Nota Mengenai Integriti
-
Upload
aiman-arif -
Category
Documents
-
view
1.627 -
download
1
Transcript of Nota Mengenai Integriti
Program Pembangunan Sahsiah Kakitangan
yang bertujuan meningkatkan budaya kerja
beretika,
integriti serta akauntabiliti kakitangan menerusi
penghayatan dan amalan nilai-nilai hidup
yang sempurna dan etika kerja yang
cemerlang”
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MUKA 01
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MASALAHDAN CABARAN
MASALAHDAN CABARAN
DADAHROGOL
DERA
REMPIT
SUMBANGMUHRAM
ALONG
CULIK
ROMPAK
PONTENGSEKOLAH BUNUH AJARAN
SESATRASUAH
ISU ISU
• Siapakah yang bertanggungjawab dalam menangani
perkara-perkara ini?
• Pihak manakah yang perlu mencari jalan dalam
menangani masalah-masalah ini ?
• Mengapa masalah-masalah ini semakin menjadi-jadi?
• Apakah initiatif kita setakat ini dalam menangani
gejala-gejala ini?
• Adakah initiatf kita kurang kreatif serta berkesan dalam
menangani initiatif ini?
• Adakah jentera perkhidmatan awam yang gagal
mencari jalan untuk membantu menangani
permasalahan ini semua ?
• Di mana silapnya ?
Ini semua menjejaskan imej dan integriti kita !!
Ini semua menjejaskan imej dan integriti kita !!
MUKA 02
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Dari masa kesemasa, pihak Kerajaan, khususnya perkhid-
matan awam, telah memperkenalkan beberapa siri etika
kerja dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi serta imej
perkhidmatan awam amnya !
Pekerja-pekerja yang bermasalah perlu dididik dan
dibimbing supaya mereka “…yang berkelakuan tak
senonoh, yang tak berdisiplin atau yang kerap melanggar
aturan dan prosedur, atau mereka yang berprestasi lebih
rendah dari apa yang diharapkan dari mereka atau mereka
yang berkelakuan dengan cara yang bertentangan dari apa
yang menjadi aturan serta undang-undang organisasi, polisi
dan prosedur…serta budaya !” …perlu diberi perhatian
supaya dapat membataskan diri mereka dengan etika kerja
yang dituntut dalam perkhidmatan kerjaan !
ETIKA KERJA ETIKA KERJA
• Ponteng kerja
• Datang lewat ke pejabat
• Missing in action
• Memalsu medical chit
• Banyak berpeleser
• Berpakaian tak senonoh
• Makan gaji buta
• Curi tulang
PENYAKIT DALAM JABATAN KERAJAAN !
PENYAKIT DALAM JABATAN KERAJAAN !
• Rasuah
• Birokratik
• Slow Buat keputusan
• Tak jaga harta pejabat
• Meleceh
• Tak Senyum • Cakap tak serupa bikit
• Suka mengular
Imej KitaTerjejas !
MUKA 03
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Melihat kepada negara-negara maju, terutama organisasi
yang hebat dan berjaya di Amerika seperti Disneyland,
Proctor & Gamble, Federal Express, Ford, Chrysler, AT & T
dan sebagainya mendapati bahawa mereka mengamalkan
nilai-nilai teras yang berupaya memperteguhkan jatidiri para
pekerja untuk menghambat wawasan organisasi masing-
masing.
Kita tidak lupa pada kajian Mickensy pada akhir 1970an dan
lakaran “In Search of Excellence” oleh Thomas J. Peters
dan Robert H. Waterman pada 1980 tentang syarikat-
syarikat yang berjaya di Amerika, para pekerja dibendung
oleh nilai teras yang membentuk sikap dan perilaku mereka
untuk terus mengejar kejayaan dan kehebatan bagi syarikat
tempat mereka bekerja.
Apakah yang dimaksudkan dengan “nilai” dan
bagaimanakah ia dapat mencorakkan perilaku para pekerja
untuk menjaga kepentingan sesebuah organisasi?
MAKSUD NILAI !MAKSUD NILAI !
Tom J Peters1980
“HIMPUNAN KEPERCAYAAN YANG
DIHAYATI OLEH SESEORANG INDIVIDU
..DAN MENJADI TERAS SIKAP, PERLAKUAN
SERTA SAHSIAH DIRI NYA !”
MUKA 04
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
NILAI pula adalah “set himpunan kepercayaan tentang
apa yang difikirkan baik atau tidak baik, betul atau tidak
betul mengenai sesuatu, dan ia mencorakkan sikap serta
perlakuan seseorang individu. “
Contohnya, seorang ayah membentak anak
perempuannya dengan berkata, “Ayah tak suka kau balik
lewat waktu malam begini !!”
Nilai ada lah merupakan set kepercayaan si ayah bahawa
dalam pergaulan sosial si anak gadisnya, beliau percaya
bahawa adalah tidak baik jika anak gadisnya pulang lewat
malam.
Sikap pada asasnya adalah merupakan
“...himpunan perasaan positif atau
negatif seseorang individu terhadap
sesuatu objek, orang, idea, situasi atau
sebagainya.” Misalnya seorang ayah
menyatakan kepada si anak gadisnya:
“Ayah tak suka kau pulang lewat
malam.” Suka tak suka si ayah terhadap
perbuatan pulang lewat adalah perasaan
atau sikap si ayah terhadap perbuatan
pulang lewat malam.
MUKA 05
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Sejak awal 1980an kita dapati banyak organisasi baik
organisasi awam maupun swasta mula melakarkan “nilai
teras” organisasi masing-masing :
KEMENTERIAN PENERANGAN
* Menegakkan kebenaran* Berdisiplin* Berilmu* Amanah* Setia pada negara* Budaya kerja berpasukan
INST SUMBER MANUSIA
* Akauntabiliti* Kesungguhan Bekerja* Keyakinan Diri* Kematangan Emosi* Memahami Organisas
SUK PENANG
* Amanah * Benar * Telus* Adil* Bijaksana* Mesra * Bersyukur
SUK KELANTAN
• Kualiti • Integriti• Prihatin
IJN
* Profesionalisme * Kualiti * Kerja Berpasukan * Iltizam * Inovasi * Penyayang
KLANG BANTING SDN BHD
• Amanah • Komited• Adil• Dinamik
SANA SINIBERCAKAPPASAL NILAITERAS !
