Nota Ringkas Pendawaian Permukaan
-
Upload
mohd-najib-slyvester -
Category
Documents
-
view
5.627 -
download
52
Transcript of Nota Ringkas Pendawaian Permukaan
Pemasangan Elektrik 1 Fasa
Kandungan Unit
1. Aksesori Pendawaian
2. Kabel
3. Litar Akhir
4. Sistem Pendawaian
5. Pengujian Pemasangan
1. Aksesori Pendawaian
1.1 Aksesori Kawalan Pembekal
Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama.
Ianya bermula dari fius perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori
ini adalah hak milik pembekal tenaga elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh
melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan penyambungan luar.
Meter KiloWatt-Jam Fius Perkhidmatan
1.2 Aksesori Kawalan Pengguna
Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:
Pengasing/pencil -Suis fius atau MCCB/NFB
Pemutus Litar Bocor ke bumi -kendalian arus baki
Kotak Agihan -fius aksesori pemutus litar minature
Aksesori Fungsi Simbol Skema Hak Milik/Peralatan
Kotak Simpang
Menyambung bekalan elektrik dari talian perkhidmatan ke fius perkhidmatan pengguna
Pembekal
Kadaran yang sesuai
Tidak boleh dipinda
Tidak boleh membuat penyambungan
Fius Perkhidmatan dan perangkai
neutral
Pengasingan Bekalan
Menghadkan arus
Perlindungan arus lebihan
Pembekal
Meter kWj Merekod jumlah tenaga yang digunakan
Pembekal
Suis Fius
(Suis Utama) Suis berangkai
Pengasingan
Perlindungan arus lebihan
Pengguna
Kadaran yang betul
Pemutus Litar Arus Baki
Memutuskan litar apabila berlakunya kebocoran arus ke bumi
Pengguna
Kotak Agihan
Mengasingkan litar utama dengan litar akhir
Pengguna
kWJ
N E
1.2.1 Litar Pendawaian Jujukan Kawalan Pengguna
Peraturan IEE Litar Kawalan Pengguna
Mengikut keperluan IEE setiap litar kawalan/jujukan pengguna mestilah
mengadakan:
Pengasingan dan Perlindungan arus lebihan dan pengasingan mestilah
dipasang pada tempat yang mudah dicapai/dikendalikan.
Pengasingan mestilah dilakukan dengan memutuskan kedua-dua punca
hidup dan neutral.
Alat perlindungan mestilah berkadaran yang betul dan berfungsi.
kWJ
N E
Kotak
simpang
Fius
Perkhidmatan
Perangkai
neutral Suis Utama
PLAB
Elektrod
Bumi
Kotak
agihan
Litar akhir
Meter Kilowat Jam
INFO SPEKFIKASI TEKNIKAL
Suis Utama /SKN Pemutus Litar Arus Baki Jenis dwi kutub dan Neutral Kadaran Arus Beban
Kadaran 30A,60A & 100A 100A
Jenis Fius 63A
HRC 30A,40A,60A,80A & 100A
40A
Fius Perkhidmatan Kadaran Kepekaan Jenis HRC 0.3 / 300mA
Kadaran 30A,60A & 100A 0.1 / 100mA
0.03 / 30mA
0.01 / 10mA
Aksesori Di Dalam Kotak P.F.A / Kotak Agihan Kawalan Pengguna
Pemutus Litar Kenit /
Miniature Circuit Breaker
(MCB)
Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) /
Earth Leak Circuit Breaker (ELCB)
Suis Utama / Main Switch
2. Kabel
2.1 Kabel
Kabel merupakan bahan utama dalam penyambungan aksesori elektrik. Ia
bertindak sebagai perantaraan sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik
kepada peralatan elektrik. Secara amnya, kabel pendawaian domestik terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu pengalir, penebat dan perlindungan mekanikal.
2.2 Pengalir
Pengalir ialah satu bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir
melaluinya. Sebahagian besar terdiri daripada logam. Pengalir yang baik dapat
mengalirkan arus dengan baik.
Bahan Pengalir
Bahan Sifat-sifat Kegunaan
1. Emas
Harga yang mahal
Tahan hakisan
Merupakan pengalir
yang terbaik
Litar bersepadu (tambatan)
Penyentuh suis
2. Tembaga
Pengalir kedua
terbaik
Boleh didapati
Semua kabel pendawaian dan
palang bas belitan motor
Pengalir belitan auto pengubah
dalam bentuk
lembut dan keras
Mempunyai
kerintangan yang
rendah
Liat dan mudah
dilentur, mudah
dipateri
3. Aluminium Ringan
Murah
Talian atas
Kabel bawah tanah
4. Tungsten
Mudah
mengahailsan
kepanasan
Sukar lebur
Tahap lebur yang
tinggi
Filamen lampu atau tiub elektronik
5. Nikel
Bersifat keras
Liat
Tidak mudah haus
atau lebur
Elemen pemanas alat-alat
elektrik seperti seterika, pemanas
air, dapur pemateri dan
sebagainya.
