira aku makan sikit saja, tapi yang keluar habis dengan muntah hijau. Banyak jugak la yang keluar. Sebab tu kot pagi ni aku rasa lapar semacam saja. Perut rasa kosong sangat. Masuk angin la ni. Agaknya aku ada migrain kot? Aduh! Sakit nya. Mengereng ke kiri rasa berat kepala disebelah kanan. Mengiring ke kanan rasa berat sebelah kiri. Apa kena ni??

"Wi...are you ok?"

Aku bukak kelopak mata. Dah sampai rupanya budak Nizam ni.

70

Page 71: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Hang ni bila masa pulak reti speaking dengan aku ni Nizam. Dah la...jangan la hang buat ayat omputih tu lagi. Kepala aku dah la sakit. Dah tak mampu nak translate bahasa omputih hang tu!!"

Nizam tersengih-sengih. Apa yang lucu nya pun aku tak tahu. Nak tak nak aku gagahkan jugak la bangun. Aku berjalan menuju ke almari. Mana semua baju aku dalam almari ni? Aduh! Banyaknya baju tak berbasuh. Angkara siapa ni? Kenapa la aku tak ada bini lagi ni!!

“Aaarghh..!!

"Weh!....teruk sangat ke sakit tu...sampai terjerit-jerit macamtu?"

Nizam bangkit berdiri. Dia yang dok membelek majalah Motor Spot terkejut la jugak. Tapi bila tengok aku tersengih-sengih dia buat macam tak ada benda saja. Makin kusyuk membaca.

"Oit....hang ni...aku sakit ka hang yang sakit ni?"

Aku tegur si Nizam. Buat tak tahu betul la budak Nizam ni. Aku ni sakit kepala. Menengok dia macamtu lagi la rasa sakit ni bertambah. Tambah sakit mata pulak dah!

"Alah....hang pergi la siap cepat-cepat. Dah tahu aku nak datang pun buat lemah gemalai lagi."

"Dah-dah...aku dah 4 tahun siap ni hah!. Jom la.....Makin bertambah sakit la kepala aku ni."

Dapat MC 2 hari saja? Apasal la doktor tu tak kasi MC 3 hari ka seminggu ka...paling busuk pun setahun ka, baru la betul-betul sihat aku ni. Tapi kalu MC setahun...agak-agak orang kat pejabat tu kenal aku lagi tak?

Macam biasa, balik saja dari klinik satu hari aku bantai tidur. Boleh tahan la ubat tu. Buat aku terbabas sembahyang Asar. Betul la orang tua-tua cakap. Tak baik tidur sebelah petang. Dah la terbabas. Bangun pun ngam-ngam orang tengah baca doa lepas habis sembahyang kat surau. Tak lah jauh sangat surau tu. Seingat aku lah, sejak beberapa bulan ni dah lama sangat aku tak jejak kaki kat surau tu. Sibuk sangat ke aku dengan benda kerja ni?

Aku ni dah la tengah mamai bila siap mandi saja terus niat sembayang subuh. Baru nak angkat takbir terperasan jam kat lantai tunjuk pukul 8.00 malam. Baru la teringat yang aku tidur petang tadi. Ishk! Teruk betul la 2 - 3 menjak ni.

Selesai sahaja sembahyang Maghrib dengan qada Asar aku siap-siap la nak pergi makan kat luar. Mana pergi budak-budak rumah aku ni? Dah keluar ka? Ni la kawan, tak ingat langsung yang aku ni ada kat rumah.. dah la tu...aku ni sakit. Haram tanya khabar pun tak.

71

Page 72: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku capai handphone kat bawah katil. Ada 2 miss call rupanya. Memang tidur mati aku ni. Baru nak check sapa yang call dah berdering-dering pulak. Tengok nama yang naik...aku sengih...minah ni memang la...sapa lagi kalau bukan si Sarimah.

"Yer...yer...yer....tak...ala...ishk...ye...ye..ok…dah..aa...ye..nan..aak..aku..hup.. memang...yer..hah? Aa..mana? Eh..jangan la....Awat?"

Itu lah buah bicara aku dengan Sarimah. Maknanya dia tu memang ada cirri-ciri jadi isteri mithali. Boleh sangat la buat calon bini. Tak bagi peluang aku becakap! Macam bertih saja. Betuah la sapa yang jadi laki dia.

Aku tolong translate kan bahasa express rakyat dia tu.

"Wi...hang pi mana...pasai apa tak jawab phone..hang tidur ka? Tidur petang-petang ni bukan nya elok pun. Dah ok ke sakit tu? Dah makan ubat? Dah makan ke belum? Ni mesti tak makan benda lagi ni. Tu la...ubat dah ada tak makan lagi. Kalau sakit tu makin teruk siapa yang susah. Tunggu kat rumah sat lagi aku datang ambil. Kita pi makan kat luar. Hari ni aku belanja. Tu la sakit pun tak reti nak jaga diri. Keje la kuat lagi. Sampai makan minum pun tak reti jaga. Tak de tapi-tapi. Tunggu sampai aku datang. Clik!"

Hah...kan betul kan? Ada cirri-ciri isteri mithali tu!

Lebih kurang 15 minit Sarimah dah terjengul depan rumah aku. Nizam pun ada sama. Aku tak tau la pulak masa bila Nizam sampai. Aku tengok ada 1 kereta ja..oooo dia mai dengan Sarimah kot. Memang rumah Sarimah dengan Nizam dekat. Lagipun on the way sampai rumah aku, sampai rumah Nizam dulu.

"Jom makan. Aku bawa Nizam sekali takut la kau pengsan pulak. jom..."

Aku tersengih tengok sahabat baik aku dua orang ni... untung sapa dapat Sarimah dengan Nizam ni. Baik sungguh depa ni. Kawan masa senang, senang nak cari. Kawan masa susah, memang payah nak jumpa. Dan dua orang depan aku ni adalah cirri-ciri sahabat di kala susah dan senang. Ish!!! awat la aku ni jadi puitis pulak ni. mungkin tengah sakit ni dia biol sikit kot. Entah la..... aku ikut depa naik kereta.

Aku ni nak makan pun tak lalu. Tapi disebabkan Nizam dengan Sarimah ni aku gagahkan jugak menyuap nasi kat mulut. Aku pesan nasi putih dengan sup sayur. saja. Kot-kot la boleh terbukak selera dengan sup sayur ni.. Alhamdulillah... habis jugak separuh nasi yang aku pesan. Kalau tidak tu sesuap dua saja. Dalam pada tengah makan tu aku teringat kat Laily. Bukan apa, sup sayur ni kegemaran dia.

72

Page 73: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Tetiba rasa sedih pulak. Tapi nak buat macam mana kan.... tak ada jodoh. Aku pasrah ja.... Sarimah dengan Nizam rancak berbual. Aku sekadar senyum saja. Tak ada mood sebenarnya nak cakap. Sakit kat kepala ni tak hilang-hilang lagi.

"Kenapa dengan hang ni Mawi... Aku tengok pucat je.... hang sakit lagi ke?" Nizam tetiba menyoal aku tengah-tengah aku dok mengelamun melawan sakit.

"Tak lah..... kepala aku ni memang tak habis lagi sakit dia. Tapi tak la teruk macam hari tu. Aku ok saja....."

Saja aku bohong depa. Tak mahu depa risau lagi kat aku. Maaf geng..

"Ya la tu tak sakit teruk. Aku tengok hang ni nak suap nasi pun tak larat. Hang tak pi check lagi sekali ka.... Tak kan la hang letih sampai tak hilang-hilang sakit kot..."

Sarimah pula mencelah. Aku tersengih. Gelihati aku dengar dia cakap loghat utara.

"Buruk la hang cakap utara..."

Aku tergelak... depa pun tergelak tengok aku dah boleh senyum balik... haii.... hangpa la sahabat aku.... terima kasih banyak-banyak... Selepas makan depa hantar aku balik rumah. Bila balik lepas solat aku tidur. Ubat pun dah makan. Harap-harap esok sakit kepala ni akan berkurang. Jadi boleh la aku pergi kerja semula.

73

Page 74: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

PENGHUJUNG TAHUN 2002

Sakit kepala aku dah berkurang. Alhamdulillah... berkat doa mak dengan abah. Tapi kadang-kadang sakit tu mai jugak. Aku malas nak pi jumpa doktor dah. Kali terakhir aku jumpa doktor dua bulan lepas. Dia kata sakit ni tahap kritikal. Macam dulu. Dia suruh aku buat rawatan lanjutan. Aku malas.... lagipun aku takut. Takut dengan kemungkinan yang akan terjadi. Tapi doktor kata aku hanya migraine... Entah la... mudah-mudahan macam tu la...

Sebulan yang lepas, aku ada pergi ke majlis pernikahan Nurul Laily. Dia sudah menjadi isteri orang rupanya. Kami pergi ramai-ramai. Cantik dan anggun sekali. Untung suami dia. Nama suami dia Haikal. Baik orangnya. Walaupun pilihan keluarga tapi aku harap diorang akan kekal bahagia hingga ke anak cucu. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana.. tak ada jodoh....

Laliy pandang aku dengan senyuman yang biasa diberikan kepada aku lewat perkenalan kami. Haikal pun aku tengok boleh tahan kacaknya. Bertuah mereka berdua. Aku sempat bersalaman dengan Haikal sebelum berangkat pulang. Majlis dilangsungkan di Melaka. Jadi aku terpaksa balik ke KL lebih awal. Lagipun aku tak dapat cuti untuk sama-sama join Nizam dan Pie untuk bercuti di sana. Biarlah mereka dengan urusan mereka. Dan aku dengan urusan yang belum selesai.

Sarimah pula sekarang dia dah bertunang dengan Nizam. Patut la aku tengok mesra semacam saja mereka ni. Ada juga Sarimah tu luahkan perasaan pada aku. Dia nak tahu keputusan aku sebelum dia menerima lamaran Nizam. Aku hanya cakap aku suka dengan pilihan Nizam.... maksudnya aku suka Sarimah dengan Nizam tu berdua. Dia ada jugak menangis. Aku kesian tengok dia. Tapi nak buat macam mana. Memang aku pun rasa macam sayang dekat dia. Tapi sayang aku pada Laily lebih dari sayang aku pada Sarimah. Lagi satu dengan keadaan aku macam ni, tak payah la aku nak susahkan orang di sekeliling aku nanti. Sakit tak tentu masa. Hanya akan menyusahkan mereka

74

Page 75: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

sahaja. Aku doakan semoga Nizam dengan Sarimah bahagia. Nizam tahu Sarimah suka dekat aku. Dia tak pernah melarang Sarimah dari berjumpa dengan aku. Sebab dia tahu hati budi aku. Sekarang ni pun Nizam dengan Sarimah tetap rapat dengan aku. Malah lebih rapat. Kami selalu lepak-lepak. Keluar makan. Jalan-jalan. Aku selesa dengan diorang.

Mengenai keluarga aku, aku selalu jugak balik kampung. Sampai mak dengan abah aku hairan la. Kadang-kadang tu dalam sebulan, dua tiga kali aku balik. Entah la... aku pun tak tahu. Mungkin dah tua-tua ni jadi macam ni kot. Rindu terlebih pada mak. Pada abah... Pada kampung... Pada kawan-kawan aku. Mak dengan abah selalu tanya bila aku nak kahwin. Aku cakap belum sampai jodoh lagi. Kalau ada jodoh ada la tu... selalu jugak aku ikut abah pergi kebun. Saja nak tengok abah puas-puas.

Selalunya abah jarang di rumah sebab selalu ke kebun. Aku tengok mak dengan abah aku ni dah semakin tua. Haji pun belum pergi lagi.. InsyaAllah... kalau tak ada aral aku akan hantar jugak diorang pergi haji.

Aku pun dah menabung dekat tabung haji dan dah daftarkan pun nama mak dengan abah aku. Tanpa pengetahuan diorang... mungkin tahun depan kot. Tidak pun awal tahun 2004. Terpulang pada senarai nama yang akan dikeluarkan oleh pihak tabung haji. Mudah-mudahan semua rancangan aku tercapai sebelum aku menutup mata… sebelum......

Adik-adik aku pulak mereka semua dah besar-besar. Yang bongsu pun dah lepas SPM dah pun. Lega mak dengan abah aku. Sekarang pun dia dah mula kerja sementara tunggu result. Adik aku Mimi, alhamdulillah bulan lepas sudah pun bertunang dengan Harun, kawan sekampung dengan aku. Aku harap Harun tak sia-siakan adik aku tu. Dan aku percaya dekat Harun.

75

Page 76: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

FEBRUARY 2003

Masih terngiang-ngiang suara Laily yang merdu itu. Teringat lagi waktu kami pergi berjalan-jalan di Zoo Taiping. Masa tu Laily berada di kampungku sebab Akma kahwin. Mulanya aku nak tanya Laily sama ada dia betul-betul serious kawan dengan aku. Tapi aku tak jadi tanya sebab bila saja aku nak bukak mulut, Laily dulu bercakap. Dia kata keluarga dia ada berkenan dengan saudara dia. Tapi kira bau-bau bacang saja. Laily memang rapat pun dengan 2 pupu dia ni. Umur pun lebih kurang sebaya. Keluarga budak lelaki ni boleh dikatakan berada jugaklah. Laily ada beritahu nama budak lelaki ni Ahmad Haikal. Seorang doktor di salah sebuah hospital pakar di Kuala Lumpur ni. Aku pun senyum sahajalah. Habis aku nak kata apa lagi.

"Wi.. awak macam mana?" Tanya Laily bila dia tengok aku diam saja.

"Ha..macam mana apa? Ok lah tu. Pilihan keluarga..tak kan nak bantah kot!!"

"La..Wi..Saya serious ni, dia main-main pulak. Macam mana dengan awak. Tak pe ke?"

"Macam mana apa? Kan ok lah tu. I'm ok. Alah terima je. Kan senang dah kenal keluarga dia. Lagipun bukan orang lain kan?"

Aku tak tau nak jawab macam mana lagi. Pada aku elok ikut pilihan keluarga. Sebab restu diorang ni penting. Aku .....

"Laily.. memang jodoh pertemuan, ajal maut kat tangan Tuhan. Kita pun boleh merancang saja. Kalau Laily tak suka budak lelaki tu, bagitau sajalah kat bapak Laily. Tak kan diorang tak mahu dengar penjelasan Laily. Mudah saja kan?" Aku seakan cuba menyelesaikan permasalahan Laily.

"Memang lah dengar tu mudah. Tapi yang nak bercakap tu Saya, Mawi.....Saya. Selama ni pun saya tak pernah nak melawan cakap ibu atau bapak. Tambah pulak dalam bab-bab ni, lagilah saya takut!!" Sambil menundukkan kepalanya ke bawah.

76

Page 77: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ermmm...terpulanglah kat hang Laily oi. Aku dah tak tau dah nak cakap lagu mana. Tak kan aku nak masuk campur dalam urusan peribadi hang pulak."

Entah tiba-tiba aku rasa gaya percakapan aku dengan Laily dah berubah. Laily pun macam tu. Dah pandai cakap loghat Perak-Kedah-Penang.

"Laily..aku pun sebenarnya nak bagitau kat hang satu benda. Hang jangan la terkejut pulak. Ini pun soal hidup dan mati aku ni!!"

"Ha...apa dia. Hang nak mati. Hang sakit apa Wie?" Berkerut dahi Laily bila tanya soalan ini.

"Hiss..awatnya cakap lagu tu. Bukan aku nak mati lah. Aku sihat walafiat lagi nih. Hiss....".

Aku cuba gagahkan bual bicaraku dengan Laily. Entahlah apa yang aku nak kelentong kat dia.

"Ni macam ni... masa aku lepak-lepak kat rumah, mak ada tanya pasal calon menantu dia. Aku katalah on da way. Dia tanya lagi on da way nak ke mana? So aku bagitau dia yang aku dah ada calon. Coming soon lah aku nak menikah dengan dia. Lepas tu abah aku menyampuk masa kami leka menyembang ni. Abah aku rupanya dah ada calon menantu nak dikenenkan dengan aku. Budak perempuan ni memang cantik. Orang kampung sebelah. Kalau tak ada aral mereka nak jodohkan aku dengan budak perempuan ni lah. Kata abah aku lagi kalau boleh secepat yang mungkin. So....." Aku saja matikan ayat aku disini.

"Mawi!!!!! Apa!!!! hang nak kawin? Boleh percaya ka? Ish..ish..ish… Takkanlah zaman la ni ada mak bapak main paksa-paksa anak depa kawin. Kejap… kalau hang kawin, macam mana dengan hubungan kita? Sudah tentu hang kena jaga hati bini hang. Lagi pun hang mesti dah tak ada masa nak menyembang dengan aku lagi. Laily bukannya ramai sangat kawan kat KL ni. Hang tentu berkepit dengan bini hang 24 jam. Mesti bini hang syok bila dapat laki macam hang ni. Oh no.. janganlah kawin dulu. Wi!!! Hang tak kesiankan Laily ke?"

Inilah kata-kata Nurul Laily tatkala dia terkejut dengan pengakuan aku hari tu. Siap dengan loghat utara lagi. Tapi kini siapa yang kahwin dulu. Aku atau dia. Aku terpaksa kelentong dia waktu tu..memang terpaksa. Maafkan aku...

77

Page 78: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

JUN 2003

Aku saja jalan-jalan cari pasal. Dalam leka cari-cari pasal, aku terpandangkan seorang perempuan yang wajahnya mirip sangat dengan wajah Laily. Memang lenggang lenggoknya sama. Cuma bila terpandangkan ke perut perempuan itu, aku jadi kompius sikit. Perutnya kelihatan membesar ke depan.

"Ishh..betul ka pompuan ni Nurul Laily ni?"

Macam tak caya saja aku tengok perempuan ni. Aku cuba berjalan 3 4 tapak kedepan. Aku tenyeh-tenyeh kedua-dua belah kelopak mata aku sambil aku pejam mata.

"Aik..mana pompuan tadi ni. Tak kan sat sangat dah hilang."

Aku cuba cari kiri kanan, tapi tak nampak. Aku pandang ke depan, pun tiada. Cuma aku tak sempat menoleh belakang tup-tup badan aku kena hentak dek sesuatu.

"Hoi.....Mawi.. hang buat apa kat sini?" Tegur perempuan tadi.

"La.. kenal saya ka..?" Aku kompius lagi waktu ni bila perempuan tu tegur aku dan tahu pulak nama aku.

"Awatnya tak kenal.. ni Mawi kan. Akulah Laily. Kenapa..tak percaya?" Laily menunjukkan perutnya yang semakin membesar itu.

"Ha..memang la tak percaya. Tadi macam dok agak awak jugak, tapi kompius sikit. Awat cepat sangat?" Aku pun tunjuk ke arah perut Laily sambil tersenyum.

"Wie..kenalkan..hubby aku..Ahmad Haikal!!" Haikal sambil menghulurkan salaman kepadaku.

"Ya..Allah maaflah tak perasan tadi. Saya Mawi, dah kenal kan hari tu?"

Aku sebenarnya tak perasan langsung yang dekat sebelah Laily tu suami dia. Selamba saja aku tunjuk perut Laily.. maaflah aku ye….

78

Page 79: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ermm..aa dah pernah jumpa. Lagipun Nurul selalu cerita pasal awak kat saya. Katanya awak berkawan baik dengan dia dulu!!" Haikal mulakan bicara.

"Ermm..baik tu tak lah sebaik awak..." Aku terdiam takut ada hati yang terasa. Siapa lagi..akulah tu. Masih aku terasa.

"La..awak buat apa kat sini ni?" Aku tanya Laily semula.

"Ni..aku mai buat check-up kat klinik tu!!" Sambil menunjukkan klinik ibu-ibu mengandung. Baru aku perasan kat sini ada klinik tu.

"Yang hang dok melangut kat sini, hang buat apa?" Laily pulak membalas.

"Ermm aku saja-saja jalan-jalan cari pasal..eh tak lah...cari apa-apa yang patut. Lagipun ingat esok nak balik kampung. Tu yang datang sini kot-kot ada yang terbekenan nak beli. Tapi sampai la, tak beli apa pun. Itu yang terpandang awak tu tadi…macam tak percaya pulak yang tu awak..Laily oi!!!"

"Hehehehehe.." Kami bertiga ketawa serentak.

"Ok lah Laily..Haikal…aku balik dulu. Nanti lambat pulak..” Aku sengaja nak beralah dulu. Aku dah tak sanggup pandang muka Laily lama-lama. Tambahan pulak dah ada baby kat dalam perut dia. Lagilah aku tension.

"Ermm..ok lah. Kami pun nak balik. Penat dah aku tunggu kat klinik ni tadi. Jumpa lagi. Assalamualaikum!!".

"Waalaikumsalam, nanti kalau dah bersalin jangan lupa bagitau kat aku tau. Insyaallah kalau ada rezeki aku pi rumah hangpa tengok anak buah aku ni!"

"Errmm..ok nanti aku suruh Haikal call hang. Bye…."

Kami bertiga melambai-lambaikan tangan masing-masing. Happy aku tengok Laily dengan suami dia. Syukur Alhamdulillah kerana dapat suami macam Haikal tu. Bisik hati aku. Lupa pulak aku nak tanya dah berapa usia kandungan Laily tadi. Ye lah aku kan lelaki mana nak teringat benda-benda macam ni. Harapan aku agar Laily selamat seadanya. Amin.

79

Page 80: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku lupa sungguh-sungguh yang minggu depan Sarimah dengan Nizam akan menikah. Awatlah sejak kebelakangan ni aku asyik jadi pelupa je. Nak kata dah tua, belum lagi dan masih lambat lagi. Kahwin pun belum. Aku berkira-kira nak bagi hadiah apa kat depa ni. Bagi satu hadiah cukuplah. Lagipun depa nak duduk bersama pun.

Errmm….nantilah aku pikirkan..

Aku bergegas masuk bilik mandi. Mandi ala kadar saja sebab hari ni hujan dari pagi tak berhenti sampai ke petang. Nasib baik hari ni cuti. Nak balik kampung tiket dah habis. So tak dapatlah nak balik jengok mak dengan abah dan juga adik-adik aku. Ingatkan nak gantilah balik minggu depan. Rupanya tak boleh jugak sebab kenduri Nizam dengan Sarimah. Kantoi lagi. Aku cepat-cepat keluar dari bilik mandi. Sejuk bukan main lagi, hinggakan aku teketar-ketar dibuatnya dek air kolah.

"Uii..awatnya sejuk sangat ni. Lebat sangat ka hujan kat luar tu?"

Aku ambil sweater kat dalam almari. Sweater ni lah kenangan aku dengan Laily. Aku sikat rambutku yang seakan botak ni. Aku dah tream rambut aku semula. Ini sejak kepala aku sakit hari tu lah ni. Atau mungkin aku memang tak sesuai berambut panjang kot. Aku menelek wajahku di cermin. Ada sebiji dua jerawat gatal hinggap kat atas bibir mulutku. Aku picit sekuat hati.

Adoii!!!!!!!..pedihnya….

Aku menjerit sambil tersenggih sendiri. Aku cuba amati wajahku lagi. Kali ini aku rasakan kulitku semakin kering. Aku belek kaki dan tanganku, pun sama kering ..macam bersisik pun ada. Mungkin sebab aku tak cukup vitamin C kot. Memang aku jarang makan buah-buahan. Lagipun aku tak sempat nak pergi beli. Nak keluar ke shooping complex jauh sangat. Malas aku jadinya.

Tiba-tiba aku rasa leher aku berdenyut-denyut. Sakit perlahan-lahan menjadi kuat. Mata aku dah pedih semula. Kaki dan tangan aku tiba-tiba menggigil. Pinggang aku pun terasa berdenyut-denyut. Aku cuba duduk di birai katil. Cuba menahan kesakitan. Kepala aku semakin lama semakin sakit. Kali ini rasanya bertambah dari dulu. Yang aku tak tahan, belakang leher aku semacam nak meletup tak henti-henti berdenyut.

Ya Allah..kenapa ni? Aku benamkan kepala aku di bantal. Cuba menepuk-nepuk kepala dengan tapak tangan. Lagilah berdenggung telinga aku. Aku menggigil-gigil kesejukan dan kesakitan.

Oh..mungkin sebab aku mandi tadi. Doktor pernah kata aku tak boleh sejuk sangat. Baru aku teringat pesan doktor.

80

Page 81: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku cuba cari ubat yang masih berbaki. Alhamdulillah ada 2 biji lagi. Cukuplah untuk hari ini. Dalam terketar-ketar aku gagahkan diriku pergi ambil air untuk minum dengan ubat. Nasib baik waktu ni ada 2 orang member satu rumah tengah tengok TV. Dioranglah yang tolong aku.

"Mawi..la kenapa hang ni. Awat pucat sangat?" Tanya Zul sambil memimpin aku ke sofa.

"Tak tau lah pasal apa. Tadiiii aaakuuu mannndi ooollkk ja. Tup-tup… kepala… aku sakit balik." Terketar-ketar aku bercakap.

"Wi..kepala hang panas sangat ni. Hang demam kot. Badan hang pun berpeluh sakan ni." Laung Ameer pula.

"Ha..peluh.. aawaatt aku rasa seeejukk ja.."

"Hang sakit kot Wi..jom aku bawak hang pi klinik. Takut nanti melarat pulak." Balas Zul kembali.

Aku tengok Zul dah capai kunci kereta. Ameer pulak dah tarik aku keluar. Sempat dia ambil dopet aku kat dalam bilik. Kemudian diorang tarik aku masuk dalam kereta sebab aku rasa nak cabut lari saja dari ikut diorang pergi klinik.

"Mawi..hang jangan main-main. Sakit hang ni serious ka apa ka, yang hang takut sangat nak jumpa doktor tu apa hal?" Marah Zul pada aku.

"Dak..aku dah makan ubat dah tadi. Sat gi ok la tu.." Aku cuba tipu. Padahal tak sempat pun aku ambil air tadi.

"Hang jangan kelentong la Mawi...jom masuk..aku kata masokkkkkkk!" Marah Ameer pula.

Aku ikut juga depa. Memang dah tak tahan rasanya sakit ni. Berdenyut denyut. Dalam hati aku..Ya Allah!!!..Kau selamatkanlah aku. Jauhkanlah aku dari penyakit yang merbahaya..Amin Ya Rabbil Alamin!!.

Dalam kereta aku dah meraung sekuat hati. Zul dengan Ameer terkejut beruk jadinya. Mana taknya..kepala aku sakit berdenyut denyut. Leher aku pun sama rancak berdenyut ikut rentak lagu rap KRU yang Zul pasang dalam kereta dia ni. Kaki tangan aku dah sengal-sengal. Peluh dah merecik recik walaupun aircond sudah dipasang.

"Mawi..mengucap Wi.. hang ni kalau nak menjerit pun warning la dulu!!" Ameer bersuara sambil tolong memicit micit kepala aku. "Kan hang tau aku ni lemah semangat sikit." Sambungnya lagi.

81

Page 82: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Hoi..dah sakit..mana dan nak warning lagi…" Aku balas balik.

"Sat lagi Wi, sat lagi sampai la….sabarlah sikit." Zul pulak mencelah.

Kawan-kawan serumah aku ni diorang sebenarnya asal Johor dan Pahang. Tapi depa dah pandai cakap loghat aku. Mana taknya aku asyik hentam saja depa kalau depa cakap loghat KL. Last last depa syok ikut cara aku, itu yang depa dah jadi terror tu.

"Kalau jadi apa-apa kat aku, hangpa jangan tinggal aku tau!!" Aku berpesan macam aku rasakan sesuatu akan berlaku pada diriku.

"Ishh..hang ni..mana ada apa-apa jadi kat hang. Kami kan nak bawak hang pi berubat. Hang ni yang pikir bukan-bukan buat apa. Cuba bawak bertenang..mengucap ka.. Hang ni buat kami takutlah Wie oi!!" Potpetpotpet Zul marahkan aku.

"Wi..cuba hang diam sat. Hang buat aku gabra lah.."

Mencelah pulak si Ameer. Ameer ni paling muda dalam rumah sewa kami. Baru lepas habis konvo. Tapi dia dah biasa panggil aku Mawi saja. Aku pun tak kisah. Aku dah anggap depa semua ni macam saudara aku. Cuma bab aku sakit ni aku tak cerita langsung kat depa.

"Ha..jom dah sampai. Ameer hang bawak Wi keluar. Aku nak pi counter, register." Teriak Zul sambil berlari ke arah pintu klinik.

"Wi..jom..sampai dah. Hang boleh jalan dak ni. Kalau tak boleh aku panggil nurse bawakkan kerusi roda. Boleh ka ni!!" Sambil melihat aku berjalan terhenjut henjut menahan sakit.

"Boleh lah..." Pendek jawapan aku.

Dalam bilik doktor, aku jumpa doktor India yang sama pernah aku jumpa dulu.

"Ha..what happen to you. Kenapa muka U pucat sangat. Berpeluh lagi." Doktor India itu seakan terkejut melihat keadaan aku.

"Entahlah doktor. Tadi saya mandi, lepastu tetiba je leher berdenyut denyut. Kepala pun terasa sakit. Kaki tangan dah senggal-senggal." Aku cuba menjelaskan kepada doktor ini.

"Itulah..I suruh U datang buat check up every 2 months U tak datang. Sekarang siapa susah?" Doktor itu mencebik kepada ku.

Memang doktor India ni ada suruh aku buat pemeriksaan follow-up. Tapi sebab aku sibuk kat opis dan aku juga dikatogorikan malas nak datang klinik, inilah habuan untuk aku.

82

Page 83: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Doktor...saya terlupa. Lagipun waktu-waktu tu kepala saya ok je." Aku cuba memberi alasan.

"Itu U punya alasan. Tak kisah if U sakit atau tidak. Follow-up kena buat jugak. Sekarang U dah memang tahap critical. U tunggu nanti nurse bawa U pegi scan."

Penjelasan doktor ini lagi membuatkan kaki aku semacam krem. Tak boleh bergerak dah jadinya. Takut pun ada. Makkkkkkk.. aku menjerit dalam hati.

"En Asmawi..sila ke belakang. Saya nak buat scanning. Tolong buka pakaian En dan pakai pakaian khas ini." Sambil tersenyum lalu menghulurkan baju berwarna putih labuh ke arahku.

"Nak buka semua ka?" Aku bertanya ragu-ragu.

"Ya..semua..hanya pakai pakaian yang saya beri tadi." Jawab nurse itu semula.

"Malu la kalau macam ni."

"Eh En nak malu ape? Memang ini procedure nya. Kena ikutlah En." Rupanya kata-kata aku tadi nurse tu dengar.

"Ok..dah..boleh En baring di atas alas ni. Kita scan belakang badan En dulu."

Aku pun ikut sahaja kehendak nurse muda ini. Rasanya sebaya dengan adik aku Ijam. Lembut tutur katanya. Lama-lama aku dah jadi tak segan dah.

"Ermm..ok..kita scan belakang tengkok pulak. Lepas ni kepala ye.. En Asmawi." Nurse seakan mengingatkan aku tentang ini.

"Errmm..banyak ke nak kena scan ni dik?"

"Ermm..memandangkan kes En Asmawi ni berat, so kenalah banyak tempat nak scan. Sebab kita tak tahu yang mana satu punca sakit En ni. Ok lah dah selesai. Boleh tukar semula pakaian ini. Nanti boleh tunggu di luar ya sementara saya tunjukkan result ni pada doktor."

Aku akur dengan penjelasan nurse muda ini. Aku sedia menunggu apa sahaja kebarangkaliannya.  

Doktor masih tak dapat pastikan puncanya kenapa aku masih sakit-sakit sejak kebelakangan ni. Aku mintak doktor buat satu surat mention yang aku perlu berehat secukupnya. Surat tu pulak aku kasi boss aku. Aku cuba minta cuti selama sebulan. Lagipun aku punya banyak cuti tahunan yang dibawa dari tahun-tahun sebelumnya. Yelah mana ada aku ambil cuti pun. Aku cuma

83

Page 84: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

pakai cuti Sabtu Ahad atau cuti-cuti Am sahaja. Inilah masanya untuk aku gunakan sebaik-baik peluang yang ada. Doktor pun bagi aku MC 1 minggu. Memang katanya aku layak untuk mendapatkan MC tu.

Pagi-pagi lagi aku sudah berada di dalam bilik Mr Richard.

"Morning Wi!!. How are U today?"

Boss aku pun dah pandai panggil aku Wi. Mungkin sebab semua staff dalam opis ni panggil aku macam tu. Kami dah mesra alam.

"Errmm..ok boss. Cuma I ada permintaan nak buat. Actually I got MC for 1 week. But then I nak minta Boss approve I punya cuti ni." Aku terus menghulurkan form cuti kat dia.

"Wow..1 month. Too long!!. Let me check first and I'll let U know for about 15 minutes. Ok."

"Ermm..ok boss. I keluar dululah."

Aku pun terus ke bilikku. Aku sebenarnya dah naik pangkat awal tahun ni. Sebagai Assistant General Manager. Tapi aku tak pandang itu semua. Yang aku risaukan sekarang ni tahap kesihatan aku. Dan kehidupan aku. Entahlah. Bermacam yang aku fikirkan sejak kebelakangan ini.

Aku belek-belek fail yang ada atas meja aku. Semuanya hendakkan kelulusan dari aku. Setelah dibaca sikit-sikit aku terus sign kat borang permohonan tu. Malas aku nak baca yang lelain. Kalau Officer dah buat pengakuan, maknanya customer ni ok lah. So aku luluskan pinjaman kereta mereka. Alhamdulillah semoga diorang ni dapat kereta diorang secepat yang mungkin.

Dalam pada tu aku belek jugak gambar-gambar yang ada dalam borang permohonan ni. Ermm ada yang baru berumur 20 tahun dah mampu beli kereta. Dan ada juga yang dah berumur sebaya abah aku. Mungkin nak beli kat anak-anak depa kot..atau...isteri kedua. Sebab aku familiar dengan muka salah seorang customer ni. Dah selalu dia apply loan kereta. Ini memang sah untuk bini kedua atau ketiganya. Alah lantaklah kat diorang lah.

"Asmawi..can U come in." Tetiba terpacul suara boss aku kat intercom bilik aku.

"Ooo..ok..5 minutes!!" Aku kemaskan semula barang-barang yang aku keluarkan dari dalam laci mejaku. Letak fail elok-elok semula. Make sure semua dah sign. Aku pun terus menuju bilik Mr Richard.

"Ermm boss. How?" Aku bertanya tanpa duduk lagi.

84

Page 85: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ok..ok..I dah check dengan HO, so she said ok. Dia nak you faxkan leave form ni together with this Guarantee Letter." Dia menghulurkan kedua-dua benda ini kepada ku. Aku pun apalagi cepat-cepat aku ambil form tu dari tangan Mr Richard.

"Thank you… Boss. Anything I'll let you know."

"Upss.. by the way, bila you nak balik kampung?" Boss tanya aku lagi bilamana sebelah kaki aku dah keluar biliknya.

"Ermm..not sure. I kena settlekan apa yang tertinggal dulu. Maybe tomorrow morning. I'll call U. Thanks".

"Ermm ok. take care…"

Aku terus keluar dari bilik boss aku. Pergi ke meja Nizam. Kat situ ada 3 orang member rapat aku yang lain. Walaupun aku dah naik pangkat tapi aku tetap aku yang dulu. Mawie yang telah lama diorang kenal.

"Assalamualaikum..!!" Aku terus menyapa depa bertiga dan aku terus salam dengan depa ni.

"Ha..Wi..hang dah sihat ka?" Nizam menyoal aku.

"Alhamdulillah.. ok dah sikit. Ha Zam..aku nak mintak maap sebab masa hang kawin hari tu aku tak dapat pi. Hang taulah masa tu aku tengah tenat." Aku menepuk nepuk bahu Nizam. Pie dengan abang Said hanya memerhati sesekali ketawa.

"Alah..no hallah. Tapi kalau hang kawin nanti aku pun tak mau pi tengok." Nizam sengaja bergurau.