BANYAK LAGICONTOH…!
UNITED ENGINEERS MALAYSIA
* Trust* United* Loyalty* Integrity* Professional
MUKA 06
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Tak cukup dengan lakaran “nilai teras”, yang menjadi
“shared values” seperti yang disebut oleh Tom Peters
hingga ke Peter Senge banyak pihak yang
membicarakan tentang kepentingan “etika” dalam urusan
kerja harian !
Tak menghairankan bahawa tahun-tahun akhir 1970an
dan awal 1980an telah memperlihatkan keghairahan
Kerajaan menggariskan Nilai serta Etika Perkhidmatan
Awam yang umumnya bertujuan :
* Meninggikan mutu perkhidmatan awam
* Memelihara kepercayaan awam
* Memupuk tanggungjawab bersama
* Mewujudkan suasana sihat dan cekap
* Mengeratkan hubungan sesama kakitangan
* Membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian
dengan Rukun Negara
Shared values are what engender trust and link an organization together. Shared values are also the identity by which an organization is known throughout its business areas. These values must be stated as both corporate objectives and individual values. Every organization and every leader will have a different set of values that are appropriate to its business situation.
Etika Perkhidmatan Awam telah diperkenal pada 1979
yang menggariskan beberapa prinsip yang perlu menjadi
amalan kakitangan Kerajaan :
* Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
* Bekerja dengan penuh tanggungjawab
* Berusaha mengikis sikap pentingkan diri
* Berkhidmat dengan muhibbah/kemesraan
* Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara
* Bersama membenteras kelemahan/musuh
* Berpegang teguh kepada ajaran agama
Etika Perkhidmatan ini penting kerana dirasakan bahawa :
* Terdapatnya permintaan perkhidmatan awam meningkat
* Jentera Perkhidmatan Awam bertambah kompleks dan
memerlukan suatu “reformasi”
* Terdapatnya kecurigaan di atas kemampuan
perkhidmatan awam untuk menangani cabaran-cabaran
perubahan serta pembangunan negara yang semakin
pesat
* Azam kerajaan untuk meningkatkan imej dan mutu
perkhidmatan awam, dan
* Faktor lain (termasuk persaingan global, ancaman
keselamatan, kemerosotan ekonomi, gejala sosial, dll)
Pada awalnya slogan Bersih, Cekap dan Amanah menjadi
lantang. Walau bagaimanapun, kemudiannya set nilai-nilai
ini ditokok dengan “nilai-nilai murni” yang berlandaskan
nilai-nilai Islam termasuk :
MUKA 07
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MUKA 08
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Adil dalam perlantikan
• Amanah dalam menjalankan tugas
• Bertanggungjawab dalam memberi khidmat
• Ikhlas dalam perkhidmatan awam
• Dedikasi dalam perkhidmatan awam
• Tekun dalam perkhidmatan awam
• Berdisplin dalam perkhidmatan awam
* Penggunaan Kad Perakam Waktu (1981)
* Dasar Pandang Ke Timur (1982)
* Kempen Bersih, Cekap Dan Amanah (1983)
* Penggunaan Tanda Nama (1983)
* Kepimpinan Melalui Teladan (1983)
* Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran
(1985)
* Panel Memajukan Pentadbiran Awam (1986)
* Etika Kerja Islam (1987)
* Gerakan Budaya Kerja Cemerlang (1989)
* Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (mulai 1991)
* Tunggak 12 (1992)
Rentetan dari pelbagai percambahan idea untuk pemajuan
perkhidmatan awam, berbagai initiatif telah diperkenal
termasuklah :
Dah banyak perkarayang diperkenal…untukmenjaga imej dan integriti kita !
Pada asasnya set nilai dan etika yang disenaraikan
sebagai panduan kakitangan Kerajaan menekankan
aspek berikut :
* Taat setia - Raja, Negara dan Kerajaan
* Amanah, bersih dan jujur
* Bertanggungjawab - tidak boleh membenarkan
kepentingan diri bercanggah dengan tanggungjawab
awam
* Berkecuali - tanpa membawa apa-apa bentuk
pengaruh atau tekanan luar
* Adil dan saksama
* Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - tidak boleh
cuai dan kurang usaha
* Ketepatan masa
* Perkhidmatan yang ramah dan mesra
* Sikap berjimat cermat
* Bersikap positif, responsif, berdayacipta dan
enterprising
MUKA 09
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
PERSOALANNYA !PERSOALANNYA !
SEJAUHMANAKAH NILAI DAN ETIKA INI DIHAYATI SERTA DIAMALKAN DALAM
PERKHIDMATAN AWAM ?
APAKAH PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASIH ADA PEGAWAI
DAN KAKITANGAN YANG GAGAL MEMBATASKAN DIRI MEREKA DENGAN
NILAI SERTA ETIKA YANG ADA ?
FALSAFAH ETIKA PERKHIDMATAN
AKTIF BUKAN PASIF
Gembleng tenaga dan fikiran guna kesempatan dan
ruang secara cergas dan berterusan.
BERANI BUKAN GENTAR
Siap sedia hadapi cabaran dengan kecekalan dan daya
juang yang tinggi
BERILMU BUKAN JAHIL
Lengkapkan diri dengan kemahiran dan kepakaran
AMANAH BUKAN RASUAH
Anggap kerja sebagai ibadah
BEKERJASAMA BUKAN BERPECAH
Bekerja dalam 1 pasukan dengan semangat kekitaan
dan setiakawan
BERAKHLAK MULIA BUKAN BIADAP
Amalkan sifat hormat menghormati tanpa mengira kaum
dan agama
BERKORBAN BUKAN PENTINGKAN DIRI
Berorientasi pelanggan
BERISI BUKAN KOSONG
Berkemahiran tinggi untuk hadapi cabaran perubahan.
MUKA 10
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
BANGGA BUKAN RIAK
Bersyukur cermin rasa bangga.
BERSAMA BUKAN BERSENDIRIAN
Erat hubungan, akrab, mesra, semangat kerjasama dan
setia kepada kumpulan
.
BERHEMAH BUKAN SOMBONG
Sedia mendengar, nilai diri, komunikasi secara terbuka
BERMOTIVASI BUKAN KAKUAda kesungguhan bekerja.