2.3 Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.
Penebat digunakan sebagai pembalut pengalir untuk mencegah arus keluar
daripada pengalir itu.
Jenis Penebat Ciri Fizikal Kegunaan
1. Getah asli/Sintetik
Mempunyai daya tebatan
yang baik
Bersifat kalis air, mudah
Penyalut pengalir
Sesendal
Kasut keselamatan
lentur dan dibentuk
Mudah cair apabila
terkena cahaya matahari
2. Polivil Klorida
Merupakan bahan tiruan
campuran antara plastik
dan getah
Tahan tindakan kimia dan
sinaran cahaya matahari,
tidak mudah terbakar dan
kalis air
Penebat kabel di
tempat yang suhunya
0 – 700C
3. Bakelit
Mempunyai rintangan
yang tinggi
Tahan lama
Digunakan sebagai
bahan alat tambah
pemasangan elektrik
seperti suis, soket
alur keluar palam dan
sebagainya.
4. Kertas Kalis air Penebat pengalir
bawah tanah
2.4 Jenis-jenis Perlindungan Mekanikal
Perlindungan mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi
dari kerosakan mekanikal. Ianya boleh diperolehi sama ada melalui sistem
pendawaian atau binaan kabel tersebut.
Sistem Pendawaian Bahan Perlindungan
Pembuluh PVK PVK
Pembuluh Logam Logam
Sesalur PVK PVK
Sesalur Logam Logam
Binaan Kabel Bahan Perlindungan
Kabel Perisai (SWA) Jalur dawai Keluli
Kabel Lapisan Plumbum Lapisan plumbum
Kabel Salutan Kuprum /MICC Salutan Kuprum
2.5 Pemilihan dan Pemasangan Kabel
Asasnya satu kabel elektrik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu penebat,
pengalir dan perlindungan mekanikal.
Selain daripada bahan penebat yang digunakan ciri-ciri seperti pengalir dan
perlindungan mekanikal merupakan faktor utama dalam menentukan pemilihan
dan pemasangan kabel.
Info Khas Perlindungan Mekanikal adalah cara bagaimana kabel tersebut dilindungi daripada kerosakan mekanikal semasa pemasangan atau kecuaian penggunanya.
Info Khas Teras ialah bilangan pengalir dalam sesuatu kabel tersebut. Contoh
lembar ialah bilangan helaian dalam satu pengalir Contoh ; 1, 3, 7, 16 hingga 196
3 teras 1 teras 2 teras
Pengalir
Penebat Perlindungan mekanikal
Penebat
Info Khas Saiz Pengalir - Luas keratan rentas bilangan lembar yang terdapat di dalam sesuatu kabel Contoh : Kabel 2.5mm2 /7/029 7 – bilangan lembar 0.29 – Luas keratin rentas setiap lembar 2.5 mm2 – Luas keratin rentas keseluruhan lembar
Info Khas Muatan Arus/Kadar Arus Nilai arus maksimum yang mampu di bawah oleh kabel tersebut tanpa menjejaskan fizikal kabel dalam satu jangka masa yang tidak terhad.
Info Khas Susutan voltan-voltan yang sesuatu kabel disebabkan oleh rintangan kabel bergantung kepada:
Bahan
Jarak
Luas keratin rentas pengalir
suhu
3. Litar Akhir
3.1 Litar Akhir Lampu
Peraturan IEE telah menetapkan bahawa bagi satu litar yang
dikawal oleh satu alat pelindung mestilah tidak melebihi 1000 Watt.
Pada amnya satu lampu berkadar 100 Watt setiap satu dengan litar
lampu tidak melebihi 10 poin.
Kabel yang digunakan ialah kabel jenis kuprum bersalut PVK.
Saiz minima kabel yang digunakan mestilah tidak kurang 1.5mm2.
Kadaran alat pelindung yang digunakan mestilah tidak melebihi
6Amp. ( sama ada fius atau MCB )
Pemasangan litar lampu menggunakan lebih dari satu litar akhir
kerana sekiranya salah satu litar mengalami kerosakan litar ianya
tidak menggangu litar yang lain.