"Mawi..aku dengar hang dapat seminggu MC tu. Biar betul. Teruk sangat ka sampai seminggu ni?" Pie pulak membuka mulut.

"Ermm seminggu. Betullah tu. Doktor suruh aku rehat. Tu yang aku pi jumpa boss tu minta tambah cuti lagi."

"La berapa lama hang ambil cuti Wi.. Habis kerja hang siapa nak buat?" Abang Said pulak bersuara.

"La macam tak tau. Sapa lagi kalau bukan wayang kita...eh..abang la..kan abang releif saya. Ha… jangan buat tak tau plak!!". Aku tunjuk form cuti yang ada tandatangan abang Said tu.

"La..lagu tu ka. Saja buat gempaq. So bila hang nak balik?"

"Tengoklah kalau tak ada apa-apa yang penting sangat esok kot. Sebab sat lagi nak kena pi hospital balik ambil result."

85

Page 86: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ha..hang nak amik result SPM ka SRP?" saja Pie buat lawak. Dia tau aku susah hati bila tang bab ni.

"Suka hati hanglah labu. Janji result tu ok..aku mintak sangat-sangat aku dah ok."

Walaupun dalam hati aku hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Aku cuba bertenang dan aku redha dengan segala keputusan nanti.

"Wi..Sarimah kirim salam kat hang. Dia kata dia nak bagi hang satu benda. Tapi dia nak jumpa hang sendiri. Kat aku pun dia tak mau bagitau. Ooo!!! hangpa ada skandal na.. jaga hang Wie, kalau aku tau apa dia, siap hang!!" sambil tergelak Nizam tepuk-tepuk belakang aku.

"Lahai hang ni, dengan bini sendiri pun jeles ka. Tak apa lah. Hang habaq kat dia nanti bila aku balik sini lepas cuti, aku pi jumpa dia. Hang kirim salam balik kat dia na."

"Ermm..ok lah. Aku pergi dulu. Apa-apa nanti aku call hangpa. Abang Said..kalau boleh tak payah tanya kat sayalah pasai approval tu, pandai-pandai sendirilah na. Ok geng..wa chow dulu. Assalamualaikum!!"

"Waalaikumsalam, Wie jangan lupa anything habaq tau!!" Nizam mengingatkan aku.

"InsyaAllah". Dan aku pun berlalu dari situ meninggalkan kawan-kawan susah senang aku.

Aku pergi Pudu Raya beli tiket bas nak balik esok. Alhamdulillah mujur ada lagi. Esok jam 10.30 pagi naik bas Transnasional. Dalam aku dok jalan hoyong hayang aku nampak Laily dengan abang dia Amirul Hakim. Tapi aku tak nampak suami Laily - Haikal.

Aku cuba mendekati mereka lantas menyapa abang Amirul.

"Assalamualaikum..abang Amirul kan ni? Kenal saya tak?" Aku menghulurkan salaman kepadanya. 

86

Page 87: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Waalaikumsalam..ha ingat..Mawie kan. Kawan Laily." kembali bersalaman.

"Buat apa kat sini?"

Aku sebenarnya ajukan soalan ni pada Laily. Tapi bila aku tengok muka Laily lain macam saja , aku langsung tak jadi tanya kat dia.

"Oh..tunggu Haikal. Dia balik naik bas hari ni. Dia kena outstaion dah seminggu. Itu yang bawak Laily dengan anak dia sekali." Penjelasan abang Amirul membuatkan aku terkejut.

"Anak..?" Aku seakan terperanjat.

"Dah nak masuk 3 bulan dah usia baby ni. Lelaki." Tetiba kedengaran suara Laily disebelah ku.

"Ermm..maaplah aku tak tau langsung. Tahniah Laily. Boleh aku dukung baby ni dak. Tupun kalau hang percaya kat aku!!". Aku cuba mendukung anak lelaki Laily. Comel sangat. "Nama dia?"

"Ermm..Ahmad Asnawi Bin Ahmad Haikal.." Ringkas sahaja yang keluar dari mulut Nurul Laily.

Aku memandang tepat ke wajah Nurul Laily. "Asnawi.. kenapa bukan Asmawi?" Aku sengaja ajukan soalan bodoh ni. Tapi tiada jawapan dari mereka berdua.

Aku memandang kembali bayi ini. Seakan ada mirip aku masa aku kecil-kecil. Aku masih simpan gambar kenangan sewaktu aku masih bayi lagi. Aku bukak purse aku, aku teliti gambar sewaktu aku masih bayi dulu..memang mirip sangat. Ada air mata bergenang dikelopak mataku. Aku tahan sebak di dada..mungkin inilah pengganti aku di masa hadapan. Aku seakan berharap.

"Mawi….. awat hang kurus sangat ni. Hang sakit ka. Dah lah aku cuba contact hang tak dapat. Hang pi mana selama ni?" Laily sudah berleter rasa ku.

"Eh..siapa kata aku sakit. Aku ok. Pasal contact tu, maaplah..handphone aku kena curi, hilang dengan nombor-nombornya sekali. La ni aku pakai HP lain dan nombor pun dah tukar. Ni ha name card aku…." Aku menghulurkan sekeping kad kecil kepada abang Amirul dan juga Laily.

"Uikk..dah jadi AGM..tahniah!!!!" Balas abang Amirul terus memeluk aku erat.

"Terima kasih. Alah biasa je.."

87

Page 88: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku balas pelukan abang Amirul, rasa tak mahu aku lepaskan pelukannya waktu itu. Air mata aku tak dapat aku tahan lagi. Akhirnya gugur satu persatu.

"Mawi..hang nangis ka. Kenapa? Hang ada masalah?"

Laily menghulurkan anaknya kepada abang Amirul. Dia menarik lengan aku dan ajak aku berbual dengannya di tempat lain. Katanya Haikal mungkin lewat sampai. Jadi sempatlah kalau kami nak berbual kat situ.

"Laily..aku gembira sangat dapat jumpa hang hari ni. Tambah pulak dengan anak hang Asnawi. Tak sangka hang punya anak yang iras rupa aku masa aku kecik-kecik dulu." Aku pun menunjukkan gambar lama aku kepadanya.

Laily mengambil pantas. Membelek-belek gambar lama ini. "Wi..memang seiras lah Wie. Tapi budak kecil ni.. bila dah besar, wajah depa akan berubah. Tengoklah hang.. tapi tang rambut aku respek..memang botak dari dulu sampai la ni…. hehehe". Laily ketawa kecil.

Aku pun turut ketawa melihat Laily happy.

"Laily..aku baru saja beli tiket bas nak balik kampung esok pagi. Mungkin lama aku balik sana. Aku ambik cuti sebulan, nak rehat. Kalau hang nak sembang-sembang dengan aku, hang call lah nombor tu."

"Hai..lama tu. Sebulan? Kenapa? Nak relek? Hang sebenarnya kenapa Wi? Janganlah sorok-sorok dari aku. Bagitau lah. Kan kita kawan!!! Laily membeliakkan matanya yang sememangnya bulat itu. 

"Ermm..tak ada apalah. Lagipun adik aku Mimi dah nak kahwin 2 minggu lagi. Bagus jugak kalau aku cuti. Boleh tolong-tolong mak dengan abah. Inilah masanya aku nak balas budi depa."

Aku cuba berbohong lagi. Memang betul adik aku Mimi nak kahwin, tapi dalam pada itu aku menyembunyikan sesuatu dari semua orang.

"Ok lah aku nak balik dulu ni. Dah lewat dah ni. Waktu Maghrib pun nak habis dah. Aku balik dulu lah no. Jumpa hang lagi. Kirim salam kat Haikal. Abang..saya balik dulu. Assalamualaikum!!"

"Ok..jaga diri baik-baik. Kirim salam kat family di kampung. Kalau jumpa Akma kirim salam sama kat dia tau. Jangan lupa call aku kalau perlukan apa-apa."

Aku terus meninggalkan mereka bertiga. Aku berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun hati kecil aku masih ingin melihat wajah Laily dan anak kecilnya itu. Air mata aku mengalir lagi.  

88

Page 89: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Di kampung segala persiapan untuk kenduri kahwin adik aku sudah tersedia. Aku tolong apa yang patut. Semuanya sudah Mimi bereskan awal-awal. Aku puji adik aku ni, sebab dia langsung tak menyusahkan siapa-siapa. Semuanya dia buat sendiri. Lagipun kenduri ni order tukang masak luar. Jadi memang tak akan kelam kabut jadinya. Yelah aku sponser sikit-sikit untuk majlis ni. Sebelah malam aku nak buat kenduri doa selamat sikit. Bolehlah kalau nak panggil satu kampung.

Di rumah aku, sudah ramai saudara mara yang datang. Mak Cik aku yang kat KL pun ada balik jugak. Berkumpul ramai-ramai ni sekali-sekali best sungguh.

89

Page 90: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Bertanya khabar itu ini. Tapi yang paling aku tak suka, bila ramai bapak menakan dan mak menakan aku tanya aku bila nak kawin. Ini yang aku tension ni.

Walaupun hari kenduri seminggu lagi, tapi suasana sungguh meriah. Keluarga sebelah mak aku memang ramai. Sama macam keluarga sebelah abah aku. Yang masih bekerja tak dapatlah bersama lagi kecuali pada hari kenduri nanti.

"Kan Jan..hang nak tau tak?" Mak Cik An aku bersuara sambil membungkus kuih muih untuk para jemputan nanti.

"Tau apa? Awatnya?" Mak aku pulak membalas.

"Mawi nilah. Nama saja duduk KL, tapi jarang pun mai rumah aku. Nak telepon pun sekali sekala. Tu pun kalau aku yang call dia. Kalau tak..harammm!!". Potpetpotpet mak cik aku bercakap.

"La..awatnya hang ni Mawi. Hang tak pi rumah mak cik hang ka. Kata duduk dekat-dekat. Tapi jadi lagu tu pulak. Awat bz sangat dengan kerja ka?" Mak aku pulak aju soalan kat aku. Mak cik aku tersenggih saja dari tadi.

"La sapa kata tak pi. Yang pi hari tu apa?"

"Bila yang hang mai rumah mak cik. Hari tu dah lama dah. Masa bukak posa. Tu pun tahun lepas. Amboi..sejak jadi AGM..dah tak ingat orang dah..bila nak belanja kami makan ni..asyik makcik dengan pak cik saja belanja. Sesekali tu ok jugak la!!"

"Ermm tu ka..la lupa no. Nanti lah Wie belanja semua makan. Alah setakat nak makan nasi ayam ka, satey ka..no hallah makcik. Sat lagi pun Wi boleh beli."

Sambil ketawa memandang anak mak cik aku Johan. Anak mak cik aku ni kurang reti sikit cakap macam kami. Maklumlah lahir kat KL, dibesarkan pun kat sana. Berkawan pun dengan orang - orang sana. Tu yang dia kurang paham sikit apa yang kami bualkan. Dia cuma senyum saja tengok aku bertekak dengan mummy dia.

"Abang Mawi..itu ape kelas..order la pizza ke, KFC ke..tak pun cekai-cekai MCD." Johan menyampuk bila dia rasa nak join sekali.

"Jap..pizza kat sini mane ade... KFC ada la..nak ke..abang order..tak pun Boy pergi beli. Abang Wi kasik duit..boleh?" Aku memang panggil dia Boy. Sebab dialah satu-satunya anak mak cik aku yang ada pun.

"Orait..Joey pergi beli. Mummy nak makan ape. Mak Ndak pun nak jugak ke?" Johan membahasakan dirinya Joey. Mak Ndak tu mak aku le.

90

Page 91: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ape-apelah lah. Janji free.." 

Sampuk pulak ayah tang aku. Entah dari mana dia muncul aku pun tak perasan.  Mungkin baru sampai agaknya. Ayah Tang aku ni adik mak dan mak cik aku. Dia ni askar tapi dah bersara awal. Ada syarikat IT sendiri, pun kat KL jugak. Kalau nak diikutkan dah ramai saudara aku dok KL tapi aku ni yang malas cari diorang.

"Abang long..jom la pi sekali. Acu pun nak jugak ni!!!" Jerit adik bongsu aku. Dia ni sebaya dengan Johan. Memang kamcing dua orang.

"La..hangpa pi la 2 3 orang. Tu Dik Wan pun ada. Ajak la dia sekali."

Aku menarik tangan Wan anak bongsu mak ngah aku. Dia ni muda sikit dari adik aku Acu. Kalau dah bertiga ni memang haru birulah jadinya. Aku bagi note RM100 dua keping kat Johan. Suruh dia beli apa yang patut. Kalau tak cukup minta tolong Johan tambah dulu.

"Bawak keta tu elok-elok." Pesan mak aku dari tadi diam saja tengok gelagat kami.

"Ok mak..kami pergi dulu". Jerit adik aku.

Yang ada dalam rumah, sambung buat kerja yang terbengkalai dari tadi. Hiruk pikuk suasana dalam rumah mak aku ni. Abah dengan bapa-bapa manakan aku yang lain ada dok kat luar. Entah apa yang depa sembang pun aku tak tau.

"Mawi.... yang hang dok dalam rumah tu buat apa? Terdengar ayah tang aku bukak mulut.

Iyalah….. yang aku dok dalam rumah ni buat apa? Aku pun dah lupa pasal apa aku masuk dalam tadi.

Aku cuba ingat balik, ternyata ingatan aku dah meleset. Aku terpandangkan besen dalam bilik air. Baru aku ingat yang aku nak ambil besen unuk tadah air kat luar. Ya Allah...kenapa lupa pulak ni….

"Mai la sembang-sembang kat luaq ni. Boleh bodek-bodek hang ka, apa ka. Kata boleh buat pinjaman keta dengan hang. Wi!!!! mai lah sini!!". Jerit Pak Teh aku. Adik abah aku yang sememangnya dok kat kampung ni jugak.

"Ha..ha..sat..sat..sat gi pi la…. Ni nak ambik besen sat."

Aku terus masuk bilik air ambil apa yang patut. Aku membongkokkan badan aku.. tetiba leher aku rasa kejang yang teramat sangat. Sakit kembali menjelma. Aku cuba gagahkan juga mengangkat 2 buah besen yang sebesar pemelukku. Perlahan lahan aku berjalan keluar. Memberikan kepada abahku yang telah lama menunggu.

91

Page 92: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Dua hari aku tahan sakit kepala ni. Siapa pun tak tahu, tapi aku rasa mak aku perasan. Sebab dia pernah tanya aku bila dia tengok aku diam saja dalam 2 hari ni. Selalu mulut akulah yang havoc kat rumah aku ni.

"Mawi.... hang awat sakit ka? Pasal apa muka hang pucat saja 2 hari ni? Malam tadi pun hang tak jamah langsung makanan yang depa buat. Awat hang ada problem ka?"

Mak aku duduk tepi birai katil aku. Dia pegang dahi aku. Lembut sungguh jari jemari dia menyentuh kulit ku ini.

"Tak lah mak.. Wi tak lalu nak makan. Wei rasa pening sikit mak…" Aku terus memicit micit kepala aku.

"La..dah makan panadol ka. Kalau belum tunggu sat mak pi ambik."

Sambil bercakap dia pun turut serta picit kepala aku. Jari jemarinya pantas bergerak gerak. Terasa syahdunya waktu ini.

"Tak payahlah mak, Wi dah makan dah tadi. Wie ingat nak tidoq sat. Sat lagi kalau dah masuk waktu Lehoq (Zohor) mak suruhlah adik-adik kejutkan Wie mak na!!"

Aku terus memejamkan mata ku. Memang tak larat sangat nak bercakap. Sebab bila aku cakap saja..aku rasa nak menangis. Tak kan aku nak menangis depan mak aku. Aku kena tabah. Kena kuat semangat. Nanti mak aku pulak yang kalut.

"Eermm..hang tidur la dulu. Sat lagi mak mai gerak hang. Mak pun ada kerja kat luar tu. Nak kukuih pulut tu ha. Kalau hang rasa tak selesa tidur kat sini, hang pi tidur kat bilik hujung tu. Bukan ada siapa pun. Kipas pun ada. Hang nak kipas ka?"

Mak terus berlalu dari bilik aku. Dalam bilik aku ni memang tak ada kipas pun. Panas sudah tidak terasa lagi bila waktu-waktu kritikal macam ni. Tetiba terjengul adik aku Ijam bawak kipas lalu dia pasang di sebelah aku.

"Abang Wie.. sat lagi kalau nak apa-apa panggil Ijam tau. Ijam tak pi mana pun. Ijam ada kat luar bilik ni susun bunga telur."

Adik aku meletakkan tuala kecil ke dahiku yang panas ini. Terasa sejuk seketika dahiku ini. Alhamdulillah..panas dah beransur hilang sikit demi sikit. Keriuhan dalam rumah dan luar rumah aku sudah tidak aku hiraukan lagi. Yang aku tahu aku perlu melelapkan mata ini agar sakit aku beransur hilang.

92

Page 93: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku berpusing kiri kanan namun leher aku masih sakit. Aku cuba juga pejamkan mataku.. akhirnya entah bila aku terlelap aku pun tak perasan lagi.

"Mawi..Mawi...bangun.. dah lewat ni!!!"

Sayup-sayup aku dengar suara itu. Aku cuba membuka mataku. Perlahan lahan aku terlihat wajah abah dan mak aku di birai katil. Aku cuba tersenyum, namun senyuman ku tawar.

"Mak, abah.. pukul berapa la ni?" Aku tercari cari jam tanganku.

"Mawi..dah masuk maghrib dah. Tadi Mimi cuba kejut hang, tapi hang tak bangun-bangun. Kami pun dah risau tengok hang macam ni. Hang boleh bangun ka Wi?" Mak aku memapah aku untuk bangun.

"Mak.. Wi boleh bangun sendiri. Wi pi mandi dulu na.."

Aku berdiri sambil memegang tangan abah. Aku ambil tuala yang bergantung di belakang pintu. Mak hanya memerhati dari dekat.

"Mawi..dalam bilik ayaq tu Mimi dah sediakan ayaq panas. Sat lagi kalau hang nak mandi hang tambah lah ayaq lain." Selepas bercakap mak aku terus keluar. Aku dan abah turut ikut keluar.

Aku terpaksa qada' sembahyang 2 waktu..iaitu Zohor dan Asar, sebab elok aku keluar saja dari bilik air, kedengaran suara azan Maghrib berkumandang dari masjid berdekatan.

Selesai solat, aku memohon keampunan dari Allah S.W.T dan aku memohon dari-Nya agar diberikan kekuatan. Amin. 

2 hari lagi hari bersejarah buat adik aku, Mimi dan keluarga aku. Mana tidaknya inilah majlis paling besar buat kami sekeluarga. Lama sudah mak dengan abah aku tunggu saat-saat macam ni. Segala persiapan totally beres.

Ramai sudah berkumpul di rumah abah aku. Khemah pun sudah terpasang. Memang worldlah orang-orang kampung ni. Cepat sungguh depa buat kerja. Aku pun tolong mengeworldkan sama susun kerusi meja di bawah khemah. Mujurlah halaman rumah abah aku luas. Jadi tak perlu pinjam halaman orang lain.

Mak dan abah memang sibuk sejak 2 minggu lepas. Mana nak layan aku dan nak layan saudara mara yang datang lagi. Memang depa berdua ni kelihatan penat sangat, tapi mereka masih boleh bertahan. Aku tahu mak dengan abah aku kuat dan tabah.

93

Page 94: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Mawi!! hang tak payahlah angkat benda-benda berat tu. Hang bukannya larat sangat!!" Teriak mak kat aku.

"La!! tak apa la... Tak kan Wi nak duduk saja kot… Wi larat lagilah mak!!"

"Suka hati hanglah Mawi…. Kalau rasa tak larat hang berhentilah rehat dulu. Ni ha, ada kuih dengan ayaq teh panas. Nanti suruh pak cik-pak cik tu jamah."

Sambil meletakkan pinggan yang berisi kuih dan seteko air teh panas di atas meja bawah khemah, mak terus memerhatikan gelagat aku.

"Baiklah mak. Ha mak!!! mana Mimi? Tak nampak pun". Aku tercari-cari adik aku yang bakal menjadi pengantin ni.

"Dia pergi ambik baju pengantin dengan Johan tadi. Dia nak ajak hang, hang pulak sibuk kat luaq ni."

"Ooo..tak pa la mak na. Wi angkat kerusi ni dulu…." Aku terus meninggalkan mak aku di situ.

Malam yang dijanjikan telah tiba. Kenduri doa selamat untuk keluarga aku dan juga sempena aku sudah dinaikkan pangkat. Mujurlah malam ini cuaca elok. Cuma angin sepoi-sepoi bahasa bertiup menyamankan lagi suasana. Lauk pauk pun alhamdulillah cukup untuk semua tetamu yang datang. Memang ramai. Semua jemaah dari masjid berdekatan datang ke majlis ini. Di campur dengan sanak saudara memang berbaloi.

Selesai upacara bacaan tahlil, aku ada berikan sedikit buah tangan. Aku berniat nak bagi tasbih dengan minyak wangi kepada jemaah lelaki yang datang. Mak pulak tambah sebungkus kuih untuk setiap seorang. Alhamdulillah termakbul hasrat aku dan mak aku untuk bersedekah malam ni. Aku tengok mereka semua suka dengan pemberian ini. Sekali lagi aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku sihat hari ini. Meriah sungguh jamuan ini seceria wajah mak dengan abah aku. Aku juga ternampak air mata di pipi mak, mungkin sebab terlalu gembira.

94

Page 95: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Ramai jugak kawan-kawan aku datang malam ni. Bolehlah aku berborak dengan diorang. Kami cari meja yang berada di bawah khemah. Malam ini aku habiskan dengan berborak bersama Tajul, Man, Harun dan 2 3 orang kawan sekolahku yang lain. Sedar tak sedar hampir jam 2.30 pagi kami masih berborak-borak kosong.

Sebenarnya banyak yang kami borakkan termasuklah bila aku nak kawin. Sebab 90% kengkawan aku dah punya keluarga sendiri. Hanya seorang dua sahaja termasuk aku yang masih membujang. Aku cuma jawab coming soon atau pun on da way. Malas nak cakap banyak-banyak. Kengkawan aku gelak sakan, sebab depa memang dah tau apa jawapan aku.

Di dalam bilik aku cuba pejamkan mata aku rapat-rapat. Namun aku masih tak dapat lupakan Nurul Laily setiap kali persoalan kahwin dilontarkan kapadaku.

Aku baru teringat nak call Laily. Rasa aku, aku dah pun menjemputnya hari itu supaya datang ke majlis adik aku ni. Mungkin dia datang masa hari kenduri kot, memandangkan dia sudah punya anak kecil.

Nizam dengan Sarimah akan sampai petang esok bersama Pie dan abang Said. 2 biji kereta konvoi ke kampung aku. Boss aku pulak katanya tak janji sama ada boleh datang atau tidak.

Aku sebenarnya tak kisah sama ada diorang nak datang atau tidak, lagipun KL dengan kampung aku ambil masa 4 jam perjalanan. Satu lagi aku harap diorang tak lupakan aku, sudahlah. Tambahan pulak dah hampir sebulan aku bercuti kat sini. Memanglah aku bercadang nak berehat bila balik kampung, tapi pepaham sajalah kan….

Petang tadi pun aku ada terima SMS dari adik angkat aku Suzie. Katanya mungkin esok petang dia dan Man serta family akan datang ke rumah aku. Diorang mungkin tidur kat hotel kot. Lagipun bapa Suzie ada share dengan Bukit Merah Lake Town tuh. Apa diorang kisah nak tidur kat mana pun. 

Aku perhatikan jam di dinding bilik aku ni. Inilah satu-satunya hadiah yang aku dapat dari kengkawan satu kelas masa aku dalam Form 5. Kenangan lagi. Setia sungguh jam ni menunggu aku.

Dah pukul 3.30 pagi!!!.. Ya Allah. Awatnya mata aku tak mahu lelap-lelap ni…...

Aku bercadang nak buat solat sunat Hajat. Alhamdulillah terlaksana. Selesai solat aku menadah tangan memohon hajat. Panjang aku berdoa, sehinggakan aku teresak menahan tangis. Amin Ya Rabbil Alamin!!!.

95

Page 96: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

OCTOBER 2003

Adik aku Mimi, menikah dengan jejaka pilihannya Harun, hari ini. Upacara akad nikah berlangsung di masjid berdekatan. Aku turut mengiringi pengantin perempuan. Akukan waris terdekat. Aku tengok adik aku Mimi, ayu berbaju kebaya serba putih berkelip-kelip. Begitu juga adik ipar aku Harun. Walaupun aku dengan Harun lebih kurang sebaya, tapi aku tengok Harun lebih matang dari aku.

Selesai upacara batal air sembahyang, pasangan pengantin balik ke rumah masing-masing. Rumah Harun pun taklah jauh dari rumah abah aku.

Dalam pukul 1.00 petang, pengantin di arak ke dalam untuk bersanding. Masa ni lagu-lagu "Selamat Pengantin Baru" berkumandang di radio. Paluan kompang budak-budak kampung pun rancak berbunyi. Memang happening.

96

Page 97: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku memang sibuk di luar melayan tetamu yang datang. Dalam sibuk-sibuk bawa talam, aku ternampak Laily, Haikal dan anak kecilnya Asnawi baru saja masuk perkarangan rumah. Aku apa lagi, terus mendapatkan mereka bertiga. Wajah masing-masing keletihan akibat perjalanan jauh. Anak laily pulak tak henti-henti menangis mungkin sebab panas ataupun sebab dia dah lapar. Aku dapatkan adik aku Ijam, minta dia ambilkan hadiah yang di bawa oleh Laily tadi.

Aku sebenarnya teringin nak dukung Asnawi. Tapi aku pendamkan sahaja niat aku ni. Aku ajak diorang masuk dalam rumah sebab lebih selesa untuk anak dia. Mereka akur. Anak Lily akhirnya tertidur. Rupanya tadi dia kehausan susu uminya.

Aku ajak Haikal dan Laily makan di khemah. Nizam, Sarimah, Pie, abang Said serta Man, Suzie dan kelurganya pun join sekali makan di situ. Mesra sungguh masing-masing aku tengok. Aku tumpang gembira bila tengok depa gembira.

"Mawi..hang ok ka?" Tiba-tiba suara Akma mengejutkan aku.

"Apa dia!!..Ok lah!! Tak nampak aku bz ni…. Hang tu awatnya mai lambat?" Aku tahu kenapa Akma tegur aku macam tu.

"Aku dari pagi lagi dah dok kat rumah hang tau tak…. Hang yang tak perasan. Iya lah mana nak perasan, buah hati dah ada kat depan tu!!" Sambil menjuihkan bibirnya ke arah Laily.

"Hoi..hang jaga-jaga sikit mulut hang tu. Ada insurans tak? Pandai cakap dia tu awek aku.  Dia dah ada anak pun. Tu laki dia, hang buta ka apa?"

Waktu itu jugak aku terus meninggalkan Akma tersenggih sorang-sorang. 

Memang betul aku anggap Laily kekasih awal dan akhirku walaupun dia sudah berumahtangga. Kasih sayang aku terhadapnya tak mungkin hilang. Hanya maut sahaja yang mungkin akan melenyapkan semuanya. Tapi Laily tak tahu ini semua. Memang dia tak tahu langsung. Itu aku jamin 100 peratus.

Malam itu masih ada majlis lagi. Aku nampak Laily dan keluarganya masih ada. Begitu juga Suzie dan Man, kali ini berdua sahaja. Suzie leka bermain dengan anak Laily. AKu dapat tahu dari Man, Suzie keguguran. Patutlah aku tengok Suzie tak seceria selalu. Nampaknya Rezeki mereka untuk menimang cahayamata belum ada.

Akma dan Tajul pun setia menunggu. Akma pun sudah sarat sebenarnya, cuma menunggu hari untuk melahirkan cahayamata mereka yang pertama. Happy sungguh aku tengok pasangan ini. Rancak berborak dengan saudara mara aku. Akma memang kenal kesemua saudara mara aku, tambahan pulak

97

Page 98: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

rumah kami selang dua tiga buah sahaja. Masakan dia tak kenal semua ahli keluarga rapat aku. 

Sarimah dengan Nizam tidur di rumah aku. Abang Said dan Pie dah balik lepas Isyak tadi. Pasangan ini masih belum ada tanda-tanda nak menimang cahayamata lagi. Mungkin lambat lagi kot. Pepandai saja aku ni kan?

Mengenai Laily aku dapat tahu dari Akma yang Laily akan tinggal di rumahnya sehari dua lagi. Dia ambil cuti katanya nak berehat di kampung. Baguslah kalau macam tu. Sesekali berehat di kampung elok juga. Boleh tengok bendang yang terbentang luas nun dibelakang sana.

Badan aku dah terasa penat sangat. Jantung aku berdegup kencang mungkin sebab terlihat Laily masih berada di rumahku waktu ini.

Mak dengan abah bersama bapa dan emak saudara aku rancak mengira wang sedekah dari tetamu yang datang siang tadi. Alhamdulillah, aku tengok mak dengan abah aku ketawa riang.

Selesai majlis malam ini, aku terus masuk bilik. Aku kibas katil bujangku dengan kain pelekat yang tersidai dipalang katil. Tepuk-tepuk bantal dan aku pun terus baring di situ. Bermacam-macam persoalan bermain di kotak fikiranku. Dan aku berkira-kira untuk pulang ke KL pada keesokan harinya. Entahlah.. aku seakan hendak lari dari bertembung dengan Laily.

Toktoktok.. daun pintu bilik aku diketuk orang.

"Tak kunci pun!! Masuklah!!" Aku menjerit dari dalam.

Abang Long, mak panggil sat." Rupanya adik aku Mimi yang terpacul dimuka pintu.

"Awat? Abang long letihlah Mie. Penting ka?" Aku bertanya dalam keadaan letih.

"Tapi mak kata kalau abang long nak tidur, tak payahlah keluar…."

"Ermm kata kat mak, abang nak tidur. Mintak maap tau. Abang long letih sangat nih!!!"

Mimi pun terus keluar dari bilik aku. Aku kembali berangan. Angan-angan yang belum pasti keberhasilannya.

Sebelum masuk waktu subuh aku sudah berada di dalam masjid kampungku ini. Lama benar rasanya aku tidak menjejakkan kakiku ke sini. Balik kampung pun selalu berjemaah kat rumah saja. Sesekali tu adalah, tapi tak lah macam zaman-zaman persekolahan dulu.

98

Page 99: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Assalamualaikum..Mawi.. hang sorang saja ka? Abah hang mana?" Tanya Pak Imam masjid. Nama dia Haji Dollah.

"Waalaikumsalam Pak Lah. Abah penat sangat kot. Tadi masa Wi mai sini pun dia tak bangun lagi. Tengok sat-sat lagi dia sampai kot…”

Aku terus menghamparkan kain sejadah lalu aku duduk di situ.

"Mawi..lama hang tak azan kat masjid ni... Apa kata hari ni Pak Lah bagi hang tugas ni… Boleh kot na?" Pak Lah menunggu jawapan dari aku.

"Ha la Wi.. lama dah kami tak dengaq suara hang. Last hari tu pun masa malam raya. Tu pun dah lama sangat dah…." Terdengar pulak suara Pak Hussin bilal kampung ni.

"Ermmm.. saya pun dah lama tak mengazan ni, takut pulak kalau salah sebutan, harakat dia ka!!" Aku sebolehnya hendak menolak permintaan mereka.  

"Alah Mawi..takkan dah lupa. Dulu tu tiap-tiap hari suara hang saja yang mengalunkan azan. Alah..boleh lah, dah..nak masuk waktu ni. Wuduk dah ambik ka?"

"Dah... InsyaAllah.."

Aku pun terus menuju saf di hadapan sekali. Kelihatan ramai jugak yang sembahyang Subuh berjemaah di masjid ini rupanya. Aku ternampak abah aku baru menjejakkan kakinya ke dalam.

"Ha..Mawi.. elok sangatlah tu…" Terdengar suara abah dari belakang sambil menepuk nepuk bahu ku.

"InsyaAllah bah…."

Dan aku pun mengalunkan azan. Betapa syahdunya aku rasa waktu ini. Dapat sama-sama berjemaah dengan orang-orang kampung. Aku rasa air mata keinsafan mula menitik dipipi ku tatkala selesai aku mengalunkan azan.

Selesai bersolat, aku, abah, pak Lah dan pak Hussin menuju ke gerai Abang Din. Kat situ banyak juadah. Ada kuih muih, nasi lemak, roti canai dan lain-lain lah yang menyelerakan.

"Abah nak makan apa? Nak makan kat sini atau nak beli bawa balik?"

"Ikut suka hang la Mawi…. Abah ikut saja. Lagipun abah tak bawak satu sen pun ni…"

"Kita beli makan kat rumah lah na. Lagipun ramai lagi kat rumah tu. Sat lagi kesian pulak kat mak kena masak lagi!!".

99

Page 100: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Bila aku teringatkan mak, lantas aku ajak abah aku makan kat rumah sahaja. Aku beli roti canai 15 keping beserta kuih muih dua tiga jenis. Cukup untuk kami satu rumah.

"Wi..hang tadi naik apa?" Abah menyoal aku sambil kakinya dah melangkah seat motosikal buruknya.

"Wi jalan kaki." Terlalu pendek jawapan aku.

"Kalau macam tu, mai naik motor dengan abah. Beg plastik tu mai bubuh dalam raga motor ni." Masa ni abah dah pun hidupkan enjin motornya.

"Boleh jugak.." Dan aku pun terus membonceng di belakang abah aku. Aku peluk abah aku kuat-kuat.

"Hoi...tak boleh bernapas la aku.. yang hang peluk kuat sangat tu pasal apa? Bukannya aku bawak laju macam nak berlumba." Jerit abah aku lagi. "Rumah pun bukannya jauh mana pun, hang ni buang tebiat ka apa…." Lalu kami berdua gelak berdekah-dekah.

Sampai saja di rumah, aku nampak Harun awal-awal lagi sudah tolong mak cuci periuk belanga kat luar. Nizam pun join sekali. Tajul suami Akma datang bersama Haikal suami Laily untuk menolong juga gamaknya. Bagus diorang ni. Rajin menolong keluarga aku.

"Ijam!!!!!!!" Aku menjerit memanggil nama adik ku yang nombor tiga ini.

"La awat yang hang terjerit-jerit panggil Ijam tu Mawi?" Mak aku bersuara.

"Tak ni….., tadi pi kedai abang Din beli ni ha.. nak suruh dia bubuh dalam pinggan. Sat lagi boleh makan ramai-ramai…." Aku mengajukan beg plastik yang berisi makanan tadi kepada mak aku.

"Biar mak yang bubuh. Nak harapkan adik hang.. tu ha baru nak pi mandi."

Mak terus masuk ke dalam rumah buat apa yang patut. Tak sampai 10 minit mak keluar semula dengan di tangannya memegang talam berisi makanan beserta air kopi panas satu teko. Cepat sungguh mak aku buat kerja. Aku salute kat mak aku. Aku terus mendapatkan mak aku. Aku peluk belakang dia. Lagi sekali aku kena jerit dek mak aku.

"Mawi..apa kena dengan hang ni!!!. Tak nampak mak bawak apa. Sat lagi kalau jatuh!! hishh hang ni, macam budak-budak hilang akal…" Potpetpotpet mak membebel sehingga ke dalam semula. Aku hanya tersenggih macam kerang busuk.

100

Page 101: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Sambil buat kerja, sambil makan-makan memang best. Cepat saja kerja selesai. Tambahan pulak ramai yang menolong. Alhamdulillah akhirnya tak sampai 3 jam semuanya telah beres.

"Wi, kejap lagi kami nak balik KL…" Nizam tarik lengan aku.

"La.. kenapa awal sangat nak balik ni. Duduk la sehari dua lagi." Aku cuba memujuk. Tapi aku tahu pujukan aku tak akan berhasil.