BERKUALITI [HALUS] BUKAN KASAR
Amal budaya kerja cemerlang
BERSIH BUKAN KOTOR
Bersih dari segi fizikal dan spiritual
DIHORMATI BUKAN DICACI
Amal sikap terpuji [zero defect]
CEKAL BUKAN KECEWA
Cekal, tabah dan teguh pendirian
BERWAWASAN BUKAN STATIK/LOMPONG
Berpandangan jauh, matang dan ada visi dalam hidup
.
BIJAKSANA BUKAN DANGKAL
Berilmu pengetahuan luas dari aspek pembacaan,
penulisan, perbincangan dan sebagainya
MUKA 11
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
TANGGUNGJAWAB BUKAN ABAI/LEKA
Tugas sebagai ibadah dengan keimanan yang kuat
HORMAT BUKAN AMPU
Hormati orang lain.
CERGAS BUKAN LESU
Cergas setiap masa
DINAMIK BUKAN STATIK
Bersyukur cermin rasa bangga
CEKAP BUKAN LEMBAP
Erat hubungan, akrab, mesra, semangat kerjasama dan
setia kepada kumpulan
CERMAT BUKAN CUAI
Sedia mendengar, nilai diri, komunikasi secara terbuka
IKHLAS BUKAN TERPAKSA
Mesti bersikap tulus ikhlas dan terbuka
KREATIF BUKAN DORMANT
Berdaya cipta tinggi dan berupaya meneroka ide-ide
baru.
CEMERLANG BUKAN MALAP
Secara berterusan memberi perkhidmatan berkualiti
MUKA 12
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
ISTIQAMAH BUKAN SESEKALI
Gembleng usaha meningkat dan menambahbaikan
kualiti perkhidmatan
KITA BUKAN AKU
Amalkan budaya kita bukan aku dan hidupkan semangat
berpasukan
LURUS BUKAN BENGKOK
Pamerkan sifat jujur, tulus dan ikhlas supaya jadi teras
dalam perkhidmatan
MEMIMPIN BUKAN MENGARAH
Punyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
CEPAT TETAPI TEPAT
Penguasaan teknologi maklumat menyebabkan dunia
terasa semakin kecil
MENYESUAIKAN BUKAN DOGMATIK
Perlu ada kemahiran, responsif dan sensitif kepada
persekitaran supaya mudah menyesuaikan diri dengan
perubahan yang berlaku
POSITIF BUKAN NEGATIF
Perlu bersikap terbuka dalam menjalankan tugas
MUKA13
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MENGHARGAIMASA
KETEKUNAN MEMBAWAKEJAYAN
KETINGGIANPERIBADI
KEKUATAN SIFAT
BAIK HATI
KEBIJAK-SANAAN
BERHEMAT
KEUTAMAANKESABARAN
KEMULIAANKESEDER-HANAAN
KEWAJIPANMEJALANKAN
TUGAS
NIKMAT MENCIPTA
KESERONOKANBEKERJA
PENGARUHTELADAN
PENINGKATAN BAKAT
MUKA 14
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Tonggak 12 yang diilhamkan oleh Tan Sri Ahmad Sarji pada
1992 ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai
Ketua Setiausaha Negara ketika itu hanya menekankan
aspek takrifan nilai-nilai serta etika kerja kepada sesuatu
yang lebih “operational” dan praktikal ! Nilai dan etika bukan
hanya dihayati tetapi juga diamalkan dalam pentadbiran dan
pengurusan harian !
CONTOHMENGHARGAI MASA
CONTOHMENGHARGAI MASA
MUKA 17
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
* Membuang masa
* Meleceh dan tidak menyegerakan
tugas
* Tiada ‘sense of urgency & priority’
* Tidak merancang pekerjaan
* Berniaga waktu pejabat
* Berbual kosong
* Menguruskan hal peribadi waktu
kerja
* Melayan tetamu yang tidak
berkenaan
* Menepati masa
* Menyegerakan tugas
* Mempunyai Perancangan waktu
* Bijak menguruskan tempoh masa yang
diberi
* Menumpukan masa pada kerja-kerja
yang produktif dan kreatif
* Menetapkan ‘target date’ untuk
menyiapkan kerja
AMALAN POSITIFAMALAN POSITIF AMALAN NEGATIFAMALAN NEGATIF
AMALI !
Cuba senaraikan Amalan Positif
dan Amalan Negatif bagi nilai-nilai
lain yang terdapat dalam Tonggak 12
Nyatakan punca atau sebab musabab
mengapa terdapatnya kakitangan yang
masih mengamalkan perlakuan negatif
dalam perkhidmatan awam !
AMALI !
Cuba senaraikan Amalan Positif
dan Amalan Negatif bagi nilai-nilai
lain yang terdapat dalam Tonggak 12
Nyatakan punca atau sebab musabab
mengapa terdapatnya kakitangan yang
masih mengamalkan perlakuan negatif
dalam perkhidmatan awam !
PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
MUKA 18
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Rasional
Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran
adalah sebahagian daripada pelbagai usaha Kerajaan
Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam
pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Rasional
Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya
nilai-nilai Islam ialah:
"Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara
Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang
kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali
dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah
nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh
memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang
disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai
kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa
kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha
mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan
ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai
nilai-nilai yang kukuh.“
Bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai
kaum dan agama dan menjalani cara hidup yang berbeza-
beza, pengamalan nilai-nilai yang dapat diterima oleh
semua rakyat adalah menjadi asas penting dalam usaha ke
arah membentuk identiti dan perpaduan. Tanpa nilai yang
universal ini rakyat akan terdorong untuk menerima dan
menyanjung nilai-nilai lain yang sangat asing bagi
masyarakat Malaysia.
Mungkin pada awalnya ia akan dipersoalkan menerusi
kacamata agama atau budaya lain kerana memilih nilai yang
diasaskan kepada satu agama sahaja. Tetapi dengan
merenung kembali dan memahami negara Malaysia itu sendiri,
setiap rakyat akan mendapati dan menyedari bahawa langkah
untuk memilih nilai Islam itu adalah langkah yang wajar.
Sebaliknya pula mereka yang tidak memahami tentang
kedudukan Negara Malaysia dari segi geografi, sejarah,
kebudayaan, perlembagaan dan lain-lainnya akan terus
mempertikaikan perkara ini.
Walaubagaimanapun, setelah melihat secara objektif, maka
tidak akan ada satu sebab pun untuk menolak bahawa nilai
yang berasaskan kepada agama Islam itu ialah yang paling
sesuai untuk membangunkan masyarakat Malaysia umumnya.