Bagi pemasangan lampu dalam industri biasanya kuasa sesebuah
lampu mungkin berbeza, contohnya 300 Watt, 500 Watt atau 1000
Watt, dengan itu litar ini boleh dikawal oleh fius berkadar 15 Amp.
dan saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang dari 2.5mm2.
Suis 1 Hala
Kipas siling
Pendawaian lampu kawalan satu hala
Pemegang lampu jenis batten
Suis satu hala
Pendawaian lampu kawalan dua hala
S1 ( Suis Dua Hala ) S2 ( Suis Dua Hala )
C
L1
N
L
E
N
L
E
C
L1 L2
Gambarajah sebenar sambungan Suis Dua Hala
Masuk Keluar ke lampu
Pendawaian lampu kawalan tiga hala
C
L1 L2
C
L1 L2
N
L
E
L3
L4
L3
L4
Gambarajah sebenar kawalan Tiga Hala
Masuk Keluar ke lampu
Kedudukan sesentuh Suis Perantaraan
'OFF' 'ON'
L3
L4 L2
L1 C
L1 L2
C
L1 L2
L2
L1
L2
L1
iv Litar kawalan Kipas Siling v Litar kawalan Pemalap Lampu
N
L
E
Kipas
siling
Alatatur
kipas
Suis satu
hala
N
L
E
Lampu
Pemalap
Lampu
Suis satu
hala
3.2 LITAR AKHIR KUASA
3.2.1 Litar Soket Alir Keluar ( BS 1363 )
Litar Soket Alir Keluar BS 1363 terdiri daripada dua jenis litar iaitu :
a ) Litar Jejari
b ) Litar Gelang
a) Litar Jejari
Peraturan IEE ke 16 menetapkan bilangan soket alir keluar bergantung
kepada keluasan lantai bilik saiz pengalir dan kadaran perlindungan.
Litar ini mestilah dikawal oleh alat pelindungan sama ada fius atau
MCB.
Kabel yang digunakan ialah kabel jenis tembaga bersalut PVC dan
saiz kabel mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2.
Gambarajah Pendawaian Litar Jejari.
S/K 1 S/K 2
E
N
L
Litar Jejari Jenis A2
Litar Jejari Jenis A3
Luas lantai maksimum 50 meter persegi
4mm
30A
Luas lantai maksimum 20 meter persegi
2.5mm
20A
Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus perlindungan ( iaitu 30A atau 32A – Fius atau MCB ). Kabel jenis tembaga tidak kurang dari 4 mm2 boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk pemasangan jenis ini ialah 50 meter persegi.
Kadaran arus kabel ditentukan oleh kadaran arus perlindungan iaitu 20A. Kabel jenis tembaga tidak kurang daripada 2.5 mm2 boleh digunakan dan luas maksimum lantai untuk pemasangan jenis ini ialah 20 meter persegi.
b) Litar Gelang Jenis A1
Peraturan IEE telah menetapkan Litar Gelang hanya boleh di pasang
pada kawasan yang tidak melebihi 100 meter persegi.
Jumlah bilangan soket yang boleh di pasang pada satu Litar Gelang
tidak terhad.
Walau bagaimanapun jumlah arus yang digunakan mestilah tidak
melebihi kadaran arus fius yang mengawal litar berkenaan.
Jumlah 'spur' atau sulur bagi satu Litar Gelang tidak melebehi
bilangan soket.
Kadaran alat perlindungan arus lebih ialah 30 Amp. / 32 Amp.
Saiz kabel yang digunakan mestilah tidak kurang daripada 2.5mm2.
Konduktor litar membentuk suatu gelang berterusan bermula dari
punca bekalan ( litar akhir ) ke beberapa poin soket alir keluar
dan balik semula ke punca bekalan.
'Spur' boleh disambung pada :
a ) terminal soket dalam litar
b ) menggunakan kotak sambungan diantara poin soket.
c ) di tempat asal gelang itu.
L N E
“Spur” disambung
pada terminal soket
'Spur' disambung
dengan menggunakan
kotak sambungan
3.3 Litar akhir Khas
Terdapat juga litar yang dipasang secara berasingan dalam litar akhir
lampu dan kuasa disebabkan pengunaan arus yang rendah dan perlu
Pengiraan arus beban beban ini tidak termasuk dalam jadual peraturan
Faktor Pelbagaian
Tiga jenis litar yang perlu pengasingan ialah :
i. Litar loceng dan Penggera elektrik
ii. Litar lampu kecemasan
iii Litar soket pencukur
i. Pendawaian Loceng dan Penggera Elektrik
Suis Loceng
1
2
V
E
L
N
Loceng elektrik dan
penggera.