"Hoi..kami kerja la esok. Hang tak apa lah. Cuti lagi!!". Balas pula Sarimah

"Tak mau tunggu makan tengah hari dulu ka. Tak pun petang-petang sikit!!".

"Ish..mana boleh Wi... Jauh ni perjalanannya. Dah lah esok kerja. Sarimah tak apalah sebab dia sambung cuti lagi. Tapi tak kan aku nak tinggal dia sorang-sorang kat sini kan..hehehehe!!". Kami bertiga gelak sakan waktu ni.

"Mak dengan abah hang mana?" Sarimah bertanya sambil ditangannya sudah tersedia beg pakaian untuk dimasukkan kedalam bonet kereta.

"Sat aku pi cari. Tadi ada kat belakang nun. Ha tu pun depa. Adik aku pun ada tu sekali". Sambil mengamit kearah keluarga aku.

"Mak cik, pak cik..kami balik dululah na. Nanti kalau ada rezeki, InsyaAllah kami mai lagi."

Mereka terus bersalaman. Yang aku seronok bila tengok telatah Sarimah tatkala memeluk mak aku. Teringat lagi kata-kata Sarimah yang dia dah anggap mak aku tu sebagai mak mertuanya suatu ketika dulu. Rupa-rupanya aku dapat tahu dari Nizam malam tadi tak lama lagi dia akan menjadi ayah. Sarimah baru masuk 2 bulan mengandung. Patutlah tak nampak apa-apa lagi. Masih ditahap awal kehamilan. Aku tumpang gembira. Syukur Alhamdulillah.

"Wi..kami balik dulu. Jangan lupa pulak balik KL…." Nizam memeluk aku erat.

"InsyaAllah, InsyaAllah..hang tu drive hati-hati. Sarimah tu dah lah macam tu.." Aku munundingkan jari ku ke arah perut Sarimah. Sarimah pulak tersenyum malu.

"InsyaAllah Wi.. ok lah. Jumpa lagi mak cik, pak cik dan semua na. Assalamualaikum!!"

"Waalaikumsalam". Serentak menjawab.

Akhirnya kereta Honda City Nizam meluncur perlahan keluar dari perkarangan rumah abah aku. Tinggallah kami yang masih setia di sini.

101

Page 102: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Bila semua dah selesai, aku minta kebenaran kat mak aku untuk keluar jalan-jalan. Mak aku mengangguk sahaja tanpa banyak bicara. Bila dia angguk kepala tu tandanya dia setujulah.

Aku tahan teksi di hadapan jalan besar. Tak tahu tujuan ke mana. Aku suruh drebar teksi tu hantar aku ke stesen bas Kamunting, Taiping. Sampai di sana aku merayau rayau di bazar-bazar berdekatan.

Apa aku buat kat sini ni? Bukannya ada apa pun!!" Aku menyoal diriku sendiri.

Aku termenung seketika. Akhirnya aku dapat idea nak jalan-jalan di Taman Tasik. Dari situ aku minta teksi yang bawa aku.

Di Taman tasik aku cuba bayangkan keadaan keluarga aku kala-kala umur aku tak panjang. Aku seakan dapat rasakan yang penyakit aku ini mungkin tidak akan sembuh seperti sediakala. Memanglah doktor belum lagi beri keputusannya, tapi aku dapat mengagaknya.

Kesian mak dan abah aku kalau aku pergi menyahut seruan Ilahi dahulu daripada mereka. Dengan siapa mak aku hendak mengadu masalah kami sekeluarga. Abah pula bukannya boleh bekerja kuat sangat. Setakat kerja-kerja kampung ambil upah buat rumah orang, bancuh simen bolehlah. Itupun tengok keadaan jugak.

Adik-adik aku memang semuanya sudah besar-besar belaka. Selain daripada Mimi yang sudah berumahtangga, Ijam dan Ros masih memerlukan perbelanjaan dari kedua orang tuaku. Lagipun mereka berdua perempuan pulak tu. Apalah yang mampu mereka lakukan sangat. Mungkin bila dah kahwin nanti, mereka kena pula ikut suami masing-masing. Contoh terdekat sudah ada, iaitu adik aku Mimi. Terpaksa ikut suaminya Harun menetap di Pulau Pinang. Mujurlah tak jauh sangat. Dapat jugalah dia berulang alik ke kampung seminggu sekali. Itupun kata Harun lah. Harap-harap betul.

Adik aku Ros tak mahu sambung belajar. Katanya dia nak temankan mak dan abah di kampung. Kalau setakat cakap macam tu siapa pun boleh. Sejak dia bekerja di luar, rajin pula dia melepak di pekan dengan kengkawannya. Tak lekat di rumah langsung bila hari cuti. Mak ada juga mengadu pada aku. Dah dinasihat… tapi sehari dua bolehlah dia ikut, lepas tu di buatnya balik perangai yang lama.

Adik aku Ijam pula minat dengan seni kraftangan. Dia dah memohon untuk masuk belajar jurusan batik. Alhamdulillah tercapai hasratnya itu. Dia pun

102

Page 103: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

terpaksa tinggalkan mak dan abah untuk menetap di Rawang buat sementara waktu. Nasib baik dia diberi rumah sewa dan rumah itu pula besar 2 tingkat. Bagus jugak, adalah masa depannya.

Mimi, lepas kahwin ni akan ikut Harun ke Penang. Harun dah buka cawangan baru di sana. Lagi sekali mak dan abah akan tinggal berdua. Nak buat macam mana… tambahan pula mak dan abah tak pula membantah. Kata mak, kat kampung masih ramai saudara mara yang boleh menjengok mereka. Itu aku akui, tapi kalau tiba-tiba mak atau abah aku jatuh sakit macam mana? Nak saja aku minta ditukarkan ke kampung aku, tapi di sini tiada cawangannya. Kalau di Taiping adalah.

Ha!!!! Sekali lagi aku dapat idea. Apa kata kalau aku hantar surat minta ditukarkan ke sini. Lagipun bukan jauh sangat dari rumah aku ke sini. Motor aku pun ada untuk bawa aku ke tempat kerja. La..awat la aku tak terpikir awal-awal!! Aku bercakap sorang-sorang sambil bercekak pinggang.

Mesti orang tua aku dan adik-adik aku suka!! Aku tersenyum lagi. Kali ini lebih berkeyakinan. 

Dengan boss aku, Mr Richard tu aku boleh jelaskan masalah sebenar. Tak kan dia akan menangis bila dengar aku nak pindah. Lagi pun di sana sudah tiada sesiapa yang menanti aku… Aku bebas!!!!

Tekak aku tetiba rasa dahaga. Aku berjalan menuju gerai berhampiran di tepi tasik. Aku order teh o ais dan laksa. Sedap juga sesekali menjamu selera di sini. Hari pun dah gelap tiba-tiba. Nak hujan agaknya. Aku bergegas ke kaunter untuk membuat bayaran. Aku berlari keluar dan menahan teksi yang lalu lalang di situ. Mungkin kerana terlalu letih aku tertidur di dalam teksi pak cik ini. Nasib baiklah pak cik teksi ni kenalan abah aku. Jadi selamatlah aku dihantarnya sehingga ke halaman rumah. Kalau tidak, entahlah apa akan jadi kepada aku.

"Terima kasih pak cik. Tertidur sat tadi…."

"Tak apa... Tapi jangan buat selalu. Bahaya kalau macam ni. Hang ni anak Udin ka?" Pak cik itu bertanya lagi

"Ha..betul la tu. Pak cik ni siapa?" Aku pula menyoal pak cik tua ini.

"La tak perasan ka. Pak Cik Mat yang duduk kat hujung bendang tu. Hang pun dah lama pak cik tak nampak. Lama ka hang cuti?"

"La..pak cik Mat ka..memang saya tak perasan tadi. Manalah nak perasan, tetidoq elok-elok masuk dalam teksi tadi ni." Aku beramah mesra dengan pak cik Mat ini.

103

Page 104: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Berapa pak cik?" Aku tanya upah teksi.

"La..tak payah lah…. Lagipun memang pak cik nak balik. Memang lalu kot sini pun…." Pak cik Mat seakan menolak.

"Tak apa lah pak cik... Kalau macam tu ni saya sedekah kat pak cik. Ambillah." Aku bersalaman dengan pak cik Mat bersama wang RM50.00 aku hulurkan kepadanya.

"Terima kasih. Moga murah rezeki hang Mawie oi!!!! Alhamdulillah."

Sayu aku tengok muka pak cik Mat ni. Memang umurnya sudah menjangkau angka 60 tahun, tapi masih kuat mencari rezeki.

"Sama-sama pak cik. Mailah singgah rumah dulu." Aku cuba mempelawanya masuk ke dalam rumah.

"Tak pa..dah nak masuk waktu maghrib dah ni. Pak cik balik dulu na. Kirim salam kat orang tua hang. Assalamualaikum…" Pak cik Mat terus masuk ke dalam teksi dan berlalu dari halaman rumah ku. 

Aku pun bergegas masuk ke dalam dan terus ke bilik air. Mandi ala kadar kerana aku ingin sama-sama berjemaah di masjid. Abah hanya memerhati aku dari atas motor buruknya.

104

Page 105: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

FEBRUARY 2004

Aku terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting. Memandangkan aku salah seorang orang penting di cawangan ini, jadi hendak tak hendak aku memang terpaksa pergi. Mesyuarat ini akan di adakan di Genting Highland. Dan secara tak langsung aku juga kena join boss aku bermain golf. Memang terkejut aku dibuatnya memandangkan aku tak pernah pun pegang kayu golf ni. Tapi sebab nak jaga air muka boss aku aku pergi jugalah training dekat Bukit Kiara apabila ada waktu terluang.

Mungkin disebabkan aku ni dikatogorikan rajin bekerja mungkin inilah ganjaran untuk aku. Kalau hendak di ikutkan, aku sebenarnya baru 9 tahun bekerja di finance ni, tapi aku sudah punya kedudukan yang boleh dibanggakan. Ada sesetengah staff sudah berbelas tahun bekerja, tapi masih sebagai kerani ataupun pegawai biasa sahaja. Alhamdulillah berkat doa orang tua aku selama ini.

Tiba waktunya hari yang dinanti-nanti. Mesyuarat di antara semua pengurus dan penolong pengurus sama ada dari ibu pejabat mahupun cawangan-cawangan lain. Hendak di jadikan cerita, aku terlewat bangun menyebabkan aku terlewat ke mesyuarat tersebut. Bila aku sampai di sana, aku terus masuk ke dewan mesyuarat dan terus mencari tempat duduk. Aku dah tak perasan sesiapapun yang berada di situ. Aku keluarkan nota-nota yang aku perolehi dari Jacqueline semalam. Aku belek helai demi helai. Ok !! bagus!!. Aku memujinya dalam diam.

Aku sebenarnya kena berucap di dalam bilik ini. Di sebabkan dah lewat sangat, ucapan aku pendek sahaja. Aku cuba memperkenalkan diriku kepada semua yang berada di dalam dewan tersebut. Dalam aku asyik berucap, mata aku perlahan memandang setiap orang yang berada disekelilingku. Akhirnya aku terpandangkan seorang perempuan yang cukup tenang

105

Page 106: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

perwatakannya. Hendak dikatakan lawa taklah cantik sangat, tapi sedap mata memandang. Yang aku berkenan sangat keningnya yang tebal dan hitam itu. Mata kami bertentangan dan tidak berkedip sedikit pun.  

Aku terhenti seketika tatkala perempuan ini memberikan senyuman kepadaku. Bila aku tersedar kembali cepat-cepat aku lari dari lamunanku tadi. Alhamdulillah aku akhirnya berjaya juga jadi pengerusi mesyuarat ini walaupun hati dan fikiran aku tidak seratus peratus pada mesyuarat itu.

Selepas mesyuarat sebenarnya diadakan jamuan makan. Tanpa berlengah lagi aku mengajak yang lain untuk makan bersama.

"Assalamualaikum...En Ahmad Asmawi Jamaluddin. Tahniah!!".

"Ermm..Waalaikumsalam. Tahniah kerana apa?"

"Kan dah naik pangkat."

"Oh..itu rupanya. Terima kasih. Kalau tak salah saya, awak ni Cik Diana kan?" Aku seakan ingat-ingat lupa.

"Ha!! ingat pun. Kalau tengok masa you pandang I tadi, macam nak makan orang je…." Sambil ketawa kecil Diana menghulurkan segelas air kepadaku.

"En Asmawi!! kenapa you kurus sangat. Tak macam last time I saw You dekat my father's office….."

"Ermm panggil saja I Mawi or Wi saja ok. I tak biasalah ber encik-encik ni." Aku memberikan senyuman yang paling hensem kepada perempuan ini.

Baru aku teringat yang aku pernah temankan boss aku Mr Richard menghadiri satu jamuan makan malam di antara pengedar-pengedar kereta Honda. Perempuan ini pun ada bersama. Rupa-rupanya syarikat besar itu milik bapanya. Baru aku tahu hari ini.

"Yes!! dah ingat. Nice to meet you again…" Aku tercakap orang putih.

Diana merupakan Managing Director menggantikan jawatan ayahnya. Memang ada kelas perempuan ini. Walaupun penampilannya agak ringkas tapi mengasyikkan mata-mata yang memandang. Dia murah dengan senyuman dan tidak lokek mengeluarkan pendapat apabila di tanya.

"Wie..tak jawab pun soalan I!! Kenapa you kurus sangat ni? Last time berisi sikit I tengok. Kepala pun dah semakin botak lagi…" Kami sama-sama ketawa.

"I diet…" Sengaja aku melawak.

106

Page 107: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ye la tu..diet!! Busy sangat ke sampai tak makan?" Ku biarkan soalan dia tanpa jawapan.

Aku teringat semula kata-kata doktor yang memberikan keputusan ujian kepadaku tempoh hari. Biarlah ia terngiang-ngiang di corong telingaku. Belum tiba masanya untuk aku menceritakan kepada semua. Biarlah aku dengan kehidupan aku hari ini.

Selepas pertemuan singkat itu, boleh di katakan hubungan aku dengan Diana berjalan lancar. Secara peribadinya aku memang menyukai dia. Dia seorang perempuan yang sungguh memahami. Senang diajak berbincang dan mudah pula memberikan senyuman walaupun dalam kepenatan.

Tapi pada waktu yang sama aku tidak boleh berharap macam dahulu sewaktu aku mengenali Nurul Laily. Aku kena berhati-hati dalam memberi sebarang keputusan.

Bagi Diana pun sama. Dia tidak langsung memaksa aku atau pun bertanya aku tentang perhubungan ini. Baginya aku seorang sahabat yang boleh dibawa ketengah ketepi. Maksudnya boleh diajak berbual ketika senang mahu pun susah. Dia tahu kisah hidupku. Dan dia tetap menghormati segala keputusan yang telah aku buat mahupun yang bakal aku buat.

Aku berterima kasih dengannya kerana sentiasa mengingatkan aku tentang Qada' dan Qadar Tuhan. Memang ada ciri-ciri wanita yang aku idamkan selama ini. Wajah keibuannya menambat hati lelaki aku. Aku berterima kasih kerana Allah telah menemukan aku dengan wanita ini. Noor Diana Abdul Hamid. Inilah satu-satunya pendorong untuk aku terus mengharungi liku-liku kehidupan.    

107

Page 108: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

SEPTEMBER 2004

Sekali lagi hubungan aku dengan Diana berjalan lancar. Tapi yang macam aku cakap dulu, aku tak mahu terburu-buru. Kalau ada jodoh ada la. Dan aku tak mahu berharap. Dengan keadaan aku yang macam ni... aku tak mahu ada orang yang akan menangis dan terluka. Biarlah aku yang terluka. Aku sanggup.

Kadang-kadang wajah Laily tetap muncul di depan mata aku. Aku pun tak tahu kenapa. Ya Allah... jauh kan lah kenangan aku bersama dia. Kuat kan lah hati aku untuk melupakan dia. Dia dah jadi milik orang lain... Entahlah... Aku pun tak tahu. Mungkin Laily adalah kekasih awal dan akhir aku.. Itu sebab aku susah nak lupa dia. Apapun, aku harap dia akan tetap berbahagia buat selama-lamanya. Itu doa aku untuk dia selalu. Dan aku akan rasa bahagia bila orang kesayangan aku akan terus bahagia. Itu janji aku pada diri aku sendiri.

Diana pun tahu pasal Laily. Itu pasal di tak pernah paksa aku dalam hubungan kami ini. Hubungan kami memang rapat. Tanpa ada mainan perasaan... Tanpa ada luahan perasaan… Biar dia jadi sendiri… Biar dia datang sendiri... Tapi aku tahu perasaan Diana. Dan dia tak pernah nak paksa aku....

Hari ni aku ada temujanji dengan Diana. Dia tunggu aku kat KLCC. Aku sebenarnya malas nak pergi sana. Entahla... mungkin di sana banyak kenangan aku dengan Laily kot. Tapi nak buat macam mana...aku ikut sahaja.

Lepas penat jalan-jalan, kami singgah di Nando's. Tempat kegemaran Diana. Sama dengan Laily.... suka makan nando's... sambil makan kami borak-borak kosong...

"Wi, awak tak balik kampung ke?"

"Hah! apa?"

108

Page 109: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Ish! awak ni berangan la... saya tanya, tak balik kampung ke?"

"Tak tau lagi... kenapa? Nak ikut ke?" Aku saja nak usik dia...

"Kalau boleh saya nak ikut. Boleh tak?"

"Awak ni biar betul.... rumah saya tu rumah kampung. Takut awak tak selesa ja.."

"Tak apa, saya nak tahu macam mana kehidupan awak kat kampung. Lagipun........"

"Lagi pun apa?" Aku mula tak sedap hati dah ni....

"Lagipun...Laily pernah ke sana kan? Pernah pergi rumah awak kan?"

Aku mula teringat balik. Memang dia pernah ke rumah aku. Masa aku tumpang dia balik lepas kenduri Akma. Mak dengan abah aku memang suka kat dia.. tapi nak buat macam mana... tak ada jodoh. Aku redha...

"Tengok lah dulu macam mana...tak tau lagi..."

Diana tersenyum saja. Aku terpaksa buat macam tu..aku tak mahu dia terlalu berharap pada aku. Sebab aku tak mahu dia kecewa..maafkan aku Diana..

Kerana tidak mahu menghampakan Diana, aku bawa juga dia balik kampung aku.. Tapi aku bagitau awal-awal dah dekat mak aku. Aku bukan bawak calon menantu tau. Aku saja nak bagi dia merasa duduk kat kampung. Itu pun kemahuan dia. Kami bertolak hari Sabtu pagi. Dalam tengahari kami sampai kat kampung aku dah.

"Wi..... bestnya kampung awak... seronok la tengok.... sawah ni... hijaunya......"

Diana tersenyum puas. Aku nampak dia bukan main seronok lagi tengok bendang kat kampung aku ni. Time ni pula padi tak masak lagi. Masih hijau. Itu pasal Diana bukan main seronok tu. Aku? Aku pun asyik dok perati pokok-pokok padi tu. Memang time ni la time kesukaan aku dengan adik aku Mimi. Kami suka lepak kat bendang time-time macam ni. Tenang saja. Itu pasal abah buat pondok kecik untuk kami lepak petang-petang sambil belajar. Tapi pondok tu pun dah tak ada. Dah reban dah. Ya la... time tu aku sekolah lagi. La ni dah tua dah... hehehhe....

"Awak selalu turun ke sawah ye.... bestnye...."

"Memang best pun. Bagi saya la... tapi kalau awak ermm....tak tau la....."

109

Page 110: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aaku tersengih tengok dia muncung. Perangai macam Laily... Ya Allah......

"Teruk la awak ni.... ape pulak...."

"Ye la... dengan lintah.. dengan pacat... awak suka ka? Sat lagi tak pasal-pasal lari satu kampung.... baru nak tau...."

"Huh! Teruk!! hehhehe....." Dalam muncung-muncung pun dia tersengih balik. Sebijik perangai Laily.... Laily lagi? Tabahkan la hati aku, Ya Tuhan...

"Dah jom! kita sampai dah.."

"Hah! dah sampai? Cepatnya...."

"Ya la... dah awak dok asyik tengok bendang saja... mana nak perasan. Tak apa kejap lagi saya bawa awak pi bendang tau... lepas tu kita pi kebun pulak tau... jom...."

"Eeeiiii...... bestnye.... ok....."

Selepas bersalaman dengan mak aku, aku suruh Diana rehat dalam bilik adik aku Mimi. Dia kan tak ada. Ada di Penang... sambil-sambil tu aku borak dengan mak aku.

"Lawa budaknya Mawi....." Mak dah mula dah....

"Eermm.... memang pun mak..... tapi kami kawan saja mak. Tak lebih pun. Wie dah bagitau kan...."

"Eermm... ya la... mak tau la... tapi kelaku dia elok sungguh. Berbudi mak tengok. Macam kawan hang yang mai hari tu.. sapa ka nama dia... ha.. Nurul..."

Aku terkejut tengok mak aku. Mak aku pun perasan jugak ka yang perangai depa sama.... aku ingat aku sorang saja perasan...

"Ya ka....? Betul kot.... Mak masak apa hari ni?" Aku saja nak alih tajuk. Aku tak mahu mak aku ingatkan aku pasal Laily lagi. Dia dah jadi isteri orang dah...

"Ni ha... mak buat masak lemak cili padi. Dengan ikan keli masak cabai... hang suka kan...."

Aku peluk mak aku. Rindu sungguh aku dengan dia... aku capai air suam segelas. nak makan ubat.

"Hang tak baik lagi ka Mawi? Risau mak tengok. Badan hang pun makin kurus mak tengok. Hang kenapa? Hang sakit ka... bagitau la kat mak...."

110

Page 111: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Wi tak apa-apa la mak... ni vitamin.. doktor bagi. Itu pasal makan. Tak ada apa-apa la...." Maaf mak.. belum sampai masa untuk Wie berterus terang...

"Assalamualaikum.... ade apa apa yang boleh saya tolong makcik?" Dalam dok borak dengan mak aku, Diana terjenguk.... terkejut jugak aku....

"Waalaikumsalam.. tak payah la Diana.. tak ada apa pun. Pergi la duduk kat atas tu…. Sat lagi kita boleh makan dah. Sat lagi pakcik hang balik la tu..."

"Tak pe makcik... biar saya tolong makcik je....."

Aku tengok Diana ni memang ringan tulang. Dia tolong mak aku sediakan makan tengahari kami. Cekap dia buat kerja. Memang lengkap pakej dia ni nak buat isteri. Tapi aku.... biar la dulu...... Aku tinggalkan mak dengan Diana di dapur. Aku duduk dekat beranda tunggu abah aku balik. Kepala aku kadang-kadang dating jugak sakitnya. Tapi itu la... dah macam hidup bergantung dengan ubat dah... tapi tak apa lah....

Aku teringat balik tujuan aku balik kampung ni. Sebenarnya aku ada surprise untuk mak dengan abah aku ni... Tunggu lepas makan sekejap lagi. Lepas Isyak ka, aku bagitau hajat aku ni. Hajat untuk kedua ibu bapa aku sebelum....

Petang itu aku bawa Diana merayau kat kampung aku. Aku bawa dia pi bendang.. pi kebun... bukan main suka lagi dia...

"Saya suka sungguh duduk  kat sini Wi.... tenang... damai.... seronok betul...." Aku tersengih tengok dia....

"Family awak pun baik... saya suka betul la. Kalau boleh saya nak duduk sini jugak satu hari nanti....." Sambil dia cakap dia tengok aku.. Aku tahu apa maksud dia..

"Jom balik.. dah lewat petang dah. Nanti tak sempat pula saya nak pergi masjid." Terpaksa aku tukar tajuk... maafkan aku Diana....

"Eerm... jom...." Diana tersenyum hambar.

Lepas balik dari masjid, kami makan malam. Lepas mak dengan Diana kemaskan tempat makan, aku panggil mak dengan abah aku ke beranda.

"Mak.. abah... Wi ada hal nak bagitau ni..." Mak dengan abah aku tenang saja tengok aku...

111

Page 112: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

"Apa dia Mawi.. cakap la... mak dengan abah dengar ni...."

"Macam ni... sebenarnya, Wie dah daftarkan nama mak dengan abah kat tabung haji. InsyaAllah, mak dengan abah boleh pergi haji lepas raya ni. Kira bulan depan mak dengan abah dah boleh pergi ambik kursus haji...." Mak dengan abah aku terkejut tengok aku.

"Hah! Betul ka Mawi? Ada ka duit hang?"

"InsyaAllah abah... Wi ada duit. Memang Wi dah lama nak bawak mak dengan abah pergi haji.. La ni ada rezeki lebih sikit, tu pasal Wie buat tu...."

"Alhamdulillah.... termakbul jugak impian kami Mawi... Hang pergi sekali ka?"

"Tak kot mak….. Wi tak pergi lagi. InsyaAllah, umur panjang Wi menyusul jugak. La ni biar mak dengan abah dulu yang pergi…...."

Alhamdulillah.... harap-harap termakbul impian aku nak hantar kedua orang tua aku pergi menunaikan haji. Kami bersembang-sembang kat luar. Mak dengan abah aku bukan main suka lagi. Diana datang sambil bawak kopi pada kami. Dalam asyik borak-borak, aku tak sedar yang aku dah terminum kopi tu. Kepala aku dah buat hal dah. Tapi terpaksa aku tahan depan diorang semua. Dekat pukul 12 malam kami semua masuk tidur.

Dalam bilik, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya kepala aku. Aku rasa macam nak hentak-hentak saja kepala aku ni kat dinding. Aku cuba tidur selepas telan ubat 2 biji. Badan aku dah berpeluh-peluh. Tak tahu pukul berapa aku tertidur…....

Kringgggggg!!!!!! Kringgggggg!!! Kringggggg!!! 

Aku terkejut dari lena ku. Rupanya jam loceng yang aku kunci tadi sudah menjalankan tanggungjawabnya. Aku!!! aku sebenarnya sebelum tidur telah mengunci jam agar aku dikejutkan tepat pukul 3 pagi untuk menunaikan solat sunat Ishtikharah. Kini sudah jam 3 pagi.

Ya Allah..rupanya aku bermimpi. Adakah mimpi ini benar-benar akan terjadi? Atau adakah ini hanya mainan sementara aku masih hidup di dunia ini….. Aku mengeluh panjang sambil menekupkan mukaku dengan telapak tangan.

Aku lantas ke bilik air lalu mengambil wuduk. Aku khusyukkan diriku mengadap Ilahi. Selesai bersolat aku menadah tangan memohon keampunan dari-NYA. Aku berserah kepada-Mu Ya Allah. Kau tunjukkanlah aku jalan yang diredhai oleh-Mu Ya Allah. Kau berilah aku peluang untuk aku membahagiakan keluargaku dan Kau berkatilah segala yang aku lakukan setiap hari. Amin Ya Rabbil Alamin.

112

Page 113: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Berbulan lamanya aku berulang alik ke hospital untuk membuat pemeriksaan ke atas penyakit aku. Selama ini jugalah staff-staff HUKM ni dah kenal dengan aku. Dah tak larat jugak aku melayan senyuman mereka-mereka ni. Bukan lah aku nak bersikap perasan, tapi memang ramai yang berkenan dengan aku. Ada jugak dikalangan pesakit-pesakit di situ yang ingin bermenantukan aku bila mereka ni tahu yang aku belum berumahtangga. Aku pun pelik kenapa mereka pilih aku sedangkan ramai lagi pesakit yang datang silih berganti setiap hari. Pilih sahajalah di antara mereka-mereka ini. Mungkin inilah dinamakan aura. Aura seorang aku yang bernama Asmawi.

Noor Diana pun ada ketika bila datang rajinnya, akan menemani aku membuat pemeriksaan. Bukan aku yang mengajaknya, tapi dia sendiri yang menawarkan diri untuk menemani aku. Jadi aku tak dapat nak berbohong mengenai penyakit aku kepadanya. Bagus juga ada si Diana ni, boleh juga dia menghiburkan hati aku yang berkecamuk dek penyakit aku ni. Kekadang tu bila tengok raut wajahnya, aku kembali teringat kepada mak aku di kampung.

Mengenai penyakit aku ni… mak dan abah aku dikampung tak tahu menahu langsung. Kalau boleh biarlah mereka tak tahu langsung. Aku risau sebenarnya kalau mak aku tahu hal ini. Mak mana yang tak risau kalau apa-apa terjadi kepada anaknya. Ayah mana yang tak sedih kalau anak kesayangan akan pergi meninggalkan mereka suatu ketika nanti….

“En Asmawi.. Ade panggilan line 2!!” Kedengaran suara Jacqueline di intercom bilik aku mematikan semua lamunan aku.

“Ermm..siapa ye. Kalau tak penting you ambil mesej sahaja. I tengah busy lah…” Aku sebenarnya tak lah sibuk sangat, tapi entahlah, terasa penat pulak hari ini. Kenapa? Entah..

“I’ts urgent. Perempuan, tapi tak pula dia beritahu namanya. Nak pick-up ke tak nak?”

“Urgent!!..perempuan.. Jac tak pe lah… you just ambil mesej. Nanti I’ll call her back. Thanks. Oh ya..kalau ada call lagi… cakap I busy atau you cakap apa yang patut.. Ok!!”

113

Page 114: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ermm ok.”

Jacqueline ni memang seorang pembantu yang baik, peramah dan boleh diharap. Itu yang pentingnya kalau nak jadi PA aku. Dia tahu apa yang perlu dibuatnya kalau aku ada alasan untuk tidak mahu menjawab sebarang panggilan. Boleh dikatakan semua yang menalipon aku perlu ditapisnya dahulu. Cun jugak budak perempuan ni. Tapi dia beragama Kristian. Pernah dia mengajukan soalan kepada aku bagaimana nak masuk Islam.

Dia juga banyak membeli buku-buku tentang Fardu Ain dan bab-bab sembahyang. Kadang-kadang aku segan jugak dengan minah ni sebab bila tengok pekerja yang asal Islam tapi tak pulak serajin minah ni dalam bab-bab Agama ni. Pakaian dia jugak boleh dikatakan menutup aurat Cuma tak bertudung sahaja. InsyaAllah minta-minta suatu hari nanti dia akan beroleh hidayah daripada-Nya. Aku tumpang gembira kalau Islam agama pilihannya.

Tahun ini jugalah segala-galanya berlalu seakan begitu cepat bagiku. Perjalanannya terlalu singkat. Kalau boleh ingin aku pusing waktu agar kembali kepada zaman kanak-kanak ku semula. Rasanya belum puas aku kecapi hidup di alam ini.

Diri aku sendiri… Aku sudah pun mempunyai kereta sendiri. Cadangnya kereta Toyota Vios ini untuk dihadiahkan kepada abah aku. Tapi abah menolak dengan alasan tak sesuai. Lagipun abah selesa dengan kereta Mininya itu. Kata mak.. abah minat kereta Honda Civic, kalau tak mampu nak beli yang baru, yang terpakai pun jadilah. Tak apa, InsyaAllah kalau ada rezeki lebih.. aku belikan untuk abah kereta itu. Kesian juga bila teringatkan kembali keinginan abah aku ini.

Motor TZM aku, aku jualkan kepada Johan. Lagipun dia memang minat sangat motor jenis begitu. Untuk anak muda sesuailah. Aku dah tak layak lagi menunggang motor ini. Sayang sangat aku pada motor ini. Inilah kenangan aku. Tapi aku harap Johan akan dapat menjaganya dengan baik sebagaimana aku menjaganya dahulu.

Di kampung pula, tanah abah aku yang dikongsi bersama abang dan adiknya kini telah diusahakan mejadi kawasan penempatan. Seluas 21 ekar semuanya, dan kesemuanya dijadikan taman perumahan. Alhamdulillah rezeki keluarga aku bertambah dari hari ke sehari. Setelah selesai projek yang dijalankan, abah aku mendapat beberapa buah rumah berdekatan situ. Ada rumah banglo, ada rumah teres dua tingkat berkembar dan ada rumah

114

Page 115: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

teres berkembar satu tingkat. Abah dapat rumah betul-betul di tepi jalan yang mempunyai lebihan tanah. Memang ini yang abah inginkan selama ini.

Dua buah rumah teres 2 tingkat ini abah jadikan satu. Bermakna abah dah pecahkan di bahagian dapur dan di ruang tamu, menjadikan ruang rumah ini lebih besar. Di bahagian dapur abah buat sendiri, bahkan setiap kerja-kerja pengubahsuaian di lakukan oleh abah dan 2 orang kawannya yang lain. Bermakna kos pun berkurangan sedikit.

Wajah mak pun bertukar jadi ceria. Kekadang aku suka mengusik mak dengan abah aku. Aku panggil mereka berdua sebagai ‘Orang Kaya Baru’. Adik-adik aku terutama Acu aku gelarkan ‘anak orang kaya’… tapi mak aku selalu marahkan aku. Katanya takut kalau-kalau orang yang tak patut mendengarnya. Maksudnya orang yang berniat jahat kepada keluarga kami. Ada betulnya teguran mak aku ni.

Aku tumpang gembira dengan perubahan yang berlaku kepada keluarga aku ni. Setelah sekian lama mak dan abah bersusah payah. Sekarang inilah masanya untuk mereka berehat setelah penat bertahun-tahun. Tapi mak dan abah tetap mereka yang aku kenal dulu. Mereka tak pernah pun menganggap kemewahan ini untuk mereka bersenang lenang tanpa membuat apa-apa pekerjaan. Abah tetap ambil upah buat rumah dan bancuh simen. Cuma kerja-kerja di bendang tidak diusahakan lagi kerana sudah tiada bendang di kawasan kami.

Mak pula tetap dengan kerjanya yang sehari-hari pernah dibuatnya dulu. Cuma kini dia rajin mengasuh anak-anak jiran yang inginkan khidmatnya. Mak aku memang penyayang orangnya, sebab itulah sehingga sekarang dia sudah punya 12 orang anak angkat. Dari umur 20 tahun sehinggalah umur 1 tahun. Meriah rumah keluarga aku kalau mereka semua berkumpul.

Aku bersyukur dengan pemberian ini. Inilah berkatnya bila abah langsung tak pernah fikirkan untuk menjual tanahnya sewaktu kami hidup susah dahulu. Mak juga pernah berpesan pada abah supaya jaga harta pusaka ini terutamanya tanah. Kini… Alhamdulillah terbukti apabila pergorbanan mereka selama ini berhasil.

115

Page 116: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

2 buah rumah teres berkembar.. abah sudah jualkan. Salah sebuahnya di jual kepada kakaknya sendiri. Yang sebuah lagi kepada orang luar. Alhamdulillah dapat jugalah abah merasa duit dari hasil jualannya itu. Rumah banglo di hujung taman sahaja yang sedang menunggu siapa yang bakal menjadi pemiliknya. Aku bercadang untuk membeli rumah itu, tapi disebabkan aku pun sudah mempunyai 2 biji rumah, jadi terpaksalah aku batalkan hasrat aku untuk membelinya.

Mimpi aku bersama Diana di kampung selalu mengganggu urusan kerjaku. Aku rasa semacam ada kelainan dalam perhubungan aku dengan Noor Diana ini. Sebelum ini, tak pernah aku alaminya walaupun dengan Nurul Laily. Adakah permintaan aku Allah makbulkan? Atau adakah ini yang dinamakan CINTA….

Dengan Nurul Laily aku tak pasti sama ada aku menyintainya…. kerana apa yang aku tahu aku teramat menyayanginya. Tetapi, dengan Noor Diana, seakan ada satu perasaan yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Segala tindak tanduk aku ketika aku bersamanya seakan melahirkan sesuatu. Adakah Diana perasan dengan perubahan sikapku ini? Atau dia sengaja buat-buat tidak faham?

Aku cuba mencari di dalam buku-buku majalah mahupun buku-buku ilmiah tentang perasaan yang tersurat ini, namun kesemuanya hampa. Tiada satu pun yang dapat mengolah perasaan aku terhadap Noor Diana.