Nilai-nilai Islam itu boleh menjadi penggerak ke arah
membanteras unsur-unsur keburukan yang menjadi musuh
utama negara ini seperti fahaman komunis, kemiskinan,
rasuah, kecuaian, kejahilan, penyelewengan dan sebagainya
yang sentiasa mengancam usaha-usaha perpaduan rakyat
dan pembangunan negara.
Ini akan menyebabkan kesetiaan rakyat Malaysia serta
identitinya sebagai satu warganegara akan menjadi kabur dan
maruah bangsa tidak dijunjung tinggi dan mungkin mereka
akan memperkecil-kecilkan negara dan bangsa sendiri.
Dengan itu rakyat Malaysia haruslah mempunyai identitinya
sendiri dengan setiap individu, organisasi dan semua sektor
yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja yang
boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara.
MUKA 19
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Urusan-urusan yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti,
amanah dan rasa bertanggungjawab boleh membawa
kepada pembentukan identiti yang diperlukan oleh sesebuah
negara seperti Malaysia ini. Tanpa penerimaan nilai-nilai
hidup yang mulia tidak mungkin identiti yang membanggakan
dapat dicapai.
Sebagaimana yang sedia dimaklumi 'identiti' tidak boleh
pisahkan daripada nilai. Persoalannya ialah; "Apakah nilai
yang boleh digunakan bagi mengukuhkan sesuatu identiti?"
Ramai yang berpendapat masalah nilai lebih sesuai
diserahkan kepada individu-individu dan komuniti-komuniti
yang berkenaan untuk menentukannya. Tetapi ini tidak akan
menyelesaikan masalah, malah ia akan berakhir dengan
kekeliruan yang berterusan di dalam masyarakat. Oleh itu
adalah sangat wajar sekiranya dijelaskan secara langsung
nilai yang perlu diterima dan diterapkan dalam masyarakat.
Bagi masyarakat Malaysia adalah tepat sekiranya nilai itu
diasaskan kepada kehendak dan pengajaran Islam bagi
membentuk sebuah negara yang produktif dan bermoral
tinggi.
Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang
pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain
berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan
jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran
terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan
rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian
besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam
perkhidmatan awam.
MUKA 20
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin
kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan
menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan
sebagainya.
Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam
yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat
Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam.
Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan
untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan
bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin,
ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih
daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak,
berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan
lain-lain.
OBJEKTIF
Objektif dasar ini adalah seperti berikut:
(i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang
bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh
masyarakat lain;
(ii) Menubuhkan sebuah 'negara bahagia';
(iii) Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan
tugas yang dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
MUKA 21
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa
dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat
Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya
memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh
semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga
menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.
NILAI-NILAI ISLAM
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah
dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut
ialah:
* Amanah;
* Tanggungjawab;
* Ikhlas;
* Dedikasi;
* Sederhana;
* Tekun;
* Bersih;
* Berdisiplin;
* Bekerjasama;
* Berbudi Mulia; dan
* Bersyukur.
Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur
yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam
menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam
pentadbiran sesebuah negara. Bagaimanakah nilai-nilai
Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan
mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai
Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.
MUKA 22
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MUKA 23
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Amanah
(i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang
perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
(ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggung
jawabkan;
(iii) Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari
mengatasi kepentingan tugas;
(iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama
ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan
serta tenaga kerja; dan
(v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras
perkhidmatan.
Tanggungjawab
(i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap
Tuhan, disamping pekerjaan dan majikan;
(ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi
baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;
(iii) Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-
bila sahaja diperlukan;
(iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan
organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan tugas;
dan
(v) Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
MUKA 24
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Ikhlas
(i) Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa
mengharapkan balasan dari manusia;
(ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana
mencari
rezeki yang halal serta mencari keredhaannya; dan
(iii) Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam
melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.
Dedikasi
(i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di
bawah peraturan-peraturan yang ada;
(ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan
kepada kebaikan;
(iii) Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan
tugas;
(iv) Sedia memulakan pembaikan; dan
(v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas
harian.
Sederhana
(i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan
tugas;
(ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan
mengambil kira fakta-fakta yang terdapat dalam alam
sekitar;
(iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan untuk membaiki cara bekerja;
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang
memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya;
dan
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga
mencapai tahap cemerlang.
Tekun
(i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan;
(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan
organisasi;
(iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang
berkaitan untuk membaiki cara bekerja;
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang
memuaskan pihak-pihak yang berharap kepadanya;
dan
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga
mencapai tahap cemerlang.
Bersih
(i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan
tugas seharian;
(ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam
sekitar sebagai satu cara hidup;
(iii) Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;
(iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam
membuat keputusan;
(v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan
(vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi
pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.
Berdisiplin
(i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih
utama;
(ii) Menilai tinggi masa dan janji;
(iii) Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang;
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
MUKA 25
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MUKA 26
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Bekerjasama
(i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam
melaksanakan kerja;
(ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti
organisasi sebagai sebahagian daripada usaha
mempertingkatkan semangat kerjasama;
(iii) Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di
tempat kerja daripada kepentingan peribadi;
(iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara
kepentingan bersama; dan
(v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi:
Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah
dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan
negara.
Berbudi Mulia
(i) Bermanis muka sepanjang masa;
(ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii) Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat;
dan
(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk
menolong pelanggan/pelawat.
Bersyukur
(i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk
menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang
anggota
masyarakat;
(ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif
sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;
(iii) Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak
bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai
agama dan kerohanian);
(iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
(v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara
yang sia-sia;
(vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan
(vii) Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai
sumbangan yang banyak kepada masyarkat,
negara dan agama.
MUKA 27
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
SEJAUHMANAKAHNILAI-NILAI INIDIAMALKANDJ JABATAN ANDA?
MUKA 28
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
PELAN INTEGRITI NASIONAL
Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan
masyarakat, Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan
Pelan Integriti Nasional (PIN). Fokus utamanya adalah untuk
menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di
kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia termasuk
perkhidmatan awam negara.
Sebenarnya, pelan seumpama ini membolehkan
Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur
dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat.
Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang
dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak
konsisten dan tidak menyeluruh dan hasilnya
sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan
terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua
sektor.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN
kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam
memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat
untuk membudayakan integriti.
PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh
Y.A.B. bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras dengan
cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk
“Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai
keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh
MUKA 29
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
budi pekerti yang luhur”.
Objektif khusus PIN adalah :
01. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor
supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar
membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni,
berintegriti, bermoral dan beretika;
02. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama
pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya
integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan
dalam semua bidang;
03. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan
anggota masyarakat serta mendorong perkembangan
masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti;
04. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral
masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan
hidup anggota masyarakat; dan
05. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia
dalam
usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya
cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
Untuk melaksanakan PIN, Institut Integriti Malaysia
(IIM) telah ditubuhkan dengan peranan utamanya
untuk mengkoordinasikan dan memantau pelaksanaan
PIN. IIM telah didaftarkan sebagai sebuah badan …
bebas berstatus syarikat jaminan kerajaan dibawah Akta
Syarikat 1965 pada 4 Mac 2005. Penubuhan IIM ini telah
diumumkan kepada masyarakat pada 23 April 2004
bersempena dengan pelancaran PIN. IIM dikawal oleh sebuah
Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh Ketua
Setiausaha Negara dan dianggotai oleh beberapa orang tokoh
yang berwibawa dalam bidang masing-masing.
Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat
berdasarkan PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh
IIM diharapkan akan menjadi inspirasi dan kekuatan bagi
membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang !
Kearah pemantapan integriti supaya berjalan lancar
dan mencapai matlamatnya, maka Pelan Integriti
Nasional (PIN) telah menyusun dan menetapkan sasarannya
yang dikenali sebagai TEKAD 2008 untuk dicapai dalam
tempoh lima tahun pertamanya (2004-2008). Terdapat lima
sasaran yang digariskan melalui TEKAD 2008, iaitu;
Sasaran pertama, mengurangkan gejala rasuah,
penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan.
Bagi tujuan pemantauan dan penanda aras sasaran
ini akan mengguna pakai tanda aras antarabangsa
dan juga dalam negeri.
MUKA 30
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Tanda aras antarabangsa yang digunakan dalam menilai
tahap rasuah ialah kedudukan negara dalam Indeks
Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency
International. Indeks kejayaan Badan Pencegah
Rasuah (BPR) dalam menyiasat dan jumlah kes yang
diselesaikan turut digunakan sebagai penanda aras
pencapaian sasaranan pertama ini.
Sasaran kedua, meningkatkan kecekapan dalam
sistem penyampaian perkhidmatan awam dan
mengatasi karenah birokrasi. Bagi agensi yang
berada dibawah kawal selia sektor kerajaan, indeks
persepsi awam digunakan sebagai penanda aras.
Dalam sasaran kedua ini yang perlu dicapai ialah skor mata
supaya berada dibawah paras 2.5 mata yang mana skor 1
adalah yang terbaik dan skor 5 yang terburuk.
Agensi kerajaan yang lain seperti Biro Pengaduan Awam
(BPA), BPR dan Ketua Audit Negara digunakan
untuk melihat bilangan aduan dan maklum balas
masyarakat umum. Aduan yang dibuat menerusi
jabatan atau agensi kerajaan serta saluran aduan
lainnya yang boleh dijadikan sumber maklumat menilai
tahap perkhidmatan. Sekiranya sesuai tanda aras
antarabangsa dan dalam negeri akan diambil kira untuk
mengukur kecekapan pentadbiran kerajaan.
MUKA 31
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Sasaran ketiga ialah meningkatkan tadbir urus korporat dan
etika perniagaan. Sebagai petunjuk meningkatnya tadbir urus
korporat dan etika perniagaan ialah peningkatan jumlah
syarikat korporat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian
di
Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB). Kes-kes
penipuan korporat juga berkurangan dan bertambahnya
bilangan syarikat-syarikat yang menerima pakai
Rukuniaga Malaysia dalam urusan perniagaan mereka
juga akan dinilai bagi mengukur pencapaian yang
disasarkan. Prestasi pencapaian sasaran ke-3 ini turut
melihat peningkatan tender yang dilakukan secara telus
dan merosotnya tender yang dibuat secara langsung.
Berkurangnya kes pelanggaran terhadap Akta perlindungan
Pengguna 1999 akan membuktikan tadbir urus
korporat dan etika perniagaan bertambah baik dan
diamalkan secara berterusan.
Sasaran yang keempat ialah memantapkan institusi keluarga.
Sasaran ini memberikan penekanan untuk melahirkan
keluarga
yang mempunyai daya tahan yang kukuh dan
kehidupan keluarga yang sejahtera dan bahagia.
Pengurangan kadar perceraian, pengurangan konflik
keluarga seperti isu perebut harta dan hak penjagaan
anak-anak dan pengurangan kadar keganasan
rumahtangga adalah menjadi petunjuk kepada
pencapaian sasaran ini.
MUKA 32
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Selain dari itu peningkatan bantuan kepada keluarga ibu
dan bapa tunggal turut berperanan bebagai penanda aras.
Kadar pengabaian warga tua dan kadar penderaan serta
pengabaian kanak-kanak perlu berkurangan dalam
masyarakat dan ini juga akan digunakan untuk menentukan
pencapaian sasaran yang ke-4 ini !
Sasaran terakhir, yang kelima ialah meningkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan masyarakat. Pengurangan kadar
jenayah dalam masyarakat diambil sebagai petunjuk
kepada tahap kehidupan masyarakat yang lebih
selamat. Jenayah yang dimaksudkan termasuklah
jenayah berat, jenayah seks dan harta benda. Kadar gejala
sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks
rambang dan bebas yang menjadi punca HIV dan
AIDS serta pasangan yang bersekedudukan.
Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk
kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat daan
bermoral. Kes kemalangan jalanraya yang
berkurangan juga mencerminkan meningkatnya etika
pemanduan dan ketegasan dalam penguatkuasaan
undang-undang lalulintas.
Keberkesanan pendidikan sivik di kalangan pelajar dan
tahap disiplin pelajar yang meningkat serta berkurangnya
salah laku pelajar juga akan dinilai untuk menunjukkan
bahawa masyarakat telah mencapai keselesaan hidup
yang terbaik. Kurangnya kes pencemaran alam
sekitar akan memperlihatkan kesedaran masyarakat
terhadap pentingnya pembangunan yang seimbang.