Alat Ubah
(240V – 12V)
ii. Litar Lampu Kecemasan
Litar lampu kecemasan biasanya tidak mempunyai suis kawalan
Bekalan biasa digunakan untok mengecas bateri lampu secara automatik
apabila dalam keadaan normal
Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5 mm dan dilindongi oleh pemutus litar
6Amp
Biasanya di katogerikan kepada jenis Senggara dan Tak senggara
Dalam system senggara lampu kecemasan akan sentiasa dihidupkan
melalui pengubah langkah turun dan jika berlaku kegagalan bekalan ianya
akan terus menyala melalui bekalan bateri
Dalam system Tak senggara pula lampu kecemasan akan hanya
menyala apabila berlaku kegagalan bekalan utama
iii. Litar Pencukur
Satu litar yang di pasang didalam bilik air bagi kemudahan alat pencukur
Menggunakan unit pencukur dwi voltan
Saiz kabel yang digunakan ialah 1.5mm dan kadar alat perlindongan ialah
6 amp
4. SISTEM PENDAWAIAN
4.1 SISTEM PENDAWAIAN PEMUKAAN DAN TERSEMBUNYI
Satu sistem pendawaian yang dipasang dipermukaan yang mana
kabel pendawaian tersebut diklip terus ke dinding atau siling
bangunan.
Menggunakan kabel tembaga bersalut PVK dua lapisan ( PVK / PVK ).
Klip timah digunakan bagi mencengkam kabel-kabel yang disusun
pada permukaan dinding atau siling.
Ketika kerja-kerja menyusun kabel-kabel pada permukaan dinding
atau siling dilakukan langkah keselamatan mestilah diambil bagi
mengelakkan kabel tercedera
Pendawaian Permukaan
Proses Pendawaian Permukaan
i. Sistem ini tidak berapa popular lagi digunakan pada masa kini.
ii. Kabel-kabel pendawaian akan diklipkan terus pada permukaan
dinding atau siling.
iii. Ia disusun mengikut jumlah dan saiz kabel yang hendak dipasang.
iv. Kerja-kerja pendawaian ini biasanya bermula dari poin-poin akhir dan
tamat di kotak agihan.
v. Jenis kabel yang digunakan ialah kebel tembaga bersalut PVK dua
lapisan ( PVK / PVK )
Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Permukaan
Antara pekara yang dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja mendawai dan
menjaga standard pendawaian adalah seperti berikut :
i. Satu saluran mestilah diadakan terlebih dahulu bagi pendawaian
yang menembusi dinding.
ii. Pastikan bilangan kabel yang dipasang tidak melebihi 12 kabel bagi
satu larian. jumlah kabel yang banyak boleh mengurangkan
cengkaman pencengkam.
iii. Rancangkan laluan kabel terlebih dahulu supaya tidak berlaku
tindihan. Jika tidak dapat dielakkan lapik dengan sebarang penebat
di antara laluan kabel itu.
iv. Pastikan di bahagian hujung kabel ditandakan bagi memudahkan kerja-
kerja tamatan.
v. Elakkan dari terkena tindihan beluti semasa memasang kabel di atas
siling.
vi. Semasa memasang pencengkam pastikan kabel tidak cedera.
Susunan klip pendawaian
Kelebihan dan kekurangan pendawaian permukaan
Kelebihan
* Kemas
* Kos murah
* Kerosakan mudah di kesan
* Penambahan tidak melibatkan keseluruhan pendawaian
Kekurangan:
* Terdedah kepada perlindungan mekanikal
* Tidak tahan lama
* Terdedah kepada bahaya kimia, gigitan serangga dan haiwan
Mendatar Pencengkam
Menegak
GLOSARI
Aksesori Sebarang peranti yang berkaitan dengan sambungan atau
pendawaian. Misalnya suis, ros siling, soket alur keluar,
pemegang lampu.
IEE Singkatan bagi The Institution of Electrical Engineers, iaitu
badan yang mengeluarkan peraturan untuk pemasangan
kelengkapan elektrik pada bangunan. Badan ini berpusat di
United Kingdom.
STM Singkatan bagi Suruhanjaya Tenaga Malaysia.Badan bebas
bagi mengadakan peruntukan bagi mengawal selia
pembekalan elektrik pada harga yang munasabah,
perlesenan pemasangan elektrik, pengawalan mana-mana
pemasangan loji dan kelengkapan elektrik.
Litar Utama Litar utama bagi sesuatu pemasanagn yang mengadakan
pelindungan dari arus lebihan dan bocor ke bumi
Litar Akhir Litar yang diambil dari kotak agihan bagi membekalkan
bekalan kepada beban. Terdiri dari litar lampu,kuasa dan
peralatan individu