Apa? Istimewa sangatkah si Diana ini.. sehinggakan aku ada kalanya terleka di buai mimpi mainan ku sendiri!!

Arrgghhhhhh!!!!! Aku melaung sekuat hatiku agar terlerai segala kekusutan ini..

116

Page 117: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Namun adakah mimpi-mimpi ini akan menjadi realiti? Dan adakah mungkin bila terjadinya realiti akan berakhirnya noktah kehidupanku?

Ya Allah!!!!! Air mataku menitis laju bagaikan tiada hentinya.

FEBRUARI 2005

2 berita yang sangat menggembirakan aku. Kedua-dua orang adik aku Mimi dan Suzie sudah melahirkan cahayamata mereka pada hari yang sama. Cuma waktu sahaja berbeza. Syukur Alhamdulillah, akhirnya….

Mimi melahirkan seorang cahayamata perempuan. Comel sangat rupanya ada mirip-mirip rupa Harun. Putih melepak kulitnya. Betapa besarnya kusa-Mu… Ya Allah. Aku tengok emak dan abah tersengih sepanjang hari. Maklumlah baru dapat cucu. Bagaikan dunia ini mereka yang punya.

“Abang long!!!” Jeritan Harun menyentak pandanganku.

“Apa… hiss!! Hang ni. Kan sini hospital. Awatnya hang jerit bagai nak rak ni?” Aku dengan nada terkejut terus sergah Harun.

“Nih..abang long!! Mimi dah boleh keluar hari ni. Nak mintak abang long bawa Mimi balik rumah mak. Lagipun kereta saya ada kat begkel. Semalam tayar kempis tak dan nak tukar lagi”.

“Ermm..mak tau ka?” Aku bertanya kompius.

“La..ni mak punya idea la ni. Takkan abang long tak tau perangai mak dengan abah... Dari mula haritu lagi dah depa suruh Mimi duduk sana. Senang sikit. Ada orang tengokkan. Kalau nak harap kat saya… entahlah nak jadi lagu mana nanti.”

“Ha!! Kalau macam tu ok lah. Nanti abang long uruskan. Hang dah pergi bayar ka duit hospital ni. Ada duit? Kalau tak ada abang long bagi dulu!!”

“Dah..dah..tadi dah pi bayar dah. Ni nak pergi kemas barang-barang Mimi.” Sambil berjalan menuju kebilik yang menempatkan Mimi dan anak mereka.

Perjalanan dari Penang Specialist ambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Kalau nak di ikutkan.. bukannya jauh sangat, tapi disebabkan ada Mimi dan anaknya yang baru lahir ini, terpaksalah aku drive kereta perlahan-lahan.

Mak asyik memangku cucunya yang satu ini. Abah pulak sesekali menoleh ke belakang memerhatikan mereka bertiga iaitu mak aku, cucunya dan Mimi.

117

Page 118: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Macamlah anak kecil itu dapat memahami perbualan mereka. Aku tersenyum sendirian sambil sesekali menyampuk perbualan mereka.

“Mimi..hang nak bubuh nama apa kat baby tu?”

“Dah ada dah!! Tapi bang Harun kata nak suruh abang long yang pilihkan. Tak tau lah pasal apa.”

“La awatnya macam tu. Abang long hang bukannya berpengalaman ada anak. Dia tau ka nak bubuh nama apa!!” Terdengar mak aku pula mencelah.

“Abang Harun kata, buku ada. Abang long boleh cari kat dalam buku tu. Siap dengan maknanya sekali. Tak apa lah mak..biar abang long yang bagi nama kat baby ni. Tengok…baby ni pun senyum mak!!” Sambil menyusukan anaknya itu, Mimi minta aku jugak yang menamakan anaknya itu.

“Hermmm…nantilah abang long fikirkan. InsyaAllah………” Hanya itu yang perlu buat masa ini.

Suzie.. adik angkat aku melahirkan 2 orang cahayamata lelaki, kembar. Mungkin inilah rezeki yang Allah beri setelah dia keguguran tahun lalu. Hal ini pun aku dapat tahu melalui Man sebab Man ada call aku selepas seminggu mereka pulang ke rumah dari hospital. Kata Man rupa anak-anaknya saling tak tumpah muka Suzie. Comel. Alhamdulillah keduanya sihat. Suzie pulak banyak kehilangan darah semasa bersalin. Yang menakjubkan, dia dapat bersalin dengan keadaan normal tanpa pembedahan. Mulanya doktor kata nak lakukan pembedahan sebab saiz anak-anaknya besar, tapi Suzie menolak. Dia teringin sangat nak melahirkan secara normal, dan inilah hasilnya. Ketiga-tiga mereka selamat.

“Man..nanti hang kirim salam pada Suzie tau. Cakap kat dia aku tumpang happy sekali. Dah dapat 3 orang anak buah serentak!!”

“InsyaAllah Wi. Tak kan lah aku tak mahu sampaikan salam abang dia.. Dia pun beriya-iya nak bafgitau kat hang pasal ni. Lagi pun dia tengah tidur kalau hang nak bercakap dengan dia…”

“Eh..buat apa ganggu dia. Biarlah dia berehat. Hang kirim salam peluk cium kat baby-baby tu tau. Teringin aku nak tengok depa ni. Tengoklah bila aku balik KL nanti, aku pergi jengok hangpa. Aku pun 2 hari lagi baliklah KL. Saja balik jengok mak abah aku. Tup-tup adik aku Mimi pulak bersalin masa ni. Memang rezeki akulah kan…hehehehe…”

“Hakhakhak!!!” Kami berdua ketawa dicorong telepon masing-masing.

“Ok lah Wi…. AKu nak pergi ambik mak aku kat airport sat lagi. Nanti kalau Suzie bangun aku cakap kat dia na…. Assalamualaikum!!”

“Waalaikumsalam……….” Aku tersenyum lagi seorang diri.

118

Page 119: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Masih aku terbayang pengakuan Man beberapa tahun lalu yang dia sukakan Milah anak Tok Penghulu kat kampung aku ni. Memanglah masa sekolah dulu mereka berkawan rapat. Dah macam belangkas.

Rupa-rupanya masa Man nak pergi hantar rombongan peminangan, Milah sudah punya teman istimewa. Bukan Milah nak rahsiakan hubungan mereka kepada Man, tapi Milah rasa hubugan dia dengan Man hanya sebagai sahabat. Hanya itu sahaja. Dan Man pula tak pernahnya bertanyakan hal ini kepada Milah. Maksudnya kedua-dua mereka salah dalam hal ini. Itu akulah yang kata.

“Wi.. malunya muka aku... Nasib baik belum sempat pergi lagi rumah dia!!” Suatu hari Man lemparkan masalahnya kepada aku.

“Malu!!!..awatnya?”

“Hang nak tau tak….. si Milah rupanya dah ada boyfriend masa dia study kat oversea dulu…..”

“La… awatnya jadi lagu tu. Dia tak bagitau kat hang ka?” Aku pun hairan sebenarnya. Lagipun setahu aku memang mereka berdua berkawan dari dulu sampai la sekarang.

“Manalah aku nak tau. Aku pun silap jugak kot sebab tak pernah tanya kat dia perasaan dia kat aku. Bertepuk sebelah tanganlah jawapnya aku ni.!!” Seakan mengeluh Man aku tengok waktu ni. Dengan mukanya yang merah padam, berpeluh-peluh pulak tu..memang kesian sungguh.

“Habis tu, mak bapak hang tau tak? Aku bertanya bila Man sudah relek kembali.

“Sebelum ni memang depa dok tanya aku kalau-kalau Milah dah ada orang yang punya, tapi aku confident saja… cakap dia hanya kawan dengan aku sorang… Hehehe.. tu yang aku malu sangat ni!!”. Rupanya boleh tergelak lagi mamat ni rupanya.

“Kiranya la ni tak jadi lah hajatnya nak beristerikan Milah anak Tok Penghulu ni.. Habis tu hang nak buat apa?”

“La.. aku masih aku lah Wi... Apa la hang ni… Aku macam biasalah..nasib baik ada spare.. hakhakhak!!!” Ketawa lagi.

119

Page 120: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Hang ni kan..memang lah betul hang Man oi!!!! Benda macam ni pun hang boleh gelak lagi. Cayalah kat hang. Ahak ahak ahak!!!” Aku pun tumpang gelak sekali.

Bila mengingatkan cerita ini, aku kembali ketawa sorang-sorang.

Ermm…Man!! Man!!! Rupanya yang spare tu adik angkat aku sendiri.. Suzie. Tak pa lah Man dah rezeki hang..nak buat macam mana.. dan dapat anak kembar lagi.. Bahagianya hangpa…hehehehe!!!

120

Page 121: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

AWAL APRIL 2005

“Mak… Wi nak kawin la mak.. ok tak?” Aku bertanya soalan ni kepada mak aku. Mak aku…… apa lagi terkejut sakan la dia waktu ni.

“Ha Mawi!!! Hang nak kawin? Dengan Siapa? Anak Siapa? Duduk kat mana? Bila? Abah hang dah tau ka? Mak bapak perempuan tu tau ka? Dia pun setuju ka?”

Dan bermacam jenis soalan lagi yang dia tanyakan kepada aku. Bukan dia melatah tapi dia memang terkejut sesangat. Mana tidaknya, sebab salama ini tak pernah aku utarakan perkara kahwin-kahwin di depannya. Dan yang sebetul-betulnya aku sendiri pun tak tahu nak kahwin dengan siapa. Anak siapa dan dia tinggal di mana.

Adoi!!!!!! Kenapa aku pandai-pandai cakap macam tu kat mak aku tadi!!

Selalunya percakapan secara spontan ni ada ketikanya membawa maksud sebenarnya perasaan seseorang itu. Ini aku ada baca dalam sebuah buku bahasa Inggeris yang aku terjemahkan sendiri dalam bahasa Melayu aku. Sejak dua menjak ni memang aku rajin membaca buku-buku tentang perasaan dan kehidupan.

Semenjak aku kenal si Diana la ni... memang dia ni ada aura semacam aku. Atau pun sebab aku dah tak ada teman wanita lain, sebab itu kepala otak aku asyik teringat kat dia sahaja. Cuba kalau aku ada perempuan lain.. tapi kesian pulak kat depa-depa tu. Hai..entahlah..

“Mawi… hang dah pikir masak-masak ka pasal benda ni? Hang jangan buat main benda ni!!” Abah pulak sudah berada di hadapan aku waktu ini.

“La.. pasal apa pulak ni. Sapa yang main? Main apa abah?” Seakan aku dah tak ingat apa yang aku buat sehinggakan abah aku cakap macam tu kat aku.

“La.. mak hang kata tadi hang nak kawin…” Nampak wajah abah dah macam kompius 100 peratus.

“Oooo..benda tu ka. Memang Wie ada tanya kat mak tadi..Wi nak kawin ok tak? Yang tu saja pun... Awat yang mak kata Wi nak kawin pulak?” Aku sengaja putar belitkan cerita. Rasanya memang betul apa yang aku cakap tadi. Aku cuma tanya kat mak aku sahaja. Bukan aku kata betul-betul aku nak kahwin.

“Hisshh!! Kalau betul pun awatnya... Elok sangatlah tu. Hang pun bukannya muda sangat lagi. Dah nak masuk 30 dah umur hang tahun ni.” Mak mencelah kembali setelah tak puas hati dengan jawapan aku.

121

Page 122: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“La.. ya ka.. elok sangatlah tu Mawi…. Abah sokong. Hang bagitau siapa dia.. Anak siapa..biaq abah dengan mak hang pi merisik.. lepas tu terus hantaq belanja bertunang.. elok sangatlah tu..”

Aku tenung satu persatu wajah emak dan abah. Kelihatan berseri-seri wajah mereka berdua apabila persoalan ini ditimbulkan. Mungkin sudah sekian lama mereka menunggu hari ini, dan kini harinya sudah tiba..

“Mawi!!!! Selamat Hari Lahir…” Ucap Pie dan Nizam serentak bila mereka terserempak dengan aku diluar tandas.

“Ha!!..La hari ni ka. Aku pun dah terlupa lah. Terima kasih bebanyak kat hangpa berdua. Ingat jugak hangpa kat hari lahir aku.”

Memang terharu sungguh aku hari ini sebab masih ada kawan-kawan aku yang ingat bahawa hari ini hari lahir aku. Padahal aku sendiri pun terlupa tentangnya. Lagipun tak pernah selama hayat aku, aku menyambut kedatangan hari ini. Aku hanya sekadar bersyukur pada setiap hari bahawa aku masih lagi bernyawa dan bernafas. Alhamdulillah.

Aku masuk ke dalam bilik aku. Belek-belek apa yang patut. Sesekali aku terpandang tiga empat keeping surat di dalam kotak simpan surat. Aku terpandangkan satu sampul yang lain warnanya dari yang selebihnya. Aku ambil lantas membukanya. Ada sekeping kad berwarna hijau di dalamnya.

Tertera tulisan “SELAMAT HARI LAHIR KHAS BUAT.. AHMAD ASMAWI JAMALUDDIN.. SEMOGA KEHADIRAN HARI INI MEMBAWA SERIBU ERTI BUATMU. Ikhlas dariku : - NOOR DIANA ABDUL HAMID. P/S : Jangan Lupa Makan Ubat…

“Ermm..ingat jugak dia pada aku rupanya.”

Sambil tersenyum aku perhatikan kulit luar kad ini. Simple sahaja. Hanya terlukis gambar masjid dan pokok-pokok kelapa di sekelilingnya. Seingat akulah, yang aku selalu nampak kalau kad-kad macam ini mesti gambar bentuk hati atau lukisan bunga kalau tak pun… perkataan cinta atau sayang di dalamnya. Kalau gambar macam ni selalunya untuk ucapan hari raya sahaja.

“Apa-apalah. Janji Diana ingat kat aku.” Aku tersengih lebih jauh.

Tit..tit..tit.. handphone aku pulak berbunyi. Belum sempat aku membaca siapa yang menghantar mesej tersebut, boss pulak intercom aku supaya masuk ke dalam biliknya. Aku batalkan hasrat aku untuk membaca mesej tersebut. Lalu aku pun betulkan tali leher aku dan terus keluar dari bilik menuju ke bilik Mr Richard Tan.

122

Page 123: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku mengetuk pintu biliknya berkali-kali tetapi tiada suara yang kedengaran menjemput aku masuk. Aku cuba sekali lagi tetapi kali ini aku terperanjat dengan bunyi letupan kecil di telingaku.

“Hoi…terkejut aku!!!.” Sambil aku mengurut-urtkan dadaku akibat terkejut tadi.

“Surprise!!!!”. Aku tengok semua staff masing-masing ketawa terbahak-bahak termasuklah bos aku ni.

“Ya Allah!!. Nasib baik aku tak ada sakit jantung tau. Kalau tidak, dah kojol dah aku kat sini jugak”. Aku seakan bergurau dengan mereka semua.

“Asmawi. Happy Birthday.” Bos aku datang kepada aku dan terus dipeluknya aku.

“Ermm..thanks bos. O..nak kenakan I lah ni. Thank you.. thank you”. Aku tersenyum tanda suka.

“Come..kita makan-makan sambil borak-borak”. Bos aku mengajak aku menyertai kawan-kawan yang lain untuk meraikan hari lahir aku. Rupanya sudah tersedia sebiji kek bertulisan “Happy Birthday to Mawi” untuk aku. Kelihatan juga 5 bungkusan hadiah terletak disebelah kek tersebut. Aku berterima kasih kepada semua yang menjayakan hari ini. Terima kasih banyak-banyak. Terharu sungguh aku waktu ini. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya dan dapat membalasnya.

Selesai jamuan ala kadar ini, aku kembali ke bilikku untuk membaca mesej yang aku tak sempat lihat tadi. Oh rupanya Nurul Laily yang menghantarnya. Memang aku tak sangka sangat-sangat. Adik-adik aku pun ada menghantar ucapan selamat hari lahir kepadaku. Bahkan ramai jugaklah kenalan aku yang mengingati hari ini rupanya. Terima kasih sekali lagi.

Lewat jugaklah aku balik ke rumah hari ini. Aku naik ke tingkat atas menuju bilik tidur. Aku keluar semula dan aku kembali ke bilik bacaan. Di sinilah aku

123

Page 124: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

ingin berbual-bual dengan mak selepas aku menunaikan solat Isyak. Tanpa berlengah aku mendail nombor telepon kampung.

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam.. Abang long ke tu?”

“Siapa tu!!” Aku sengaja bertanya. Tapi aku macam perasan suara itu.

“Ijam lah. Tak kan dah tak cam kot suara ni!!” Nada suara adik aku sudah tinggi sedikit.

“La hang ka. Bila hang balik? Awat tak bagitau kat abang long!”

“Petang tadi sampai. Ada hal sikit nak ambil sijil-sijil. Lagi pun esok dah nak balik KL. Abang long tepon ni nak cakap dengan siapa?” Adik aku kembali bertanya sebab mungkin dia tahu yang aku bukan nak cakap dengan dia pun.

“Mak mana?”

“Mak..sat… Abang long! Mak tengah solat tu, abah pulak dah tidur. Nak tunggu mak jugak ke?”

“Ermm tak apa lah kalau macam tu. Bila senang nanti abang long tepon balik. Lagi pun dah lewat sangat dah ni. Kesian pulak nak kacau mak. Hang kirim salam kat mak, abah dengan acu sekali. Kalau hang rajin selalulah tepon abag long. Balik esok tu hati-hati sikit. Kalau bawak banyak duit, simpan kat tempat-tempat lain sama. Jangan satu tempat saja, tau……. Hang dengar tak?”

“Ha!!! Dengar lah. Orang tau la jaga diri…..

“Hem..iya ka? Tak apa lah… Abang long pun dah penat… Nanti bila senang abang long call lagi. Assalamualaikum!!”

“Waalaikumsalam. Babye!!”.

Talian diputuskan oleh adik aku. Rindu untuk bercakap dengan mak masih tidak terubat. InsyaAllah esok masih ada.

Tengoklah hujung minggu ni kalau aku tak ada aktiviti luar. InsyaAllah aku akan balik jugak.

Mak…tunggu Mawi mak!!!!!!!!! Aku menjerit perlahan.

Doktor manasihati aku agar melakukan pembedahan kalau aku mahu terus bersama-sama menjalani kehidupan seperti orang lain. Banyak contoh-

124

Page 125: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

contoh yang doktor perempuan India itu berikan kepadaku namun aku masih berdegil. Berdegil dengan segala keputusan yang telah aku buat. Aku tidak akan melakukan sebarang pembedahan. Tidak sama sekali!!! Biarlah aku menjalani hari-hari aku dengan tenang… tanpa memikirkan apa-apa. Mungkin kedengaran aku pentingkan diri. Ataupun sombong. Aku berserah segala-galanya kepada Allah.

Ya Allah…. Kenapa..? Kenapa..?

Aku melaung-laung sekuat hatiku. Kepala aku bagaikan hendak pecah. Berdenyut-denyut. Leher aku kembali terasa tegang. Kaki tanganku terasa kebas-kebas. Aku cuba memegang kepala ini… Cuba menenangkan perasaan. Mujurlah waktu ini aku berada di pejabat dan di dalam bilikku sendiri. Aku cuba duduk di kerusi. Membuka laci meja untuk melihat kalau-kalau ubat aku masih berbaki. Alhamdulillah masih ada lagi.

Aku melihat ke dalam mug yang terletak ditengah-tengah meja. Tiada setitis air pun di dalamnya. Di dalam bekas air pun sudah kering rupanya. Aku terketar-ketar untuk berjalan menuju ke arah pintu bilik. Sehinggakan aku sanggup merangkak-rangkak untuk membuka pintu bilikku ini.

“En Asmawi… kenapa dengan you..?” Terdengar suara Jacqueline seperti orang yang di dalam ketakutan.

“Tolong..ambilkan saya air…”

“Babaik …..”

Aku sempat melihat PA aku ni berlari menuju ke pantry. Ubat-ubat yang aku genggam terlepas ke bawah. Aku sudah tidak dapat menahan kesakitan ini. Aku hanya berserah kepada Allah.

Allahhhh…Allahhhh…Allahhhh!!!!!

Belum pun sempat PA aku memberikan segelas air… kakiku sudah tidak bemaya untuk berdiri. Akhirnya aku jatuh terkulai di lantai berkapet….

APRIL 2006

Aku pulang ke rumah macam biasa. Sunyi sepi keadaan dalam rumah aku ini. Almaklum lah baru kawin, mana nak ada anak-anak nak sambut aku bila aku

125

Page 126: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

balik dari kerja kan? Diana, aku tak mahu ganggu dia. Dia pun penat bekerja siang tadi. Biarlah dia dengan dirinya.

Pernah Diana suarakan pendapatnya untuk berhenti kerja. Tapi aku tak bagi. Aku tak mahu dia boring asyik terperap di rumah. Lainlah kalau sudah punyai anak-anak. Tapi entahlah… bila aku nak punyai anak sendiri kalau hubungan aku dengan Diana masih sama seperti mula-mula aku kenal dia. Maksudnya Diana masih seperti Noor Diana dahulu. Tak paham? Atau buat-buat tak paham!!.

Aku pun tak paham macam mana boleh jadi macam ni. Nikah sudah, tapi masih tiada apa-apa yang berlaku di antara kami. Percaya tak kalau aku katakan Diana masih dara lagi. Walaupun sudah duduk serumah, tapi aku masih tidak dapat berbuat apa-apa. Kami tak pernah bergaduh, tambahan pula Diana tak pernah buka mulut untuk bertanyakan soal ini. Mungkin dia paham. Tapi sampai bila dia sanggup begini. Dia kan isteri aku yang sah. Aku lah yang bersalah sebenarnya dalam hal ini.

Aku takut sebenarnya. Aku takut kalau-kalau aku tak dapat hidup lama. Aku sebenarnya kesiankan Diana. Tak patut aku kahwin dengan dia kalau aku asyik biarkan keadaan kami berlarutan begini. InsyaAllah aku akan usahakan sesuatu.

Aku naik ke tingkat atas menuju bilik tidur. Aku keluar semula dan aku kembali ke bilik bacaan. Di sinilah aku terlihat Diana sedang kusyuk membaca sesuatu.

“Assalamualaikum.. Ina sayang!!! Buat ape tu?” Di rumah aku gunakan panggilan Ina untuk isteri tersayang. Entah kenapa..aku suka dengan panggilan itu.

“Oh abang!! Waalaikumsalam. Tak de… saje baca buku-buku ni…” Sambil menundingkan ibu jarinya kearah 2 buah buku yang tidak kurang tebalnya.

“Ooo..baca buku… Buku apa Ina baca.. sampaikan abang balik pun tak perasan!!” Sambil bersalam cium tangan dengannya.

“Eerrmmm… tak ade apalah bang.. alah buku biasa-biasa saje..” Diana seolah-olah ingin merahsiakan sesuatu bila dia lekas-lekas simpan buku tersebut di dalam laci meja yang terletak berdekatan.

“Ermm…jom..kita keluar. Dah lewat ni. Tak nak tidur lagi?”

“Jom!!!!” Sambil memaut lenganku erat.

2 hari kemudian aku leka membaca di dalam bilik bacaan yang terletak di sebelah ruang tamu rumahku. Rumah ini aku beli dengan hasil titik peluhku selama aku bekerja di sini dengan harga RM320 Ribu. Mahalkan? Tapi di KL memanglah macam ni kalau nak rumah teres dua tingkat ala-ala rumah

126

Page 127: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

banglo. Keluarga aku pun tak selalu datang ke sini memandangkan kami selalu sibuk dengan urusan masing-masing. Mak kata kalau aku dah ada anak baru dia nak duduk rumah aku lama sikit. Tunggulah mak!!!! Nanti kalau ada rezeki……

Baru aku teringat sesuatu. Aku membuka laci meja disebelah kananku dan aku terpandangkan 2 buah buku yang agak tebal muka suratnya. Ini lah buku-buku yang menjadi teman isteriku di kala dia menyendiri. Aku amati tajuk di muka hadapan. Terasa menyayat hati aku tatkala melihat tajuknya. Buku yang kulit depannya berwarna biru laut bertajuk Penawar Di Kala Sunyi dan satu lagi buku yang berwarna merah hati kulitnya bertajuk Anak-Anak Pelita Hidupku… Membuatkan jiwa aku tak keruan. Aku belek satu persatu tajuk-tajuk yang terdapat di dalamnya dan aku dapati kesemuanya mengenai anak.

Ya Allah!!!! Inikah yang sebenarnya di cari oleh Ina. Maafkan abang sayang… maafkan abang!!!!”

Aku menekup mukaku dengan telapak tangan. Ada setitik dua air mata jatuh membasahi telapak tanganku ini.

Abang kejam!!!! Abang terlalu pentingkan diri sendiri… tapi untuk apa… untuk apa aku buat semua ini… untuk sakitkan hati isteriku sendiri.. oh tidak!!!!!!!!! Tidakkkkkk!!!!!

Rupa-rupanya jeritan aku terdengar sehingga ke bilik belakang. Diana yang berada di situ berlari ke arahku. Memeluk aku. Mengurut-urut belakang badanku.

“Abang!!! Kenapa ni!! Abang sakit ke. Nak Ina ambilkan ubat?” Ada nada risau kedengaran dari mulutnya.

Aku lihat isteriku ini sempat menjeling ke arah buku-buku yang terletak di atas meja bacaan. Di ambilnya dan disimpan semula ke dalam laci. Di kemaskannya kertas-kertas yang bertaburan ke lantai. Lalu kembali kepadaku tanpa berkata apa-apa lagi.

“Ina… abang mintak maaf banyak-banyak. Abang terlalu ego…. Abang pentingkan diri abang!!”

Sambil aku meramas ramas jari jemarinya. Tak perasan pulak aku sama ada perlahan atau kuat. Noor Diana hanya terdiam memerhati gerak laku aku. Tiada sepatah yang diluahkan waktu itu. Hanya tersenyum sambil megusap kepalaku yang botak ini.

“Sudahlah bang. Yang dah berlalu tu, biarlah ia pergi jauh-jauh. Ina tak kisah pun. Ina faham dan tersangat faham. Buku-buku tu saja Ina baca untuk penuhkan masa terluang. Boring sangat tak tau nak buat ape… Dah lah tu… abang tak salah pun!!”

127

Page 128: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Baik sungguh hati isteriku ini. Sanggup berkorban demi diriku yang entah apa-apa ini.

“Wi… mama ada hal nak cakap ni.. Wie busy ker?” Terdengar suara di corong telepon kediamanku.

“Ermm.. tak lah mama. Kenapa?” Aku bertanya dengan nada agak risau.

“Bukannya ape, mama dah lama tak jumpa kamu berdua. Kamu sihat ke? Diana pun jarang call mama.” Ada keluhan kecil dari sana.

“Oh..kami sihat. Alhamdulillah. Mama dan papa macam mana..sihat? Betul tu..dah lama kami tak ke rumah mama. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa esok, memang kami ingat nak ke sana.”

Aku seolah berjanji sesuatu kepada emak mertuaku ini. Memang betul kata-katanya yang kami jarang menjenguk mereka di sana. Walaupun jarak rumah tak lah jauh, tapi yang sebetulnya Diana yang tak mahu pulang ke sana. Mungkin dia tahu persoalan-persoalan yang akan menjadi perbualan mereka anak beranak. Aku cuma mengikut rentaknya.

“Ermm..ok lah Mawi. Mama pun tak nak ganggu kamu. Kirim salam pada Diana ye..”

“Eh mama tak nak cakap dengan dia ke?”

“Tak pe lah……. mama tak nak kacau dia. Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam…”

Aku memandang isteriku. Seakan dia tahu siapa yang menalipon kerumah ini.

“Bang.. mama ke?” Sambil matanya memandang skrin TV.

“Ermm..aa.. dia kirim salam kat Ina…. Abang cakap nak kerumah mama Ina esok. Ina macam mana? Boleh ke?” Aku perlu berbincang dengan Diana dahulu sebelum aku membuat keputusan.

“Ermm.. boleh jugak lagipun Ina dah rindu dengan diorang. Oh ya bang… Ina pun ade janji dengan mak abang yang kite akan balik minggu ni. Abang.. boleh lah ye?”

Ina merapatkan badannya kepadaku. Memang beginilah keadaan kami jika berada bersama di rumah. Ina memang manja. Tapi kenapa aku tak dapat tunaikan janji-janji aku sebagai seorang suami. Aku membelai rambut ikal Ina. Aku hadiahkan sebuah ciuman kepadanya. Dia merengek kecil kerana geli.

128

Page 129: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Iye!!!! Boleh jugak. Abang pun dah rindu sangat dengan masakan mak. Malam tu nak sembang lama dengan mak… tapi tak dapat pulak. Oooo..diam-diam rupanya dah planning something ye!! Nakal tau Ina ni…”

Kami sama-sama ketawa. Akhirnya aku terleka dalam kedinginan aircond bilikku ini.

Kedengaran suara azan sayup-sayup berkumandang. Aku bingkas bangun dari tidur lantas terpandangkan isteriku yang sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh.

“Errmm..Ina dah mandi?” Sambil menggosok-gosokkan kedua belah kelopak mataku.

“Dah bang. Abang pun pergi lah mandi. Nak solat jemaah ke? Kalau nak, Ina tunggu abang selesai mandi. Boleh jemaah sama..”

“Ok jugak tu. Boleh ke Ina tunggu abang ni. Tak menyusahkan ke?” Aku terus ambil tuala mandi yang dihulurkan oleh isteriku dan menuju ke bilik air yang terletak di dalam bilik tidur ku ini.

“Tak pe.. lagi elok… Ina siap dulu ye. Abang pun janganlah mandi lama-lama sangat…hehehehe”. Sambil masing-masing ketawa tanda faham.

Selesai mandi, aku terus pakai baju melayu yang telah diletak kemas atas katil. Aku ambil songkok dan terus ajak isteriku berjemaah. Selesai semuanya kami memohon doa agar diberkati segala kebaikan yang telah kami lakukan dan aku juga memohon agar dikurniakan zuriat seboleh-bolehnya. Mudah-mudahan permintaan kami berdua didengari. Amin.

Noor Diana bersalaman dengan aku. Ada setitis dua air matanya mengalir membasahi tanganku.

“Abang…. Terima kasih…”

“Sama-sama sayang…” Kami saling berpelukan diselang seli sedu sedan dari isteriku Noor Diana.

“Abang… jadi ke nak ke rumah mama? Pukul berapa nak pergi sana.. boleh Ina siapkan apa yang patut..”

“Jadi!!!! Kita pergi lepas sarapan.”

Berkobar-kobar semangat aku untuk bertandang ke rumah mertuaku ini. Gembira bila tengok Ina ketawa.

129

Page 130: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Iye!!! …. Ok ok……lepas sarapan ye. Kalau macam tu… Ina terus siaplah ye. Ina pun tak sabar nak jumpa mama dengan papa. Rindu sangat.”

Aku baru tersedar bahawa kegembiraan isteriku memberi makna yang begitu mendalam kepadaku. Aku turut gembira bila Ina sentiasa tersenyum selepas malam itu. Alhamdulillah keinginannya yang selama ini terpendam termakbul. Alhamdulillah.

Seperti yang dijanjikan… kami bertolak ke rumah mertuaku lebih kurang 5 minit sebelum jam 9.00 pagi. Entah apa yang membuatkan kami tak sabar ke sana. Aku perhatikan perangai Diana. Ada sedikit kelainan dari hari-hari sebelumnya. Tak apalah janji dia happy.

Sampai di rumah keluarganya, Diana cepat-cepat mendapatkan mamanya yang berada di taman di halaman rumah mereka. Mesra saling berpelukan diantara satu sama lain. Mak mertua aku pun rasanya dah lupa kewujudan aku di situ.

“Wi…. Kenapa termenung?” Kedengaran suara lelaki disebelah kananku.

“Oh..papa… tak de.. perhatikan mama dengan Ina tu ha… gembira bukan main lagi!!” Sambil aku bersalaman dengan bapa mertuaku ini.

“Biarlah mereka dengan cara mereka sendiri…hakhakhak”. Bapa mertuaku ketawa gembira. Aku pun turut serta menamaninya ketawa.

“Amboi..amboi… ketawa kan kitorang ye… ” Mama pulak mencuit papa.

“Eh…sendiri mau ingatlah…”

Papa mengenyit matanya kearah isteriku. Diana hanya tersengih memerhatikan gelagat ibu bapanya yang sedang ketawa gembira.

“Jom..masuk…”

Mama mengajak kami ke dalam. Aku hanya mengikut dibelakang papa. Isteriku berpelukan sambil berjalan disebelah mamanya. Terasa rindu aku pada mak di kampung. Abah pun aku terkenang juga. Hari ini hari gembira buat isteriku… esok untuk aku pula.

Banyak yang kami bualkan sebenarnya hari ini. Tak sedar sudah petang. Kami minta diri untuk pulang dengan alasan hendak berkemas kerana esok pagi-pagi lagi hendak pulang ke kampungku di Perak.

Memang berat hati untuk meninggalkan mama dan papanya, namun Diana tetap redha bahawa dia kini sudah punya keluarga lain…. yang perlu diambil berat bersama.

130

Page 131: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ermm..Wi, Ina.. senang-senang datanglah sini ye..jangan sampai mama atau papa jemput baru nak datang.”

“InsyaAllah ma, Ina akan selalu jenguk mama dengan papa. Take care. Kami balik dulu ye!!”

Kami masing-masing saling bersalaman diantara satu sama lain. Ina memeluk erat ibunya. Aku memandang sambil tersenyum kepada mereka.

Aku tengok Diana riang hari ini. Terlalu gembira agaknya bila dapat berjumpa keluarga tersayang...

Awal pagi sesudah subuh Ina sudah berdiri dipintu besar. Katanya dia sudah tak sabar nak berjumpa mak dan abah aku di kampung. Beg yang dibawanya pun agak besar juga.. lagaknya untuk tinggal lama di sana. Satu beg penuh berisi kain-kain pasang untuk dihadiahkan kepada mak dan adik-adik aku, itu katanya malam tadi. Memang cantik-cantik. Entah bila di belinya kain-kain itu aku pun kurang pasti. Yang pasti.. untuk abah pun ada. Begitu juga untuk anak Mimi. Cute sangat. Sebenarnya Diana tak pasti sama ada anak Mimi boleh pakai atau tidak baju-baju tu sebab kami pun tak tahu sudah besar mana anak kecil itu.

131

Page 132: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ina.. boleh ke anak Mimi pakai baju ni. Tak besar sangat ke?” Aku bertanya Diana bila dia mula menunjukkan barang-barang yang dibelinya tempohari.

“Entah lah bang. Ina pun agak-agak je. Rasanya padan. Tak pe..kalau tak padan pun..nanti dia dah besar sikit boleh la dia pakai pakaian ni..betul tak bang?”

“Ermm..suka hati Inalah.. sayang..janji hajat Ina tercapai..hehehe.”

Aku pastikan kenderaan aku tiada yang terganggu. Perjalanan untuk balik kampung ambil masa lebih kurang 3 jam ½. Itupun kalau tak ada apa-apa yang menghalang. Kami bercadang untuk bersarapan di Rawang. Dan kalau tak sempat mungkin makan tengahari di Tapah atau Sungai Perak. Makanan di situ boleh tahan sedapnya. Dulu-dulu aku selalu juga berhenti untuk makan di sana. Boleh aku beli buah tangan sekali. Adik-adik aku suka sangat dengan buah jambu madu. Diana pun suka sebenarnya.

Dalam perjalanan, aku suka pasang lagu-lagu berunsurkan dakwah terutamanya dari kumpulan nasyid Raihan mahupun Rabbani. Kebanyakan lagu-lagu mereka membawa kepada kebesaran Ilahi. Kearah melakukan kebaikan. Kearah kasih sayang sesama insan mahupun makhluk…

Diana pun meminati lagu-lagu bercorak nasyid. Katanya banyak ilmu yang boleh kita perolehi kalau kita benar-benar menghayati setiap bait-bait lagu tersebut. Memang aku setuju benar dengan kenyataan ini. Tapi tak ramai orang melayu kita yang meminati lagu-lagu sebegini. Kata mereka kolot bila mendengarnya. Lantaklah korang. Masing-masing punya telinga masing-masing punya pendapat.