MUKA 33
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
GERAKAN PEMANTAPAN INTEGRITI (2008)
Gerakan pemantapan integriti adalah satu gerakan
menyeluruh dan berterusan yang dipandukan oleh prinsip
dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendekatan
umum PIN ialah menggerakkan semua komponen
dan sektor negara dan masyarakat supaya
mendukung dan menghayati objektif dan matlamat
PIN serta bekerjasama dan berkoordinasi di antara
satu sama lain untuk mencapai cita-citanya.
Pendekatan ini sebenarnya melibatkan penjalinan kekuatan
pelbagai komponen “dari bawah” yang bekerjasama
sesama sendiri serta penggemblengan kekuatan
tersebut dengan 'pihak atas' untuk tujuan meningkatkan
integriti. Di antara pelbagai komponen itu terdapat timbal
balas yang berterusan. Sementara 'pihak atas' memberikan
bimbingan dan menunjukkan teladan mengenai
integriti, 'pihak bawah' pula memberikan sokongan,
maklum balas dan kawalan kepada 'pihak atas'. Dengan
cara ini, gerakan pemantapan integriti meningkatkan
dinamika dan kekuatannya.
Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan
melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing
selaras dengan PIN. Strategi, program dan aktiviti itu perlu
diulangkaji dari masa ke semasa. Ulangkaji itu ialah untuk
MUKA 34
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
menilai keberkesanan dan memperbaiki
kelemahan nya agar integriti secara selangkah
demi selangkah menjadi budaya masyarakat dalam
jangka panjang.
Keseluruhan komponen atau institusi berikut terlibat dalam
gerakan ini:
a.Keluarga;
b.Komuniti;
c. Masyarakat Sivil (Pertubuhan-pertubuhan Masyarakat);
d.Sosiobudaya (pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi,
media massa, seni, sastera dan warisan);
e. Agama
f. Ekonomi
g. Politik; dan
h.Pentadbiran
MUKA 35
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Pelaksanaan dan penyelarasan program integriti di setiap
komponen atau institusi adalah tanggungjawab agensi
yang sudah sedia wujud dalam komponen itu
sendiri. Bagi komponen yang tidak ataupun belum
mempunyai mekanisme berkenaan, usaha ke arah
pembentukan mekanisme ini perlu dilakukan.
Pada masa ini di sektor awam sudahpun terdapat
mekanisme pelaksanaan Jawatankuasa Keutuhan
Pengurusan (JKP) di pelbagai peringkat. Mekanisme
ini perlu diperkukuhkan dengan komitmen yang
lebih tinggi dari semua lapisan kepimpinan supaya ia
menjadi lebih berkesan.
Bagi sektor swasta, terdapat badan-badan yang
mewakili kepentingan majikan seperti dewan
perniagaan dan persatuan lain yang boleh
memainkan peranan ini. Badan pengawalan seperti
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Sekuriti
(SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berperanan untuk
memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan untuk sektor-sektor berkenaan.
Bagi komponen lain seperti keluarga, komuniti, masyarakat
sivil, dan sosiobudaya, terdapat pelbagai agensi dan badan
bukan kerajaan (NGO) yang sudah sedia wujud
dan yang boleh menjadi penggerak dalam
melaksanakan program integriti masing-masing.
Pemantauan oleh mana-mana agensi seperti Pendaftar
Pertubuhan, misalnya, perlu dilakukan secara berkesan.
Walau bagaimanapun, pemantauan dan penyelarasan
paling berkesan ialah oleh badan-badan dalam komponen
itu sendiri.
MUKA 36
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Kepentingan golongan pelajar, belia, wanita, golongan
agama dan pelbagai kumpulan etnik, khususnya golongan
minoriti, penduduk bandar dan luar bandar serta
golongan bawahan, perlu diberikan perhatian
khusus dalam gerakan pemantapan integriti.
Pemerkasaan atau empowerment melalui
penglibatan golongan-golongan ini dalam proses
pembuatan keputusan di pelbagai peringkat patut
dititikberatkan, manakala perasaan tersisih atau terpinggir
perlu diatasi. Pelaksanaan dan penyelarasan program
integriti masing-masing juga harus dilakukan melalui
pelbagai badan yang sedia wujud.
Bagi kelompok seperti pelajar, belia, dan wanita, terdapat
banyak organisasi yang mewakili mereka. Bahkan, di
peringkat kebangsaan masing-masing mempunyai Majlis
Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Majlis Perundingan Belia
Kebangsaan, dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-
pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO).
Bagi golongan pekerja, terdapat CUEPACS dan MTUC
masing-masing untuk pekerja sektor awam dan sektor
swasta. Bagi golongan petani dan nelayan, terdapat
Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan, untuk
kelompok masing-masing yang bergerak di peringkat
nasional dan juga peringkat akar umbi.
MUKA 37
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Bagi penganut agama, terdapat banyak pertubuhan
dan institusi agama pelbagai kaum di peringkat
nasional dan tempatan. Badan-badan ini perlu
membimbing ahli mereka supaya menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai murni agama masing-masing.
Badan-badan ini juga perlu memainkan peranan
mengukuhkan perpaduan dan persahabatan, sekaligus
memupuk sikap saling memahami dan menghormati antara
penganut agama yang berlainan.
Kelompok etnik mempunyai banyak pertubuhan
khusus yang mewakili kepentingan etnik masing-
masing. Hak dan kepentingan wajar golongan
etnik perlu dihormati. Namun, kecenderungan
bergerak mengikut garis etnik perlu diselaraskan
dengan kepentingan membina sebuah komuniti
nasional yang bersatu padu dan harmoni.
Pelbagai pertubuhan yang mewakili kepentingan etnik perlu
melaksanakan program integriti masing-masing yang
menitikberatkan nilai perpaduan, persefahaman dan
kerjasama antara kaum di samping menekankan
nilai-nilai terbaik etnik masing-masing.
Untuk menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti,
pelaksanaan, pemantauan, serta koordinasi atau
penyelarasan pelaksanaan program haruslah dilakukan
'dari bawah' melalui pemerkasaan komponen
atau sektor masing-masing.
MUKA 38
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MUKA 39
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
STRATEGI PELAKSANAAN
PELAN TINDAKAN INTEGRITI
Keseluruhan pendekatan, strategi, dan pelan tindakan
bagi mencapai objektif dan sasaran PIN merupakan
salah satu agenda utama negara, dan kini dirujuk
sebagai Agenda Integriti. Matlamat Agenda Integriti
boleh dicapai dengan mengatur secara rapi Strategi
Pelaksanaan dan Pelan Tindakan untuk pelbagai institusi
masyarakat dan negara.