Pukul 9.00 pagi kami sudah bersiap untuk sarapan di Rawang. Tak banyak yang aku makan. Hanya nasi goreng dan air teh o panas. Diana cuma minum milo ais. Dia dah makan roti krim dalam kereta tadi. Memang Diana susah sedikit untuk makan di luar. Kalau kami berdua pun, dia lebih suka masak di rumah. Katanya lebih selamat. Aku ikut sahaja. Lagi bagus bila isteri sanggup memasak di rumah!!!!

“Abang..lambat lagi ke ni… dah tak sabar rasanya…”

“Hei..relek la sayang oi!!! Biar lambat asal selamat. Janganlah macam ni. Kalau Ina macam ni, abang lagilah..dah tak sabar nak peluk mak ni..”

“Hehehe..” Ina merengek macam budak kecil.

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan. Aku hanya singgah di Sungai Perak 1/2 jam sahaja. Tak makan pun sebab waktu masih awal lagi. Rasanya sempat makan di rumah mak. Banyak buah yang Diana beli untuk dibawa

132

Page 133: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

balik ke kampung. Tak perasan buah apa. Yang aku beli pun banyak. Alamatnya… makan buah sajalah petang ni.

Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami sampai di perkarangan rumah abah. Kelihatan adik-adik aku sedang duduk bersembang di luar rumah. Sudah ada buaian besi di luar pintu masuk. Amboi… dah mewah keluarga aku rupanya...

“Assalamualaikum…. Amboi!!! Ramai..tunggu abang long ker?”

“Waalaikumsalam… Mawi, Ina… lahai lamanya mak tak tengok hangpa.”

Kami masing-masing bersalaman. Diana peluk mak aku dulu. Aku pulak peluk abah. Lepas seketika baru aku dapat peluk mak aku. Mak aku dah menangis semasa dia peluk Diana. Mak aku ni memang macam ni. Kalau dia gembira dia menangis dan kalau dia sedih pun dia akan menangis. Aku pun rasa nak menangis sama. Tapi aku tahan.

“Ina..Mawi..hangpa sihat ka.. Dah makan?” Abah aku pulak bersuara bila tengok keadaan dah reda sedikit.

“Siang ni belumlah abah. Tapi tadi singgah kat Taiping beli cendol pulut. La.. Acu!! Hang pi ambil dalam kereta. Lupa pulak nak keluarkan.”

“Jom..masuk dalam. Panas kat luar ni.”

Terdengar pulak suara Harun dibelakang aku. Aku apa lagi terperanjat lantas aku peluk adik ipar aku ini. Badan dia pun dah semakin berisi aku rasa. Mungkin sebab seronok dapat anak. Itu yang bertambah berat badan dia. Aku sahaja yang tak berubah. Semakin kurus rasanya.

Terasa berbaloi aku balik kampung hari ini sebab semua adik-adik aku ada. Ijam tolong aku keluarkan beg-beg dari dalam bonet kereta.

“Wooo!! Banyaknya beg. Macam nak duduk sebulan!!”

“Ishh..hang ni. Pelan la sikit. Tu semua beg kak Ina hang. Abang ikut ja.. Ha..jaga-jaga dalam beg tu ada surprise!!”

Aku dah mula buka rahsia Diana.

“Tak pa..nanti tunggu Kak Ina yang cakap. Buah pun banyak ni. Boleh lah petang ni kita menyicah. Ada beli kuah rojak tak?”

Ijam ni memang suka makan buah-buah katogori masam-masam ni. Aku kurang sikit. Maklumlah lelaki. Diana pun suka makan buah-buah macam ni. Memang dia sudah beli 4 botol rojak untuk menyicah sahaja.

133

Page 134: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Dah.. ada dalam beg kertas tu. Kak Ina dah beli awal-awal. Hang takkan tak tau dia!!”

“Hehehehhheee”

Di sebelah malamnya Diana sudah tak sabar untuk menunjukkan hadiah yang dibelinya kepada mak, abah dan adik-adik aku. Termasuklah untuk Harun dan Qaisara.

Mak dengan abah semacam terkejut besar bila mereka di berikan hadiah oleh menantu mereka ni. Aku sengaja tak mahu masuk campur dalam hal ini. Aku biarkan mereka melayan perasaan masing-masing.

“Mak..ni Ina belikan mak 2 pasang kain.. untuk mak buat baju mak. Kain batik ni untuk mak pakai hari-hari. Mak suka tak?”

Diana menghulurkan pakaian itu kepada mak aku. Mak hanya terdiam seketika. Mungkin berbicara sesuatu dengan dirinya sendiri. Kemudian mak

134

Page 135: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

mengambil sepasang demi sepasang. Membelek belek kain tersebut. Entah apa yang mak rasa masa ini, tak dapat aku baca. Hanya bola mata mak kelihatan berkaca-kaca.

“Abah… ni pulak untuk abah. Ina tak tahu sama ada abah suka atau tak warnanya. Ina beli sama dengan warna baju mak.… Boleh tak abah?”

Baju Melayu berwarna hijau lumut menjadi tema untuk sambutan hari raya pada tahun ini kata Diana kepadaku sambil berbisik perlahan. Barulah aku tahu kenapa dia memilih warna itu. Supaya abah dengan mak kelihatan sedondon mengayakannya nanti.

“Ishh..buat apa susah-susah beli bagi kat mak dengan abah….” Abah terus mengambil baju melayu tersebut dan meletakkannya di atas pehanya yang di baluti kain pelekat kusam.

“Terima kasihlah Ina… mak pun tak kisah kalau-kalau hangpa tak bagi apapun..yang penting hangpa selalu balik jengok mak dengan abah. Itu yang kami harap sangat….”

“Alah mak..kan kak Ina dah bagi tu..elok mak pi hantar untuk dijahit. Boleh pakai masa raya nanti…. Sedondon lagi dengan abah.” Ijam pula bersuara.

Adik-adik aku pun gembira tak terkata kerana masing-masing mendapat habuan. Aku tengok Harun yang lebih gembira sebab sebelum ini tak pernah dia dapat hadiah berupa jam tangan dari sesiapa pun. Diana memang pandai memilih. Sesuai dengan cita rasa adik iparku ini. Mimi pun aku tengok asyik membelek pakaian Qaisara.

“Kak Ina… cantiknya baju-baju ni. Mesti mahal kan? Hari tu Mimi memang teringin nak beli baju macam ni… tapi nak tunggu hujung bulan ni. Dah dibelikan.. Alhamdulillah…”

“Alah Mimi..tak adalah mahal pun. Biasa-biasa saja. Nanti kita pergi beli lagi ya. Akak tak perasan Qaisara dah besar mana, itu yang akak beli dua tiga helai saja. Jom… kita pergi esok. Akak ada tengok haritu lagi cantik..tak tau lah kat sini ada ka tak?”

“Hish… kak Ina ni.. sampai macam tu sekali. Kalau nak pergi Acu pun nak ikut. Abang long tak payah ikut sebab abang long orang lelaki..tak pandai pilih!!”

Kami ketawa lagi. Kali ini aku turut ketawa sekali.

135

Page 136: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

3 hari berada di kampung, aku dan Diana dilayan bagaikan anak raja. Masakan tidak, sebab dah lama tak balik menjenguk mereka. Tambahan pula adik-adik aku dan adik ipar aku masih bercuti sekali… semacam berjanji jadinya kami ini.

Anak Mimi pun dah besar aku tengok, walaupun umur dia masih dalam 4 bulan lebih. Comel sebijik macam muka Harun. Sudah boleh meniarap. Sikit hari lagi dah boleh merangkak agaknya. Aku berikan nama Qaisara. Sedapkan? Penat aku cari dalam buku akhirnya dapatlah nama ini... Mimi dan Harun pun suka dengan makna Qaisara iaitu ‘Permaisuri’. Aku tengok isteri aku pun suka bermain dengan anak buah aku ni. Pandai pulak dia mendukung bayi kecil ini. Aku yang risau kadang-kadang. Bukan apa, sebab baby tu masih lembek lagi pada pandangan aku.

“Ha…Mawi..hang bila lagi…mak tengok Ina dah pandai jaga budak..”

136

Page 137: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ishh..mak ni. Apa dia? Pandai apa kalau macam tu. Wi.. pun pandai!!!” Aku sebenarnya tahu akan maksud mak aku ni. Cuma aku saja-saja buat tak faham.

“Hai..kan elok tu kalau hang pun pandai… tak payah susah-susah nanti. Sama-sama pandai..” Abah aku pulak menyampok. Entah masa bila abah aku balik pun aku tak perasan.

“La… abah pun sama!!!..tak bagi peluang kat Wi langsung!! Hehehehe”.

“Mak, abah… tak de rezeki lagi. InsyaAllah kalau dah sampai masa nanti, adalah tu..” Diana pulak menyampok perbualan kami anak beranak.

“Aaa.. betul tu.. abang setuju!!!”

Aku merapatkan diriku kepada Diana sambil cuba mendukung anak Mimi. Tiba-tiba anak Mimi menangis tak berhenti. Aku dan Diana apa lagi..dah tak tau nak buat apa. Mimi dengan Harun gelak tengok kami. Ijam dengan Acu pun sama join mereka. Mak aku lekas-lekas ambil Qaisara dan diribanya sambil mengalunkan lagu-lagu nasyid yang pernah dinyanyikan oleh pendakwah-pendakwah bebas seperti Ustaz Akil Hai. Mak aku pun minat ustaz ni rupanya. Bahkan setahu aku satu keluarga aku minat ustaz ni. Memang berbaloi dia keluar dari kumpulan rock lepas tu jadi pendakwah bebas. Alhamdulillah…

Rupa-rupanya anak Mimi dahaga susu. Sebab.. bila Mimi hulur sahaja susu kepadanya, terus dia minum tanpa memandang siapa-siapa lagi.

“Huh..lagu ni ka dia nangis kalau dia lapar!!”

Aku ajukan soalan ini entah kepada siapa. Siapa nak jawab pun aku tak kisah. Tapi soalan aku ini tidak mendapat sambutan. Kerana semua mereka asyik dengan anak Mimi. Termasuklah isteri aku, Noor Diana.

“Ishh..abang ni. Kan dia tengah tidur tu. Jangan lah buat bising. Mimi..kasi akak ayun buai ni.”

Diana terus mengambil tempat Mimi dan leka menghayun buaian Qaisara. Si Qaisara pulak nyenyak tidur tanpa mengetahui apa akan jadi selepas ini.

“Baik-baik ayun buai tu. Kang terpelanting baby tu..hehehe…”

Aku sengaja mengusik isteriku ini. Aku suka bila tengok mukanya tatkala dia muncungkan mulutnya itu. Boleh jadi isteri solehah ni… kalau aku jaga dia betul-betul. Nak jadi ibu mithali pun boleh jugak… Mudah-mudahan segala impian aku ini menjadi kenyataan suatu hari kelak…

“Kak Ina, abang long.. jom makan!! Mak dah siap masak dah.”

137

Page 138: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Lamunan aku terhenti bila dengar suara nyaring Ijam memanggil kami untuk ke ruang makan. Aku meninjau jam di dinding. Sudah pukul 1.30 petang rupanya. Patutlah Qaisara menangis sakan tadi, sebab dah lewat.

“Ina..jom… Qaisara dah tidur tu. Mak pun dah siapkan makanan kat dapur. Tak baik biarkan diorang tertunggu-tunggu. Nanti lepas makan, kalau Ina nak tunggu kat sini, tunggulah, abang tak halang.”

“Ermm..jom..Ina pun dah lapar, tak perasan yang mak dah masakkan untuk kita….jom…” Dia terus menarik lengan aku menuju dapur.

“Ha.. mai duduk sini. Makan ramai-ramai ni syok sikit..Ina, Wie..ni mak masak keladi masak lemak, ikan keli bakar cicah ayaq asam, sayur kangkong pun ada..mai duduk..”

Kami semua duduk semeja. Memang berselera kami makan petang itu. Aku tengok mak dengan abah pun semacam saja selera mereka. Bertambah-tambah. Maklumlah anak-anak kesayangan semuanya berkumpul serentak.

Walaupun semasa makan katanya tak elok dibawa bercakap, tapi pada aku, waktu inilah kami dapat berbual bersama pun. Asalkan pandai jaga adab masa makan sudahlah…

“Mawi..hang cuti sampai bila?” Abah yang dari tadi diam sahaja mula bertanya aku.

“Ermm..Ina ambik cuti seminggu. Tapi.. Wi esok sebenarnya dah start kerja. Tapi tengoklah dulu macam mana?”

Ina memandang aku penuh makna. Aku seakan paham maksud tersirat melalui anak matanya. Aku pun sebenarya sudah bercadang untuk call office minta tambah cuti. Kalau tak dapat pun mungkin aku akan apply emergency leave, kalau tak boleh jugak aku ambil MC saja. Senang cerita.

Aku belum beritahu Diana, biar dia merayu pada aku dulu supaya tinggal lebih lama di sini. Masa tu baru aku bukak mulut. Ok tak? Masa bujang-bujang dulu pun aku selalu buat macam ni. Dah balik kampung ni.. mesti melekat 4 atau 5 hari jugak. Pelik.. pelik.

“La… dah tau nak balik kampung, awatnya ambil cuti sat sangat! Tak sempat nak bermanja dengan Qaisara kan Kak Ina?” Mimi pula bersuara.

“Ermm..akak ikut abang long je..kalau dia kata balik, nak buat macam mana. Memang cadangnya nak duduk sini lama sikit.”

Diana memandang aku lagi sekali. Kali ini dengan senyuman meleret. Paham sangat.

138

Page 139: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Tak apa lah Ina… kita tengok nanti... Wie!! hang nak balik KL hari ni jugak ka. Bila!! Petang ka malam?” Mak pula seakan menyucuk jarum.

“Di fikirkan!!” Pendek jawapan aku.

“Ishh..dah..dah.. makan dulu. Sat lagi baru sembang. Tu lauk tu ambik. Banyak mak hangpa masak. Harun… jangan malu-malu. Depa semua ni memang lagu ni. Masa ni baru depa nak sembang macam-macam..” Abah menghulurkan sambal belacan kearah Harun. Harun hanya tersengih dengar abah aku cakap.

Akhirnya kami makan tanpa berkata sepatah pun. Menikmati masakan mak. Lauk pauk kegemaran aku sewaktu aku kecil-kecil hingga sekarang.

Diam tak diam 5 hari jugaklah aku bercuti di kampung. Ini semua angkara desakan keluarga aku dan Diana isteri aku. Tapi kalau depa tak desak pun, memang aku dah bagitau kat boss aku yang aku nak sambung cuti. Nasib baik boss aku ok. Cuma dia kata, balik office nanti banyaklah kerja menunggu aku. Itu semua aku tak kisah. Dah biasa sangat. Kalau aku tak cuti pun, memang dah berlambak kerja yang menanti aku.

Diana memang gembira sangat bila dapat duduk lama di kampung. Berjalan sana sini dengan Ijam dan Acu. Mereka ni pun macam dah berjanji bercuti sama-sama. Mimi dan Qaisara pun masih ada di rumah keluarga aku, cuma Harun sahaja yang balik ke Penang seorang diri. Dia tak bolehlah tinggalkan bengkel dia lama-lama.

Esok kami akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Diana macam berat hati saja nak tinggalkan mak aku. Tapi aku janji… sambut puasa tahun ini, kami akan pulang lagi ke kampung. Begitu juga sambutan raya tahun ini, kami akan beraya di kampung aku. Sebenarnya ini semua idea Diana. Dia yang beriya-iya nak beraya di kampung. Tambahan pulak…. inilah pertama kali kami nak beraya sebagai suami isteri. Mesti happening. Tak sabar rasanya.

139

Page 140: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mak… jom lah ikut kami balik KL. Lama mak tak pi sana... Boleh jugak mak relek-relek kat sana..” Aku pelawa mak aku ikut kami balik. Walaupun aku dah tahu apa jawapannya.

“Ishh.. siapa nak jaga abah hang. Adik-adik hang bukannya ada kat sini. Acu pagi petang siang malam asyik kerja saja. Ijam pun macam hang jugaklah… Ada cuti baru dia balik. Mimi, tambah pulak dah ada anak, takkan dia nak tinggal Harun kot!!”

Memang panjang lebar jawapan mak aku. Abah, aku dah pelawa dia malam tadi. Dia memang teringin nak pergi.. tapi paham sajalah, tugasnya di kampung memerlukan khidmat abah aku. Tambah pulak tak lama lagi nak sambut puasa. Lepas tu raya. Memang ramai nak guna khidmat abah untuk ubah suai rumah mereka. Ada jugak rezeki abah untuk tahun ini. Aku senyum sahaja. Nak di haling… tak berani aku. Biar sajalah… janji dia gembira dengan kerja-kerja tu.

“Jom lah mak, abah… bukannya lama nak duduk sana. Sekejap saja. Boleh jugak mak temankan Ina malam-malam..hehehe..ade jugak member nak di ajak berbual..”

“Tak apa lah Ina, hangpa berdua kerja. Siang-siang mak dengan abah tak ada kawan pulak. Nantilah kalau abah dah habis buat rumah Pak Dolah tu, mak ajak abah dengan Mimi sekali pi sana. Boleh jugak depa pi jalan-jalan kat KL tu.”

Diana seboleh-boleh pujuk mak aku supaya ikut kami. Tapi mak aku memang keras hati tapi baik hati. Macam mana tu? Dia kata tak apalah... Nanti-nanti kalau depa senang, mak dengan abah akan pergi sana ajak Harun. Bagus jugak cadangan tu. Sekurang-kurangnya isteri aku puas hati dengan jawapan mak aku ni.

“Mak janji tau!!! Bagitau Ina awal-awal bila nak datang sana. Boleh Ina sediakan apa-apa…”

“InsyaAllah Kak Ina..nanti Mimi bagitau abang Harun idea ni. Kami memang teringin nak ke sana. Boleh jugak bawak Qaisara jalan-jalan. Boleh jugak pergi rumah mak cik. Lama tak jumpa depa.. Alah kak Ina jangan risaulah. Kami pergi jugak nanti…..”

“Ermm..ok..janji!!!”

Mak macam mak lah… menangis bila tengok kami semua dah bersiap untuk balik ke KL. Adik aku Ijam ikut sekali. Kami bertolak dari rumah mak kira-kira

140

Page 141: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

jam 5.00 petang selepas selesai solat Asar berjemaah. Mak dengan abah aku kirim salam untuk keluarga Diana di KL. InsyaAllah akan kami sampaikan.

OCTOBER 2006

Bulan ini merupakan bulan yang begitu bermakna dalam hidup aku bersama Noor Diana. Aku dapat rasakan betapa gembiranya bila berpuasa ditemani isteri tersayang. Bila bangun sahur ada orang yang menemani aku. Bila berbuka puasa ada juga teman yang melayani makan minum aku. Dapat berterawih bersama... Bertadarus bersama... Seronok sungguh. Memang rugi kalau aku tak kahwin waktu-waktu macam ini.

Isteri aku pun sejak kebelakangan ini asyik kurang sihat. Bila buat pemeriksaan.. isteri aku cuma penat dengan kerja-kerjanya. Aku minta dia ambil cuti untuk merehatkan diri agar keadaan kesihatannya akan cepat pulih. Tapi dia tetap berdegil. Katanya tiada siapa yang dapat menguruskan syarikat buat masa ini. Aku juga pernah menyuarakan hasrat untuk mengambil pembantu rumah, tapi dibangkang oleh Diana. Katanya dia boleh menguruskan hal-hal rumahtangga kami. Aku ikut sahaja tetapi dengan satu syarat. Isteri aku kena sihat sepenuhnya dahulu.

141

Page 142: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Keadaan papa Diana pun kurang membanggakan. Selalu sahaja sakit. Aku dapat tahu papa Diana mengidap penyakit kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung. Memang membahayakan. Mungkin inilah rezekinya. Kami redha dengan dugaan yang Allah berikan.

Diana selalu juga menemani mamanya di rumah mereka. Aku tak dapat menghalangnya kerana aku tahu diwaktu begini keluarganya amat memerlukannya disisi. Aku pun sesekali ada juga bermalam di sana. Keluarga aku di kampung pun ada datang menziarahi keluarga Diana. Dua minggu jugak jadinya bila aku pujuk mak dan abah aku agar tinggal lebih lama di rumah kami. Dapat juga Noor Diana teman untuk di ajak berbual. Meriah suasana rumah aku dengan suara manja Qaisara. Sudah boleh berjalan… cepat sungguh masa berlalu. Aku… aku masih belum diberikan rezeki itu lagi. InsyaAllah.

Harun terpaksa pulang ke Penang terlebih dahulu. Mimi menyusul kemudian dengan abah dan mak aku. Lagipun Harun dah boleh harapkan Mimi untuk memandu kereta. Kalau dia tak larat, abah aku pun ada. Aku ajak mereka tunggu sehingga minggu hadapan untuk balik ke kampung bersama-sama. Mak aku pulak beriya – iya nak balik awal. Maklumlah nak jugak dia ubah suai sedikit keadaan dalam rumah di kampung tu. Abah pun tak boleh duduk KL lama. Rugi katanya kalau tak pergi sembahyang terawih di kampung. Alhamdulillah… kesihatan keluarga aku diwaktu ini masih boleh membahagiakan aku.

Mujurlah persiapan untuk hari raya, isteri aku sudah sediakan awal-awal, jadi taklah kami kelam kabut nak mencarinya. Tambahan pula Diana selalu sahaja mengingatkan aku supaya bersedia awal-awal. Memang berdisiplin isteri aku ni. Kuih muih mahupun biskut banyak yang dibuatnya sendiri walaupun dalam kesibukan berulang alik ke rumah keluarganya. Aku malas untuk masuk campur dalam urusan ini. Aku biarkan Diana dengan adik aku Ijam yang menguruskannya. Sempat lagi untuk dibuat jualan kepada kawan-kawan dan kenalan rapat mereka. Sebenarnya duit hasil jualan itu Diana serahkan kesemuanya kepada adik aku Ijam untuk perbelanjaan. Murah hati sungguh isteri aku ini rupanya. Alhamdulillah.

“Abang long!!! Ijam seganlah dengan kak Ina tu.. takkan semua duit ni dia nak bagi Ijam.” Suatu malam adik aku membisikkan kata-kata ini kepadaku.

“La..ok lah tu..dah dia nak bagi, hang ambil sajalah. Kalau hang tak mau.. hang bagi abang long, boleh abang long buat belanja hari-hari…” Aku sengaja mengusik adik ketiga aku ni.

“La… orang cakap serious, dia main-main pulak. Kak Ina tak cakap apa-apa dengan abang long ka?”

142

Page 143: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Ijam inginkan kepastian dari aku. Sebenarnya Diana sudahpun menceritakan serba sedikit hal ini kepada aku. Jadi taklah terkejut sangat aku bila Ijam suarakan hal ini. Lagipun… duit tu apalah sangat untuk kami berdua. Diana saja hendak mengisi masa lapangnya dengan berbuat amal. Itu katanya kepada aku selepas kami selesai makan sahur pagi itu.

“Abang… Ina ingat hasil jualan biskut-biskut tu nanti, Ina nak kasi Ijam kesemuanya. Boleh dia gunakan untuk tujuan belajarnya. Ada jugak dia duit nak sambut raya tahun ini. Apa kata abang?”

“Eermm..ikut suka Inalah. Yang mana baik untuk Ina. Abang tak nak halang kalau Ina nak buat amal jariah. Abang sokong 100 peratus…hehehe.”

“Abang..betulke.. jadi abang setuju!! Alhamdulillah.” Diana terus peluk aku rapat-rapat. Mujurlah iman aku kuat lagi.

“Ishh… bulan puasa ni. Hormat sikit!!!.

“Upss…sorry…terlupa pulak.”

Akhirnya kami berdua ketawa seiringan.

“Abang long…. Senyum kat siapa?” Ijam menolak bahu aku berkali-kali.

“La… abang long tersenyum ka tadi… malunya!!!” Aku ketawa berdekah-dekah.

“Berangan la tu…..” Terdengar suara isteri aku dibalik langsir yang memisahkan ruang tamu dengan ruang makan.

“Hakhakhak….” Aku dan Ijam ketawa sekali lagi.

“Ijam…jom makan!! Ni biskut yang kita buat siang tadi. Marilah rasa!!” Diana memanggil Ijam kearah ruang makan.

“Hai..abang tak ajak sama? Taulah siapa kita ni…. Nak merajuk lah kalau macam ni!!” Aku mengusik isteriku yang tercinta.

“Nak merajuk…merajuklah sorang-sorang. Tak de masa Ina nak pujuk abang… hehehe… marilah join sama..sedap tau..kalau tak rasa rugi nanti…”

Aku pun apa lagi cepat-cepat mendapatkan mereka berdua. Memang sedap. Memang pandai isteri aku dan adik aku mengadun biskut ini. Patutlah banyak sambutan. Aku melayan perasaan aku sendiri.

“Ijam… duit tu Ijam ambil je. Tak payah tanya abang long. Kak Ina dah bincang dengan abang long dah. Inipun untuk pertolongan Ijam. Alah… akak tak kisah pun. Buat belanja untuk hari-hari Ijam..”

143

Page 144: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Kak Ina… Ijam malula. Takkan semua? Habis tu untuk kak Ina macam mana?” Ijam masih kurang puas hati dengan jawapan kami.

“Hang ni!!!!..orang dah bagi, ambik sajalah. Cakap terima kasih..sudah..habis cerita. Dah stop. Tak mau cakap benda ni lagi tau….STOP!!!!” Aku sengaja meninggikan suara supaya adik aku tak lagi menyuarakan ketidakpuasan hatinya itu.

“Oooo..ok..Terima kasih kak Ina. Abang long.. Kalau macam ni tahun depan kita buat lagi nak?”

“Hakhakhak…..” Kami bertiga ketawa sambil menikmati hidangan malam.

Seminggu lagi maka orang-orang Islam akan menyambut Syawal. Aku tak ketinggalan melipatgandakan ibadah aku seharian. Aku sudah pun ambil cuti untuk ini. Begitu juga isteri aku Noor Diana. Dia yang beriya-iya minta aku samakan cuti kami. Katanya nak lebih mendalami rasa beribadah di malam-malam terakhir bulan Ramadhan. Alhamdulillah kerana aku dikurnia seorang isteri yang seperti ini. Yang taat kepada-Mu ya Allah.. dan taat kepadaku…. Syukur alhamdulillah!!!.

Mak…. Alhamdulillah mak… kerana punya seorang menantu yang boleh dibanggakan. Aku berbisik ke telingaku sendiri.

“Abang….. maaf kan Ina bang!!!” Ina menarik tangan aku. Lalu di ciumnya belakang tapak tangan aku. Ada airmata berlinangan membasahi kulit-kulitku.

“Eh..kenapa ni? Apa yang Ina dah buat?” Aku seraya terkejut lalu mengutarakan kata-kata itu.

“Tak!!! Cuma Ina rasa syahdu sangat malam ni.” Masih menangis.

“Isshh..tak elok macam ni. Dah lap pipi tu. Nanti bengkak mata Ina kalau Ina asyik nangis macam ni.” Aku memeluk isteriku rapat-rapat. Terasa seakan ada sesuatu yang tak dapat dia mahupun aku luahkan malam itu.

144

Page 145: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Kami selalu amalkan sembahyang Hajat dan Tahajjud di waktu malam. Aku dapat rasakan sejak kebelakangan ini, sakit aku bertambah teruk sebenarnya, cuma aku tidak menceritakan kepada sesiapa mahupun Diana, isteriku. Tapi aku pasti Diana merasainya sama….

“Ina… abang pun nak minta maaf banyak-banyak dengan Ina. Banyak yang abang susahkan Ina selama ini... Dan abang pun selalu sakitkan hati Ina sebelum ini…”

“Abang… kenapa abang cakap macam ni pulak. Mana ada abang susahkan Ina. Abang terlalu baik untuk Ina... Syukur kerana Ina dapat suami yang seperti abang Asmawi ini. Ina bersyukur sangat-sangat bang!!!”

“Alhamdulillah…Alhamdulillah… sama-samalah kita bersyukur saying... Ina!!!! Abang sayang Ina sampai nyawa abang yang terakhir. Tiada orang lain yang mampu pisahkan kita kecuali ajal…. Sayang…”

Aku terbatuk-batuk kecil. Terasa perit tekak aku. Kepala aku memusing-musing ketika ini. Mata aku berpinar-pinar. Badan aku berpeluh-peluh. Aku jadi tidak terkawal. Hendak menjerit rasanya di waktu ini.

“Abang Wie…..abang!!!!! Nanti Ina mabil kan air dengan ubat. Abang baringlah dulu…”

Ina bingkas bangun lalu menuju ke dapur. Mungkin tercari-cari ubat-ubatan aku. Aku sudah tidak bermaya lagi. Peluh semakin deras mengalir bersama linangan air mata kesakitan.

“Ina!!!!...Inaaaa!!!!!!” Aku cuba menjerit..namun suara aku tenggelam timbul.

“Abang Wi…abang..ni ubatnya. Makanlah ye… .”

Ina lalu menyuapkan ubat kedalam mulutku. Di campur dengan seteguk air suam. Barulah aku rasa lega sedikit walaupun kesakitan aku sebenarnya tidak akan hilang sepenuhnya malam itu. Aku pasti… dan aku berserah kepada Allah. Aku sudah lama bersedia dalam menghadapi keadaan-keadaan sebegini. Cuma aku rasa masanya belum tiba. Mungkin Allah belum ingin menemuiku diwaktu-waktu sebegini.

Aku redha Ya Allah….aku redha!!! Aku mengucap dalam diam.

“Abang… tidurlah dulu. Ina dah siapkan tempat untuk abang. Ina boleh temankan abang. Jom…. Boleh jalan tak?”

Ada nada risau dihujung percakapan isteri aku ini. Walaupun keadaan mencemaskan, namun isteri aku tetap tabah dan cekal hatinya. Lembut tutur katanya. Sanggup bersusah payah mengharungi keperitan ini bersama aku.

145

Page 146: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Ya Allah…Kau ampunilah dosa-doasaku dan dosa-dosa isteriku Ina…Amin…. Aku tertidur dipangkuan isteriku tersayang.

“Abang…bangun dah waktu sahur!!!” Suara ini aku dengar sayup-sayup.

“Ermm..kejap lagi ye... Kepala abang masih terasa sakitnya. Ina pergilah siapkan makanan dulu… Nanti abang turun ya..”

Aku cuba bangun. Ina memapah aku ke bilik air. Terasa berat kaki ini untuk melangkah. Tapi aku gagahi juga.

“Abang!! Kalau tak sihat, tak payahlah abang berpuasa hari ini. Lagipun tak baik memudaratkan kesihatan..” Ina sambil menghulurkan berus gigi kepadaku.

Aku tidak berkata sepatah pun. Cuma diam menahan kesakitan. Ina sabar menanti aku. Memapah aku berjalan turun ke ruang makan. Rupanya Ina sudah bangun awal pagi untuk memasak. Hidangan sudah tersaji di atas meja makan. Walaupun tak banyak, tapi cukup untuk kami berdua.

“Abang.. jemput makan!!” Ina sudah sediakan nasi bercampur sup sayur didalam pinggan makan.

“Ina… abang tak ada selera nak makan. Hulurkan abang buah kurma tu!!” Sambil menunjukkan jari telunjuk ke arah sepiring buah kurma.

“Abang nak air? Ina dah buatkan air susu..itupun kalau abang ada selera nak minum susu ni…”

146

Page 147: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ermm..Ina dah buat ye… tak apa lah nanti abang minum.. Ina makanlah. Tak payah tunggu abang.”

Aku cuma mampu makan 2 biji buah kurma. Setengah gelas air susu. Kemudian Diana menghulurkan 4 biji pil berwarna merah dan hijau. Inilah saat yang paling aku tak suka. Saat makan ubat. Namun aku paksakan jua untuk menelannya. Terasa hendak muntah serta merta. Aku mendongakkan muka ku ke atas. Menahan dari rasa mual. Aku cepat-cepat minum air masak suam. Alhamdulillah bertahan.

Ina mengemaskan meja sementara aku duduk diruang hadapan. Aku bersandar di sofa sementara menunggu masuknya waktu subuh. Tak sabar rasanya untuk aku mengerjakan solat agar aku boleh berehat kembali.

“Abang… larat ke abang nak berpuasa hari ini?”

“InsyaAllah Ina… Kalau diizinkan. Ina tak perlu risaukan abang. Sekejap lagi ni baiklah sakit abang…. Ina berehatlah dulu.”

“Ina nak temankan abang kat sini… Kalau abang nak tidur, tidurlah dulu, nanti masuk waktu Ina kejutkan abang. Boleh kita berjemaah sama-sama.”

“Lambat lagi ke masuk waktunya? Kalau macam tu abang rehat dulu ya. Kalau abang tertidur, tolong kejutkan abang…”

Ina selimutkan aku dengan kain gebar yang sememangnya sudah sedia di situ. Mungkin awal-awal lagi dia sudah meletakkannya di situ untuk aku.

147

Page 148: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Pagi-pagi lagi aku sudah bersedia untuk berjumpa dengan doktor peribadiku. Sama ada berita baik atau buruk untuk aku mendengarnya hari ini, aku tak pasti. Tapi setahu aku, penyakit aku bertambah teruk dibandingkan dari sebelum ini. Sudah melarat kesekeliling kepala. Sebelum ini hanya disebelah kiri sahaja aku rasa kesakitan itu.

“Morning..Asmawi!!”

“Ermm..morning Doc!!”

“Macam mana? Hampir sebulan you tak datang jumpa I.” Doktor India ini bertanya kepada aku.

“Ubat ada lagi..that’s why I tak datang ke sini. Lagipun masa tu dah ok rasanya.”

“So!! Now?...”

Doktor itu masih memandang aku dengan pandangan yang sedia faham.

“Let me check first.”

Aku mengikut sahaja segala arahan yang diberi. Seluruh tubuh aku di periksa satu persatu. Kepala aku dipicit-picit perlahan. Ditekan sebelah kiri dan ditekan di sebelah kanan. Tekanan darah di catit. Ternyata tekanan darah aku rendah. Mungkin sebab aku terlalu penat menahan kesakitan semalam.

148

Page 149: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“You..masih boleh bertahan. Good!!” Doktor Sujatha tersenyum memandang aku. Lagaknya seperti seorang ibu yang sedang melayani kerenah anak-anaknya.

“InsyaAllah doktor. Selagi saya boleh bertahan, selagi itulah saya cuba.”

“You puasa hari ini! Sebab I nak bagi you one injection. Lagipun tekanan darah you terlalu rendah sangat. Ini bahaya pada kesihatan you sendiri. Banyakkan berehat dan makan makanan yang berkhasiat. Puasa..puasa juga..tapi you kena ingat you masih under treatment.”

Aku memang sedar tentang ini. Sudah sebulan aku elakkan diri dari membuat sebarang rawatan. Malas rasanya untuk berulang alik 4 hari seminggu. Tambahan pula di dalam bulan Ramadhan. Aku hanya membuat rawatan dan senaman sendiri di dalam rumah. Sambil diperhatikan oleh isteriku Diana. Pada aku itu sudah memuaskan.

“Kena inject ke? Kalau I tak mahu macam mana? Boleh tahan tak?”

“En Asmawi… I cadangkan you ambil injection ini. Kalau you biarkan perkara ini macam itu sahaja, I takut ianya melarat. Mungkin akan ambil masa berhari-hari untuk sembuh. You have to.”

“Ermm..ok…”

Doktor Sujatha memberikan sebuah suntikan kepadaku. Sambil memejamkan mata aku menahan keperitan. Terasa sehingga ke kerongkong ubatnya. Bermakna aku terpaksa membuka puasa. Harapan aku selepas mendapat suntikan ini, kesakitan di kepala aku akan pulih semula.