Dari segi strategi pelaksanaan, pucuk pimpinan perlu
memberikan isyarat yang jelas, tegas dan konsisten
tentang komitmen mereka melaksanakan Agenda
Integriti. Komitmen yang sama perlu ditunjukkan oleh
anggota lain dalam kepimpinan negara. Isyarat
sedemikian akan mengobarkan semangat, keyakinan
dan keghairahan rakyat untuk turut bersama dengan
kepimpinan sesuai dengan prinsip "Rakyat menyokong
pemimpin yang menyokong rakyat".
Sebagai strategi jangka panjang, gerakan pemantapan
integriti harus mempunyai asas yang kukuh. Asas
ini perlu dibina dari bawah dengan melibatkan institusi
paling asas, iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil.
Pembabitan keluarga dan komuniti setempat dalam
gerakan pemantapan integriti akan menjamin kejayaan
agenda menjadikan integriti budaya masyarakat
dalam jangka panjang.
Pendekatan ini selaras dengan hakikat bahawa
masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang
berorientasikan keluarga dan komuniti. Kini, nilai keluarga
dan komuniti masih kukuh dan mendalam walaupun
berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran.
Justeru, bagi memastikan penerusan keteguhan nilai-nilai
itu, pembinaan integriti harus bermula daripada keluarga.
Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap
dan nilai murni dalam diri anggotanya. Keluarga
membimbing tingkah laku dan membentuk serta
memantapkan integriti anggotanya. Tumpuan
pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada
kanak-kanak manakala ibu bapa dan penjaga harus
membimbing dan menjadi teladan yang baik.
Dengan demikian, dalam gerakan pemantapan integriti,
institusi keluarga memainkan peranan utama. Agenda
Integriti untuk keluarga ialah bagi mencapai objektif berikut:
• Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui
pembinaan keluarga bahagia;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani
dan rohani; dan
• Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan
identiti warga negara.
MUKA 40
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Institusi keluarga berada di tengah-tengah komuniti atau
masyarakat setempat. Komuniti terdiri daripada keluarga dan
kelompok-kelompok kejiranan yang menjalin rangkaian
sehingga menjadi komuniti yang lebih luas.
Pelaksanaan Agenda Integriti untuk keluarga berkaitan erat
dengan Agenda Integriti untuk komuniti. Dalam komuniti
terdapat pelbagai institusi tradisional seperti ketua
kampung, imam, penghulu, pemanca dan ketua kaum
yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat
kepada generasi baru. Kewujudan institusi seperti ini
membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai tradisi.
Selain itu terdapat pertubuhan akar umbi seperti
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK), Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Penduduk
yang menjaga kerukunan hidup dalam komuniti,
termasuk menangani gejala sosial. Juga, terdapat institusi
khusus seperti sekolah, pusat asuhan kanak-kanak, tadika,
masjid, surau, pusat mengaji al-Quran dan institusi ibadat lain
yang boleh berperanan membina jasmani, emosi, rohani dan
intelek kanak-kanak.
Agenda Integriti untuk komuniti ialah bagi mencapai objektif
berikut:
• Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;
• Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam
komuniti; dan
MUKA 41
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Pengukuhan semangat patriotisme dan
perpaduan antara kaum serta kesedaran
mengenai pemuliharaan alam sekitar.
Ruang di antara keluarga dan komuniti dengan
institusi besar, khususnya negara dan kuasa
pasaran atau institusi ekonomi ialah ruang
masyarakat sivil. Melalui proses modenisasi,
perkembangan kelas menengah, pengaruh dan
Masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama,
interaksi dengan dunia antarabangsa serta impak
globalisasi, ruang masyarakat sivil semakin berkembang.
Dalam ruang ini terdapat pelbagai pertubuhan-
pertubuhan masyarakat sivil (Civil Society Organisation -
CSO) yang memperjuangkan pelbagai isu seperti hak
wanita, pengguna, alam sekitar dan hak asasi man usia.
Pertubuhan-pertubuhan ini juga bergiat memajukan
profesion atau aktiviti tertentu seperti sukan,
kesenian, kebudayaan dan aktiviti keagamaan;
ataupun berperanan sebagai pemberi khidmat
penjagaan.
Agenda Integriti untuk masyarakat sivil ialah bagi
mencapai objektif berikut:
• Peningkatan integriti masyarakat sivil - badan bukan
kerajaan;
MUKA 42
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Peningkatan sumbangan CSO kepada usaha
pemantapan integriti; dan
• Pengukuhan kerjasama antara CSO, kerajaan dan
swasta untuk pemantapan integriti.
Begitu juga dengan institusi sosiobudaya yang
merangkumi pendidikan (sekolah, kolej dan universiti),
kesihatan, rekreasi dan sukan, media massa serta seni,
sastera dan warisan turut memainkan peranan membina dan
mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini
menyumbang kepada pembinaan modal sosial,
meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk
perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-
lain. Dengan demikian, institusi tersebut mempunyai
pengaruh besar terhadap pengukuhan integriti keluarga,
komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara.
Agenda Integriti untuk institusi sosiobudaya ialah bagi
mencapai objektif berikut:
• Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran
sosiobudaya yang berintegriti;
• Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan,
jasmani dan rohani; dan
MUKA 43
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
• Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan
pembentukan identiti warga negara.
Institusi agama sangat penting dalam membina
integriti individu, masyarakat dan negara. Pembinaan ini
dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di
dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran
agama masing-masing. la juga dilakukan dengan
menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan
pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media,
ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang demikian,
institusi agama dan kepelbagaian agama perlu ditangani
sebaik mungkin.
Agenda Integriti untuk institusi agama ialah bagi mencapai
objektif berikut:
• Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling
menghormati antara penganut pelbagai agama;
• Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni ajaran
agama; dan
• Peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai
murni ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.
MUKA 44
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MUKA 45
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Institusi ekonomi adalah institusi yang
memakmurkan masyarakat dan negara melalui
proses pengeluaran dan penyediaan peluang
pekerjaan. Bergerak dalam ruang ini ialah banyak
syarikat korporat dan syarikat besar lain, di samping
perusahaan sederhana dan keci!. Mereka telah
membuat sumbangan penting kepada kemajuan
negara dan kemakmuran rakyat Malaysia pada
hari ini. Selain itu terdapat organisasi ya~ mewakili
kepentingan majikan dan kepentingan pekerja.