“Jangan lupa makan ubat-ubat yang akan diberi nanti. Separuhnya macam biasa. And… ada 2 jenis ubat yang you perlu habiskan dalam masa seminggu ini. Kalau you still tak ok… you kena datang semula.”

“Ermm..ok Doc. Hopefully sembuh…”

“See you then…”

“Thanks Doctor… .”

Aku berjalan perlahan menuju kaunter bayaran. Bila tengok ubat-ubat yang diberi, terasa mual kembali menjelma.

Ya Allah…sampai bilakah aku harus begini?

Tiba-tiba aku teringatkan Nurul Laily. Apa khabar dia dan keluarganya sekarang? Lama benar aku tidak dihubungi olehnya. Aku cuba mencari nombor handphone Laliy. Rasanya masih di dalam simpanan aku.

149

Page 150: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Laily..Laily…Laily..ha dah jumpa. Alhamdulillah masih ada rupanya…

Aku cuba mendail nombor yang tertera di skrin. Lama juga aku menanti barulah kedengaran suara seorang kanak-kanak lelaki yang menjawab panggilan itu.

“Halloo…. Sape tuuuu!!?” Suara halus tersekat-sekat.

“Assalamualaikum… Ini uncle Mawi.. Siapa tu?” Selepas mengenalkan diri, aku pula bertanya suara itu.

“Saye…Nawi… Umi!!!! Tepon!!!”

Lebih kurang 2 minit aku menunggu akhirnya suara Laily kedengaran.

“Assalamualaikum….. siapa ni?”

“Waalaikumsalam..Laily..aku lah Mawi.”

“Oh..kau rupanya. Patutlah anak aku cakap uncle Mawi.. Aku ingatkan dia salah dengar tadi.. Hey!! apahal kau telepon aku ni. Kau sihat?” Ada nada gembira dari bicaranya.

“Oh..itu anak kau.. Asnawi. Dah besar agaknya kan? Lama aku tak tengok dia. Hehehe.. Aku dengan wife aku ok saja. Kau macam mana pulak. Dah berapa orang anak?”

Aku sengaja mengubah tajuk perbualan. Sebenarnya aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba aku teringat Nurul Laily hari ini. Mungkin sebab sudah lama tidak berbual-bual dengannya. Seingat aku perjumpaan kami berakhir sewaktu perkahwinan Mimi tahun lepas. Sewaktu aku kahwin dia tidak dapat datang sebab mak dia di Melaka meninggal. Aku pun ghalat jugak sebab tak dapat menziarahi keluarganya waktu itu. Lepas itu terus aku tidak menghubunginya mahupun pergi melawat keluarganya di sana.

“Aku… dah nak masuk 2 dah. Tanya orang pulak, yang kau tu..dah ada ke?” Laily ketawa di sana

“Aku… belum ada rezeki lagi. Mungkin lambat lagi kot!!”

“Ermm.. tak pa lah Wi!! esok-esok adalah tu. Sabar sajalah yang kau boleh buat sekarang ni. Ha!!! Elok jugak kau call ni. Nak bagitau malam esok kami ada buat kenduri doa selamat sikit. Selepas waktu berbuka. Datang tau. Bawak wife kau sekali. Nanti aku sms alamat rumah baru aku. Kami baru pindah 2 bulan lepas saja ni. ” Begitu riang suara Laily kedengaran di sebelah sana.

“Iya..InsyaAllah. Berbuka di rumah kau lah Laily ye?. InsyaAllah..InsyAllah. Benda yang elok, kenapa tak boleh pulak..”

150

Page 151: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Hem..ok lah Laily..aku nak ke office kejap ni. Nak tengok apa yang patut. Lagipun aku tengah bercuti ni. Tahu-tahu sajalah kan!!. Assalamualaikum…” Aku memutuskan talian tanpa mendengar jawapan dari Laily.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku tahu keadaan keluarga Laily walaupun sekejap cuma.

Kegembiraan aku hari ini, membuatkan aku lupa seketika kesakitan yang aku alami awal pagi tadi. Ataupun mungkin sebab sudah kena cucuk oleh doktor sebentar tadi. Mana-manalah. Janji tak rasa sakit lagi.

Aku menghala ke bangunan pejabat aku yang berdekatan dengan klinik. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Mungkin sudah ramai staff yang keluar makan tengahari waktu ini. Kalau aku bernasib baik dapatlah aku berjumpa dengan Mr Richard Tan. Tidak pun dengan Nizam ataupun Pie.

Masuk sahaja kedalam bangunan pejabat, aku terlihat Abang Said sedang berjalan beriringan dengan Pie. Semacam tergopoh gapah sahaja lagak mereka.

“Abang… awatnya kelam kabut sangat ni?”

Aku menegur abang Said dari hadapan. Terkejut rupanya abang Said bila terlihat aku sudah berdiri dihadapannya.

“Ushh.. terkejut akulah. Tak..ni kami nak ke hospital. Nizam accident baru sekejap tadi.”

“Ya Allah.. saya pun nak ikut sekali kalau macam tu. Dia di hospital mana la ni?” Sambil bergegas turun tangga mengikut bontot mereka berdua.

“Wi..hang nak pi sendiri ka.. atau hang nak follow kami?” Pie pula bersuara.

“Macam ni. Hangpa pi dulu. Aku sebenarnya ada hal datang opis ni. Nanti aku follow kemudian. Hospital mana?”

“GH.” Pendek jawapan dari mereka serentak.

Aku melihat kereta abang Said berlalu pergi. Aku kembali ke bilikku di tingkat atas. Ternyata boss aku tiada. Mungkin sudah tahu kemalangan yang di alami oleh Nizam tadi.

151

Page 152: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Di atas meja sudah tersedia fail-fail berwarna kuning dan biru. Yang berwarna kuning untuk pinjaman perumahan, manakala yang berwarna biru untuk pinjaman kereta. Biasalah. Kalau cuti memanjang, beginilah keadaannya. Banyak juga mesej yang aku terima dari PA aku. Kebayakannya sudah terjawab oleh Jacqueline.

“Good work.” Aku memuji budak ini lagi.

Banyak juga surat-surat yang perlu aku lihat dan baca. Biasalah sesetengah darinya mengenai hutang-hutang aku dengan pihak bank mahupun finance. Aku bukannya berhutang sangat pun, cuma bulan ini sahaja aku terlewat membayar instalment kedua-dua rumah aku. Mujurlah pembayaran ansuran kereta di buat melalui potongan gaji. Kalau tidak sudah pasti bayaran kereta juga tertunggak bulan ini.

Penyata simpanan aku di tabung haji pun baru aku terima. Alhamdulillah niat aku untuk kedua-dua orang tua aku pergi menunaikan haji, InsyaAllah termakbul. Rasanya sudah cukup simpanan yang aku buat ini. Cuma menunggu masa untuk bertolak ke sana sahaja. Mudah-mudahan segala niat murni aku didengar oleh Yang Maha Esa.

Aku berkemas ala kadar. Cepat-cepat aku keluar dari bilik untuk menziarahi Nizam di hospital. Namun hayunan kakiku terhenti tatkala aku mendapat panggilan dari isteriku Diana yang papanya sudah dimasukkan ke hospital pakar Ampang Puteri.

Ya Allah…. Selamatkanlah bapa mertuaku…Amin!!!

Aku berkira-kira untuk bergegas ke hospital Ampang Puteri. Bapa mertuaku lebih memerlukan aku di sisinya. Dan isteriku Noor Diana juga amat-amat memerlukan aku disisinya ketika ini.

Aku cuba menelepon Pie untuk menyatakan berita yang baru aku perolehi tadi. Mujur Pie sempat menjawab panggilanku sebab diwaktu ini handphone aku hampir-hampir habis baterinya.

Aku minta Pie sampaikan salam aku kepada Sarimah dan minta dia agar bersabar dengan dugaan yang menimpa suaminya itu. Dan aku minta agar diberitakan keadaan Nizam setiap masa.

Nizam kawan baik aku. Memang aku tak sangka perkara sebegini boleh berlaku..dan dalam sekelip mata pulak tu.

Ya..Allah..Kau selamatkanlah kawan aku ini. Amin!!

Sampai sahaja di Ampang Puteri aku terus mendapatkan isteriku Noor Diana. Di sana sudah kelihatan 2 orang suadara terdekat menemani mereka. Aku lantas bersalaman dengan mereka. Diana hanya diam membisu begitu juga

152

Page 153: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

mamanya yang tak henti-henti bangun duduk dari kerusi yang disediakan di bilik menunggu.

“Ina.. kenapa dengan papa?” Aku bertanya isteriku bila dia datang mendekati.

“Mama cakap papa sihat je pagi tadi. Mungkin sebab dia puasa, itu yang badan-badan dia lemah tengahari tadi..”

“Oh…jadi taklah serious sangat!!”

“Ermm harap macam itulah bang... Mama tu yang buat Ina risau. Sebab risaukan papa, jadi mama minta adik bawakan papa ke sini. Lagipun kan adik kerja di sini!”

Baru aku teringat yang adik ipar aku ada yang bekerja di sini sebagai doktor dalam bidang sakit puan. Itupun kalau aku tak salah ingat….

“Mama macam mana?” Aku bertanya soalan ini kepada mak mertua aku pula. Macam budak-budak sahaja cara soalan aku ini.

“Wi… mama harap papa tak apa-apa. Mama dah suruh dia jangan puasa, tapi dia degil. Nak puasa jugak. Masalahnya dia kena makan ubat.. itu yang mama geramkan sangat ni. Harap-harap papa ok..”

Tiada suara yang keluar dari mulutku waktu ini. Hanya memohon doa agar semuanya selamat.

“Mama… jangalah risau. Ina rasa papa tak apa-apa. Sabar ya.” Begitu tenang Diana mengawal keadaan.

Selepas satu jam menunggu, akhirnya doktor memberitahu bahawa keadaan bapa mertua aku sudah pulih, cuma perlu banyak berehat. Dia sebenarnya sesak nafas sebab terlalu banyak bergerak. Di beritakan juga dia boleh pulang 2 jam kemudian selepas menerima rawatan susulan.

Alhamdulillah, kami semua bersyukur kerana tiada apa yang berlaku.

Selepas semuanya selesai, aku mengajak pula Diana melawat Nizam di hospital besar. Mujur Diana mahu ikut. Mungkin bila dia tengok keadaan papa nya yang sudah boleh bergerak sendiri lantas dia bersetuju tanpa banyak soal.

“Abang…. Jadi ke kita nak beraya di rumah mak abang?” Diana bersuara ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Kenapa Ina tanya macam ni. Ada masalah ke?” Aku bertanya kurang pasti diatas soalan itu.

153

Page 154: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Tak… just asking…”

Masing-masing terdiam kembali. Aku terbatuk-batuk semula. Penat jugak badan aku sebab seharian bergerak ke sana sini. Lagipun lepas kena injection tadi, aku belum makan atau minum apa-apa pun.

“Abang..kenapa dahi abang berpeluh. Abang masih tak sihat ke?”

Diana meraba-raba dahi aku. Lapkan air peluh yang membasahi dahi dan leher ku perlahan-lahan.

Tritt..tritt..trittt” Handphone aku berbunyi. Di skrin tertera nama Sarimah.

“Assalamualaikum Wi, aku ni Sarimah!!”

“Alaikumsalam....Ha!! .. Nizam macam mana?” Tak sabar aku bertanya kepada Sarimah.

“Hemm..Nizam ok. Alhamdulillah cuma cedera ringan sahaja. Actually dia ditendang peragut masa nak tolong selamatkan seorang budak perempuan. Budak perempuan tu pun tak ada apa-apa…cuma luka-luka kecil pada badan dia…” Sarimah menjelaskan keadaan yang sebenarnya.

“Oh..aku ingat teruk..sebab kata dia accident. Aku dalam perjalanan nak ke sana. Kau kat mana ni?”

“Eh..kami dah nak keluar hospital. Kalau kau nak jumpa Nizam, kau datanglah rumah kami. Oh ya..how’s your father-in-law?”

“Ermm..kalau macam tu kami terus balik lah. Bapa mertua aku dah ok sikit. Alhamdulillah.”

“Ok lah Wi, kami dah nak balik rumah ni. Nizam kirim salam. Dia kata jangan risau. Assalamualaikum….”

“Alaikumsalam… kirim salam pada dia sama. Jaga diri..bye.”

“Kenapa bang!!” Diana kemudian bertanya setelah perbualan aku dengan Sarimah terhenti.

“Ermm..kita terus balik rumah. Nizam dah keluar dari hospital. Dia tak apa-apa cuma luka sikit. Ha!! Jom kita pergi beli juadah buka puasa. Dah lalu kat sini, boleh kita singgah tengok apa yang berkenan.”

“Elok juga tu bang, Ina pun teringin nak makan caramel gula hangus. Abang rasa ada tak jual kat situ?”

154

Page 155: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Hai…mengidam ke? Entahlah Ina, nanti kita tengok ye, kalau ada abang belikan. Abang pun dahaga sangat ni. Tadi kena inject, tapi tak makan apa pun lagi.”

“La… hehehehee…” Kami berdua ketawa bersama. Ceria wajah Diana. Kenapa? Aku pun tak pasti kerana hanya dia dan dirinya sahaja yang mengetahuinya.

Di rumah Laily.. keadaan sungguh tenang walaupun ramai juga jiran tetangga yang hadir. Aku dan Diana datang awal sedikit, sekurang-kurangnya dapat juga kami tolong apa yang perlu. Aku lihat anak Laily, Asnawi sudah besar. Sudah pandai bermain sendiri. Sudah pandai menegur sesiapa sahaja yang datang ke rumah mereka. Seronok aku tengok telatah anak kecil ini. Rajin juga dia berbual dengan Diana. Macam-macam dia tanya isteriku ini.

“Auntie… auntie dah ada baby ke? Kenapa tak bawa baby auntie? Boleh main dengan Nawi..” Sambil berlari-lari dia memeluk Diana. Adakala dia duduk di atas riba Diana. Sungguh mesra lagaknya mereka berdua.

“Nawi..janganlah kacau auntie tu. Kesian auntie nak layan Nawi. Kan auntie puasa!” Laily menyuruh anaknya agar duduk diam-diam sementara acara majlis bermula.

“Alah Laily.. budak-budak..biasalah kalau banyak soal… Nawi..auntie belum ada baby. Nanti kalau ada baby auntie bawa ke sini ye. Ha..Nawi puasa tak?” Diana bertanya kembali.

“Puasa… hehehehee….” Nawi kemudian ketawa terkekeh kekeh sambil minum susu di dalam botol.

Aku biarkan mereka bermain bersama. Laily dan Haikal pun sama macam aku, biarkan Asnawi tidur di riba Diana. Mungkin dia ingin bermanja dengan Diana. Ada keserasian ketika mereka berbicara sama sendiri. Walaupun percakapan Asnawi kurang jelas perkataannya namun Diana tetap melayan. Sehingga ke satu masa Asnawi tak lepas-lepas memeluk Diana. Bahagia mereka berdua ketika itu.

Selesai majlis, aku berkira untuk pulang ke rumah lebih awal. Lagipun esok kami sudah mahu bertolak pulang ke kampung. Sebelum itu aku harus singgah ke rumah kelurga mertuaku untuk melihat keadaan keluarga mertuaku.

155

Page 156: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mawi..Diana..terima kasih kerana sudi jugak datang rumah kami ni. Minta maaf kalau menyusahkan kamu berdua….” Haikal bersuara bila kami minta diri untuk pulang.

“Kalau ada masa lapang datanglah bermain dengan Asnawi. Dia suka sangat dengan kau, Diana..manja sungguh. Lagipun jarak rumah kita tak jauh sangat pun. 10 minit je..dah sampai. Tak sangka pula kami dapat beli rumah area sini. Lepas duduk sini baru terperasan yang kamu berdua pun tinggal dekat area ni..”

“Haaahaaahaaa..” Kami berlima ketawa termasuk Asnawi.

“Ermm..kami balik dulu. Jumpa lagi. Mungkin lepas seminggu baru kami balik beraya di sini. Nak jalan-jalan pusing kampung dulu. Selamat Hari Raya. Kami minta maaf banyak-banyak kalau selama perkenalan kita ni, kami ada buat salah dan silap. Minta halalkan apa yang termakan dan apa yang terminum selama ini. Laily… aku minta maaf banyak-banyak dengan kau.. Haikal pun sama. Kami minta diri dulu..”

“Kami pun sama Wi, Diana. Sama-sama kita halalkan. Kami pun nak balik kampung malam esok. Tahun ni beraya rumah Laily kat Melaka… Hehehe… Best jugak beraya kat kampung ni... Meriah!!!!”

“Jumpa lagi…Assalamualaikum”.

Kami bersalaman. Tak lupa si kecil Asnawi. Diana ada berikan duit raya pada Asnawi. Bukan main seronok dia bila diberikan sampul berisi wang kertas itu.

“Laily..ini untuk baby..” Diana menundingkan jarinya kearah perut Laily yang membesar menunggu masa untuk melahirkan seorang lagi cahayamata.

“Ishh..susah-susah sahaja. Terima kasih…”

Malam itu berakhir dengan seribu kenangan.

156

Page 157: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Di rumah, Diana tak henti buat itu ini. Mengemas pakaian ke dalam beg. Nasib baik Ijam pun sudah sampai, boleh juga dia tolong isteri aku simpan balang-balang biskut dalam beg. Taklah Diana keseorangan.

“Kak Ina… macam mana keadaan pak cik? Ijam bertanya sambil tangannya laju mengangkat balang-balang biskut dari dalam almari di dapur.

“Ermm..Alhamdulillah. Dah beransur pulih. InsyaAllah… Esok sebelum kita balik kampung, akak nak singgah rumah mama akak dulu. Boleh jugak hantar sikit biskut-biskut ni.”

“Iya.. boleh Ijam jumpa family akak. Lama dah tak jumpa dengan pak cik dan mak cik. Siapa lagi yang balik beraya tahun ni kak Ina?”

“Rasanya kak long dengan adik kak Ina ada tahun ni. Lagipun family kak Ina pun bukannya ramai. Sama macam family Ijam jugak.. lagipun kami dah biasa beraya tanpa semua di sisi. Tahun ni kak Ina pulak beraya jauh..hehehe..tak sabar rasanya macam mana suasana beraya kat kampung kan?”

“Biasa saja lah kak Ina. Cuma… mungkin ramai sanak saudara yang datang. Kan mak dengan mak ngah sahaja yang duduk kat kampung!!. Yang lain masing-masing duduk jauh. Mak cik pun tahun ni balik rumah mak ngah rasanya. Dapatlah kita ramai-ramai serbu rumah mak ngah tahun ni. Ayah Man pun ada cakap nak balik esok. Nak buka puasa kat rumah mak. Mesti best. Boleh buat ikan terubuk bakar. Sedapnya..tak sabar betul!!”

Panjang lebar penerangan Ijam aku rasa. Memang macam inilah setiap tahun kalau beraya di kampung mak abah aku. Selalunya yang meriah di sebelah keluarga mak aku. Di sebelah keluarga abah aku pun boleh tahan juga, cuma entah, aku pun tak tahu nak cerita macam mana.

“Ish..sukanya kak Ina dengar. Macam seronok sangat. Mak selalu buat apa kalau nak sambut raya? Maksudnya pagi raya makan apa? Diana berminat untuk tahu lebih lanjut.

“Mak selalu masak waktu petang nak sambut raya. Mak buat ayam masak kuzi, memang sedap. Kami semua suka termasuklah adik beradik sebelah mak atau abah. Memang tak cukup kalau buat 2 ekor ayam. Satu lagi mak

157

Page 158: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

suka masak kuah kacang campur kismis dan daging cincang halus-halus. Mesti kak Ina suka nanti. Juadah ni memang tiap-tiap tahun dah jadi kemestian untuk family kami kak. Ha..nanti boleh kak Ina ambil resepi dari mak..mesti mak suka kalau kak Ina boleh masak macam mak..”

“Ya ka Ijam.. boleh..boleh… Laksa mak tak buat ke?”

“Laksa…kenapa? Kak Ina nak makan laksa ke. Boleh!!! Ijam pun boleh buatkan kalau nak. Kak Mimi pun pandai. Lagipun dia memang peminat laksa nombor satu. Ha!! Satu lagi..tu ha…abang long pun suka makan laksa…hehehe…..”

Ijam menundingkan mulut muncungnya ke arah aku. Aku memang dah tergelak lama bila dengar mereka bersembang. Memang kelakar bunyinya. Sememangnya itulah yang akan berlaku setiap tahun pada keluarga aku. Dan pada tahun ini bilangan ahli dalam keluarga aku sudah bertambah dan akan bertambah bila-bila masa. Sebabnya Ijam pun akan bertunang tak lama lagi dengan jejaka pilihan hatinya. Biarlah, lagipun dia sudah dewasa untuk menentukan masa depan dirinya sendiri.

“Ijam…kak Ina dengar Ijam dah ada boyfriend..betul ka?”

“Ishh…ni mesti abang long lah ni.” Menunding jari lagi ke arah aku.

“Habis, kalau bukan abang long siapa lagi!!!!”

Diana memuncungkuan bibir merahnya ke arah aku. Aku buat-buat tak dengar perbualan mereka kali ini. Memang adik aku sudah menceritakan hal ini kepadaku malam semalam. Dengan serta merta aku beritahu Diana. Tiba-tiba si Diana ni pula secepat kilat bertanyakan Ijam hal ini.. nahas aku. Nasib baik aku tak ceritakan kepada mak abah aku, kalau tidak, lagilah teruk aku dimarahi adik aku yang seorang ni. Adik aku yang ini lain sikit perangainya. Kalau dia marah, habis terbeliak biji matanya bagai nak terkeluar kedua-dua belah anak matanya itu.

“Hem… betul lah tu kalau abang long yang beritahu. Dah ada. Orang Kelantan lagi. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, awal tahun depan dia hantar keluarganya masuk meminang Ijam..hehehee. Takut sebenarnya. Takut kalau-kalau mak dengan abah marah pula.”

“La..kenapa pula mak dengan abah nak marah!! Benda ni kan benda baik. Lagipun hangpa dah kawan bertahun-tahun dah, tak elok kalau tunggu lama-lama..” Aku pula menyampok tentang bab ini.

“Ijam tak bincang pun dengan mak dengan abah lagi ni, itu yang takut tu,. Nanti depa kata Ijam pandai-pandai pula. Abang long!!! Nanti abang long tolong bagitau mak.. Ijam takut sikit dengan mak ni..kang tak pasal-pasal bising satu rumah..tahu sajalah perangai mak tu.”

158

Page 159: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“InsyaAllah..nanti balik abang long bincang dengan mak. Hang tak payahlah risau. Dah pegi tolong kak Ina tu. Kesian dia kat dapur tu sorang-sorang..”

Aku pun tinggalkan mereka berdua di dapur. Aku naik ke atas. Rasa macam aku kurang melakukan sesuatu malam ini. Baru aku terperasan yang aku belum pun mengaji untuk malam ini. Selalunya isteri aku yang mengingatkan aku tentang hal ini. Maklumlah…. orang perempuan semuanya dia ingat……

Aku cepat-cepat masuk bilik air. Mengambil wuduk untuk mengerjakan sembahyang sunat. Selesai sembahyang, macam biasa aku selalu berdoa agar dikurniakan kebahagiaan buat keluargaku dan keluarga mertuaku begitu juga buat diriku dan isteriku sendiri. Aku mula mengaji. Alhamdulillah lagi 5 muka surat, khatamlah aku untuk bulan yang mulia ini.

Pagi-pagi lagi Diana sudah kejutkan aku untuk bangun bersahur. Ijam pun sudah sedia menunggu kami di bawah. Bagus juga ada adik aku yang seorang ni, boleh jugak dia tolong-tolong Diana masak sikit untuk pagi itu.

“Ina..Ina tak de off puasa ke?”

Soalan yang entah untuk apa. Sengaja aku mengenyitkan mata aku kepada isteri aku ni. Suka aku bila tengok dia kenyitkan matanya kembali.

“Tak tahu lah bang..memang belum pun!!! Kenapa?”

Soalan Diana ini aku biarkan tanpa jawapan. Kami sama-sama menuruni anak-anak tangga menuju ke arah ruang makan.

“Amboi..amboi!! Macam pengantin berpegangan tangan..mesranya. Ni yang jelous ni.”

Adik aku Ijam mungkin sengaja mengusik kami berdua. Sambil terkekeh-kekeh dia memegang tangan Diana untuk di pimpin ke meja makan. Dia juga tolong menarik kerusi keluar ketika aku hendak duduk di sebelah Diana. Mimpi apalah adik aku ini agaknya.

“Hey..tak payah nak bodeklah.. dah tahu kenapa baik sangat ni.”

Aku pula sengaja buat dia sakit hati. Tapi tak pula dia marah kali ini. Hanya tersenyum tanda suka agaknya.

“Abang long, kak Ina… dah lewat ni. Jom makan. Nanti tak sempat pula.”

“Eh..orang tak puasa pun nak makan sama?” Aku pula mengusik adikku ini. Ternyata dia pun tak layan soalan aku. “Hehehehe..” Aku ketawa sendiri.

159

Page 160: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Selesai makan, aku duduk-duduk sambil bersiap untuk pergi ke masjid berdekatan rumah untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah. Diana dengan Ijam mungkin sedang mandi agaknya sebab masa aku turun ke bawah tadi, mereka sudah hilang dari pandanganku. Aku tunggu Diana di bawah sambil membaca buku tentang ‘kematian yang diredhai Allah’. Berminant sangat aku membacanya sejak akhir-akhir ini. Diana pun perasan akannya.

“Abang… dah nak pergi masjid ke? Balik nanti jangan lupa sedekahkan sedikit pada tabung masjid. Ini Ina ada masukkan sedikit wang dalam sampul.. abang tolong masukkan dalam tabung tu ya….”

Huluran Diana aku sambut dengan senyuman. Aku tahu Diana akan berbuat demikian. Dan aku selalu galakkan isteri aku supaya sentiasa mengingati mereka-mereka yang memerlukan pertolongan tambahan pula untuk hari-hari yang penting seperti sambutan hari raya yang tinggal tak berapa hari sahaja lagi ini.

“Ina..boleh lah siap-siap dulu. Nanti lepas balik dari masjid boleh kita terus ke rumah mama Ina. Lagipun abang rasa jalan pasti sesak waktu-waktu macam ni. Lagi awal kita keluar lagi bagus. Udara kat luar pun sejuk. Lagi sejuk mata memandang.”

“Ermm..ikut abanglah bang.. Ina dengan Ijam dah siap awal-awal pun. Cuma nak masukkan beg-beg kedalam bonet kereta sahaja.”

Aku tersenyum entah kali ke berapa kepada isteriku ini. Aku mencuit-cuit pipinya yang gebu itu. Aku usap kepalanya yang separuh basah itu. Aku cium dahinya. Dan aku minta izin untuk keluar sebentar menunaikan tanggungjawabku kepada Allah.

“Abang… jalan elok-elok. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Tutup pintu ni. Kalau nak masukkan beg-beg tu ajak Ijam sekali. Bahaya keluar sorang-sorang. Bye…”

Kami melambaikan tangan masing-masing.

“Abang…Ina doakan abang selamat pergi dan selamat pulang…” Pintu di tutup rapat.

160

Page 161: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Perjalanan ke rumah mertuaku cuma ambil masa dalam 20 minit sahaja. Suasana sudah terang benderang disekeliling halaman rumah mama Diana ini. Meriah sungguh kelihatannya. Walaupun 3 hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut hari lebaran, tapi suasana sudah menampakkan keluarga ini begitu menghargainya. Lampu berkelip-kelip di garaj, disekeliling rumah dan juga di sekitar pokok-pokok berdekatan. Aku perhatikan jam di tangan, baru pukul 7.15 minit pagi. Masih awal. Patutlah suasana masih berkelip-kelip dengan cahaya lampu berwarna warni.

“Kak Ina..meriahnya suasana rumah family kak Ina. Best nya. Di dalam rumah lagi meriah kot?”

Ijam seakan-akan terkejut dengan keadaan yang sebegini cantik. Aku pun mula-mula tekejut juga, tapi aku masih dapat control terkejut aku ini bila aku tengok riak wajah Diana biasa sahaja. Diana hanya tersenyum melihat kami dua beradik ni jakun sikit.

“HIshh..mana ada. Biasa sahaja. Memang setiap tahun keadaannya sama macam ni. Adik akak yang rajin menghias benda-denda macam ni. Jom masuk. Kita tengok kat dalam pula..”

‘Assalamualaikum!!!!! Mama..papa…. ade orang tak?”

Diana dan Ijam sudah pun masuk kedalam rumah. Aku masih merayau-rayau dekat luar halaman. Bukan apa, sahaja ingin mengambil udara segar di situ. Sambil-sambil tu melihat kehijauan pokok-pokok pisang yang terdapat di situ. Tiba-tiba kesemua lampu yang menyala di luar tadi terpadam. Mungkin tuan rumah sudah perasan hari sudah beransur siang.

“Wie..masuklah dulu kalau ia pun?” Terdengar suara bapa mertuaku memanggil.

“A.. aa papa. Wie masuklah ni.”

Aku cepat-cepat masuk kedalam agar keluarga mertuaku tidak lagi menunggu. Aku menyalami kedua mereka dengan tertib. Aku peluk bapa mertuaku erat. Begitu juga bapa mertuaku. Kami sama-sama berpelukan tanpa sebarang gangguan.

“Hai..tak kan begitu lama… mama tak nak salam juga ke?” Terdengar suara ibu mertuaku dari belakang.

“Eh..mama. Leka dengan papa ni. Mama..mama sihat..”

Aku bersalam cium tangan dengan mak mertuaku ini. Sayu aku melihat wajahnya. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa bagaikan anak kecil minta di

161

Page 162: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

belai. Mama Diana pun seakan faham cahaya yang sedang bersinar dari bola-bola mata ku ini.

“Wie… Wie sihat? Mama lama tak pergi rumah kamu. Ina pun mama tengok dah kurus sikit. Kamu berdua ni takkan puasa sampai badan kurus macam ni?”

“Eh..mana adalah mama. Kami ok saja. Mama tu yang nampak dah kurus sikit.” Diana pula memeluk mamanya untuk kali ke tiga..seingat aku.

“Ina..Mawi.. Mama ni lain. Mama dah tua. Kamu berdua ni muda-muda lagi. Tengok adik Wie tu..siapa nama dia? Mama dah lupa, maklumlah dah tua ni..asyik lupa saja…” Sambil menarik lengan adik aku Ijam ke sisinya.

“Ijam, mak cik.” Pendek jawapan adik aku.

“Ha..Ijam…kamu pun mak cik tengok dah kurus sedikit. Takkan diet kot?”

Kami ketawa bersama-sama.

“Mama…bukan diet ma..Cuma dia dah tak sabar nak kahwin!!!!

Sengaja isteri aku mengusik adik aku dihadapan mama dan papanya. Adik aku apa lagi punyalah malu tak tahu nak letak muka dia dekat mana. Sesekali sama-sama ketawa mengikut rentak keluarga isteriku ini.

“Apalah ka Ina ni. Malulah Ijam. Kan dah janji tak nak cakap kat orang!!!? Adik aku cubit peha Diana. Diana menjerit kecil sambit ketawa lagi.

“Itu orang!!! Ini mama kak Ina..hehehe”. Ketawa lagi.

Memang begitulah suasana keluarga mertuaku ini. Sentiasa ceria walaupun ada berita kurang menyenangkan tentang kesihatan bapa mertuaku ini. Aku dapat tahu penyakitnya masih menyerang. Bapa mertua aku ni pun satu, susah sangat nak makan ubat ikut masa. Kekadang tu sengaja dia tak mahu makan sebab hendak puasa katanya. Ibu mertua aku sudah tak dapat hendak berbuat apa. Kena ikut sahaja rentak bapa mertua aku ini.

“Papa..macam mana dengan kesihatan papa. Dah ok ke?” Aku sengaja mencuri masa untuk bertanyakan soalan ini walaupun tadi sudah diceritakan oleh mama.

“Alhamdulillah… sikit-sikit tu bolehlah Wi... Kalau banyak berjalan, semput juga jadinya. Maklumlah kaki dah season..hehehe… Alhamdulillah dapat

162

Page 163: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

jugalah papa puasa setidak-tidaknya. Baru tinggal 4 hari. Itupun masa papa masuk ward hari tu. Kalau tidak, mesti penuh sebulan…”

Masih ingin berlawak orang tua ini. Aku sekadar tersenyum sambil memicit-micit kakinya yang kekadang terasa kebas-kebas. Sudah lembik isi kedua belah kakinya itu. Terasa sayu pulak bila terkenangkannya.

“Mawi.. Nanti balik kampung jangan lupa sampaikan salam papa dengan mama pada mak dengan abah kamu. Tak dapatlah nak beraya bersama. Tapi kalau kamu balik sini nanti, bawalah mereka jalan-jalan ke rumah papa. Lama sangat kami tak jumpa…” Semacam nada sedih kedengaran ditelingaku waktu ini. Biasalah emosi orang tua-tua ni kekadang tu lebih sikit.

“InsyaAllah pa. Oh ya.. mak dengan abah pun ada kirim salam. Abah pun kurang sihat kebelakangan ni. Biasalah cuaca sekarang ni tak menentu.” Seketika kami terdiam.

“Lupa pula mama, ni ha Ina ada buatkan untuk mama biskut raya. Sedap tau. Ina buat dengan Ijam..hehe.. mama rasalah…”

“Ishh..mama puasalah sayang. Nanti malam mama rasa ya. Amboi..dah tak sabar nak suruh mama rasa. Betul ke Ina yang buatkan..ataupun beli dari kedai!!!!”

“Hehehe..lupa la mama. Sorry ye. Buat la ma..cuba tanya Ijam dengan abang Wie kalau tak percaya..…Abang..Ina yang buatkan bang!!!” Sambil mencuit lengan aku supaya aku beritahu mama perkara yang dibangkitkan itu.

“Ina beli je dari kedai ma..hehehe”

“Ermmm..abang ni!!!! Tak patut tau….”

“Alah..mama tahu kamu yang buatkan. Mawi dah cakap awal-awal minggu lepas masa dia call mama tanya keadaan papa kamu. Dia pun ada cakap kamu tak tidur buatkan kuih biskut ni. Bisness bagus nampaknya!!!”

“Biasalah mama. Saja-saja nak penuhkan masa.. nasib baik ade Ijam ni..ade jugak temannya..”

“Mama, papa… kami kena berangkat ni. Takut nanti kalau terlewat sikit, jalan dah mula sesak. Paham sahajalah kalau nak balik kearah utara ni. Memang selalunya sesak.”

Kami bersalaman seketika. Mama Diana ada bekalkan sesuatu kepada mak aku di kampung. Memang begini lah mereka kalau tahu kami akan pulang ke sana. Mesti ada sahaja yang dikirimkan. Kami berpelukan sambil minta maaf diantara satu sama lain. Aku juga sempat minta dihalalkan apa yang

163

Page 164: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

termakan dan terminum kepada keluarga mertuaku ini. Samalah kita menghalalkan….

Diana seakan menangis bila berpelukan dengan mama dan papanya itu. Begitu juga adik aku Ijam terasa sekali kesedihannya. Aku? Aku kena tabah walaupun aku seakan dapat rasakan yang aku tak akan berjumpa lagi dengan mereka selepas ini.

“Mawi!!! pandu kereta tu hati-hati. Cuaca sekarang ni tak menentu. Perjalanan tu jauh lagi. Ina, kalau Mawie tak larat pandu kereta tu, Ina tolonglah abang Wie tu ya.. Ijam nanti jaga diri baik-baik. Ingat…jangan hampakan harapan keluarga. Mak cik dengan pak cik doakan Ijam jumpa jodoh yang sesuai...”

Sekali lagi mereka berpelukan. Aku pun ambil kesempatan ini untuk memeluk kedua orang mertuaku ini seerat mungkin. Akhirnya dalam jam 9.00 pagi kami bertolak dari rumah yang tersergam indah itu. Dan sudah tak sabar rasanya untuk bertemu dengan kedua orang tuaku di kampung yang sudah sememangnya sedia menanti kepulangan kami bertiga.

Menjadi kebiasaan kalau dalam perjalanan jauh, sudah semestinya aku akan pasang lagu-lagu yang berunsurkan kehidupan mahupun lagu-lagu dakwah. Disebabkan dah nak sambut raya tak berapa hari lagi aku pun ada membeli

164

Page 165: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

lagu-lagu dendangan budak-budak Akademi Fantasia 3 (AF3). Lagu apa lagi kalau bukan lagu-lagu raya. Aku memang minat bebudak AF3 ni… terutama sekali budak yang berasal dari Felda Taib Andak, Kulai Johor ni. Memang world nyanyian yang disampaikannya. Mulanya aku tak berapa minat tengok cerita-cerita yang berunsur hiburan ini, tapi entahlah..mungkin penangan si Asmawi Bin Ani, yang membuatkan aku tak lepas peluang membeli kaset-kaset ataupun CD nyanyiannya.

Mawi..Mawi…. Aku tersebut nama budak ni perlahan.

“Mawi…abang panggil siapa? Takkan abang panggil nama abang sendiri.”

Rupanya Diana terdengar. Dia mencubit lengan kiriku perlahan supaya aku tersedar kembali.

“Ish..abang long ni mimpi di siang hari ke?” Ijam pula bersuara setelah terjaga dari tidurnya. Mungkin dia terdengar suara Diana tadi.

“Tak..ni ha budak botak Asmawi ni. Sedap jugak abang dengar suara dia menyanyi. Syahdu rasanya. Terasa nak nangis pun ada bila dia nyanyi lagu ni..” Ketika ini lagu bertajuk ‘KIAN’ bergema didalam kereta aku. Aku memang suka dengar lagu-lagu dari CD keduanya ini. Entah seakan ingin menyatakan sesuatu.

“Oh…Mawi… ingatkan abang sebut nama abang. Aaa..lah bang..baru perasan!!!!” Diana dan Ijam seakan menjerit bersama.

“Apa!!!!” Aku terkejut lalu membrek kereta..lagipun memang kena perlahankan kereta sebab dah sampai ke lorong untuk membayar tol.

“Nama dia sama macam nama abang lah..Asmawi!!!!”

“Abang… abang perasan tak nama penyanyi ni sama dengan nama abang…. Cuma dia just Asmawi. Hehehe..glemer lah abang ye!!”

Diana menyambung kata-katanya bila dia tengok aku buat tak dengar apa yang dia cakap sebentar tadi.

Ina menunjukkan cover cd kepadaku. Aku hanya menjeling. Memang aku dah perasan sejak budak ni muncul di kaca TV. Kebetulan nama kami sama. Mungkin perasaan kami berbeza.

“Kebetulan saja tu. Dia yang ikut nama abang… Kan abang lebih tua dari dia. Dia tu budak lagi… Hehehehe….”

“Tapi kan bang..dia botak sama macam abang jugak..kompius kompius..”

Ijam memang dah lama nak menyampuk perbualan kami suami isteri cuma tunggu masa sahaja. Kami sama-sama ketawa.

165

Page 166: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ina…budak ni pun dah bertunang tau. Nama tunang dia pun sama macam nama Ina. Pelik kan? Semacam ada satu connection di antara kita dengan budak ni. Itulah kebesaran Allah Taala.”

“Ermmm…. Itu Ina tahu bang. Memang kebetulan namanya. Kalau suatu hari nanti dapat Ina jumpa budak ni, alagkah bagusnya. Boleh kita berkenalan dengan dia dan tunangnya serta keluarganya kan bang..Tapi bila ya?”

“InsyaAllah Ina, InsyaAllah…”

“Ijam… Kalau hang ada nampak lagu-lagu dakwah yang dia nyanyi, nanti hang tolong beli tau. Abang long ni bukannya ada masa nak cari. Hang ingat tau. Ini amanat..hehehe..”

“Adoi!!! Siap ada amanat lagi tu. Memanglah Mawi ni…WORLD..”

Kami bertiga gelak sakan waktu ini.

Kami selamat sampai diperkarangan rumah abah dalam jam 3.00 petang. Lewat rasanya. Maklumlah jalan begitu sesak sekali terutama sewaktu memasuki Ipoh ke utara.

Kelihatan mak sudah menuggu kami di luar pintu masuk. Memang tak sabar rasanya nak jumpa bonda kesayangan ini. Tapi aku tak nampak pun adik-adik

166

Page 167: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

aku dekat luar. Kemana agaknya mereka pergi. Mungkin membeli belah di pecan agaknya. Abah pun aku tak nampak dari tadi.

“Mak!!! Assalamualaikum..” Aku terus salam tangan mak aku..dan terus memeluk badannya rapat-rapat.

“Mak sihat? Abah mana? Tak nampak pun”. Diana pula mengambil alih tempatku tadi.

“Sihat..Alhamdulillah. Abah dah keluar bawa Acu pergi beli barang sikit. Entah apalagi yang tak cukup tu..”

Mak memeluk adik aku pula, Ijam. Kemudian mengajak kami masuk ke dalam.

“Mak..ada apa-apa nak makan tak? Ijam berbisik kearah mak aku.

“La..tadi tak singgah beli makan ka?” Mak pula bertanya jelas dipendengaran aku.

“Hehehe..awat hang tak bagitau nak makan. Tadi boleh abang long singgah kejap kat hentian….” Aku sengaja menyakat adik aku ni.

“Ermm..mana dia nak bagitau..asyik berangan.. Sambil-sambil dok cerita pasai si Mawi itu lah.. Si Mawi inilah… hehehe…” Diana pula menambah sikit-sikit.

“La..orang minat kat budak tu la. Umur dia pun lebih kurang sama saja. Yang beza bulan saja.”

“Memang pun…dia lahir bulan terang..hang lahir bulan gelap..itu yang hang gelap sikit tu..hehehe.”

“Mak!!!! Tengok abang long ni. Tak patut tau…”

Kami cepat-cepat masuk ke dalam bila tengok muka mak dah semacam.

2 hari lagi maka umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Ramai kelihatan berpusu-pusu ke pusat membeli belah untuk membuat persiapan terakhir sebelum datangnya raya. Aku seronok melihat kanak-kanak berlari kesana sini bila masing-masing ibu bapa minta mencuba pakaian baru. Kalau aku punya anak, mesti begini juga keadaan kami.

167

Page 168: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Diana pun aku lihat asyik tersenyum sengih sebelah aku. Dia yang beriya-iya mengajak aku keluar hari ini. Katanya hendak melihat kalau-kalau ada barang-barang yang berkenan di hati.

Di rumah… aku pasti mak dengan adik-adik aku sibuk mengemas rumah. Masa nak keluar tadi Acu dengan Ijam sibuk menukar langsir sehinggakan menolak ajakan aku untuk keluar.

Abah pula sibuk cuci lantai dihalaman yang agak luas itu. Aku dengan Diana bukan tak mahu menolong, tetapi tidak dibenarkan untuk berbuat apa-apa.

Mimi dengan Harun, InsyaAllah malam nanti sampailah mereka. Mesti mak dengan abah aku seronok sebab sambutan raya tahun ini kesemua anak-anaknya beraya bersama. Tetapi tahun hadapan, Wallahhuaalam. Macam aku dengan Diana, kami ikut pusingan... Maksudnya kalau tahun ini beraya di kampung aku, bermakna di tahun hadapan pastilah beraya dengan keluarga Diana pula. ..Itu perjanjian diantara kami.

“Abang…”

“Abang!!!” Mengelamun ka.” Teriakan Diana meneggelamkan khayalan aku.

“Hehehehe…ape?”

“Tengok sana!! Macam Suzie kan….”

Aku mengikut arah yang ditunjukkan oleh isteriku.

“Macam dia..Ina nak tegur ka. Tapi kalau salah macam mana?”

“Ermm..jom!! Tak salah orang lah bang. Betul tu Suzie!! Tapi kalau salah pun, yang penting kita mulakan dulu..”

Begitulah sikap Noor Diana. Dia memang seorang yang peramah. Dia tak kisah langsung dengan siapa dia hendak berkenalan. Aku kekadang risau juga dengan perangai dia ni. Takut ada orang lain yang akan ambil kesempatan di atas keramahan isteri aku ini.

Diana menarik pinggang aku agar berjalan kehadapan. Matanya mencari-cari pasangan yang dikatakan Suzie tadi.

“Dah tak ada pun… Mungkin dah keluar tak?” Namun aku mengikut juga sama-sama mencari.

“Abang Mawi!! Kak Diana!!! buat apa kat sini?”

Tiba-tiba satu suara menegur kami dari sebelah kiri. Aku amati wajah perempuan ini. Memang sah Suzie adik angkat aku. Tapi aku tak nampak pun

168

Page 169: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Man. Di sebelah kanan Suzie kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang memegang botol susu.

“Suzie…” Diana menyapa kembali.

“Man mana? Tak kan berdua sahaja?” Aku pula menokok tambah.

“Ada..tu!!” Sambil memuncungkan bibirnya kearah belakang.

“Tengah pilih kasut untuk budak-budak ni. Kat KL tak sempat nak shopping, lagi pun kat sini harga murah. Budak-budak sekejap sahaja nak pakai pun..”

“Ermm..sembanglah ya. Abang nak tegur Man kejap.” Aku minta diri dari kedua mereka.

“Eh..jomlah sekali. Suzie pun nak pilih kat Danish ni ha..”

Akhirnya kami berempat menuju kearah suami Suzie dan seorang lagi anak lelaki mereka.

“Hoi!! Man! Hang buat apa?” Aku sengaja menepuk belakang badan Man.

“O..pocot mak hang!!”

Apa lagi memang terperanjat besarlah Man… lantas melemparkan kasut yang dipegangnya tadi kearah seorang jurujual. Ya Allah..merah padam muka budak tu.

“Ops..ops..abang minta maaf.”

Aku cepat-cepat minta maaf pada budak jurujual itu. Mungkin sebab marah, terus dia menjauhkan dirinya daripada kami.

“Wi!!! Hang ka!!! Naya la hang ni. Hang puasa ka tak ni? Tiba-tiba sergah aku. Kesian kat budak perempuan tu..” Man membebel sambil ketawa besar.

“Ada ka tak puasa, puasalah. Dapat dah ka cari kasut kat bebudak ni. Lama aku tengok hang asyik belek dari tadi..”

“Tak taulah aku. Semua dia tak berkenan. Aku pun tengah pening ni. Za..tolong pilihkan.. abang tak tau dah nak pilih ni... Hari pun dah lewat dah…. Cuba Za tengok yang mana berkenan, ambil saja. Abang nak sembang dengan abang Mawi kejap. Boleh lah ya....”

Man meminta Suzie memilih pula kasut untuk anak-anak kembar mereka. Man mengajak aku berdiri di suatu sudut. Diana menolak ajakan aku agar ikut serta sebab dia pun ingin bersama Suzie untuk memilih kasut untuk mereka.

169

Page 170: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Wi.. Hang raya sini lah ya? Boleh lah pi beraya rumah mak hang. Lagi pun kami dah lama tak singgah sana. Mak dengan abah apa khabar?”

Man ni walaupun tinggal di KL, dia memang rajin ambil tahu tentang perkembangan keluarga aku. Mereka anak beranak dah macam anak kandung mak dengan abah aku.

“Mak dengan abah sihat… Adik-adik pun sihat... Milah pun aku tengok dah semakin sihat.” Aku sengaja mengusik Man dengan menyebut nama Milah.

“Hish hang ni… Saja cari pasal. Bila hang nampak Milah. Awat!! dia pun balik beraya kampung jugak ka?”

“Semalam dia tegur aku. Itu yang aku tau dia ada tu. Hehehe..”

“Wi..hang berdua saja ka?”

“Berdua sajalah… Hang nak berapa orang?” Aku seakan paham pertanyaan Man itu.

“Ermm..tak apa..tak apa…saja tanya.”

Kemudian kami bersalaman untuk ke haluan masing-masing bila Diana, Suzie dan kedua-dua orang anak kembarnya merapati kami.

“Abang Mawi... Terima kasih. Nanti jangan lupa datang rumah mak abang Man.”

“Terima kasih? Awatnya?” Aku bertanya hairan.

“Hehehe..belanja anak-anak Suzie dengan kasut-kasut tu. Kak Diana yang bayarkan tadi.”

Jadi fahamlah aku apa maksud ucapan Suzie tadi. Aku dah agak dari tadi sebab Diana beriya-iya nak tolong pilihkan kasut untuk anak-anak Suzie.

“Ermm..tak ada apa pun..Hadiah hari raya untuk diorang…” Diana mula bersuara.

“Ok lah.. jumpa lagi!! Kirim salam pada mak dengan abah.” Suzie sudah selesa dengan panggilan itu.

Kami pun terus pulang kerumah setelah membeli sedikit barang. Diana seakan puas petang itu. Alhamdulillah.

170

Page 171: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Anak Mimi, Qaisara seakan sudah boleh menatih. Sekejap-sekejap jatuh. Tapi dia ni cerdik. Paham setiap butir percakapan orang di sekelilingnya. Isteri aku tak boleh tengok Qaisara keseorangan. Sudah pasti dia mendukung ataupun dibawanya berjalan-jalan diluar rumah.

“Mimi… baju kurung yang kak Ina belikan untuk Qaisara tu muat tak?” Terdengar suara merdu isteriku bertanyakan sesuatu kepada Mimi.

“Oh..baju kurung tu. Boleh pakai… cuma tangan dengan kain dia labuh sikit. Ingat kejap lagi nak jahit sikit.”

171

Page 172: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Iya ka? Akak pun pikir macam tu masa beli hari tu. Tapi.. nak jahit tak tahu pula setakat mana. Nanti Mimi tandakan, biar kak Ina yang tolong jahitkan. Lagipun dah tak tahu nak tolong buat apa. Nak tolong mak kat dapur… mak tak kasi..” Terhenti di situ bila terdengar suara mak di dapur mamanggil nama isteriku.

Diana bergegas mendapatkan mak aku. Rupanya mak nak minta Diana rasa masakannya.. iaitu ayam masak kuzi. First time dia suruh menantu dia rasa.

“Hem.. sedaplah mak. Nak lagi boleh?” Rupanya dari tadi Diana ingin merasanya tapi tak berani nak cakap sebab tengok mak sibuk sangat masa tu.

“La..ambik la. Boleh makan dengan nasi tu. Nasi impit pun mak dah siapkan… cuma belum dipotong sahaja lagi.” Dengan ketawa mak bersuara.

Abah belum balik dari masjid lagi. Aku pun pergi masjid juga tadi, tapi aku balik dulu sebab aku rasa kepala aku sakit-sakit. Mungkin abah tengah menyembang dengan kawan-kawannya di masjid. Biasalah… masa inilah mereka nak berbual pun.

Di kaca televisyen sudah berkumandang suara takbir. Syahdunya aku rasa waktu ini. Entah bila air mata ini menitis setitik dua. Tatkala ini jugalah kesakitan di kepala aku terus menyerang tanpa henti.

Aku bersandar di sofa sederhana besarnya yang menghadap ke muka televisyen. Menahan kesakitan dengan terketar-ketar sama-sama bertakbir.

“Allahu akbar… Allahu akbar… Allahu akbar… La ilaha il-lallah wallahu akbar…. Allahu akbar walillahil hamdu….”

“Allah!!!! Allah!!!”

Mungkin diwaktu ini isteri aku dapat merasainya. Lekas-lekas dia mendapatkan aku. Bertanya aku itu ini. Aku hanya tersenyum bangga dengan keprihatinan isteriku ini.

“Abang..abang nak minum? Ina buatkan untuk abang ya..” Tanpa menunggu jawapan dari ku, sudah tersedia segelas air suam di sisi kiriku.

“Ina..mak mana?” Tanpa membuka mata, aku bertanyakan mak.

“Di dapur..Nak Ina panggilkan mak ke?”

“Eh..jangan. Biarlah mak kat dapur tu…. Jangan beritahu mak pasal ini. Sikit saja..”

“Ermm..abang penat agaknya. Tadi seharian abang tolong abah dekat belakang bangsal tu. Abang masuklah tidur di bilik dulu. Boleh rehatkan

172

Page 173: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

badan abang sekejap. Jom!! “ Diana menghulurkan tangannya kepadaku. Aku menyambut hulurannya lemah.

“Ina!! Kalau abah atau mak atau siapa-siapa cari abang, cakap… abang dalam bilik ya..”

“Alah! Abang… janganlah risau. Ina kan ada... Harun pun ada dekat luar tu. Abang rehat sahajalah. Lagipun dah lewat ni. Esokkan nak raya. Awal-awal esok Ina kejutkan abang..boleh kita pergi sembahyang raya sama-sama.”

Tenang aku tengok air muka isteriku ini. Seakan dapat mengawal segala keadaan yang bakal mendatang.

“Abang minta maaf Ina ya… Abang.. tidur dulu. Kalau perlukan apa-apa… Ina kejutlah abang. Tapi tolong jangan beritahu mak atau abah tentang penyakit abang ni. Abang minta Ina janji dengan abang..”

Itu sememangnya permintaan aku dan Ina seakan memahaminya. Lagi pun isteri aku ini sudah biasa dengan keadaan aku sebegini.

“Abang rehatlah dulu. Ina pun nak minta maaf dari abang…”

Sambil mencium dahiku perlahan Ina menyelimuti badanku dengan kain selimut yang berwarna kunig cair. Selimut ini pun sudah lusuh warnanya.. samalah seperti diriku yang sudah semakin hampir dengan Tuhannya yang Maha Esa. Dan sememangnya inilah selimut kesukaan aku dari dulu hingga sekarang jika aku berada dirumah mak aku.

“Ina..mana Mawi?…” Ayah bertanya Diana apabila dia tidak melihat aku di mana-mana.

“Ermm..abang Wi.. dah tidur abah. Dia penat sangat siang tadi agaknya. Ina suruh dia berehat dalam bilik…”

“La..dia tak sihat ka? Dia dah makan ubat? Habis tu dia dah tidur?” Bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut abah aku.

Semestinya abah bimbang, sebab selalunya kalau nak sambut raya, aku bersama-sama adik-adik aku sudah berada di luar rumah. Kami akan bermain bunga api. Kalau tidak pun, saja duduk dekat luar sambil nyalakan pelita banyak-banyak. Akulah yang punya idea untuk semua itu.

Paling seronok bila kami saling tolong menolong menukar kain langsir ataupun mengemas rumah. Buat kerja-kerja ni di waktu terakhir puasa lagi meriah suasananya. Sambil mulut masing-masing melaungkan takbir raya.

Mak dengan abah pula sibuk di dapur. Kekadang mulut mak tak habis-habis berleter marahkan adik-adik aku. Akulah yang selalu tolong meredakan bebelan mak. Abah memang tak banyak cakap. Perangai abah ni… dari dulu

173

Page 174: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

hinggalah sekarang tak berubah. Yang berubah hanyalah usianya. Habis-habis pun, kalau dia tak tahan dengar mak membebel, dia terus masuk tidur.

Adik aku Mimi pula sibuk menyeterika pakaian untuk esok. Kuih muih pun sudah tersedia dalam balang kecil untuk dihidang kepada tetamu yang akan datang esok. Air kotak dan air tin sudah tersimpan di dalam peti sejuk. Begitu juga dengan duit raya. Sudah tersedia di dalam sampul kecil bergambar. Selalunya akulah yang menawarkan diri untuk memberi duit raya kepada sanak saudara dan sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah. Mak pun kadang-kadang juga bersedekah duti raya ni. Ramai kanak-kanak suka datang rumah kami sebab bukan sahaja kuih muih sedap-sedap, tapi dapat pula banyak duit raya. Lagipun kedudukan rumah kami berdekatan dengan jalan raya dan merupakan rumah pertama di taman itu.

“Ina..dia ada di dalam bilik ka…?” Abah bertanya semula kepada Diana.

“Dalam bilik tengah..” Diana seraba salah sebenarnya.

“Kenapa? Abah nak tengok abang Wi ka?” Diana menyoal lagi.

“Ingat… macam tu lah. Tak apalah..nanti-nanti…” Tetapi langkah abah menghala kearah bilik tengah.

“Mawi..Mawi….” Abah meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi aku.

“Panas!!.. Wi..bangun nak..” Permintaan abah tidak terjawab.

“Ina..pergi ambil ayaq bubuh dalam mangkuk kecik. Lepas tu hang ambik tuala kecik kat dalam laci tu..” Abah seakan tahu untuk berbuat apa.

“Kejap ya abah..Ina pergi ambil…” Diana meninggalkan kami seketika.

“Mawi!! Mawi!! Awatnya hang macam ni? Hang dah makan ubat ka? Panas sangat badan hang ni. Berpeluh-peluh..”

“Abah… ini airnya..”

Diana menghulurkan semangkuk kecil air bersama sehelai tuala kepada abah. Abah meletakkan tuala kecil keatas dahiku. Di lapnya seluruh badanku. Terasa dingin menyelubungi diri aku waktu ini.

“Tadi.. badan abang Wi tak panas macam ni. Lagipun dia cakap dia penat saja.” Isteri aku menjadi lagi serba salah dengan keadaan aku ini.

“Pergi panggil mak hang.”

“Ermm..ba..baik abah..”

174

Page 175: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mmak!!! “ Suara Diana tersekat-sekat. Tak tahu apa yang harus diperkatakannya.

“Ha..Ina..nak apa? Mak pun terkejut bila tengok wajah Diana yang tak seceria tadi.

“Ni..abah panggil mak. Abah ada kat dalam bilik tengah dengan abang Wi. Jomlah mak..”

“Awatnya…. Kenapa dengan abah dan Mawi?” Mak sambil menutupkan api dapur terus berjalan seiringan dengan Diana menuju bilik yang dimaksudkan.

“Ish..kenapa dengan Mawi ni? La..panasnya badan dia. Mawie demam ka Ina?”

“Tadi badan abang Wi tak panas macam ni mak!! Tak pulak dia bagitau Ina dia sakit atau demam…”

Ina sudah mula hendak manangis. Tapi ditahannya perlahan-lahan agar tidak keterlaluan bimbangnya terhadap aku.

“Asmawi… ni mak nak!!? Terdengar sayu suara mak di sisi telinga kananku.

“Awat hang jadi macam ni Mawi? Hang sakit ka? Ni mak Wie..”

Air mata mak sudah menitis satu persatu mengenai pipiku. Mungkin sebab panggilan mereka tidak di sahut olehku, membuatkan kesemua adik beradikku yang berada di rumah itu bersedih.

“Ina..kejut abang Mawi. Ajak dia pergi klinik. Ada klinik 24 jam kat pekan tu. Abah tunggu kat luar….”

Lepas berkata-kata, abah terus meninggalkan kami didalam bilik dengan seribu pertanyaan.

“Abang..abang.. bangun bang. Abah nak bawa abang ke klinik. Bangun ya bang!! Kita pergi klinik…” Diana mengusap kepalaku diringi suara mak di telinga kananku.

“Mawi!!! Hang janganlah macam ni… Esok semua orang nak seronok-seronok sambut raya. Takkan hang tak mau beraya dengan mak, dengan abah..Wie!! bangun Wie..”

“Abang long ni kenapa kak Ina? Mimi pula bersuara. Lagilah Diana serba tak kena. Amanah Mawi.. semuanya perlu dia tunaikan. Dia tidak menjawab sepatah pun kepada setiap soalan yang ditujukan kepadanya.

“Dah..dah.. jangan tanya kak Ina hangpa tu. Dia pun mana tau abang long jadi macam ni.” Mak meredakan perasaan isteri aku.

175

Page 176: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku masih tidak sedarkan diri. Tiada sahutan dari bibirku yang sememangnya ramah ini. Biasanya mulut inilah yang akan menyahut setiap pertanyaan mahupun pengucapan dari orang tua aku mahupun sesiapa sahaja yang menegurku.

Tiada lagi gelak tawa dari bibir ini untuk dikongsi bersama. Tiada lagi senda gurau dari bibir ini mengusik emak, abah dan adik-adikku. Tiada lagi belaian kasih sayang untuk isteri tercinta Noor Diana. Tiada lagi usikan untuk anak buahku Qaisara… Semuanya sudah tiada lagi…

Semalaman emak, abah, isteri dan adik-adik aku menemani aku di dalam bilik. Kedengaran sayup-sayup suara Ina membacakan surah Yasin. Begitu juga dengan adik bongsuku Acu. Di luar sana kedengaran jelas takbir berkumandang dari masjid berdekatan.

Allahu akbar… Allahu akbar… Allahu akbar… La ilaha il-lallah wallahu akbar…. Allahu akbar walillahil hamdu….

“Ina..abah dengan Harun nak pergi masjid dulu. Biarlah Mawi berehat. Ada siapa-siapa lagi nak pergi masjid, abah tunggu kat luar. Abah nak makan dulu sat..”

Kelihatan abah dengan Harun segak menggayakan baju melayu pemberian isteriku Diana. Begitu juga adik-adik aku.

“Mimi dengan Ijam pun nak pi sembahyang raya. Qaisara tak bangun lagi..nanti kalau dia bangun.. Acu boleh tolong tengokkan tau..”

Mimi dengan Ijam mencium tangan kananku. Mencium dahiku. Kemudian meninggalkan kami yang sedia di dalam bilik itu.

“Abang!!! Abang!!! Bangun bang.. Abang tak nak bawa Ina sembahyang sama…? Abang jangan buat Ina macam ni..”

Air mata seorang yang bernama isteri akhirnya jatuh jua. Sudah bengkak kedua belah kelopak matanya akibat menahan tangis dari semalam.

“Mak!!..mak pergilah makan dulu. Biar Ina yang temankan abang Wi. Dahlah semalaman mak tak berginjak dari sini..”

“Mak… tak lalu nak makan Ina. Tambah pulak keadaan Mawi macam ni. Tak apalah, kalau Ina nak makan. Pi la makan dulu. Ina pun tak makan lagi kan?”

Diana, mak dan adik aku Acu masih setia disisi aku. Ayat-ayat suci masih terngiang-ngiang di corong telinga aku ini.

“Mak!!! Mak!!!” Terketar-ketar aku mengeluarkan suara dari kerongkong.

“Abang!!!.. Mak!!! abang dah sedar!!”

176

Page 177: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Mana baju melayu abang? Abang nak ke masjid!!” Perlahan aku mengangkat badanku sendiri dan cepat-cepat Diana membantu.

“Abang kan tak sihat lagi... Larat ke nak ke masjid?”

“Sempat lagi kan?” Aku bingkas ke bilik air untuk mandi sejirus dua. Mengambil wuduk sekali. Diana pun kelam kabut mengambil baju melayu aku yang tergantung dan tolong memakaikan aku kain sampin. Kemudian dia pula bergegas mengambil wuduk.

“Jalan elok-elok. Kalau tak larat jalan, naik sahaja kereta!!” Mak bersuara agak bimbang.

Mujurlah sempat menunaikan sembahyang sunat hari raya bersama jemaah yang lain. Abah, Harun dan adik-adik aku kelihatannya terperanjat bila mendapati aku sudah boleh menyertai mereka sekali di masjid. Kami kemudiannya bersama-sama menziarahi pusara tok wan dan tok aku. Masing-masing menyedekahkan bacaan Al-Fatihah. Amin.

MARCH 2007

Kesihatan Diana sejak akhir-akhir ini tidak menceriakan. Maklumlah keadaan kandungannya sudah masuk 7 bulan. Memang sebelum ini kami sentiasa gembira… namun entah kenapa.. sejak mengandungkan anak kami, perangai Diana seoalah-olah berubah. Dia selalu sahaja memendam perasaan. Ada ketikanya dia marah-marah tak tentu sebab. Aku pun sudah tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku ingatkan.. kalau dah nak dapat cahayamata ni, semuanya dalam keadaan gembira. Rupanya sangkaan aku meleset.

Ingat kan di peringkat permulaan mengandung sahaja perangainya berubah disebabkan alahan atau orang tua-tua cakap pembawakan budak, tapi sehingga kini masih seperti itu juga. Tiada yang berubahnya. Aku selalu juga ambil cuti temankan Diana di rumah, namun pengorbanan aku ini macam sia-sia sahaja. Kekadang tu… sampaikan dia tidak mahu langsung menegur aku bila aku cuba merapatkan diri untuk berbual dengannya.

Aku selalu juga masak sendiri untuk keperluan kami sebab Diana tak suka makan makanan yang dibeli dari luar. Bila aku masak, ada sahaja yang tak kena. Kurang itulah, terlebih inilah..aku tetap bersabar.

177

Page 178: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku kadang-kadang terfikir sama ada sempat atau tidak aku melihat cahayamata aku ini lahir ke dunia. Bila aku menungkan kembali, mungkin sebab ini Diana menjauhkan diri dari aku. Tambahan pula keadaan aku semakin hari semakin teruk. Diktor pun sudah memberitahu bila waktunya untuk aku bersiap-sedia menunggu panggilan Ilahi. Tapi aku tahu… itu semua kerja Tuhan. Kalau hari ini aku diminta mengadap-Nya.. aku redha... Tapi aku pinta agar aku sempat melihat anak aku ini lahir dahulu. Aku pinta sangat-sangat.

Aku semakin hari semakin rungsing memikirkan perihal Diana. Aku juga risau kalau-kalau aku tak sempat melihat anak aku membesar di tangan aku ayahnya. Ataupun tak sempat aku dengar anak ini memanggil aku dengan panggilan ayah.

“Abang…Ina tahu apa yang abang fikirkan..” Janganlah abang fikirkan yang bukan-bukan. Ina minta maaf kalau selama ini perangai Ina merungsingkan abang. Ina pun kekadang tak paham dengan diri Ina sendiri.”

“Ina..abang pun faham apa yang Ina fikirkan selama ini. Sama-samalah kita berdoa agar kebahagiaan ini berpanjangan.”

“Ina..Ina tidurlah…. Abang temankan Ina tidur ya sayang!!..”

Rupa-rupanya kami sama-sama terlena. Bermimpikan kehadiran seorang cahayamata yang comel yang dapat menggantikan tempat aku mahupun tempat isteri aku. Seorang anak yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan untuk kami ibu bapanya. Mudah-mudahan mimpi ini menjadi kenyataan.

178

Page 179: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Tahniah Mawi.. Tahniah....Aku dengar kau bakal jadi seorang ayah.” Suatu hari Laily menalipon aku dari pejabat.

“Alhamdulillah….” Pendek sahaja jawapan yang aku berikan.

“Wi!!!.. kenapa dengan suara kau ni. Kau macam berselindung sesuatu dari aku. Dah lama aku perasan, tapi aku tak pulak nak tanya kau kenapa. Hari ini.. aku nak kau baritahu aku, apa sebenarnya yang terjadi dengan diri kau ni Wi..”

Mungkin Laily sudah perasan perubahan yang berlaku ke atas diri aku. Aku tidak lagi seceria dulu sejak kejadian yang menimpa di kampung tahun lepas. Perlukah aku beritahu Laily masalah aku? Perlukah aku mengatakan kepadanya bahawa hidup aku cuma tingal tak berapa hari sahaja lagi. Perlukah aku .. perlukah..aku!!!

“Laily..terima kasih sebab kau selalu ambil berat pasal diri aku mahu pun Diana…. Aku tak dapat nak balas segala kebaikan korang suami isteri. Aku minta maaf banyak-banyak kat kau Laily…”

Tersekat-sekat suara aku kedengaran di sebelah sana. Aku menahan sebak di dada. Kepada siapa harus aku meluahkan segala yang terbuku di hati? Kepada Allah…aku berserah… Itu sudah semestinya. Setiap hari malah setiap saat.. aku tak pernah lupa akan-NYA…

179

Page 180: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mawi… kau jangan tipu aku la We. Aku macam dapat rasa sesuatu dari cara percakapan kau. Kalau boleh aku tolong, aku kan usaha untuk menolong kamu berdua. Please..let me know what happened…”

“Apa yang kau fikirkan tu.. mana ada apa-apa. Aku ok. Cuma.. biasalah penat sikit sejak-sejak Diana mengandung ni. Semua aku kena uruskan. Selalunya dia yang buat semua tu..hehehe…”

Aku masih boleh ketawa walaupun hati aku pedih sebenarnya. Aku menahan sakit di kepala… Sakit di mana-mana sahaja di seluruh tubuh badanku ini.. dan juga sakit di hati..entah kenapa..

“Laily..ok lah. Aku penat. Nanti kita sembang lagi ya. Cuma aku nak minta kau paham situasi aku sekarang. Jangan salah anggap. Dan aku juga nak minta maaf banyak-banyak dengan kau dan suami kau Haikal. Kirim salam dekat Asnawi anak buah aku tu. Peluk cium dia untuk aku. Mungkin kita tak akan berjumpa lagi.. manalah nak tau kan..hehehe..” Masih sempat aku bergurau dan aku selitkan sedikit gelak tawa aku sebagai hadiah terakhir untuk Nurul Laily.

“Kau ni kan…. buat aku gabra saja. InsyaAllah.. aku pun sama macam kau jugak. Kirim salam kat Diana. InsyaAllah kalau ada masa nanti kami singgah rumah kau..bukannya jauh pun..Bye!!” Talian sama-sama diputuskan.

Terima kasih Laily..kerana masih menganggap aku sahabat kau. Aku akan ingat ini sehingga nyawa aku yang terakhir.

Selepas membuat pemeriksaan, doktor mendapati penyakit aku sudah ketahap yang tidak boleh diubati lagi. Cuma aku boleh bertahan setakat yang termampu. Ini bermakna jangka hayatku hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Aku sebenarnya tidak boleh percaya 100 peratus kepada ramalan doktor. Namun.. aku tetap berserah kepada Allah. Aku redha dari awal penyakit aku diketahui sehinggalah sekarang ini. Dan aku juga redha andai aku tak sempat menyambut kelahiran cahaya mataku itu.

“Asmawi..you kena tabah bila I beritahu you tentang condition penyakit you ini. Keadaan you sangat-sangat kritikal. Kalau nak operate sekarang pun sudah tiada maknanya. That’s why hari tu I minta you decide to do operation, but you refuse to do it. Now your condition is very bad to say..”

Aku langsung tidak terkejut dengan apa yang doktor cakapkan tadi. Malah aku tetap bersyukur sehingga ke hari ini aku masih bernafas dan bernyawa. Dapat juga aku melihat anak aku membesar di dalam perut Diana. Dapat aku bermain-main dengannya walaupun dia masih di dalam perut uminya itu. Tonjolan-tonjolan yang kelihatan diperut isteri ku membuatkan aku leka, lantas melupai segala kesakitan ini.

180

Page 181: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Ina..tengok baby ni..tolak-tolak perut Ina. Mesti.. dia dah tak sabar nak tengok ayah dengan umi dia agaknya. Mesti dia cakap tolong!! Tolong!!! aku nak keluar ni…”

“Apa la abang ni. Lawaknya...” Ina kemudian mengusap benjolan yang kelihatan di perutnya sendiri.

“Abang..nak namakan ape ye pada anak kita ni?”

Baru aku teringat akan pemberian nama ke atas cahayamata yang bakal dilahirkan tak berapa hari sahaja lagi.

“Ermm..Ina dah pilih ke? Abang nak Ina yang namakan anak ini. Abang tak pandai dalam hal-hal ini. Kalau Ina dah ada nama untuk baby ini, abang ikut sahaja….”

“Hehehe..dah!! Ina dah buat pilihan pun. Saja tanya abang kalau-kalau abang pun dah ada nama untuk baby ni..”

“Iya!!! nama apa? Sedap tak nama tu. Maknanya ok tak? Nama lelaki ke nama perempuan?’ Banyak pula soalan aku kali ini.