Organisasi ini memainkan peranan masing-masing
dalam memelihara hubungan yang
membolehkan urusan ekonomi dan pekerjaan dilaksanakan
dengan berkesan.
Agenda Integriti untuk institusi ekonomi ialah bagi mencapai
objektit berikut:
• Pemantapan integriti sektor korporat;
• Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang
beretika; dan
• Pengukuhan perpaduan antara kumpulan etnik dan
antara wilayah melalui aktiviti ekonomi.
MUKA 46
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan
sistem politik demokrasi dengan pemerintah dipilih
melalui pilihan raya. Sistem ini menggabungkan institusi
raja berperlembagaan dengan sistem pemerintahan
berparti di peringkat pusat dan negeri dengan pilihan raya
dijalankan secara berkala.
Sistem ini, yang sudah dilaksanakan semenjak
kemerdekaan, terbukti berkesan dan berjaya
membawa kestabilan, keharmonian dan
pembangunan kepada rakyat berbilang kaum.
Justeru, sistem ini perlu dipertahankan dan
dikembangkan manakala pelbagai kelemahan dan
kekurangannya diperbaiki.
Cabaran terbesar parti dan ahli politik, terutamanya bagi
parti yang memegang kuasa ialah memantapkan integriti
dan menangani jangkaan rakyat yang kian meningkat.
Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada
dunia luar, rakyat semakin sedar tentang hak mereka.
Dengan itu, mereka semakin tidak teragak-agak untuk
mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak
mereka itu.
Rakyat juga mahu gelanggang politik menjadi
medan yang bersih dan landasan memajukan
masyarakat dan negara. Justeru, rakyat menuntut
mereka yang menceburi politik atau yang berkuasa
supaya
bersifat amanah, telus, bertanggungjawab, serta benar-
benar berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara.
Bahkan, rakyat meletakkan parti dan ahli politik di bawah
kanta mikroskop untuk dinilai. Selain itu, rakyat mahukan
gelaran "Yang Berhormat" menjadi "Yang Berkhidmat".
Wakil-wakil Rakyat juga dikehendaki berpegang pada
etika dan prinsip "bekerja bersama-sama ketua, bukan
untuk ketua, tetapi untuk rakyat dan negara".
Agenda Integriti untuk institusi politik ialah bagi mencapai
objektif berikut:
• Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem
politik negara;
• Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan
institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-
undang yang luhur;
• Pengamalan politik yang berintegriti serta
pengembangan budaya politik yang sihat,
beretika, matang dan demokratik mengikut acuan
sendiri; dan
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban
dan tadbir urus terbaik.
MUKA 47
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
MUKA48
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
Institusi pentadbiran di Malaysia adalah antara yang terbaik
di negara membangun. Jentera pentadbiran bersama-sama
dengan jentera politik merupakan tulang belakang
kekuatan masyarakat dan negara. Pentadbiran
merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan
sesuatu dasar dan program yang dilaksanakan oleh
Kerajaan.
Pentadbiran sektor awam adalah peneraju utama yang
memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan
negara. Sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam
yang cekap dan berkualiti amat perlu bagi memenuhi
keperluan masyarakat dan memastikan kesejahteraan hidup
rakyat. Oleh yang demikian, integriti jentera pentadbiran
sangat penting ditangani.
Agenda integriti untuk institusi pentadbiran ialah bagi
mencapai objektif berikut:
• Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban
dan tadbir urus terbaik; dan
• Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam.
KESIMPULAN
Pelaksanaan pelbagai strategi dan pelan tindakan untuk
setiap institusi dan sektor dalam masyarakat dan negara
seperti yang digariskan di atas akan meningkatkan
daya tahan gerakan pemantapan etika dan integriti.
Semua ini akan menyumbang kepada pembangunan
yang seimbang dan lestari, kestabilan politik dan
keharmonian kehidupan rakyat pelbagai kaum serta
peningkatan kesejahteraan hidup rakyat.
Bagi menentukan agar setiap komponen atau sektor dapat
bertemu, berkongsi pengalaman dan berdialog antara satu
sama lain di pelbagai peringkat, menilai keberkesanan
program integriti masing-masing serta membaharui
komitmen mereka kepada usaha peningkatan integriti, siri
Konvensyen Integriti perlu diadakan secara berkala.
Konvensyen yang menjadi forum pertemuan semua
komponen dan sektor ini akan dianjurkan di pelbagai
peringkat dengan kemuncaknya di peringkat kebangsaan.
MUKA 49
ETIKA, INTEGRITI DAN AKAUNTABILITIDALAM PERKHIDMATAN AWAM
“Dikutuk (dilaknat oleh Allah) orang yang memberi dan menerima
sogokan (rasuah) dalam hukum.”
Riwayat Imam At-Tarmizi
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah Al Baqarah Ayat 188)
MENERIMA DAN MEMBERI SUAPAN
MENGEMUKAKAN DOKUMEN PALSU
MENYALAHGUNAKAN KUASA ATAU KEDUDUKAN
Setuju terima atau cuba memperolehi satu SUAPAN sebagai dorongan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara berkaitan urusan
prinsipalnya.
Seksyen 11(a)KESALAHAN MENYETUJU TERIMA SUAPAN
“Mana-mana orang memberi kepada ejen atau ejen
memberi kepada prinsipalnya suatu dokumen yang
diketahuinya mengandungi butir muatan palsu yang
mana prinsipalnya mempunyai kepentingan dengan
tujuan untuk mengelirukan prinsipalnya”
1Mengemukakan sijil cuti sakit palsu (yang dibeli ).
2Mengemukakan tuntutan perjalanan/ perpindahan
yang mengandungi butiran palsu.
3Invoice, delivery order, resit palsu (tiada pembelian).
4Pesanan kerajaan (perakuan mengatakan barang-barang
yang diterima memenuhi spesifikasi, kuantiti dan kualiti).
5Apa-apa surat perakuan yang mengandungi butiran palsu
yang dengan niat mengelirukan majikan prinsipal dan
mendatangkan keuntungan kepada pihak tertentu.
Seksyen 11(c)TUNTUTAN PALSU