“Ada dua nama. Satu untuk lelaki.. dan satu lagi untuk perempuan. Lagipun kita tak tahu anak kita ni boy or girl.”

“Bang… kalau lelaki, Ina nak namakan Muhammad Ammar Hakam Bin Ahmad Asmawi dan kalau perempuan Ina pilih nama Nurul Humaira Binti Ahmad Asmawi. Sedap tak bang. Makna kedua-duanya pun elok-elok belaka.” Diana meletakkan kepalanya ke dada aku.

“Sedap..sedap.. Abang pun rasa sesuai untuk menamakan anak kita ni. Ishh!!! lupa pulak ..jom makan buah ni. Penat abang kupas kulit dia tadi..”

Aku menghulurkan sepinggan buah betik kepada isteriku. Dia memang suka makan buah-buahan sebelum tidur.

Kami melayani perasaan masing-masing ketika lagu KIAN berkumandang diruang tamu rumah ini. Di sebabkan aku minat sangat dengan budak Mawi ini, aku sanggup membeli radio lebih untuk diletakkan di ruang tamu, di dalam bilik tidur malah di dalam bilik bacaan aku pun aku akan letakkan radio semata-mata untuk mendengar lagu-lagu dari nyanyian suara dia.

Mawi!!.. Sama macam nama aku. Aku, sejak bila minat budak ni pun aku tak perasan. Yang aku tahu.. aku sudah mula meminati rentak alunan lagunya. Penuh makna. Penuh kesyahduan. Penuh penghayatan. Penuh kasih sayang.

Ina pun… dalam diam meminati budak ini. Katanya.. renungan mata si penyanyi ini amat memukau. Penuh makna. Bola matanya seakan

181

Page 182: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

memancarkan sesuatu. Sejuk mata memandang. Itu kata isteriku Ina. Aku pun sesekali setuju dengan penjelasan isteriku ini.

“Abang.. kenapa abang suka sangat dengar lagu ini. Bukan ke banyak lagi lagu yang sedap-sedap dalam cd tu..?”

Ina menyuarakan rasa musykilnya kepada aku. Memang betul!! Aku terlalu asyik dengan lagu Kian ini. Mungkin penuh makna yang tersirat. Ianya seakan menghantui jiwa dan perasaan aku. Atau mungkin, ianya ada persamaan dengan apa yang aku rasa ketika ini.

“Entahlah Yang.. abang pun tak perasan bila abang mula asyik dengan lagu ini. Abang rasa syahdu bila mendengarnya.. Penghayatan Mawi di dalam lagu ini sungguh spontan. Bersahaja. Semacam ianya realiti yang perlu kita ketahui. Kekadang tu… kita akan terleka dibuai dengan alunan muzik yang seakan dapat membaca perasaan abang ketika ini. Seakan-akan abang berada di dalamnya. Penuh makna yang tersirat yang tak dapat digambarkan…..”

“Abang..abang… Ina respect abang lah. Amboi! Amboi! Sejak bila tahu cakap macam ni? Sejak nak dapat baby ke?” Isteri aku sengaja ingin melihat aku tersenyum. Dia tahu apa yang aku fikirkan ketika ini.

“Adoi!!! Hehehehe… iye ke. Tak perasan pulak.” Kami ketawa berpanjangan malam itu.

Sejak bila aku pandai bermadah begini pun aku kurang perasan. Mungkin sejak aku mula menjinakkan diri mendengar lagu-lagu berunsurkan kemanusiaan. Semuanya kerana kahadiran Asmawi Ani ataupun dikenali ramai sebagai Mawi World. Beruntung orang tuanya mempunyai anak yang sebegitu rupa. Pandai dalam bab-bab agama. Pandai menyesuaikan diri dalam semua acara. Cuma satu harapan aku… agar dia tidak hanyut diarus dunia yang penuh dengan pancaroba. Penuh dengan manusia-manusia yang bertopengkan kebaikan. Entahlah….

Pernah sesekali bila aku terlalu menghayati senikata lagu ini, air mata aku laju menitis ke pipi. Benarkah apa yang terucap.

“Abang..jom masuk tidur. Ina dah mengantuklah bang.”

Diana menarik lengan aku mengajak naik ke atas. Aku menemaninya sehingga ke dalam bilik. Aku cuba untuk memejam mata namun setiap butir-butir lirik di dalam lagu itu seakan berlegar-legar di ruang mata ini. Berhantu sungguh lagu ini fikir ku seketika. Aku tak jadi untuk tidur lantas aku mengambil wuduk untuk bersembahyang sunat. Mungkin ini dapat membantu aku….

Alhamdulillah.. perasaan aku mula tenang. Aku menghampiri Noor Diana. Menghadiahkan sebuah kucupan penuh makna ke dahi isteri tersayang. Mana

182

Page 183: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

tahu… mungkin inilah hadiah terakhir sebelum aku menutup mata lebih rapat lagi. Aku mengusap-usap perut isteriku yang di dalamnya sudah pasti zuriat aku sendiri. Yang menunggu masa untuk melihat apakah sebenarnya kehidupan duniawi…

Abang sayang Ina… Abang sayang anak kita…. Air mata ku jatuh lagi. Aku biarkan ia mengalir sebanyak mana yang ia mampu. Tidak mahu aku menahannya lagi. Biarlah…biarlah..

Aku lihat Diana sudah lena diulit mimpi. Mungkin mimpi yang begitu mengasyikkan. Tenang sahaja air mukanya kala itu. Inilah yang menjadi kekuatan untuk aku.

InsyaAllah..Ina..InsyaAllah. Selagi Tuhan mahu kita bersama, selagi itulah abang akan tetap menjaga kesucian hubungan kita ini.

Mak…abah…. Maafkan Mawi... Wi tak mahu menyusahkan hati mak dengan abah. Biarlah Wi sendiri yang merasai kepedihan ini. Kesakitan ini. Biarlah..biarlah..

Tak jemu-jemu aku menadah tangan memohon keampunan dari-Nya. Kemudian aku menekup mukaku dengan kedua telapak tanganku. Ketika inilah sekali lagi aku teringatkan lagu itu.

KIAN

Kian Jauh.. Kian Hilang.

Kasih Antara Kita…

Nampak Tenang…. Pada Zahirnya..

Tapi Batin Terseksa…

Yang Terguris Tak Nampak Di Mata

Yang Terhiris Terluka…

Sesekali Terbit Air Mata

Tahan Sebak Di Dada…

Ke manakah … Hendak Dibawa

Resah Kian Melanda..

Di manakah Hendak Ku Khabar

Pilu Di Dalam Dada

183

Page 184: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Bila Kasih Di Hujungnya Nyawa, Rasa Ingin Dimanja

Perasaan Pun Kian Tersentuh, Bila Rindu Ini Berlabuh…

Apakah Yang Dikejar Dalam Hidupmu

Berkali Ku Kata Padamu

Kita Singgah Di Dunia Yang Sementara

Penuh Tipu Daya

Yang Kekal …Di sana..

Biarlah Kita Berdua..

Usahlah Hanyut Terus Terlena… Kerana Dunia..

Pada Aku Masih Ada

Kasih Belum Terhakis

Sebenarnya Sudah Lama..

Ku Sungguh Berkecil Hati…

Enam belas hari kemudiannya Diana mengadu perutnya selalu sakit-sakit. Kekadang tu tak boleh bergerak langsug. Pusing ke kanan, pusing ke kiri serba tak kena. Apabila makan sahaja, sudah pasti akan muntah kembali. Aku pun dah panik dengan keadaan isteri aku ini. Aku ambil keputusan untuk membawanya ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjutan.

Terkejut juga bila doktor manasihatkan agar Diana cepat-cepat dibawakan ke hospital kerana keadaan anak dan mungkin juga Diana sendiri dikatakan kurang memuaskan. Apabila di lakukan scan, kelihatan ada sesuatu yang memusykilkan doktor begitu juga kami terutama ibubapanya.

“Doktor!!! Apa bendanya tu… Bahaya tak?”

Diana bertanya soalan ini apabila ternampak sesuatu berada di dalam perutnya ketika itu. Memang menghairankan. Kenapa masa mula-mula kehamilan tidak ternampak pun yang dikatakan benda itu. Aku pun jadi serba tak kena.

“Ya Allah.. Apalagi ujian yang Engkau hendak berikan kepada aku..” Hanya ini yang terlintas difikiran aku.

“Maaf..saya pun kurang pasti apa bendanya. Tapi eloklah En Asmawi dan Puan Diana pergi mendapatkan nasihat dari pakar. Keadaan ini mungkin akan membahayakan nyawa anak yang di dalam kandungan itu. Sorry once again..”

184

Page 185: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Tanpa berlengah, kami terus ke hospital pakar. Betul sangkaan kami. Diana perlu dilakukan pembedahan segera. Takut ianya merebak besar. Apa bendanya aku dan Diana tak tahu. Benar kami tak tahu!!! dan kami pun tidak diberitahu sebenarnya….

Sebelum itu, aku telah bertegas dengan doktor dan nurse untuk masuk melihat pembedahan dilakukan. Memang hampa kerana aku di minta menunggu di luar. 5 jam aku menanti isteriku di luar bilik menunggu. Di kesempatan ini aku menghubungi keluarga terdekat untuk memaklumkan situasi ini. Alhamdulillah… Mereka di dalam perjalanan untuk melihat kami.

Tepat jam 6.40 minit petang, hari Rabu bersamaan 16hb Safar 1428 Hijrah aku di beritahu keadaan isteri dan anak aku selamat. Yang dikatakan benda itu tadi… rupanya tiada apa-apa. Mungkin Tuhan sengaja ingin aku melihat zuriat aku ini, sebelum mata aku terpejam. Inilah yang dikatakan keajaiban Allah. Jika Dia menginginkan sesuatu itu terjadi…. maka terjadilah ia.

Aku mendapat tahu isteri dan anak aku memerlukan rawatan lanjutan kerana keadaan Diana masih belum sedar dan anak aku perlu dibersihkan terlebih dahulu.

Alhamdulillah… segala kekalutan yang bersarang di hati ini, akhirnya berjaya dibendung. Aku dapat melihat isteriku.. dan juga zuriat aku sendiri. Alhamdulillah!!! Aku memperolehi seorang cahayamata lelaki. Aku mencuim dahi Diana. Aku mencium dahi anak ku.

“Ina..Muhammad Ammar Hakam… Alhamdulillah!!!!”

Isteriku sempat menghadiahkan sebuah senyuman yang tak dapat aku gambarkan ketika itu. Senyuman di dalam kesakitan. Senyuman di dalam kegembiraan. Senyuman yang mungkin terakhir kali untuk aku melihatnya.

“Abang… laungkan azan ketelinga kanannya ya bang!!!.”

Aku tersenyum memandang wajah isteriku ini. Aku mendukung anak kecil ini dipangkuan ku. Sekali lagi aku mencium kedua belah pipinya. Lama aku mencium dahinya. Terasa sayu hati aku ketika ini.

Allahu akbar Allahu akbar….. Allahu akbar Allahu akbar….. Asy-hadu alla ilaha illallah…. Asy-hadu alla ilaha illallah….. Asy-hadu anna Muhammadar rasulullah…. Asy-hadu anna Muhammadar rasulullah….. Haiya ‘ala-solah….. Haiya ‘ala-solah….. Haiya ‘alal-falah….. Haiya ‘alal-falah…… Allahu akbar Allahu akbar.. La-ilaha illallah….

Aku melaungkan azan ke telinga kanannya dengan rasa sebak di dada. Air mata yang sekian lama tergenang di kelopak mata, akhirnya jatuh juga. Kemudian aku mendapatkan isteriku. Meletakkan Muhammad Ammar Hakam dipangkuan Diana. Diana tersenyum lama.. Kemudian mendakap Muhammad Ammar Hakam penuh kasih sayang. Aku!!!! Tak tertahan rasanya sebak di

185

Page 186: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

dada… aku terbatuk kecil… perlahan-lahan… akhirnya dibahu Dianalah aku rebah bersama genggaman erat jari jemari anak yang baru dilahirkan ini….

“Mawi…Mawi….ini mak Wi. Abah pun ada sama ni ha. Adik-adik kau pun ada sekali kat sini. Bangunlah Mawi!! Hang jangan buat mak dengan abah macam ni..Wi!!!!!”

Terdengar suara seorang wanita lingkungan 50an yang sedang menangis tersedu sedan di sebelahku. Namun teriakannya itu… langsung tidak dapat aku sahut. Hanya linangan air mata yang dapat aku hadiahkan kepada mereka semua. Aku nampak mereka. Aku nampak semuanya. Namun untuk berkata-kata aku sudah tidak mampu.

“Asmawi… abah tiap-tiap hari datang lawat hang, ziarah hang... Abah dengan mak tinggal di rumah hang semata-mata nak berulang alik ke sini. Mawi!!! Kesiankanlah kami Wi. Kan haritu hang kata nak hantar kami pergi haji? Kalau hang tak bangun macam mana hang nak hantar kami….” Esakan abah membuat aku bertambah sebak.

Aku tercari-cari Noor Diana dan anak aku Muhammad Ammar Hakam. Di mana mereka? Kenapa mereka tiada disisiku ketika aku amat memerlukan mereka ketika ini. Mungkin Diana ditinggalkan di rumah kerana dia pun baru sahaja melahirkan anak aku itu. Aku cuba tersenyum. Senyuman ku tersekat.

Aku terpandangkan adik aku Mimi. Dia sentiasa menguntumkan senyuman semanisnya kepada aku. Memang begini dia hari-hari. Aku pandang pula adik ketiga aku Ijam. Sudah semakin cantik paras wajahnya. Aku melirikkan anak mataku ke sebelah kiri. Adik bongsuku Ros. Juga semakin cantik berbaju kebaya. Tidak lagi kelihatan seperti ‘tomboy’. Alhamdulillah!!!! Segalanya telah berubah.

“Abang long…. Kami adik-adik abang semua ada di sini... Abang long janganlah macam ni. Bangunlah abang long….”

186

Page 187: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Mimi lapkan airmata yang mengalir di pipiku. Juga membersihkan kekotoran di badanku. Begitu baik adikku ini. Walaupun keadaan aku begini, dia sanggup bersama aku. Tetapi di mana Harun? Mana anak buah aku, Qaisara? Mungkin mereka tidak dibenarkan masuk lagipun Qaisara kan masih kanak-kanak kecil. Harun sudah pasti kena menjaganya di luar. Tak apa..biarlah mereka berdua anak beranak di luar. Yang penting semua keluarga aku ada bersama aku tika ini.

“Alhamdulillah!!! En Asmawi sudah boleh membuka matanya. InsyaAllah… mungkin sekejap lagi dia sudah boleh sedar sepenuhnya….”

Aku amati wajah seorang lelaki yang agak tampan beruniform putih. Mungkin inilah doktor yang merawat aku. Sungguh sopan tutur katanya. Macam aku pernah lihat wajahnya, tetapi aku tak ingat di mana.

“Lagipun sudah hampir 3 bulan dia tak sedarkan diri... Harap-harap hari ini dia boleh bertutur semula. Maafkan saya mak cik, pak cik..saya keluar dulu. Kalau perlukan apa-apa tekan sahaja butang merah dihujung katil ini… Ataupun panggilkan saya. Saya ada di bilik sebelah ini. Assalamualaikum…”

“Waalaikumsalam. Nanti kalau ada apa-apa pak cik bagitau. Terima kasihlah kerana tuan doktor merawat anak pak cik ni selama ini. Tak tau nak balas macam mana…” Abah aku seolah olah ingin memeluk doktor lelaki itu lagaknya.

3 bulan? Kenapa 3 bulan? Hari ini bulan apa? Tahun apa? Sejak bila aku tidak sedarkan diri? Dan bila masanya aku berada di sini? Bermacam soalan bermain difikiranku ketika ini. Apa sebenarnya yang telah berlaku… sehinggakan aku terbaring di atas katil ini sehingga 3 bulan?

Aku masih tidak puas hati. Aku gagahkan semangatku agar aku dapat bertanyakan soalan ini kepada mereka semua.

Ya Allah!!! Berilah aku kekuatan untuk melawan keadaan ini. Allah…Allah…Allah… Aku melaungkan nama Allah sebanyak 3 kali. Belum cukup rasanya. Aku cuba lagi untuk kali ke empat.

ALLAHhhhh!!!…

“Mawi…. Abang!! Mawi dah sedar bang. Anak mak dah sedar…”

“Makkkkkk… Aaaabbbahhhh… Allahhh!!!”

Aku gagahi bersuara. Walaupun tekak aku terasa perit. Perut aku terasa senak. Aku cuba sedaya upaya agar mak dan abah tidak lagi menunggu lama.

187

Page 188: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mawi… Alhamdulillah…. Hang dah boleh bercakap.. Alhamdulillah Ya Allah…” Mak terus memeluk aku erat. Kemudian abah pula. Adik-adik aku pun terus mendapatkan aku. Menangis dalam gambira.

Kelihatan doktor Haikal pun ada bersama kami ketika ini. Aku nampak nama yang tertera di pakaian seragam doktornya tertulis ‘Haikal’. Doktor yang sebaya aku ini rasanya… memeriksa diriku sekali lagi. Tekanan darahku kelihatannya tersangat rendah. Pergerakan jantungku juga kedengarannya tersangkut-sangkut. Doktor ini tersenyum memandang aku walaupun dia dan aku yang tahu disebalik senyuman itu tersembunyi sesuatu…

“Maaakkk…Ina manaaa makkk…anak Wie mana…. Wwiee nak jumpa depaaa..”

“Mawi… sabar nak..sabar.. nanti kita sembang ya.. Wi kena banyak berehat…”

“Abah…. Makkk… nak balikkkk…”

“Boleh nak..boleh..tadi tuan doktor cakap kat mak yang kami boleh bawak hang balik kalau hang dah sedar. Sekejap lagi bolehlah kita semua balik.. Hang jangan risau na..”

Mak aku memandang wajah doktor Haikal penuh makna. Abah pun sesekali pejam celik menahan sendu. Abah merapati tubuhku yang masih terbaring tanpa gerak. Menatap wajahku seketika. Membelai kepala yang sudah botak ini. Memicit-micit lengan dan kakiku. Juga mulutnya tak berhenti bergerak seolah-olah membaca sesuatu. Aku cuba memberikan sebuah senyuman. Namun di tika ini aku terlalu letih. Terasa amat payah untuk aku buat itu semua. Maafkan aku abah…. maafkan Wie.

Doktor Haikal datang mendekati abah. Bercakap sesuatu.

“Mawi…. Siapa tadi yang Wi tanya..Ina?

Abah mula berbicara setelah doktor Haikal berdiri disebelah katilku ini. Doktor Haikal… baru aku perasan. Kalau tak salah aku dia ini suami Laily. Pernah Laily memberitahu aku bahawa suaminya seorang doktor pakar. Mungkin betul tekaan ku ini.

“Ha… Ina… isteri… abah!!! Takkan tak… kenal ….menantu sendiri…..”

“Tak..abah cuma nak tahu yang Wi memang kenal kami semua… hang jangan risau.. depa ada…”

“En Asmawi… siapa nama isteri awak..?” Doktor Haikal kemudian bertanya aku. Mungkin inginkan kepastian.

“Ermmm….. Noor… Diana…….. Keenapaa doktor? “

188

Page 189: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Aku bertanya sambil terbatuk-batuk kecil. Aku meletakkan tanganku di dada. Sesekali lemah mengurutnya.

“En Asmawi ada anak?”

“Ya… baru ... sempat.. laung azan.. kat telinga…. Ina… senyum…tengok kami.”

Di tika ini aku mampu tersenyum. Masih terbayang bagaimana aku menyambut anak aku ini dari tangan nurse. Bagaimana aku mengazankan ke telinganya. Bagaimana Ina tersenyum mengendong Muhammad Ammar Hakam.

“Mawi.. sapa nama anak Wit u?” Mak seakan ingin mengetahui lebih lanjut.

“Mmuhammadd… Ammarr….Hakamm…”

“Ermmm… tak apalah En Asmawi…. Awak berehat dulu.”

“Pak cik, mak cik… rasanya eloklah di bawa anak pak cik ni pulang. Kalau ada apa-apa tolong beritahu pihak hospital. Lagipun keadaan anak pak cik…. Tidak boleh dijangkakan. Saya minta maaf banyak-banyak. Kita hanya mampu merancang… pastinya Tuhan yang menentukan bila dan dimana. Diharap pak cik dan mak cik bersabar agar menerima Qada’ dan Qadar Allah…”

Tiba-tiba kelihatan seorang wanita sebaya aku didalam bilik ini. Aku cuba mengingatkan kembali wajah ini. Namun ingatan aku kini terlalu kabur. Apa yang aku ingat hanyalah Noor Diana dan anak aku Muhammad Ammar Hakam.

“Pak cik..mak cik..kenalkan isteri saya..Nurul Laily…”

“Pak cik..mak cik.. apa khabar? Masih ingat Nurul lagi?

Pertanyaan Nurul Laily membuatkan mak aku kembali tersenyum. Mungkin sudah mengingati siapa wanita itu. Tetapi aku…. Aku tak dapat hendak menyapanya. Kenapa di waktu ini lidah aku kelu? Tekak aku perit….

“Mawi… aku Laily. Ini suami aku..Ahmad Haikal…”

Laily tersenyum memandang aku. Dia diiringi suaminya ke katilku sambil bersalaman dengan adik-adik aku. Betullah sangkaan aku tadi. Nurul Laily…. Masih seperti mula-mula aku kenal dia. Cuma kini sudah bersuami dan sudah punya anak… seingat aku.

“Lllaaillyy…. Kau nnampak Dianaa….” Kali ini sudah ada kekuatan.

189

Page 190: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Diana…?” Laily memandang Haikal. Kemudian memandang wajah ku. Kemudian memandang Haikal lagi.

Aku lihat Laily hanya tersenyum. Tanpa berkata apa-apa selepas pertanyaan aku tadi. Mungkin… dia tak sangka yang aku akan bertanya soalan ini kepadanya. Laily bingkas bangun mendapatkan suaminya. Mungkin ada benda yang hendak diperkatakan ketika itu. Selepas itu, dia kemudiannya mendapatkan adik aku Mimi. Yang lain hanya memerhatikan sahaja tanpa berkata apa-apa.

“Abang long… banyakkan mengucap ya bang. Nanti kita balik rumah mak. Abang kena rehat cukup-cukup…” Ada setitik dua air mata jatuh kepipi adik ku Mimi.

“Betul tu Mawi.. Kau kena banyak berehat. Banyak ingatkan Tuhan. Bersabar. Aku doakan kau sembuh macam selalu. Boleh kita sembang lama-lama. Aku nak balik ni Wi.. kau ingat pesan aku tau….” Laily menghadiahkan sebuah senyuman yang pernah aku lihat sebelum ini.

Terima kasih Laily.. engakaulah sahabat aku dunia akhirat… Malangnya aku tak mampu luahkan perkataan ini. Maafkan aku.

“Mimi… Kak Laily kenal siapa Diana yang abang Wie maksudkan tu… tapi dia dah meninggal dunia lebih setahun yang lepas.. Cuma akak tak pasti sama ada abang Wie tahu atau tidak hal ini…”

“Ooo..patutlah abang long asyik sebut nama dia. Tapi kan kak.. kenapa pulak abang long tanya anak dia? Itu yang kami terkejut sangat tu…?”

“Iyer… bila dia sebut benda ni…”

“Masa dia mula-mula sedar tadi.. Dia tegur mak dengan abah..lepas tu dia tanya Kak Ina dan Muhammad Ammar Hakam.. kami tak kenal pun siapa mereka-mereka ni. Memang depa ni wujud ka…?”

“Ish… Noor Diana memang wujud.. tapi anak? Anak Mawie… tak mungkin!!!!? Akak tahu hal Diana dari mulut abang Haikal sendiri sebab masa tu abang Haikal yang merawat Diana sampailah ke hayatnya yang terakhir. Di sinilah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat penyakit barah otak..sama macam penyakit abang Mawie...”

“Oh..kalau macam tu..mungkin semasa abang long dalam keadaan koma.. dia mendapat mimpi bersama dengan Noor Diana.. dan mungkin diorang kahwin dan punya anak… sebab abang long ada cakap dia ada mengazankan anak dia sekejap tadi… “

190

Page 191: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“…Mungkin… mungkin juga… Allah maha mengetahui segala yang berlaku sama ada kita sedar mahupun tidak…Wallhu A’alam…”

Dua hari berada di kampung membuatkan aku bermaya sedikit. Terasa nyaman suasana kampung kembali mengimbau kenangan silam. Aku teringatkan kawan-kawan aku. Aku teringatkan gurauan member-member opis dahulu. Di sebab kan aku masih tidak boleh berjalan, aku hanya mampu berbaring di bilik bujangku ini. Masih segar seperti dahulu. Masih tersimpan kenangan-kenangan lama di dalam bilik ini rupanya.

Cuma pagi tadi mak mengalihkan aku ke dalam biliknya kerana itu sememangnya permintaan aku. Mulanya mak dengan abah menolak, namun melihatkan aku begitu bersungguh-sungguh maka mereka akur dengan permintaan aku ini. Aku tersenyum gembira. Walaupun tawar sebenarnya.

“Makkk..abahhh…terima kasih..”

Mak dengan abah hanya berpandangan sesama sendiri. Tanpa berkata apa-apa.

“Mak!!! Mana Ina mak!! Mana… anak Wie abah!!…. Sejak balik sini…. tak nampak pun… depa!!!”

Mak dengan abah sekali lagi berpandangan. Mungkin terkejut dengan pertanyaan aku ini. Abah merapati aku. Mak masih tercegat di birai katil. Tidak berkelip mata mak memandang aku.

“Asmawi!!! mengucap nak. Hang jangan banyak cakap. Hang tak sembuh lagi. Mengucap Wi..mengucap..”

“Wi… tau… nakkk mengucap… abah!!!! Wi selalu mengucap. Tapi mana depa semua.. Depa pi mana mak!!!?

“Ya Allah!!!! Astaghfirullahhala’zim…” Terdengar mak beristighfar.

“Mawi… siapa Ina? Mak aku bertanya seolah-olah tidak kenal siapa Ina.

191

Page 192: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Mak..Ina menantu.. mak..menantu abah. Wi baru…dapat anak mak.. anak lelaki.. nama dia… pun dah bagi .... Muhammad Ammar Hakam.. haritu dah… azan.. telinga dia..hehehe”

Aku teringat semula bagaimana aku menyambut anak ini dari tangan nurse. Aku mengazankan ke telinga kanannya. Diana pun tersenyum masa itu. Manis.

“Oh Kak Ina…. Ada depa aaaddaa!!!” Mimi bersuara bila kedua orang tuaku sudah tidak tahu untuk berkata apa.

“Kak Ina dalam pantang lagilah abang long….. Kan Kak Ina baru lepas bersalin.. anak abang long pun ada. Comei sungguh. Ada iras-iras muka abang long sikit-sikit..hehehe.”

“Ya ka… Alhamdulillah!!!! Depa sihat…. Anak hang mana? Harun… buat apa?

“Hah…. Abang Harun ada kat luar tu. Tengah buat kerja sikit. Kejap lagi dia jumpa abang long… anak Mimi, Qaisara pun ada. Tengah tidur. Penat dia main seharian tadi.”

“La..awat… semua… ma..cam.. terkejut?

Soalan aku tidak dijawab. Malah mak terus keluar dari biliknya meninggalkan aku dengan abah dan juga Mimi. Abah pun sekejap duduk, sekejap bangun dari katil milik dirinya sendiri. Mimi masih terpaku dihujung kaki aku. Membetulkan selimut yang menutupi sebahagian badanku hingga ke hujung kaki.

“Abang long… abang long kena banyak rehat. Doktor pun cakap macam tu kan hari tu. Kalau abang long… cakap banyak-banyak, nanti kesihatan abang long terganggu. Abang long nak cepat sihat kan?”

Pandai Mimi mengubah topik perbualan kami. Aku senyum pandang muka dia. Dia pun sama pandang aku. Kami sama-sama tersenyum.

“Untung….. Harun jadi laki…. hang!!!!…”

“Alhamdulillah…. beruntung abang Harun tu kan!!!” Mimi membalasnya kemudian.

Di ruang tamu, kedengaran bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Ramai rasanya yang membaca. Aku masih tidak dapat turut serta. Aku juga ralat sebab aku banyak ketinggalan dalam mengerjakan sembahyang 5 waktu.

Ya Allah..ampunilah dosa-dosa ku Ya Allah. Aku tidak sengaja…

Boleh dikatakan setiap saat, inilah yang aku luahkan. Aku takut dengan hukuman yang bakal menimpa.

192

Page 193: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Wie.. abah keluar sat na. Sat lagi abah masuk balik…”

Aku hanya mengangguk tanda faham.

Seketika kemudian abah masuk bersama 2 orang lagi jiran setaman dan diikuti Harun di belakang. Rasanya aku kenal mereka berdua. Pak Imam dengan Ustaz Osman. Mereka bersalaman denganku dan aku sambutnya lemah. Senyuman masih terpancar di wajah mereka berdua.

Abah menghulurkan surat Yasin kepada mereka, lalu tanpa berlengah lagi keempat-empat mereka termasuk abah dan adik aku Mimi pun turut serta membacanya. Kemudian kelihatan adik aku Ijam dan Acu cantik berbaju kurung dan bertudung menghampiriku. Bersalaman dengan ku… dan terus mencium dahiku. Airmata ini tergenang kembali… Begitu juga mereka…..

Di pertengahan bacaan Yasin, tekak aku terasa perit. Aku cuba meminta air dalam nada suara yang terketar-ketar.

“Aaa..air!!!!........”

Mujur percakapan aku didengari oleh adik aku Acu. Cepat-cepat dia menyuapkan sesudu demi sesudu air yang terletak disebelah katil ke mulutku.. hanya 3 suapan yang dapat aku telan. Bakinya aku sudah tidah berdaya. Air meleleh kepipiku yang semakin kering kulitnya. Sejuk…..

“Makkkk… maakkkkk…”

Aku memanggil nama ini semula. Terasa rindu sekali untuk menatap wajahnya tatkala sedang bertarung dengan nyawaku sendiri.

“Aaaabbahh.. maakkk mana? Aku mencari lagi.

“Ada Mawi ada… mengucap nak..mengucap….” Mak bercakap dalam sedu sedan.

“Mengucap Mawi..mengucap.. Ingat Allah… La ilaha illallah….. La ilaha illallah..”

Aku mengikutnya perlahan lahan….

“La… ila…ha… illallah….. La… ila….ha illallah………”

193

Page 194: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

“Makkk..ampunkan Wi… mak… halal.... makan minum... sejak lahir sam…pai la ni makkkk…. Wi!!!! banyak buat… dosa …mak.. abah… abah ampun…..kan Mawi..…”

Aku sebak. Nafas aku tersekat-sekat. Mencunggap-cunggap aku bersuara.

“Mawi..mak ampunkan.. mak dah lama ampunkan.. hang tak ada dosa denagn mak..dengan abah..Wi… hang anak yang baik… mengucap Wi… Allahhhh!!!!!”

Mak masih meriba kepala aku. Sesekali terasa kehangatan air mata mak terkena mukaku. Abah juga sudah bangun mendapatkan tubuhku. Begitu juga adik-adik aku bertiga termasuk jugalah adi ipar aku, Harun. Semuanya memegang tangan dan badanku ketika ini. Tapi dalam pada itu… aku masih tercari-cari isteri dan anak aku. Sekali lagi aku bertanya soalan ini… mungkin untuk kali terakhir.

“Maakk… Ina…. Hakam ……. Nak jumpa depa….. mak……..”

“Mawi… hang mengucap banyak-banyak. Ingat Tuhan… Biarlah mak bagitau hang.. “

Suara mak terhenti seketika. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian memegang jari jemariku sambil diurut-urutnya penuh kasih sayang.

“Hang banyak-banyak bersabar.. Wi... Dengar baik-baik apa yang mak nak bagitau ni…. Hang tak pernah kahwin pun Wi… hang pun tak ada anak nama Hakam….” Mak menangis lagi. Kali ini lebih memilukan.

“Mak… tak.. penah kawin? Tak ..dak anak… lagi…. Haabiiis tuuuu Noor Diana sapaaa?”

“Mawi!!! Anggaplah semua itu…. rezeki dari Allah. Allah yang Maha Mengetahui… Kita kena redha Wie… Terima segalanya dengan redha.” Mak sudah boleh mengawal dirinya sendiri.

“Allah!!!!! Allah!!!!!!..........Allah!!!!!........”

“Mawi!!!!.. abang long!!!!!!... mengucap nak.. mengucap… La ilaha illallah….. La ilaha illallah..”

“Ijam……. Sedap… lagu tu…….. Mawi yang ….. nyanyi kan………”

Kelihatan Ijam seakan terkejut dengan pertanyaan aku ini. Dia hanya mengangguk sambil menekup mukanya dengan kain tudung…..

194

Page 195: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

Di ketika ini… aku sempat mendengar lagu-lagu berunsur dakwah dari penyanyi kesayangan ku Asmawi Bin Ani…. Entah dari mana datangnya… aku tak pasti. Yang pasti aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih.. terima kasih Mawi…. Terima kasih!!!! Sememangnya aku pernah menyuarakan hasrat ini kepada adik aku Ijam sewaktu kami pulang beraya di kampung.

Pinta ku Mawi…. Semoga engkau tabah menghadapi hari-hari muka dengan sentiasa mengingati Allah. Cuma hajat aku untuk bertemu dengannya tidak kesampaian.

“La ilaha illallah….. La ilaha illallah.. Allahhhh….. Allahhhhhhhhhh….Allahhhhhhhhh…”

Dikalimat inilah suaraku terhenti. Terhenti untuk selama-lamanya.

********

“Mak…..arwah abang long mungkin dipilih Allah untuk menyambung keinginan arwah kak Noor Diana dalam merasai alam berumah tangga. Tapi kan mak….… arwah juga senasib dengannya.. Terpaksa meninggalkan keluarga serta segala yang ada didunia ini tanpa sebarang keluhan. Rasanya arwah melalui keadaan-keadaan ini melalui mimpi… mungkin… sewaktu dia koma selama hampir 3 bulan… Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa-dosanya serta dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman…mak….”

“InsyaAllah …. InsyaAllah.. Mak dengan abah sentiasa mendoakan anak-anak mak dirahmati Allah… Cuma mak terkilan… sebab abang long hang tak dapat nak tengok mak dengan abah pergi menunaikan haji… yang tu mak dengan abah terkilan sangat-sangat..”

“Mak!! Mak!! Rezeki arwah abang long mak.. sebab hari ni kan sambutan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Kan hari ni 12hb Rabiulawal 1427 Hijrah. Kami bangga dengan arwah abang long kami …Ahmad Asmawi….…”

“Ha… satu lagi!!! arwah teringin sangat nak dengar lagu dakwah dari penyanyi kesayangan dia..Asmawi Ani… Alhamdulillah tercapai juga di saat-saat akhir hembusan nafasnya…”

195

Page 196: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

SIRAH RABIULAWAL

Peristiwa lama Menjelang Lagi

12 Rabiulawal Masa Dinanti

Kelahiran Nabi Yang Disayangi

Nabi Muhammad Kami Sanjungi

Lahirnya Nabi Ke Muka Bumi

Menyampaikan Syariat Yang Di Sedia

Buat Amalan Pada Manusia

Mentaati Perjuangan Mulia..

Kini Al-Quran Dan Juga Sunnah

Menjadi Amalan Seluruh Ummah

Iman Dan Amal Sebagai Syariah

Hidup Sejahtera Mendapat Hidayah

Ku Kenang Kembali Penghijrahanmu

Ku Tatapi Pengorbananmu

Penuh Dengan Liku-Liku Semangatmu

Kau Akhiri Dengan Kejayaanmu…

………..BERAKHIRNYA SEBUAH CATATAN…………

196

Page 197: Novel - KIAN by Hakam Qaisara

197